Skip to main content

Drama Tragis Politik Negara: PRK Galas dan Batu Sapi

Tidak perlu disebut lagi, semua telah tahu, UMNO/BN sedang berseronok dengan kemenangan mereka di Galas dan di Batu Sapi. Oleh itu, biarkan mereka. Biarkan mereka dibuai keseronokan, sedangkan yang bermaklumat di kalangan mereka sendiri sedar bahawa tiada yang perlu dibanggakan dengan kemenangan tersebut.

Ini kerana, kemenangan di Galas adalah hasil dari kejayaan BN mengerahkan pengundi orang asli khususnya untuk keluar beramai-ramai mengundi calon BN. Maka sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh pihak orang asli. Untuk PRK kali ini, hampir 90% dari orang asli keluar mengundi. Apa tidaknya, mereka dijamu dan dilayani sepanjang tempoh pilihan raya siang dan malam. Pihak ATM dikerahkan ke tempat-tempat mereka dan dianjurkan bermacam-macam kegiatan untuk menghiburkan orang asli. Di antara kegiatan yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Dari lebih kurang 1,600 pengundi orang asli, hanya 300 yang mengundi calon PAS. Ini bererti hampir 1,300 orang asli mengundi calon BN. Sedangkan majoriti BN hanya 1,190.

Kesimpulannya, kemenangan BN di Galas adalah hasil undi orang asli. Namun persoalannya adakah mampu BN melayan dan menghibur mereka sebegini rupa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang? Sudah pasti tidak; dan pada masa itu, insyaAllah dengan bantuan 300 pengundi orang asli yang istiqamah ini, kita akan mampu menyampaikan penerangan kita kepada mereka secara lebih berkesan. Pihak ATM pada masa itu di mana pula? Mereka akan dikerah pemimpin BN untuk ‘berkhidmat’ di kawasan mereka pula, kerana takut kalah. Galas akan dilupakan dan dengan itu akan kembali pada kita.

Di Batu Sapi pula, keadaannya berbeza. Orang asli tiada tetapi yang ada hanyalah orang Melayu. Kebanyakan mereka dari keturunan Bajau dan Bugis. Mereka merupakan golongan yang daif dan bergantung kepada pembesar-pembesar BN. Ada yang saya temui bekerja di kilang papan dengan gaji hanya RM 7 sehari! Anak anak mereka tidak ke sekolah kerana mereka tidak mampu. Mereka hidup di kampung air. Rumah rumah papan yang dibina atas tiang di dalam kawasan air, samada laut ataupun sungai. Tiada geran untuk rumah-rumah ini, ianya boleh dirobohkan pada bila-bila masa. Kedai runcit di kampung air ini menjual beras dalam plaktik kecil berharga RM 1, minyak masak dalam plastik lagi kecil berharga 50 sen. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Pembangunan Kampung Melayu yang di banggakan UMNO/BN

Golongan inilah yang menjadi sasaran UMNO yang datang dengan ‘bantuan’ dan wang. Mereka datang mendengar ceramah yang dianjurkan PR tetapi pulang dalam keadan kecewa kerana tiada buah tangan untuk mereka bawa pulang. Mereka gembira apabila mendapatnya dari pimpinan BN. Bagi mereka pemimpin BN ‘kaya’ dan mampu menolong mereka. Pemimpin PR miskin maka tiada makna menyokong PR!

Sedangkan hakikatnya, kemiskinan mereka hasil dari dasar-dasar BN yang menghimpit mereka. 45 tahun berlalu dan golongan ini tetap dengan kedaifan mereka. Hanya pemimpin BN terus bertambah kaya. Dan duit yang diagihkan pula bukan dari kocek kocek UMNO/BN, tetapi dari sumber negara. Wang di saku pemimpin mereka tetap bertambah dan tidak berkurangan!

Tiada kedengaran seruan ‘hidup Melayu’ atau ‘ketuanan Melayu’ di Batu Sapi. UMNO turun berkempen untuk calon BN, Linda dari PBS. Siap mengadakan solat hajat di Masjid Karamunting sepertimana yang disiarkan di RTM 1. Hmm… kemana pergi si YB yang galak berkokok tempohari?

Linda yang tidak boleh bercakap bahasa melayu dipilih oleh Melayu Batu Sapi untuk mewakili mereka di Parlimen. Syabas diucapkan pada UMNO. Kemenangan Linda hasil kegigihan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayu (UMNO). Orang Melayu diwakili oleh seorang yang tidak mampu bercakap Melayu. Bagaimana mereka mengadu hal? Bagaimana dia mampu memahami keperitan hidup orang Melayu di kampung air? Bagaimana dia hendak berucap di Parlimen? Maka kemiskinan golongan Melayu ini akan berterusan, sepertimana ianya berterusan selama 45 tahun di bawah UMNO/BN.

Melalui Galas dan Batu Sapi; UMNO telah mengenal pasti formula kemenangan. Tumpu pada golongan miskin dan terdesak, yang tidak mampu menimba ilmu pelajaran. Lagi ramai yang begitu, maka lagi kuatlah sokongan untuk UMNO. Bila Melayu menjadi pandai dan berdikari, sokongan terhadap UMNO akan turut terjejas. Sepertimana yang terjadi di bandar-bandar di semenajung Malaysia. Maka kekalkan Melayu miskin dan tidak berpelajaran seperti di Batu Sapi. Jadikan mereka seperti orang asli di Galas. Atau jadikan mereka orang-orang yang boleh disogok dan dibeli. Inilah arah tuju yang ingin UMNO bawa untuk bangsa Melayu.

Drama tragis politik Negara, Melayu memusnahkan Melayu. Melayu miskin bukan kerana DAP, Melayu miskin kerana UMNO.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

usin said…
lalok la lu. aku kalau kalah mengaku kalah, tidak menyalahkan lawan main tipu. lu ni x habis2 salahkan pihak lain. istiqomah pebendenya... boring campur mual tul baca kenyataan lu...
Anonymous said…
usin, wa lagi mual baca komen lu..
akul said…
saudara usin, aku ingat otak kau ni bengap. kau tak boleh fikir dengan jernih. jangan - jangan otak kau memang bengap.
Anonymous said…
Tahniah satu penilaian yg hebat berdasarkan fakta dan maklumat. Teruskan YB usaha yg murni. Mudah2an Allah S.W.T. bersama kita orang2 Islam yg beriman dan bertawakal. Bukan orang islam tetapi pegangan agamanya bersandarkan kepada perangai syaitan dan binatang. Orang islam yg sebegini sifatnya yg banyak menjatuhkan imej islam dimata dunia. Teruskan YB kejayaan akan bersamamu. Insyallah. Tinggal dan biarkan mereka yg berkokok berdasarkan hati yg gelap dan suram.
joehan,

Komen tuan/puan tidak dapat disiarkan kerana menggunakan kata-kata kesat. Sila cuba sekali lagi.

-Pejabat YB Khalid Samad-
joehan said…
alamak..kene baned la plak..gelaran tu kn mat sabu yg bg kt anwar ibrahim..hahaha..okla..aku xputus asa n bg lg komen..

nape la org2 pr xreti nk muhasabah diri n tgk kelemahan diri sndri nape blh klh prk galas n batu sapi..tp mentaliti korng msh xbrubah..slalu letakkan kesalahan pd org lain..meh aku wt analisa plak nape pr klh prk ni..

kt galas..isu2 utama yg mnjdi perhatian adalah berkenaan tanah2 org asli yg dirampas utk dijadikan ladang rakyt..mslh geran tanah utk penduduk org asli galas..ladang rkyt dh 3thn dilancarkn..tp smpai skrng habuk pon tarak..elaun2 yg dijanjikn kpd peserta cume dpt kpd yg trtentu shj..ni la slh satu faktor utama msyarkt org asli menyamph dgn pas..hanya pndai berjanji..tp xreti nk tunaikn..

batu sapi plak..pemilihan calon xtdk disukai olh pemimpin pkr temptan..ansari diplh kerana dia adalh balaci nuar brahim..n siap ade adegan tumbuk menumbuk di lapangn terbang..adoi..org2 pkr ni xabis2 dgn prangai samseng..dasar parti samseng..bile la nk bubarkn parti kroni nuar brahim ni..makin lm makin meluat..smpaikn zaid brahim pon letak sume jwtn dlm pkr..
calon dr sapp plak begitu gah menggunakan slogan sabah utk sabah yg sec total ditolak oleh penddk batu sapi..ternyata penduduk sabah msh sygkn negara..hanya 2000++ je yg pngkh ex km dr sapp tu..kesimpulanya korng xpyh la nk berkokok2 cr kesalahn org lain kalo korg klh ats kesalahan parti sndri..meluat rkyt tgk..kita sm2 tunggu pru13..tgn aku dh gatal nk malukn pakatan haram ni..hahaha.

lg satu..pkr johor skrng tgk kecoh..adoi..oi nuar brahim..parti kecik pon ko xreti nk handle..ade hati nk jd pm..pttla smpai skrng ko xjd pm..hhahahaaha.
Anonymous said…
Bukanlah aku nak kata.
Tapi kalau PAS menang, Khalid akan kata BN tak ada sokongan orang melayu lah, orang cina lah orang india lah.

Sama jugak, kalau BN menang, kata main tipu lah itu lah ini lah.

Kalau kita lihat sejak 2008, dlm PRK tidak menyebelahi BN, tapi BN tak pulak kata PAS main kotor.

Sebaliknya, setiap kali PRK, ada je yg PAS ungkit, drp berbini dua siap bawak pak mertua naik atas pentas pastu bukak cerita pasal calon sampai ke kelayakkan calon pun PAS nak ungkit.
Anonymous said…
Kalau sekarang ni PRU, aku akan pangkah BN!
Anonymous said…
USIN...KAU DAHLAH BENGAP BODOH PULA TU...ITU ADALAH PENAILAIAN YG CUKUP BAIK...KEMISIKINAN ADALAH CUKUP BERFAEDAH KEPADA UMNO....
Anonymous said…
Bagi Khalid Samad (PAS- Shah Alam) pula, beliau yakin bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera kerana tidak mahu diguna untuk kepentingan politik Umno.

Ini aku petik drp Harakahonline.

Pada pendapat aku, bukan setakat Tentera saja, tapi POLIS, BOMBA, RELA dan apa saja yg berkaitan dgn badan beruniform, memang tidak ramai bukan Melayu yg menyertainya.

Kalau Khalid Samad kata tidak mahu diguna untuk kepentingan politik Umno, maka adakah bukan Melayu masih kurang di dalam pasukkan Bomba maka adakah ianya juga tidak mahu diguna untuk kepentingan politik Umno?

Hah! Dangkalnya memberi jawapan macam Zahid Hamidi jugak!

Aku walaupun UMNO tapi sokong kenyataan tidak patriotik & pada aku Zahid Hamidi mana boleh guna perkataan itu nak jawab dlm parlimen.

Tapi janganlah kata UMNO menggunakan tentera utk kepentingan peribadi.

Tolong betulkan fakta anda yg mereng itu brader!
Anonymous said…
pas dan pkr akan kecundang dan lenyap dalam arena politik tanah air. sebelum lenyap nasihat pas fikirkan semula kerajaan perpaduan sementara pas masih ada harga di mata umno. fikir-fikirkanlah dan mari beramal!
Anonymous said…
anon 827 am.
Betul kata kau. aku sangat sokong.

Aku pun pengundi Khalid Samad sebab marahkan umno. marahkan umno sebab pak Lah, KJ dan SCOMI.

Tapi gerak geri Khalid Samad sejak menang dlm PRU12 lalu banyak menghancurkan kredibiliti PAS sendiri drp isu kalimah Allah, kepala lembu, kuil, sombong, bongkak, panas baran, ceramah merapu tak tentu pasal, hingga ke peristiwa ikan masin bawak masuk dlm air asia. Malu aku sebagai pengundi dia.

aku memang tak sokong kronism. anwar sendiri kata TDM mengamalkan kronism dan nepotism tapi dia sendiri pun ada kroni dan lantik anak beranak dia dlm PKR.

Jadi mcamana PAS nak memerintah dgn DAP & PKR kalau dua-dua pun tak betul?

PAS kena reform & buang orang mcm Khalid Samad, Nik Aziz, proksi anwar dlm PAS, etc.

Biar lah pAS di tadbir urus oleh golongan ulamak & bukan golongan alamak.

aku tulis ikhlas drp hati bukan nak menghentam tapi aku dah meluat atas apa yg berlaku.
Anonymous said…
YB, jangan perlekehkan dan hina Orang Asli dan Orang Melayu. Orang Asli jauh lebih bijka daripada yang YB sangakan.mereka mengundi BN bukan kerana jamuan dan pesta yang diadakan.Mereka mempunyai maruah. mereka menolak PAS keran menzalimi mereka dengan mengambi tanah nenek moyang mereka. YB tak patut biarkan BN berpesta kerana YB akan merana. Yang jelas orang Islam/Bumiputera menolak Pakatan dan Pas. Mereka ini penduduk majoriti negara ini. Tanpa sokongan mereka PAS akan tengelam. Ignore them at your own peril. PAS seperti tongkang bocor menanti karam. beristiqamahlah YB
sekyen 6 said…
cukuplah tu YB...bende dah lepas.klu nak cari alasan dan salahkan org lain,YB juga adalah satu contoh Melayu yang berputus asa.x payah refer kat org lain..

Saya penduduk Shah Alam..ape beza Shah Alam selepas PR perintah?

Jalan berlubang-lubang...tampal sikit2..tempat hiburan semakin giat di Selangor.Itu saje perubahan yang saya nampak.Yg lain haprak..

Jgn sibuk tempat orang lain YB..lihat dulu tempat sendiri.Sepatutnya Shah Alam lebih bagus..tapi keadaan sama je.
joehan said…
aku skong ko anon November 10, 2010 10:20 AM..pru12 dlu aku pon skong pas..sbb xsuke dgn pak lah n kj..tp skrng tdk lg selagi pas bersekongkol dgn kafir n kepala munafik malaysia si nuar brahim tu..pelik aku dgn pas ni..parti png besar dlm pr..tp asyik jd pak turut je..memalukan..aku sgt setuju kalo pas n umno bekerjsm..xpyh bubarkn kedua2 parti pon xpe..at least bekerjsm..demi agama n bngsa!!..selagi kita xbersatu selagi tu la org2 kafir akn saksikn kebodohan umat islam n melayu berpecah belah!!
celik said…
dah gila meroyan puak dumbno ni.
aku rasa upah depa di naik kan oleh tun faisal la.
betul, aku tgk komen2 kat sini pun dah start merapu tak tentu hujung punca. yb khalid kasi point dia, pastu pergi bukak cerita lain. isk mmg dah nazak puak2 umno ni, anyway tahniah atas 2 kemenganan yg dicapai but just wait for PRU13 OK. Masa tu semua jentera kerajaan sibuk nak jaga pak2 menteri, yg lain2 korang tak merasa la permainan silap mata macam kali ni. adios amigos!
Anonymous said…
Bro gua pun boleh cakap dulu gua undi najib sbb dia anak bekas PM kita, pastu sekarang dah tak percaya dgn dia sbb mmg mcm hampas kelapa.

Skang aku nk undi pas pulak...
Anonymous said…
Aku merupakan pengundi Shah Alam dan undi YB masa PRU lepas.
Apa yang aku dapat??? Pusat maksiat bercambah sana sini

Cermin muka dulu la YB..asyik salahkan orang lain aje. Mu bodek DAP sampai sanggup ketepi prinsip Islam..
Anonymous said…
aku undi najib dulu kat pekan, apa aku dpt?
a) lesen judi
b) menara seratus tinggkat
c) hub halam
d) minyak naik
e) semua diatas dan byk lagi
Anonymous said…
YB; apa pandangan YB kes anak Norazman Abdullah dirotan kerana bawa sosej babi kesekolah. Dengar kata ramai MP PAS sokong anak Norazman Abdullah dalam hal ni.

apa dah jadi ni YB, parti PAS betulke pejuangkan Islam??
Anonymous said…
Saya pun pergi berkempen di Galas.

Kesia tengok orang melayu disana. Miskin. Duduk rumah atas air. Tak ada security langsung. Bila kami beri ceramah mereka datang. Lepas tu mereka cakap. Mereka takut. Kalayu tak undi BN, nanti rumah kami dibakar. Kemana nak pergi ngan anak bini? Ada sesiapa boleh jamin?

Ada juga saya terdengar mereka bercakap2 sesama sendiri, lepas ceramah. Macam mana nak undi dia (PR), merekaq tak beri kira apa2..

Selepas 53 tahun merdeka, mereka masih hidup melarat.

Saya pasti kalau tuan diatas yg seronok maki hamun YB ni, kena lah turun padang dan tengok sendiri keadaan masyarakat. Pasti terharu mengenangkan nasib bangsa sendiri.

Kamu semua senang, tak fakir macam mereka. Sebab tulah tak sedar diri dan tak tahu tanggungjawab kepada masyarakat. Semuanya spoilt rotten. poilt to the core. Busuk hingga ke usus!

Eh eh... kata2 siapa tu ya?
joehan said…
aik..anon November 10, 2010 11:15 PM..org kt galas ddk ats air ke..tu kt batu sapi kot....hahahaha..kantoi menipu..hahahahah..
Anonymous said…
Biasalah pilihanraya kecil, permainan bukan di padang yang rata. Yang nampak jentera parti vs. jentera kerajaan.

Ore Batu Papan, GM
Anonymous said…
oit joehan. aku tersasul...

aku pegi galas dan bt. sapi.

maksud aku, yg tinggal kg atas air tu di bt. sapi.

betul .... kalau ko tak caya pegi lah sekali tengok sendiri. miskin teruk.aku tipu ko, aku dapat apa?

kalau tak undi bn nanti rumah kena bakar. depa takut..


kesian... orang melayu, org islam.

nak buat apalah undi si linda tu.

cakap melayu tak tau..
dia tau ajar main piano, dia cik gu pro main piano. rumah2 atas air ni bukan ada piano pun...

dalam parlimen gerenti diam.
Marhaen Kacak said…
itula strategi UMNO sejak sekian lama n terbukti berkesan...

himpit rakyat dalam kemiskinan dan kesusahan n lalaikan golongan muda dengan budaya hedonisme... formula ni memang berjaya untuk survival UMNO...

Dato' Najib Buta Sejarah
hafszach said…
JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.
Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.
"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.
Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.
"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.
Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.
Anonymous said…
Pas sekarang dok hadap sangat undi bukan Islam. Takpe, teruskan,..
Anonymous said…
Apa la punya bodoh penyokong totok PAs ni. Kalau mcm tu nape rumah kat kedah, kelantan, selangor & penang tu semua tak kena bakar? Bukan ke diorang tu tak pangkah BN? Takde otak punya orang.
Anonymous said…
pas sekarang sombong.. bila negara hancur di tangan pr pas akan kata anasir umno yg kucar kacir kan negara..tu lah perangai pr... salahkan org lain semahu mahunya.. pr semuanya baik,perfect,tak ada cacat celanya.. kat akhirat entahlah plak..
man said…
Dah meloya dengar UMNO nak memperjuangkan nasib Melayu.Dah 50 tahun lebih memegang kuasa nasib Melayu yg macam mana terbela, hampeh ada la.Tapi melayu masih x sedarx masih digulaxkan oleh UMNO konon nasib Melayu hanya terbela dibawah UMNO.Ya memang betul nasib melayu terbela hanya kepada puakx UMNO yg berkuasa sahaja tapi rakyat dapat makan hampeh.Apa yg tiggal hak melayu di Malaysia ni, hanya tinggal "Baju Melayu", yg lain spt Tanah Melayu,Keretapi Tanah Melayu dah lenyap ditelan jerungx UMNO.
Anonymous said…
Melayu dengan PR lagi bodoh digulakan dek DAP. Hampeh! Hampeh

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…