Skip to main content

Tuduhan Penyalahgunaan Zakat

Saya dimaklumkan bahawa terpadat sebuah artikel di dalam blog tertentu yang menuduh saya telah menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai pelajaran anak abah di Timur Tengah. Untuk pengetahuan semua, anak saya belajar di Timur Tengah (Jordan) dari tahun 2001 hingga 2009. Saya sendiri yang membiayai perbelanjaannya, termasuk yuran pembelajaran dan kos sara hidup, sehingga dia tamat.

Sepanjang tempoh tersebut, dia tidak menerima biasiswa dari LZS. Menurut anak saya, dia telah menerima Bantuan Umum dari LZS sebanyak RM1,000 setahun yang disumbangkan kepada SETIAP pelajar Selangor yang dibawah pembiayaan sendiri dari 2001 hingga 2008 dan RM5,000 bagi tahun 2009. Ini kerana pada 2009, selepas PR mengambil alih, sumbangan kepada anak Selangor yang tidak menerima Derma Siswa telah dinaikkan. Menurut anak saya lagi, sumbangan yang diterima itu telah digunakan untuk membeli kitab rujukan dan menunaikan umrah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

otaklunyai said…
Biasalah, kita sedang menghadapi puak2 laknatullah yg beribadat dgn fitnah dan kejahatan... semoga Allah menyelamatkan kita dari fitnah2 ini dan mereka ditimpakan balasan yg setimpal agar mereka bertaubat... Insyaallah...
Tiada lg politik mnggunakan akal sekarang, yg hanya fikiran kotor, fitnah, lucah, seks dsb.

YB selalulah berdoa yg diajar Nabi s.a.w: "Ya Allah Aku mohon dijauhkan dari azab neraka Jahannam, dari fitnah kehidupan&kematian dan dari fitnah Dajjal"
hak55 said…
Bersabar ajerlah YB, insya'allah semua nanti akan selesai dengan baik.

As - Salaam.
lan said…
Shah Alam bersama mu Yb
zool fadli said…
http://www.e-zakat.com.my/terkini/kenyataan-media/
jijah said…
salam...sepatutnya mampu ke tidak YB menyara anak YB ke sana tu?? kalu mampu, tinggalkanlah duit zakat tu kepada yang lebih layak, walaupun kita memang layak, tapi kita ada kemampuan dankewangan kita ada, jadi bagilah kepada anak2 fakir miskin yang lebih memerlukan duit itu, contohi Rasulullah SAW dan Umar Al Khatab
Bahruddin said…
Assalamualaikum.

Duit zakat boleh ke guna untuk menunaikan umrah?

Popular posts from this blog

Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir

Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Dakwaan Kosong Hj Hadi: Antara Kebenaran dan Khayalan

Pada 14hb April Hj. Hadi membuat satu 'pendedahan' mengenai sebab sebenar AMANAH ditolak. Kononnya ianya adalah kerana pimpinan AMANAH semasa menjawat jawatan dalam PAS ingin meminda perlembagaan PAS sehingga dikurangkan kuasa Majlis Syura Ulama. Tuduhan tersebut merupakan satu pembohongan yang nyata yang dibuat dengan penuh kesedaran bahawa ianya satu pembohongan! Saya tidak tahu mengapa Hj Hadi kebelakangan ini kerap berbohong.

Sekiranya ianya dianggap bukan satu pembohongan oleh beliau dan beliau benar yakin akan kebenarannya maka ahli-ahli PAS haruslah berwaspada. Kerana ini bermakna bahawa beliau sudah mula mengalami satu keadaan yang tidak dapat membezakan di antara kebenaran dari khayalan. Situasi 'delusional' ini menyebabkan beliau sentiasa dalam keadaan cemas dan menganggap dirinya dan Islam dimusuhi oleh semua, kecuali oleh PAS dan UMNO.

Tuduhan ini sebenarnya bukanlah baharu maka yang dikatakan sebagai 'pendedahan' selepas 3 tahun ini adalah dakwaan …