Skip to main content

Tidak Beriman: Khalid Minta Harussani Nafi, Tarik Balik

Oleh: Hazayani Zakaria (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 15 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Harussani untuk membuat penjelasan berhubung kenyataan itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

"Sekiranya kenyataan ini bukan dari dia dan tidak tepat, maka saya minta dia untuk menafikan. Sekiranya dia tidak nafi, saya minta dia tarik balik.

“Kalau dia tidak tarik balik, maka dalam tempoh tujuh hari saya akan mulakan tindakan undang-undang terhadap dia kerana ini merupakan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan tidak layaklah seorang mufti untuk mengeluarkan kenyataan yang seperti ini dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Khalid turut menegaskan, jika benar Harussani membuat kenyataan itu, beliau seharusnya mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu.

"Lebih-lebih lagi dia tidak ada menghubungi saya untuk mendapat apa-apa penjelasan, nampak seolah-olah mufti membuat fatwa berdasarkan kepada laporan surat khabar dan khabar angin.

"Kalau nak buat satu pandangan seharusnya dia bertanya pada saya apakah sikap dan pendirian saya, tapi tidak menghairankan, dia mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana berhubung jawatankuasa antara agama pun dia terus membuat fatwa tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian itu sendiri. Ini satu budaya yang perlu dicegah kerana ia menimbulkan imej buruk kepada Islam itu sendiri," tegasnya.

Menurut Khalid, Harussani membuat kenyataan itu berdasarkan pandangan Khalid mengenai Enakmen Undang-Undang Islam Negeri Selangor.

Beliau menyatakan pandangan bahawa undang-undang itu boleh dipinda kerana ia satu pentadbiran dan peraturan berhubung matlamat-matlamat tertentu dan cara mencapainya menurut Islam.

"Isu yang ditimbulkan ialah berhubung dengan isu enakmen undang-undang Islam Negeri Selangor. Undang-undang Islam Negeri Selangor ini ialah undang-undang pentadbiran. Ianya bukan hukum qat'ie. Ianya merupakan pentadbiran, peraturan yang berhubung matlamat-matlamat tertentu, cara nak capai matlamat itu seperti mana yang ditentukan oleh Islam. Caranya itu ada kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Ia bukan satu peraturan yang ditetapkan oleh Al-Quran. Sebab itu saya cakap ia boleh ditegur dan dipinda," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai akhbar Selangor Kita, Khalid memberitahu, ianya diedarkan di kafetaria ahli Parlimen untuk bacaan umum.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akhbar berkenaan akan diedarkan di Hulu Selangor untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat sempena pilihan raya kecil.

Akhbar berkenaan mula disedari kewujudannya apabila diedarkan sewaktu Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor, Februari lalu.

"Ada satu lagi surat khabar yang dikeluarkan, kita rasa yakin ia dikeluarkan oleh Umno Barisan Nasional khususnya Umno Selangor dan diberi nama Selangor Kita. Tapi pihak Umno menafikan ianya dikeluarkan oleh mereka tapi kita yakin ianya dikeluarkan mereka sebab tidak ada orang lainlah yang nak lawan kita macam ini kecuali mereka. Tapi biasalah, baling batu sembunyi tangan ini memang dasar Umno.

"Akhbar ini diedarkan di kafetaria ahli Parlimen untuk dibaca oleh MP. Tidak mustahil ia juga akan diedarkan di Hulu Selangor.

"Kita tidak tahu akhbar ini daripada siapa sebab tidak ada sebarang maklumat yang dipamerkan kecuali syarikat yang mencetaknya iaitu Penerbitan Darul Ehsan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, beliau berkata tidak akan melakukan demikian.

"Ini isu politik, tak payah report polislah. Polis pun sudah banyak kerja. Ini isu poliik, jadi kita lawan cara politik," katanya.

Turut bersama beliau pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah, Muhammad Husain (Pasir Puteh), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).

Berita merupakan ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Lawan YB lawan... saya pernah tanya seorang mufti pada hujung tahun 80'an di Masjid Sg Rokam Ipoh masa kuliah maghrib. "Apa hukum gaji seorang Hakim Mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman (kategori hudud) tidak mengikut hukum Islam." Mufti tu tak jawab tetapi hanya membincangkan bab hudud saja.... jadi adakah undang-undang (hukuman) macam ini pun tak boleh dipinda? Kesiah Tuan Hakim sebab 2 dari 3 Hakim akan jadi penghuni neraka kata Nabi SAW.
Anonymous said…
Salam YB,

Apa yg nak dirisaukan YB soal beriman atau tidak itu Allah yg menentukan kerana Allah saja yg tahu keimanan seseorang, bukan Harussani seorang manusia yg manusia juga beri gelaran mufti tapi disisi Allah kita pun tak pasti samada dia beriman atau tidak!

Saya setuju pandangan YB sekiranya undang2 yg digubal oleh manusia tidak mengikut Islam ianya wajib dipinda sesuai dgn kehendak Islam.

Jadi pandangan saya YB diam saja serahkan hal ini kepada Allah kerana itu lebih tepat.

Salam
Anonymous said…
lagi kesian,yang meluluskan undang-undang ganti di Parlimen atau DUN..tu pun ramai jugak yang nak jadi calun,heheheh.juga kesian yang mengundi..hakim ada juga jaminan satu golongan dari tiga gol masuk syurga...yg lain>?
Anonymous said…
Satu lagi pertanyaan,apa hukum gaji ahli parlimen atau DUN yang menukar hukum Allah?
Anonymous said…
pengecut yang dedahkan nama pemberi maklumat pasal gerakan gereja nak mengkristiankan orang melayu nak diharap untuk jaga orang Islam??

hahah... kalau nama perempuan tu dia sanggup dedah untuk lepaskan diri... tak leh nak harap mana lah... dah tu berdolak-dalik pulak tu...

pernah keluarkan kenyataan... dalam rancangan pagi-pagi tu...

'sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia...'


padahal takde pun jin nak mengaku tuhan macam firaun, takde pun jin yang tak mengaku keEsaan Allah... sekapir-kapir jin, semua pun takut akan Allah, tapi manusia... yang nak berparang dengan Allah pun ada...

kalau dengar dek ustaz ismail kamus, mau kena stalait tiga bijik nih...
Anonymous said…
Kesiah Tuan Hakim sebab 2 dari 3 Hakim akan jadi penghuni neraka kata Nabi SAW.

AWAK DAN PUAK2 PAS CONFIRM KE JADI PENGHUNI SYURGA? PEGI DAH!!! MUHASABAH DIRI AWAK TERMASUK YB KHALID NI PUN SAMA2 LAH MUHASABAH DIRI. APA PUN SAYA TETAP SOKONG MUFTI PERAK YANG SAYA KIRA TIDAK BERPIHAK KEPADA MANA2 PARTI POLITIK. BUKAN MCM TGNA. STATEMENT AGAMA PUN BERBAUR POLITIK. APA ORANG KATA? MATLAMAT MENGHALAL CARA. SUDAH LAH , AKU DAH MUAK BETUL TGK PUAK2 PAS NI. TUNGGU JE LAH NANTI PRU 13
Anonymous said…
YB,
Kalau macam tu saya pun nak saman jugak lah..

Saya nak saman TG Hj Hadi Awang & TGNA & PARTI PAS sebab keluarkan fatwa kata UMNO itu KAFIR.

Jika benar apa yg di katakan oleh Tuan Mufti Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, saya juga berpendapat sama dgn beliau.

Lihat sahaja pendapat YB tentang KALIMAH ALLAH.

BerIMAN atau tidak, itu bukan soalnya, tetapi soalnya cara YB sendiri sebenarnya lebih bahaya.

Saya tak nak komen lebih-lebih. Nanti YB saman saya pulak.
Anonymous said…
Salam Tuan,

Apa yang saya ingin katakan disini bukan siapa lebih beriman atau siapa yang beriman, itu urusan Allah swt.

TETAPI apa yang dikupas dari situasi ini ialah:

Pemimpin Politik dan Para Ilmuwan Islam Melayu hari ini gagal menjalankan fungsi dan tanggungjawab masing-masing.

Anda semua sangat menghampakan kami yang telah meletakkan amanah pada pilihanraya lepas.

Baik PAS mahupun UMNO dan Ulamak Melayu Malaysia lebih utamakan NAFSU KEEGOAN DAN KETAKSUBAN PENDAPAT SENDIRI DARI BERFIKIR KESAN DAN HARAPAN KAMI RAKYAT UMAT ISLAM YANG MELETAKKAN HARAPAN KEPADA ANDA SEMUA UNTUK MELINDUNGI KAMI SEBAGAI SAUDARA SEMUSLIM.

Terimakasih kerana menjadikan harapan, usaha jihad kos masa dan wang dan pemikiran kami yang bukan mana2 elit anggota parti politk sekadar satu gurauan sia-sia.

Ingatlah saudara, baik UMNO -BN atau PAS- PKR, kami yang menjadi silent group semakin muak dengan anda semua...Hanya kepada Allah kami berserah. Memang benar ramalan rasulullah tentang dunia akhir zaman.

Dalam ghairah kita berjihad, kita terlupa kita sendiri akhirnya menjadi sizalim yang kita cerca sebelum ini.

Sedarlah Tuan dan Rakan-rakan tuan dalam profession Politik dan Ahli Agamawan elit...apa yang anda rasa dan fikir semakin jauh dari apa yang kami dibawah ini harapkan dan fikirkan.

Sekian wassalam
nana tanjung said…
salam YB Khalid........

nana nak tegelak sampai beguling-guling.......
tok peti ni tak kan tak nampak kot dalam kelambu grombolan.......ramai yg tak beriman......
ramai yg dok togok ayaq setan.......
ramai yg dok tumbok rusuk..sampai patah tulang selangka.......
ramai yg dok tidoq ataih meja judi...
ramai yg dok raba-raba....
ramai putri-putri grombolan depa dok buka kelumbung.......
banyak lagi benda tak betoi......

awat tok peti mesia nie tak sebut pasai iman-iman nie.......

dunia dah tebalik YB.........
jangan risau.......
teruskan kereja baik anda.....
Anonymous said…
Inilah dia manusia bernama Khalid Samad ~ penuh bongkak dan rasa dirinya cukup suci sampai tak boleh nak ditegur, suka mencari salah orang lain..masyarakat memang sudah menyampah dan mual dgn sikap bangga diri manusia seperti ini.Tapi rasanya dia ini mana tau malu, teruskan la dgn perangai mcm ni
Tinta Hitam said…
Teringat saya pd ulama ulama Bani Israel Farishees dan Sadukees yan gmenentang Nabi Isa AS
Anonymous said…
salam...haish... isu UMNO kapir? da jelaskan rasanya dulu... banyak je sebabnya kawan, senang ckp tolak ayat Quran walau satu ayat...da cukup untuk jadik kapir... bila suh uat undang2 islam sepenuhnya... cakap nak kaji lah...tak sesuailah... nape nak memayahkan? da 50 tahun merdeka kawan...ape pon tarak...takat untuk nikah cerai je laa kot ikut undang2 islam...yg lain? kalau tak nak ikut islam...jgn tinggal kat dunia yg Allah buat nih...

pasal kawan yg sokong MUFTI... Mufti yg lantang kata YB tak beriman tanpa penjelasan yg jelas... Mufti yg juga MEMBISU bila Sultan Pahang selamba dek pinda undang2 Islam... ada dia kata sultan pahang tak beriman? tolong jawab sedara.... Mufti mcm ni lu nak sokong? haish...nampak sangat jenis Ulama ape si MUFTI yg anda agungkan tuh...

kepada silent group... jika anda nampak pincangnya PAS-PKR, UMNO-BN...jgnlah cakap sudah muak... jgnlah hanya berserah kat Allah tanpa usaha (anda silent je kan)... ayuh tegur... ayuh ubah... mungkin anda yakin ideologi anda jauh lebih baik...ayuh kemukakan... buktikan... bukan hanya pandai komen... serupa kaum munafik zaman rasulullah tatkala nabi bersusah payah gali parit untuk perang khandak sibuk komen... ape guna gali paritlah... buang masalah... buang tenagalah... buang duit lah...

kpd YB... bersabarlah... sedangkan para sahabat zaman khulafa' yg jadi gabenor pon sering difitnah... inikan akhir zaman zaman yg penuh fitnah ini
pas.sesat said…
Saya x menanti pun syurga duniawi tajaan PAS dan YB. Yg saya nanti syurga di akhirat sana kelak...

Syurga dan Neraka tue hak mutlak Allah bukan hak mutlak PAS dan YB.

Allah hak mutlak orang Islam dan bukan untuk di kongsi oleh bukan Islam...Harap YB bukak kitab balik dan jangan baca ayat quran sekerat jek... itu lebih kepada kaum Nasrani dan Yahudi...

Saya tidak menyokong PAS bukan sebab saya tolak ajaran Islam tetapi saya tolak cara PAS menyundalkan Islam itu untuk kegunaan politik...

Memecahkan perpaduan orang Islam bukan cara Islam ye...tuan YB...Hanya PAS yang nama nyer hanya Islam sahaja yang saggup wat macam tue demi kuasa,pangkat dan darjat...duniawi semua tue YB.

Oleh kerana sayangnye saya kepada YB sebagai saudara seIslam saya doakan agar YB bertaubat dan solat Hajat semoga YB dan PAS kembali ke jalan yang Benar.

PAS sudah sesat...PAS wajib bertaubat...
matmantau said…
Org. melayu ni memang katun ler…. Al-quran dah turun… beribu thn. da!!!!!!!!!! puak2 mana yg. ikut… kita sokong ler… di Malaya ni… puak2 mana.. ug. Ikut al-quran… sejak merdeka… kita sokong ler… kalau tak ikut.. 100%... yg. sipi-sipi jadi ler… UMON.. ka!!!! PAS ka!!! PKR. ka!!! kita kena sokong sebab… sebab depa bertanding dlm. pilihanraya… kalau hang pa dah fed-up… tubuh ler parti sendiri… kita.. selain dr. berdoa dgn. Allah… kena lah usaha sikit.. di Malaya ni.. kalau nak menegakkan Islam pun.. terpaksa masuk pilihanraya… nak buat cam… system khalifah dah lebur…

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…