Skip to main content

Mengapa DSAI akan Dipenjara

Ada yang bertanya kepada saya sebelum saya bertolak ke Saudi, bagaimana dengan kes Anwar? Saya menjawab, dia akan didapati bersalah dan akan dipenjarakan. Bukan kerana beliau bersalah tetapi kerana pihak berkuasa tiada pilihan melainkan mendapati beliau bersalah. Sekian lama telah diwar-warkan bahawa beliau bersalah dan dihina dengan sebegitu rupa, kalau didapati tidak bersalah sudah pasti akan merupakan pukulan hebat terhadap Najib. Pada masa yang sama Anwar akan menyatakan keputusan tidak bersalah adalah bukti betapa beliau difitnah dan dizalimi selama ini. Oleh itu, pada saat sebelum pilihan raya seperti sekarang, ianya mampu mengalihkan sokongan rakyat kepada PR dengan lebih lagi sehingga mengakibatkan BN akan terus terkubur di seluruh Negara. Oleh itu Anwar akan didapati bersalah dan dipenjarakan.

Anwar sudah berusia 64 tahun, dengan segala masalah kesihatannya, bersiap sedia untuk mengharungi kekejaman BN sekali lagi. Beliau sedang bergerak ke seluruh Negara, meninggalkan pesan supaya rakyat tidak putus asa dan perlu terus bangkit untuk mencapai kebebasan dari kerajaan yang zalim. Kecekalannya membanggakan semua. Kalau beliau ingin bersara dan menikmati sisa hidupnya dengan keluarganya, bebas dari ancaman dan ugutan, tiada siapa boleh menyalahkannya. Namun beliau terus berjuang kerana faham betapa besarnya perjuangan yang dibawanya.

Ada yang mengatakan ianya soal peribadi. Hakikatnya, kalau tidak kerana Anwar menentang penyelewengan BN, sudah pasti beliau menjadi PM selepas Mahathir. Kalau Anwar memikirkan peribadinya, mengapa digadaikan kedudukan dan jawatan demi perjuangan ini? Ianya bukan persoalan peribadi, ianya persoalan keadilan. Ianya persoalan masa depan rakyat dan Negara.

Dan beliau sedar bahawa beliau akan dipenjarakan dan mungkin dikasari seperti dahulu, wa naudzubillahi min dzalik. Namun beliau terus berjuang kerana faham, tiada siapa yang akan hidup buat selama-lamanya. Dengan peluang hidup yang satu ini, beliau ingin membuka jalan untuk seluruh rakyat supaya bebas dari kongkongan pemimpin BN yang zalim.

AYAT QURAN UNTUK DIRENUNGI
“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”. (Al-Hujurat 9)

Ayat ini adalah sebelum ayat “Sesungguhnya orang beriman adalah bersaudara…”. Jika dilihat pada ayat ini Allah dengan jelas memerintah ummat Islam supaya memerangi golongan orang beriman yang tidak mahu berdamai dengan kembali kepada perintah Allah. Golongan ini terus ingin melakukan perperangan dan kezaliman terhadap yang satu lagi walaupun dinasihati untuk berdamai dan menerima apa yang ditetapkan oleh Allah sebagai kaedah penyelesaian. Walaupun Allah memperakui mereka sebagai golongan orang beriman, namun perintah untuk memerangi mereka jelas diberi. Dan mereka perlu diperangi sehingga mereka kembali berdamai atas apa yang telah Allah tetapkan.

Ayat ini mempunyai maksud yang jelas bahawa walaupun orang beriman adalah bagaikan saudara, namun perintah Allah mengatasi persaudaraan itu. Golongan zalim di kalangan orang beriman wajib ditentang oleh ummat Islam seluruhnya. Tidakkah penafian royalti itu zalim? Tidakkah fitnah liwat itu zalim?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Grand Marquis said…
Ini satu penyalah gunaan al Quran untuk ditafsirkan menurut kecenderungan politik. Zalim atau tidak isu royalti ni adalah satu urusan dunia yang masih boleh di perdebatkan. Di Malaysia ada mahkamah yang mana kalau tak puas hati boleh pergi cabar. Jadi apa hak anda untuk mengaitkan ia dengan surah al-Hujurat ayat 9. Nampak sangat saudara Khalid menafsirkan ayat menurut kecenderungan anda.

Tentang kes liwat pula, beliau telah diberikan segala peluang untuk membela diri. Tunda pun lebih 50 kali. Baca sendiri 10 sebab mengapa Anwar Ibrahim tidak menggunakan peluang yang ada untuk membela diri disini

Zalim lagi kah? Kalau begitu, setiap perogol dan peliwat tak boleh disabit ke Mahkamah kerana akan dianggap kerajaan Zalim kerana menghukum mereka. Apa beza Anwar Ibrahim dengan orang lain yang dituduh rogol dan liwat? Apakah keistimewaan Anwar Ibrahim yang memungkinkan kebal dari segala kebejatan moral sehinggakan seolah-olah beliau tidak mungkin melakukan kesalahan?

Nyata yang membuat zalim ialah diri anda wahai Khalid Samad. Anda menzalimi orang lain yang dituduh rogol dan liwat kerana membezakan mereka dengan Anwar Ibrahim. Masing-masing dituduh tapi kenapa Anwar, menurut pandangan anda tidak perlu diadili. Kenapa menurut anda Anwar tak bersalah sedangkan anda tidak pula kata perogol dan peliwat yang lain bersalah? Sikap double standard anda ni adalah satu kezaliman yang sepatutnya anda tentang.
BINAHIAS.COM.MY said…
berhati2lah memilih pemimpin. BN telah teruji keberkesanannya memerintah negara. Jangan gadaikan agama Islam dan keharmunian negara semata2 sebab seorang manusia penutuh bontot. apa lagi manusia bertopengkan sorban besar ttp munafik, konon berjuang Islam ttp pengkhianat.
Unknown said…
CUBA RENUNGKAN DARI BLOG ZULKIFLI NORDIN PULA: ....
http://zul4kulim.blogspot.com/

Teman melihat betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar sudah mahu dipasak!
Lag-......http://zul4kulim.blogspot.com/
Kerajaan Rakyat said…
Golongan zalim di kalangan orang beriman wajib ditentang oleh ummat Islam seluruhnya. Tidakkah penafian royalti itu zalim? Tidakkah fitnah liwat itu zalim?

.. dan yang zalim itu adalah UMNO!

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Ariff Yusoff said…
Awal2 lagi sistem mahkamah Malaysia dikira sebagai zalim mengikut dari kacamata Islam. Saya percaya Grand Marquis, tak reti makna zalim iaitu, 'meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya' itulah namanya zalim, lawannya tidak adil. Sebagai contoh mengambil songkok meletaknya di kaki untuk dipakai, bukan dikepala. Itu satu perbuatan zalim mengikut Islam. Syariat kata hukum orang yg mencuri hendaklah dipotong tangan, itu adil namanya, jikalau mahkamah menjatuhkan hukum orang yg mencuri 2 botol syampu dipenjara 2 tahun penjara & yang mencuri RM3juta membeli banglo dihukum 12 bln.. dua2nya tetap zalim kerana tidak meletakkan hukuman yg sepatut ditempatnya. Dalam isu pemerintahan negara umno/bn merupakan pihak yg diberi amanah kuasa oleh Allah untuk menjalankan pemerintahan yg adil tetapi ternyata lebih banyak kezaliman yg berlaku samada secara sedar atau tiada oleh golongan yg dikata dlm ayat Al Hujurat di atas sebagai orang2 beriman yang zalim ! Dan wajib diperangi sehingga mereka ini kembali kepada kebenaran & keadilan.
ababina328 said…
Tidak disangka dikalangan majoriti rakyat yang membenci kezaliman pemerintahan BN di dalam bentuk menyelewengkan wang negara demi kepentingan diri, rupa-rupanya di celah-celah yang ramai itu masih ada manusia (3 org di atas) yang tidak dapat menilai bahawa kerajaan BN ini sudah tidak layak lagi memerintah negara.

Masih ada yang berfikiran seperti orang kampung dan Felda yang mengatakan kononnya hanya UmnoBN sahaja yang terbaik.

Memang yang terbaik, terbaik menketedarah wang negara.
lan said…
dah kalau namanya cybertroppers atau alat begitulah perilaku nya.. yg benar di kata salah dan sebaliknya. akal ada tapi...
Chow Sing Chi said…
Aik selepas 9 jan 2012 korg semua senyap pulak?Sekarang ni apa yg korg semua fitnah kat kerajaan bn x betul...maha suci Allah tuhan sekelian alam yg memberi hidayah kpd yg dikehendakinya...harap2 semua termasuk saudara khalid samad insaf.
Chow Sing Chi said…
Saudara khalid,nmpknya saudara masih belum approve semua komen selepas 9hb...mengapa lah agaknya begitu...malu agaknya..tp syukurlah hero anda x masuk penjara..
joehan said…
so ini terbukti segala tohmahan n fitnah yg mengatakan isu liwat anwar ni konspirasi adalah pembohongan semata2...wahai khalid sesungguhnya anda berada bersama golongan yg menyebarkn fitnah tersebut!!!!

masih tdk sedar???
avinezza said…
anwarinas. parasit PAS..
Perak said…
Korang ni tak habis2 kena kencing ngan si nuar berahim ni... dah hancing tahap gaban!!! korang ni kata kebebasan media... so jgn cari bukti sebelah pihak je.. baca semua skali pastu kajilah... ataupun kita doajelah siapa2 yg menipu dlm kes liwat ni akan dilaknat oleh Allah dgn maha dahsyat sebelum mati... tak kire lah sepul ke atau nuar...ada berani ke puak2 pakatan

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.