Skip to main content

Petisyen Membantah Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7 Shah Alam

01 Jun 2011
Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid bin Ibrahim
Dato` Menteri Besar Selangor
Pejabat Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Y.A.B. Tan Sri Dato’,

Petisyen Membantah Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7 Shah Alam

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kami yang bertandatangan di bawah, selaku penduduk Shah Alam, ingin membantah cadangan pihak MBSA untuk membenarkan Konsert MTV World Stage diadakan di I-City. Bantahan kami adalah atas sebab :-

2.1. I-City merupakan pusat ilmu ( IT) dan bukan pusat hiburan.

2.2. Penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas bagi penduduk Shah Alam, terutamanya penduduk Seksyen 7.

2.3. Penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City akan mengganggu ketenteraman awam dengan berlakunya kebisingan khususnya bagi penduduk Seksyen 7.

2.4. Shah Alam adalah Bandar Raya ilmu dengan terdapatnya UniSel, UiTM, MSU dan PTPL dan kewujudan tapak konsert adalah bercanggah dengan wawasan Bandar Raya ini.

2.5. Pelajar-pelajar IPT yang ramainya di Shah Alam akan terdedah kepada budaya lepak dan berpesta yang tidak akan membantu kemajuan diri mereka.

3. Dengan itu, kami yang bertandatangan di bawah menuntut supaya konsert tersebut tidak diadakan di I-City dan sekiranya ingin diteruskan ianya dianjurkan di kawasan seperti Stadium Bukit Jalil yang jauh dari kawasan perumahan dan lengkap dengan kemudahan parkir kereta yang mencukupi.

TANDATANGAN PETISYEN MEMBANTAH KONSERT MTV WORLD STAGE DI I-CITY SEKSYEN 7 SHAH ALAM SECARA ONLINE DI PETISYEN.COM

Comments

Anonymous said…
kenapa buat petisyen ini?

YB Khalid tak tahu kah bahawa PAS adalah sebahagian daripada kerajaan Selangor?

Kalau kerajaan Selangor dah memberi kelulusan maka ianya bermakna PAS juga dah bersetuju

Jangan berlakon lah wahai YB!
Anonymous said…
Pemuda UMNO pun sama le ye berlakon konon membantah kenaikan elektrik...bukankah pemuda UMNOK pun sebahagian dari BN...tak gitu....

OSMAN
Arif Omar said…
WAYANG JELAH. KATA GAGAH SANGAT . TUTUPLAH KALAU BERANI. ATAU KAFIRKAN AJE MB TU . BERANI KE. KALAU PADA UMNO BERANI SANGAT KAU KAFIRKAN. KENA BATANG HIDUNG, HANYA DOK RESOLUSI SANA SNI. SUDAHLAH. CAKAP AJE LEBIH.
Anonymous said…
sudah2 arif omar dan lain2. tak nak sign xpe.. terpulanglah.. tapi jgn menentang benda yang baik.. takut jatuh munafiq.. benda baik x nak.. bendA x baik pun buat bodoh je.. nnti kata MUNAFIQ marah pulak.. wallahua'alam
Anonymous said…
Xde pulak kenyataan suruh MB letak jawatan dalam petisyen ni. kalau tuju k BN, ade j d perenggan akhir mintak menteri letak jawatan @ dipecat oleh PM.
Mae said…
Sebagai penduduk Shah Alam dan telah beberapa kali ke I-City, saya tak nampak I-City sebuah pusat ilmu. Ia memang sebuah pusat hiburan, dengan tayangan movie percuma, ladang lampu bergemerlapan, mesin slot dan main tikam-tikam nasib. Orang datang ke sana memang sesuai untuk berhibur. Setelah dibuai dengan hiburan-hiburan kecil, langkah selanjutnya tentulah hiburan yang lebih besar, MTV.
Anonymous said…
buang masa je petisyen mcm ni..dapkr bukan nak dengar cakap pas pun.. korang ni cuma pelengkap kerusi diaorang je... apa kate time konsert nanti pas buat demo besar2ran...bak kata timb. preseden pas yg baru..."berdemo boleh menjana ekonomi"..
Anonymous said…
takde demo bersih ke?
takkan petisyen je???

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.