Skip to main content

Laporan Polis Sita Gereja

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.



Berita ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
Kebobrokkan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara...buktikanlah PAS adalah terbaik untuk seluruh rakyat di bumi Malaysia ini...bukannya sekadar berceramah dan bertazkirah sahaja!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.
mzkevin said…
Apa punya turrrrr???

komen / nasihat yang bagus, tapi x kena tempat, perkara, masa, masalah, x berkait langsung dgn berita, malah lagi baik gi nasihat kat batang pokok kelapa...
Sekolah Bahagia said…
tungkaran.. kenyataan hang mengatakan Kebobrokkan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?). Aku rasa siapa sebanarnya yang mementingkan undi dan pilihanraya dari nasib yang menimpa melayu yang sebahagiannya telah murtad sejak puluhan tahun yang lalu. Isu PATI yang mendapat IC biru dan isu pengundi hantu.. siapakan yang merancang semuanya. PR hanya mengemukakan bukti kewujudan masalah ini tapi tidak diendahkan oleh kerajaaan.
Jika UMNO mempertahankan akidah umat Islam, sudah pastinya tidak timbul banyak umat melayu keluar dari Islam. Isu murtad telah lama sebelum PR mengambilalih kerajaan negeri tahun 2008.

Jika UMNO tidak bersengkongkol dengan MCA dan mengikut cara hidup mereka (contoh lihat bini para pemimpin UMNO) maka sudah pasti Islam telah terbela sejak selepas kemerdekaan dan orang bukan Islammenghormati Islam.

MCA juga merupakan parti BN yang anti islam dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Chua Soi Lek dalam isu PRK tenang dan negara Islam. Mengapa tiada bangkangan secara MELUAS kepada parti ini oleh melayu hatta oleh pemimpin UMNO sekali pun?

PAS memang telah berjaya mentadbir secara baik terutama di Kedah dan Kelantan cuma tedapat sekatan dari segi kewangan kerana budget adalah dari kerajaan pusat dan sukar kerajaan PR untuk memperolehi BUdget sebagus negeri BN kerana sikap BN (UMNO) yang busuk hati. Jika Kejahilan yang dimaksudkan oleh hang adalah kerana tiada pembangunan, itu bukan 100% atas kesalahan PR sebabnya seperti apa yang aku jelaskan diatas iaitu sekatan kewangan dan pembangunan.

Hanya ceramah dan tazkirah sahaja dilakukan oleh PAS bagi menentang fitnah secara meluas melalui media oleh pihak UMNO.. adakah ini juga hang nak mengatakan PAS ini tidak adil dan jahil..

siapa bagi kenyataan bangang di ruangan ini?.. siapa?

Hujah hang berikan adalah hujah yang sangat dangkal dan boleh dipatahkan dengan mudah.

Bangang tak bertempat
Saudara mie,

Harap maaf, komen tuan tidak dapat disiarkan. Sila gunakan bahasa yang lebih baik berkenaan topik perbincangan. Sekian, harap maklum.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Supar Yop said…
Ya UMNO bersekongkol dgn MCA, bawah BN.Teruk UMNO kena hentam, sebab itulah kami undi PAS.Tapi bila kami tengok PAS bersekongkol dgn DAP lagi teruk, sampai jawatan PM pun nak kasi DAP, macamana kita nak yakin? Ini salah satu dari berpuloh persekongkolan PAS yang menguntungkan DAP tapi merugikan melayu!

Tentang budget, ini memang rumit, ada bende yg Kerajaan Persekutuan boleh bagi dan ada yg di bawah kerajaan negeri, Kelantan tetap dapat hak dia tapi memanglah tak semewah kalau bawah BN, nak buat macamana..itu pun bertahan 20 tahun bawah PAS,
seman said…
Assalamualaikum Tuan Supar Yop,

Bertemu kembali dipersada perbincangan maya ini. Seperti biasa saya ingin memetik kembali tulisan tuan agar dapat kita bahaskan bersama sekiranya tidak keberatan.

Melalui pembukaan tulisan tuan, ia menggambarkan seolah-olah tuan pernah menyokong perjuangan PAS. Katakanlah saya bersangka baik dan mempercayai kenyataan tuan itu, tetapi saya agak tidak faham mengapa diakhir perenggan tersebut tuan mengatakan bahawa Melayu yang rugi (contradict). Walhal semua sedia maklum bahawa perjuangan PAS adalah berteraskan Islam yang mana tidak berteraskan kepada bangsa tertentu sepertimana dibawah pimpinan Nabi SAW dan para Khulafa al-Rasyidin. Dalam ertikata lainnya, dibawah pimpinan Islam - semua bangsa, Melayu, Cina, India, etc akan selamat dilindungi dan Islam jadikan asas pemerintahan.

Oleh yang demikian, saya boleh simpulkan bahawa terdapat 2 kemungkinan.

1. Tuan tidak faham akan perjuangan Islam dan masih bersandarkan kepada tongkat sakti perjungan Melayu
2. Tuan tidak bercakap benar; iaitu tuan memang tidak pernah percaya diatas keadilan perjuangan Islam sejak dulu lagi

Sekiranya tuan dikelompok yang pertama (Bersambung...)
tokgaru said…
Sudara Seman

hendaknya awak tak berillusi banyak sangat di bulan ramadan al mubarak nih. illusi nih bahaya .. tanpa sayap pun dia rasa dia boleh terbang tau .. sedar2 jatuh berdebuk jer .. baru dia sedar alah mak aku bermimpi rupanya.
Shazlan said…
Salam,
Tungkaran,

Isu bacaan Al-Quran bukan angkara DAP tapi angkara Rasulullah. So far, dalam dalil2 yg diberi, semua originate from Rasulullah dan tak nampak pulak saya yg ada perawinya dari kalangan ahli2 DAP. So, kalau nak marah, pi blame Rasulullah. Penang cuma mengamalkan apa yg Rasulullah kata aje...

Supar Yop,

Bila PAS kata nak kasi jawatan PM pada DAP? Apa yg dikata adalah, kalau tiba2 Lim Kit Siang diberi hidayah untuk masuk Islam (kot2 ada org berdoa for this and kena time with LailatulQadar), PAS takde masalah for him to be the PM since PAS ditegakkan atas dasar Islam and bukan Melayu... Tolong laa paham and bezakan...

Wassalam
seman said…
Saudara tokgaru,

Sebentar tadi saya baru bercadang untuk menyambung penulisan saya kepada Supar Yop, tetapi apabila saya membaca tulisan tuan, saya mendapati ia menyerupai gaya penulisan Supar Yop.

Melalui penelitian yang dibuat, yang mana tuan boleh cuba lakukan sendiri dengan menggunakan google Advance Search, Search within a site or domain. Tuan boleh perhatikan sendiri bagaimana kolibrasi yang terjalin diantara anda berdua terutamanya di dalam artikel Dr. MAZA pada 15 Julai 2011.

Jika ini benar, maka jelaslah bahawa tuan berdua (satu) hanya cuba membuang masa kami disini dan tidak bertujuan untuk menuntut kebenaran.

Saya amat terkilan dan mendoakan agar kita semua diberikan hidayah Allah sempena 10 hari terakhir ramadhan ini.
tokgaru said…
shazlan

lu kata mana lah tahu kalau2 LKS dapat hidayah nak masuk islam.

dah 3 tahun dia rapat dengan nik aziz dan hadi awang. dah pandai mengucap dah kah LKS ? dah pandai bagi dan jawab salam kah LKS ? dah pandai kata alhamdulilah dan insyallah kah LKS ?

lu jangan banyak sangat berillusi (berangan2) macam putra shazlan kat tv tu la bro.
tokgaru said…
Penjelasan

Tokgaru dan Supar Yop adalah dua entiti yang berbeza. Tapi matlamat mungkin sama.

Tokgaru menulis pro kepada Umno tapi Tokgaru tak buang Pas. Tokgaru boleh undi Umno, Tokgaru juga boleh undi Pas. Tapi Tokgaru tak reti nak berillusi (berkhayal)
Supar Yop said…
Wkslam En Seman, agak sudah lama hati terpendam nak menjawab soalan tuan pada August 18, 2011 4:21 PM tapi tak terdaya kerana terlalu sibuk dgn tugas, baiklah saya menjawab semampu yg boleh:
1) ia menggambarkan seolah-olah tuan pernah menyokong perjuangan PAS?ia saya adalah penyokong PAS dan apa saja parti yg bukan UMNO melalui sumbangan undi saya pada PAS, Semangat 46 dan PKR antara tahun 90 ke 2008.

2)perjuangan PAS adalah berteraskan Islam yang mana tidak berteraskan kepada bangsa tertentu sepertimana dibawah pimpinan Nabi SAW dan para Khulafa al-Rasyidin? Ooh sekarang tidak lagi, perjuangan PAS sudah haru biru dan tunggang langgang..
3)dibawah pimpinan Islam - semua bangsa, Melayu, Cina, India, etc akan selamat dilindungi dan Islam jadikan asas pemerintahan?Ini adalah ayat standard yg sepatutnya terjadi selepas PRU 2008, tapi PAS sekarang ( pasca PRU 2008) sudah terlalu bagi muka pada kafir2 hingga diorang jadi kurang ajar dan naik tocang.Ini disebabkan PAS terlalu kempunankan sangat undi mereka ( baru merasa menang besar!) hingga hilang pertimbangan.
Kesimpulan tuan:
1. Saya tidak faham akan perjuangan Islam dan masih bersandarkan kepada tongkat sakti perjungan Melayu? Ramai orang melayu dah tak faham perjuangan PAS sejak gugur negara Islam dari Quran, sejak kes gereja DUMC.PAS mesti ingat majoriti melayu di Semenanjung sahaja adalah 67%.Kenapa terhegeh2 nak menangkan hati kafir?
2. Saya tidak bercakap benar; iaitu saya memang tidak pernah percaya diatas keadilan perjuangan Islam sejak dulu lagi? Dulu saya percaya perjuangan PAS, tapi tidak lagi skrg, sudah tidak ada keikhlasan dalam hati PAS hanya kerana tergilakan kuasa Putrajaya, PAS korbankan segalanya dgn memberi muka pada DAP.Percayalah jika PR berkuasa nanti DAP lah yg paling mendapat menafaat, melayu PAS dan PKR yg ada nanti lagi teruk dari UMNO sebelum PRU 2008.
Supar Yop said…
Encik Shazlan,saya menjawab kenyataan anda pada August 19, 2011 11:29 PM
"kalau tiba2 Lim Kit Siang diberi hidayah untuk masuk Islam (kot2 ada org berdoa for this and kena time with LailatulQadar), PAS takde masalah for him to be the PM since PAS ditegakkan atas dasar Islam and bukan Melayu... Tolong laa paham and bezakan...?" Pertama, utk meyakinkan saya dan yg sefahaman dgn saya, Lim Kit Siang hendaklah masuk Islam terlebih dahulu.Saya umpamakan jiwa dia keras mcm Sayyidina Umar,kereas semasa kafir tapi bila Islam mengabadi seluruh hidupnya ke jalan Allah.Tuan gunakan perkataan "kalau", saya hanya yakin bila dia "sudah" masuk Islam.Tak cukup itu lagi, mesti dia bertobat dan mengaki perjuangan dia dalam DAP adalah dusta belaka dan sekarang seluruh jiwa raga dia adlaah utk Islam.Dia mesti tunjukan keikhlasan dia.Agak2 dah setahun, tengok ucapan dia,keikhlasan dia baru boleh percaya.
Jadi awak tengok , bagi saya LKS dah masuk Islam pun belum cukup lagi , kena tengok keikhlasan dia , mana tau dia berlakun sj.Tapi saya tengok tuan dan yg sealiran , kenapa tergopoh - gapah sgt nak mengangkat dia? Apakah tak cukup orang Islam dlm PAS sampai nak angkat si malaun ni naik jadi PM?Suruh lah dia masuk Islam dulu, dakwahkan pada dia. Dulu PAS bukan main kafir kan UMNO bila berkerjasama dgn MCA dan MIC.Ingat kuasa cina sudah melebihi dalam ekonomi, pemilikan bisnes , tanah dan bangunan berprofil tinggi.Kalau di bagi diorang berkuasa, hanyutlah melayu dan Islam macam di Singapura. Tolonglah faham dan bezakan
Supar Yop said…
Kpd komen EN Seman pada August 20, 2011 11:37 AM, saya dan tok garu munkin sama dalam beberap hal kerana kami tidak meyokong PAS, tapi Suparyop dan Tok Garu BUKANLAH ORANG YANG SAMA!!!
Saya berharap kehadiran kami di sini tidaklah membuang masa tuan, tapi utk tuan renung dan muhasabah munkin kalau tak banyak ada sedikit kebenaran yg terdapat di dalam pendapat kami.
Terima kasih juga pd YB Khalid yg walaupun teruk kena gasak tapi bersikap sporting dan membenarkan komen kami keluar dalam blog tuan..
tokgaru said…
Supar Yop 22.8.11

Kalau LKS berkenaan dengan islam, dah lama dia masuk dah. Dah berbuih mulut Nik Aziz duk tarbiah dia pasal islam, aku tak nampak apa sikit pun roh islam terpalit kepada perwatakan LKS. At least LKS tu reti

1. sebut asalamualaikum.
2. jawab walaikum salam.
3. sebut lailahailalah.
4. sebut insyalah.
5. sebut alhamdulilah.

Dah 3 tahun dia berkawan dengan Nik Aziz, tak kan lah simple islamic phrase macam tu pun tak reti nak sebut langsung. Apa yang Nik Aziz duk tarbiah dekat dia ? Nampaknya tak dak apa islam yang LKS dah belajar drp Nik Aziz.

Aku nih, berkawan dengan cina tak lama pun tapi dah reti sikit2 menyebut :

Ni hao ma ? - hang apa khabar ?
Lai cerk fan - mai makan nasi
Yau ci na li ? - nak pergi mana ?
Xie xie nih - terima kasih
Tui bu qi - minta maaf
Ni shuo shen me ? - hang kata apa ?
Ni hui pang wo ma ? - hang boleh tolong aku dak ?
tokgaru said…
Sudara YB Khalid

Orang lain tak pernah tanya soalan ini. Tapi Tokgaru nak tanya untuk kebaikan semua agamawan melayu.

Kepada Melayu ....

... Yang bergelar ustaz, yang bergelar Tok Guru, yang bergelar Tuan Guru dan yang bergelar pendakwah.

Anda memang hebat berdakwah islamiah, tak henti2 orang melayu menyebut dan memuji kehebatan anda.

Pertanya saya : Sudah berapa ramai orang cina dan india di negara ini yang memeluk islam dalam tangan anda ?

Anda kenal Ustaz Hussain Yee, sorang cina buddhist kpd kristian kpd islam. Khabarnya beribu non muslim masuk islam dalam tangan beliau.

Anda kenal Ustaz Yuhanus, sorang pastor (mubaligh) anak ketua gereja lagi. Khabarnya beribu non muslim convert dalam tangan nya. Wal hal dia baru 20 tahun jadi islam.

Saya sendiri walau pun muslim, tapi rasa nya masih kurang lagi, kerana punya ramai kawan cina sama india, masih tidak berani dan tak yakin untuk ajak mereka ke jalan yang benar. Kasihan mereka, dan berdosa saya kerana membiarkan mereka menjadi kayu api di dalam neraka untuk merebus orang2 islam yang berdosa (mungkin saya salah sorang).

Tapi saya kurang ilmu agama, saya bukan pendakwah, saya bukan ustaz, saya bukan Tok Gutu, saya bukan Tuan Guru, mungkin tuhan bisa melepaskan saya dari dosa sedemikian.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.