Skip to main content

Rahsia PAS


PAS dewasa ini menjadi satu-satunya wadah bagi golongan yang ingin memperjuangkan Islam melalui proses demokrasi di Malaysia. PAS dianggotai mereka yang faham tuntutan perjuangan Islam dari golongan yang berpendidikan agama secara formal dan golongan yang mempelajari agama tanpa melalui institusi pendidikan agama yang formal. Dalam masa yang sama, PAS turut disertai oleh golongan berlatar-belakangkan gerakan Islam dan juga yang tidak pernah terlibat dengan gerakan Islam kecuali setelah mereka mengenali PAS. Maka, ada yang datang dari ABIM, IRC, JIM, Al-Arqam, Suara Al-Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan ada yang datang dari tarbiyyah PAS itu sendiri sejak muda. Malah ada juga dari golongan masyarakat awam yang disedarkan melalui kuliyyah dan tazkirah di Masjid dan Surau.

Oleh yang demikian, menangani golongan manusia yang beraneka latar-belakang dan tahap pendedahan bukan suatu yang mudah. Namun, rahsia kesatuan dan perpaduan semestinya terletak kepada rujukan yang satu iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW), Ijma’ dan Qiyas. Pada masa yang sama, tarbiyyah amaliyah yang dilakukan PAS terhadap anggotanya menghasilkan kefahaman dan kematangan yang mantap dan padu. Secara amaliyah anggota PAS didedahkan kepada persoalan Siyasah Syariyyah, satu bidang ilmu politik Islam yang mencabar dan memerlukan kefahaman dan ilmu. Timbul darinya konsep ‘Tahaluf Siyaasi’ dan persoalan perubahan masyarakat secara ‘Tadarruj’ mengambil kira maslahah dan mafsadah.

‘Rahsia’ kesatuan PAS ini akan dapat dipertahankan sekiranya semua pihak walau apa sekalipun latar-belakang mereka berpegang teguh kepada konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan yang sama seperti yang disebutkan tadi. Zaman ini sememangnya satu zaman yang amat mencabar bagi gerakan Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia di mana PAS perlu menghadapi persoalan kefahaman ummat Islam yang beraneka corak di dalam PAS serta yang menyokong PAS itu sendiri. Dalam masa yang sama PAS juga perlu berhadapan dengan kefahaman ummat Islam yang menentangnya dan kefahaman masyarakat bukan Islam yang telah mula memahami kesyumulan perjuangannya.

Sekira PAS tidak mampu menzahirkan perpaduan di kalangan yang bersamanya, di atas alasan berlatar-belakang yang berbeza seperti ABIM, JIM dan sebagainya, bagaimana ianya akan mampu menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan ugama di Malaysia? Sifat keterbukaan dan inklusif Islam terhadap perbezaan pendapat serta khilaf amat sangat perlu difahami dan dihayati. Maka golongan yang sering berusaha untuk mengadu-domba sesama ahli perlu dipinggirkan dan tidak dilayan. Perbezaan pendapat akan sentiasa wujud, tetapi melalui konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan kepada sumber yang sama, cabaran ini akan dapat diatasi. Pengalaman akan merapatkan dan selarikan pandangan dan pengalaman ini akan membuktikan ketepatan dan kesilapan sesuatu tindakan.

Allah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada manusia melalui berbagai cara. Tidak ada yang memonopolinya dan sekiranya, pada akhirnya mereka semua datang kepada PAS, melalui apa cara dan persatuan sekalipun seperti yang telah ditetapkan Allah, maka PAS berbesar-hati menerima mereka dan mendengar pandangan dan pendapat mereka, membincangnya, menerima yang baik dari mereka, sehingga tertubuhnya satu gerakan massa yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah Ar-Rasul seperti yang dicita-citakan semua. Datangnya mereka sebagai ahli atau penyokong, secara peribadi atau berkumpulan seperti NGO, harus disambut baik dan diterima sebagai rakan kerana asas perjuangan, iaitu untuk menjadikan Al-Quran sebagai dustur hidup orang-orang yang beriman dan pembela seluruh ummat manusia, adalah sama.

‘Rahsia’ wawasan seperti inilah yang akan membangunkan PAS. Tanpanya ia akan menyebabkan PAS lemah dan tidak berkembang.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Assalaamu'alaikum YB, inilah penyakit kronik dlm PAS yg virusnya semakin subur di sbbkan ada golongan yg berpengaruh dlm PAS, bimbang akan berkurang atau hilang "pengaruhnya".. Kita war2kan slogan PAS utk Semua.. (semua kaum? semua jama'ah? semua aliran?) Saya dh hampir 25 tahun dlm PAS amat kesal dgn sikap segelintir Ustaz muda yg nyata dipengaruhi segelintir pemimpin yg masih prejudis/su-uk zan, keatas sesama ahli.. pengorbanan yg telah dibuat tk dilhat, niat @ cita2 (mrk boleh baca niat org lain) ahli tertentu yg dipertakut-ugutkan..
Anonymous said…
"PAS dewasa ini menjadi satu-satunya wadah bagi golongan yang ingin memperjuangkan Islam melalui proses demokrasi di Malaysia"

tetapi negara Islam,karpal tak bagi?
dan hukum hudud,kit siang tak mahu?

habis macam mana nak memperjuangkan islam?
sebenarnya pembohongan PAS disembunyikan dicelah-celah serban dan kopiah putih!
Anonymous said…
Islam is not just about undang2, but way of life. Walaupun PAS juang utk undang2 tp at least ada perjuangan kearah tu di mana Kelantan dan Terengganu telah masukkan dlm perlembagaan mrk cuma di halang oleh UMNO (krj pusat). Malah, UMNO pun bukan berjuang utk Hudud pun, bab minum bir pun lepas mcm tu jer walaupun pesalah sanggup menerima hukum sebat. UMNO is the last party to talk about Hudud. Perjuangan Rasulullah utk membentuk akidah dan iman sebelum melaksanakan undang2. Macamana nak bentuk undang2 tp org Islam sendiri tak paham atau buat tak paham pasal Islam.
CUCU PEJUANG said…
PARTI ISLAM SEMALAYSIA @ PAS DITUBUHKAN OLEH PARA ALIM ULAMA TERDAHULU.TERKINI DSERTAI ARTIS & ROCKERS....DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU ISLAM DIJUNJUNG.APA JUA MASALAH DUDUK BERBINCANG DARI HATI KE HATI.KONSEP SYURA ADAKALA TIDAK DIJALANKAN SECARA 'TELUS'.PIMPINAN SEMUA BETUL AHLI BAWAHAN SEMUA SALAH.SUARA AHLI DENGAR ENDAH TAK ENDAH.VIRUS UMNO BERJANGKIT...JANGAN HANYA MENDENGAR SEBELAH PIHAK.SENARIO INI 'SEDANG' BERLAKU...TAPI ITULAH HAKIKAT YANG TERJADI DIPERINGKAT CAWANGAN,KAWASAN,NEGERI & PUSAT.IMPAK & REPUTASI PAS CUBA DICALAR OLEH MUSUH BERHATI KHIANAT.PEJUANG 'PALSU' @ 'TULEN'???TERUSKAN PERJUANGAN...HIDUP ISLAM..TAKBIR!
Anonymous said…
YB,

Bagaimana pula jika kita mendapati ada maklumat dan bukti berlakunya PENYELUSUPAN dari "jamaah" bukan semata2 NGO. Ada Jamaah dalam Jamaah. Ada Jamaah yang bergerak dgn menganggap dirinya jamaah induk dan menghantar wakilnya dalam PAS. Apa pendapat Yb?
Nota Merah said…
Assalamualaikum YB.


Saya bersetuju dengan entri di atas.


Banyak sebab menyebabkan berkembangnya budaya tidak sihat tersebut.


Antaranya, berpunca oleh kurangnya wacana ilmiah lagi rasional mengenai dogma-dogma tarbiyyah dalam PAS.


Akhirnya, lahir Sang Diktator Agama dalam jamaah sendiri. Hal ini saya pernah menyinggung. Lihat entri di bawah.


http://notamerah.wordpress.com/2011/02/06/larangan-taadud-jamaah-itu-propaganda-sang-diktator-agama-2/


http://notamerah.wordpress.com/2011/03/21/muktamar-abdul-kadir-wajar-dihizbah-kerana-fitnah-pimpinan-tertinggi-jamaah/


YB, saya ingat tranformasi fikrah diperlukan buat masa ini, supaya PAS dilihat bersedia terbuka dan menyatupadukan ummah yang terdiri oleh pelbagai aliran fikrah; sebelum menyatupadukan rakyat.


Saya optimis, dengan memperkasa 'kepemimpinan ulama' dalam PAS dengan muka-muka baru (bukan ulama old school), semua ini boleh direalisasikan.


Sekadar perkongsian pandangan.



Zainulfaqar Yaacob
O194241583
zainulfaqar.yaacob@gmail.com
Anonymous said…
khalid samad tengah sibok dok round kawasan2...sempena muktamar ni.

percakapan dia juga cukup dijaga - mengelak dari berkonfront dgn hasan ali dan pas selangor seperti biasa.
artikel dlm blog pun hanya menulis benda2 yg nak tunjuk dia lebih faham pas dari org lain.

semua ini cukup difahami....begitu mengidam dia dgn kerusi ajk pas pusat.

Harap2 perwakilan tak tertipu dgn org seperti ini. Kalaulah dia menang ajk pusat....presiden pun dia akan sanggah tanpa adab mcm hanifa maidin
Anonymous said…
bagaimana PAS nak cakap isu perpaduan sedangkan pemimpin PAS pun juga nak berasabiyah dengan Pakatan Rakyat. Sila rujuk artikel bekas mufti Dr. Asri apakah maksud asabiyah.

Dalam PAS sendiri pun ,dah mul a nampak bibit-bibit berebut jawatan lebih kurang macam UMNO.
pemerhati said…
salam yb..

Tahniah yb kali ini komentar yb tidak menyalahkan atau mengutuk org lain terutama umno/bn.
Anonymous said…
yb..ape crita psl tanah yg diberi oleh kerajaan pr utk bina kuil,tokong n geraja di selangor..ape crita jgk dgn pembinaan geraja tercanggih di dunia yg tgh dlm pembinaan skrng.
Unknown said…
Assalamualaikum wbth

Minta tlg hebahkan ceramah YB Khalid Samad bersama Cikgu Mala "Ikon Baru PAS" esok 2.4.2011 di Taman Setia, Jalan Johan Setia, klang jam 9.00 mlm. http://p111kotaraja.blogspot.com/2011/04/pengumuman-ceramah.html
Amuraria said…
ISLAM PILIHAN ANTARA DUA ! ISLAM ATAU KAFIR ! SYURGA ATAU NERAKA,TAK ADA APA YANG BOLEH BAWA KE HARI KEMUDIAN HANYA AMALAN DAN ISLAM,SELAIN ISLAM BERMAKNA TOLAK HUKUM DAN AGAMA ALLAH SWT !
KALU CAKAP PANDAI TAPI TOLAK ISLAM POCEK ELEK ! PILIHLAH AGAMA ALLAH UNTUK DUNIA AKHIRAT ATAU JADI PENGIKUT SYAITAN ,SEPERTI PARTI SEKUTU APCO YANG SEMUA BOLEH IAITU UMNGOK-BN !
ALLAHU AKHBAR !
cawangan berprinsip said…
syabas,satu artikel yg baik.komen negative samada dari blogger dumbno atau ahli pas yg perpaduang.
Anonymous said…
Dr Asri tiada fikrah harakah tolong jangan terlalu kagum dengan hujah beliau.Budaya kagum boleh mamakan diri.Lihat apa dah jadi dengan ulamak besar Yusuf Al Qadawi.Mengenai perang di Chenya
Anonymous said…
Sama lah jugak jangan kagum sangat dgn Nik Najis.
lan said…
isu yang dah lama berlarutan.. dan belum ada kesudahan nampaknya

Yang penting, sebagai rakyat, depa tak mahu ambil tahu pasal ni, depa nak tengok apa hasilnya dari PR, PAS memerintah, ada kebaikankah atau tidak.

Sama-sama kita harap adalah banyak kebaikannnya dari yg buruk

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.