Skip to main content

Video: Perbahasan Titah Ucapan DiRaja



Video ihsan MPPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
saya memang respeck giler kat YB Khalid....hujah & ayat power.ni contoh YB yang ada wibawa.teruskan usaha anda tak usah pedulikan kata nista puak yang irihati & dendam kesumat serta tak faham dengan perjuangan PAS.
Anonymous said…
saya lagi laa respect kat YB Khalid...hujah power tahap tertinggi,tapi hang pa jangan dok buat cerita karut marut plak kata i ni 'ta'sub'...kalau menurut penilaian i YB Khalid salah,pasti i tentang 100%.

Popular posts from this blog

Dakwaan Kosong Hj Hadi: Antara Kebenaran dan Khayalan

Pada 14hb April Hj. Hadi membuat satu 'pendedahan' mengenai sebab sebenar AMANAH ditolak. Kononnya ianya adalah kerana pimpinan AMANAH semasa menjawat jawatan dalam PAS ingin meminda perlembagaan PAS sehingga dikurangkan kuasa Majlis Syura Ulama. Tuduhan tersebut merupakan satu pembohongan yang nyata yang dibuat dengan penuh kesedaran bahawa ianya satu pembohongan! Saya tidak tahu mengapa Hj Hadi kebelakangan ini kerap berbohong.

Sekiranya ianya dianggap bukan satu pembohongan oleh beliau dan beliau benar yakin akan kebenarannya maka ahli-ahli PAS haruslah berwaspada. Kerana ini bermakna bahawa beliau sudah mula mengalami satu keadaan yang tidak dapat membezakan di antara kebenaran dari khayalan. Situasi 'delusional' ini menyebabkan beliau sentiasa dalam keadaan cemas dan menganggap dirinya dan Islam dimusuhi oleh semua, kecuali oleh PAS dan UMNO.

Tuduhan ini sebenarnya bukanlah baharu maka yang dikatakan sebagai 'pendedahan' selepas 3 tahun ini adalah dakwaan …

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Dilema ADUN PAS Selangor

Kebelakangan ini kita membaca ide yang agak kontroversi dikemukakan berhubung kedudukan para ADUN PAS di negeri Selangor. Ide kontroversi ini mencadangkan supaya mereka melompat keluar PAS dan menyertai Keadilan dan seterusnya bertanding kembali kerusi mereka sebagai incumbent atau penyandang tetapi atas tiket Keadilan. Saya yakin ADUN PAS ini sedang dalam sedikit dilema mengenai cadangan ini.