Skip to main content

Petisyen Membantah Kelewatan Projek Hospital Shah Alam

01 Jun 2011

Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Y.A.B. Datuk Seri,

PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kami yang bertandatangan di bawah, ingin merakamkan perasaan amat dukacita atas terbengkalainya projek pembinaan Hospital Shah Alam selama satu tahun tanpa adanya penyelesaian hingga ke hari ini.

3. Semenjak projek ini dihentikan pada Jun 2010, kami dimaklumkan bahawa ianya akan ditender kembali melalui proses tender terhad di mana kontraktor-kontraktor berwibawa sahaja akan dijemput dan projek ini akan dimulakan kembali paling lewat pada Mac 2011.

4. Sekarang, kami dimaklumkan bahawa tender telahpun dipanggil dan sebut harga dari 6 kontraktor yang dijemput telahpun diterima tetapi tender berkenaan dibatalkan dan tender baru akan dipanggil. Ini dengan sendirinya bermakna bahawa projek Hospital Shah Alam akan terbengkalai untuk tempoh paling kurang 10 bulan lagi sebelum ianya dimulakan kembali.

5. Pemanggilan tender baru akan menyaksikan Hospital ini paling awal disiapkan pada 2015 sedangkan ia sepatutnya siap pada 2011. Bagaimanakah projek yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun boleh tergendala sehingga 8 tahun?.

6. Kelewatan ini bererti warga Shah Alam dinafikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat. Pada masa yang sama tapak projek dewasa ini dalam keadaan terbiar dan telah menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

7. Kami ingin menyatakan bahawa terbengkalainya projek ini adalah bukti ketidakmampuan Menteri Kerja Raya. Beliau telah membenarkan perebutan kontrak di antara kroni serta lebih mengutamakan politik dari perkhidmatan kesihatan untuk rakyat.

8. Berterusannya keadaan ini tanpa adanya apa-apa tindakan dari Kerajaan Pusat akan bererti ianya suatu keadaan yang dipandang remeh oleh kerajaan Pusat atau ianya disengajakan sebagai suatu penderaan terhadap warga Shah Alam.

9. Kami yang bertandatangan di bawah ingin menuntut supaya projek ini dimulakan kembali dengan kadar segera. Sekiranya gagal, Menteri Kerja Raya hendaklah meletak jawatan atau beliau dipecat sebagai Menteri Kerja Raya oleh Perdana Menteri.

SILA TANDATANGAN PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM SECARA ONLINE DI PETISYEN.COM

Comments

saji said…
Salam YB

Saya dah banyak cadangkan dalam blog ini dan lain2 blog, JKR kena pindah gunakan sistem kontrak pembinaan management contract untuk mengambil projek Hospital Shah Alam ini. Malangnya orang kuat kontrak dan pengajar kontrak di JKR taksub atau sukakan design and build contract berbanding dengan mangement contract yang saya cadangkan itu. Setelah saya selidiki, saya dapati, dokumen management contract tidak ada di pusat sumber JKR, PAM dan RICS. Macam mana tu?
Mae said…
Sepatutnya PAS tak payah mengharapkan Kerajaan Pusat untuk bina hospital. Buatlah hospital sendiri yang bercirikan kebajikan.
Anonymous said…
Mae! kau ni bangangla tak duduk bawah tempurung...
Anonymous said…
Mae,betul tu, kan selangor ada kerajaan PKR tak kan nak minta dengan orang lain, sebab dulu mereka tak nak Barisan Nasional.Tak kan emak nak beri susu dengan anak kera sedangkan anak sendiri ada....
Anonymous said…
Komen dari Mae dan Anon 18 Jun 19.50PM yg bangang lagi membangangkan..Bodoh tapah gaban...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Al Jazeera: Whose God?

Religious tensions are rising in Malaysia following a High Court ruling which declared non-Muslims could use the Arabic word "Allah" when referring to God. Christian churches have been attacked across the country and protests have been held in major mosques against the decision. The issue has highlighted the tensions between minority ethnic and religious groups and the Malay Muslim majority. The ruling came after a recent petition by Malaysia's Roman-Catholic Church, whose main publication, the Herald, uses the word "Allah" in its Bahasa Malayu-language edition. Rev Lawrence Andrew, editor of the Herald , has said there is no other appropriate term for God in Malay. The word "Allah" has been used by Malay-speaking Christians for centuries, as well as by Christians in Arabic-speaking countries and in Indonesia. On this edition of 101 East , we look at the current debate raging in Malaysia over the ownership of the word 'Allah.' 1...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...