Skip to main content

Pejuang Bangsa

Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu. Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya.

Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai 'pejuang bangsa'.

Pada pendapat saya, terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya. Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata. Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan.

Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh. Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia. Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat. Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran 'global', bukan pemikiran mundur dan 'primitif'.

Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan. Kekayaan dirinya dibelanja sebagai 'pelaburan' untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri. Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya. Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri. Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan. Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya.

Oleh yang demikian, secara peribadi, saya melihat mereka yang memenuhi dua ciri kepimpinan ini ialah pemimpin seperti TGNA dan TGHH yang datang membawa wawasan yang jelas. Wawasan yang dibawa adalah Islam. Wawasan ini mengajar manusia untuk menghubungkan keTaqwaan dengan keAdilan, kerana seseorang yang takut akan kemurkaan Allah tidak akan sanggup melakukan kezaliman. Wawasan ini turut menegaskan kedudukan manusia dijadikan untuk berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi, satu kedudukan dan jawatan yang begitu mulia, yang dengan itu manusia diberikan hak asasi dan tidak wajar dikandangkan dan dibisukan oleh mana-mana penguasa. Wawasan yang sebegini akan memajukan sesuatu bangsa sekiranya ianya difahami dan dihayati. Maka ianya memenuhi kriteria saya yang pertama.


Pada masa yang sama, kita melihat bagaimana mereka tidak mengambil kesempatan dari kedudukan mereka untuk menambahkan kekayaan peribadi mereka. Dalam keadaan susah dan senang, mereka terus menyumbang kepada perjuangan untuk membina bangsa dan masyarakat mengikut wawasan Islam. Tiada saham yang bernilai berjuta diatas nama mereka atau waris mereka ini.

Begitu juga boleh dikatakan terhadap beberapa pemimpin DAP dan PKR. Walaupun wawasan mereka mungkin tidak sama dengan PAS, namun secara dasarnya, ianya merupakan wawasan yang menginginkan keadilan untuk seluruh rakyat dan apa yang diyakini sebagai sesuatu yang akan memajukan bangsa. Nilai-nilai keadilan, keamanahan dan pertanggung-jawaban yang walaupun tidak diceduk secara terus dari Islam, selaras dan seiring dengan wawasan Islam.

Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan terhadap UMNO mahupun PERKASA. Wawasan mereka wawasan yang primitif, mengingatkan kita akan zaman peperangan kabilah dan perkauman yang sempit sepertimana sebelum datangnya Islam. Seperti taufan kejahilan tentera Mongol, membawa wabak kebencian, kezaliman dan kejahilan. Seperti kegelapan yang menyelubungi dunia hasil kebangkitan Nazi Jerman, kebanggaan kaum dan keturunan sehingga menindas kaum serta bangsa yang lain. Seperti kegilaan tentera Serb yang ingin mengukirkan kekuasaan mereka melalui penderitaan dan pembunuhan secara beramai-ramai ummat Islam Bosnia. Seperti pengganas Israel yang ingin memaksakan keutamaan bangsa mereka ke atas bangsa Palestine.

Ianya keutamaan satu bangsa ke atas bangsa lain yang dicapai melalui kekerasan dan kekuatan fisikal, suatu keutamaan yang dipaksa bukan yang dicapai hasil kemuliaan keperibadian dan ketinggian peradaban.

Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin mereka, kesemuanya, selesa hidup sebagai jutawan. Walaupun dikelilingi masyarakat bangsa sendiri yang miskin dan merempat, mereka hidup senang lenang dengan harta bertimbun yang dikumpul hasil 'perjuangan' mereka. Bukan dari hasil perniagaan atau kepakaran mereka dalam bidang keusahawanan tertentu tetapi sebagai 'imbuhan perjuangan' yang menggunakan nama bangsa sebagai hujjah dan alasan. Menerima saham yang bernilai berpuluh juta ringgit kerana “Melayu itu miskin dan saya Melayu” kata mereka. “Saya terima atas nama Melayu, demi Melayu, mewakili Melayu”' sambung mereka lagi. Namun kekayaan mereka untuk diri mereka sendiri dan duit berjuta terus berada dalam simpanan mereka, tidak disalurkan kepada masyarakat Melayu miskin yang memerlukan.

Maka dengan itu, mereka ini bukan 'pejuang bangsa' namanya, sebaliknya pejuang yang memperalatkan bangsa demi perut sendiri! Mereka sanggup melihat bangsa mereka terus miskin supaya mereka akan terus mendapat manfaat dari keadaan ini. Mereka ingin 'perjuangan bangsa' diteruskan, dihayati dan diperjuangkan, supaya mereka terus menjadi penerima manfaat utama dari perjuangan tersebut. Dan bangsa mereka terus miskin sambil mereka terus bertambah kaya.

Selepas lebih 53 tahun negara kita ini merdeka, tidakkah jelas lagi wahai bangsaku yang ku sayangi, siapakah pejuang bangsa dan siapakah yang memperalatkan bangsa?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Tuan Khalid....

Kalau ye pun ... janganle kuat sangat mengampu....

Semua orang tahu, Nik Ajis nie petualang bangsa dan agama.

Aku tak setuju langsung le bro khalid.

Semua pemimpin Melayu perjuangkan Islam.... yang betul2 perjuangkan bangsa adalah pemimpin Melayu di arus perdana.

PAS dan Nik Ajis, biarkan saje rakyat Kelantan hidup miskin.

Pejuang bangsa apa kebendanya?

Sudah le bro.... merepek je ko nie.
Anonymous said…
Salam YB,

Another fine article from you YB.

Kalau tak faham lagi, tak tau nak kata. Memang dah tertutup pintu hati.

Orang macam tamingsari dan yg seangkatan dgn nya dipanggil iredeemable.

Hopelessly benak.

Thank you again YB.

Warga Shah Alam
joehan said…
hahaha..kt klate yg rakytnye 99% org melayu n beragama islam..tetapi cume 55% je dpt bekalan air bersih!mb n exco2 klate minum air bersih..tp rkyt biasa minum air perigi n sungai!tu ko kate pemimpin berwawasan n adil!

nik aziz xamek kesempatan ke?cmne dgn kes tajaan haji berpuluh ribu?sedangkn nabi pernah berlapar n siap ikt batu kerikil kt perut.n smpai sahabt dr bunyi sendi2 berlaga time nabi n shbat solat sm2.lalu shabat bertanya "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
dan nabi menjwb "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
korngkn pemimpin yg kononnya perjuangkn agama...perjuangkn la dgn iklas.nik aziz trima tajaan tu mknenye nik aziz amek kesempatan pd org lain.dah la blh menimbulkn bermcm fitnah..adakah sbb duit nik aziz jd kelabu mata?

sudah2 la letakkn kesalahan pd umno,kerajaan pusat n org lain..ubah la cr pemikiran pembangkng@pembangang malaysia ni..bebal n bodo tul khalid gereja ni..cmne ko blh dicalonkn sbg mp s.alam ni..otak udang je aku tgk!kesimpulannya wahai khalid..xde manusia sempurna..sume ade slh..baik bn,umno or pr..sepatutnya sbg islam kite kne sm2 tego menegur..sbb tu alangkh baiknye kalo pas blh bekerjsm dgn umno..pas blh tego keslhn umno dr dlm secra berhemah n berkesan..brla sng kite nk dkwah kt bkn islam..tp syg..pas lebh rela mnjdkn kafirun n munafikun sbg sahabat sejati!!

percylah ckp aku..pr pasti kecundang di slngor!!
d'enricher said…
YB Khalid,

Isu perjuangan ni sebenarnya subjektif. Pada satu pihak, pandangannya yang sebenar,tapi sebaliknya tidak dapat diterima oleh pihak yang satu lagi. Baik di Malaysia mahupun diseluruh dunia, perkara sebegini adalah lumrah kehidupan.

Siapa yang berjaya mempromosikan cara mereka kepada masyarakat umum akan berjaya meyakinkan mereka. Ini lebih mudah sekiranya kita ada "a level playing field".

Di Malaysia hari ini, kita masih disogok oleh info yang berat sebelah,maka bagi kita yang nak kan kepastian, perlu mencarinya.

Jadi, baik Pakatan mahu pun Barisan perlu berusaha membuktikan bahawa mereka adalah wadah terbaik dalam usaha membawa Malaysia, lebih maju dan berjaya.

Bagi tuan sebagai MP Shah Alam, dah capai KPI ke, Kuil Seksyen 19 bila nak pindah ?

A.Alshukor
Anonymous said…
Kalau semua pemimpin melayu terutamaanya dalam UMNOputra memperjuangkan Islam tak mungkinlah diantara mereka masih gagal membentuk ahli keluarga mereka sendiri dalam menjalani kehidupan cara Islam! Contoh mudah adab berpakaian mengikut syariat Islam.

Benarkah TGNA nih petualang agama hinggakan mendapat pengiktirafan antara 50 orang pemimpin berpengaruh Islam di dunia.

http://www.scribd.com/doc/24414804/Top-50-Muslim-Leaders-2009

http://muslimmedianetwork.com/mmn/?p=5366

Negeri yang diperintah UMNO pon ada yg miskin jugak, hakikatnya negeri Kelantan kaya dengan khazanah bumi seperti emas dan minyak yg hendak dirompak oleh UMNOputra.

Buka mata dan jernihkan hati lah wahai tamingsari@pejuang bangsa, mungkin kamu juga tak tahu bahawa budak-budak sekolah agama di Selangor akan mendapat buku teks secara PERCUMA bermula tahun depan.

Benarlah org-org berkata di mana ada gerombolan umnoputra kuat disitulah ada joget lambak dan karaoke di majlis perkawinan.

*Jowo Selangor*
Anonymous said…
umNO pejuang MELAYU DAN ISLAM???
HAKKKKKKK PTUIHHHHHHHHH!!!!

Hoi! tamingsari, kalau bodoh jangan la tunjuk kat orang lain, Malu orang MELAYU tau.

umNO pejuang untuk TEMBOLOK sendiri je tau tak!

umNO berjuang untuk MELAYU?? dalam 10 orang terkaya di Malaysia berapa orang MELAYU? sorang je la weee..

umNO berjuang untuk ISLAM?? pergi minum TODIII la BODOH!

MAAF KASAR SKET BAHASA, SEBAB NAK BAGITAU KAT ORANG BEBAL/BANGANG/TOTOK KENA MACAM TU.

-wakleman
Anonymous said…
Isu tanah rezab Melayu yang dah tinggal separuh diBEDAL dek pembela Melayu kononya, takde plak PERKASAM nak bising.

Isu BIASISWA pada Pelajat Melayu takde plak PERKASAM & GPMS nak melalak dan buat DEMO kat PM.

Isu ikuiti 30% melayu yang dah 53 tahun tak tercapai-capai tak plak PERKASAM nak melalak?

Isu setinggan MELAYU yang dah menetap lebih 50 tahun sekalipun tapi kena robog dek kununya pembangunan tapi bagi kat DEVELOPER CIKUNG takde plak PERKASAM nak bising?

Isu pembahagian 60/40% pembangunan KG. BARU dek umNGOK takde lak PERKASAM nak bising.

Tapi kalau pasal pembangkang nak keluar anak tekak PERKASAM berdemo.

Apa-apa pun TABIK SPRING dan SYABAS pada YB, sebab dalam musim Persidangan Dewan Rakyat nie ramai YB umNGOK panas buntut kalau YB bangunan bercakap/mencelah.

-wakleman
Anonymous said…
Nik Aziz?

Aku kurang setuju Khalid. Aku tinggal Shah Alam & memang orang Shah Alam since 1980.
Ayah aku orang kelantan tapi bermastautin di Shah Alam. Dekat je dengan rumah Nik Aziz.

Sumber air kami di rumah atuk aku di Kelantan drp zaman aku kecik sampai aku ada tiga anak ni, semua mandi perigi, minum air perigi & basuh berak dengan air perigi.

Criteria mana yg kau guna utk menentukan seseorang itu adalah Pejuang Bangsa? Takkan lah dlm UMNO itu ada nila setitik susu sebelanga habis rosak. Takkan sebab beberapa kerat orang UMNO yg kemaruk kau labelkan mereka sebagai petualang bangsa Khalid?

Tun Dr M adalah pejuang bangsa. Kau boleh tanya Nik Aziz & Hj Hadi pasal Tun Dr M betul ke Tun seorang pejuang bangsa.

Satu lagi, abang kau tu pun aku iktiraf sebagai pejuang bangsa. Aku pernah follow abang kau masa pakai lambang kunci Khalid.

Aku harap kau betulkan kenyataan kau tu.
Anonymous said…
aku masih ingat zaman kunci. ya betul, datuk shahrir samad adalah pejuang bangsa melayu.

tapi aku terfikir & aku bukak siapa nik aziz, aku tak jumpa pulak dia ni pernah berjuang masa pra merdeka. aku tengok dalam resume dia, niz aziz adalah cikgu tadika kemas & pernah mengangotai umno parti karat. betul atau tak aku tak pasti tapi dia tinggalkan kemas terus masuk pas sampai sekarang.
Anonymous said…
korang ni...ape lah,
umno memang pejuang bangsalah..
sehinggga bahasa bangsa sendiri pun dibakul sampahkan di dalam sistem pendidikan negara....dipandang sepi jeee bahasa ibunda sendiri....senyap je semua pemimpin umno sewaktu bahasa ibunda sendiri dinodai dan dirobek dengan begitu rakus sekali....tiada lah pulak yang menyalak dan bergege riuh bagi membantah pencabulan ke atas darjat ketinggian bahasa sendiri....atau mereka semua telah lupa tentang bahasa sendiri atau pun geli dengan bahasa sendiri.....betul lah Tun M pejuang bangsa sehingga sanggup meletakkan bahasa sendiri di tempat yang sangat menyedihkan.....
lucu lah jugok bilo air telago dijadikan kayu ukur bagi kemajuan sesebuah negeri....setahu aku lah air perigi ni bukan setakat di kelantan saja ada, di negeri lain pun ada gak....tak gitu? Malah krisis air di setiap negeri di Malaysia ni ada-ada je krisis air...tak habis-habis...ye lah negara kita pun bukannya dah capai status negara maju pun lagi......kua ka ka ka!!!
CUCU PEJUANG said…
kuasa rakyat kuasa mutlak.undi di tgn mereka.pemimpin hanya menjlnkn amanah yg diberi Allah.berat mata memandang berat lagi bahu memikul....
akmal said…
saya setuju YB...teruskan perjuangan...AllahuAkbar...
Anonymous said…
Apa la korang penentang2 YB Khalid Samad...jangan ingat caci maki korang tu boleh mempengaruhi minda pembaca blog ni. Ia hanya menunjukkan yg korang ni sebenarnya SAKIT JIWA.

Kalau nak counter hujah YB, berhujahlah spt orang berakal, bagilah hujah2 yg bernas.

YB Khalid bukan semuanya betul...tp kalau korang balas dgn cacian dan makian, sahlah korang yg tak betol.
joehan said…
to October 14, 2010 6:08 PM
"lucu lah jugok bilo air telago dijadikan kayu ukur bagi kemajuan sesebuah negeri"

bkn isu air telaga..tp isu die air kn keperluan asas..bile sesebuah kerajaan tu xmmpu nk uruskn or nk sediakn kemudahan asas nmpk sgt kerajaan tu xbrapa pndai mentadbir..mcm aku ckp la...klate 99% org islm tp cume 55% je dpt bekalan air bersih!!ape yg pemimpin negeri buat..siang mlm duk ceramah maki2 pemimpin negara..rakyt diabaikn..skrng nk crita psl pejuang bngsa plak..hahahaha.

amamcm anon October 15, 2010 12:45PM..aku rs aku dh selitkn fakta kt ctu..hehehehe..khalid ni nk ampu pok nik dgn hj hadi ni..harap2 dpt jawatn pesuruhjy pas selngor..xgitu khalid samad??ehehehe..
joehan said…
khalid samad..aku nk tnye ni..knape org2 pr yg kononnya adil tp sbnrnya hipokrit n double standard...psl isa..skrng ade org gov dr imigresen kne isa..nape xpulak korng bsing..9 org kene..nape xbuat demo..bile org2 pr kene isa..korng akn buat demo..keadilan ape nmnye tu..
dlm pc gobala ade ckp yg azmin gelar die paria..nape kit sing xbngkitkn isu ni...tu kn rasis...kate konon2 perjuangkn keadilan..xabis2 menipu je kjenye..
Anonymous said…
Komentar2 asyik mempertahankan UMNO sedangkan sasaran Khalid dlm artikelnya bukanlah UMNO...heh heh.

Kesian Khalid dihentam tak tentu arah oleh orang2 yang keliru.
Anonymous said…
Johan wungko dah baca nih

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29025:dakwa-pegawai-imigresen-di-mahkamah-bukan-isa&catid=1:utama&Itemid=50

Dakwa pegawai Imigresen di mahkamah, bukan ISA

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Tindakan kerajaan yang menahan pegawai Jabatan Imigresen di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) langsung tidak boleh diterima.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, mana mungkin mencegah kejahatan dengan melakukan kezaliman terhadap manusia lain.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan yang telah menahan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Katanya, ISA sejak dahulu diiktiraf rakyat sebagai akta drakonian yang zalim dan kejam yang berkuasa sewenangnya menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara selama mana yang disukai oleh Menteri Dalam Negeri.

Beliau menambah, sepatutnya kerajaan bertindak wajar dengan menangkap dan mendakwa mereka di mahkamah.

“Bukankah negara kita mempunyai Akta Anti Penyeludupan Manusia 2007 (Akta) 670 yang telah dikuatkuasakan pada 28 Februari 2009,” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, berdasarkan kes yang sama sebelum ini pada 20 Julai 2009, lima pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor dan empat perantara telah ditahan di beberapa tempat di Johor dan mereka telah disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

“Mengapa dalam kes kali ini, kerajaan memilih Akta ISA? Apakah kerajaan boleh bertindak sesuka hati tanpa mengikut undang-udang yang mereka cipta sendiri? Ataupun mungkinkah kerajaan bertindak sebegini kerana melindungi sesuatu pihak yang lain sehinggakan tidak mahu mendakwa pihak yang ditahan di mahkamah?” soalnya lagi.

Soalnya, mengapa pembunuh Datuk Sosilawati dan beberapa pembantunya yang dibunuh secara kejam yang dianggap pembunuhan paling dahsyat di negara ini didakwa di mahkamah tetapi pegawai-pegawai Imigresen berkenaan disumbat dalam ISA.

“Bagaimanakah keadilan dapat ditegakkan dengan cara sebegini?” tanya beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPP.

Demi mengharapkan keadilan, ujarnya kerajaan wajar melepaskan mereka dari ISA dan dakwa mereka di mahkamah secara terbuka.

Tambahnya lagi, undang-undang dicipta untuk dipatuhi bukan untuk sekadar bahan pameran sahaja.

Justeru, beliau berkata, ISA sepatutnya sudah lama dikuburkan dan dijadikan bahan sejarah

Wong Joe War
Anonymous said…
Anon 525, PERKASA=UMNO, tulapasal
Anonymous said…
akum YB, abaikan je si jooooohan tu, buang karan je, memang gone case dah kiranya tu.

anggap macam lalat je la, sesekali datang kita halau, kalau perlu pakailah tudung saji. tapi kalau nak jemput dia makan, sori la beb, lain kali!
PerenungLangit said…
Puak yang membenci Nik Aziz tak ada modal...isu air tak bersih jadi gembar gembur....Isu songlap wang negara berbiliaon tak heboh. Peh...kat sabah negeri BN ni airnya selalu putus plak...mojoriti rakyat tak ada bekalan air bersih! awat tak komen yang ni??elektrik pun asyik mati je....tapi ni soal remeh. Aku tak kira sangat. Yang aku kira soal khianat wang rakyat...lu kiralah berapa dah wang negara dibazir...
Anonymous said…
Untuk mereka yang mempertikaikan isu air di kelantan dan lain2 isu,
Betulkah pemimpin UMNO ni pejuang bangsa yg sebenar. Lihatlah bukti sejarah kes rakyat Kelantan yg majoritinya orang Melayu tapi menderita tak dapat bekalan air bersih bertahun2 sebelum ini disebab mereka didera oleh kerajaan UMNO BN dg melengah2kan pemberian dana sebab tidak mengundi mereka sebagai pemerintah sehingga selepas bertahun2 kerajaan PAS kelantan bersusah payah menyembah kerajaan UMNO BN untuk mendapat pinjaman bagi projek bekalan air dikelantan. Akhirnya diberikan, itu pun diberikan setelah dikenakan bayaran balik dg dkenakan interest dan berbagai2 syarat yg tak dikenakan pula kepada negeri2 di perintah oleh BN. kepada jurucakap2 UMNO lihatlah kepada sejarah sebelum memberikan komen yg dilihat sekadar melepas geram tanpa fakta. Aku orang Kelantan, aku lebih tahu banyak kemajuan bekalan yg dah berlaku dan beransur baik dan bukan seolah2 bertambah buruk seperti digambarkan oleh jurucakap UMNO dalam blog in.
Satu lagi bila gian sangat nak memaki seseorang tok Guru pemimpin itu memperjuangkan diri atau agama lihatlah kepada matematik dan stastik juga. seorang yg di berikan umpamanya puluhan ribu (yg akhirnya tak diambil pun) utk mengerjakan haji ke Makkah tak sama dengan seseorang pemimpin yg mengumpul berjuta2 ringgit melalui komisyen projek dan dari proxy kroni mereka. Di Kelantan orang memuliakn tok Guru, di kg aku di Pasir Mas tanahnya yg berharga RM100,000 dibeli oleh jutawan darinya dg harga RM1/2 juta semata2 utk buat pondok pelajar sbb dia memang nak berikan duitnya kepada tok Guru itu dg apa2 cara sekali pun, bukan kerana rasuah kepada tok Guru tu yg taada apa2 jawatan dalam kerajaan, ianya semata2 kerana mereka rela menghabiskan sebahagian wang untuk diinfak kepada orang alim yg memang ikhlas dalam kerja2 Islam dan tak gila harta dan pangkat, jurucakap UMNO mungkin terpinga2 mendengar cerita ini sebab nilai hidup bagi mereka setiap pemberian mesti ada balasan dunia, piawaian jurucakap UMNO. Tapi inilah yg terjadi rata2 diKelantan.
Apa komen jurucakap2 UMNO pasal kes ini
Anonymous said…
Selepas FELDA & Sime Darby, sekarang sasaran mereka ke PNB, dimana kebanyakan penyuram ASB adalah dari BUMIPUTRA.

Warisan Merdeka yang beranggar RM 5 billion akan dibina dengan dana dari PNB, apa pendapat kalian yang mencuram dalam ASB & ASM.

Mungkin penyokong UMNO & PERKASA boleh tolong memberi sedikit ulasan akan projek yang dihebohkan oleh Perdana Menteri yang kalian amat sayangi.
Anonymous said…
TGNA pilihan hati kau.. biar betul Khalid .. kau demam ke waktu kau menulis ni..

TGNA yang malu mengaku jadi Melayu.. dah 20 tahun memerintah Kelantan apa pembaharuan yang dibawa..

Tak maluke dia jadi MB dengan penyokong Kelantan yang sanggup merusuh waktu bola, tak malu ke jadi MB tapi rakyat Kelantan banyak berhijrah kerana tiada peluang kerja kat sana, tak malu ke jadi MB tapi sinar Islam tak sampai pada penduduk Cina Kelantan dan orang asli disana, sedangkan orang Cina suka bangunkan lebih banyak patung Buddha yang lebih besar dan orang asli disana lebih suka membangunkan gereja dari surau ..tak malu ke jadi MB, tanah di lojing dah gondol diratah oleh saudagar Cina dari Singapura.. Tak malu ke jadi MB tapi melantik menantunya jadi CEO

Cukuplah tu .. kalau tak reti memerintah elok berhenti dan jadi pensyarah tetap kat masjid.
Anonymous said…
Perenung Langit,
"isu air tak bersih jadi gembar gembur....Isu songlap wang negara berbiliaon tak heboh."

RM600 Juta bro BN bagi kat PAS..kau tanya Nizk Aziz.

Masalah Sabah lain tak sama macam di Semenanjung. Banyak isu yang kerajaan kena tengok terutama isu tanah.

Tengok je lah isu Bakun. Kan DAP dulu bangkang projek Bakun. PAS pun sama jugakkan?
Anonymous said…
Joehan kata tu betul walaupun dia umnogok.
Anonymous said…
aku ni ahli umno daripada tahun 2000 lagi. sebelum PRU 2008, aku nak join pas atas dasar islam & jugak aku marahkan pentadbiran anak beranak Tun AB.

tapi aku ada second thought yg mana aku terfikir kenapa pas mengatakan bersama pas adalah islam & menentang pas itu beerti menentang islam.

sedangkan aku dlm umno tak pernah pulak aku menentang islam.

aku dlm umno masih solat 5 waktu tak tinggal.

puasa tak tinggal.

zakat tak tinggal.

tahajud 4-5 kali setahun.

al quran khatam setahun sekali.

walaupun aku tak perfect, tapi aku adalah islam.

yang buat aku terfikir adalah masa pasca pru 2008, aku ada dengar ceramah drp sorang ustaz pas kata pas adalah pejuang islam & barang siapa menetang pas adalah sama macam menentang islam kerana perlembagaan pas adalah berlandaskan al quran dan hadith.

sampai sekarang aku terfikir. adakah pas itu satu agama? atau adakah pas itu sebenarnya islam? tapi dalam masa yg sama ada golongan kafir masuk pas sebagai pendokong. bagaimana pula jika mereka itu keluar pas? nak kata mereka itu juga menentang islam?

just my thought.
Anonymous said…
aku tak pasti kalau pejaung pas masih tak percaya air kat kelantan tak bersih.

kalau nak tau lebih lanjut link ke

http://parpukari.blogspot.com/2010/10/air-minum-di-kelantan.html

kauorang fikirlah secara rasional. aku dah tak nak komen sebab aku pun drp sana jugak.
Anonymous said…
anon October 17, 2010 3:48 PM,

TDM ada bagi RM600 juta kepada kerajaan kelantan utk selesaikan masalah air. Nik Aziz sendiri mengaku terima duit peruntukkan tu. kau carilah dlm archive utusan meloya ke atau haprakdaily..

tapi sampai sekarang masalah yg sama. rumah atuk aku kat panji dah 15 tahun ada paip tapi air yg keluar mcm kaler teh tarik dah 5 kali tapis.

jangan kau fitnah brader. berdosa.
joehan said…
to anon October 17, 2010 3:48 PM
psl isu air ""Sepatutnya peruntukan kerajaan Pusat berjumlah RM600 juta secara pinjaman mudah untuk membekalkan air bersih kepada rakyat negeri ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sudah dapat menyelesaikan masalah tersebut," ni kate2 awang adek husin..hahaha..kerjaan pusat dh bg pinjmn 600juta kt kerajaan pok nik ms rmk9..tp rkyt msh lg minum air perigi n sungai..ke mn duit tu pergi agknya..hehehehe...

psl kelakuan rkyt2 klate time tgk bola mcm anon October 17, 2010 9:30 PM ckp tu..majoriti org2 tue klate msti penyokong pas..tp anak2 dieorg cm xde akhlak je..time tgk bola msti nk bergdh..mcm la main bgs sgt..yg aku pelik org klate ni mmg suke bergdh n berdendam ke..lwn dgn selngor nk gdh..lwn dgn ngri sembln nk gdh..sng ckp lwn dgn mn2 negeri msti penykong klate buat mslh...adakah pok nik gagal mentarbiah akhlak anak2 muda klate..yela..duk dgr ceramah pas penuh dgn kata2 cacian n makian..

to anon October 19, 2010 10:37 AM..hehe..aku pon pnh dgr dieorg smkn org2 kerajaan pusat dgn org2 yahudi..ms mule2 pr amek alih slngor dlu..tu la msalhnya kalo org2 pas ni merasakan ilmu agama dieorg dh ckup tinggi n merasakan org lain sumenye slh belaka dlm bab2 agama..org2 pas merasakan mereka adlh pejuang2 agama yg sejati sedangkn mulut mereka slalu mengeluarkn cacian n makian kpd saudara seagama sndri..pd khald samad..korng ubhla skit cr ceramah tu..xpyh la selitkn cacian n makian tiap kali ceramah..islam xajr pon cmtu..mmg umno ade gak wt slh..ape slhnya duk bincng sm2..tp korng memlih jln berbaik2 dgn kafirun(dap) n org2 munafik(nuar juburi yg kuat putar belit)
Anonymous said…
Anon 10:37- Pas tu bukan Islam. Pas itu sebuah parti yang menggunakan Islam untuk mendapat kan kuasa. Dan ahli2 PAs tu bukan semua nya baik2 belaka. Ada juga yang masuk Danok cari betina lepas menang PRU. Pokoknya, baik UMNo atau PAS atau PKR semuanya manusia biasa yang ada nafsu syahwat. Berkeinginan dengan duit, wanita dan kuasa. Jgn bohong la kalau yang masuk PAS tu kononnya memperjuangkan Islam. Nama Allah pun tak terbela, ada hati nak iktiraf sebagai pejuang Islam konon! Wahai penyokong2 totok PAS dan PKR, buka hati buka minda dan muhasabah diri, kita sebenarnya manusia biasa yang tak sempurna dan perlu memperbaiki diri sepanjang masa. Bye!!!Asalamualaikum.
Anonymous said…
mana org yg berjuang bangsa tu. org sebangsa diheret ke mahkamah di tuduh liwat. Tapi peliwat antarabangsa dijemput buat konsert di bukit jalil minggu lepas. siap FRU jaga lagi tu... Hancur UMNO !! penghancur bangsa, agama & negara.
Anonymous said…
Saya ada membuat petikan pada bahagian awal yg penting bagi perlembagaan PAS dan UMNO. Saya harap pemuja UMNO dapat membandingkan nawaitu perjuangan kedu2 parti tersebut, saya nak tanya pemuja UMNO mana satu yang lebih menepati kehendak Islam disegi nawaitu penubuhanya.

Kepada pemuja perjuangan Kebangsaan UMNO kalau kamu kata orang PAS dan UMNO taada beza,seperti kamu sebut: "baik UMNO atau PAS atau PKR semuanya manusia biasa yang ada nafsu syahwat. Berkeinginan dengan duit, wanita dan kuasa", kamu kena ada statistik berapa percent orang PAS yg berperangai macam itu dan berapa percent pula orang UMNO berperangai begitu. Jangan main borong. Kalau ada umpamanya beberapa pencuri dari kampung A dan ada beberapa pencuri dari kampung B tanpa mengemukakan staistik berapa ramai masing2 lalu kamu kata kampung A dan kampung B sama saja ramai pencuri, itu adalah penilaian orang tak bersekolah namanya.

Untuk renungan dan difikir2 kan oleh pemuja UMNO spt yg saya tulis pada permulaan tadi renungkan lah bahagian awal kandungan perlembagaan kedua2 parti tsb yg merupakan nawaitu/objektif/nadi dan jantung sesebuah parti atau pertubuhan. Lihat berikut, dan kaji perbezaanya:

Perlembagaan PAS
BAB YANG KEDUA
DASAR DAN SERUAN
FASAL 3. Dasar PAS ialah ISLAM.
FASAL 4. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR.
FASAL 5 Tujuan PAS ialah:

(1)Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nitai-nilai hidup islam dan hukum-hukumnya menuju Keredhaan Allah
(2)Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

------------------------------------------------------------------------------------
Perlembagaan UMNO

FASAL 1
NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)

FASAL 2
COGANKATA UMNO IALAH:-
BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Anonymous said…
Salam,

Cik Khalid, lain yg ditembak lain yg cedera nih..jangan amik hati ngn komen `ketuanan melayu` nih. Dah masuk fasa akhir akhir zaman nih, yang benar di kata salah, yang salah diyakini benar..ulama yg jelas zuhud tawaduk dihina, pembesar yg kaya raya hidop ngan amalan jahiliah dipuja...teruskan perjuangan.Takbiir!!!
Anonymous said…
cakap je bg 600juta, tp tu softloan (pinjaman mudah), bukan geran...korang sume ni reti tak beza antara softloan & geran????nk main ckp jer...
korang ingat senang camtu jer ameno nk bg 600juta kat klantan...sbenarnya ckp jer bg 600juta, memang la wang tu disalurkan..tp sume dah siap dgn kontraktor, lokasi, plan, sume dah dirembat oleh kroni2 dlm ameno...last2 ameno jgk yang untung, sume projek kroni diorang yang, berapa sen jer drp 600juta tu sampai ke tgn kerajaan negeri kelantan.

aku doakan tuntutan royalti kelantan berjaya...ameen.
kpd Allah berserah kerajaan kelantan.
dgn berkat kepimpinan ulama' & Sultan Muhammad V yang adil
Anonymous said…
HA..HA pejuang bangsa ...apa dah jadi dengan dasar2 nak maju kan melayu tahun 80an dan 90an tak pernah buat kajian ikut suka hati dulu orang dah bagi amaran malaysia akan jadi brasil anak luar nikah merata2 tengoklah 250.000 anak tampah bapa hasil dari pembangunan ikutan barat tu yg pakai kondom tak masukk .

sekarang bila gagal nak majukan melayu nak salah kan bangsa lain sapa yg palinggg banyak makan rasuah samapai segala2 terjual.

kalau nak maju kan melayu jangan ikut umno adalah penyebab melayu hancur ranap, terhina ...

NERAKAAA KAMUUU

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-