Skip to main content

"Banjir" di Parlimen

Takkala sedang sibuk UMNO/BN menghebohkan kononnya kerajaan Negeri PR di Kedah tidak memberikan sebarang bantuan kepada penduduk yang berhadapan dengan banjir, bangunan Parlimen Malaysia juga mengalami "kebanjiran". Namun, ianya bukanlah perbandingan yang setara. Ini adalah kerana, setelah membelanjakan peruntukan berjuta-juta ringgit, bangunan Parlimen masih lagi bocor. Maka adalah jelas, sekiranya tempat persidangan wakil rakyat dan para menteri pun pun tidak dapat diselenggara dan diperbaiki oleh pihak yang diberikan amanah, apakah pula nasib bangunan-bangunan dan projek-projek lain di seluruh negara. Saya sertakan di sini beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa di Parlimen tempohari untuk tatapan semua.



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
kalau salah orang semua nampak..dah tentu bangunan parlimen tu dah lama..

bila kerajaan plan nak buat bangunan parlimen baru kau BANGKANG.

Nak repair kau kata mahal la, umno songlap duit la, kroni la..

Apa punya mentaliti la kau ni..
bagi la cadangan bernas sikit. bukan umno je duduk dlm tu..kau & da gang pun duduk dlm tu jugak!

dasar membangkang je tapi idea kosong!

anugerah tuhan konon..priiiiraaahhh!!!

bro joehan..kau komen sikit..

p/s: gua bukan joehan ye pastrooperssss
Jebon said…
Bro Anon November 30, 2010 1:38 AM,

Mana ada orang gila nak mengaku dia gila bro (joehan), yetak??... ekekeheh
Anonymous said…
Kalau Malaysia ni ada mentality "maintenance", perkara ini kemungkinan besar tidak akan berlaku.

Semua pakai tangkap muat, only do it when there is a need or repair bila rosak, macam ni, hangus lah.

Kalau dah bina menara besaq-besaq (ie:KLIA, Menara Petronas dll), kalau tak bajet untuk maintenance, habis lah.

Think about it. Its not about the bocor thing that the opposition in Parliament is talking about, its the maintenance mentality/culture.
joehan said…
aku dh mls nk komen en3 si khalid ni..pd pandangn die sume yg kerajaan pusat buat slh..die n geng2 pakatan haram die je yg btul..wei khalid..prjek air langat jd buat ke x...psl air pon nk main politik kotor ke..tu kn hak rakyt..sok kalo xckup air kt umah aku..tau aa aku nk cr sape..harap2 umur ko n mb ko pnjng..blh aku tonjol2 dahi ko sok bile xckup air nnti..

psl parlimen plak..aku setuju yg kita xpyh buat bangunan parlimen br..kite kekalkn yg lama..cume perlu upgrade n baiki dari ms ke semasa.. mcm November 30, 2010 1:38 AM kt ats tu ckp..kalo kerajaan pusat nk upgrade nnti ko n geng2 pakatan haram kate habiskn duti rkyt plak..kalo xupgrade bocor n berlubang korng kate xbuat kje plak..ermm..sush kalo pembangkang malaysia yg hanya tau membngkang ni..mmg dasar pembangkng @ pembangang!!
Anonymous said…
sudah2 la khalid..muak la...tulis la benda2 yg positif skit..ruangan blog u ni utk berpolitik mgutuk/cari salah org je ke..cuba la bagi info2 n buah fikiran camna nak mmbangunkan negeri selangor yg ko rang jadi pemimpin skrg..
Anonymous said…
huh,...yang komen kat atas tu jelas tak tau pasal construction dan kontrak.... aku terlibat secara langsung bahagian kontrak...tahu macam mana gomen ni bagi kat kroni diorang... akhirnya, kerja carca marba...
Anonymous said…
Salam YB,

Manusia nie kalau dah cecah 50 tahun macam-macam penyakit ada, kalau dah berpenyakit nak sembuh 100% tu payah la sket tapi bagi makan ubat jangan sampai dia teruk je.

Sama juga la dengan bangunan pun, Bangunan Parlimen nie dah masuk nak 50 tahun (siap tahun 1963) dalam ketegori veteran la tu macam-macam penyakit ada.

Lagipun dulu diaorang design bangunan nie, MP tak sampai seratus orang pun, staff Parlimen berapa puluh orang, wartawan yang nka datang Parlimen pun berapa kerat. Cuba YB bandingkan dengan sekarang, MP sahaja dah 222 orang, staff ntah berapa ratus orang, wartawan pulak datang Parlimen dah macam pasar malam.

Secara logiknya, bangunan tu dah tua tapi bebanan dia makin betambah, mungkin lebih dari apa yang diaorang design. Kalau orang dah tentu mati dah, tapi bangunan lain la caranya, retak sana retak sini, bila retak ada la bocornya.

Untuk makluman YB jek.

-wakleman-

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan…