Skip to main content

Doa Agar Dimusnahkan Golongan Yang Khianat

Sambil menunaikan umrah pada kali ini, sempat juga saya meluahkan perasaan kepada Allah yang maha mengetahui dan menyelitkan doa supaya dimusnahkan golongan pengkhianat. Sememangnya tiada yang lebih hina dari seorang pengkhianat. Semoga Allah musnahkan mereka di dunia dan memberikan mereka balasan yang setimpal di akhirat.

Pengkhianat adalah seseorang yang telah bersama kita, mendapat kepercayaan dan bantuan dari kita, tetapi atas sebab kepentingan diri, sanggup menghalakan pisau ke dada kita. Ada yang akan mendakwa bahawa ianya dilakukan di atas alasan kononnya untuk menyelamatkan kita, namun bagaimana mungkin kita diselamatkan melalui tikaman yang menuju tepat ke dada?

Setiap patah perkataannya menolong pihak musuh sambil menimbulkan persengketaan di kalangan kita. Kata-kata yang mengiyakan dakyah dan tuduhan musuh diulanginya atas alasan ingin menyelamatkan kita. Selamatkan kita dari pendirian kita sendiri, supaya kita menerima wawasan dan pendirian musuh? Itu bukan usaha menyelamat namanya, tetapi pengkhianatan!

Seorang pengkhianat yang mengerti betapa hinanya tindakan khianat akan hanya sanggup menikam kawan dari belakang. Dirinya merasa malu atas tindakan khianatnya. Sebaliknya, seorang pengkhianat yang tidak faham betapa hinanya tindakan khianat terus menikam dari depan. Dia tidak mengerti makna setiakawan dan baginya tindakannya sesuatu yang mulia dan dibanggakan. Bagi dirinya tiada yang lebih mulia dari dirinya sendiri atau perjuangan yang lebih aula dari mementingkan diri. Maka pengkhianatan adalah perkara biasa yang tidak perlu merasa malu atau hina kerananya.

Hakikatnya, tiada sesiapa yang mampu mengasihi seorang pengkhianat. Termasuklah mereka yang menjadi sebab pengkhiantan itu dilakukan. Akhirnya sang pengkhianat akan tetap dibuang bagaikan sampah yang busuk dan berulat oleh mereka yang dibantunya. Pengkhianatannya tidak akan mendatangkan manfaat dan beliau menjadi hina di dunia dan di akhirat

Semoga Allah memusnahkan golongan pengkhianat. Samada dia insaf dan kembali kepada pangkuan jemaah atau dimusnahkan oleh Allah atas sebab pengkhianatanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Haffiz 696 said…
sangat keras dan pedih yb khalid.., apabila mengetahui siapakah sang pengkhianat itu..sedih dgn apa yg telah terjadi kpd si pengkhianat..tapi apakan daya, dia seharusnya dan sangat patut ditunjukkan jalan keluar.selamat tinggAL kpd pengkhianat!
Md Tanjong said…
terima kasih YB Khalid......
kenyataan sebegini yg dinantikan....
pengkhianat yg dimaksudkan amat jijik bagaikan sampah yg berulat....pekungnya memualkan seluruh jamaah........
terus terusan pengkhianat ini menikam jamaah...membakar rumah sendiri......
kami malu dgn perangai dan sikapnya yg hampir sama tarafnya dgn budak tadika dan segala pencacai yg hidup cari makan untuk puaskan nafsu serakah sahaja....
lan said…
saya fikir doa Yb dimakbul Allah juga
kekura said…
assalamualaikum,
dulu pak khalid "tikam belakang" dia, pak khalid kata kebebasan bersuaralah, wajib menegur apa yg salahlah itu lah ini lah.

kini pak khalid "ditikam dibelakang" oleh dia, tiba2 dia dilabel pengkhianat. aik, dia tak boleh rasa yg dia pun wajib menegur apa yg dia rasa salah? pak khalid dan yg sebulu dgn pak khalid je boleh?

kawan seperjuangan kena tegur secara terbuka tp kawan pakatan rakyat kena tegur guna mesyuarat?
teguran pakatan rakyat dijawab dengan berhemah, teguran kawan dijawab dengan label-melabel?


apa ini semua? siapa yg sebenarnya yg beraliran islam dengan pak khalid? hassan ali ke pkr atau dap?

beberapa isu yg hassan ali kata tak salah walaupun caranya sangat tak beradab. tak perlu dia cakap, sy n kawan2 dah fikir lama dah, hassan ali ingat dia sorang je fikir mcm tu ke sampai nak kecoh2 macam tu?

cuba dengar sikit apa yg dia kata masa mula2 dulu. tp mula2 dulu tak nak dengar, terus kena jolok dengan bebudak blogger2 yg menulis macam tak de iman, kini dua "sahabat" bergaduh kaw kaw.

tapi itulah ikut perangai umno. tak sealiran pendapat sahaja , orang tu budak suruhan umno. saya ingat orang umno je suka cakap macam tu. rupanya 2x5.

apakah tuan khalid rasa tuan sahaja betul dan dia salah sepenuhnya?
masing2 muhasabah diri dulu.
ingat, dia pun berdoa juga, dia pun pergi umrah juga, dia pun ada buah fikiran juga.

tp tulah. bila dah kena "khianat" baru nak mengaku dia tu sahabat lah, tp masa dulu nak tegur apa yg pak khalid rasa dia salah, pak khalid pakai blog kata macam2. kena tegur terbukalah katakan. tp dia secara terbuka tak boleh pula, "khianat kawan" kata pak khalid. sejujurnya, kalau tengok cara pak khalid "tegur" hassan ali, sy tak tahu pun korang berdua ni sahabat. masa tu sy fikir walaupun diorg ni tak sebulu tp masih boleh bekerja bersama, alhamdulillah, tp tidak rupanya.

jadi muhasabah diri lah. korang dua kena cari jln tgh.
dua2 nak islam (ingat!!! pkr dap tidak).
korang berdua kurang ilmu. tp korang berdua pula dikelilingi dan suka pula mendekati batu2 api yg kurang ilmu (bodoh tentang agama) dari pak cik berdua.
dan ingatlah dua2 ada emosi.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-