Skip to main content

Isu Kalimah

Isu kalimah ‘Allah’ kembali mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah ‘The Christian Herald’ menggunakannya. Ada yang menyatakan saya menyokong malah menggalakkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian. Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar. Saya tidak menyokong ataupun menggalakkannya. Saya sekadar menyatakan bahawa penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam merupakan satu perkara yang diharuskan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kebiasaan masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Arab.

Kenyataan saya sebelum ini merupakan ‘a statement of fact’ atau satu kenyataan fakta dan soal saya menyokong atau menggalakkannya tidak timbul sama sekali. Ianya dipohon bukan oleh saya tetapi oleh sebahagian masyarakat Kristian tanpa apa-apa dorongan dari saya. Namun, apabila saya ditanya, saya menyatakan fakta bahawa pada dasarnya tiada halangan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana sudahpun digunakan di banyak negara dan diperakui oleh Al-Quran sendiri. Hujjah-hujjah berhubung persoalan ini telahpun saya nyatakan dalam tulisan saya sebelum ini.

Apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah bahawa yang menentukan Islam atau tidak Islam bukan dengan penggunaan kalimah Allah tetapi kefahaman terhadap Allah sebagai Tuhan yang Esa. Ini disebut sebagai konsep ‘Tauhid’. Itulah sebabnya mengapa apabila seseorang memeluk agama Islam dia mengucap “Aku naik saksi tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah”. Ini bahagian pertama dari dua kalimah syahaadah. Ucapan ini berbentuk penafian dan penolakkan akan wujudnya tuhan-tuhan lain selain Allah. Ianya bukan sekadar mengatakan “Allah adalah Tuhan” tetapi lebih dari itu ia juga menolak wujudnya tuhan-tuhan lain. Kalau kita perhati dan fikirkan sejenak dengan mata hati, maka kita akan memahami sebabnya.

Masyarakat Jahilliyah pada zaman Rasulullah (SAW) memang percaya pada Allah. Namun mereka juga percaya pada tuhan-tuhan rekaan mereka sendiri yang mereka dakwa adalah anak pada Allah atau pengantara di antara manusia dan Allah. Termasuk di dalam kategori tuhan-tuhan palsu ini adalah Al-Latta wal Uzza dan beratus-ratus lagi tuhan yang mereka letakkan di keliling Kaabah pada masa itu.

Di antara bukti bahawa masyarakat Jahilliyah menggunakan kalimah Allah adalah dalam kisah surat perjanjian pemulauan kaum Bani Hashim oleh kaum Quraisy di mana akhirnya surat perjanjian tersebut telah habis dimakan serangga. Yang tinggal hanya mukaddimah surat tersebut yang berbunyi, “BismikaLlahhumma” atau ‘Dengan namamu Allah, Tuhan kami’.

Walaupun kaum Musyrikin zaman Nabi (SAW) percaya pada Allah dan menggunakan kalimah ‘Allah’, ini tidak bermakna mereka telah Muslim. Mereka tetap kafir musyrik walaupun mereka percaya kepada Allah dan menggunakan kalimat ‘Allah’. Yang menjadikan mereka musyrik adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan mengadakan tuhan-tuhan lain yang turut disembah.

Itulah sebabnya apabila seseorang memeluk agama Islam dia menegaskan keEsaan Allah. Dia menegaskan keEsaan Allah supaya membezakan pendiriannya dari mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak dan sekutu. Kepercayaannya terhadap keEsaan Allah yang menjadikannya Muslim bukan kepercayaannya terhadap wujudnya Allah semata-mata.

Begitu jugalah keadaannya berhubung golongan Ahlul-Kitab ia itu Yahudi dan Nasrani. Konsep Trinity pegangan orang-orang Nasrani telah pun wujud pada zaman Rasulullah (SAW). Walaupun mereka turut menggunakan kalimah ‘Allah’, tetapi kepercayaan ummat Islam dibezakan dari kepercayaan mereka melalui konsep keEsaan Allah yang dibawa Islam. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menegur kesesatan kepercayaan orang Nasrani yang mendakwa Isa (AS) sebagai anak Allah dan Allah sebagai satu dari tiga. Ini semua ditegur walaupun pada masa yang sama orang Nasrani terus menggunakan kalimah Allah. Di antara ayat-ayat ini adalah Ayat 72 dan 73 Surah Al-Maidah di mana Allah berfirman,

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Mariam…” (ayat 72)

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah yang ke-tiga dari tiga...”

Dalam kedua-dua ayat ini tidak dapat dinafikan bahawa kaum Nasrani atau Kristian menggunakan kalimah Allah tetapi kepercayaan mereka yang menolak keEsaan Allah menjadikan mereka kafir. Tiada kutukan dari Allah terhadap penggunaan kalimah Allah oleh mereka.

Andaian bahawa orang Nasrani sekarang berpegang kepada konsep Triniti dan orang Nasrani pada zaman Rasulullah tidak dan oleh itu mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah adalah tidak berasas. Ini jelas dari ayat-ayat tersebut yang diturunkan pada masa itu dan menegur kepercayaan orang Nasrani pada masa itu.

Konsep Tauhid yang menentukan seseorang itu Muslim atau sebaliknya. Inilah pada dasarnya yang membezakan Islam dengan agama yang lain. Namun, tidak juga mencukupi dengan hanya itu. Ada juga satu aspek lagi dalam kalimah syahadah ummat Islam yang bererti “Aku naik saksi Muhammad Rasul Allah”. Oleh itu, kalau ada sekalipun golongan yang mengEsakan Allah tetapi menolak keRasulan Nabi Muhammad (SAW), dia tetap bukan seorang Muslim. Termasuk dalam golongan ini kumpulan Qadiayani dan mungkin juga Sikh dan Yahudi.

Berdasarkan penghujahan yang dibentangkan di atas, jelas bahawa masalah kalimah Allah yang ingin digunakan oleh bukan Islam adalah masalah yang diada-adakan. Yang membeza Islam dan bukan Islam adalah konsep Tauhid dan keRasulan Nabi Muhammad (SAW) bukan kalimah Allah. Ini sebenarnya perkara asas dan wajib difahami oleh semua ummat Islam. Dengan kefahaman ini mereka mampu menangkis segala usaha untuk mengelirukan mereka (sekiranya ada) dengan penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam. Tanpa kefahaman ini, hakikatnya mereka sudah pun berada di dalam kekeliruan walaupun tiada pihak lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

Dari sudut dakwah Islamiah, sekiranya orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah maka ia memudahkan kita berdakwah kepada mereka. Melalui penggunaan kalimah yang sama ini, iaitu ‘Allah’ kita sudah mempunyai titik pertemuan dari mana untuk bertolak. Ini di dalam Al-Quran diistilahkan sebagai “ila kalimatin sawaain” atau ‘kepada kalimah yang sama’ dan metodologi dakwah sebegini yang telah digunakan oleh Rasulullah (SAW) berdasarkan perintah Allah yang terdapat di dalam Surah Al-Maidah ayat 64.

“Katakan (Wahai Muhammad); Wahai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang sama di antara kami dan di antara kamu, iaitu kita tidak menyembah selain Allah dan janganlah kita mensyirikkanNya dengan sesuatu…”

Hakikat bahawa hanya ada satu Tuhan yang sama ditegaskan lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 46 yang bermaksud ;

“Dan jangan berhujah dengan golongan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang terbaik dan jangan (berhujjah sama sekali) dengan yang Zalim di kalangan mereka. Dan katakan, Kami beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu, dan kami berserah kepadaNya.”

Sebenarnya isu ini merupakan sesuatu yang menguntungkan ummat Islam. Ia mampu menjelaskan kepercayaan Tauhid yang dibawa Islam di kalangan ummat Islam dan bukan Islam. Sambil itu ia membuka pintu dakwah kepada golongan bukan Islam, khususnya golongan ahli kitab.

Namun ianya sengaja dikelirukan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka, untuk mencari titik perbalahan menakutkan ummat Islam dan mengelirukan ummat Islam dengan lebih lagi. Melalui kekeliruan ini mereka akan terus berkuasa, kerana rakyat yang keliru mudah ditipu dan dikuasai.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

* Berkaitan:
1. Garis Panduan Penggunaan Nama Allah [Dr. MAZA]

2. Kes Herald –Di Mana Silap Dan Betulnya Hakim? [Hanipa Maidin – Peguam PAS]
3. Penggunaan Kalimah “Allah" [Dr. Muhd Nur Manuty – BIPPA PKR]

Comments

Unknown said…
Cukup jelas, terang lagi nyata.

Yang tak faham-faham ni puak umeno je
Anonymous said…
Bukan ke TGNA kbo kalau dibolehkan guna kalimah Allah ni pada bukan Islam mungkin menyebabkan timbul kekeliruan msrkt awam ttg kalimah Allah...Ana cdgkan sedara berhenti berhujah ikut logik aqal....bynkkan tanya ulama....dah penat ana memerhati kelakuan sedara khalid samad....nasihat mcmane pun masih degil...
Anonymous said…
Saudara Khalid,

Saya kesihan melihat saudara: dicemuh, dicaci dan di maki dalam blog sendiri. Nah, biasanya perkara begitu bila berlaku, akan digunakan oleh pemblog secara politik sebagai penguat hujjah secara psikologis halus untuk menunjukkan betapa joroknya pencemuh-pencemuh mereka. Ianya boleh digunakan sebagai “advantage” kepada penulis blog, seolah-olah mengatakan, “Lihatlah dunia. Betapa jelik dan tidak bertamadunnya mereka-mereka yang mengeji dan mengutuk aku”.

Tetapi malang sekali saudara Khalid, cemuhan dan kemarahan yang diluapkan oleh pengunjung-pengunjung saudara kali ini semuanya berasas, berpatutan dan berbaloi. Mereka dibakar semangat sayangkan ugama---tak kisahlah samada mereka ini semua berpendirian politik Islam atau tidak.

Saudara sekarang boleh mengatasi dilemma ini dengan dua cara: samada tutup blog saudara dan pergi bertapa bermuhasabah sendirian mengenai tindakan-tindakan saudara selama ini (dan saya yakin bahawa saudara tidak akan berbuat demikian demi maruah dan wibawa diri ) ataupun, saudara boleh terus menerus memaparkan komen-komen dari umat melayu yang sedang marah itu dan biarkan dan tahan saja cemuhan yang saya fikir tidak akan reda. Dan perlu di ingat bahawa bukan semua komen-komen tersebut bertaraf mediocre atau tidak berkualiti. Banyak juga komen-komen yang diberikan mempunyai sungguh banyak idea yang bernas, yang masuk akal dan yang kuat hujjahnya. There is no turning back. You have to face the wrath of the people and you have to own up to your very own doings. Kedua-dua cara ini: damn if you do, damn if you don’t, bukan?

Ada cara ketiga untuk saudara atasi kemelut ini, dan saya akan ajarkan kepada saudara. Tetapi ini adalah cara coward tahap maharaja. Dan terpulanglah kepada saudara untuk membuatnya atau tidak.

Yaitu dari sekarang, saudara boleh DELETEKAN semua komen-komen yang mengeji saudara, dan hanya terbit dan siarkan pendapat-pendapat dari mereka yang setuju dengan saudara sahaja. Dengan itu akan nampak seolah-olah naik memuncak pengunjung-pengunjung yang memihak kepada saudara.

Well, saya tidak pastilah jika saudara telah, sedang atau bercadang untuk guna kaedah ketiga ini. Tapi memadai saya katakan disini bawah jika saudara berbuat demikian, maka memang hakikatlah saudara ini seorang ahli politik yang telah di kasi (castrated) peribadinya. Dan jika tulisan ini tidak diterbitkan pun, akan saya terbitkan di tempat yang lain untuk expose apa jenis politikus saudara ini sebenarnya.

Memang, sesiapa yang membaca apa saya tulis ini memang boleh terasa pedih hati akan kepedasan bahasa saya, tetapi berbanding dengan bagaimana Nama Allah itu sekarang sewenang-wenangnya boleh diSyirikkan dan diTrinitaskan akibat perbuatan saudara, kepedasan saya seolah tidak terasa apa-apa.

Saudara, saya sudah baca hujjah saudara. Semua hujjah2 itu adalah misdirected. Ayat-ayat Quran yang saudara quote adalah out-of-context dan totally AGAINST the spirit untuk mengesakan nama Allah. Saya akan huraikan dengan ilmiah dan terperinci kenapa saya berkata begitu (sedang mengumpul bahan).

Sila juga baca pendapat saya di sini yang disokong oleh seorang yang tidak seugama dengan saya. Berbanding dengan Raj Gopal Kumar ini, terang-terang saya katakan saya malu bersaudarakan orang seperti saudara.

Ahmad Alfian
Anonymous said…
Macam2 la kau ni Ahmad Alfian, orang kasi lepas semua komen kata kau reverse psycho la pulak, tak lepas komen kau kata takut la pulak. Pastu kau tu tulis pjg2 satu benda fakta pun tak beri apahal bro? Setakat nk jual air liur pastu suruh orang buat ikut sukahati bapak kau je ke? Haa silakan bukak blog sendiri... Apa punya turrr!
Anonymous said…
anak muda setuju 100%
Anonymous said…
Adakah sesiapa masih ingat kes-kes $$ billion-billion, seperti PKFZ, Engine Jet?

Tahu tak tuan-tuan dan puan-puan, bahawa barang-Barang Pasti Akan Naik harga selepas Gula naik harga? Belum kira petrol pun akan naik harga dalam tahun 2010.

Dah lupa keh? Dah tak penting keh?
jab sp said…
90% komen menghentam Khalid,namun malang dalam begitu banyak komen tiada ada yang melihat bagaimana isue pokok polimik yang amat merbahaya ini ujud.
KDN jelas melarang penggunaan nya.tetapi sistem kehakiman kita yang membenar rayuan dibuat menyebabkan perkara ini terjadi.Andaikata yang berteriak,bertempik dan banyak yang menjadi jaguh demontrasi ini mengambil sikap yang sama pada lain lain keputusan mahkamah yang selama ini jelas menghina Islam,(dan mungkin tidak adil jika dilihat pada kaca mata Islam)alangkah baiknya.Sebelum kes ini terjadi,banyak sekali penghinaan yang dilontarkan kepada Islam,malangnya wira wira ini mendiamkan diri lantaran jika bersuara akan miss lah soru kerana yang menglontar penghinaan ini adalah pemimpin yang berjenama Islam sendiri.
Kembali kepada kuasa mahkamah yang membuat keputusan bahawa penggunaan nama Allah dibenar dalam semua penerbitan .Perkara yang perlu ditanya,siapa yang membuat undang undang ini.Siapakah yang menjadi peneraju kepada sebarang keputusan yang diujudkan dalam perlembagaan.Jika ini dapat dihurai,isu penjelasan Khalid akan terungkai.
Anonymous said…
But let me make things clear. If Allah can be used as a reference to God in Herald, then Allah can be used as a reference to God in Catholic Churches.

The preachers of Christianity and those who serve God must acknowledge those who praise Allah as their sons of God as well, no ?

Then perhaps we can move around, including the compounds of Churches, saying or shouting "Allahuakbar", no ?

Muslims can actually go around teasing the Christians on the use of "Allah". Anyone can also walk in to Churches and legally chant Allahuakbar.

Christians must accept that "Hey, he is singing praises of our Lord." No ?
Read more http://margeemar.blogspot.com/2010/01/omar-goh-do-you-want-to-join-augustine.html#links
Anonymous said…
Xde isu pun pasal penggunaan Allah ni. Yg isu utamanye adalah terdapat golongan kafir yg menggunakan nama Allah untuk menyesatkan umat Islam di malaysia (yg ramai dah terlebih sesat). KDN je kena buat kerja cari mangkuk2 yg cuba menyesatkan umat Islam. Seperti kartun yg guna bukan saja guna nama Allah tapi nama2 nabi utk sesatkan kanak2. Cerita2 yg menyesatkan ni slalu digunakan oleh kafir2 di negara kita. Biar lah KDN yg buat keja hal ni. Kita cuba lah tengok2 isu yg lebih penting, rasuah dlm airforce contohnye. Enjin hilang, nak jual mig (dapat komisen byk tu) pas tu beli jet baru (lagi byk komisen). Isu Kapal selam yg x buleh selam ke. (MUNGKIN ENJIN DH HILANG, TU YG X LEH SELAM)
Anonymous said…
The problem is sir,islamic awareness in this coutry is very very low..escpecially amonst the muslims!!What they know is some "popular versions" of islam..as a result,the vast majority have no idea of the meaning of Allah,it's aspects,and so many things more.At the same time,we cant blame them also,because,those with religious "certificates" are also ignorant!!
Anonymous said…
The mighty Prophet Muhamamd(SAW) was guided by powerful angels,and Prophet Muhammad has declared very clearly there a 4 angels that guards Allah's throne..yet,Prophet Muhamamd has declared that only Allah has to be worshipped..the conclusion is, islam is about worshipping,praying,surrendering to THE SUPREME SOURCE OF EVERYTHING..
Anonymous said…
sampai waktu ini aku nampak mereka yang menentang penggunaan nama Allah yang menggunakan hujah aqal dan mereka yang tak membantahlah (bukan sokong) yang meggunakan dalil.

dulu-dulu aku angin jugak kalau orang kata ahli Pas ada yang 'Khawarij' ...sekarang ni aku dah boleh terima ..sebab banyak bukti ada (mungkin ramai) yang bersikap sedimikian.. WA

khai
Anonymous said…
BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.
Anonymous said…
Susah sangat ke nak faham?

Ada orang Islam yang tak rela nama Allah dipermainkan macam sekarang. Kalau dulu tak boleh pakai mengapa sekarang nak gunakan sesenang hati.

Hormatlah sikit perasaan orang lain! Mengapa galakkan orang kafir sakitkan hati kami?

Itu pun tak faham lagi? Memang dasar BANGSAT! Mengapa semua nak kaitkan dengan politik.
Anonymous said…
Salam,

Apakah musyrikin mekah menamakan/memanggil berhala mereka sebagai Allah?

triniti yg ada sekarang nak gunakan Allah(nama) dalam kontek mereka,kita setuju ke?

tauhid hadiah samadiah..tu untuk kristian sama ke?atau esklusif bagi Islam.?

Ayat-Ayat Allah yg ceritakan ttg penggunaan nama Allah uslubnya bagaimana?mujadalah?khbariyah?insyaiyyah?
atau bagaimana.

Tahrir mahal al-niza..untuk buat argument..saya setuju penggunaan nama Allah dalam satu segi yang terhad...tapi jika nak berhujjah jgn main borong gitu..bebaskan dulu dimana tempat perselishan hujjah kita.

Apapun atau sesiapaun belah mana pun,apa pendapat pun,kita bukan pemegang mohor besar `kebenaran mutlak` Allah.

So hormat jugak pandangan YB Khalid dan lain2 nya.

Mail Pagoh
Anonymous said…
//Hormatlah sikit perasaan orang lain! Mengapa galakkan orang kafir sakitkan hati kami?

Itu pun tak faham lagi? Memang dasar BANGSAT! Mengapa semua nak kaitkan dengan politik.//

Oh o..call the ghostbusters..lot's of hantu loitering here..lol!!
Grand Marquis said…
Salam YB,

Dari sudut ilmiah, perkara ini mungkin ada khilaf. Tapi dari rasional politik kenapa kita sebagai orang Islam nak sibuk menjadi juara dalam memperjuangkan isu ini yang tampak jelas lebih menguntungkan puak Kristian.

Orang kristian pun releks aje. Mereka hanya gelak tumpang gembira melihat YB tolong buat kerja-kerja kotor mereka.

Be rasional YB. Orang kristian di Malaysia takkan kempunan kalau mereka tak guna perkataan Allah dalam bible mereka. Selama ini pun mereka tak pernah guna. Kalau mereka dapat, itu sebagai kejayaan mereka kerana telah berjaya memecahkan tembok perundangan Malaysia yang selama ini dilihat memihak pada Islam.

Kalau orang Kristian nak perjuangkan isu ini biarkan mereka. Kenapa kita orang Islam nak jadi hero kepada mereka dalam sesuatu yang nampak lebih merugikan umat Islam.
Habib RAK said…
Thanks YB Khalid for the clear and well supported view. Your approach in explaining is indeed how a true muslim should act and behave. All other comments which are critical does not offer any support to back their view. Mostly it is immature and emotional comments. Hope they also reflect on what "Rabl Alamin" means. A scholar once told me, there is a reason why the Al-Quran start with Al-Fatihah (1) (therein you have "Rabl Alamin" in verse 1) and ends with An-Naz (114) (mankind). Reflect on it.
gunung stone said…
Aku sokong hujah Khalid Samad. hujah ulama yang lain termasuk daripada Pas tawar lebih pada takutkan bayang-bayang ulama Umno langsung NO class bahalul.Syabas Khalid Samad anda berdiri pada kebenaran.Chey anak gerik.
Anonymous said…
Saudara,

Saya baca di blog saudara, saya baca kenyataan Mahfuz Omar, saya baca penyokong-penyokong saudara... dalam isu nama Allah ini ... semua anda telah melencongkan "blame" kepada UMNO. Sikit sikit UMNO. Sikit sikit UMNO. Dah terang-terang isu Allah ini tak ada kene mengena dengan UMNO masih juga anda sekalian untuk konar ke situ.

Biar saya nyatakan di sini. Demi Allah SWT, sudah 50 tahun saya hidup, tak pernah sekali pun saya mengundi UMNO. Tidak pernah sekali pun saya menderma wang untuk UMNO bagaimana saya menderma untuk PAS.

Tetapi dalam hal ini apabila saya baca anda-anda semua asik konar ke UMNO dalam isu yang sungguh runcing ini, dapat saya rasakan bahawa anda semua berada dalam bibit-bibit kehancuran. UMNOkah yang berceramah dalam gereja, yang mengampu katolik semua, yang menyokong keputusan hakim, yang kenduri bersyukur apabila diisytiharkan katolik menang?

Nah sekarang telah terang lagi bersuluh bagaimana sebenarnya pendirian seorang muslim sejati atas isu ini seperti digariskan oleh Harun Din. Nak konar ke mana lagi anda? Nak sesatkan Harun DIn pulak ker?
Anonymous said…
khalid, haron din kata engko boleh jadi kufur.

itulah..taknak dengar nasihat ulama. pastu nak belagak jadi ulama

bertobatlah....
Anonymous said…
khalid kau ni mcm keling ckp ubah2...sial
Prof. Era Pasca said…
korang cuba fahamkan ape yg cuba disampaikan oleh Khalid dan Tgna... kedua mereka memberikan jawapan yang sam, cara sampaian yang berbeza... bertekak tak habis2!

aku bg contoh korang nilai sendiri
TGNA: Nik Aziz cakap ia mmg tak salah tapi cara penggunaan kena betul!

Khalid: Tak salah

Maza: pun tak salah tapi khuatiri salah cara guna,

Aku: Yang slalu salah guna orang melayu, kalau islam dia tau guna..

contoh!

KALAU orang Islam cakap Allah itu zalim! uNDANG-UNDANG Allah zalim pada manusia! betul ke cara gunanya? tapi tak salah kalau Islam kata perkataan Allah kan!?

Kalau kristian kata Allah itu adil dari semua segi hukum Allah pun adil! ADAKAH SALAH ??

Yang mana salah dan mana betul wahai rakan2?

Umno yg dok panaskan suasana! Pak Khalid samad jgn layan Umno!
Anonymous said…
khalid ni mau kena terajang masuk sungai jer..perangai dia semakin lama semakin pelik...jenis lalang
Syawal Ipoh said…
Salam,

kelihatan seperti ada banyak kelebihan utk berdakwah apabila isu ini menjadi hangat...

kena ambil peluang yang ada ni...
Anonymous said…
assalamualaikum,ramai orang melayu pandai baca Quran, tapi tak faham makna,tafsir dll. ramai baca tafsir tapi tak menghayati, terlalu byk ayat2 dalam AlQuran yang mention tentang nama Allah yang di gunakan oleh Nasrani dan Yahudi... senang je cerita untuk yang nak jawapan mudah, kalau agama islam start dari nabi kita dan hanya islam je boleh guna nama Allah, agama sebelum nabi jadi rasul , sembah apa? Nama Nabi junjungan kita Muhammad Bin ABDULLAH... ABDULLAH tu maknanya apa? nabi lahir je jadi yatim dah, tapi nama Ayah baginda je dah proof sebelum tu pun org pakai nama Allah..
Anonymous said…
kesian kat ko ni Khalid, isu kuil ko buat hal, isu Allah pun ko nak cari populariti ...asyik merugikan umat islam je keje ko ni .. Insyallah PRU 13 ko melingkup yea.... dan kalau bleh tak payah lah nak nak bertanding.. kesian kat orang islam ko buat.. anyway apa kata ko tukar agama je lagi senang ..takde jadi gunting dalam lipatan
Anonymous said…
KHALID, you ada kemahuan untuk berhujah, tapi hujah you lemah dan daif.

cadang you kena belajar lagi dan jangan main main dengan hukum.

kadang kadang aku terpikir you ni dari parti mana? suara mana ? pasal you punya statement bukan statement melayu islam ?

you cuba tunjuk pada bukan islam tentang liberalnya parti islam PAS, ok tak salah tapi you tidak bijak dalam aksi penunjukan tersebut..jadi semuanya nampak tempang dan cacat..natijahnya..ia memberi kesan negatif dan sudah tentu you akan kehilangan sokongan melayu islam..termasuk dari aku..so no vote for you in next election..

masa undi you dulu, I pasang niat you boleh cakap dan bawak banyak isu agama di shah alam ni..sebab banyak anak muda rosak akhlak..aku kecewa..jadi undi you atas nama parti islam. kalau perangai you macam ni..you sudah bakar nama baik PAS..

BERUBAH LAH YB..


yassin shahalam
Anonymous said…
Alhamdulillah, di Malaysia kita ada MP Khalid yang sanggup memperjuangkan isu berdasarkan hujah + fakta dalam Islam, dan bukannya dipengaruhi oleh sentimen politik mahu pun perkauman. Islam itu sendirinya cantik, biarlah Islam itu juga nampak cantik di mata bukan Islam.

In my own opinion, kalimah Allah can be freely used by any society, as such I dont agree to being overly-sensitive to this court ruling. When the kalimah is being mis-used or abused by any irresponsible parties, then only we should correct/fight them. Hence, before that incidence to happen, at this point, awareness is important, among the Muslims, as well as the non-Muslims. Healthy dialog between Muslims and non-Muslims on appropriate usage of the kalimah would be my proposed best step forward.

Keep it up, MP Khalid :)
Unknown said…
Khalid 'Herald' Samad anda baca ni,

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.
Anonymous said…
"kesian kat ko ni Khalid, isu kuil ko buat hal, isu Allah pun ko nak cari populariti ...asyik merugikan umat islam je keje ko ni .. Insyallah PRU 13 ko melingkup yea.... dan kalau bleh tak payah lah nak nak bertanding.. kesian kat orang islam ko buat.. anyway apa kata ko tukar agama je lagi senang ..takde jadi gunting dalam lipatan"
Teruskan bro..teruskan..jangan stop..1 dunia nak sahkah hangpa ni 3B(BODOH/BANGANG/BAHLOL)
sm_alkaff said…
Salam YB Khalid...

Saya tidak bersetuju dgn mereka yg beragama kristian menggunakan kalimah ALLAH.Di sini saya nyatakan hujah yg terdapat AlQuran & Bible...

Didalam Alquran surah Alikhlas menyatakan bahwa, Katakanlah (wahai Muhammad): Dia Allah itu Satu. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4)

Jadi dalam ayat ini, sesiapa sahaja yg tidak memiliki spesifikasi diatas, maka dia bukan Allah.

Dalam Bible pula, tidak dinyatakan penggunaan kalimah khas Allah..Rujuklah bible version mana sekalipon, nescaya tidak ada ayat yg menyatakan penggunaan Allah..Dalam bahasa Hebrew
Ell, Elah, Ellohim dirujuk sbagai tuhan.Sila lihat Bible (Genesis 1:1) dlm Hebrew utk mengetahui lebih lanjut..

Dalam ayat lain, Jesus sendiri telah memanggil tuhannya sebagai Eloi / Eli, berpandukan ayat "About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi,lama sabachthani?"—which means, "My God, my God, why have you forsaken me?"(Matthew 27:46).

Mengapa pihak kristian masih lagi mahu menggunakan kalimah yg khusus (ALLAH) sedangkan di dalam bible telah digunakan kalimah yg telah diterangkan..kalau nak diterjemahkan dlm bahasa melayu, gunalah perkataan 'tuhan'.

Oleh itu, saya menyeru supaya YB lebih berhati2 dalam membuat sebarang kenyataan.
Anonymous said…
Kami melihat kenyataan, pendirian, dan perjuangan Yb hanyalah diatas kapasiti politik semata mata..Yb nak jaga hati pengundi Yb yang bukan Islam..macam maner kami pengundi Yb yang Melayu Islam ini..KAMI TEGAS DALAM HAL INI, 'ALLAH' HANYA UNTUK ISLAM SAHAJA..
penggunaan ALLAH oleh Kristian ini adalah salah satu strategi halus untuk menghancurkan umat islam,..YB pun tahu akan perkara ini..kami x tahu apa niat sebenar YB..
ALLAH MAHA MENGETAHUI..
zarin said…
Salam..

Persoalan yg perlu difikirkan skrg ialah perkataan ``ALLAH`` itu akan di gunakan dlm konteks apa dlm penerbitan gereja tersebut(atau mana2 pihak)... Kita mengalu-alukan jika ia digunakan dlm konteks yg benar dan elok mengikut syariah Islam..Tetapi masalahnya , ia dgunakan utk mengelirukan org ramai...Org ramai yg tidak mempunyai asas agama islam yg kukuh boleh terpedaya & tdk mustahil org terpelajar pun boleh terpesong... Janganlah kita membuat keputusan utk menyokong atau tidak menyokong hanya berteraskan fahaman parti2 politik yang kITA WAKILI ITU.. JANGAN SAMPAI KITA TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN YANG MANA ITU AGAMA ATAU FAHAMAN POLITIK... Saya seru ,parti2 politik ini yg majoritinya umat islam,selalu bertekak,bergaduh ntah apa2 entah yang kesemuanya apabila bersolat, mohon pada Allah juga, agar sedar,Janganlah sampai agama Islam tergadai di negara ini...Fikir-fikirkanlah...Sekian.... T. Kasih..
Anonymous said…
sebagai seorg muslim, saya menyokong pendirian yb tentang isu penggunaan nama ALLAH oleh pihak kristian.

nampaknya org cetek pemikiran sahaja yg membantah sekeras2nya perkara ini. mungkin kerana kurang didikan agama serta hati yang busuk hingga ke perut yg menjadikan mereka ni terlalu ekstrem tak tentu pasal.

akan tetapi, harap ada panduan bg pihak gereja menggunakan perkataan ALLAH agar masyarakat islam seperti pembantah2 di atas tidak dikelirukan.
kuzy said…
salam YB...

ramai yang main balun je bila nak salahkan YB.. hujah main pakai peluru tabur... saranan saya kepada mereka yang kritik taktentu pasal... bacala artikel ini dan yang sebelumnya dengan teliti... jangan bawa perenggan awal dan akhir jek... pastu berkobar2 tulis komen yang agak goyah...

adake YB ckp YB sokong? ha jawab yang tu dulu... dia bagi fakta tentang dari zaman Rasulullah SAW lagi berlaku hal ini dan tiada halangan dari Nabi sendiri... jadi jangan JKK nak tunjuk star lebih pada nabi plak..

pada saya tugas kita untuk kuatkan ilmu tauhid.... bukan dok hantam sana sini... biar kita kenal Allah lebih dari sekadar nama... biar btol perjuangan kita semua....

jangan jadi maca isu masjid kat shah alam... nak tunjuk hero sampai bawak kepala lembu... dah dapat malu berbakul2...

pada YB... terima kasih sebab beri penjelasan yang sangat jelas.. terus salurkan ilmu kepada kami.. itu tugas anda sebagai pemimpin..
AZMI J said…
OOI..KHALID KO TAK TAHU KE INI ADALAH STRATEGI PENDAKWAH2 KRISTIAN BAGI MGELIRUKAN ORG ISLAM DI MSIA INI,MCM2 CARA MREKA AKAN CREATE APB NAMA ALLAH DIGUNAKAN,SAYA JAMIN BAGI MEREKA2 YANG TAK ADA PEGANGAN IMAN YANG KUAT AKAN TERPENGARUH..YANG INI KITA PERLU TENTANG!!SAYA BPENDAPAT APA YG DI PERJELASKAN ADALAH BENAR...TTAPI KO KENA PIKIRKAN IMPLIKASINYA TERHADAP ORG2 ISLAM YANG TAK KUAT IMANNYA..SEBAGAI PMIMPIN ISLAM KENALAH JAUH SIKIT BERFIKIR..
Hamba said…
YB,
Ini hujah YB, YB kata Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. Maka, sekiranya kita ingin menentukan hukum berhubung persoalan ini, Al-Quran adalah rujukan pertama. Sekiranya Al-Quran sendiri mengiyakannya, bagaimana kita hendak menafikannya? Di mana hendak kita simpan ayat-ayat yang mengatakan orang bukan Islam juga menggunakan perkataan Allah untuk memaksudkan Tuhan semesta alam seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”?
Hujah saya , Hujah YB di atas ini dari nas Alquran adalah untuk kita memahami bahawa Allah memberikan gambaran yang jelas kepada kita mengenai latar belakang aqidah puak kafir yahudi, nasrani dan musyrikin yg di sebut oleh Allah di dalam Alquran bahawa mereka mempercayai Allah secara yang bathil dan syirik. Allah melarang mereka meggunakan nama Allah secara bathil dan sesat, Sebab itu Allah mengutuskan para nabi dan rasul yang silih berganti supaya puak kuffar ini beraqidah dan menggunakan nama Allah secara yang hak. Nabi Muhammad saw sebagai nabi yang terakhir telah menjalankan berbagai usaha kepada mereka secara berdakwah, berdiplomasi malah memerangi mereka.
Hujah YB yang ke 2. YB kata Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam. Ini adalah kerana Allah adalah Tuhan semesta alam, termasuk Tuhan orang-orang yang kufur terhadapNya. Sekiranya Rasulullah (SAW) tidak melakukan itu, apa sebab kita ingin melakukannya? Kaedah membezakan ‘Allah’ dengan apa yang disembah orang Kuffar dengan menggunakan nama yang khas dan berbeza tidak digunakan Rasulullah (SAW). Tidakkah ada hikmatnya?
Hujah saya, Bukankah Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad saw untuk berdakwah kepada mereka malah memerangi mereka yang melampau mensyirikkan Allah. Adakah segala usaha Rasulullah saw ini boleh dimaksudkan bahawa Baginda tidak pernah menghalang mereka dari mengunakan nama Allah secara yang bathil?
Ini hujah YB lagi -, perbezaan pendapat di antara MP PAS berhubung isu ini hanya dari sudut kebijaksanaan dan siyasah syariiyah.
Hujah saya, saya nak tanya YB, dalam sejarah 23 tahun perjuangan rasulullah, berapa kalikah Rasulullah menggunakan pendekatan siasah syarriiyah kepada golongan musyrikin? Apakah dalam soal aqidah mempartahankan hak nama Allah masih mahu menjalankan pendekatan siasah syariiyah? Di dalam pendekatan siasah syariiyah di dalam politik Negara, pimpinan PAS telah menggunakannya berkali-kali termasuk YB berbanding dengan Rasulullah sendiri.
Hujah YB dengan petikan Alquran ini Di antara ayat-ayat ini adalah Ayat 72 dan 73 Surah Al-Maidah di mana Allah berfirman,
“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Mariam…” (ayat 72)

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah yang ke-tiga dari tiga...”
Pertanyaan saya, bukankah kedua-dua potongan ayat diatas bermaksud larangan, kemurkaan dan hukuman Allah terhadap mereka kerana mereka telah menggunakan kalimah Allah dan mempercayai Allah secara bathil dan syirik?. Ini menunjukkan penggunaan nama Allah secara bathil dan syirik telah berlaku sejak zaman nabi Isa as lagi. Allah mengutuskan para nabi dan rasul yang silih berganti bagi membasmi dan menghalang kemungkaran ini
Allah mentakdirkan kita orang Islam sebelah sini hanya perlu memperjuangkan nama Allah secara yang hak melalui mahkamah sesuai dengan budaya setempat dan fikrah umat Islam sebelah sini, berbanding dengan beratnya perjuangan Rasulullah mempertahankan kalimah Allah yang digunakan secara bathil oleh puak musyrikin, yahudi dan nasrani. Akhir kata saya ulang lagi, membenarkan pengunaan kalimah Allah secara bathil, seumpama memberi sokongan menghidupkan semula kepercayaan puak jahiliah yang sebelum kedatangan Islam. nauzubillah
Anonymous said…
Jangan mudah leka, terlalu banyak isu yang BN sedang dibellenggu tidak dapat diselesaikan kerana telah terbongkar, ini adalah taktik KERAjaan BN untuk megelirukan rakyat jelata dan cuba untuk meghuru-harakan keadaan dan menakut-nakutkan semua.

Rakyat perlu diberi penjelasan yang bernas dan tidak emosi supaya anasir yang jahat tidak mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.

Yang penting PAKATAN rakyat harus bersatu dalam hal ini.
Saudara YB,

Antara MP dlm Pakatan Rakyat, rasanya kenyataan YB selalu mendatangkan tsunami kepada pandangan umum..

Jangan kita bertuhankan politik.. Dari isu Sumpah Baiah samapi ke isu menyokong penggunaan Perkataan Allah nie, YB rasanya lebih mengutamakan politik survival dari Agama dan bangsa..

Rasanya YB wajar meletak jawatan dgn kenyataan Flip flop sebegini...

~ Penduduk Shah Alam ~
buteh said…
@sm_alkaff,

Saudara memang telah tersalah faham.
Eloi adalah penterjemahan Yahudi bagi perkataan "Allah" dalam bahasa Arab.

Cuba fikirkan bahawa Nabi Isa yang merupakan nabi Kristian pun telah menggunakan perkataan Allah sebelum kedatangan Rasulullah (SAW) dalam kitab Injil.

Kalau saudara berterus menafikan perkataan ini bermakna saudara langsung tidak menghormati bukan sahaja agama Kristian, malah Agama sendiri dan Al Quran.

Ini umpama menafikan bahawa Nabi Isa juga telahpun dihantar oleh Allah (swt).
Anonymous said…
orang putih jajah malaya ratusan tahun. Kes murtad hanya puluhan kes, tapi, umno jajah malaysia 50 tahun, kes murtad telah menjangkau ratusan ribu orang. Lu pikir la sendiri..tak dak akai ka wahai barua2 umno?
Anonymous said…
saya sokong yb khalid. abaikan cakap2 kosong mereka yg tak ada ilmu ni
Anonymous said…
YB,

Tahniah kerana menyatakan kebenaran. Walaupun menerima banyak kecaman, saya berpendapat YB akan tetap mendapat sokongan rakyat khususnya orang islam.

semua pandangan pemimpin-pemimpin PAS berkenaan isu penggunaan nama "Allah" oleh orang kristian adalah jelas dan bagi saya tidak menyimpang daripada tauhid. walaupun ada sedikit perbezaan dari segi "tone", ulasan dan perspektif, saya tetap merasakan hujah-hujah daripada YB dan lain-lain pemimpin PAS adalah matang dan berhemah.

saya tidak dengar lagi komen-komen daripada majlis ulama malaysia. mengapa mereka membisu?

perjuangan YB untuk membuka pemikiran masyarakat bahawa islam itu satu cara hidup dan bukan sekadar agama adalah sangat dialu-alukan. Masyarakat bukan islam sudah mula menampakkan keindahan islam.

diharap YB tidak lemah semangat untuk terus berdakwah walaupun YB dilatih sebagai jurutera. saya memahami bahawa latihan baik di universiti ataupun semasa bekerja menjadikan seseorang jurutera itu sebagai penyelesai masalah dan penambahbaik sistem. Insyallah orang-orang melayu-islam akan memahami apa yang YB dan TGNA sampaikan berkenaan isu ini.

ramai melayu kini yang islam kerana mewarisinya turun-temurun. sistem pemerintahan negara bersifat nasionalis dan memang meletakkan islam itu sebagai agama sahaja. selama berdekat lamanya melayu ini melihat islam sebagai agama. YB, maafkanlah kejahilan mereka.

Sangat menyedihkan ramai diantara muslim di malaysia adalah munafik dan jahil.

wallahualam
Dave Chang said…
Syabas YB Khalid! Malaysia needs courageous and fair leaders like yourself... We see clearly in this issue that PAS is a much better alternative than Umno for 1Malaysia
Anonymous said…
Membaca reaksi saudara-saudara terhadap YB Khalid ni.....
Melihat kepada pemikiran pengkritik-pengkritik yang sedap tekak,
Melihat pakar-pakar 'penjatuh hukum' terhadap sesama Islam,
Melihat semua menjadi sipandai tapi kosong dengan fakta yang nak dikemukakan...
Maka gua rasa, Paderi-paderi tu dah lama menang dan senyum gembira melihat gelagat orang-orang Islam bercakaran sesama sendiri...
Ini lah kualiti pemikiran kita...
timbalan guru said…
Wahai penyokong PAS yang taksub
Tak payahlah nak cakap isu ini dipolitikkan.Tulah tak ada modal lagi ke?
ini isu bila gereja Katolik meminta larangan KDN di batalkan.Jadi bila hakim bersetuju ramai orang Islam yang bantah..termasuklah orang dalam UMNO ,PAS dan PKR.
Cuma pemimpin PAS dan PKR tidak mengeluarkan statement awal.Ada yang keluarkan statement awal.
Seburuk-buruk Khalid Samad dia keluarkan statement awal,pendiriannya.Begitu juga Zulkifli Kulim.Dato Haron Din dan Nasharudin.
Cuma yang tak betul Khalid Samad selain dari interpretasinya ialah menyalahkan UMNO walhal ramai ahli PAS juga tidak bersetuju.
Yang Anuar Ibrahim pula membisu seribu bahasa.He is working hard in the background katanya.Bila PAS bersidang dan mengeluarkan statement yang agak kompleks,si Malaun Anuar nipun ceh mengeluarkan statement 'berani'nya.PKR merasa pemakaian nama Allah oleh bukan Islam adalah perkembangan yang baik.Ceh dengan senyum kambingnya.
teringat saya akan Aidit pemimpin parti komunis indonesia yang mencela para ulama Islam dengan mengatakan
Yang ada misai tak ada janggut itu kucing
Ada janggut ada misai itu singh
tetapi sebelum dia nak mengatakan tak ada misai ada janggut itu kambing...seorang dari pendengar nya terus mengatakan tak ada janggut tak ada misai itu anjing.

Sekarang isu nya ialah kenapa Katolik ini nak pakai nama Allah dan menggunakannya dalam bible yang ditulis dalam bahasa malaysia.Kononya orang kristian di sabah dan sarawak tak faham makna tuhan.Nak juga guna bahasa Arab padahal bila dalam bible berbahasa inggeris tak nak pulak.

Jadi kalau Pemimpin PAS tak mahu menentang,kenapa nak salahkan UMNO sekiranya UMNO mengambil langkah menentang keputusan mahkamah.Kenapa pula pihak PAS nak mengambil sikap eh jangaan tentang?Itu hak mereka untuk menggunakan nama Allah...sebagai nama tuhan katolik.Bangang betul .
Anonymous said…
Isu nama Allah ni cuma nak tutup mata korang sebentar sebab nak fikirkan siapa yang layak pegang watak kambing hitam dalam drama enjin kubota ku hilang di stor padi. Jangan jadi kabur mata rakyat2 semua. Drama ini agak istimewa kerana tiada penghujung dan sambungan kerana watak kambing hitam sering bertukar ganti. Percayalah ini semata2 politikus pemimpin negara ni je.
speculator said…
Apa kesitimewaan Malaysia atau orang2 Melayu di mana mereka nak me"monopoly" perkataan Allah?

Kalau di Lebanon, Jordan, Syria, dan Misr, bukankah warga Kristian disitu menggunakan istilah Allah? Tamaddun mereka lebih lama dari kita. Adakah tokoh2, misalan, dari Al-Azhar mahu menyaman gereja2 di Misr kerana menggunakan perkataakn Allah?

Apa yang KDN harus lakukan adalah menyemak media terbitan Gereja Katolik dan memastikan perkataan Allah tidak digunakan untuk memperdayakan umat Islam.
Anonymous said…
Kalau dalam BM nak gunakan nama "Allah" kenapa dalam English version tak ikut sama. Tentu ada muslihat yang terancang. Kalau dah tahu niat mereka nak memesongkan akidah umat Islam kenalah tentang bukannya sokong. Itupun tak boleh fikir ke????
Mael Hashim said…
Kalau orang Kristian nak bersembahyang di mesjid, itu pun tentu boleh kan, sebab mereka menyembah Allah juga.
Anonymous said…
pada pandangan sy isu ini perlu diselesaikan segera dgn perundingan, klu ikut mahkamah susah disebabkan sekularnya perlembagaan kita yg mengehadkan islam hanya utk ceremony shj..ikut hukum ade ulama kata harus ada yg kata haram ini xjd masalah tp kita perlu tgk siasah sar'iyyah setempat so pengawalan penggunaan nama Allah perlu...tq
Anonymous said…
sorry Dave Chang...anyone with Khalid version of Islam...will not get much votes from the Malays he is preaching his belief based on his politic agendas....so Khalid...sebelum you tergolong dalam golongan munafik....lebih baik...you kembali ke pangkal jalan. Tinggalkan dunia politik yang penuh degan tipu helah dan kepura-puraan, nescaya saudara akan lebih tenang berbakti ke jalan Allah.......
Anonymous said…
Anon 1:23am.
Kau ni bodoh lah. Ini soal nama Allah nak digunakan dalam Herald weekly magazine. Pasal engin tu semua orang tahu, mana boleh sorok. Kau jangan pulak mengalihkan isu ini dengan heret pasal engine tu. Bangang!!!! Aku dah tak boleh cakap elok2 lagi dengan penyokong tok tok macam kau ni. Kau rasa Khalid nak siarkan tak komen aku ni. Pegii dah
Anonymous said…
Daripada komen-komen ini jelas menunjukkan kerapuhan Islam di kalangan umat Islam Mealayu di Malaysia. Dengan isu ini pun dah mengelabah satu macam. Nasıb
mat saga said…
Confirm.....

yb kalid memang dah masuk geng "take beer".... lahanat sungguh adik shahril samad nie...(mesti kena block komen aku nie)

tapi nasib baik masih ada geng "takbir" macam ustaz nasha dll...

apa perasaan YB selepas kejayaan Herald nie nanti kuil hindu pulak naik mahkamah mintak pengunaan nama Allah dalam majalah mereka ganti perkataan dewa murugan....

mesti YB suka kan....
Mv Agusta said…
sy ada jalan penyelesaian.
1. Sesiapa pun dari UMNO yg sokong penggunaan kalimah Allah oleh herlad sila masuk PAS.
2. Sesiapa pun penyokong PAS yg menentang penggunaan kalimah Allah oleh herlad sila masuk UMNO.
3. Sesiapa yg atas pagar elok saja masuk PKR atau DAP.

Jadi, janganlah marah YB Khalid. Dia YB utk semua kaum dlm kawasan dia.
Anonymous said…
orang putih jajah malaya ratusan tahun. Kes murtad hanya puluhan kes, tapi, umno jajah malaysia 50 tahun, kes murtad telah menjangkau ratusan ribu orang. Lu pikir la sendiri..tak dak akai ka wahai barua2 umno?

-ada data yg menunjukkan 'hanya puluhan kes'? kalau ada..sila lampirkan..saya berminat ingin mengetahuinya..
Anonymous said…
orang putih jajah malaya ratusan tahun. Kes murtad hanya puluhan kes, tapi, umno jajah malaysia 50 tahun, kes murtad telah menjangkau ratusan ribu orang. Lu pikir la sendiri..tak dak akai ka wahai barua2 umno?

-ada data yg menunjukkan 'hanya puluhan kes'? kalau ada..sila lampirkan..saya berminat ingin mengetahuinya..

January 7, 2010 3:12 AM

Cakap memang lah senangkan, biasa la orang PR haram jadah ni, cakap main sedap mulut je, bagi fakta la! Bodoh sungguh.
Anonymous said…
JANGAN DUK SOKONG LAGI SI KHALID NI PRU DEPAN....

MENYESAL BAGI UNDI KAT MAMAT KHALID NI.. CHEESSS.. PTUIHHH!!!!!!!!
Anonymous said…
i support khalid samad 100%
Anonymous said…
yg paling penting anwar ibrahim ialah manusia yg paling keji...sama taraf dgn israel punyer org
Unknown said…
Sokong YB ZUL KULIM Saya sedih sangat dgn sokongan YB kat Herald dalam isu"KALIMAH ALLAH". YB pikir pasal kepentingan polotik saja tanpa pikir tentang kesannya terhadap ISLAM. Lepas tu puji DAP pulak. Jangan lupa YB. ramai yang dah menyesal undi YB pada PRU12.
Anonymous said…
sy benci melayu ekstrem tak paham islam. mereka samakan melayu ngan islam. kita dituduh rasis oleh org luar. pd sy, klu Allah tak larang sesiapa pun seru namaNya kenapa kita nk kecoh2?
Bang bob said…
Aslkm, kebanyakan yang memberi komen di sini agak emosinal .Alhamdulillah sayang sungguh anda pada nama Allah. Jangan sayang pada nama Allah saja, tetapi apa yang di suruh ALLAH tak buat dan yang di larang ALLAH tetap tetap berlaku. Setahu saya Allah adalah tuhan kepada semua makhluk di alam ini. Dalam surah Fatihah dah disebut. Bagi saya sesiapa saja boleh guna nama ALLAH dan saya bersyukur kerana kristian dah mengaku ALLAH sebagai tuhan. Samada mereka nak salah guna atau nak menyeleweng itu hak mereka dan hak kita pula bila mereka menyalah guna nama ALLAH kita betulkan, apa susah? Kenapa nak takut sangat. Sepatutnya kita takut kepada ALLAH kerana gagal mematuhi hukum ALLAH, gagal melaksanakan amal maa'ruf nahi munkar. Pada masa sekarang berapa banyak mungkar yang berlaku, dibiarkan begitu saja...malam "tahun baru" berapa ramai orang Islam yang kecundang, dengan zina, arak, dadah, dan bermacam-macam lagi...ade ke kamu wahai pengulas blog ambil peduli? Adeke orang UMNO buat demo bantah sambutan tahun baru yang jelas membawa kemungkaran.
Wahai saudara-saudaraku kenapa nak marah sangat pada YB Khalid? ALLAH sememangnya tuhan kepada semua manusia. Hanya manusia yang engkar saja yang meletakkan benda lain selain ALLAH sebagai tuhan mereka. Kalaulah ditanya kepada tuan-tuan dan puan-puan siapakah tuhan orang-orang kristian? Adalah anda akan menjawab Jesus, Al Masih dan sebagainya... tetapi jawapan saya akan adalah Allah. Kita kena akur bahawa ALLAH adalah tuhan kepada semua, jangan kita beriktikad bahawa orang bukan islam ada tuhan yang lain. Selaku orang islam kita kena iktikad bahawa tuhan mereka pun ialah ALLAH, cuma mereka saja yang engkar tidak mahu mengaku bahawa ALLAH adalah tuhan.Tetapi sekarang Kristian ingin mengaku bahawa ALLAH sebagai tuhan, alhammdullillah, cumanya tugas kita adalah untuk memastikan mereka tidak menyalahguna nama tersebut. Jadi janganlah emosional yang persoalan ini. Pandangan yang diberi YB Khalid memang tepat sebagai orang yang berilmu.
Anonymous said…
bila Ustaz Haron DIN, Syeikh Yusuf Qadrawi,TS Harussani Zakaria, MAza, mufti cakap Kes Liwat kena bicara kat Mahkamah Syariah, tak de pulak geng2 UMNO kepala lembu bising kat sini...

pelik...pelik...

maklumlah...otak kurang protein, lembu kan asyik makan rumput ja.


keep it up YBKS!
Anonymous said…
salam...pada aku orang awam tak perlu lah ulas perkara ni..biar ahli agama saja yang ulas..kita ni sape.. ayat seringkas BISMILLAH pun kita tak boleh huraikan ini kan pula isu ni..bukan apa takut tersalah cakap..wassalam
Anonymous said…
Kita membantah dan memprotes bukan kerana kepentingan peribadi atau parti politik... Si Khalid pandangan dan pendapat beliau more kepada kepartian... demi memancing undi org bukan islam, sanggup bersekongkol dgn mereka dan sekaligus menggadaikan nama Islam itu sendiri..

Ada lihat cara Zulkifli Nordin.. ini MP yang kita mahu... lantang bersuara demi Agama...

Dlm isu Nama Allah nie, MP Baling (PAS)pernah bahaskan... If semua guna nama ALLAH, buddha guna, krisitian guna... kita nak ikut ALLAH yang mana... KRISTIAN pun guna ALLAH, cara mereka lagi senang.. x yah sembahyang 5 waktu.. then semua follow cara mereka...

kita khuatir generasi akan datang KELIRU... itu yg kita takutkan...

So ingatlah, kamu-kamu seperti si Khalid nie akan disoal di padang masyar nanti tentang tanggungjawab anda sebagai pemimpin...


ALLAH HUAKBAR...
Anonymous said…
Daripada komen-komen ni, Kesian org Melayu, memang dah keliru walaupun org christian tak guna nama Allah.

Saya sokong YBK
Wan Adli, Kubur Panjang, Pendang said…
Dalam isu Allah, nampaknya YB mengiktiraf penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik untuk menamakan ‘God’ mereka yang Triniti. Hal ini menunjukkan seolah-olah YB tahu ada objek tasawur lain yang boleh dinamakan sebagai Allah selain Allah yang Esa. Oleh itu, saya ingin tanyakan YB satu soalan daripada al-Qur’an, surah Maryam (19), ayat 65, “hal ta‘lam lahu samiyya?”, terjemahannya adakah YB “mengetahui sesuatu yang senama denganNya?”

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.