Skip to main content

Pidato Khas 13 Disember: Antara Royalti dan Ihsan

ANTARA ROYALTI DAN IHSAN, SIAPA PENGKHIANAT BANGSA
Tarikh: 13 Disember 2009
Masa: 9 Malam
Tempat: Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang
1 YB Dato' Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan)
2 YB Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden keADILan & AP Gombak)
3 YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari Agong PAS Pusat)
4 YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang)
5 YB Khalid Samad (MP Shah Alam)

******************************
Oleh: Nazri Abdullah (HarakahDaily)

Satu majlis pidato khas berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan akan diadakan sebagai usaha berterusan mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan hak rakyat negeri serambi Mekah itu.

Pidato rakyat bertajuk 'Antara Royalti dan Ihsan, Siapa Pengkhianat Bangsa' itu akan diadakan pada tarikh 13 Disember ini jam 9 malam bertempat di Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang.

Ianya adalah inisiatif Pakatan Rakayat Gombak bagi menyemarakkan lagi kempen dan sebagai sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk bersama-sama menutut rolti yang dinafikan kerajaan pusat.

Program tersebut bakal dibarisi individu penting berkaitan tuntutan royalti iaitu Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin pakatan lain.

Mereka termasuk Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli.

Program itu juga antara lain bagi memberi penjelasan dan perkembangan semasa usaha kerajaan Kelantan dan pakatan rakyat dalam tuntutan royalti tersebut.

Sehingga kini pelbagai usaha dilakukan kerajaan Kelantan dan pakatan rakyat bagi mendesak kerajaan pusat mengembalikan hak royalti kelantan dan bukanya sekadar wang ihsan.

Terbaru, Kelantan akan mengusahakannya melalui saluran undang undang setelah melihat jalan rundingan dengan pusat mememui jalan buntu.

Manakala ahli parlimen pakatan rakyat pula akan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas kepada Dewan Rakyat bagi membincangkan perjanjian petroleum yang dimetrai oleh semua negeri pengeluar petroleum dengan pihak Petronas.

Selain itu, pelbagai pihak sama ada individu mahupun kumpulan sudah menyatakan sokongan untuk bersama Kelantan memperjuangkan hak rakyat negeri itu.

Ianya termasuk bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah yang mahu kerajaan tidak membelakangkan undang-undang dengan mematuhi dan menghormati kontrak perjanjian antara Kelantan dengan Petronas.

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Gentleman Muslim said…
Salam YB Khalid,

Ana nak khabarkan kegembiraan yang teramat dengan sifat Gentleman yang telah YB Khalid berikan tempohari kerana ianya sesuatu yang sukar dijumpai dikala ini. Inilah pemimpin berjiwa rakyat. Untung para pengundi Shah Alam.

http://ismits-ulamraja.blogspot.com/2009/12/gentlemensukar-dicari.html
Anonymous said…
Kenapa tiada wakil dari UMNO, PETRONAS, pakar2 undang2 royalti minyak berkaitan(bukan Prof. Aziz, dia pakar perlembagaan), pakar persempadanan , pakar geologi,

Kami mahu dengar cerita dari semua pihak pihak, baru dapat menyimpulkan adakah PAS atau kerajaan Pusat berada di pihak benar? Maklumkah kamu berdua PAS dan UMNO ada kepentingan politik masing2. Kami rakyat Malaysia yang duduk atas pagar mahu tahu cerita sebenar.


Kawan saya kata minyak dibawah lapisan bumi tidak statik. Misalnya mungkin Brunei sedut minyak dari Sarawak bawah tanah atau sebaliknya. Betul ke ? Rumit sungguh masalah ini. Seprkara lagi, kalau kerajaan Persekutuan serahkan royalti minyak kepada rakyat melalui kerajaan Nik Aziz, adakah kemungkin kerajaan Persekutuan kurangkan bantuan lain kepad Kelantan. Orang Kelantan ramai cari rezeki di seluruh Malaysia. Maklumlah orang kelantan tak sokong kerajaan Persekutuan, bimbang nanti orang Kelantan tidak mendapat tempat untuk perkara2 lain dibawah kerajaan Persekutuan, misalnya masuk Universiti, masuk perkhidmatan awam dan lain2 lagi. Bimbang nati semua peluang2 pindah kepada penduduk negeri jajahan Baraisan Nasional.

PAS dan UMNO buatlah apa nak buat tetapi jangan lah rugi rakyat Malaysia khususnya orang kelantan. bagi saya PAS dan UMNO sama sahaja iaitu orang politik dengan penampilan berbeza satu pakai songkok yang satu lagi pakai serban atau ketayap. Yang beza ialah siapa lagi kuat imannya. jangan pula perasan masing2 lebih kuat iman.
Anonymous said…
Nak dengar semua pihak apa lagi. Konpem dah patutnya KElantan dapat Royalti bukannya wang Ihsan...

Dapatkan Latest Blogger Template di sini
Budak Perak said…
Selongkar sampah demi sesuap nasi - kerajaan Selangor perlu bertindak segera

Jangan sampai kera di hutan disusukan anak diriba mati kelaparan..

kerajaan rakyat bertindak untak kepentingan rakyat..

Firman Allah Ta’ala ;

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (٨

( maksudnya );
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ . ( Surah Al-Maidah : 8 )

RAWANG: “Saya terpaksa memberanikan diri menyelongkar tong sampah mencari tin minuman terpakai pada waktu malam untuk mencari rezeki menyara keluarga yang serba daif ini,” kata ibu tunggal, Sarizah Kamaruddin, 33.
Menurut Sarizah, selepas berpisah dengan suami, Osman Abdullah, dua tahun lalu, dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menyara anak, Siti Nur Balqis, 18 bulan, bapanya yang uzur, Kamaruddin Bisa, 70, bersama dua adik iaitu Sharifah Hernani, 29, dan Sharidatul Nadiah, 28, serta kakak tiri, Zaleha Mohammad, 47, yang semuanya cacat penglihatan.

Katanya, dia perlu mencari rezeki sehingga awal pagi setiap hari selepas anaknya tidur dan dijaga ahli keluarga lain di Taman Bersatu di sini.

“Saya bersyukur diberikan Tuhan kekuatan semangat dan tenaga serta mampu mencari rezeki halal waktu malam. Tin minuman dikutip dijual dengan harga RM3.80 sekilogram di pekan Rawang pada pagi esoknya.

“Ayah yang juga bekas buruh Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah uzur dan menghidap penyakit buah pinggang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada kami yang serba kekurangan ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Dia berkata, hasil penjualan bekas minuman diperoleh kira-kira RM10 hingga RM20 setiap hari digunakan untuk membeli susu anak dan keperluan harian untuk menyara keluarga.

“Saya tidak menerima sebarang bantuan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Hanya kakak, Zaleha menerima sumbangan JKM sebanyak RM80 sebulan dan ayah pula dibantu LZS RM200 sebulan.

“Kemiskinan yang mencengkam ini memaksa kami mencatu makanan setiap hari, tetapi bersyukur mampu meneruskan kehidupan dengan penuh kesabaran,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Matahari dan Bulan, M B Raja, bersama pemilik Restoran Ali Maju cawangan Rawang, Asbar Ali Mohd Naheeb serta wakil Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Rawang, Makbul Ahmad menghulurkan bantuan keperluan makanan harian ketika berkunjung ke rumah keluarga itu, semalam.

Raja berkata, beliau akan berusaha membantu keluarga berkenaan dan bersedia mengajukan segala permohonan mereka kepada jabatan berkaitan seperti JKM dan LZS untuk menilai semula bantuan yang diberikan.

“Saya mahu keluarga ini diberi perhatian sewajarnya oleh agensi berkenaan dan memberi bantuan sewajarnya kepada mereka.

“Semua pihak serta jabatan bertanggungjawab perlu memandang serius kedaifan keluarga ini untuk dibantu,” katanya.

Mereka yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Sarizah di talian 017-3404766
Anonymous said…
ehh..YB..
Hulu Klang ni kat Kelantan ke??
shakerz said…
ape susah sgt....klu rase diri tu betul, saman je la....nak tgk bwh undang2 sape yg btol
Anonymous said…
DAP pertikai hak keistemewaan orang melayu, PAS kata ok.

DAP pertikai kerajaan BN banyak bina masjid, PAS diam.

DAP jual tanah wakaf di Pulau Pinang, PAS diam.

DAP suruh Azan di perlahankan, PAS senyap.

DAP tak bagi bantuan untuk sekolah agama di pulau pinang, PAS tak kata apa.

DAP gunakan PAS untuk minta kerajaan BN hapuskan BTN, PAS kata "Hamba yang menurut perintah tuan"

DAP suruh PAS baring atas jalan (kes perak) PAS ikut.

DAP suruh PAS maki sultan. PAS buat.

DAP suruh baca ayat quran yang tak wujud, PAS kata "tak ayat quran tu wujud" (surah aura)

DAP minta duit zakat di beri kepada orang kafir, PAS kata "ok"

DAP nak hapuskan kesultanan melayu, PAS kata "buat lah"

PAS anjing DAP yang setia.


P/S: gua bukan barua UMNO eekk...gua pun bukan barua PAS yeerr...

gua bukan barua kaki liwat..gua bukan barua DAPig..
warisantmk said…
PAS, termasuk YB Khalid Samad, nampaknya lebih berminat untuk menSENSASIkan perkara ini, untuk dijadikan modal politik, untuk menimbulkan kebencian rakyat, khususnya rakyat Kelantan terhadap UMNO/BN.

Kalau tidak, kenapa tidak bawa sahaja ke mahkamah, supaya rakyat dapat melihat sendiri apakah hujah-hujah sebenar kedua-dua pihak.

Saya juga percaya, PAS amat 'fobia' dengan perkataan 'wang ehsan', kerana 'wang ehsan' di Trengganu telah dikaitkan dengan KEJATUHAN Kerajaan PAS Trengganu pada 2004.
Anonymous said…
YB Khalid,
Cukup-cukuplah berpolitik tentang minyak.

Kami dah bosan sangatlah. Kenapa perlu dikejar royalti? sedangkan kerajaan pusat bersetuju utk memberi peruntukkan wang ehsan. Tak bolehkah kerajaan pas kelantan menggunakan budi bicara dgn meminta sedikit peruntukkan drp kerajaan pusat utk kegunaan rakyat kelantan?

Nego la dgn Najib. Kan senang. Kalau siang-siang kata susah memang sampai bila-bila akan susah. mintak dulu peruntukkan.
drp ajak rakyat berpolitik tak tentu hala adalah lebih baik YB guna pendekatan lembut sikit.

bgtau dgn TGNA tu. Jgn dok keras kepala sgt lah..saya dah bosan dengar. Dlm Utusan kata mcm ni..dlm harakah kata mcm tu..yg mana betul pun saya tak tau lagi dah..

Drp YB memekak tak tentu hala adalah lebih baik YB memikirkan hal di Shah Alam ini. ICITY dengar bunyi khabar nak di jadikan pusat maksiat. lebih baik YB halang perancangan maksiat ni..
Anonymous said…
Apa berlaku di sesuatu kawasan Parlimen adalah tangugjawab ahli Parlimen. orang2 yang dilantik dan penduduk setempat dan lain2 orang yang berkaitan. Sama2 dipersoalkan diakhirAT TANGGUNGJAWAB MEREKA.

Nasihat saya jangan jadi pemimpin kecuali ikhlas kerana Allah Ta'ala.
tanggungjawab pemimpion itu berat. Allah Lebih Mengetahui segala isi hati manusia.
Anonymous said…
x yah la nak dengar sbelah pihak lagi..nyata dan terang memang terang yang royalti minyak memang kepunyaan kelantan ...naper plak dilabelkan sebagai wang ehsan????..kalo kera jaan perskutuan adil naper x bagi jer royalti?naper nak tukar kpd wang ehsan??
Anonymous said…
Anon 1:36pm
Mana boleh negeri di perintah PR ada pusat maksiat? he he he, fitnah tu bro.
Anonymous said…
Assmlaukum YB,
Saya kagum dengan sikap keterbukaan YB untuk memaparkan komen yang tidak berpijak kepada kebenaran yang bersulamkan emosi.
Soal minyak itu soal hak. Siapa yang berhak ke atas 5% hasil minyak kelantan. Kerajaan negeri atau JPPK? Hak seseorang atau sesebuah kerajaan tidak boleh dinafikan dengan pelbagai alasan walaupun alasan tersebut nampak baik atau masuk akal.Bagi mereka yang memandang remah tentang hak ini, barangkali jika anda mempunyai hak atas sebidang tanah, tetapi anda hanya diberi ehsan untuk menetap sahaja di atas tanah tersebut tanpa diberi hak, rasanya pasti anda terima kerana keberanan menduduki dengan memberi hak milik, kan sama tuu!
Anonymous said…
bro anon 14 dec--11am..
PAS ke korek minyak kat laut luas tu??

nak pi korek tu duit sapa? duit pas ke? kalau pas bagi duit & ada share dlm E&P kat perairan kelantan pastu kerajaan persekutuan nak tukar pada wang ehsan drp royalti maka aku org pertama yg masuk dlm ceramah YB nihhh...

so, kalau tau memekak tapi tak tau apa, baik diam je..
Anonymous said…
Orang UMNO ni tak abis-abis nak fitnah.

Mana ada pusat maksiat kat shah alam..cuba tunjukkan..

perancangan ICITY tu supaya muda-mudi boleh enjoy kat sini..minum arak it's ok asalkan tak lebih 5%..ustaz ronnie cakap kat ana..

YB, jangan dengar cakap orang-orang umno ni..saya undi YB. Saya muda lagi..nak enjoy tak puas la YB..
Anonymous said…
Saya cadangkan orang Kelantan pergi pasang konkrit dalam2 tutup semua sempadan bawah tanah, nanti minyak Kelantan kena sedut orang Trengganu dan orang Siam.

Ditujukhas kepada Brother (December 14, 2009 11:44 PM)yang bermula dengan persahabatan
"bro anon 14 dec--11am.."

dan berakhir dengan ayat kurang enak

"so, kalau tau MEMEKAK tapi tak tau apa, baik diam je.."


Janganlah terlalu beremosi sangat.Bertenang dan bersabar lah. Saudara Brother PAS, pejuang ISLAM.
Anonymous said…
Orang Selangor semua tahu bahawa hanya jantan Kelantan yang menjual perempuan kampong mereka

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.