Skip to main content

BN Salah Guna Masjid

Oleh: Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN.



Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.


Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog propembangkang di kawasan parlimen tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan BN itu sebenarnya menyalahi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama itu tidak dipolitikkan.

“Perkara seperti tidak boleh dibuat di masjid,” katanya.

Dalam pilihan raya Hulu Selangor sebelum ini, beberapa pemimpin utama PAS, termasuk murysidul amnya sendiri Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa mengingkari perintah Sultan Selangor dengan menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz.

Dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sewewang-wenangnya.

Bagaimanapun, tambahnya, Nik Aziz memang menyuarakan persoalan politik menurut ajaran Islam, tetapi bukanlah politik partisan.

“Hendak bantai Umno dalam masjid tak bolehlah. Hendak bantai PAS dalam masjid tak bolehlah,” jelasnya.

Berita ihsan Malaysiakini, Video dari TVPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anak Perelih said…
UMNO mempergunakan Masjid boleh pula???
http://anakperelihblog.blogspot.com/2009/06/umno-mempergunakan-masjid-boleh-pula.html
Anonymous said…
"Dalam pilihan raya Hulu Selangor sebelum ini, beberapa pemimpin utama PAS, termasuk mursyidul amnya sendiri Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa mengingkari perintah Sultan Selangor dengan menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz."

Kenyataan YB tentang Nik Aziz menafikan perkara itu adalah Tidak Benar!!!

Di dalam media tempatan, TG Nik Aziz hanya berkata dia tidak tahu perintah Sultan Selangor melarang menguna masjid untuk tujuan politik.
TG Nik Aziz juga menberitahu politik dan agama adalah bersama, dan boleh menguna masjid untuk tujuan itu di negerinya.

Nampaknya YB tidak telus dan hanya Berpolitik.
Anonymous said…
YB,
YB lagi salah..guna Gereja utk berpolitik.

Kalaulah benar YB gunakan Gereja utk meluaskan pengaruh YB di sana dgn membenarkan kalimah Allah di gunakan di Gereja Sabah & Sarawak, adalah amat malang bagi YB & juga PAS.

Walaupun BN menggunakan masjid utk
politik tetapi tidaklah sampai pada saya memecahbelahkan umat. Cuma apa yg berlaku adalah calon BN adalah kafir yg mana saya amat tidak bersetuju menggunakan pengaruh masjid demi politik kafir.
Part Timer said…
tak tau nak cakap apa dah pasal UM-CO ni. Kalau diorg guna masjid n sekolah untuk berpolitik senyap jer...
Anonymous said…
menghasut je khalid samad ni!!!
asrul said…
menghasut je khalid samad ni!!!

menghasut mendenyer bro, Siap ada bukti lagi banner BN salah guna masjid. Lagi mau kata Khalid yg menghasut ke? Pening aku.
Anonymous said…
Hmmm. pergi mana-mana tazkirah kat mana-mana masjid kat KL dan Selangor.. saya rasa lebih 60% akan kenen kerajaan BN..puak PAS dah lama buat dah.. tok sah jadi hipokrit YB,

BN kalau buat is an exception, PAS kalau buat tu dah jadi norm.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.