Skip to main content

Video PRK Batu Sapi

Sandakan Hakka Association, 72 Jam sebelum PRK Parlimen Batu Sapi.

RAKYAT BERKUASA MENJATUHKAN KERAJAAN,BEMULA DI SINI (1/3)




PAKATAN RAKYAT UNITED UNDER RAKYAT MALAYSIAN SPIRIT (2/3)



KENAPA PAS MESTI LAWAN UMNO/BN (3/3)


Video courtesy of DAP Sabah
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Rakyat ada hak tidak pilih BN.
Itu yang kawan baca dlm Harakah online pagi ini.

YB Khalid, sebagai rakyat juga saya berhak untuk tidak pilih PAS atau PKR atau DAP dalam pilihanraya akan datang.

Sebagai Wakil Rakyat di tempat saya di Shah Alam ini, YB Khalid tidak sepatutnya terlalu bongkak dengan mengatakan "antara faktor rakyat di Selangor menolak BN pada Pilihanraya Umum 2008 kerana pemimpin-pemimpin mereka mengamalkan rasuah dan penyelewengan".

Untuk pengetahuan YB Khalid, saya tak pangkah BN sebab saya tolak Pak Lah dan kabinet anak beranaknya dalam kerajaan Malaysia. Itu adalah pengajaran buat Pak Lah dan juga kepada mana-mana pemimpin yg tidak melihat kehendak rakyat maheran seperti saya ini.

Tetapi di dalam situasi sekarang adalah amat malang rakyat Malaysia mempunyai pemimpin pembangkang yang rendah kualitinya & rasis. UMNO juga katanya rasis tetapi UMNO mempertahankan hak Melayu hak Bumiputra & hak Islam. Apakah dengan mempertahankan hak kami sebagai orang melayu di katakan rasis? Tolong jawab? Namawee itu juga lebih kurang ajar daripada Perkasa. Kenapa YB tidak kata itu rasis?

Pemimpin pembangkang mahu menjahanamkan kelompok harmoni di kalangan rakyat. Kamu mahu menjahanamkan Islam sebenarnya.

YB Khalid adalah contoh si kitol. Kenapa YB Khalid sanggup menggadaikan Kalimah ALLAH demi UNDI?

Kenapa mahu bina kuil di seksyen 23 sedangkan rakyat menolak secara baik & akhirnya hampir menjadi perbalahan antara kaum di sebabkan YB Khalid sendiri yg mahu kuil itu di bina di kawasan majoriti Melayu?

Tolong perjelaskan kepada kami 10 sebab kenapa rakyat Shah Alam mesti pilih YB KHALID SAMAD sebagai MP Shah Alam untuk penggal akan datang.

Tolong jawab YB Klaid dalam posting YB akan datang.

Jangan asyik nak berpolitik 24/7 tapi habuk pun tadak.
Anak Muda Shah Alam said…
Camni la anon no 1, kau kasi 1 sebab je, 1 je, kenapa UMNO/BN parti perosak Melayu Islam tu perlu dipertahankan. Konon parti Melayu, pooorah!
joehan said…
aku skong anon November 2, 2010 11:03 AM..kebanyakan org2 ats pgr yg mengundi pr pd pru 12 yg lps adlah sbb nk tolak pak lah n khairi jamaludin..tp sbbkn sedikit kuasa yg Allah bg pd pr lps pru12..mereka bongkak dgn mendabik dada dan mengatakan mereka yg terbaik..wahai khalid..cube ko tgk blk manifesto pr kt slngor..byk lg yg xterlaksana..cukai2 pintu ape crita..tgk kt pulau pinang..dgn agresifnya kaum2 pemakan babi si komunis dap mengambil tanah org2 melayu konon2 ats nm pembangunan..membeli tanah2 org melayu dgn harga yg rendah...kalo btul ape yg zul nordin ckp yg wujud perjanjian rahsia antara pkr n dap..mmg sah terbukti pas ni hanya parti pencacai kpd pkr n dap shj..memalukan btul parti pas ni..kpd dap..awas!!jgn bersikap rasis!! sejarah tdk pernah berbohong!!
Anonymous said…
anon no 1...bab kuil tu ...patut tgk film "taukeh mancis..." yang budak2 buat masa Free Film Festival KOMAS...

fair dan senang nak faham isu sebenar...

marah kat Pak Lah blh undi PR..la ni Najib lagi baik ker...??
Anonymous said…
OOooo ada lagi si juuuhan kt sini, ingatkan dah bersara.. ehehe... slamat mlm bang juuuhan
Anonymous said…
Bagi aku jawab Anak Muda Shah Alam. Anon 1 tak payah jawab.

Aku belajar sekolah rendah kat seksyen 3. Memang kerajaan zalim sebab sekolah tu masa dulu tak cukup facilities. Maklumlah tahun 80an.

Lepas tu aku sambung kat sm sek 2 then masuk mrsm. Lagi ZALIM sebab aku dah sedap duduk dengan mak bapak aku, tetiba sebabkan result aku best aku kena duduk asrama. Peeehhh..azab betul..

Abis SPM aku di paksa kerajaan UMNO yg ZALIM tu ke Newcastle, UK buat degree & master. 8 tahun aku kat sana. Ada ke patut aku rakyat Malaysia ni kena pi belajar oversea..ZALIM sungguh UMNO ni..dah la guna duit rakyat nak hantar aku pi belajar kat UK lepas tu sambung pulak master, tak ke membazir tu..

Sekarang aku kerja dgn GLC, lagi lah zalim sebab aku tak nak kerja kat laut, tinggal anak bini 2 minggu kat darat.

Zalim sungguh UMNO nih..

Baik aku jadi mat rempit je, lagi best.

Betul tak semua?
Liverpudlian said…
Bang, yg derang antar pegi obersi tu bukan nye pakai duit mak bapak derang, itu semua duit rakyat.

So kalau gomen tolong sekelompok orang melayu macam kau, pastu dpt gaji besar, hidup senang lenang, tapi dlm masa yg sama derang rembat puluh2 billion dan majoriti rakyat terutama di kpg masih hidup susah. Tolong la bro, jgn penting diri sendiri ngan anak bini kau je.

Buat abis duit rakyat je, kau blajar tinggi2 supaya boleh bela nasib rakyat tapi tak, kau dpt seciput, yg lain2 semua kau pejam. Ni belajar university mana ni? Tula org suruh blajar kt Merseyside kau tak nak... ehehe
Anonymous said…
YB,
Pada pendapat saya, PAS kalah di Galas adalah di sebabkan pemimpin PAS itu sendiri.

Sebenarnya Allah bayar cash pada PAS.

Cuba lihat balik apa yg telah berlaku 3 tahun lepas selepas PAS berasa selesa dgn kemenangan besar dlm PRU12 lalu.

Banyak isu yg tidak sepatutnya berlaku seperti isu kalimah Allah.

PAS jangan terlalu berdabik dada dengan kekuatan yg ada.

Kesilapan besar adalah pemberian "duit zakat" kepada orang asli yg masuk Islam. Ianya tidak sepatutnya berlaku di dalam PRK atau PRU.

PAS kata UMNO bagi gula-gula Pilihanraya, projek mee segera & macam-macam lagi. Tetapi hakikatnya PAS juga buat benda yg sama tetapi menggunakan Zakat sebagai alasan.

Saya amat sedih dengan apa yg berlaku. Satu gambar pemberian zakat oleh TG Nik Aziz menggambarkan seribu makna.

PAS dah kantoi kat situ.

Selama ini, PAS kata UMNO itu rasuah tapi tiada bukti. Cuma kata-kata yg telah di ulang-ulang selama 50 tahun hingga budak kecik darjah satu pun pandai kata UMNO itu rasuah.

Sebaliknya gambar TG Nik Aziz bagi zakat dlm PRK ini sememangnya adalah satu kesilapan besar kepada PAS dan musibahnya kita telah terima di Galas.

Walau apa pun alasan PAS sekalipun kalau nak bagi zakat janganlah semasa PRK atau PRU.

Jangan salahkan UMNO main kotor. Tolong salahkan diri sendiri!
Anonymous said…
ANON Nov 4 - 752PM.

Aku setuju dgn kau. Jangan salahkan UMNO. Salahkan diri sendiri.

PAS sememangnya dah kantoi!

Tapi masih tak sedar. Apa cerita YB kat Batu Sapi? Apa dah YB buat kat sana sampai orang marah dengan YB?

Adakah YB Khalid Samad akan kantoi juga?
Anonymous said…
Hahaha..memang pas dah kantoi.
lama dah pas kantoi..

khalid samad pun kantoi jugak..

hahaha..
Anonymous said…
BN paling banyak rasuah di negara ini...SPR macam cawangan UmNO...Bukit Cekati beratus ambil duit dalam sampul, aku tengok la beb. aku pun ambik jugak..ha ha he he.
Anonymous said…
BN paling banyak buat rasuah di bumi malaysia ini....kat Bukit Cekati jam 11 pagi 4/11/10 .bila buka sampul dapat RM ratus2..aku pun dapat jugak...ambik nak perabih duit jer...sumber duit aku tak tau dari mana..mungkin dari tauke judi kot..aku tak tanya..
man said…
Saya sokong 200% komen Liverpudlian terhadap ANON November 3, 2010 12:03 AM.Bukan duit mak bapak UMNO yg bantu rakyat tapi duit rakyat yg bantu rakyat dan UMNO.UMNO pun tibai duit Rakyat.Orgx macam ni bila tembolok mereka,anak bini mereka kaum kerabat mereka penuh mereka lupa orgx kampung yg hidup melarat x pernah mendapat apax pembelaan dari UMNO,mereka rasa UMNO saja yg berjasa wajib disokong,jika sokong parti lain seolahx tidak kenang budi,kacang lupakan kulit dan sebagainya dilebelkan.Pemimpin UMNO perlu sedar kerana rakyatlah mereka senag lenag selama ini, merekalah yg sepatutnya mengenang jasa rakyat.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…