Skip to main content

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam. Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu ‘Malt’ diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot. Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.

Setelah selesai penerangan beliau, saya mula menceritakan hajat kunjungan kami ke kilang tersebut. Saya menjelaskan kepada Dato’ bahawa kedudukan kilangnya amat strategik dan walaupun dahulunya ianya dikelilingi hutan, sekarang ianya bagaikan mercu tanda pintu masuk ke Bandar Raya Shah Alam. Saya bertanya samada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan ‘extension’ atau pembesaran dan samada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas. Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan. Sekiranya itu merupakan satu kemungkinan, maka tapak kilang itu hendaklah kita ‘ear mark’ atau cadangkan sebagai tapak Terminal Bas Shah Alam.

Dato’ menyatakan bahawa beliau faham sensitiviti masyarakat Shah Alam berhubung kilang beliau dan itulah di antara sebab pihak Carlsberg juga mengambil satu pendekatan ‘low profile’. Mereka tidak menonjolkan kehadiran mereka dengan secara keterlaluan. Sambil itu, menurut beliau lagi, mereka telah menanamkan pelaburan yang tinggi di situ dan telahpun membeli tanah di tepi kilang mereka pada tahun 2000 atau 2001 yang seluas 6 ekar untuk menampung keperluan pembesaran. Kawasan berlebihan ini masih kosong dan mencukupi untuk apa-apa perancangan pembesaran mereka.

Kos pengangkutan pula tidak merupakan satu faktor kos yang besar dan oleh itu, walaupun ianya mungkin satu penjimatan, ianya tidak merupakan sebab yang kukuh, dari sudut kommersil, untuk mereka berpindah.

Setelah mendengar penjelasan beliau, maka amatlah jelas bahawa kemungkinan mereka berpindah adalah amat tipis sekali. Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan Negeri. Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ianya tidak mungkin digunakan untuk Terminal Bas Shah Alam. Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti.

Oleh yang demikian, saya beralih pula kepada persoalan kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilangnya. Keadaan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan bulan Ramadhan sudah menjelang, perlu diambil tahu. Walaupun mereka berkerja di kilang arak, sebagai pendakwah, maka tidak seharusnya terlalu cepat menghukum dan memutuskan hubungan dengan mereka. Mereka orang Islam dan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penghayatan mereka terhadap Islam perlu dilakukan sepertimana ianya dilakukan terhadap seluruh anggota masyarakat, tanpa mengira latar belakang pekerjaan mereka.

Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam. Ketua persatuan pekerja, menurut belia ialah seorang Melayu. Saya meminta Dato’ memberi saya nombor talefonnya supaya dapat saya hubunginya dan terus berurusan dengannya.

Sejurus dengan itu pertemuan berakhir dan Dato’ meminta agar kami semua bergambar sebagai kenang-kenangan. Maklumlah kata Dato’, selama hampir 30 tahun dia bekerja di situ, tidak pernah kilangnya dilawati “rombongan yang seperti kami”! Terdetik juga rasa khuatir bahawa gambar itu akan disalah gunakan oleh pihak penyokong UMNO sepertimana yang terjadi dengan isu kuil Seksyen 19 dahulu di mana ianya diputar-belitkan. Namun, saya berserah kepada Allah dan saya rasa tiada yang perlu saya takutkan kerana saya tahu mengapa saya ke situ. Kerana, sekali lagi, seperti biasa, PR perlu berusaha keras bagi merongkaikan ikatan dan simpulan akibat bercelaru hasil peninggalan UMNO/BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Kalau dah tau akan mendatang kan fitnah kenapa YB pergi jugak? itu yg menjadi kemusykilan saya.

Mahu di salahkan UMNO? Tentunya isu KUIL adalah isu YB sendiri yg bawa. Bukan UMNO!

Adakah YB nak bgtau bahawa PAS amat menitik beratkan tentang HALAL & HARAM?

Apakah YB ingin sampaikan di sini bahawa PAS juga prihatin terhadap pekerja ISLAM yg BEKERJA di kilang ARAK itu?

Sepatutnya YB boleh buat inisiatif sendiri mengajak semua pekerja ISLAM yg bekerja di kilang arak itu berhenti. YB tolong cari kerja utk mereka.

Baru saya respect dgn YB!

Kepada yg bakal kata saya cybertroop UMNO..hehehe..sorry bro..aku bukan cybertroop mana-mana. aku pangkah je...
Anonymous said…
Saya tidak anggap lawatan kerja ke kilang Carlsberg ini satu isu sensitiv atau perkara yang luarbiasa cuma pada masa yang sepanjang ini lawatan sebegini sentiasa dianggap sensitiv dan tidak dapat diterima oleh golongan masyarakat muslim. Selain ini ada sesetengah pihak yang selalu mempertikaikan isu tertentu. Lawatan ini merupakan semangat benar "Pas for All" atau slogan "1 Malaysia". Betul Tak?
Anonymous said…
I admire and support your policy of engagement. There cannot be a better way, than to engage, chare ideas, and concerns and hope that Allah takes care of the rest. Wasalam.
lan said…
good effort yb!
lan said…
sedih juga ada muslim berkerja disitu
labisman said…
Great effort bro. Tahniah to you and your team.
Anonymous said…
moga Allah mudahkan urusan YB dalam segala hal..

syabas atas tindakan proaktif YB..
vince said…
good job, you have my respect! KEEP IT UP!
dino.yp@gmail.com said…
You are a typical PAS person. Seeking popularity without essence and knowledge. You can be evil and angel at the same time. You label yourself as a 'pendakwah', what a mere bullshit!
ahli yg riasu said…
Ya allah

saya amat risau gambar itu nanti akan di gunakan oleh puak UMNO dan sekutu mereka dalam jemaah kita unutk kuburkan tuan dan pas.
Modern Talking said…
saya kagum dgn pendekatan yg YB ambil secara bijaksana dan profesional.. dan rasanya takde mendetri UMno yg bertanyakan dan ambil tahu tentang kebajikan pekerja Islam disitu.. Biasalah YB klu dah UMNO namanya, ada aje yg tak kena, xpelahh yg memahami kisah ini lebih ramai dari juak2 umno yg suka cari salah PR...
Anonymous said…
orang umno biasalah..tang hishamudin pegang tin anchor x bising...
Anonymous said…
Dear YB
"Keep up the good work"
Anonymous said…
Di harapkan agar YB dapat mentarbiah pekerja melayu islam kat kilang tersebut.Tapi biasalah YB mana-mana yang berkepentingan pasti akan menyalah gunakan gambar tersebut, yang penting YB tahu tujuan YB ke situ. Apa-apa pun kuatkan semangat!
agas said…
salam tuan,

dont worry..saya percaya niat tuan ikhlas.

teruskan usaha tuan,saya sentiasa menyokong tuan.
Serious Shepherd said…
Rileks la YB, Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pun pernah masuk disko tapi UNTUK BERDAKWAH.

Imam Al-Hadhari Abdullah Badawi pun pernah masuk pub tapi berdakwah tidak, minum pun tidak.

Malas nak komen pasal 'imam' (pemimpin) lain di sebelah sana, bulan puasa kan dah dekat...
penduduk shah alam said…
YB,

Cuba yb pegi tgk kat tapak kilang N-IOI kat seksyen 15 shah alam... kalau tak silap saya kilang ni tidak beroperasi sejak ekonomi merosot tahun 1997...

Tapaknya sebelah dgn stesyen komuter shah alam, seksyen 19. Tapi tapaknya agak kecil... di kelilingi kompleks kilang UMW toyota...
harunn said…
Ini ke Wakil Pas yang kita mahukan...minta maaf la ...saya tak boleh teriam langsung perbuatan Yb ni....
Anonymous said…
TUTUP SAJAAA LAAA....ATAUPUN CARI JALAN UNTUK ORANG ISLAM KERJA TEMPAT LAINNN...
john said…
salam..

yb..bahaya..bahaya..walaupun niat yang baik tetapi mainan media umno terlalu berbisa. persoalan saya di sini ialah:

1. adakah tindakan yb ini telah dimaklumkan awal2 lagi oleh pimpinan atasan?

2. Kenapa Yb tak memanggil sahaja pengarah carlberg tu untuk berjumpa di Bangunan pentadbiran negeri untuk perbincangan.

3. kenapa sampai perlu bergambar sedangkan ini boleh mendatangkan mudarat dikemudian nanti. seelok-eloknya tolaklah permintaan itu dengan cara yang baik.

Saya menunggu reaksi dari arus perdana (umno) tentang tindakan yb ni.
Anonymous said…
Syabas atas daya usaha YB. Mudah2an dihitung amal soleh di jalanNya. Semoga ini membuka lowongan da'wah lebih luas.
Ahli PAS TTDI Jaya said…
Salam Y.B

Satu usaha yang baik dalam usaha berdakwah kepada pekerja Islam di dalam kilang tersebut yang tidak patut di abaikan sama sekali.

Cuma implikasi atas lawatan ini kepada PAS harus di ambil kira secara mendalam. Saya harap justifikasi Y.B kepada pimpinan dapat membuktikan bahawa usaha ini lebih banyak kesan positif daripada negatif. Saya teringat lawatan lujnah kebajikan ke lorong Haji Taib berjumpa pekerja2 seks. Ada persamaan disitu.

Wassalam

Ahli PAS TTDI Jaya
Yb, lokasi bawah I-city sek 7 tu cantek juga center tu pelajar ramaai kat situ nak guna kemudahan terminal bas
Anonymous said…
YB jangan lemah semangat.Teruskan usaha keluarkan Carlsberg dari Shah Alam. Orang UMNO sekarang akan bagi alasan seprti YB, mereka kata ini peninggalan orang UMNO dulu. KalauYB tak usahakan keluarkan Carlsberg dariSelangor, tolongbagi tahu kami apa beza PAS dengan UMNO yang sekarang?
Tokey Carlsberg tak akan mengundi PAS. Gurantyee. Tapi bagaimana dengan orang islam yang menjadi majoriti pengundi Selangor?
Anonymous said…
tak de keje laian ker Khaid ooi
nikman said…
im not a big fan of u, YB. but i have nothing against ur move of visiting the Carlsberg factory. hopefully the Selangor gov will use every power they have to move or even better close the factory.

Insyaallah
abcdef said…
Lain kali nak buat manifesto, pikir dulu dr semua sudut...dah mng, baru tau ssh nak pindahkan kilang tu...lg 1, ko bknla seorg pendakwah
Anonymous said…
setiap manusia itu adalah pendakwah... semua manusia akan tengok contoh dihadapanyer bile ade cop pda dirinya sbagai muslim... bukankah akhlak nabi menjadi contoh..so.. kite sume adalah pendakwah.. jus sedar tau tak... lain lar kalau tak nak mengaku muslim...
mael said…
the point is just one simple thing..HARAM tetap HARAM..sepatutnya tuan buat notis supaya diorg berhenti keje..apa ke helnya kalau dah keje tu haram..hasil gaji tu haram..nak bg mak ayah..?makan anak bini??nonsense..we choose u sir,u're the one who we put our trust to..u should change the circumstances..just my 2 cent..thanks
Anonymous said…
aku kalau baca komen yg dok hentam yb pg melawat kat kilang nii mcm taikk...
ckp senang laa,masa selama umno pegang slangor dulu ape die buat? yg UMNO buat bg tanah utk buat kilang arak tuu kan...?,mufti slgor Dimane mase spanjang umno pgang sgor untuk tarbiah pekerja sana,skurng2 yb tuu pk jgak ttg pekerja disana..langkah2 sterusnya adalah tuu..ALLAH akan bg jalan penyelesaian utk niat yg baik..yg korang tahu memekak..memekak..dan memekak..korang sendiri ape korang dpt buat..korang tahu memekak sbb korang lama sangat dalam umno sblum nii...pasal gambar tuu bukan yb tuu ambik gmbar sambil minum arak punn..tuu pun nak kecoh..sbgai penyokong pas yg mmg cerdik ..korang dah tahu mmg perangai umno tuu selalu buat taik..yg korang risau buat ape dah mmg taik..
ape2 pun syabas pd yb sekurang2 nya terpk jgk nak buat sesuatu..kita hanya merancang..ALLAH yg tentukan...harpan sy agar umno hilang dr mata rakyat malaysia suatu hr nantii...TAKBIRRRRR...
Abd Rahim said…
salam,
yb..boleh dak kiranya yb kumpulkan data pekerja muslim di kilang tersebut dan yb ushakan kerja gantian bagi mereka di selangor setaraf semasa mereka bekerja disana.jika tak semua pon segelintir yg muslim yg berjaya tukar kerja pon dah ok rasanya...
Anonymous said…
YB adalah seorang ahli Parlimen, seorang wakil rakyat.

Lawatan ke kilang arak ke, kilang penternakan babi ke, kilang membuat cuka ke... semuanya kalau dilakukan atas sebab kerja demi membantu rakyat jelata adalah suatu tindakan yang ikhlas, murni dan halal.

Sesungguhnya, tindakan YB pada hari ini amatlah mengharukan.


~daripada seorang penduduk Shah Alam
Anonymous said…
salam yb,

good job!!!peliklaa orang kepala otak umno ni..pi carlsberg tak boleh atas urusan tak boleh..tapi pi 7E beli arak no hallll...dasar UMN0(Untuk Manusia No Otak)...
harunn said…
Salam
Saya rasa Yb telah buat record dalam Pas , belum pernah seorang pemimpin Pas pegi masuk tempat haram jadah macam kilang arak ni...walaupun Yb ada niat baik , tapi walau apa niat Yb , bukan ke Yb boleh call tauke kilang arak haram jadah ni , ajak berjumpa kat mana2 ..boleh le nak bincang apapun...ini siap masuk kilang lagi tu....kita nak lintas depan kilang arak pun tak mau ..ini kan masuk dalam kilang...
Saya rasa Yb cuba mencari publisiti murahan dalam pakatan...lepas pemimpin pakatan dap dan pkr adan tabik la dengan yb ya....
harap Pemimpin Tertinggi Pas ambil perhatian dalam hal ini...
Pastikan ianya tidak berlaku lagi dimasa akan datang...
Anonymous said…
baguslah kalid woi...
jumpa mufti hukumnya HARAM
pegi kilang arak, jumpa tokey arak, hukumnya apa pulak???
man said…
Syabas, ada yg komen guna akal yg waras dan ada yg komen guna kepala lutut. Yg guna kepala lutut tak lain tak bukan sebelah sana "1Malaysia".
kermitt said…
sebagai penyokong PAS, sy agak kecewa kerana YB seronok untuk menimbulkan provokasi.. ya provokasi dengan media yang dikuasai UMNO dan mencemarkan nama baik PAS.. Carlsberg perlu di keluarkan dari Selangor period.. itu cita citasaya sekiranya PAS memerintah Selangor. Betapa pedihnya ulu hati saya melihat kilang Carlsberg tersebut setiap kali melalui federal highway, dalam konteks ini kita membenci benda yang Allah suruh benci.. Arak adalah punca kemaksiatan ia perlu di benci dan ditanam rasa benci pada benih umat islam untuk menjauhi arak.. jadi langkah YB ni akan disalah ertikan oleh rakyat sebagai pro-carlsberg pula.. org kg senang terpengaruh dgnmainan media.. imej PAS jatuh merudum disebabkan tindakan YB ini..
Anonymous said…
x pa la dia nk pi lwat..
lau xmampus kita nk tau..ada pekerja melayu..adalak persatuan pekerja islam...UMNO mmg bangang lau benda dah dijangka nk jadikan isu jugak
Anonymous said…
Syabas Sdr Khalid, pendekatan sdr itu mempamirkan cara hidup Muslim Leader dalam sebuah Parti Islam yang terbesar di Malaysia, di hrp d'young ulama should be valueble as a Muslim Leader by following example your given, not just tideing their serban and hiding their screwball and melting brain, by talkjanz.com
mofaz87 said…
puak2 UMNO buka mata la ckit bengong pa da...Utk dino.yp kita owg islam semua pendakwah kalifah kat muka bumi..apa punya pekak daaa...dakwah bukan boleh kat masjid jerr kat mana pn boleh..
zeyla said…
Salam..
Pendekatan yg YB ambil adlh 1 pendekatan yg berhikmah.Dgn lawatan di kilang ini,mungkin jg akan melembutkan hati empunya kilang ini.Ini semua kerja ALlah. Keikhlasan YB dlm menyelesaikan masalah rakyat InsyaAllah ada ganjarannya di akhirat sana.Memang susah kita nak memuaskan hati semua pihak..kita bukan cari redha manusia, tetapi redha ALlah yang paling utama. Wallahua'lam
zacharias said…
YB

Satu usaha yang baik. Semoga Allah memberi balasan sebaiknya.

Tak usah takut pada yang mencela, kerana memang ada golongan manusia yang kerjanya menkritik kerja orang lain
u hv my vote YB Khalid.

but at the same time educate the public the evils of drinking.
i am chinese and i never never encourage people to drink..

all chinese housewives will support PAS on this matter and to the DAP drinking is not kebudayaan orang cina. (the same goes for gambling also)

hopefully over time all those karaoke/pubs with hanky panky thrown in will be a thing of the past.
Anonymous said…
Teruskan niat yg baik kerana Allah. Apa kisah sangat kata2 negatif dp manusia2 lain, mereka hanya bule berkata2 tapi mana tindakan? Tindakan YB dianggap pelik pada sesetengah org sbb selama ni org sini tak buat. 10,20 tahun nanti baru nampak kesan..saya yakin..

YB diberi kuasa, gunakan kuasa tu. Ni step awal..hopefully ada step seterusnya yg sy rasa akan memakan masa agak lama.. dari mentarbiahkan org2 Islam yg involve di situ.. MEMBANTU mereka..hinggalah satu hari kilang tu ditutup..

Ilmu mesti difollow dgn tindakan/amal.. Saya cadangkan sempena menyambut Ramadhan yg penuh barakah ni tindakan susulan awal ialah amik senarai SEMUA pekerja2 Islam yg involve & dailog dari hati ke hati.. ajak mereka berhijrah .. mungkin ada nak segera (ingat kisah hijrah ?)& mungkin ada yg beransur2.. carikan kerja .. & tubuhkan tabung utk mereka.

Saya org pertama yg akan menyahut tabung tu & klu YB sendiri yg menguruskan saya tak ragu..

OK YB, tindakan awal..buat tabung utk bantu mereka keluar dari berterusan dapat rezeki yg terang2 x berkat..

Ayuh kita semua..ni jihad utk kita, jihad harta utk bantu sedara2 seIslam (utk kita sebenarnya), mungkin mereka tak dapat sebanyak gaji mereka skrg.. tapi mudaha2 berkat.

Rezeki kita insyaAllah bersih dgn jihad ini.. Sesungguhnya Allah menjanjikan rezeki dari yg tak disangka2 ..bagi org2 yg bertakwa..
Anonymous said…
korang dok pening kepala nak tutup kilang carlsberg ni apa susah.

kerajaan selangor yang memerintah boleh tutup aje kilang ni dalam masa 1 saat melalui pihak berkuasa tempatan PBT.

tunggu nak buat atau tak buat aje.
Anonymous said…
Fikiran sempit sangat la ... Cubalah fahami erti ISLAM sebenarnya...Bukan kita yg patut menghukum Tapi ALLAH S.W.T.. Inilah tindakkan yg patut kita lakukan sebagai muslim... Pernahkah Korang terfikir masih ramai muslim dalam Malaysia ni berkerja bukan macam hidup kat negara ISLAM...Solat Jumaat pun tak dapat laksanakan...apa cerita???Mana parti memerintah yg patut melihat semua ini????
Anonymous said…
it's okay YB,

STUPIDITY is not a crime!!!
Shazlan said…
Salam,
YB,

Good job, though I think the photography session was not necessary.

I'm surprise that to read comments from those who claim to 'support PAS' saying that this was a bad move. Pendekatan dakwah biarlah berhikmah. Ada ke suruh enforce a law without educating the masses first. Was that how Rasulullah spread Islam???

Anyhow, as an MP, you have to solve the tapak station bus untuk Shah Alam. At the same time, as a Muslim leader, you now have the responsibilities to approach the Muslims who work in that filthy factory and mentarbiahkan mereka. Best if you can provide them an alternative job to persuade them to leave their current job.

May Allah ease your way through, insya-Allah.
Anonymous said…
It seems that lawatan ini sebagai mencari alasan-alsan baru untuk mengekalkan kilang khamar terus gagah di Shah Alam. Kalau di musim perayaan tahun baru Cina pemimpin Melayu sibuk mengecat mata naga, saya rasa lawatan ini seperti YB meletakkan bulan putih di setiap silo hijau kilang khamar. Syabas YB! Lebih syabas kerana YB tawarkan tapak yang lebih besar di PK. Kalau YB memang ikhlas hendak lupuskan kilang khamar, bukan lebih baik YB berbincang dengan YAB Umar Abdul Aziz untuk pindah dua kilang khamar ke pulau YAB Umar. Pampasan pindah boleh share kerana Penang mendapat pelaburan baharu!
raj raman said…
Some people say - Alcohol is sin.
Some people say - Alcohol good for blood circulation.

rajraman666.Subject to people how they use it.Its like the organized religion - can be extremist and also can be use as peace to soul.Subject to mankind make use of both.I never use both.

We can be racial but can't be racists.
Thank you.
iniaku said…
inilah susahnya bila jadi warganegara dan rakyat malaysia tapi jahil pasal perlembagaan dan akta2 didalamnya. akta2 dalam PBT mesti tak tau langsung la tu. kesian!!

undilah lagi umno! pastu salahkan orang lain yang terpaksa mengikut undang2 yang dicipta orang terdahulu.

bengap tak terajar!!
Anonymous said…
lawatan YB ni ada makna ni kottt...
Anonymous said…
YB. Tindakan yg bagus!!! Mana2 cadangan2 yg positif tu buat ya.
Sy nak cadangkan juga, ajak Dato Chin masuk Islam.

Sbb sy difahamkan kebanyakan org2 bukan Islam di sini, tak jelas mengenai Islam sbb tak de yg terangkan & ajak. Sekurang2nya almahrum Ust Fadil Nor dah ajak YB LGE masuk Islam.
Saya juga dah terangkan ttg Islam & ajak ofis mate saya masuk Islam, dia ni fasih sebut alhamdulillah, Allhu Akbar dll,& suka baca buku2 agama.

Tapi saya perahatikan dia agak sedih bila saya ajak masuk Islam sbb cabaran baginya amat besar.
Cabaran dr keluarga, masyarakatnya dll yg membuatnya dlm delima..
Anonymous said…
Bagus YB, Macam ni baru dakwah boleh sampai sasaran, Kalau pendakwah asyik berdakwah dalam masjid(yg boleh kata semuanya org baik) sampai bila pun dakwah tak berkembang.YB sampaikan mesej islam untuk semua, jangan risau apa org nak kata,tapi risau apa ALLAH akan kata.
markmie said…
good job yb khalid.. antara langkah2 awal utk ke putrajaya..
Anonymous said…
kena cari jln supaya org Muslim x berkerja lagi dikilang arak,,, dan tindakan yang bijaksana selesaikan masalah kilang arak ni..
Anonymous said…
tahniah yb... persetankan kate2 org yang tak paham uslub dakwah.. yb ke sana bukan utk melakukan benda2 mungkar.. lgi2 yb dpt berhubung ngn org muslim yg keje dlm kilang tersebut. itu satu pendekatan yg baik drp yb umno yang mengaku islam xde usaha langsung.. malah berjoli ngn arak no. 1.. jd truskan usaha.. kita smue kna ingat.. mereka merancang, Allah pun merancang. tp ketahuilah perancangan Allah adalah sebaik2 rancangan.. kalu pencacai umno nak fitnah yb.. kami rakyat selangor yg prihatin lebih nampk kebusukan hati mereka.. tak ubah mcm puak munafiqin.. wallaua'alm
Unknown said…
salam YB. cadangan saya: guna duit baitulmal or Zakat yang banyak kat selangor tu beli kilang tu. tawar la harga tinggi sampai dia tak leh tolak. kalau tak cukup duit umumkan ke rakyat selangor terutama puak PAS yang marah sangat kat kilang tu mintak buat kutip derma nak beli kilang.
joecharlie said…
PERKIM ta buat keja mengIslamkan bukan Islam ke?
Anonymous said…
If I could paste Harakah's articles or even Ceramah PAS for that matter. PAS promised that there would be no liquor in this Bumi Allah.berdentum-berdentum bunyi macam meriam. In the end,what happened? Even 7-Eleven you can't stop them selling liquor, inikan pula yang besar gagah perkasa. I agree, you just make white circle, then it becomes PAS. Then it is legitimate. If you do not want close it, because you do not want to hurt yr Pakatan Rakyat so be it... do not give lame excuses that do not make sense...you can sell it to Pakatan supporters..they will believe it...amazing...


Now you are in power, do within yr means..were there any attempts to do anything, none!!! Hudud..did you table it to Assembly...no..

Politicians like to lie, it is even greater lie when they are in power..see it for yrself...Ketayap putih pun pandai minta "percent" dari kontraktor..akhir zaman sheikh...

Salam ramadhan...
Kak Yan Coway said…
Pelik!!!!
Kenapa perlu masuk kilang arak? arak kan haram, pasai apa pergi? Jangan jadi bodoh dan memperbodohkan diri. Kita orang Islam dan arak adalah haram di sisi Islam.
Anonymous said…
Komen menarik berhubung dengan isu statement tony pua.

Baca sini:http://sauhdibongkar.blogspot.com/
Anonymous said…
MUNGKIN SELEPAS INI YB BOLEH PULAK BUAT LAWATAN KE KILANG ANCHOR BEER DI PETALING JAYA DAN CADANGKAN KEPADA MEREKA UNTUK BERPINDAH KE PELABUHAN KLANG JUGAK
azdi sharil said…
pendakwah kena pi ke mana saja... walaupon kilang arak, untuk kita tahu macam keadaan kat sana. Ada org Melayu tu keja kat sana...
Anonymous said…
sedara khairul..
sedara kena faham tujuan dan niat yb khalid.. yang haramnya kalu kite minum atau kita pakai arak tersebut, mmg btul arak tu haram.. setakat masuk kilang ape nak jadik isu.. saya rasa mungkin sedara yang x paham kot. dr penulisannya dia berniat klu2 taukey besar tu nak berpindah ke tmpat lain spt dicdgkan.. kalu boleh sedara jgn terus nak berfikiran negatif.. selidik ape kebaikannya utk umat islam di era akhir zaman ini. wslm
Anonymous said…
Salam Tuan YB.

Good effort. Good effort. Your move to visit the factory is an eye opener to the rest.

Do not worry about the rest. Knowing Islam is knowing the teaching of Allah (SWT) and Muhammad (SAW). Your iman is strong. Just carry on and do not bother about the rest.

For your nawaitu comes first and others comes later. Many others including myself seems to forget about this all the time.

Best wishes again.

-SCIROCCO-
Anonymous said…
"arak kan haram, pasai apa pergi?"

hm,sy ni xla pandai sgt tapi apa kene mengena haramnya arak tu dgn lawatan yb ke kilang arak? bukannya dia pi kilang arak utk minum arak..

kalau anda keliru, jgn la kelirukan org lain..

salam ramadhan semua!
Moon River said…
Anak Mahathir BELI kompeni arak di Filipina, San Miguel.

Itu kau tak bising!

Ini seorang YB nak masuk kilang sebagai wakil Shah Alam dan ingin mendengar masalah dan isu pemilik kilang, tak boleh?

Tolonglah.

Jangan hipokrit!

Tentanglah Mahathir dulu!
Anonymous said…
yb ni memang sah bodoh!
apa otoriti yb nak pegi lawat kilang arak.
yb bukan mewakili kerajaan negeri. MBSA pun bukan rancang nak pergi (YB yg memandai ajak diorang) - ini dah interfere state matters.
Apa locus standi yb nak cadang kilang calrsberg dipindah??? kerajaan negeri pon tak ada apa2 keputusan pon.
memang terlebih sudu dari kuah.
memang sah gila glamer lah YB ni.
Anonymous said…
ANON August 10, 2010 3:01 PM,
arak memang HARAM.
jual pun haram.
bawak pun haram.
kerja dlm tu pun haram.
jadi waiter arak pun haram.

anda yg kelirukan orang.
Anonymous said…
saidina abu bakar pon pernah masuk melawat gereja. sape berani panggil dia fasik?

matlamat yb baik. kalo die panggil tokey kilang jumpe kat opis die, mane die tau keadaan sebenar dalam kilang camne. hidup2 kene tipu je ngan cina tu. baik die masuk dalam
tgk umat islam dalam tu macam mane.

sekarang korang nak pangkah yb ni ye? aku ucap 'terima kasih' kat sape2 yg sokong parti yg bagi lulus bukak kilang tu.semoga perjuangan korang 'dirahmati' Allah s.w.t
Citizen of Klang said…
Tahniah YB, walau apa negativity yang sedang berlaku atau akan berlaku, YB dapat respect saya.

Tak perlu lah risau pasal "modal" yang akan dilakukan oleh pihak pembangkang, pihak berotak yang lemah dan puak-puak tak sedar diri (paham-paham je lah sapa) kerana yang penting kita buat dengan IKHLAS dan ALLAH SWT lebih mengetahui. Ambik gambar ke atau tidak semestinya akan dijadikan bahan jugak. Kita mesti expect tu semua. At least YB buat something yang tak pernah siapa buat pon dahulu.

Usaha untuk memindahkan kilang tersebut ke kawasan Pelabuhan Klang adalah bagus IMHO. Jauh dengan sempadan (tempat strategik), elok juga dengan kawasan perindustrian, kemudahan ekspot dan import yang mudah untuk Carlsberg. Tapak itu sesuai juga untuk dijadikan tempat kemudahan bas.

Berkenaan pekerja kilang dikilang tersebut, adalah murni usaha YB untuk cuba melihat dan membantu kebajikan mereka. At least kita cuba daripada tidak berbuat apa-apa langsung. Bukan senang just begitu je nak suruh mereka berhenti kerja, mereka bukan lucky sangat macam yang bekerja gomen ke executive ke. Mereka pon ada keluarga juga nak diberi makan pakai. Setakat cakap je memang senang. Ada juga surau dalam tu dan kebajikannya.

Kadang-kala, kita ni lupa yang kita ni berfikir sampai takat yang mampu je. So biar orang yang berkepakaran yang sepatutnya yang berfikir di level seterusnya. Carlsberg tu dah 30 tahun dah ada kat situ. Salah satu income negeri Selangor. Takkan la sesenang je nak tutup macam tu je. Guna la akal sket as an administrator. Kalau Selangor ditadbir dengan efficient dan dah mempunyai pendapatan yang cukup pon bukan senang nak suka-suka tendang orang macam tu je. Mesti lah adil dan berperingkat. Janji pentadbiran ADIL dan SAKSAMA sudah.

Kepada para detractor tu, tak payah la hipokrit sangat. Kita pon tau sendiri ada banyak bende dalam Malaysia ni yang tak betul, dan kita juga tau puncanya sapa. Takde salahnya YB tu melawat ke apa, problemnya dekat orang yang otak negatif je.

YB, tingkatkan usaha. Niat yang murni sentiasa dilihatNYA. I wished you all the best.
Anonymous said…
dasar UMNO TAK berapa BIJAK.
klo kerajaan UMNO luluskan lesen JUDI, ataupun mereka yang MULAKAN pemberian lesen arak tu, tak keoch pulakkk!

untuk YB: mungkin YB boleh keluarkan orang Islam yg bekerja dikilang tu. Berikan mereka kerja lain. Ni menunjukkan kita prihatin terhadap mereka. Jgn biarkan mereka terus bergelumang dgn dosa.

ape pun, arak tidak baik untuk kesihatan. Salam Ramadhan.
Anonymous said…
Saidina Abu Bakar r.a. masuk gereja bukan membenarkan kalimah ALLAH digunapakai oleh Kristian bro.

Tapi Khalifah Khalid Samad ni masuk gereja lepas tu nak rasmikan tak tau apa forum tah kat shah alam ni.

Dah la masuk carlsberg as tu nak besarkan la pulak.

cuba hassan ali yg pergi jumpa..pehh..CONFIRM kena MAKI punya.

kalau UMNO masuk, aku rasa memang sampai kiamat la puak puak PAS akan ingat.

P/S: aku pun terPANGKAH si KHALID SAMAD ni..dah rasa menyesal la pulak..dulu pun pangkah Aziz Shamsuddin pun batang hidung pun tak nampak, tapi sekurang-kurangnya Shah Alam ni makmur.
Anonymous said…
anon 11/8 - 955am,
Khalid Samad masuk gereja sebab nak mintak gereja support dia la..dasar umngokk..lain kali siasat la..jangan la nak fitnah pulak..

Kalimah ALLAH tu Khalid Samad bukan setakat setuju je, malah di sanggup fight dlm parlimen. Inilah pemimpin yang ana cari selama ini. Anta apa tau pasal ni??

Khalid Samad nak rasmi tu sebab dulu UMNGOK macam kau la yg bantah. Dulu masa nak buat gereja terbesar kat shah alam ni, puak puak UMNOGOK jugak yang pi bantah.

Tengok, pemimpin ana..bukan setakat setuju je..kilang arak pun boleh masuk apa..punya la terrer pemimpin ana nih..UMNOGOK mana sanggup!

Ana cabar la Noh Omar masuk..
Anonymous said…
woi apa plak timbul soal islamization ni..cuba tgk kat statistik sepa banyak buang bayi? perkuatkan dulu umat mu!!
Anonymous said…
ni anon atas ni aku tak pasti tahap kebijaksanaannya.

tapi aku pasti di ni lalang.

confirm punya.

hati-hat YB. ramai lalang sekarang ni. boleh pangkah YB. Boleh pangkah BN.
Anonymous said…
ku suka cara yb. masing ada cara masing2, klu sama aja, tak boring ke? bunga pun Allah jadikan ada berbagai2 warna & bentuk, begitu le yg lain2, termasuk cara pemimpin2..

eleh, cara sahabat2 yg 4 terkenal tu pun berbeza.. yg penting kerana Islam. Kenapa ku kata gitu? Nabi saw nak buang patong2 dlm kaabah tu makan masa berapa tahun, terpaksa melalui bagai2 rintangan..

pada ku, yb dah mula mengorak langkah..teruskan..
Muara said…
Salam
Selain dari berjumpa dengan pekerja muslim di carlsberg sepatutnya datuk berbincang dengan dato chin macam mana nak kecilkan operasi secara beransur-ansur bukan nak alihkan tempat operasi....
Ingatlah akan janji Allah tentang rezeki
Tak ada arak pun negara boleh maju dato!
Sebelum memerintah cakap lain
Sekarang dah perintah buat lain!
Anonymous said…
hah apa cerita sekarang....dulu asyik dok cakap umno bela tokey arak...sekarang kau dah ada kuasa knapa tak bakar je kilang arak tu...waktu nk pilihanraya berjanji tak ingt...sesungguhnya kau adalah seorg yg munafik...syaitan bertopengkan manusia...tak layak utk bercakap pasal agama....kalau bab menagata hal org umno kau no 1....cermin diri dulu,....kl org umno najis..kau lebih hina dari mereka...najis babi perhaps....
Anonymous said…
Buatlar apa yang YB nak buat dalam 2-3 tahun ni YB, sebab kami kat Shah Alam akan pastikan nama YB takkan wujud lagi lepas PRU13 nanti..... Islam Moderate bukan macam tu... tolerance to both sides, not just muslim have to listen upon them, but they do also have to listen to us.... apa yang YB buat ni.... menampakkan kelemahan politik islam sebenarnya... sebagai ahli PAS saya benar2 kecewa ngan YB......
John Arumugam said…
Yang peliknya kenapa diluluskan kilang itu membeli tanah disekitarnya pada tahun 2000/2001? Siapa yang luluskan? Kita boleh buat peraturan melarang mereka dari membesarkan operasi di Shah Alam. Beli balik tanah tersebut untuk dijadikan perhentian bas, kalau sesuai.
John Arumugam said…
Anonymous August 15 2010. 7:02. Sebagai ahli PAS (kata saudara) elok benarlah kalau saudara berikan undi kepada calon UMNO di pilihanraya akan datang. Mereka ini akan tutup kilang Carlsberg ini apabila mereka menang kelak.
Anonymous said…
orang kuat PPIM dah menyalak dahhhh oiiitttt ..... pilihanraya lepas nama dia dah naik dah nak jadi calon umno dalam parlimen ampang .... tah camner kansel saat akhir .... lepas tu calonkan diri untuk Ketua UMNO Bahagian Ampang lawan mail kijo .... entah apa mail kijo buat menang dia tanpa bertanding .... frust 2 kali org kuat PPIM niiii .... nyalak kuat nak cuba nasib lagi laah tu calonkan diri utk PRU13 plak ... and mungkin nak lawan mail kijo lagi kotttt
X Minum Arak said…
Tahniah wahai mangkuk ayun...sesungguhnya tuan dah mencipta rekod sebagai seorang muslim yang offer tanah pada carlsberg. PAS FOR ALL...Yeahhh!!!!
Anonymous said…
X minum arak...

ko laghi mangkuk dari segala mangkuk.. mungkin ko MANGKOK JAMBAN kot...

hati2 bile b'kate2.. nampak sangat KEBANGANGAN KO..

x minum arak.. tapi perangai MELEBIHI MABUK ARAK..

PODAHHHH!!!!!!!!!!!
Unknown said…
Aku ingat lagi pegi ofis Carlsberg tahun 2001 ambik dokumen untuk company. Ada melayu pakai tudung kerja kat ofis tu. Ini lah akibatnya tak mendalami agama...elok benar langkah pertama, kumpul pekerja Islam dan dakwah mereka. Langkah ke 2, carikan gantian kerja yang halal. Langkah 3, usahakan penutupan kilang ni...x ada satu pun kebaikan kepada masyarakat...mana2 agama sekalipun...
Unknown said…
Belum pernah lg jumpa YB bodoh mcm YB. Cakap berdegar2 .. tp ekor bergelumang tahi.
Unknown said…
Sembang keterbukaan dlm setiap perkara tp blo sendiri nk kena semak komen?
Ini apa makna?
Unknown said…
yg haram ttp haram, yg halal ttp halal...kuasa di tgn anda...tutup saja....jgn lg nk persalahkan umno......klu umno xboleh nk tutup, pakatan usahakan supaya ianya ditutup.....selangor negeri kaya, pertambahan dari segi kewangan meningkat sejak di pimpin oleh pakatan hingga berbilion2 ringgit(katanya), jd satu cabaran buat pakatan.....TUTUP KILANG CARLSBERG SHAH ALAM supaya rakyat blh mnilai kepimpinan anda....
Faizul aziz said…
Demi allah parti yang munafik akan menerima balasannya...duit bukan persoalan,isunya janji dan akidah...jangan berjanji kalau mungkir munafikkkk...
Pablo @Ramos said…
So team kau da dapat pegang negara untuk jangkamasa seolah2 masuk toilet untuk "buang air besar" yang hanya cuma sekali dalam sehari(24jam)tu apa yg kau dah buat dalam hal kilang arak ni???

Kau sibuk nak kacau orang kampung baru untuk buat tambah duit poket kau ke hapa?
Benda ni paling buat aku menyampah meluat dan dendam kat ko walau tanah kampung baru dan irang2 disitu langsung tak ada kaitan dengan aku sikitpun, tapi atas dasar rasa patriotik dan kebangsaan makamya aku nak tanah bangsa aku dipertahankan dan jangan diganggu WALAU ATAS ALASAN APA SEKALIPUN not even Tun, not even TSMY, not even any single person from that land also !!
Dasar jiwa 'KITOL ' ko ni !
Aku doakan hari2 agar jatuhlah kau dan team2 kau yang aku undi pada pru14 sebab bangsa dan agama aku dipijakw sesuka hati oleh sikafir2 dan ko buat apa???
Ko sibuk nak cari mana lobang boleh buat isi duit poket ko. Kampung Baru nampak macam 'berat' je nak jalan maka ko nampak PUTRAJAYA ada peluang untuk ko buat duit kat sana. Cadangkan buat LRT dengan alasan2 yang kau rasa boleh digunapakai. Perlu ke? Perlu ke saat2 negara takde duit dan kau nak bangunkan LRT kat sana pulak? Bantu keluarkan idea buat duit tak mampu, menjahanam bagi perabih duit simpanan negara je yg kau mampu pikirkan.

Hal kilang arak dah kau settle???

"Ya Allah yg maha Pembolak Balik yg nyawaku berada didalam genggaman tanganNYA, aku bermohon padaMu Kau hajarlah manusia ini andai benar dia hanya mahlukMu yg hipokrit dan mementingkan diri dan isi poketnya maka KAU binasakanlah dia sebinasa2nya saat didunia ini lahi dan kami mahu menyaksikannya kerana kami nerasa teraniaya oleh golongan2 ini insyaAllah..amin anin amin ya rabbal alamin.

Wallahu'alam bissawab

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.