Skip to main content

Video: Tazkirah di Sementa Yang Didakwa JAIS

Berikut merupakan rakaman tazkirah ringkas yang disampaikan di surau Sementa yang akan didakwa oleh pihak JAIS pada 24 November 2011. Diantara lainnya YB Khalid menceritakan pengalamannya semasa di Palestin dan kepentingan menzahirkan keadilan di dalam Islam. Jika terdapat mana-mana perkara yang beliau sampaikan bercanggah dengan ajaran Islam, diharap dapat kita kongsikan bersama disini agar dapat diperbetulkan.

BAHAGIAN I


BAHAGIAN II


Harap maaf di atas kualiti rakaman yang kurang memuaskan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

kekura said…
apa yg tuan ckp saya rasa tiada yg berlawanan dengan ajaran islam.

tp sila lah faham permasalahan yg dihadapi oleh pihak yg memberi pentauliahan ini.

kalau tiada yg mengawalnya, banyak masalah yg besar boleh timbul kelak. 'rasul' melayu pun boleh buat ceramah di surau mahupun masjid kalau tiada org nak kawal. bukanlah saya mengatakan tuan ni setaraf rasul melayu, tapi itu masalah yg boleh timbul sekiranya tiada yg mengawalnya.

keduanya, nak bercakap hendaklah mempunyai ilmu yg tinggi. lebih tinggi dari tinggi.

saya bukan nak merendahkan ilmu tuan, tp fahamilah tahap ilmu tuan sampai setakat mana sahaja. saya rasa ada orang yg sy kenali lebih tinggi ilmunya dari tuan tp dia tidak bagi ceramah kat surau mahupun masjid kerana menurutnya ilmu dia masih belum sampai tahap utk mengajar orang.

kalau nak sampaikan ilmu, nasihat dll tak semestinya di ceramah mahupun di khalayak. sampaikanlah kepada orang yg terdekat (isteri, anak, mak, ayah, jiran dll).

mengajar orang dan menyampaikan kpd orang adalah dua perkara yg berbeza.

berlapang dadalah.

imam syafie sebelum nak keluar buku-bukunya, dia hantar dulu buku itu utk disemak oleh berpuluh2 ulama2 yg tersohor di zamannya. memang tak boleh disamakan dengan bagi ceramah, tp lihatlah bagaimana ketelitian dan takutnya beliau sekiranya apa yg dia sampaikan itu salah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...