Skip to main content

BERSIH: Pembuka Jalan Politik Baru

Perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengundang berbagai tindak balas dari penyokong Barisan Nasional. Dari respon yang kurang bijak persatuan-persatuan peniaga pro-BN yang menyatakan bangkangan mereka di atas alasan terjejasnya perniagaan; kepada yang paling ekstrim dalam bentuk ancaman membunuh Pengerusi BERSIH, Dato’ Ambiga. Walau apa sekali pun respon dan alasan di sebaliknya, kesemuanya bertujuan untuk menghalang berlakunya himpunan ini. Respon dan tindak balas sebegini merupakan bukti betapa BN amat gentar dengan himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Mereka khuatir kerana perhimpunan ini merupakan pembuka jalan kepada era politik baru dan penamat kepada politik kotor yang berpaksikan fitnah pimpinan BN.

Hakikatnya, rakyat semua mengetahui betapa Pilihan Raya yang dianjurkan selama ini adalah tidak adil, berat sebelah dan diurus dengan tujuan untuk memenangkan BN. Pilihan Raya dan kebebasan bersuara yang dibenarkan sekadar untuk memberikan persepsi adanya demokrasi, tetapi tahapnya dikawal supaya tidak menjejas kedudukan BN. Dalam keadaan begitu sekalipun BN telah dapat dikalahkan di beberapa Negeri pada tahun 2008. Sekiranya Pilihan Raya pada ketika itu diadakan secara bebas dan bersih, dengan diberi semua pihak akses kepada media perdana, tiadanya undi pos dan lain-lain seperti terkandung dalam tuntutan BERSIH (1), insyaAllah sudah pasti BN akan dapat dikalahkan diperingkat Kebangsaan juga.

Oleh yang demikian, BERSIH (2) perlu diteruskan supaya BN memahami bahawa rakyat tahu bagaimana mereka telah ditipu selama ini dan bagaimana penipuan ini mengekalkan sebuah kerajaan yang telah hilang kredibiliti serta legitimasinya dalam kedudukan berkuasa.

Sebenarnya, semua yang siuman dan tidak berkepentingan pasti akan menyokong perhimpunan BERSIH diadakan. Ianya menuntut supaya Pilihan Raya dilakukan secara adil dan bersih. Hanya yang inginkan Pilihan Raya yang kotor, tidak telus dan tidak adil sahaja yang akan membantahnya. Hanya yang ingin kekal berkuasa dengan menafikan hak rakyat serta ingin melihat rakyat terus ditundukkan akan mempertahankan proses Pilihan Raya yang jelas tercemar!

Kerajaan BN wajib menghormati rakyat dan itulah sebenarnya intipati tuntutan BERSIH. Iaitu supaya suara dan kehendak rakyat dalam memilih kerajaan yang ingin diamanahkan dengan kuasa pemerintahan dihormati dan diterima. Tanpa adanya sebarang usaha penyalahgunaan kedudukan dan kekuasaan untuk menentukan pilihan rakyat melalui proses pemilihan yang berat sebelah lagi songsang. Sekiranya melalui proses pemilihan yang BERSIH ini rakyat menolak BN di peringkat Negeri dan Negara, maka BN wajib menerima pilihan rakyat dan berundur secara terhormat. Itulah intipati demokrasi. Bukan hanya sebagai cogankata dan retorik semata-mata, sambil pandangan dan pendapat rakyat dikuasai dan kehendak rakyat dinafi melalui proses yang tercemar.

Semua yang ingin menghalang BERSIH, samada PERKASA, Pemuda UMNO atau pihak Polis sekalipun, hanya menzahirkan keinginan untuk mempertahankan sesuatu yang ditolak rakyat, iaitu proses Pilihan Raya yang dicorakkan mengikut kepentingan BN. Sepatutnya mereka, lebih-lebih lagi pihak Polis, berdiri bersama rakyat dalam usaha membersihkan proses pilihan raya. Supaya penipuan terhadap rakyat dan kekuasaan ke atas rakyat melalui penipuan ini dapat dihentikan. Himpunan BERSIH merupakan usaha mulia, tuntutan adil lagi berasas dan menepati kehendak Syariat Islam dan Perlembagaan Negara; sepertimana yang telah dinyatakan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Prof. Aziz Bari.

Oleh itu, sepatutnya pihak Polis menjaga dan melindungi peserta himpunan tersebut, menjaga lalu lintas supaya kesan kesesakan dikurangkan, menjaga keselamatan peserta supaya tiada sebarang provokasi dan dengan itu ianya akan berjalan dengan selamat dan aman. Sepertimana himpunan yang menuntut rasuah dihentikan, penjenayah ditahan dan jenayah diperangi tidak wajar dihalang dan ditentang, begitu juga himpunan yang menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil. Sepatutnya PERKASA menyokong dan Pemuda UMNO turut bersama dan bukan bertindak-balas seperti sekarang. Namun, hakikatnya, mereka bukan mementingkan rakyat dan hak rakyat. Mereka hanya mementingkan status quo dan usaha mempertahankannya walaupun rakyat inginkan ianya ditukar.

9 Julai 2011, tarikh keramat, tarikh perubahan, tarikh kebebasan. Saya berharap agar warga Shah Alam khususnya dan Malaysia amnya akan bersama saya, turun pada hari itu untuk bersama-sama mencatat sejarah di bumi Malaysia yang kita cintai.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara akan turut menyokong tindakan BERSIH pada 9/July/2011. Hanya satu tujuan, iaitu kembalikan hak rakyat kepada rakyat Malaysia dengan mengubah cara pilihan raya yang sekian lama ini KOTOR dan jijik, supaya negara kita akan ada masa depan yang jauh lebih cerah. Vote out BN governmnet in the coming GE13,and replaced by Pakatan Rakyat government = Kerajaan Rakyat. Saya akan pakai yellow shirt pada 9/July/2011 untuk menyokong BERSIH yang mulia ini. Best Regards, STONE-MAN, Johor Bahru, Johor.
Anonymous said…
Apa hak korang yang kena rampas? Bagaimana pulak hak majoriti lain yang tak suka keadaan kucar-kacir, menyesakkan jalan. Cukup2 lah politik. Sekarang masa untuk bekerja. Hanya orang bodoh je yang berarak tengah jalan nak protes satu2 isu. Hanya orang bodoh!!!
Anonymous said…
menyokong BERSIH bererti tidak mengiktirak kemenangan PRU lepas.Juga mwmberi maksud YB dan rakan Pakatan menang PRU cara tipu? Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan adalah kerajaan tidak sah. Fikirlah implikasinya dari sudut pandangan rakyat biasa.
Anonymous said…
saya sbg rkyt mlaysia yg cintakan keamanan xakan sekali2 setuju dgn berSHIT 2 ni..apakah mekanisme utk org2 berSHIT ni utk mengawal setiap org yg join demo ni dr melakukn provokasi..apekah jaminan anda????apakah juga cara utk org2 bershit ni utk kenal anasir2 luar yg pastinya akn join bersma n timbulkn huru hara..org luar dh lama dengki dgn keamanan negara kita..dh lama org yahudi di kedutaan israel di singapore mengintai negara kita..cuma segelintir puppet2 bodo dr pr je yg xreti2 utk memahami perkara ni.
Anonymous said…
Maknanya aku undi kepada Dato Aziz Shamsuddin tapi yang menang YB Khalid Samad. Maknanya YB Khalid Samad menang dengan cara menipu la? Itu macam ke maksud YB?

Atau baling batu sembunyio tangan?
Kenapa nak di sokong Ambiga? Sudah terang lagi bersuluh perempuan hindu tu anti-Islam. Kalau dia bukan anti-Islam kenapa buat forum Memeluk Islam?

Apakah PAS sekarang yg dah tukar selogan drp Negara Islam kepada Negara Berkebajikan juga bertukar ideologi Islam kepada Liberal & Sosialist?

Nik Aziz juga pernah kata Sosialist itu adaik beradik dgn Communist. Jadi YB siapa nak kencing siapa?

Tak ada guna berarak ke jalan nak protes kata SPR berat sebelah kepada BN tapi dlm masa yg sama PRU lepas PR menang sapu 5 negeri dan nafi majoriti 2/3 BN?

Jangan lupa YB. Ramai undi YB sebab protes BN bukan sokong PAS pun. Tak percaya? Tunggu PRU nanti. Kita tengok macamana rakyat Shah Alam ajar YB.

Satu lagi YB. Kenapa isu Flotilla LL4G YB nak putar belit sedangkan memang di jemput ahli parlimen daripada BN & PR utk menghadirinya tapi yg sanggup KJ & YB pulak melalak kata itu adalah program politik BN. Kenapa nak putar sana putar sini YB?



Anti Putar Belit
Anonymous said…
Aman tapi sesak dari segala segi. We deserved better la UMNGOK. Zionis itu musuh yang nyata, yang lebey berbahaya adalah munafiqin (AMENO). Utusan + pemimpin buat main hukum Islam korang x menyalak pulak. Manusia zalim juga yg menyokong kezaliman duduk neraka jek. Bukan aku yg cakap tapi Allah yang cakap. Rujuk Al-Quran. Bukan hanya berdendang di musabaqah shj, baca tafsir n belajar ilmunya. Bebal punya penyokong AMENO.
Anonymous said…
saya sebagai warga shah alam tidak akan sesekali menerima ajakan YB khalid untuk berdemontrasi...tiada faedah.anak saya masih kecil dan saya bersyukur masih boleh memberi nafkah kepada keluarga saya..saya tidak mahu wujud huru hara dalam negara.daripada membuang masa berarak di jalan raya...baik saya kerja cari duit.kawan2 cina semua nak kerja lebih masa sebab orang melayu semua lebih suka demo..mereka untung tapi kita dapat apa?tak ada apa yang perlu diperjuangkan,negara dah merdeka...sekarang masa untuk membina negara dan mengekalkan keamanan.pemimpin dan kerajaan boleh bertukar ganti tetapi keamanan tak mudah dikecapi..ingat lah mereka2 yg berjuang untuk capai keamanan negara suatu masa dulu...kenapa kita mahu musnahkannya?? saya mengharapkan YB akan mengajak rakyat untuk mencari rezeki,membuka peluang dan bersatu padu...tapi ajakan YB tak mencerminkan mentaliti seorang pemimpin yg berwawasan.Motivasi yang YB berikan adalah kearah kekacauan dan ketidakstabilan...satu undi terbuang untuk YB di parlimen shah alam pada PRU akan datang.Itu pasti..dan ramai yg diam2 memantau dan mereka juga sudah pasti...tidak akan memilih YB.hampir lima tahun yang sia2...kami dah bosan dengan ayat YB menuding jari kearah org lain bila ada masalah...dulu dah teruk dan kami harap YB betulkan...tapi malangnya bertambah teruk...semakin teruk.
boboi said…
4 negeri pakatan menang pru lepas. saya pelajar form 5 tak faham apa yang uncle hujahkan. adakah kemenangan yg lepas pun tak betul?tak telus? bagi saya kalau perjlanan pilihanraya boleh diatur, pasti selangor, p.pinang, kelantan tak akan menang pd pru yang lepas. kenapa tak berhimpun sahaja di stadium atau tempat yang tidak sesak? saya keliru la uncle.
Anonymous said…
Bagi yg tak nak join Demo BERSIH tak mengapalah.. yg penting kita semua tahu apa motif dan tujuan BERSIH itu! Baca dan nilaikan maklumat dari semua pihak. Jgn kaitkan bersih dgn unsur2 perkauman dan agama kerana segala tuntutan BERSIH utk mendesak Pilihanraya yg Adil dan Bersih adalah untuk semua rakyat malaysia tidak kira kaum, agama dan parti yg kita sokong.


Kita tukar kerajaan Pusat pada PRU yg akan datang dan lihat adakah PR boleh mengubah Malaysia menjadi Negara yg rakyatnya mendapat lebih Keadilan dan Kebajikan, dalam masa yg sama merawat masalah Sosial negara yg semakin parah terutamanya umat Islam yg semakin Jahil.

Di dunia kita dinilai sesama manusia berbagai bangsa dan agama melalui kejujuran dan keadilan. Di Akhirat kelak keikhlasan kita semasa membuat kebaikan di dunia akan mendapat ganjaran oleh yg Allah SWT. InsyAllah..

Wong Joe War
Anonymous said…
wahai anon June 28, 2011 10:27 PM...ape mksd ko sesak dr semua segi..mksd ko dr segi kewangan ke..aku nk tnye ko..nape org2 cine blh jd tokei kt negara ni..sbb dieorg rajin..n majoriti org melayu ni pemalas n xsuke tlg bngsa sndri..kalo kedai2 runcit tu lbh suke pegi kedai2 cine..bengkel cine..dlm politik pon org2 islam pr lbh suke dkt cine drpd perpaduan sesama islam..kalo ko usaha lebh xdenye ko nk merungut psl sesak2 ni..

psl permainkn agama kartun zunar pon pernh wt lukisn psl persendakan agama..permainkn hukum pn sm..org2 pas pn byk permainkn agama..tafsirkn hukum hakam ikut kehendak politik!!dlu negara islam..lps revised buat negara kebajikan..tp kebajikn rkyt klate xdjg pon..dlu hudud jd keutamaan..skrng plak kata hudud bkn keutamaan..dlu cerca umno sbb kwn dgn mca..skrng ko sndri kwn dgn dap..byk lg yg korng dh revisedkn demi survival politk korng..punye la xde pendirian..

kt png nnti ade IT fair..n siap ade bikini contest pertandingan ratu cantik..hasil usaha dakwah pas dkt dap kot..hehhe..korng xnk bantah ke..senyp je!!tkt dgn dap ke!!
Anonymous said…
Mungkin masa depan Bersih 3.o nak perjuang hak haiwan pula seprti berlaku di Belanda sehingga susah orang Islam nak dapat daging halal.
http://www.ocala.com/article/20110627/ZNYT04/106273002/1162/sitemaps04?p=1&tc=pg

YB hentikanlah bersengkongkol dengan Ambiga. Dulu dia tu juga perjuang kebebasan agama, lama2 pemimpin PAS pun boleh terpengaruh. Pemimpun PAS dah dah semakin tak sedar mereka secara perlahan-lahan telah berubah dari baik kepada buruk! Insaflah sebelum terlambat.
Uncle-Belah-Mak-Kau said…
Kehadapan Boboi Yang Diingati Selalu,

Kalau boboi tak paham pasal benda ini, mmg uncle rasa boboi tak payah la penat2 stadi utk SPM. Baik masuk UMNO atau Perkasa je, sbb mereka mmg sgt memerlukan orang2 macam boboi. Selamat berjaya...

Uncle-Belah-Mak-Kau

p/s: Tahun ini takde duit raya
maie1958 said…
ramai lagi yang takut nak taruh nama pada komen masing2,ini kah yang anak jantan najibrosmah maksudkan.....lain kali guna otak untuk komen satu2 isu bukan ikut emosi......apa tujuan BERSIH buat demo?sebab....tuntutan 8 perkara kepada spr tidak dilayan dan dipertimbangkan untuk diperbetulkan.
kebaikan nya kepada kedua2 pihak um-no/b-end dan pr.RAKYAT mempunyai kuasa penuh untuk memilih wakil mereka ke parlimen dengan pengetahuan tentang rancangan masa depan negara yang dikemukakan kepada mereka.

jadi,apa kalut dan mengelabah sambil meracau2 pencacai2 angkat najis najibrosmah bila lihat warna kuning dimana2????
kadang2 aku tengok golongan cendikawan pun jadi mamat ulu mana entah buat ulasan bangang lagi membangsatkan kelompok mereka menyokong tak tentu pasal?tanya diri sendiri banyak mana saham bumiputra najibrosmah bagi??????nasib kau lah labu?
Anonymous said…
Kalau pilihanraya lepas bersih dari kekotoran Suruhanjaya Pilihanraya dan UMNOBN mungkin PR menang lebih dari 5 negeri. Kalau kerusi2 yg menang tu hak PR ambillah, apa UMNOBN nak bising atau PR nak bagi kat depa pula... Contoh macam ni lah, dua orang si'P' dan si'U' berebut 10 ekar tanah sedangkan tanah itu milik P. Hakim beruk mengatakan 5 ekar untuk P dan 5 ekar utk U. Patutkah si P nak tolak 5 ekar yg hakim beruk berikan kepadanya sebab tak setuju dg 5 ekar yg diambil dan diberikan kepada si U. Si P Kenalah amik dan lawan hakim beruk yg zalim supaya yg 5 lagi dapat menjadi miliknya juga.
Anonymous said…
Khalid samad sepatutnya yang menyertai frotilia ke gaza menarik diri dari menyertai misi itu atas alasan penganjur tidak serius, untuk menutup ketakutannya berdepan dengan israel, dia mengatakan life line for gaza (ll4g) di cemari dengan agenda umno.

Pehh...orang kalau dah takut, macam-macam la alasan yang dia berikan untuk menutup ketakutannya tu, pehh mamat ni kalau berceramah pasal palestin berdentum dentam, macam dia lah salah seorang pejuang di palestin, tapi inilah realitinya, cerita dentum-dentam, bila orang ajak pergi, takut... lepas tu bagi banyak sangat alasan untuk tutup ketakutan dia tu.

Kata khalid lagi, dia akan menyertai misi lain yang sama tujuannya seperti ll4g, yee... la tu khalid oii.. kau nak joint misi lain pasal dalam misi tu tak ada perss dari malaysia, tak ada orang malaysia so kalau kau nak mengelat ke, kau nak melancong ke tak siapa yang tahu... itu semua trick khalid nak alih pandangan orang dari orang melihat dia sebagai seorang penakut.
Anonymous said…
Sebenarnya segala hasrat BERSIH 2 sudah tercapai. Himpunan dan serahan tuntutan sudah diterima semua pihak-pihak berkaitan termasuk SPB YDP Agong secara MAYA. Jadi tak perlu lagi himpunan dan perarakan secara nyata walaupun setiap orang ada HAK. Apabila HAK-HAK bertembung dengan HAK-HAK jika tak disertai TOLERANSI natijahnya...kkp.. KEMUSNAHAN, KEROSAKAN dan PEPECAHAN.

Oleh itu, kita sekali kali jangan lupa berbicara HAK penguasa. Ingat HAK penguasa menjaga keselamatan kita semua. NASIHAT penguasa HARUS DIDENGAR..

ran03
Anonymous said…
ORE ADO MATO said

KEPADA YANG BUKAN AHLI bn, ORE DAH CUKUP MAKAN, PEKERJA GAJI RIBU-RIBAN, BAHAGIA DGN HIDUP KO SEKARANG DAN TAK MAU CAMPUR BERSIH, SILA DOK RUMAH, BUAT KOJO KO JE.(ps;ini pandangan peribadi aku je, tampa hasutan dari mana2 pihak: KO ORANG JENIS PENTINGKAN PERUT KORANG JE, ASALKAN KO KENYANG, SEMUANYA TAK PE)

BERSIH HANYA UNTUK ORANG2 YANG KAYO RIBU-RIBAN, ORANG YG KERJA CUKUP2 MAKAN DAN ORANG YG KAIS PAGI BAYAR HUTANG, TAPI MEMPUNYAI SATU PERSAMAAN IAITU >>MENUNTUT KEADILAN<<

ORANG2 YANG KAYO RIBU-RIBAN >>MENUNTUT KEADILAN<< kepada orang2 miskin apabila melihat kerajaan yg memegang amanah rakyat tak amanah dan dok membazir harta rakyat, bayar kat APCO yahudi dah kat 140 juta, komisyen kapal selam sapa 500 juta.

ORANG YG KERJA CUKUP2 MAKAN >>MENUNTUT KEADILAN<< kepada diri dia dan orang lain kerana dok tengok puak pemimpin negara dok joli duit rakyat, dok rumah kos sampai 10 ribu sehari, sewa bilik hotel 100 ribu semalam, semua tu pakai duit rakyat.

DAN BAGI ORANG YG KERJA KAIS PAGI BAYAR HUTANG >>MENUNTUT KEADILAN<< untuk diri dio dan senasib dengannyo apabilo melihat puak umno yang memerintoh dok putar belit duit bantuan kepada rakyat, potong subsidi barang keperluan, naik hargo barang, tapi beri subsidi kepado IPP(IPP tu Penjana Elektrik Bebas)sapa 20 bilion setahun dan sapa duit ZAKAT pun menteri putar buat bayar kos peguam.

Untuk mencapai >>KEADILAN<< tu, kena UBAH KERAJAAN yang pegang amanah rakyat(samaado tukar pemimpin yg tok cerdik atau ubah kerajaan)

Untuk UBAH KERAJAAN, kena ado pilihanraya yang BERSIH, bukan pilihanrayo tipu, atu dan wargo asing pun bulih ngundi dan melayu, cina, india duduk sebuah rumoh srupo gok beruk pun buleh sapa 88 ore (pengundi)(ps;jange teraso tuan rumoh, ambo nok maroh)

Sekarang rakyat tok kiro melayu, cino, india, dayok, islam, kristian, hindu, budha, pagan nak ubah kerajaan melalui pilihanraya yang adil, untuk pilihan rayo adil kena uboh SPR, Untuk uboh SPR keno buat:

HIMPUNAN BERSIH !!!
HIMPUNAN BERSIH !!!
HIMPUNAN BERSIH !!!

BERSIH !!!
BERSIH !!!
BERSIH !!!

Takbir !!!!!!!!
Anonymous said…
yess, pas ni anwar pm, karpal tpm, ambiga jadi ganti sharizat, baru la malaysia aman.. bebas beragama, duduk sama tinggi denganbangsa imigran,, kat china, singapore, india, selain dari bangsa dia, tak pandang pun.. kat malaysia semua kena kongsi ngan diorang, siap nak sama level pulak.. ah tak pe yang penting anwar jadi pm
Sekolah Bahagia said…
HAIRAN AKU DENGAN PARA PENYOKONG ANTI BERSIH.. TAK TAHU ISUKAH DIORANG SEMUA INI APA TUJUAN BERSIH DIADAKAN.. MALANG SEMUANYA..
Anonymous said…
Penipuan SPR?..SPR berat sebelah...klu berat sebelah..kenapa PRU 12 yg lepas...Selangor dpt jd kerajaan negeri?????????.... berat sebelah ke tu nmnyer???... yg aku nampak..kenapa berpaksikan AMBIGA...sekali lagi aku ulang AMBIGA...bukan AMINAH... Ambiga bangsa ape huh???.... semua ni propaganda org bukan melayu la ....wahai org2 melayu malaysia....dh aman dh kita...dh cukup makmur negara ni...bagaimanpun bergolak galik potitik negara..rakyat termasuk aku..msh mampu pakai kereta..masih mampu guna petrol mash mampu sekolahkan anak..mampu milik 2 rumah...wlp gaji aq ngam2 2k..sikit bro...msh mampu tempatakn adik kt universiti, msh mampu bersantai2 hujung minggu...msh mampu pergi ikut pengajian di surau2..msh mampu ikut sesekali hiburkan ati kt karaoke...msh mampu bekerja dgn rezeki yg halal..penuhi kemampuan isi rumah...yg penting tak tamak bro...tak perlu la nak demo demo jalanan..ikut AMBIGA tu....silap2 yg berdemo jalanan kelmarin tu tak daftar pun jd pengundi....."AKU BANGGA JD RAKYAT UMNO MALAYSIA WLP DUDUK KU DIBUMI PKR"

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…