Skip to main content

The Sultan and I

Salaam dari Timur Tengah,

Pada asalnya saya tidak bercadang untuk membicarakan persoalan kunjungan saya selaku ahli Parlimen Shah Alam menghadap Baginda Sultan Selangor. Ianya sebenarnya merupakan satu kunjungan hormat yang sememangnya patut dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Shah Alam. Di atas dasar itulah maka saya menulis pada 20 November 2009 untuk diperkenankan mengadap. Oleh kerana kesibukan Baginda, maka pada tarikh 22 Januari 2010 barulah permintaan saya itu diperkenankan. Oleh kerana tidak mahu menghebohkannya atau mempolitikkannya, maka apabila ditanya wartawan mengenainya pada hari berkenaan maka saya hanya menjawab, “Tiada komen, sila dapatkan penjelasan dari pihak Istana”.

Malangnya respon yang bersahaja itu telah disalah ertikan. Akhirnya, beberapa akhbar telah menyiarkan berita saya mengadap Sultan di muka surat depannya, “Khalid dititah mengadap Sultan” seolah-olah saya telah diperintah menghadirkan diri atas sebab DYMM Sultan murka terhadap saya. Maka bersoraklah kumpulan-kumpulan UMNO tegar dengan berkata “Khalid dimurkai sultan”. Begitu jugalah NGO-NGO UMNO yang muncul di merata rata tempat. Tumbuh bagaikan cendawan selepas turunnya hujan. Bagaikan langau di timbunan sampah yang ingin menangguk di air yang keruh.

Keadaan sebenar adalah seperti surat yang dipamirkan beberapa hari sebelum ini di blog saya. Maka teramatlah dukacita golongan-golongan ini namun mereka terus dengan usaha durjana mereka dan dibuatlah laporan polis oleh berpuluh-puluh NGO jelmaan ini. Mereka baru muncul entah dari perigi hantu yang mana tiada siapa ketahuan. Tidak kedengaran akan kewujudan mereka sebelum dari ini dan mungkin juga tidak akan kedengaran lagi selepas ini. Mati ditanam di kubur yang tiada bertanda. Selepas dipelahap segala peruntukan yang ada, maka hilanglah mereka bagaikan bayang-bayang diwaktu senja.

Saya difahamkan Kementerian Belia mempunyai peruntukan untuk NGO bagi golongan belia dan pemuda UMNO di seluruh negara diminta mendaftarkan NGO-NGO mereka supaya dapat disalurkan peruntukan ini kepada mereka. Habis lagi wang rakyat dipelahap golongan ini. UMNO tidak berubah dan tidak akan berubah. Duit, duit, duit, itu sahaja matlamat mereka dan kekuasaan yang dikejar adalah bermatlamatkan ini. Hanya kekalahan mutlak akan melenyapkan mereka.

Sudah, cukuplah dengan kisah mereka itu. Saya rasa ramai yang ingin mengetahui apa yang telah berlangsung semasa saya mengadap DYMM Sultan Selangor. Saya tidak boleh menceritakan semua dan sememangnya saya tidak bertujuan untuk mempolitikkan institusi ke Sultanan Selangor. Oleh itu yang akan saya ceritakan di sini hanya sekadar menjelaskan apa yang dibincang tanpa meletakkan satu pendirian politik kepada DYMM Sultan. Ini adalah kerana sebagai Sultan, Baginda adalah ‘above politics’ dan tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Sebelum itu saya ingin merakamkan betapa besarnya hati saya atas kesudian DYMM Sultan mengizinkan saya menghadap dan meluangkan masa Baginda sehingga lebih dari sejam lamanya untuk berbicara.

Perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:-

1. Wawasan terhadap pembangunan Bandar Raya Shah Alam
Inilah matan utama disebalik pertemuan dan perbincangan yang diadakan. Baginda menjelaskan wawasan yang ingin dilihat melalui pembangunan yang terancang, bersama banyaknya kawasan-kawasan lapang yang disertakan tempat-tempat beriadah untuk warga Shah Alam. Kehidupan yang selesa tanpa sebarang bentuk kesempitan pembangunan yang sering digelar ‘concrete jungle’.

2. Persoalan Enakmen-Enakmen Negeri dan isu kalimah ‘Allah’
Baginda menegaskan kepada saya bahawa persoalan ini tidak patut dipolitikkan dan dipolemikkan. Sekiranya ada cadangan yang ingin dikemukakan, maka ianya perlu diserahkan mengikut prosedur dan peraturan iaitu dengan menulis secara rasmi dengan menjelaskan mengapa dan apa yang perlu dikaji semula. Pada masa yang sama cadangan berhubung perubahan-perubahan yang ingin dilakukan boleh dikemukakan, termasuk, menurut Baginda, “syarat-syarat yang ingin dikenakan sekiranya penggunaan kalimah ‘Allah’ ingin dibenarkan kepada yang bukan Islam. Jangan sekadar menyatakan secara umum ‘dikenakan syarat’, tetapi dijelaskan apa syarat-syarat berkenaan”.

Saya sempat menjelaskan kepada Baginda Sultan bahawa sememangnya kami (PAS) tiada niat untuk mempolitikkan dan mempolemikkan persoalan ini dan begitu jugalah rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Kami (PAS, terutamanya sayalah kot?) hanya memberikan respon kepada suasana di mana ada ‘pihak’ yang ingin mengapi-apikan suasana. Mereka memberikan gambaran bahawa orang Kristian menghina Islam dan mencemar kesucian kalimah Allah dan oleh itu ummat Islam harus bersatu untuk menyanggah tindakan golongan Kristian. Dalam suasana begitu kita terpaksa tampil ke hadapan untuk menafikan dakwaan golongan ‘provokator’ ini demi menjamin ummat Islam tidak tertipu dengan rethorik mereka. Melalui respon sebegini, maka ummat Islam akan dapat mendengar perspektif yang jelas berbeza dan dengan itu keselamatan dan ketenteraman negara dan negeri Selangor lebih terjamin. Lebih-lebih lagi apabila tafsiran dan kesimpulan golongan provokator ini adalah jauh dari kebenaran yang sebenarnya.

Baginda Sultan menegur saya kerana mengikut laporan akhbar saya mengatakan enakmen berkenaan ‘ketinggalan zaman’ dan ‘buruk’. Saya sempat menjelaskan bahawa itu adalah perkataan yang digunakan wartawan, bukan perkataan saya. Apa yang saya nyatakan adalah bahawa undang-undang pentadbiran seperti enakmen-enekmen berkenaan telah digubal berdasarkan keadaan dan suasana tertentu pada ketika ianya digubal. Sekiranya suasana dan keadaan berubah, maka undang-undang tersebut perlu berubah bersamanya. Oleh itu kesesuaian enakmen-enekmen ini perlu dikaji dari masa ke semasa.

Dalam persoalan ini, kesimpulannya adalah bahawa kami (PAS) telah dikehendakki mengemukakan cadangan yang lengkap dan sempurna secara rasmi. Perkara ini akan saya serahkan kepada PAS dan rakan angota PR untuk memikirkannya.

Pada masa yang sama molek juga sekiranya dicadangkan pindaan terhadap enakmen yang berhubung dengan persoalan tauliah. Supaya pemberian tauliah lebih mudah dan lebih telus dan penarikan balik tidak juga dilakukan secara sewenang-wenangnya.

3. Persoalan Menghormati Institusi Raja
Saya juga mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa PAS menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan tiada apa-apa niat untuk mencabar atau menjatuhkannya. Saya menyebut bahawa selama ini, oleh kerana kami sebagai pembangkang, maka tiada peluang untuk mengadap dan menyatakan pendirian kami dalam persoalan ini. Pada masa yang sama, terdapat ‘pihak’ yang telah menggunakan kedudukan mereka untuk menyebarkan fitnah bahawa PAS dan juga PR tidak setia kepada Sultan. Mereka ingin menimbulkan kesangsian terhadap kami, sedangkan kami menghormati institusi raja sebagai sebuah institusi yang ‘above politics’ yang boleh menyatu-padukan rakyat jelata. Strategi ‘pihak tertentu’ untuk melagakan PR dengan raja adalah satu strategi yang akan terus usahakan walaupun ianya satu pembohongan yang nyata.

Baginda Sultan menyatakan kedukacitaan Baginda terhadap amalan ‘biadap’ terhadap institusi raja, khususnya oleh bloggers yang Baginda sebut sebagai ‘fan-club’ saya. Saya menjelaskan bahawa saya sendiri tidak pernah biadap terhadap institusi raja dan begitu juga pimpinan PAS mahupun PR, termasuk pimpinan di Perak. Kata-kata dan tulisan yang keterlaluan oleh mereka-mereka yang menyatakan sokongan terhadap kami adalah sukar untuk kami kawal. Ianya mungkin berlaku oleh kerana tanggapan dan mungkin juga gambaran yang ditonjolkan oleh ‘pihak tertentu’ bahawa raja-raja Melayu adalah bersama mereka. Kaedah dan pendekatan yang sebegini adalah amat berbahaya dan merupakan usaha mengheret institusi raja ke kancah politik sehingga dilihat berpihak kepada satu parti sahaja.

Baginda Sultan menyebut bahawa Baginda tidak berpihak dan apa yang diinginkan oleh Baginda adalah untuk melihat yang terbaik bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Saya menjawab bahawa saya, bagi pihak PAS dan PR, akan berusaha untuk mempertahankan institusi raja-raja sebagai institusi yang bebas dari fahaman politik kepartian. Saya akan juga mengingatkan rakyat, termasuk para bloggers mana-mana ‘fan-club’, untuk menghargai institusi raja-raja dan peranannya dalam sistem Demokrasi Berpelembagaan sebagai salah satu institusi ‘pengimbangan’ yang berkesan. Usaha untuk mengelabui mata rakyat bahawa kononnya raja-raja adalah pro parti tertentu dan hanya golongan ini sahaja yang pro Raja-Raja Melayu perlu dibenteras dengan serta merta.

4. Kunjungan Hormat oleh Ahli Parlimen PAS
Saya juga berkesempatan untuk menyebut bahawa kesemua ahli-Parlimen PAS Negeri Selangor ingin melakukan kunjungan hormat terhadap Baginda Sultan sepertimana yang saya lakukan. Bginda menyebut kesediaan Baginda untuk bertemu setiap wakil rakyat Negeri Selangor dan Baginda menghormati hakikat bahawa kita telah dipilih oleh rakyat Selangor di kawasan yang kita bertanding. Baginda menyebut mereka perlu menulis kepada pejabatnya, sepertimana saya dan Baginda akan berusaha untuk menetapkan waktu yang sesuai untuk bertemu dengan mereka.

Saya merasakan kagum dengan kesediaan dan keterbukaan Baginda Sultan Selangor dalam persoalan ini. Saya amat berharap agar melalui kunjungan hormat yang sebegini Baginda Sultan dapat mengenali wakil rakyat PAS dan dengan itu menilai pendirian, sikap dan kesungguhan serta kemampuan kami menerajui Negeri Selangor.

Melalui pertemuan seperti ini, adalah diharapkan agar Baginda Sultan dapat membandingkan kami dengan wakil rakyat pembangkang negeri Selangor dan seterusnya dapat melihat bahawa harapan untuk sebuah Selangor yang maju dan makmur tidak pernah terletak bersama golongan ini. Juga bahawasanya terdapat sebahagian dari rakyat Baginda di kalangan orang Melayu Islam negeri Selangor yang tidak korup, tidak tamak dan tidak mementingkan diri, yang ikhlas melibatkan diri dalam arena politik bukan untuk mengkayakan diri dan kroni, tetapi atas dasar prinsip dan semangat perjuangan dan pengorbanan yang kental.

Apa kata pepatah Melayu? Tidak kenal maka tak chenta? Selama ini tidak berpeluang untuk mengenalkan diri, maka sekarang perlulah dimanfaatkan sejauh mungkin.

5. Meninggalkan Istana Bukit Kayangan
Melihat jam sudah 12.45 tengah hari maka pertemuan terpaksa ditamatkan. Saya amat menghargai peluang yang telah diberi untuk mengadap. Begitu juga dengan teguran-teguran serta nasihat yang telah diberikan. Saya meninggalkan majlis selepas bersalam dan mengangkat sembah dan sejurus itu amat terkejut dengan berpuluh wartawan yang menunggu di pagar yang entah sejak bila. Pada mulanya saya ingin terus jalan tetapi memikirkan bagaimana mereka telah sabar menunggu, saya berhenti seketika sekadar menafikan saya telah dititah untuk mengadap kerana Sultan murka.

Seterusnya saya ke Masjid Batu Tiga, Masjid ‘Fastabikul khairat’, kerana dimaklumkan bahawa Dato’ PJ akan berkhutbah di sana. Selepas itu saya terus ke Sri Gading, Johor, untuk menghadiri program ‘Sehari bersama YB Shah Alam’ yang bermula denga Hi-Tea, diikuti Kuliyyah Maghrib dan berakhir dengan ceramah umum.

6. Jawatankuasa Disiplin
Pada pagi yang sama saya telah dihubungi oleh Jawatan Kuasa Disiplin, meminta saya datang ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Saya menjawab tidak mungkin, kerana ada pertemuan menghadap Sultan. Lepas Solat Jumaat saya dihubungi sekali lagi, meminta saya ke Pejabat Agung pada jam 3 petang. Saya meminta maaf sekali lagi, kerana ada program di Sri Gading.

Akhirnya saya difahamkan pertemuan dengan JK Disiplin akan diadakan pada 29 Januari ini. Namun saya sekarang sedang berada di Saudi untuk beberapa minggu. Saya memaklumkan kepada Tuan Ibrahim akan perkara ini dan meminta agar saya diwakili oleh seorang sahabat yang akan berbicara bagi pihak saya. Tuan Ibrahim membenarkannya.

Saya berharap agar isu ini selesai dengan sebaik yang mungkin dan secepat yang mungkin. Supaya kita boleh kembali memberi tumpuan kepada persoalan menumbangkan UMNO. Kerana Malaysia akan lebih aman tanpanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

Comments

milestone said…
Salam YB,

Alhamdulillah... Good one!

Move forward, just leave the issue with YB Zul handle by our brother in PKR and the "Fan club".. Insya-ALLAH should be no issue..

Terus pertahankan keadilan dan hak rakyat Selangor dan MALAYSIA khususnya...

Wallahu'Alam
-milestone-
http://showyourmiles.blogspot.com
Tegas said…
Membenarkan nama Allah swt itu digunakan oleh orang bukan Islam, boleh dibahagikan kepada 3 kategori:

1 Nama Allah swt langsung tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ia hanya utk orang Islam sahaja, seperti yang disarankan oleh pihak Sultan.

2 Membenarkan digunakan tapi dengan syarat tidak boleh bercanggah dengan surah al-Ikhlas 112.

3 Membenarkan digunakan tanpa ada sekatan apa2. Kalau mereka nak kata Allah swt itu ada anak, mereka dibenarkan.


Tapi yang dijelas ialah tiada ulama yang membenarkan seperti dalam kategori 3, kerana ini BOLEH MEMBAWA SESEORANG MUSLIM ITU KEPADA KEKUFURAN(pandangan Prof. Datuk Harun Din). Maka semua amalnya akan ditolak dan termasuklah dia kedalam golongan yang rugi diakhirat.

Semua ulama yang mengatakan boleh menggunakan nama Allah swt meletakkan syarat bahawa ianya mesti digunakan dengan baik dan tidak disalah guna. Pandangan ini termasuk, Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi, Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili, TGNA, DSHA, Dewan ulama PAS, Dr Asri dan Dr Nor Manutty.

Malangnya syarat2 ini tidak diperjelaskan. PAS dan PKR, samada sengaja atau tidak sengaja, tidak memperincikan syarat2 ini. Sebenar nya bagi kita umat Islam ini lah isu nya. Apakah dia syarat2 itu? Apakah ianya sama dengan kategori 2?

Pihak Kristian tentu tidak setuju kalau kita mengenakan syarat kategori 2, mereka akan berkeras maukan kategori 3. Tapi ini boleh membawa kekufuran kepada orang Islam yang membenarkannya.

Kalau kita memaksa juga mereka dengan kategori 2, bagaimana pula kita mau pastikan mereka mengikut syarat2 itu? UMNO, PAS dan PKR langsung tidak membicarakan soal ini. Nampaknya mereka lebih mementingkan tujuan politik masing2.

Bagi kita umat Islam yang sayangkan Allah swt, dan untuk menghilangkan keraguan samada syarat2 itu dipatuhi atau tidak, penyelesaian yang terbaik, ialah dengan memilih kategori 1, seperti mana yang disarankan oleh pihak Sultan.
Anonymous said…
Salam YB,

Syabas diatas pertemuan YB dgn DYMM Sultan. Sy pecaya pendekatan sebegini memang molek kerana dpt menangkis fitnah dan tuduhan songsang musuh2 YB.

Sy rasa pendekatan yg serupa patut YB diambil utk selesaikan masalah dgn yb zul. Kalau dia engan nak bertemu empat mata dgn YB bermakna dia tak ikhlas dan patut dihumban ke tong sampah.

Perjuangan perlukan keikhlasan yg tinggi dan atas dasar inilah seseorang pemimpin itu dinilai. Moga2 YB keikhlasan itu ada pd YB.

Wabillahit-taufik walhidayah
aku said…
Daulat Tuanku!
Hidup YB!

jahanam UMNO!
Anonymous said…
Persoalan2 yg YB bangkitkan walaupun kontroversial namun subjektif even at PAS standard. Sepatutnya tidak dikena tindakan disiplin.

Tapi bersedia sahajalah. Berdoalah kepada Allah SWT di sisi Kaabah.
p101 said…
sungguh bertuah rakyat shah alam mendapat sorang YB seperti tuan.alangkah baiknya sekira parlimen kami di wakili tuan.
Anonymous said…
1) comments which are disrecpectful to the sultan are planted by cybertroopers.

2) please filter.

3) yes, malaysia will soar to the highest skies - WITHOUT umno around to kacau-kacau.

4) umno is parasite.

5) umno melaga2kan kaum2 di malaysia. inilah satu-satunya modal umno. yang lain dia orang tak tahu buat. tak lain tak bukan, asyik nak menanamkam sikap sangsi antara kaum

6) si ibrahim ali tu sama. tapi kesian dia... sama time dgn anwar, tapi langsung apa pun takde. respect takde.

7) kami kena jawab fitnah2 yang diheboh2kan oleh ngo perkasa si ibrahim tu.

8) lojik yang dipakai oleh perkasa buat i gelak tak henti2. kononnya pijak gambar dua adun katak kat perak bersamaan dgn hina melayu. kalau camtu, semua penjenayah yang berbangsa melayu yang telah disabitkan kesalahan, semua ni kasi bebaskan lah. pasal apa? pasal ini menghina melayu. adoi.... where's his brain?

lastly, yb u r correct. after 50 years of seeing only umno/bn leaders in official duties, the raja2 melayu need some adjustments :-)

we call it culture shock :-)

takpe...kami sabar. kami manja2 sama raja2 melayu yang pada asasnya mesti semua respect.

above politics, right? let us fight umno - man to man. or rather man to syaitans.

4RAKYAT
mh-j said…
Y.B, as a born and bred "Selangorian' my BIG thank you for your sincerity in representing the rakyat and protecting our interests....
tuan man said…
Terim kasih YB,

Malaysia juga akan lebih aman tanpa anda.

PAS lagilah akan aman tanpa orang seperti anda.
Anonymous said…
Anonymous said...

Kalau dgn bukan Islam bkn main diminta berbaik sangka...bertolak ansur...mcm2 ayat dan usul keluar utk mencapai cita2...tetapi sesama Melayu yg sesama Islam...duduk semeja pun tak beri.

January 25, 2010 2:32 PM
assalamualikum

melayu yang mana.... klu melayu UMNO lah dimaksudkan... klu melayu UMNO baik tak payah lah bro... UMNO perkihanat agama, bangsa, tanah air.
1 perkihanat agama
99.8% isteri, anak2 @ pemimpin.. tak menutup aurat.. kalau pakai tudung pom napak jambul ( tudung ala wanita UMNO)
2 bangsa
berapa banyak tanah rizab melayu di ROMPAK.. contoh tanah janda baik bentong pahang, tahang bukit cerakah selangor, ISTAN DATO SERI KHIR TOYO d seksyen 7 shah alam selangor.
3 tanah air
berapa banyak syarikat singapora memonopoli aset negara. contoh ISKANDAR malaysia, termasik holding
pikir2kan lah
Anonymous said…
YB teruskan berjuang, terutama buktikan kerja YB di Shah Alam supaya YB terus menjadi MP di Shah Alam. Bukan senang nak cari orang mcm YB. Sebab itu Umno takut.
Tinta Hitam said…
Sepatutnya DYMM Sultan Selangor bertanya tentang jenayah UMNO dan KHir Toyo yang telah menggunakan wang Kerajaan Selangor secara sukahati seolah olah harta sendiri
Anonymous said…
good job YB..
cuma jgn laju sangat masa naik tangga... orang kita bukan boleh kita berpikir lain sikit diorang mula la... So buat yang terbaik untyuk rakyat.... saya bangga giler Tuanku panggil YB... Yb nmpak hebat!
Shah said…
Assalamualaikum ,
Kita diajar, diasuh dan dididik supaya menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup kita. Kenapa bila masuk bab penggunaan nama Allah ini sebahagian daripada kita seolah-olah mengenepikan Al Quran dan Sunnah? Kita bagilah pelbagai hujjah dan alasan yang mana semuanya tidak bersandar kepada Al Quraan dan Sunnah.Allah berfirman dalam Al Quraan seperti yang di'quote' oleh YB Khalid.Dalam bahasa pasarnya Allah kata kepada orang Musyrikin 'Bila aku tanya,kau orang sebut aku sebagai tuhan kau orang; okaylah tapi macamamana pada masa yang sama kau orang sekutukan Aku?'.Kepada saya yang bongok ini Allah hentam orang Musyrikin kerana sembah Dia tapi mensyirikanNya pula.Tak berjumpa pula ayat yang lebihkurang kata ' mulai sekarang kau orang jangan panggil Aku Allah!'. Seperti yang disebut oleh YB Khalid, bila diangkat jadi Rasul, Nabi Muhammad pun tak keluarkan pekeliling atau decree kepada Musyrikin dan Nasara yang sebut 'Hei, musyrikin dan nasara , dengar,dengar!. Berkuatkuasa mulai hari aku diangkat jadi Rasul ini, kau orang dilarang sebut nama Allah sebagai tuhan kau orang'. Nabi juga tak kata ' okaylah, kau orang bolehlah pakai nama Allah tetapi dengan syarat-syarat tertentu'. Saya minta YB Zul dan mereka yang serupa dengannya, berikan saya satu ayat Al Quran atau satu hadith sahih yang membuktikan ada larangan sedemikian. Jika tidak ada, atas hujjah apa YB Zul dan konco-konconya berpendirian begitu? Jika ada, adakah hujjah-hujjah itu mengatasi dan memansukhkan hujjah Al Quran dan Sunnah?
Tak wajar tuduh YB Khalid dan mereka yang sependapat dengannya sebagai Muslim liberal, progresif, alat kristian, dan sepertinya. Kalau begitulah labelnya maka Nabi Muhammad pun Muslim liberal jugalah ya? Apakah dengan merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah maka mereka ini dicap sebagai Muslim liberal hanya kerana kita takut dan bimbang penganut kristian akan memerangkap orang-orang Islam.Sebagai orang Islam saya tahu Allah yang saya sembah adalah tauhidic, dan Allah yang penganut kristian sembah adalah trinitarian. Bukankah dalam surah Al Kafirun, Allah berfirman 'lakum dinnukum waliyaddin'.Apa pula hukumnya mereka yang tak mahu gunakan AlQuran dan Sunnah sebagai sumber rujukan mereka tetapi sebaliknya berkata takut orang Melayu jadi itu dan inilah, takut orang kristian buat itu dan inilah.Yang anihnya Nabi Muhamad tak takut apapun.Kita pula yang takut.Kalau begitu, maka kita lebih takut kepada manusia dari Allah. Tak ke itupun mensyirikkan Allah juga? Tentulah Sunnah Nabi itu terpakai 'kulli makan wa kulli zaman', di mana-mana tempat dan di mana-mana zaman.Bukan di Hijjaz, di Mesir, di Pakistan, atau di Indonesia semata-mata. Malaysia dikecualikan kerana ada bangsa Melayu.Tak ada pula Nabi kata ' decree dan pekeliling saya tidak terpakai di Malaysia kerana di sana orang-orang Islamnya tak kuat iman mereka dan tak dalam ilmu ugama mereka'.Wallahu waalam.
nafis said…
Salam YB

sdr 4RAKYAT was right when he said "lastly, yb u r correct. after 50 years of seeing only umno/bn leaders in official duties, the raja2 melayu need some adjustments :-)"

to think that not only the common man could be easily duped by amno's propaganda, it seems that even the royalty could be conned too, judging by past actions of some of our royalty...maybe there are some gone cases, but InsyaAllah the Sultan of Selangor could be more open with the current state gomen once the pests [amno]that hovered over him have been sprayed into oblivion hehehe
now that we all know the Sultan is willing to meet up with all the reps in Selangor, so what are you guys waiting for? start to write lar...

thank you yb for telling us about the meeting....
nafis said…
Salam Shah

a good write up.

Pada saya, zul kulim dan yang sewaktu dengannya telah meletakkan istilah "melayu" dulu dalam "perjuangan" mereka menentang penggunaan kalimah Allah...that's why they are so screwed

bila kita lempar istilah "melayu" jauh-jauh dari pemahaman penggunaan kalimah Allah dibolehkan, rasanya orangramai takkan ada masalah, as what yb has explained thoroughly. But since you-know-who always relate "malay-muslims" will go bonkers if this rule is allowed, then the debate will not end....
Anonymous said…
kalau dah tanya tu jawab ajelah, kalau tak nak jawab takyah jadi MP..
lagi mau provoke..
busuk punya politician...

- parti jahat -
Anonymous said…
to nafiz 5.29pm

1) our raja2 melayu they know who umno really is. i mean they surf the net too right?

then...

2) altantuya case is clear as daylight

3) toyol istana is clear as daylight

4) toyol disneyland is clear as daylight

5) 'natang case is trengganu, our king knows it

6) muhd muhd (two muhd name)'s rendezvous with selangor sultan's sister, baginda pun tahu.

7) rm400,000,000 commission for sukhoi jets and scorpene subs, clear as daylight. it was 'explained' in the parliament.

all these, our raja2 melayu know...

oi..! syaitan-umno, u jaga2 oh... u boleh bully rakyat seketika, tapi bila raja murka, tendang u orang semua masuk laut cina selatan.

in the meantime, we, the rakyat, pool our resources.

umno is trying to create some havoc again. they recently asked their mahcai-machai to throw two pig heads into a mosque compound.

kahkahkah...

ada otak sikit pun tahu ini angkara umngok sendiri. i know, this must be a billiant idea from ibrahim katak tu...

dia memang bodoh dan tidak berakal. oi katak, lu ingat kamu rakyat bodoh kah??

kalau tak silap saya, mungkin anjing-polis akan dapat "memberkas" suspect, dan kemudian "suspect" tu akan point finger to pakatan.

be ready...

this is so stupid. so childish. so desperate of this gerombolan bodoh dan keji.

these comments here are meant for all umno jaguh kampung yang tak produktif hanya destruktif di sini....

lu orang pikir lah sikit. siapa musuh sebenar selama 50 tahun ni...

lu orang tengok lah sendiri, parti tercinta umno anda telah berkuasa 50 tahun, apa mat rempit dapat? disptatch boy? pengawal bangunan? apa dia orang semua dapat, selepas 50 tahun umno rdgn rakus merompak duit anda?? inikah 'mengenang budi' yang u taroh harapan kpd gerombolan orang keji dan bodoh ni??

kami bukan-melayu takpe... lu mau jadi taikor, lu boleh jadi taikor. melayu memang mesti jadi taikor kat malaysia, tapi bukan melayu-umno.

patut melayu-pas dan melayu-pkr. yang lain i pasti akan makmur dibawah pemerintahan melayu-pakatan yang (wajibnya) jujur dan efficient dan TAK CURI DUIT RAKYAT.

and yes, daulat tuanku!!

4RAKYAT
Anonymous said…
Penerangan YB dlm artikel ini memang menarik & berkesan (lucu pun ada). Saya suka YB sebab YB proaktif, bukan spesis yg sedap melekat kat kerusi. syabas & harap kepimpinan YB membawa kebaikan yg lebih tinggi. biar pihak opposition berpeluh teruk nak kejar kemampuan YB.
Matatech said…
Saya amat kagum dengan sikap yg ditujukkan oleh YB. Harapan saya semoga Allah menebelahi kita dan memberi kemenangan dalam PRU 13. Harap-harap UMNO akan terhumban bersama rasuah mereka.
Anonymous said…
Yang paling saya tertarik dalam posting kali ini adalah tentang YB hendak pergi solat ke masjid yang Dato' PJ dijadualkan bagi khutbah. Jadi ke dia bagi khutbah?

Alhamdulillah, semoga PAS Selangor bertaut kembali.
Warga Shah Alam said…
YB,
I first came into contact with you during your election campaign at Tuan Haji Hassan's house in Bukit Jelutong. After listening to your ceramah, I said I shall give my vote to this guy. Alhamdulillah, you won Shah Alam seat and since then I have been following your contribution especially in Parliament. Keep with the honest and good work and InsyaALLAH, the people of Shah Alam shall remember you.
Anonymous said…
assalamualikum
selak punya selak terjumpa lak surat UMNO bahagian kapar pada 11 september 1996...... dah lama dah.... tapi yang lama tu lah sedap... klu sahabat2 nak tengok sapa perkihanat agama buka blog ni.... http://pasttdijaya.blogspot.com
Anonymous said…
"Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu;
Tipu terus menipu, kita tipu melayu.

Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua;
Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.

Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak;
bersatu bersetia, khianat cogankatanya.

UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia"
Anonymous said…
ahmad shafie, Nottingham UK

Saudara Khalid Samad. alQhardawi turut mengutarakan kata2 beliau tentang isu ini.

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? "
harunn said…
Salam to All

maaf la , saya rasa Dato Hassan Ali lebih layak pegang jawatan pesuruhjaya Pas Selangor

kalau orang lain , susah la sikit Pas selngor
Anonymous said…
Asalamualaikum. he he , boleh gelak je lah. Lawak betul YB! Sendiri mesti ingat la apa yang saya gelakkan dengan statement YB.
harunn said…
Salam

saya dengar tadi Yb Khalid kena gantung ye , salam takziah la diucapkan

semoga apa yang terjadi menginsafkan kita semua

harapan kami semoga Dato Hassan Ali terus membimbing parti Pas Selngor
Anonymous said…
Dear Sir,

Though I'm somewhat disagree with your view on Islamic state but I'm your supporter. The reason is because you're open to discuss sensitive issue openly. I learned about PAS disciplinary on you. It's totally unfair to you!
Anonymous said…
To all fellow Malaysian:

Malaysia is our only home for all Malaysian of different race and religion. I'm glad that fellow Malaysian shows their true self for this brand new year. Though we have church burning and mosque vandalizing we're still united. We're civilized and mature citizens that know what truly happen. I'm not a Muslim and Christian but I'm definitely feel proud to be your friend because both religion shows understand and peace.

It's time to stop politicizing religion.

Good job - Malaysian.

May peace be with you.

Salam
Anonymous said…
hidup YB Zul!
Fiez said…
Salam YB Khalid,

Sy sbgi penduduk Shah Alam yg menyokong YB pada pilihanraya 2008 tetap menyokong pendirian YB akan sentiasa memberi sokongan padu pada YB pada pilihanraya yg bakal menumbangkan umno-bn dn manguasai Putrajaya.
Sy berharap agar YB terus kuat dlm menegakkan keadilan dan membela nasib nasib rakyat khususnya di Shah Alam.
Allah akan bersama org2 yg teraniaya..
hafszach said…
Aku cabar Ahli2 dan Penyokong UMNO, Sila buktikan yang Perlembagaan Negara kita bukan dicipta oleh Yahudi yang bernama Sir Load Reid...

Kalau Nik Aziz yang mengajak semua pemimpin serta ahli UMNO mengunakan Al-Quran sebagai Perlembagaan Negara puak2 UMNO kata sesat. sila keluarkan kenyataan bahawa Perlembagaan Negara yg diciptakan oleh yahudi itu adalah sebaik2 hukum dalam dunia ini berbanding dgn Al-Quran.

Siapa yang lebih sesat diantara Dr. Burhanudin Al- Helmi ( President PAS yang pertama ) dgn Tunku Bedol Raman ( Perdana Menteri Malaysia yg pertama ).

Dr. Burhanudin Al- Helmi mahukan Al-Quran ( Hukum Allah ) menjadi teras kepada setiap fasal dalam Perlembagaan Negara Malaya yg bakal dibentuk..

Tetapi Tunku Bedol Raman telah menerima dengan reda dan tawaduk Perlembagaan Negara Ciptaan YAHUDI.. kerana terlalu kagum dgn bangsa British dan Yahudi serta tergila2kan jawatan Perdana Menteri Malaya yg pertama sehingga sanggup mengadaikan maruah Agama kepada British dan Yahudi..jgn nak nafikan sejarah BEDOL... !! bebudak Bongok Dalam UMNO bolehlah kamu kelentong..

Mari kita imbau sejarah Natrah di S`pura..
Mana pemimpin UMNO yang turun mempertahankan akidah Natrah..??

Kalau bukan Dr. Burhanuddin ( President PAS ) yang sama2 turun mengadai nyawa bagi mempertahankan akidah seorang wanita muslim yg bernama Natrah.. mana Bedol Raman, Mahathir Mohamed masa tu..??

Sampaikan Dr. Burhanuddin berkata:

" Apa diharap pada pemimpin melayu yang menjadi Penjilat Punggung British Laknatullah bagi mempertahankan kesucian Agama Allah kerana kerja mereka hanyalah sebagai Penyarung Sepatu pemerintah British di tanah air kita ini.. jangan dipaksa dan diamanahkan mereka2 ini mempertahankan agama Allah sampai bila2, jika ditakdirkan Allah kemerdekaan Negara kita jatuh di tangan2 mereka ini, maka ianya merupakan suatu mala pertaka bagi seluruh umat melayu yg bergama islam di nusantara ini kerana Anjing hanya akan patuh kepada tuannya sampai bila2. Mereka2 ini sanggup mati kerana tuannya walaupun perbuatan mereka melanggar hukum Allah "

Belajar sejarah negara kita yg sebenarnya wahai Ahli2 UMNO serta para penyokong UMNO bukannya sejarah yg direka-cipta oleh UMNO dgn bantuan sarjana2 barat dan British / Yahudi..

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.