Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam , saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.
Comments
PAS dan UMNO sama saja. Yang membezakan ialah iman. Adakah PAS lebih beriman daripada UMNO. Yang pasti ramai pemimpin DAP adalah dikalangan kaum kafir. Apakah itu iman?
Ada sapa-sapa adaingat kesah ini?
Hari ini Anwar still stand strong.
Bagaimana YB tahu yang semua calon Pakatan Rakyat bebas rasuah?? Adakah YB 100% tahu sumber kewangan PKR betul-betul bersih dan dari sumber yang halal?? Jangan menuduh orang sahaja YB... Tepuk dada dan tanyalah iman YB sendiri.... For me, you are just one term MP for Shah Alam....
sebelum terlambat. Jangan jadikan Malaysia tanah melayu yang kedua jatuh ke tangan bangsa asing....