Skip to main content

Persoalan Gereja, Kuil dan Kilang Arak

Ada yang mempertikaikan lawatan saya ke Gereja, Kuil dan kilang arak. Secara mudah saya menjawab, “itulah hakikat masyarakat majmuk yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Kalau pemerintahan Islam tidak mahu berhadapan dengan wujudnya perkara-perkara yang sebegini, maka pemerintahan Islam akan terhad kepada kawasan Haramain sahaja, (Mekah dan Madina) kerana di sana tiada orang bukan Islam”.

Kefahaman sempit terhadap Islam yang sebeginilah sebabnya mengapa sejak dari awal lagi, UMNO beranggapan bahawa Islam tidak boleh digunapakai sebagai asas pemerintahan di Malaysia. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang budaya dan berbilang agama, maka pemerintahan yang berasaskan Islam, mengikut fahaman UMNO, akan tergamam dan serba salah untuk mentadbirnya. Dalam usaha untuk mencorakkan masyarakat mengikut acuan Islam, mengikut anggapan UMNO lagi, maka hak bukan Islam akan hampir pasti dinafikan. Gereja akan diroboh, kuil akan dibakar. Daging khinzir akan diharamkan jualannya di tempat-tempat awam sepertimana juga minuman arak dan sebagainya. Segala makanan dan minuman yang haram bagi ummat Islam, tetapi dibenarkan oleh agama lain untuk ummatnya, akan turut diharamkan kerana Islam adalah asas pemerintahan. Hak penganut agama lain untuk mengikut ajaran agama mereka yang menghalalkan apa yang diharamkan Islam tidak akan diambil kira sama sekali kerana sebuah pemerintahan Islam menurut kaca mata mereka akan hanya mengambil kira ajaran Islam semata-mata. Maka, apa yang diharamkan Islam akan diharamkan untuk semua.

Malangnya ada juga ahli PAS yang beranggapan begitu. Tanpa mereka sedari, mereka mengiyakan tanggapan songsang UMNO, walaupun mereka dalam PAS. Tetapi AlhamduliLlah, golongan ini tidak ramai.

Seseorang yang memperjuangkan Islam semestinya yakin bahawa pemerintahan yang berasaskan Islam relevan untuk semua jenis masyarakat dan semua negara. Ianya terbaik dan teradil untuk semua, termasuk untuk mereka yang bukan Islam. Inilah sebabnya mengapa PAS terus memperjuangkannya untuk negara Malaysia yang diketahui umum merupakan sebuah masyarakat majmuk. Sejarah Islam yang panjang telah menyaksikan pemerintahan yang berasaskan Islam tertegak di dalam pelbagai jenis masyarakat, termasuklah masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama. Pemerintahan yang berasaskan Islam ini telah tebukti berjaya memerintah masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya tanpa menafikan hak orang bukan Islam di dalam kesemua aspek. Ini termasuk dari aspek politiknya, di mana orang bukan Islam pernah diamanahkan jawatan menteri ataupun wazir dalam pemerintahan Islam. Namun dasar dan matlamat Islam digunapakai dalam mentadbir kementeriannya walaupun oleh Menteri yang bukan beragama Islam.

Inilah yang perlu difahami kerana dasar dan matlamat Islam mengambil kira wujudnya masyarakat bukan Islam dan hak mereka untuk mencorakkan kehidupan mereka mengikut ajaran agama atau pegangan hidup mereka. Jaminan kebebasan ini mengatasi walaupun apa yang diamalkan oleh negara Barat yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara, seperti Perancis, yang ingin memaksa fahaman Sekular-ekstrim mereka ke atas ummat Islam sehingga mengharamkan Muslimat bertudung di tempat awam; dan baru-baru ini, mereka juga telah mengharamkan kewujudan kedai yang menjual barang halal semata-mata. Mungkin selepas ini mereka ingin pula memaksa pekedai Islam menjual daging khinzir dan arak!

Namun, hakikat yang seperti ini tidak akan difahami oleh sebuah parti seperti UMNO. Pada dasarnya, Islam hanya merupakan satu alat untuk digunapakai untuk mengekalkan kedududkan mereka supaya terus berkuasa. Ianya amat berkesan untuk menaikkan semangat dan kemarahan orang Islam supaya mereka terus menyokong UMNO dalam keadaan takut akan ‘kemaraan orang bukan Islam’. Dan inilah apa yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini. Mereka tidak gusar dengan imej keterlaluan dan pelampau yang ditonjolkan oleh mereka atas nama ‘Islam’ walaupun akan mencemarkan dan terpalitnya imej Islam itu sendiri dengan sikap keterlaluan mereka. Yang melucukan, dalam keghairahan mereka menaikkan semangat orang Islam-Melayu, mereka sering lupa tindakan mereka bagaikan meludah ke langit. Isu duit judi yang dihebohkan di Pulau Pinang merupakan salah satu dari banyak contoh-contoh tindakan membodohkan diri mereka dan pengikut mereka sendiri.

Sedangkan umum mengetahui bahawa hanya satu negeri sahaja, setakat ini, yang telah secara terancang, mengasingkan pendapatan kerajaan dari jenis perniagaan haram dan pendapatan yang dari jenis yang halal. Ianya kerajaan Kelantan dan akan diikuti insyaAllah, selepas ini oleh kerajaan negeri-negeri PR yang lain. Malahan, mengikut pegawai kerajaan Negeri Pulau Pinang, pendapatan sebanyak 2 Juta dari litar lumba kuda di Pulau Pinang telahpun diasingkan dari wang hasil yang lain untuk bayaran kepada orang bukan Islam semata-mata. Perkara sebegini tidak diamal atau diusahakan oleh kerajaan Pusat BN ataupun mana-mana kerajaan Negeri BN. Termasuklah Negeri Pahang di mana terletaknya Casino yang terbesar di negara kita ini iaitu Genting.

Hakikat wujudnya kaedah Islam yang mengharuskan pemisahan wang dari sumber yang tidak halal bagi kegunaan sebuah kerajaan yang berteraskan Islam adalah juga bukti akan kesediaan Islam memerintah sebuah Negara majmuk. Ianya juga merupakan bukti bahawa perkara yang haram di sisi Islam tetapi dibenarkan oleh agama yang lain akan terus dibenarkan sebuah pemerintahan Islam untuk rakyat bukan Islamnya dan hasil ataupun cukai boleh diambil darinya, diasingkan dan digunapakai untuk tujuan-tujuan tertentu. Ini merupakan bukti akan pemerintahan Islam yang dinamik dan orang bukan Islam tidak perlu khuatir tentang kebebasan mereka dalam menghayati ajaran agama serta budaya mereka sendiri. Oleh yang demikian, orang Islam harus cuba memahami kaedah Islam dalam soal sebegini agar tidak diperdayakan oleh tipu daya UMNO.

Namun, kaedah perlaksanaan terperincinya akan berbeza mengikut keadaan dan suasana masyarakat. Di sebuah negeri seperti Kelantan, di mana orang Islam adalah lebih dari 95%, perlaksanaannya agak berbeza berbanding Selangor di mana ummat islam hanya 51%. Namun prinsip asasnya tetap sama. Prinsip utamanya adalah mengiktiraf dan menghormati hak semua kaum dalam membentuk sebuah pentadbiran berasaskan Islam yang mengutamakan keadilan. Inilah yang dimaksudkan dengan Siyaasah Syariyyah secara umumnya.

Peristiwa yang melibatkan seorang penuntut dari Timur Tengah ingin saya kemukakan sebagai satu contoh. Beliau baru tiba dari negaranya beberapa bulan sebelum Ramadhan. Semasa Ramadhan beliau naik berang melihat kedai-kedai makan terus buka pada waktu siang hari, termasuklah kedai-kedai makanan orang bukan Islam. Dengan tegas beliau mengatakan, “di negara saya, semua kedai makan tutup pada waktu siang kerana menghormati Ramadhan!”

Ya lah, negara kamu 95% orang Islam dan secara kebiasaan itulah yang dilakukan sejak beberapa abad sebelum ini. Tetapi janganlah menganggap ianya suatu yang dituntut syara’ kerana syara’ tidak menetapkan sesuatu hukum kecuali orang beriman tidak dibenarkan makan dan minum semasa berpuasa. Kalau diusahakan di sini, maka akan timbul kekeliruan sehingga akhirnya kita akan dilihat bagaikan ingin memaksa orang bukan Islam berpuasa bersama.

Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan saya, dengan berlakunya lawatan-lawatan yang saya sebutkan awal-awal tadi, ummat Islam dan bukan Islam, akan memahami bahawa pemerintahan yang berasaskan Islam akan tetap membenarkan orang bukan Islam mengamalkan agama dan juga cara hidup mereka tanpa diganggu. Ianya bukan atas sebab kompromi atau kepentingan politik. Ianya sememangnya sebahagian dari prinsip pemerintahan Islam. Hanya ianya akan diuruskan dengan cara yang mengambil kira prinsip-prinsip islam, seperti pengasingan wang hasil dari sumber haram dan sebagainya.

Sekiranya persoalan ini difahami, maka akan hilanglah kegusaran dan kekhuatiran orang bukan Islam terhadap persoalan pemerintahan yang berasaskan Islam. Dalam masa yang sama juga golongan jahil dari kalangan orang Islam sendiri yang membuat tuntutan-tuntutan yang sebenarnya tidak pun dituntut secara dasarnya dapat ditangani, dengan syariat Islam itu sendiri. Ucapan bersemangat mereka yang bertujuan untuk menaikkan semangat, tetapi kosong dari sudut nas dan dalil, akan tenggelam begitu sahaja. Kerana rakyat dah faham akan betapa ‘keadilan untuk semua’ adalah tunjang pemerintahan Islam.

Dan pada masa itu negara akan ditadbir secara aman dan damai, berasaskan prinsip-prinsip pemerintahan Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
I like your thought on the Islam style of managing the country, which this country need most at this point of time, Where the image of country is badly damaged due to lack of transparance,bribery,'conspiracy' etc.Let's work together towards a greater Malaysian multiracial society.Let's prove that Malaysia can be a successfull liberal Islamic nation!!!
Anonymous said…
Salam YB...great piece of article...
joehan said…
hahaha..khalid oii..aku paste dr artikel ko

"dengan berlakunya lawatan-lawatan yang saya sebutkan awal-awal tadi, ummat Islam dan bukan Islam, akan memahami bahawa pemerintahan yang berasaskan Islam akan tetap membenarkan orang bukan Islam mengamalkan agama dan juga cara hidup mereka tanpa diganggu. Ianya bukan atas sebab kompromi atau kepentingan politik. Ianya sememangnya sebahagian dari prinsip pemerintahan Islam."

kalo ko xbuat lawatan pon..aku rs skrng ni mmg rakyat malaysia yg bkn islam bebas mengamalkn agama dieorg n cr hidup dieorg..tu kn mmg termaktub dlm perlembagaan..ko xtau perlembagaan ke..so dgn ini bermakna ko iktiraf pemerintahan kita berasaskan islam..hahaha..lawak sungguh pemikiran ko..

lg satu dr gaya bahasa ko..ko nk tunjukkn bahwa konon2 dr lawatan2 yg ko buat islam n bkn islam lebh memahami satu sama lain la ek..hahahaha..klaka la makhluk Allah bernm khalid ni..masuk bakul angkt sendri..

selama ni bkn islam kt malaysia ni hdp aman damai dgn org islam hasil cara pemerintahan malaysia..mmg ni yg dianjurkn islam..wlpon majorti islam tp hak2 bkn islam dilindungi..sejak akhir2 ni je byk perselisihan berlaku..sejak korng mng pru12..org2 cina yg didalangi oleh dap makin lantang bersuara mintak mcm2 wlpon dieorg menguasai ekonomi..xpernh nk bersykur dpt hidp aman damai..pd org2 cine..hargaila keamanan ni..pd namewe..harap ko blh berambus ke singapork
Grand Marquis said…
Ada yang mempertikaikan lawatan saya ke Gereja, Kuil dan kilang arak. Secara mudah saya menjawab, “itulah hakikat masyarakat majmuk yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya.

1. Lawatan ke Gereja
Orang Islam melawat gereja untuk dakwah. Khalid Samad lawat gereja untuk jual nama Allah semata-mata nak undi. Sangat besar perbezaannya.

2. Kuil
Selama ni pun orang India buat kuil tak jadi masalah. Tapi khalid samad pi bagi orang buat kuil kat tempat orang Islam tanpa mengira sensitiviti orang Islam. Sangat besar perbezaannya.

3. Lawatan ke kilang arak
Dah lebih 30 tahun kilang tu wujud, dan dah beribu pemimpin Islam. Tak perlu lawat pun ok aje. Tak de masalah pun.

Kalau pemerintahan Islam tidak mahu berhadapan dengan wujudnya perkara-perkara yang sebegini, maka pemerintahan Islam akan terhad kepada kawasan Haramain sahaja, (Mekah dan Madina) kerana di sana tiada orang bukan Islam

Kenyataan ini tersemat kejahilan dan hipokrisi. Apakah selama ni kerajaan yang sedia ada tidak buat apa yang kononnya khalid samad anjurkan? Selama 50 tahun merdeka, bukankah orang bukan Islam bebas amal agama mereka, bina kuil dan gereja, minum arak dan buat kilang arak?

Yang kita tau, selama kewujudan PAS, mereka asyik kempen untuk hapuskan arak. Hari ni PAS perintah, esok tutup kilang Carlsberg. Tapi kenapa tiba-tiba Khalid Samad berubah arah? Tiba-tiba pulak nak jadi juara melawat kilang carlsberg? Kononnya atas alasan masyarakat majmuk?

Ini adalah terang-terang hipikrisi dari pihak yang kononnya menjuarai Islam. Cuba khalid sama terangkan, apa beza saranan anda dengan apa yang selama ni telah diamalkan di Malaysia? Cuba terangkan wahai YB yang bijaksana.
Anonymous said…
Percaya pada apa yg YB lakukan, saya percaya nawaitu YB kerana Allah SWT. Kalau nak ikutkan para tukang komen YB tak akan bergerak kemana-mana.
Anonymous said…
Saudara Joehan, kenapa kamu sangat dengki dgn orang bkn islam? Selama 50 tahun ni mereka tidak berani cakap apa pun,tidak banyak ditolongi oleh kerajaan,tiada kuasa,bahkan tidak banyak harap ada apa apa...hanya kerja cari duit sje.Adakah adil mereka ni terus diperkecilkan?
Anonymous said…
Joehan is obnoxious and an idiot just like most of the UMNO followers...just looking for business contracts and easy money...nothing else!
Anonymous said…
Salam YB,
Kita kena balik semula kepasa asas Islam. Apkah perkara utama yang disampaikan junjungan kita Nabi Muhammad SAW? Apakah perkara pertama yang juga disampaikan oleh semua2 nabi bila bredakwah kepada bukan Islam?

Ingatlah mentauhidkan Allah adalah perkara pertama. Jika dah ada keyakinan kepada Allah Ta'ala,maka yang lain itu akan mudah dilaksanakan. Apa yang PAS buat selama ini mohon maaf sekiranya saya katakan adalah salah strategi.PAS sepatutnya menyakin bukan Muslim tentang keesaan Allah Ta'ala terlebih dahulu. Barulah cerita benda2 lain. Semua ini dijelaskan dengan terang2 dalam AlQuran. Ini memerlukan pengorbanan dan kesabaran termasuk kemungkinan kalah pilihanraya. InsyaAllah akhirnya akan tercapai kejayaan sekiranya terus ersabar dan yakin janji kemenangan dari Allah Ta'ala bagi sesiapa yang berjuang di jalan Allah.

Jangan asyik nampak UMNO saja sesat kerana PAS pun pada kebanyakan orang Melayu adalah sama saja.Tanpa disedari ramai pemimpin PAS menjanjikan habuan duniawi untuk pengundi2 bukan Islam sekiranya menang PRU?

Sama2lah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Sesiapa berjuang ikhlas untuk Allah Ta'ala ,tidak sia2 perjuangan nya walaupun tak menang PRU tetapi menang habuan yang lebih baik dan kekal di akhirat.
komen2 dari joehan dan lain2 telah membuktikan kesahihan artikel Khalid Samad. Keep up the good work. Tidak salah melawat Kuil. Hanyalah salah jika melawat kuil dengan memberi apa-apapun sebagai "korban", itu adalah Syirik.

Apakah salah melawat kilang arak? Ataupun salah meminum arak? Jangan pertikaikan tahap pemahaman islam saudara Khalid

"Khalid Samad lawat gereja untuk jual nama Allah semata-mata nak undi" . Kenapa mengaibkan saudara Khalid, Grand Marquis ? Apakah kau lebih mengetahui tentang isi hati Khalid?
mae said…
Bagai PAS, nampaknya negara Islam adalah satu negara dimana orang bukan Islam bebas mendakwah orang Islam, mengacau keimanan orang Islam, dan orang Islam harus memberi laluan kepada orang bukan Islam dalam hal-hal yang bertentangan dengan kegemaran orang bukan Islam. saya fikir, kalau PAS memerintah, akan berlambak-lambak buku-buku Kristian dalam bahasa Melayu akan terjual secara bebas dipasaran, dan PAS tidak akan kisah bila orang Islam murtad demi memenuhi kehendak masyarakat bukan Islam. Akhirnya akan jadilah PAS itu mentadbir sebuah negara Islam yang membenarkan orang bukan Islam membunuh pemerintahan 'Islam'nya sendiri, lalu PAS akan menyalahkan orang Islam kerana tidak kuat iman, sedangkan PAS lebih banyak memperkuatkan iman orang bukan Islam dalam agama mereka.
Anonymous said…
Grand Maquis mungkin lebih tahu dari Nabi SAW atau pun Allah kerana itu dia dgn mudah mengetahui isi hati saudara YB Khalid?
Anonymous said…
alamak grnd mangkuk quis kat sini pon ko ade ekkk, da laa kat malaysia wave ko kena hentammm jer , kat sini pon ko nk buat onar yer mangkuk hanyun nyer grandd...
spesis umngok yg bghal wakkwkakwa
joehan said…
to anon October 8, 2010 11:10 PM

"Saudara Joehan, kenapa kamu sangat dengki dgn orang bkn islam? Selama 50 tahun ni mereka tidak berani cakap apa pun,tidak banyak ditolongi oleh kerajaan,tiada kuasa,bahkan tidak banyak harap ada apa apa...hanya kerja cari duit sje.Adakah adil mereka ni terus diperkecilkan?"


bile plak aku dengki dgn bkn islam..cume xsuke bile org cine mntk mcm2 je..nk pertikaikn hak2 kaum2 lain..ape lg yg dieorg nk??xckup ke dgn bersikap rasis n kuasai ekonomi malaysia???ko mngkin lahir dr keluarga sng..xperlu sush pyh mntk kerje..meh aku critekn pengalaman aku..lps grad aku kje dgn kilang tmpt praktikal aku kt utara..kilang kecik je..kje as an engineer..tu kilng local kompeni cine n kalo korng nk tau..kompeni tu xbenarkn org islam smyg..bdk2 operator sumenye xsolt..aku bersihkn stor tingkt ats utk solt..xlm lps tu big bos cine dtg dr kl lawat kilng..managmnt bgto big bos yg aku solt..big bos ni ckp kt aku "haiya..itu crita 1400 thn dlu pon u mau ikut ka??"...sehari lps tu trus aku xdtg dah..so aku kje kt situ xsmpai semnggu pon..ko tgk mcmmn cine sikp org2 cine yg kaye2 wlpon lahir kt malaysia ni...betapa jahil n bodohnye dieorg..lngsung xhormat org lain..bkn skit..tp berlambk org cine bersikp mcmtu..blm lg amek kire diskriminasi kalo kje kt syarikt swasta..org cine yg hnya ade spm akn cpt naik..tp org melayu yg ade degree msti dianak tirikn..n skrng cine sibuk2 kate melayu rasis wlpon melayu cume pertahankn hak je..

tunjng islam kt malaysia ni adlh org melayu sbb kite adlh majoriti..so kite kne bersatu padu..buangkn hasad dengki..kite kene support peniaga2 melayu..ni bkn asobiyah kerana asobiyah hanya dikira kalo kite bersatu ke arah keburukn..tp kalo bersatu ke arah kebaikn tu dianjurkn oleh islam..sudah2 la spin mcm2 isu wahai khalid oi..meluat aku dgn prangai2 hipokrit n double standard org2 pr...sudah2la korng bersekududukn dgn nuar juburi n dap..istiqamah la perjuangkn islam..dlu hudud skrng xlg...klaka aku dgn prangai puak2 pas ni..kerana undi atau kuasa??hanya Allah je tau..

aku n kwn2 akn pastikn pr kalh teruk pru13 ni..aminnnnn
Anonymous said…
WTF?
Berbelit-belit.
Anonymous said…
jangan fitnah YB;

sejak bila UMNO nak haramkan khinzir; robohkan kuil dan gereja..

dah lebih 50 tahun BN/UMNO memerintah; banyak kuil ; gereja adalah sebab pemimpin UMNO yang dahulu sanggup bertolak ansur menerima hakikat negara Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. PAS ketika itu, takkan YB tak ingat mengharamkan bekerjasama dengan orang kafir, hukum hudud diutamakan.

Kalau YB, dulu pengikut golongan Suara Islam di UK; seingat saya mereka nilah golongan yang lebih radikal dari kumpulan IRC.. Tak usah jadi golongan munafik YB!
akmal said…
keep on YB...perjuangan mesti diteruskan...AllahuAkbar...
Anonymous said…
bro ,
bukankah dulu PAS telah mengharamkan kerjasama dengan orang KAFIR ?? tetapi kenapa telah berubah bro ??? PAS lebih sanggup bekerjasama dgn cine demi mendapatkan kuasa sahaja ..kenape ??
Anonymous said…
anon 9.20pm...

Lebih baik bekerjasama dengan cina yang tahu keadilan daripada bekerjasama dengan cina yang krono, korupsi seperti UMNO. MCA=MIC=UMNO.... ketiga-ketiga parti sekular.. Jadi tidak hairan mereka tidak bergaduh dan berbeza pandangan.. :-). Berbeza dengan PAS, walaupun mereka bekerjasama, prinsip Islam dalam PAS tidak digadaikan.. ada cita-cita menegakkan negara Islam walaupun menghadapi halangan (undang-undang persekutuan dan perlembagaan). UMNO yang mempunyai kuasa untuk merubah perlembagaan sejak 50an tidak terlintas untuk berusaha melaksanakan hukum Islam.. Walaupunb secara berperingkat..

Alasan diberikan oleh BN (UMNO)kepada PAS kerana gagal untuk meneruskan cita-cita negara Islam kerana ada DAP.. sedarkan mereka, tiada cita-cita dan usaha untuk mendirikan daulah islamiah sejak mereka memerintah adalah akibat tekanan dari MCA dan MIC? 2 X 5 mereka ini (UMNO)..

Sebelum ingin membetulkan pakatan rakyat, pastikan diri mereka berada dilandasan yang betul dahulu...Jadikan BN sebagai contoh, barulah boleh mempertikaikan atau membetulkan pakatan rakyat..

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.