Skip to main content

Kerajaan Pakatan Tidak Lulus Premis Judi Baru

Oleh: Abdul Rahim Sabri & Puteri Aida Haryani (Malaysiakini)

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka.

Sebelum itu, Mahfuz (kanan sekali) dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan.

Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskannya.

Dr Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor berkata, cubaan PAS dan PKR mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan, menunjukkan sikap 'double standard' mereka.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah 'najis' peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menegaskan terdapat gambaran kononnya terdapat pertambahan premis perjudian atau arak di Selangor.

Katanya, dakwaan tersebut adalah satu "pembohongan" dan "tiada pertambahan premis baru yang diluluskan" oleh kerajaan negeri.

"Kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa biro politik PAS.

Berkaitan: PAS pohon Raja Melayu campurtangan
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Masalah pemimpin PAS banyak bercakap,banyak demonstrasi tapi hasil belum nampak lagi. Mulakan sesuatu di selangor dan Perak,mulai tutup satu demi satu premis judi dan pusat hiburan. Kalau tak dapat tutup semua tutup 5 pun dah dapat yakin orang Melayu usaha PAS. janagan asyik bercakap saja. Kalau tiada perubahan, apa beza PAS dengan UMNO?
Al Mahadaya said…
Kebangkitan agama tuhan dan Takkan Melayu Hilang Di Dunia. http://1asalama.blogspot.com
anon 11.09, perubahan sebenarnya ada. asalkan tempat judi dan rumah urut tak ditambah, itu dah jadi satu perubahan besar...cuba tengok kat johor bahru...rumah urut penoh di kiri kanan....semakin hari, semakin bertambah...

kalo dah diberikan lesen operasi, sepatutnya tak boleh ditarik balik sesuka hati...

satu persoalan kepada YB, kenapa petisyen ini hanya diusahakan oleh PAS? banyak juga kafir seperti saya ni yang menentang judi bola dan segala bentuk perjudian... kenape tak jemput sekali? jangan lah ekslusive sangat YB....

KaKiaYam
Anonymous said…
kesalahan kerajaan persekutuan sejak merdeka dulu, sendiri perbetulkan. jangan alih perhatian.

hapuskan semua judi lesen sekarang juga. samada lesen lama atau baru. hapuskan semua kat peringkat persekutuan.

berani buat?? kalau tidak, tolong jangan buat bising.

4RAKYAT
Anonymous said…
to anonymous 11.09am:

i) are you an umno agent?

ii) tolong minta umno baru haramkan semua lesen judi seluruh negara - samada lesen lama atau baru. buat kat peringkat persekutuan.

iii) kesalahan kerajaan persekutuan (lulus lesen judi), jangan alih kpd kerajaan negeri. sendiri buat, sendiri tanggung.

iv) bila dah haramkan judi kat seluruh negara, kerajaan negeri pakatan akan tarik semua lesen premis, pasal itu dah jadi niaga haram disisi undang2.

soal pokok ialah lesen judi, BUKAN lesen tempat niaga judi. ingat. mesti tahu beza sebelum berhujah.

4RAKYAT
adelaian said…
Pertambahan premis Judi memang berlaku di Bandar Puteri Klang. Sekarang telah terdapat 2 premis judi dengan yg terbaru di buka awal tahun ini. Minta siasat.
Anonymous said…
Berlumba kita membuat kebaikan. Allah Maha Mengetahui. Kalau sesiapa ada kuasa buat sesuatu,buat lah.jangan harap orang politik. Merka suka bercakaran. Kita harap Polis dan Majlis perbandaran, Pejabat Agama,Persatuan Penduduk semua boleh bantu.Lakukan kerana Allah bukan kerana politik.
Anonymous said…
Semua muslimin dan muslimat perlu keluar dengan beramai ramai menyokong usaha PAS yang ikhlas ini.

Kos sosial kepada bangsa dan agama bangsa Melayu terlalu tinggi. Bangsa Melayu tidak boleh membenar usaha memperkecilkan agama Islam. Judi itu haram, mengapa UMNO menghalalkan judi? Adakah kepentingan seorang tauke judi Cina jauh lebih penting dari Agama dan bangsa Melayu? Perkasa, Ibrahim Ali, mengapa senyap saja? Mana itu Zahrain, Mohsin dan Zulkifli? Semua ini adalah munafiq! Memperalatkan bangsa Melayu dan Agama untuk kepentingan diri! Jangan percaya kepada katak katak dan UMNO Baru, penghianat bangsa dan agama!

Adakah pelacuran akan dihalalkan selepas gadis gadis bangsa Melayu mulai melacur dengan ramai ramai akibat kos sosial judi bola sepak?

Bersama sama PAS dalam protes judi bolasepak! Jangan ditipu muslimin dan muslimat, ini bukan lesen musiman, ini lesen bola sepak untuk selamanya. Liga Perdana Inggeris, La Liga, semuanya bermusim, Ingat, jangan ditipu oleh tauke judi cina dan UMNO Baru.

PAS untuk semua! Jom Sertai Pas!
Anonymous said…
PAK KHALID ..BILA KEDAI JUDI SEBELAH RESTORAN IQBAL BUKIT KUDA NAK AMBIL TINDAKAN MAKIN LAMA MAKIN TERUK..
sokong PAS tp bkn khalid said…
memang le lesen baru tak dikeluarkan lg! tp judi haram berleluasa tanpa perlu apply permit!penguatkuasaan lemah atau takde terus? lawatan org islam pd agensi nombor ramalan semakin b'tambah! adakah bermaksud masyarakat banyak duit lebih atau takde duit? siapa yg blh bg jaminan judi blackmarket diperangi!!!
tamingsari said…
Tak lulus lesen premis baru. Yang lama maintain. Begitu? Tindakan ambil syarat je nampaknya. Batalkan semua lesen premis judi dan maksiat. Kalau kawasan cina majoriti dibiarkan bererti Pas galakan bukan melayu berjudi. Baik jangan tentang pengeluaran lesen judi bola.Sebab untuk orang bukan islam.

Melepaskan batok ditangga. Pas kata bukan islam pun menentang judi jadi apa nak tunggu2 lagi. Tutup semua. Buktikan yg bukan islam benar2 bersama Pas dalam isu judi. Lepastu batalkan lesen premis
yg jual arak. Tapi aku yakin kerajaan PR tak berani.Sebab,cina yg kata tak suka judi sekelumit je.

ORANG DAP DAN MCA KUAT BERJUDI.
tokgaru said…
Salam kpd Anonymous (25/5/10 - 137pm)

Ada 2 isu yg anda bangkitkan disini

1. lesen judi oleh kerjaan persekutuan

2. lesen premis perjudian oleh kerjaan negeri

Aku sendiri tak berapa arif tentang lesen judi ni. Tapi rasanya tiap tahun kena lah renew macam kita renew lesen memandu juga kut. Rasanya ini melibatkan kedua2 jenis lesen yang aku sebut diatas tadi la.

Aku bukan nak defend kerjaan persekutuan. Cuma aku nak tanya saja.

Tak apa la kerajaan persekutuan bagi lesen judi kerana depa memang jahil tentang hukum hakam islam. Tapi aku nak tanya hang kalu kerajaan negeri PR di Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan yang memang diketahui sangat celik hukum hakam islam tak lulus lesen premis perjudian adakah perniagaan perjudian tu akan ujud ???

Nak bagi hang mudah faham. Ada lesen tapi tadak kedai, boleh hidup ka perniagaan tu ???

Yang jadi masalah adalah. Ustaz Azizan lulus lesen premis perjudian di Kedah. Lim Guan Eng lulus lesen premis perjudian di Penang. Khalid bagi lesen premis perjudian di Selangor. Tuan Guru Al Fazhil Ustaz Nik Aziz juga luluskan lesen premis perjudian di Kelantan. So akibatnya kedai2 judi Magnum dan Toto (itu saja yg aku tau sebut sebab aku ni bukan kaki main tikam ekoq) sampai hari ni duk ada di tempat aku dan juga lain2 tempat yang aku sebut tadi.

Mungkin hang boleh tolong bantu kut supaya aku tak jadi kelabu asap sangat dengan pendirian kerjaan PR yang berada dibawah dokongan dan bimbingan PAS ni.
Anonymous said…
Kebiasaan buruk hanya boleh ditinggalkan jika pelakunya mengetahui kelakuannya itu buruk dan membahayakan orang lain. Oleh itu PAS dan PR mestilah mendidik rakyat terlebih dahulu tentang bahaya arak/bahaya judi. Jika ada jalan kurikulum sekolah mestilah memasukkan pendidikan ini secara direct. Perang melalui media juga mestilah dilakukan berterusan. Perang melalui ceramah kesedaran dan lain-lain.

Tarbiah sebelum arahan.
abang Khalid ,....dah ramai yg tanya ...jadi aku tak payah komen la..
cuma aku nak baca jawapan sejujur mungkin dari seorang mp yg berani menyatakan kebenaran...jangan sampai bala dah jatuh atas tengkok baru kita nak sedar.

terutama komen dari Tokgaru dan Tamingsari...
Anonymous said…
tamingsari,

Judi Adalah Haram disisi Agama Islam. Benar ke tidak?

Kalau tidak benar, biarkan saja, halalkan judi, pelacuran, dadah dan lain lain aktiviti haram. Promosikan Malaysia sebagai satu destinasi Islam dimananya semua boleh, tidak haram walaupun haram disisi Agama.

Orang Melayu dulunya langsung tidak berjudi nombor, kerana tidak ada saluran untuk membeli nombor. Kerajaan UMNO dengan menghalalkan judi telah mempromosikan judi kepada muslimin dan muslimat, kini majoriti kaki judi nombor di Malaysia adalah dari bangsa Melayu dan yang beragama Islam.

Kini, memang benar, judi bola adalah suatu masaalah yang melanda masyarakat Cina, maukah tamingsari, masallah in melanda bangsa Melayu juga dengan menghalalkan judi bola?

PAS sejak ditubuh hingga kini tetap dengan pendirian mereka untuk membela bangsa, agama dan negara!

PAS untuk Semua!
manblack said…
1,lesen kesemua penjudian itu untuk orang2 bukan islam terutamanya bangsa cina kerana salah satu budaya mereka.....ohhh tak ada kena mengena dgn orang islam.
2,kerajaan dapat cukai boleh buat pembangunan..ohh tu sebab lulus untung..untungggg

KENAAPA ISLAM HARAMKAN,
1.EKONOMI NEGARA DI KUASAI OLEH KAUM CINA DARI A TO Z.. CONTOH TAUKE AYAM TU KALAH JUDI 5 JUTA ADAKAH DIA BALIK RUMAH MENYESAL ATAU ESOK DIA AKAN NAIK KAN HARGA AYAM SAPA YANG AKAN BAYAR SEGALA KERUGIAN DIA...RAKYAT AKAN JADI MANGSA NAMPAK TAK.
CONTOH 2;TAUKE BUAT RUMAH RUGI 10 JUTA ...ADAKAH DIA BALIK BUNUH DIRI
ATAU PUN DIA AKAN CUBA JIMATKAN KOS NAK SIAPKAN RUMAH KURANGKAN SIMEN,GUNA BARANG2 YG TAK BERKUALITI AKHIR NAYA SAPA YG BELI DUDUK 2,3 TAHUN SANA ROSAK SINI ROSAK KALAU NAK TAHU SEKARANG NI RUMAH 200,OOO PUN DAH KUALITI RENDAH SAPA UNTUNG SAPA RUGI

2,MACAM MANA KITA KATA RAKYAT TAK TERBABIT INI MENUNJUKKAN ORANG2 YG MELULUSKAN MASIH BODOH KONONNYA RAKYAT DI UTAMAKAN INI SEBENARNYA MENGHANCURKAN BANSA DAN NEGARA.
3,KALAU BETUL2 NAK BUAT DUIT HAPUSKANLAH SEGALA BENTUK PERNIGAAN
HARAM YG TERANG ELAKKAN CUKAI2 YG SEPATUTNYA DAPAT DI KUTIP TERUTAMANYA YG MELIBATKAN BIG2 BOSS
TAKAN TAK NAMPAKKKK
Anonymous said…
aku sokong tok guru!!!!
Anonymous said…
to tokgaru :

i'll try to explain it all here.

i) if umno baru federal govt dont issue any gambling license, there would be no legal gambling incl toto, magnum, 3d, casino dan sebagainya. ini pokoknya. no start, no need to argue about finishing.

ii) state govt tak boleh batal lesen judi. ini hak mutlak kerajaan persekutuan yakni umno baru. state govt also cannot batal lesen premis walaupun perniagaan judi macam toto. taukeh boleh sue sama state govt for 'discrimination'. pasal apa?? pasal dia orang niaga 'halal' (lesen diberi oleh umno baru - federal govt). jadi, macamana boleh tarik balik lesen premis?? macam kalau pelacuran lain cerita lah pasal pelacuran memang haram. tak ada lesen. masih tak ada lesen. mana tahu, kalau umno baru belum cukup kenyang dan sifat tamak haloba melanda skali lagi bila2 masa, mungkin umno baru akan menghalalkan pelacuran macam geylang street di singapura. umno baru ni sanggup jual ibu sendiri kalau harga ngam...

iii) all these mess created by umno baru federal govt. jangan cuba nak alih perhatian. tumpukan perhatian kami semua kpd isu pokok. tak ada lesen judi, tak payah soal pasal lesen premis atau apa2 pun. kerajaan negeri selangor/pakatan langsung tak payah buat apa. aman. damai.

iv) jadi, siapa2 ajen umno dalam blog2 manapun, dengarlah sini. hentikan semua hujah2 bodoh ngkau orang. pakai otak sikit. control your emotions. only animals cannot control emotions.

lastly, i cabar umno baru batal SEMUA lesen judi termasuk toto, magnum, genting dsbnya....

khir toyo, jawab.
brahim katak, jawab.
noh omar, jawab.

batal. sekarang juga. gua cabar sama lu.

4RAKYAT
Anonymous said…
4B Rakyat:

********************************
iv) jadi, siapa2 ajen umno dalam blog2 manapun, dengarlah sini. hentikan semua hujah2 bodoh ngkau orang. pakai otak sikit. control your emotions. only animals cannot control emotions.
################################

Kamu pun emosional.Sabar lah dalam berdakwah. Allah bersama orang yang Sabar. belajar lah berdakwah secara bijaksana.Ikut cara sopan santun Nabi SAW kerana sesungguhnya pada Nabi SAW ada contoh2 terpuji yang kita boleh ikuti.
Unknown said…
Thank you 4B Rakyat,

Kes lesen judi nih sama cam kes Kg. Buah Pala. K'jaan BN buat taik, mintak PR tolong bersihkan. No point of giving reasons here. Those guys are UMNO totok, UMNO buat dosa camne pun still kata OK...

Podah...
Anonymous said…
to anon 10.39am:

ok, no problem.

4RAKYAT
tamingsari said…
Anon 12:08.

Judi hukumnya haram begitu juga arak.
Lesen juda kuasa kerajaan pusat. Lesen arak kuasa kerajaan negeri termasuk lesen premis. Dua2 kerajaan ada kuasa. Negeri lebih sikit sebab lesen premis kalau tak lulus kedai judi dan arak tak boleh berniaga.

Soal orang islam berjudi memang dari dulu lagi. Sebelum ada nombor ekor mereka buat laga ayam dan lembu.Melayu macam2 boleh. Bukan saja panjat gunung everest,belayar sorang keliling dunia dan yang berenang terusan inggeris pun ada. Hebat. Takkan lupa bidalan 'ayam menang kampong tergadai'. Besar punya betting. Kampong jadi pertaruhan. Jangan kata melayu tak pandai bejudi. Laga ayam kira lebih kurang judi sukan ayam.Tetap haram hukumnya.

Tutup premis masalah judi dan arak selesai.Lepastu kita serang pula satu lagi yg haram... babi. Tutup ladan ternakan babi dan premis jual babi. ADA BERANI KAH?
Anonymous said…
tamingsari 1.01am:

ok, lepas tutup judi, arak dan babi, apa lagi nak tutup?? ikut hukum islam ala taliban - tutup semua.

cina makan babi ada kacau sama lu kah?
arak - semua kena.
judi - semua kena.
babi? - siapa makan? ini lu pun mau tutup?

kalau camtu, i support 100% islamic state. please implement hudud. siapa curi, potong tangan. i support 100%.

apa pun boleh. janji umno baru dikuburkan.

i hanya mahu umno baru mati mati mati. jahanam. tanam bawah tanah. lepas tu, bubur round-up. just make sure umno baru is dead.

i will agree to anything.

4RAKYAT
shit lar...so hard to get quality discussion among the commenter...wasting my time..
bro tuan punya artikel tak berdecit pun..senyap pana ???

4brakyat....



Tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rosul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rosul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata.” (QS.Al Ahzab (33) :36)

memang umno yg memberikan lesen judi ...tapi lesen premis dikeluarkan atau diperbaharui kerajaan negeri..
lesen premis sekali seumur hidup ke?

kalau sekadar nak lawan umno tetapi tetap meniru gaya umno nak buat apa tak dak nilai ibadah langsung.
assabiyah lagi ada la.

inilah hasil tarbiah sempit yg dulu dipelopori umno sekarang telah berjangkit pada pas pulak.
samitna wa atokna...ayat sekerat ostat memancing jiwa amilin...
supaya berfikir pakai lutut.

"i hanya mahu umno baru mati mati mati. jahanam. tanam bawah tanah. lepas tu, bubur round-up. just make sure umno baru is dead."

4rakyat
hang umno lama ka?

umno akan mati meragan kalau negeri Pr melaksanakan Islam secara keseluruhan didalam menjalankan pemerintahan.

bro khalid tolong la menyahut...
tak dak satu jawapan pun setelah berbakul pertanyaan di sini di tujukan kepada penulis blog..
kalau mebenih angin tak kan takut menuai badai....
won said…
Salam... Apa pasal ramai yang salahkan PAS? cuba la fikir rasional sikit... yang memberikan lesen judi tak pula disalahkan...


yang p kecoh salah kan orang lain apa pasal? kat tempat aku, yang main judi ni kebanyakannya Melayu UMNO...
win said…
to Cucumatlela:


Eh, encik paham tak apa yang 4Rakyat terangkan? ke tak berapa paham? Encik ada baca tak respond timbalan menteri kewangan terhadapa tindakan kerajaan PR tak beri buka premis judi baru...

rasanya encik tidak memahaminya... premis baru tak bagi... premis lama, kerajaan TERPAKSA... kalau boleh tutup, memang diorang nak tutup... tapi nanti, tauke-tauke judi boleh saman state govern sebab.... (baca la sendiri undang2,... semua kena suap... tu yang bangang sangat tu...)

ada paham????
ni tau nak menyalahkan orang je... either BN or PR, dah terang-terang PR lebih baik... BN menggalakkan JUDI... PR ada juga la cuba mencegah perjudian dengan kuasa yang terhad...

kepada sapa yang kata kuasa state government lagi banyak dari kuasa faderal, p ngaji balik...
ki said…
kerajaan negeri paling byk bkuasa dlm membenarkan atau membatal premis judi...kerajaan pesekutuan bg kelulusan premis judi sebab nk income dr lesen judi..dapat juga income bg bina jalan dan mcm2 lagi..jk x lulus judi tetap berlaku dan bmcm2 kegiatan jenayah akan muncul tp dgn adanya kelulusan ini kerajaan dpt mengawal pjudian ini dan dpt income..wpun begitu aku setuju judi tetap haram...so org islam jgn la bjudi'itu satu

kerajaan negeri sebenarnya mempunyai kuasa lebih bab hal judi ni sebab yg meluluskan premis judi adalah dibawah bidang kuasa pihka berkuasa tempatan(PBT)..PBT dibawah kuasa kerajaan negeri..jk kerajaan negeri x benarkan arah PBT jgn bagi lesen buka premis baru manakala premis lama yg diluluskan kerajaan terdahulu BN harus dibatalkan...baru btul dan x bersikap doble standard...tp yg semestinya isu judi ini digunakan PR utk menhasut rakyat mbenci UMNO/BN..jk PR FOKUS NK hapus judi maka hapuskan lah di PENANG, SELANGOR sebab negeri ini plg byk premis judi yg dibawah kuasa kerajaan negeri..ini tdk btmabah adalah...ketua dia ronniwe liew..bapa kongsi gelap
Anonymous said…
Salam,
Kepada win,

Apelah ada hal sangat kena saman, itu semua undang-undang dunia.. Yang penting laksanakan undang-undang Allah. Untuk melaksanakan Undang-undang Allah takda maknanya ayat "Kerajaan TerPAKSA".
Kata Parti Isle, nak hukum hudud.. sekadar modal politik tak payah le.. sibuk dok pertahan parti, Islam ntah kemana..

- Islam itu Benar, PAS itu Sesat -
ramai yg tak faham mengaku faham termasuklah en win...

kita tak nak cerita pasal umno...depa ni dah jelas tak nak Islam.

persoalanya mengapa kelantan boleh buat....terengganu boleh buat ...
kedah????

en win...lesen premis renew setahun sekali ????

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.