Skip to main content

BERSIH dan Respon Dari Kerajaan BN

Kelam-kabut dan gundah-gulana merupakan dua perkataan yang barangkali boleh menggambarkan serba sedikit keadaan UMNO/BN dalam usaha mereka menangani perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai Pembuka Jalan Politik Baharu pada 9 Julai ini. Berbagai propaganda telah dilancarkan untuk menghalang perhimpunan tersebut dari terus berlaku. Berdasarkan ucapan, tingkah laku dan riak wajah mereka, 1mesej jelas terpampang, iaitu ‘BERSIH’ akan mengakibatkan UMNO/BN tersungkur dalam pilihan raya ke-13. Maka mesej inilah yang ingin mereka sampaikan kepada para penyokong atau golongan CARMA supaya BERSIH dihalang dengan sedaya upaya.

Walhal segenap lapisan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa memahami bahawa BERSIH hanya sekadar menuntut pilihan-raya yang bebas dan adil. BERSIH mengemukakan hanya 8 tuntutan yang kesemuanya selari dengan prinsip-prinsip demokrasi. Melalui pilihan-raya yang bersih, maka pilihan rakyat yang sebenar akan dimartabatkan dan kerajaan yang terbentuk akan benar-benar merupakan kerajaan pilihan rakyat. Oleh yang demikian, BERSIH tidak bertujuan menjatuhkan BN mahupun PR, atau menaikkan BN atau PR. Ia bertujuan untuk menentukan rakyat dengan sepenuhnya diberi kuasa untuk memilih kerajaan yang diinginkan mereka dengan menjamin tiadanya penipuan dan penyelewengan semasa pilihan-raya.

BN TERSUNGKUR KALAU PILIHAN RAYA BERSIH DARI PENIPUAN!
BN memahami hakikat sebenar usaha BERSIH. Namun mereka tetap berusaha keras untuk menfitnah usaha BERSIH dengan bermacam-macam tohmahan dan dakwaan palsu. Mengapa? Jawapannya mudah sahaja. BN sedar bahawa pada hakikatnya rakyat sudah tidak bersama mereka dan pilihan-raya yang bersih, tanpa penipuan undi pos, kad pengenalan palsu, monopoli media dan sebagainya, akan menghasilkan kekalahan bagi BN!
Dalam erti-kata yang lain, pilihan-raya bersih = BN kalah!
Maka itulah sebabnya perhimpunan BERSIH telah difitnah dengan dakwaan kononnya BERSIH ingin menjatuhkan kerajaan melalui huru-hara dan keganasan. Oleh itu ianya diharamkan. Sedangkan himpunan BERSIH adalah himpunan aman yang bertujuan untuk menzahirkan sokongan rakyat terhadap tuntutan supaya pilihan-raya bersih dari penipuan. Ianya bertujuan untuk menganjurkan perarakan aman dari SOGO ke Istana Negara demi menyerahkan memorandum BERSIH kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung.

Sebenarnya perarakan sebegini amat mudah untuk dikawal, sekiranya pihak berkuasa menghormati hak rakyat berkumpul dan berhimpun secara aman. Apa yang perlu dilakukan hanya sekadar menjaga lalu-lintas dan laluan kenderaan sepanjang perjalanan dari SOGO ke Istana Negara. Dalam masa tidak lebih dari 2 jam, semuanya akan selesai. Malangnya, UMNO/BN meyakini bahawa pilihan raya yang bersih dari penipuan akan menyebabkan mereka tersungkur. Oleh itu mereka akan terus berpegang teguh kepada kekuasaan dan bertindak untuk menundukkan rakyat.

TINDAKAN UMNO/BN LEBIH DAHSYAT DARI TINDAKAN ISRAEL
Tindakan kerajaan BN memfitnah BERSIH boleh disamakan dengan tindakan kerajaan Israel memfitnah Flotilla LL4G sebagai Flotilla perang yang membawa senjata. Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana Tok Guru mereka adalah sama. APCO penasihat kepada kedua-dua kerajaan. Malahan, tindakan UMNO/BN lebih dahsyat dari tindakan kerajaan Israel dalam dua aspek seperti berikut:

a) Mencemar Kesucian Agama Islam

Tindakan UMNO/BN mengatasi tindakan kerajaan Israel apabila pada hari Jumaat yang lalu, khutbah di Masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan mengharamkan ummat Islam dari melibatkan diri dalam perhimpunan ini. Hujjah untuk mengharamkannya adalah berdasarkan fitnah UMNO/BN bahawa perhimpunan ini bertujuan untuk melakukan huru-hara, tumpah darah, membawa kerosakan dan berniat untuk menjadikan keadaan Negara lebih teruk dari yang sedia ada. Amat malang apabila mimbar masjid digunakan untuk menyebar fitnah dan tohmahan kerana pada hakikatnya BERSIH inginkan suatu pembaikkan kepada yang sediada melalui satu perarakan yang aman.
Kalau ada yang inginkan huru-hara, ianya bukan BERSIH. Kalau ada yang inginkan tumpah darah, ianya bukan BERSIH.
Amatlah sedih apabila khutbah dipergunakan sebegini rupa. Amat sedih melihat mimbar digunakan untuk menabur fitnah dan dakyah demi kepentingan politik UMNO/BN. Sebenarnya ummat Islam sepatutnya yang pertama bangun untuk menjadi pejuang keadilan dan kebenaran, penentang penipuan dan kezaliman. Tetapi oleh kerana UMNO/BN berkuasa, maka ummat Islam didorong untuk menjadi pembela penipuan dan kezaliman.

Merosakkan agama sehingga diperalatkan untuk membela sesuatu yang jelas songsang dan bercanggah tidak dilakukan oleh mana-mana kerajaan walaupun oleh kerajaan Israel terhadap agama Yahudi. Pilihan raya Israel dilakukan secara telus dan adakalanya parti Likud menang, adakalanya parti yang lain membentuk kerajaan. Tetapi UMNO/BN ingin terus memerintah dan mereka pada awalnya memutar-belitkan undang-undang pilihan-raya. Sekarang mereka sudah mula memutar-belit ajaran agama Islam untuk membela penipuan dan penyelewengan.

b) Mengasari Rakyat Sendiri

Tindakan kerajaan UMNO/BN mengatasi tindakan kerajaan Israel dari satu aspek lagi. Dalam isu Flottila, kerajaan Israel berjanji tidak akan melakukan tumpah darah. Walaupun anggota Flottila terdiri dari warga Negara asing, mereka tidak akan dikasari, menurut Israel. Percaya atau tidak itu soal kedua. Paling kurang Israel mengakui anggota Flottila ada hak dan tidak boleh dikasari atau ditembak sewenang-wenangnya.

Kerajaan UMNO/BN sebaliknya. Melalui polis dan samseng yang bertopengkan NGO, mereka secara terang-terangan mengugut untuk melakukan tumpah darah dan kegansan terhadap rakyat sendiri! Di sini APCO sendiri mungkin terkejut dengan ‘kehebatan’ UMNO/BN. Kesediaan mereka untuk mengasari rakyat sendiri mungkin tidak disangka tetapi pasti merupakan sesuatu yang menggembirakan APCO.

KESIMPULAN
Ini semua merupakan bukti akan betapa terdesaknya UMNO/BN. Mereka tahu rakyat tidak bersama mereka tetapi mereka akan mempertahankan kedudukan mereka walau apa sekalipun yang akan berlaku. Inilah jenis pemimpin yang mementingkan kedudukan dan jawatan mereka lebih dari nyawa rakyat sendiri. Inilah jenis pemimpin yang perlu kita jatuhkan melalui PRU ke-13 kelak.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

abuanas said…
Yes tepat sekali YB.UMNOAPCO sanagt terdesak sekarang demi mempertahankan kuasa yang hanya spt sedang nyawa2 ikan..Hancurrr REJIM UMNOBNAPCO..
Anonymous said…
Bukan senang nak lepaskan kuasa..
bukan senang nak melepas petronas yang wang dan hartanya berbillion..
bukanya senang nak lihat khazanah negara terlepas ke tangan orang lain..
bukanya senang nak jawab di mahkamah..
bukanya senang akan kehilangan segala-galanya..
bukanya senang..
Itulah sebabnya mereka mengila..
Rohani said…
Untuk makluman Tuan dan pembaca Tuan...

'Debunking the Bersih 2.0 Critics', Centre for Policy Initiatives:

"Misleading arguments and suggestions should not be left standing without a challenge. Here I show seven types of faulty arguments that have been made against Bersih 2.0 and comment on specific examples..."

Wassalam.
Anonymous said…
Ini apa yang aku faham dari Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Jika dilihat kepada situasi terkini, dengan hadirnya titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, matlamat Himpunan BERSIH 2.0 dapat dikatakan telah mencapai matlamatnya. Cuma memorandum rasmi sahaja tidak di tangan Seri Paduka namun sememangnya di dalam pengetahuan Baginda. Matlamat kita untuk berhimpun pada 9 Julai 2011 adalah untuk mendapatkan perhatian Seri Paduka bagi menzahirkan hasrat rakyat di Malaysia yang ingin agar SPR dapat mewujudkan pilihanraya yang adil dan telus di dalam hakikat yang sebenar. Dengan titah dari Seri Paduka secara tidak langsung Baginda sememangnya telah sedia maklum akan kegusaran kita tentang ketidaktelusan dan ketidakadilan SPR.

Titah Seri Paduka juga secara tidak langsung telah menempelak tindakan zalim dari kerajaan Barisan Nasional yang cuba menghalang hasrat rakyat untuk mendapat perhatian Baginda. Titah Seri Paduka juga turut menghendik salah laku kerajaan Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa dan pentafsiran undang-undang secara salah oleh pelbagai pihak dan agensi kerajaan. Lebih memalukan, Baginda turut menasihatkan kerajaan di bawah Perdana Menteri agar lebih bijaksana dan adil dalam setiap tindakan yang dilakukan. Ini bermakna, Seri Paduka tidak menggemari tindakan kekerasan dan penipuan kerajaan Berisan Nasional yang dilihat kurang bijaksana dan adil dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Titah Seri Paduka dilihat tidak menyalahkan Himpunan BERSIH yang ingin diadakan memandang himpunan ini adalah sebahagian intipati yang dibolehkan bagi sebuah negara demokrasi berparlimen, di dalam hak untuk bersuara, berkumpul dan bergerak di serata pelusuk negara. Walau bagaimanapun tidak dinafikan Seri Paduka dilihat gusar terhadap kebarangkalian buruk yang berlaku jika Himpunan BERSIH 2.0 terus diadakan. Ini memandangkan terdapat dua kumpulan pelampau yang sebelum ini dengan sengaja cuba mencetus provokasi dalam dalam menggugat Himpunan Aman yang ingin dilakukan oleh rakyat, selain oleh pihak agensi kerajaan sendiri angkuh menutup pintu rundingan selain melakukan kekerasan dan tangkapan atas alasan pencegahan walaupun secara nyata melanggar undang-undang. Ini menyebabkan titah Baginda terungkap, 'Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.' yang bermakna Seri Paduka memahami niat baik Himpunan BERSIH 2.0 diadakan.

Secara nyata, titah Seri Paduka berkehendakkan kedua-dua pihak melakukan runding atas perkara yang berbangkit. Ketidakupayaan kedua-dua pihak untuk mengada rundingan mampu dilihat sebagai cuba mencemar saranan Seri Paduka.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar.
awang batuburok said…
Rakyat perlu bertenang dan jangan terperangkap dengan provokasi APCO dan UMNOporno serta barua-barua mereka.

INSYAALLAH PRU-13 nanti rakyat bersama sama akan kuburkan UMNOporno dgn segala keKOTORan mereka.
Anonymous said…
Apa lah bodoh sangat YB ni. Kalau dah ramai-ramai tu boleh ke YB jamin tak ada provakasi berlaku. Banyak yang akan kesempatan, jangan jadi dungu sangat.
Kalau betul nak serah apa-apa bantahan atau memorandum, memadai pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang bongok2 tu je mengadap DYDP Agung.
Supar Yop said…
Apa gunanya UMNO jatuh tapi diganti dgn melayu yg jadi tunggangan kafir?
Supar Yop said…
Saya berasa gelihati membaca pendapat anon 12:23AM yang sungguh panjang berjela itu , tapi ditafsirkan yg YDA menyokong perhimpunan bersih ( secara tersurat dan tersirat?).Yang sebenarnya secara mudah difahami Baginda tak mahu perhimpunan ini diteruskan , takut terjadi perkara2 yg tidak diingini!!Itu saja..Nasib baik lah Baginda mencelah baru lah awak semua nak mendengar..Dan ucapan anda diakhiri dgn takbir ALLAHUAKBAR tapi perhimpunan diketuai oleh hindu yg jelas anti Islam! Kenapa anda tak dakwahkan tentang Islam pada beliau?
Anonymous said…
Bagi anonymous July 5, 2011 at 9.50am dan super yop, pada pandangan aku mereka berdua ini tak faham massage Bersih 2.0, cuba korang dengar sini ok sbb tu org2 kata org bodoh seperti hangpa yang berfikiran begini. Tujuan Bersih 2.0 adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong kita, jadi perlulah ada penyolong bagi tujuan ini. Oleh itu, ini dapat menunjukkan kepada kerajaan sedia ada skang ini melihat dan berfikir bahawa rakyat mahukan kebenaran semasa proses pilihanraya. Juga, SPR itu di bawah Yang DiPertuan Agong. Oleh itu, ini adalah massage untuk kerajaan kerana depa ini tak ada ruang untuk memberi hujah mereka. Ajak berdebat takut, ajak berdialog pun takut abis tu nak ajak mcm mana lagi...Malaysia ini hak rakyat maka suara rakyat perlu didengar sepenuhnya bukannya asyik menipu untuk kuasa aje. Ingat mati nanti...Tak takut masuk neraka ke? Tak takut pada Allah ke? Tak takut azab kubur ke? penipu dan memakan khazanah rakyat adalah hukumnya haram...walaupun duit banyak dari sumber penipuan itu ko labur kepada fakir miskin dan buat masjid sekalipun ko tak akan dapat apa2. Kosong sekosongnya...Jangan ko ingat dapat pahala setelah ko menipu dan memperolehi dari sumber yang haram...ko faham tak ini?
Anonymous said…
si bangang supar 'sugar daddy' yop.

DYMMSPBYA sebenarnya tahu masalah rakyat yang ditindas tu sebab dia nak jumpa.. kalau benar dia tak suka perhimpunan dah lama dia arah polis ambil tindakan macam UMNGOK buat.. hang yang bangang Supar'sugar daddy' yop!!

satu perkara lain yang hang dok bangkitkan melayu jadi tunggangan kapir ni, hang memang tolol dan bangang! sebabnya.. selama 50 tahun UMNGOK memerintah.. melayu masih lagi setakuk dua dibawah kaum lain terutama cina.. sebab apa hang nak tau... melayu (UMNO) dan pemimpin mereka bangang.. melayu (UMNO) dibawah adalah melayu jenis pemalas dan mengharapkan bantuan. Dengan menyokong pemimpin mereka maka mereka akan sentiasa rasa selamat dan ditongkatkan, oleh itu mereka menjadi semakin lembab dan pemalas. Pemimpin mereka (UMNGOK) pula hanya berusaha membodoh dan memiskinkan pengikut mereka sebabnya dengan membodoh dan memiskinkan pengikut bangang tersebut, mereka sentiasa akan disokong dan diberikan harapan oleh pengikut bangang berkenaan. Seperti pepatah inggeris, "You scratch my back, I scracth your back".

Hahaha..paham-paham jelah..
Anonymous said…
Kepada pencacai yg sokong najib/umno ni hatinya memang dah katam. Maklumlah dah lama duduk dalam tong taik dah tak boleh nilai mana kotor atau bersih. Selesa dgn segala kebusukan dan kekotoran ibarat ulat didalam najis.

Rakyat mahukan pilihanraya yg adil dan bersih, itu sahaja. Dasar penipu sekali menipu selamanya nak menipu.......
Supar Yop said…
Kepada ayat2 komen tiga anon terakhir, saya boleh lihat betapa emosinya anda di dalam blog melepaskan geram dgn kata2 hina nista dan maki hamun.Ini baru di alam maya, belum lagi masa demo di atas jalan raya atau di stadium.Dalam blog ni pun, tuan2 tak boleh kawal hasutan syaitan, macamana nak kawal perasaan kat stadium esok?
Bolehkah tuan2 mengawal perasaan bila dah berkumpul beratus ribu nanti, pakai t shirt satu warna,macamana kalau kebetulan kereta logo UMNO lalu depan stadium? Bolehkah kawal perasaan benci tersebut, dari dibiar je berlalu kan baik kita bakor je ?!! Ingat peristiwa cermin kereta tv3 dihentak penyokong Anwar zaman reformasi dulu? Itu baru puloh - puloh orang.
Bolehkah dibiarkan sj ratus ribuan ni berjalan lenggang kaki ke Istana menyerahkan memo tanpa kawalan? Tuan2, kena ingat ramai melayu dah tak menyokong PAS lagi dah berbanding era pra PRU 2008 dulu.Kalau takat nak serahkan memo saja , eloklah panggil semua pemimpin tertinggi PR, 4 - 5 kerat cukup lah mengadap Agong. Kan baik Ketua Penyampainya orang melayu dari hindu murtad tu?Baru lah orang respek! Yg lebih tu buat lah sembahyang hajat kat stadium tu .Bila FRUhentak, barulah betul orang kata kerajhaan ni kejam mcm jadi kat Istael tu!Kan molek begitu?Untung2 sejuk hati saya melihatnya, mana tau berubah hati boleh jugak join sekaki!
Anonymous said…
encik supar yop awak yng komen provok kat blog sini org mesti la balas balik kau ni tak paham bahasa ke macam geng2 perkasam dan seangkatan dgnnya suka buat kecoh
kalau tak ada provok dari puak2 kau perhimpunan tu aman.nak tanya kalau orang jentik telor kau marah tak.
madie said…
Tak payah nak kata apa pun lagi kpd penyokong tegar Umno/BeEnd ni. Depa mana mau dengar dari sumber yg lain selain dari utusam Meloya dan TV3suku.. sbb tu info hanya setakat tu jer. dok kat kuda tunggangan kafir, yg CSL hina Islam terang2 tu Umno/Perkasa buat apa? Senyap seribu bahasa kan? Sapa yang jadi tunggangan sapa Pak Supar Yob oi.. Umno jadi balaci MCA sampai pemimpin MCA hina Islam pun Najib dgn Muhyiddin buat2 pekak jer..
kah kah kah kah kah kah..
Anonymous said…
Supar sugar daddy yop.. oooiii..

Hujah aku pun hang belum jawab dan spin isu lain.. pasal tuduhan hang kata PAS melayu jadi tunggangan DAP.. UMNO lagi teruk dari tu jadi tunggangan MCA!! aku nak tengok hujah hang lagu mana dalam isu ni!!

pasal perhimpunan hang memang bongok dengan membuat pelbagai andaian.. walhal perhimpunan dalam negara demokrasi dibenarkan dengan kawalan pihak berkuasa..

Hujah tak boleh pakai.
Supar Yop said…
Ya, tujuan saya mengkritik demo bersih ini adalah utk menimbulkan keraguan pada tuan2 yg taksub dgn nya dan utk berfikir balik apa faedah nya menyertai demo itu.

Pada yg tak meyokong,tak perlu dipersoalkan lagi.Pada yg menyokong, saya berharap dapat mempengaruhi kalau takramai sorang pun jadilah.

Takat ini saja saya boleh komen, di tgh kesibukan tugas ni saya mencelah sikit.Insya Allah dah selesai kerja saya akan menambahkan hujah saya dan cuba menjawab segala kritikan pada saya.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…