Skip to main content

Berani Kerana Benar

Sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja DUMC, dakwaan Papa Gomo bahawa saya menghalang Gereja berkenaan disita oleh MBPJ adalah merupakan satu pembohongan. Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita Gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat-kuasa MBPJ dan Polis bersiap-sedia untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadhan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak UMNO dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap keMelayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan.

Laporan Polis bertarikh 16 Ogos oleh En. Mohd. Fauzi, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ jelas mendedahkan sifat pembohong golongan ini terutamanya Papa Gomo. Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian.

Oleh yang demikian, bagi memulakan ‘perjuangan’ ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini. Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya.

Sekiranya tiada jawapan darinya, maka semakin jelas, ‘bravadonya’ juga merupakan satu pembohongan. Namun, ianya tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan dari sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas. Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Teruskan perjuangan YB! Gadafi dah jatuh...Hafiz Asad on the way...Semoga Allah lenyapkan pemimpin2 muslim yang zalim.

Kat Malaysia, ada orang ingat kalau dah jadi Melayu, allergic dengan babi,sokong baca Quran kuat2 waktu subuh dah boleh gerenti syurga...tu yang membingungkan.
tokgaru said…
Sudara Kociriemann

Saya juga seperti anda, menyokong perjuangan YB Khalid dan Pas amnya.

Ayuh kita tumbangkan Umno pada PRU 13 nanti. Kita lenyapkan cengkaman melayu ketas negara ini. Sudah 54 tahun melayu berkuasa. Hanya melayu yang boleh melenyapkan melayu.

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

My Meeting with Dr M

Telah lama saya tidak berkesempatan menulis. Dengan apa yang sedang berlaku dan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa, maka inilah masanya untuk saya hidupkan semula Blog saya yang sudah lama tidak dikemaskini.

Saya mulakan dulu dengan tulisan mengenai pertemuaan saya dengan Tun M beberapa minggu yang lalu.

Tulisan ini, dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris telah pun disiarkan oleh Malaysiakini - My Meeting with Dr M beberapa hari yang lepas.