Skip to main content

Coretan Isu-Isu Semasa

Banyaknya isu, sikit sangat masa untuk menjelaskannya semua. Maka dilakukan coretan-coretan dari masa ke semasa. Harap memahami.

SERANGAN TERHADAP DAP
Saya melihat dengan penuh terhibur bagaimana BN berhempas pulas ingin menangani masalah sokongan bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina, terhadap PR. Ini difahami BN sebagai masalah besar bagi mereka. Amat jelas, masyarakat bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina sudah menolak parti-parti Cina dalam BN. Maka untuk kekal sebagai “satu-satunya gabungan yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia”, sebagai dakwaan BN selama ini, satu formula perlu dikenal pasti untuk mendapatkan kembali undi masyarakat Cina. Malangnya, undi masyarakat Cina sudah bersama PR dan kelihatan akan terus bersama PR sehingga PRU ke-13.

Oleh yang demikian, dianggap bahawa punca sokongan masyarakat Cina terhadap PR adalah berpunca dari DAP semata-mata dan untuk menanganinya, DAP perlu dijadikan sasaran. Maka bermulalah serangan terhadap DAP dengan pada mulanya mengistiharkannya sebagai sebuah parti rasis! Tuduhan DAP rasis dimainkan UMNO khususnya untuk lebih kurang dua minggu, bermula semenjak selesainya Pilihan Raya di Sarawak dan apabila dilihat ianya tidak mencapai apa yang diinginkan, berubah pula rentaknya.

Rentak kedua mengejutkan semua, ia itu setelah menyerang dan mengutuk DAP dengan begitu hebat sekali, tiba-tiba berlakunya U-turn yang amat besar apabila UMNO menjemput DAP menyertai BN! Hari itu diajaknya PAS dan MCA membantah, kali ini dijemput pula DAP. Sudah pasti MCA tergeliat dalam diam disebabkan ianya pukulan yang memalukan bagi mereka. Namun apabila DAP menolak, MCA bernafas lega tetapi bermula pula serangan seterusnya terhadap DAP.

Kali ini dikatakan pula DAP bersama Kristian ingin menjadikan Kristian agama rasmi dan melantik seorang PM Kristian. Pelik dan ajaib, bila pula Karpal Singh jadi Kristian? Walhal si Jeff Ooi sendiri bukan seorang Kristian! Tetapi, sepertimana yang telah sedia maklum, UMNO bukannya kisah dengan apa yang dikatakan, samada benar atau sebaliknya, politik mereka sudah jelas politik fitnah dan adu-domba.

Yang terkini, dikatakan pula DAP kommunis! Saya rasa UMNO/BN kena buat keputusan, adakah DAP itu rasis, fundamentalis Kristian atau Kommunis? Namun, yang jelas rakyat boleh membuat kesimpulan bahawa UMNO adalah penipu, dulu kini dan selamanya.

Dalam pada itu, perlu dinyatakan bahawa pada masa ini, dengan penolakan bukan Melayu terhadap BN, hanya PR sahaja yang mampu membentuk kerajaan berbilang kaum yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia!

PERANG SALIB DIISTIHAR!
Ada seorang Melayu beragama Islam mengistiharkan ‘perang salib’ ke atas orang Kristian. Ini pun menyebabkan saya tersengih lebar. Apa pula kerja orang Melayu Islam ini mengistiharkan ‘perang salib’? Jelas beliau ingin memperkasakan kejahilan dirinya sendiri. Untuk pengetahuannya dan mereka yang seangkatan dengannya, Perang salib atau dalam Bahasa inggerisnya, Crusade, diistiharkan oleh Pope sebagi peperangan demi kepentingan agama Kristian yang simbolnya adalah salib, maka dinamakan ‘perang salib’! itulah si Melayu Islam ni, kalau duduk diam di rumah, orang tak akan tahu yang awak tak tahu. Sekarang satu dunia tahu bahawa awak tidak tahu apa yang awak katakan!

Orang Islam istihar perang ‘sabilillah’ atau diringkaskan oleh orang Melayu kita, ‘perang sabil’. Bukan ‘perang salib’. Kalau itu pun tidak tahu, saya nasihatkan orang Melayu Islam berkenaan untuk balik rumah dan tidur sahaja, jangan menyusahkan orang lain.

Perang sabilillah ni pula maknanya ‘perang di jalan Allah’. Ianya bertujuan untuk menegakkan Islam demi keadilan untuk semua, iaitu untuk orang Islam dan juga bukan Islam. Ianya bukan untuk menegakkan ‘ketuanan’ satu kaum atas kaum yang lain. Konsep menegakkan ketuanan sesuatu kaum ke atas kaum yang lain ditolak Islam sebagai amalan zaman jahilliyyah kerana sebelum datangnya Islam. itulah yang sibuk dilakukan bangsa Arab jahilliyyah, iaitu perang untuk memenangkan kabilah masing-masing.

Hakikatnya, ummat Islam berjuang untuk menyeru manusia kepada jalan Allah, bukan dengan paksaan tetapi dengan membebaskan manusia dari kongkongan yang dikenakan ke atas mereka oleh pemerintah yang zalim. Kongkongan ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan secara bebas. Setelah kongkongan ditepikan, ditarik minat manusia melalui akhlak yang mulia dan keadilan. Bagaimana kita boleh menarik minat manusia kepada Islam kalau kita hanya mementingkan bangsa kita sendiri dan ingin menegakkan ketuanan satu bangsa ke atas bangsa lain? Akhirnya kita menjadi penghalang kepada manusia datang ke jalan Allah melalui perjuangan kita yang sempit dan songsang! Oleh itu ianya tidak lagi menjadi perjuangan ‘sabilillah’ kerana menghalau manusia dari jalan Allah dan sebaliknya menjadi ‘sabilisSyaitan’ naudzubillah. Itulah sebabnya Rasulullah (SAW) telah menafi sebagai ummat mereka yang berjuang atas dasar Assobiyyah yang ditakrif Baginda sebagai “menyokong kaum kamu atas dasar kezaliman”.

DEMI KUASA PAS SANGGUP KORBANKAN PRINSIP?
Ada yang masih tidak faham dan termakan dengan dakyah BN yang mendakwa PAS telah korban prinsip demi kuasa kerana sanggup berkerjasama dengan DAP dan menolak kerjasama dengan UMNO! Yang termakan dengan dakyah ini memang otak mereka ‘slow’. Saya ingin tanya, kalau PAS gilakan kuasa, tidakkah lebih mudah untuk PAS sekiranya terus berkerjasama sahaja dengan UMNO? Bukankah kalau PAS bersama UMNO dalam BN, PAS akan terus menjadi sebahagian dari pemerintah dan berkuasa?

Maknanya ada yang lebih penting dari sekadar ‘berkuasa’ bagi PAS. Ianya adalah prinsip perjuangan yang ingin terus diusahakan PAS sehingga sanggup menolak tawaran terus berkuasa bersama BN! Kalau masih tidak faham lagi, otaknya bukan sekadar slow, tetapi sudah stop?

Maka sudah pasti ada yang bertanya, apakah prinsip perjuangan yang begitu penting sehingga PAS sanggup menolak tawaran berkuasa bersama BN? Prinsipnya ialah politik bersih dan bertanggung-jawab, bebas dari rasuah, fitnah dan adu-domba. Dan inilah yang dituntut oleh Islam dan ini juga yang dipersetujui sebagai matlamat bersama PR. Kalau bersama UMNO/BN, PAS akan terpalit dengan segala amalan rasuah, fitnah dan adu-domba yang merupakan darah daging UMNO/BN.

PAS MINORITI DALAM PR
Ada satu lagi kenyataan yang sering dikeluarkan mereka yang kononnya ingin sokong PAS, iaitu, “saya nak sokong PAS, tapi PAS minoriti dalam PR”. Bunyinya macam bijak tetapi sebenarnya ianya kurang bijak ; seperti yang mengistiharkan perang salib tadilah!

Hakikatnya kalau masalahnya adalah “PAS minoriti dalam PR” seperti yang didakwa, maka penyelesaiannya adalah memenangkan PAS di kerusi-kerusi yang ditandingi sehingga bertambah kerusi PAS dan PAS tidak menjadi minoriti lagi! Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan sekiranya atas alasan itu maka tidak diundi calon PAS? Adakah dengan mengalahkan PAS maka PAS tidak lagi menjadi “minoriti dalam PR”? Sudah pasti tidak! Itulah yang saya sebut tadi, bunyi macam bijak tetapi pada hakikatnya ‘slow’.

Lagipun, kalau dilihat secara objektif, keadaan sebenarnya tidak seperti yang didakwa. Hakikatnya PAS mempunyai 2 Menteri Besar (dulu 3), sedangkan DAP ada 1 dan PKR juga 1. PAS mempunyai jauh lagi banyak kerusi DUN dan memang itulah yang menjadi sasaran PAS pada PRU ke 12 yang lepas. Dari sudut kerusi Parlimen pula, PAS tidak jauh kebelakang bila dibandingkan dengan PKR dan DAP.

Namun digunakan hujjah itu secara rambang. Hakikatnya, bagi Negeri Selangor, insyaAllah UMNO/BN tidak akan mampu memenanginya kembali. Oleh itu, bagi yang ingin PAS tidak menjadi minoriti, maka undilah PAS untuk menggantikan UMNO!

PERBICARAAN DSAI – LIWAT 2
Sememangnya telahpun dijangka, keputusan mahkamah akan menyebelahi pihak Saiful. Ini adalah kerana kekuatan UMNO terletak di ‘tubuh’ Saiful. Sekiranya kesnya ditolak, maka akan terbukti kezaliman UMNO terhadap DSAI selama ini. Dan dengan itu akan terdedah segala pembohongan mereka.

Ini adalah seperti yang didakwa Dato’ Mohd Zin, bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah PDRM yang mendakwa penipuan dan putar-belit dalam kes DSAI akan terpaksa diteruskan demi menutup penipuan pemerintah. Dalam Bahasa Inggeris dikatakan, “one lie leads to another”. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu terpaksa terus menipu demi menutup penipuan asal yang dilakukannya.

Bagi saya, ini hanya menambahkan hujjah untuk kita menukar kerajaan, dari BN ke PR. Ini adalah supaya kongkongan ke atas masyarakat dan Negara ditiadakan dan semua boleh bergerak tanpa ugutan atau paksaan dari pihak berkuasa yang ingin menutup kesalahan yang telah mereka lakukan. Negara dirosakkan demi menutup kesalahan mereka, supaya mereka boleh terus berkuasa. Proses kerosakan ini berterusan sejak 1998, sehingga segala institusi keadilan hilang kredibiliti dan kerosakan ini akan diteruskan sehingga punca kerosakan itu diketepikan dan ditiadakan. Iaitu mereka yang berkuasa diganti dan kesalahan mereka didedahkan dan dengan itu penipuan tidak lagi perlu diteruskan.

Saya menjangkakan mereka akan mengulangi skrip yang lama dan memenjarakan DSAI walaupun jelas beliau tidak bersalah dalam kes ini. Mereka tiada pilihan. Pilihan lain bererti mereka akan hilang kuasa dan segala-galanya akan terdedah. Akan turut hilang harta mereka dan kedudukan mereka.

Rakyat perlu menyedari, tiada yang mampu menghalang kezaliman ini selain rakyat itu sendiri. Jangan bersekongkol dengan kezaliman, jangan bersubahat. Bersama kita menolak politik fitnah dan adu-domba, tolak BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

dan lee said…
Hi YB,
Saya baru berpindah dr PJ ke Sek U5, Shah Alam dan dulu saya mengundi di kawasan PJ Utara.
Adakah saya perlu mendaftar semula untuk saya menjadi pengundi kaw Shah Alam kerana IC saya ditukar dimana saya tinggal sekarang.
Saya rasa sangat selesa apabila membaca komen YB mengenai Islam. Saya terharun dengan keunikan dan kesucian yg ada dalam agama Islam.
Saya berdoa dan berharap menang di PRU ke-13 dan terus ke Putrajaya.
Anonymous said…
setakat ni YB Khalid memonjol sbg pemimpin kepada semua.Menepati slogan PAS for all.Tindak tanduk YB nampak bijak & merujakan kalangan muda.Asasnya adalah prinsip-prinsip Islam diterjemahkan secara hikmah sehingga keprihatinan & keadilan dirasai oleh semua rakyat,bukan hanya ahli PAS semata.Teruskan & pekakkan saja cacian nista sang pendengki.
Anonymous said…
Baca AlQuran dengan penuh tumpuan, berulang-ulang. InsyaAllah YB nampak kita semua hanyalah pengembara saja.

Nampaknya YB bersungguh-sungguh hendak mengembara di dunia ini bersama Jamaah Pakatan Rakyat mencari keadilan dan kebenaran ikut takfsiran YB dan rakan-rakan PAS yang lain

YB dan ramai pemimpin PAS masih belum nampak ada inisiatif bergerak dalam kumpulan Sunnah Wal Jamaah.
Ong Kian Ye said…
http://www.themalaysianinsider.com/world/article/imf-strauss-kahn-resigns-as-managing-director/

Why cant ANWAR IBRAHIM follow suit? Isn't this the same?
Anonymous said…
YB,

I am chinese.

Please tell those UMNO chaps, I have no problem if there are no MCA or Gerakan chinese in the cabinet. Together with the majority of the chinese people, I reject those corrupted chinese leaders from BN. I have no problems at all in voting malays in PAS or PKR because I want clean and efficient leaders not corrupted ones.

Come GE13, my vote together with my family (5 of them) plus my relatives and friends are all going to vote for PR.
hafiz zainuddin said…
Salam YB dan pembaca sekalian.

Untuk pengetahuan kita, MerdekaReview dalam keadaan yang sangat genting akibat kekurangan dana.
Harap kita semua dapat membantu MerdekaReview untuk terus memberi laporan dan analisa berintegriti dan jujur!
Selamatkan MerdekaReview! Bantulah kami.

Harap YB dapat siarkan berita ini di blog tuan.
Kita boleh merujuk kepada link artikel dibawah untuk sebaran.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11869
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11864
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11867

Sekian, terima kasih
Hafiz Zainuddin
Anonymous said…
http://newledger.com/2011/05/dominique-strauss-kahn-anwar-ibrahim-and-paul-wolfowitz-the-woman-troubles-of-men-who-oversee-money/


what's your comment on this, sincerely

the new ledger is a very prominent news commentator in US
Fabian said…
Salam, YB

Memang seronok membaca blog YB, terutamanya kalau saya mengeluh "Mengapalah si Melayu ni benci sangat bangsa aku?" selepas membaca berita negara tercinta dalam blog dan dunia siber.

Saya beragama Katolik, and berbangsa Cina, dan saya memang kagum dengan YB dan disiplin anggota PAS secara keseluruhan. Pemimpin negara macam YBlah yang saya mahu.

Word for the day: Sabilillah
:)
Anonymous said…
>>> Dan Lee, Seksyen U5 adalah di kawasan MBSA, tetapi bukan di kawasan Parlimen P108 Shah Alam. Seksyen U5 (Subang Bestari etc) adalah di dalam Parlimen Subang. Apa yg saudara perlu lakukan utk menjadi pengundi yg berdaftar di Parlimen yg baru adalah;

(1) Pastikan alamat di IC adalah alamat terkini, ie; di Seksyen U5. Jika belum, sila pergi ke mana-mana Pejabat JPN yg berdekatan (ccontohnya di Wisma PKNS Shah Alam), dan lakukan pertukaran IC, ATAU kemaskinikan IC dengan makulumat terbaru di Susyen U5. Jika Saudara menukar IC, saudara akan diberikan satu Slip IC Sementara utk digunakan sebagai rujukan. Jika saudara hanya kemaskinikan maklumat dlm IC, pegawai akan mesukkan alamat terkini sauadara ke dalam chip dlm IC, tanpa perubahan alamat yg tertera di hadapan IC.

(2) Saudara blh terus singgah di Pejabat SPR atau mana2 Pejabat POS dengan membawa Slip IC Sementara, atau membawa IC lama yg telah dikemaskinikan; dan memaklumkan pertukaran tersebut untuk dimasukkan dalam rekod SPR.

(3) Tiada kos dikenakan utk pertukaran tempat mengundi SPR.

(4) Urusan tersebut mengambik masa sehingga max 90 hari utk dikeluarkan dalam rekod SPR (Rang Daftar Pemilih Tambahan) utk sesuatu Suku bagi setiap tahun. Jika di lakukan pada hari ini; ianya akan di wartakan dlm (mungkin) awal bulan Aug-2011.

(5) Dan jika perlakuk pilihanraya selepas Sep-2011, nama saudara akan mengundi di lokasi yg baru.


Selamat mengundi! Terima kasih.
Anonymous said…
Nampak jelas UMNO bermain politik dan perkara ini tidak disedari oleh balaci UMNO dan sentiasa mempertahankannya berulang kali secara bangang.. Tuduhan UMNO terhadap DAP sebagai parti racist menunjukkan yang UMNO tidak setuju dengan pendekatan DAP tetapi apabila UMNO menjemput DAP untuk berteman dalam barisan nasional menunjukkan tuduhan awal (DAP sebagai parti racist) adalah sangat bertentangan. Ini membuktikan UMNO lidah bercabang (seperti Abdullah bin Ubai).

Achmad Abdollah
Anonymous said…
YB Khalid Samad,

Saya memang benar2 berharap kepada semua rakyat Malaysia agak PR dapat memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti. Marilah kita lihat tempoh 5 tahun PR memerintah. Jika PR tidak menunaikan janji bagi membantu semua golongan rakyat Malaysia maka saya percaya dalam PRU14 PR akan kecundang. Jadi, marilah kita bersepakat seluruh rakyat Malaysia agak mengundi menuju perubahan.

Kita mahukan semula 888 billion wang rakyat Malaysia di Swiss Bank.

Kita mahukan saman perangkap laju dipulangkan semula kepada rakyat.

Kita mahukan harga petrol dikurangkan.

Kita mahukan pendidikan anak2 ditingkatkan menjadi nombor satu di Asean dan nombor top 30 di dunia.

Kita mahukan harga barang diturunkan jika pendapatan kami tidak dinaikkan.

Kita mahukan kesihatan rakyat Malaysia terjamin dan ditahap cemerlang.

Kita mahukan makanan yang dijual di Malaysia berkualiti tinggi seperti susu anak2 dan juga makanan lain. Kerana dengan makanan yang berkualiti tinggi, pendidikan yang terbaik dan kesihatan yang cemerlang maka akan lahirnya rakyat Malaysia yang terbilang dan disegani lawan.

Kita mahukan semua orang2 kaya haram di Malaysia di tangkap dan dibicarakan dan harta ditarik balik. Mana yang kaya kerana usaha yang halal maka dipertingkatkan perniagaan mereka.

Kita mahukan mengumpul semua rampasan harta kekayaan rakyat Malaysia kemudiannya bayarlah kepada hutang Malaysia di Bank Dunia atau di mana2 agak hutang kerajaan Malaysia dapat dikurangkan.

Kita mahukan semua syarikat GLC di audit.

Kita mahukan Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Angkatan Tentera Malaysia di bawah Parlimen.

Kita mahukan satu sistem undang2 yang terjamin masyarakat Malaysia.

Akhirnya

Kita mahukan yang terbaik untuk Malaysia. Walaupun kerajaan dalam keadaan susah untuk meningkat ekonomi negara tetapi pastikan rakyat Malaysia terbela dan dihormati dengan penuh kasih sayang.

Setelah kita berusaha yang semampu yang ada maka hendaklah kita berdoa dan bertawakal kepada Allah swt kerana kita hanya mampu merancang tetapi Allah swt akan menentukanNya. InshaAllah.

Amin hendakNya.
Anonymous said…
Pakatan Rakyat hanya tahu melalak dan terkinja-kinja di jalanan tak tentu pasal hingga menyusahkan orang ramai. Itulah kerja Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menuduh bukan-bukan terhadap Barisan Nasional seolah-olah Pakatan Rakyat itu baik sangat. Sedarlah diri bahawa Pakatan Rakyat itu hanya tahu ceramah maki hamun, menghasut masyarakat jadi kurang ajar, mencaci orang sesuka hati dan berdemontrasi liar seolah-olah orang yang tidak punya pelajaran.

Apakah Pakatan Rakyat ingat dengan ceramah maki hamun, demontrasi liar, mencaci orang sesuka hati dan menghasut rakyat menjadi kurang ajar itu dapat membangunkan negara ini? Pakatan Rakyat berfikir menggunakan apa? Inilah kesannya akibat berfikir menggunakan hawa nafsu kerana tamakkan kuasa. Barisan Nasional sibuk membangunkan negara ini, tapi apakah kerja Pakatan Rakyat? Mereka hanya tahu pertikai itu dan ini, menghasut,ceramah maki hamun dan kemudian berdemontrasi liar macam orang tidak bertamadun. Apa mereka ingat dengan berdemontrasi liar berkenaan dapat memajukan negara ini? Sedarlah, kononnya intelektual, profesional, ulama, tok guru serta serban sebesar bakul dan jubah putih melepak, tapi perangai buruk, mengajarkan kegiatan tak bermoral kepada masyarakat. Insaflah diri. sekian, terima kasih.
Anonymous said…
Harapnya Y.B. Khalid Samad profesional dan jangan memadamkan komen rakyat yang mengkritik beliau. Kalau tak puas hati dengan komen saya jawab balik, tak ada masalah, jangan jadi pengecut padam komen saya sebab tak reti jawab sudahlah. Kalau padam juga, patutnya anda berhentilah berblog dan humbankan peralatan komputer anda ke tempat pembuangan sampah sahalah. Itu baru layak. Sekian, terima kasih.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…