Skip to main content

Rekod Jenayah: Wakil Rakyat PAS Ugut Saman JAIS

Oleh: Salhan K Ahmad (Malaysiakini)

Ahli parlimen Shah Alam sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendakwa beliau mempunyai "rekod jenayah".

Khalid Samad berkata tindakan itu mungkin diambil berdasarkan surat makluman polis Selangor sebelum ini yang menyatakan beliau mempunyai rekod sedemikian.

"Tapi bila saya tanya mereka tidak boleh sebutkan apa jenayah saya," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

"Jadi saya akan buat saman malu sebab (Jais) menulis kepada pihak ketiga (polis), sedangkan saya tidak pernah hadir ke mahkamah dan tidak pernah dibicarakan atas apa-apa kesalahan."

Khalid juga berkata peguamnya sedang melihat sama ada beliau mempunyai cukup bukti untuk mencabar keputusan Jais yang enggan mentauliahkannya mengajar agama di negeri itu.

Tambahnya, pengarah jabatan tersebut Datuk Mohamed Khusrin Munawi juga berdolak-dalik ketika diminta menjelaskan sebab tauliahnya ditolak tahun lalu.

"(Jais) beri alasan putar belit. Bila kita timbulkan isu rekod jenayah, baru kata tauliah saya ditarik sebab bacaan (khutbah) saya tak mantap," kata Khalid lagi.

Tambahnya, kenyataan ini seolah-olah menunjukkan Jais dan pengarahnya ingin menutup kelemahan jabatan berkenaan apabila tidak konsisten memberi alasan tauliahnya ditarik balik.

Mohamed Khusrin (kanan) hari dilaporkan berkata Jais bertindak sedemikian terhadap Khalid kerana "tidak sesuai membaca khutbah" setelah merujuk pandangan para jemaah dan juga pemimpin PAS itu tidak mempunyai pendidikan rasmi dalam bidang agama.

Kenyataannya itu di Sinar Harian tidak mengulas isu "rekod jenayah" yang dijadikan alasan oleh Jais dalam surat pembatalan tauliahnya kepada Khalid, 28 Oktober 2008.

Khalid juga berkata, Jais perlu bertindak telus tanpa mengikut tekanan politik daripada mana-mana pihak dalam proses pentauliahan penceramah agama.

"Kena ada alasan dan sebab kukuh untuk tolak tauliah. Kalau ada laporan (membantahnya), kena tunjukkan kepada saya. Saya pun hendak tengok. Tidak bolehlah berdasarkan aduan saja," katanya.

"(Khusrin) kena buktikan apa bacaan saya yang tidak mantap, tunjukkan (tindakan tarik tauliah) bukan dibuat atas tujuan politik."

Bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu turut mempertikaikan kelayakan Khusrin yang mendakwa bacaan khutbahnya tidak mantap, dan berkata pengarah itu sendiri tidak mempunyai kelayakan sesuai untuk memegang jawatan tinggi di jabatan tersebut.

"Sepatutnya pengarah ini sekurang-kurang kena ada kelusan sarjana atau kedoktoran... Saya difahamkan Khusrin cuma lulusan ijazah ekonomi daripada Universiti Malaya," kata Khalid.

"Apa kelayakan dia untuk kata bacaan saya tidak mantap?"

Beliau juga mempersoalkan rasional di sebalik kuasa mutlak yang diberikan kepada jabatan berkenaan dalam pentauliahan seseorang penceramah agama.

"Kena ada proses nasihat dan perbincangan untuk tentukan proses tauliah supaya tidak dimonopoli oleh satu pihak saja dan pastikan proses itu telus.

"Proses kena lebih telus supaya kita boleh tentukan ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak termasuk PAS dan Umno," katanya lagi.

Ditanya sama ada pengarah Jais tersebut perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) DUN atas tindakan tidak konsisten tersebut, Khalid berkata perkara tersebut hanya boleh dilakukan dengan perkenan Sultan Selangor.

"Ini sebab Jais dan Mais (Majlis Agama Islam Selangor) berada bawah Sultan. Tapi kalau memang ada salah guna kuasa dan penyelewengan, tidak ada siapa yang boleh kebal daripada undang-undang," katanya.

Sumber: Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

~PakKaramu~ said…
Salam,

Nampaknya JAIS ni melampau-lampau waktu kebelakangan ini, jika demikian kita kena lawan mereka
Syikin Faizura + Kota Bahru said…
YB Khalid Samad mesti letak video ini.

Terus dari mulut Dr. Aziz Bari mengenai kelemahan Presiden PAS Hj. Hadi Awang.

Dikatakan Hadi Awang (i) tiada imej dan aura seperti Nik Aziz, Kit Siang, Anwar Ibrahim, (ii) dikelilingi kroni-kroni yang menyumbat ke mulut dan minda beliau idea seperti berkerjasama dengan UMNO, (iii) tidak efektif lagi, 'hilang stim'.

Dr. Aziz Bari juga cakap dalam politik, kalau seorang itu dah buat silap (seperti cakap nak bersekongkol dengan UMNO), mereka harus 'out', disingkirkan saja. Mana ada peluang kedua? Rakyat dah hilang kepercayaan.

Tengok sini sendiri dengan mata sendiri, wahai pembaca. YB Khalid, sila tayang video ini agar semua orang dapat lihat:

Video GeMpaK Dr. Aziz Bari menceritakan tentang pendapatnya tentang Presiden PAS Hadi Awang.
Salam, YB Khalid.


usah gentar dengan tindakan musuh laknat yang bertopengkan Islam. JAIS dilihat semakin tersasar dari matlamat asalnya. Golongan sebeginilah yang membuatkan agama Islam yang suci disalah fahami. Mereka berselindung di sebalik agama untuk mencari makan. sungguh hina mereka ini, terutamanya pengarah JAIS yang berwajah seperti babi itu. Saya sokong anda, YB. Jalankan khidmat dengan baik. Saya yakin YB salah seorang pemimpin pelapis PAS yang layak menerajui parti.
Anonymous said…
yb, that jais fler is playing politics. he's in cahoots with dr hahahahahaha-u-know-who-liiii.

pas has fraksi umno.
govt depts also hv fraksi umno.

KUBURKAN their careers...
isnt pakatan the state govt??

i know, that jais fler can only be sacked by thje sultan. i think.
sigh....


4RAKYAT
orang kertas said…
biar saya bagi tau bagaimana khutbah yang mantap mengikut piawaian jais:
1 - bercakap tentang kempen membaca
2 - bersyarah tentang kempen basmi denggi
3 - berlabun tentang kepentingan mendoakan seorang dua sihat sejahtera dan panjang umurnya
4 - bersyarah tentang melayu dan islam bersatu
Anonymous said…
Sekarang ni YB, ramai sgt puak-puak edorgan dlm PAS.

Apa yg Syikin kata tu mmg benar. Saya banyak juga membaca artikel & juga video Dr Aziz Bari..

Pendapat saya beliau cuma seorg pensyarah bukan org politik..nampak gaya beliau lebih terjerumus kepada Anwar. Siapa Aziz Bari ni nak cakap pasal Hj Hadi?

Satu lagi, sebelum YB saman JAIS..terangkan kepada kami adakah benar PAS menuntut sumpah cerai taklik talak tiga ke atas isteri mereka jika mereka keluar dari Pas?

Sila jelaskan dgn sejelas-jelasnya.
Anonymous said…
Jawapan kat atas tu pun aku boleh bagi dan selesaikan.. Jgn baca dan dengar suara2 media tajaan umno. Pasal cerai tu, ko ada belajar munakahat tak dulu?.. Ada tulis tak apa2 tentang pas?.
Syafeeq said…
Anonymous di atas cakap ramai sgt puak-puak Erdogan dalam PAS dan menyoal siapa Dr. Aziz Bari nak cakap pasal Hj Hadi.

Anonymous, untuk pengetahuan kamu, apa kurangnya golongan yang progresif dalam PAS seperti puak-puak Erdogan yang kamu maksudkan itu? Mereka semua baik baik belaka dan diterima oleh rakyat tak kira kaum/ugama. Lainlah golongan ulama macam Hadi, Nasha dengan Mustapha. Takde sokongan dari warga bukan Muslim.

Kalau PAS benar benar 'PAS For All' dan ingin sampai ke mercu pentadbiran negara, PAS tidak ada pilihan lain. PAS perlu memodenkan struktur dan wawasan parti agar lebih selaras dengan dasar negara yg majmuk.

PAS tak boleh dah ikut cara nasionalis Melayu yg sempit yg diperjuangkan puak golongan ulamak. Oleh itu PAS kena selaraskan visi dia dengan visi Pakatan Rakyat.

Ura-uranya golongan ulamak dalam PAS menunggu saja hingga UMNO kuat kembali di bawah Najib Razak. Ini bahaya. Pihak yang menyebelahi satu regim yang sudah dikenali korup dan zalim tidak boleh dipercayai dan harus ditolak. Inilah sebabnya Dr. Aziz Bari menasihatkan agar kita hati-hati dengan Hassan Ali, Mustapha Ali, Hadi Awang dgn Nasharuddin Mat Isa. Lebih dari itu, TG Nik Aziz dah lama tau dah pasal kegiatan dan matlamat mereka-mereka ni.

Jangan terlalu nak ikut w'ala atau taat setia kepada pemimpin. Pemimpin yang takde prinsip atau suka menghelah seperti mereka di atas tidak layak menerima w'ala.

Penyokong-penyokong dan ahli-ahli PAS perlu luaskan pikiran dan perlu pertahankan nilai-nilai mulia dlm Islam, bukan sokong pemimpin besar semata-mata takut kerana kalau pemimpin itu dibuang Islam akan 'tergugat'. Itu mengarut tuh. Islam hanya tergugat apabila kita gagal mendokong nilai-nilai mulianya.
Rakyat Malaysia said…
Dear YB,

I think is a good idea to sue this people from JAIS. It can also be said that MB wannabe Dr. Hasan might have a hand in all this. This joker who call himself a Muslim but is too much of a coward to attack you directly, so he conveniently direct his henchmen from JAIS to do his dirty work. He is not only an embarassment to PAS and Muslims in general but also the HRH Sultan of Selangor, since H.R.H is the head of Islam in Selangor.

This also shows why your President is such a wimp as he is too weak to get rid of bigots such as Hasan Ali.

To say it all : "Selamatkan Selangor, Selamatkan PAS, Selamatkan Pakatan, Singkirkan Hasan, Singkirkan Hadi".
Anonymous said…
hari ni keluar dlm utusan umno pasal ba'iah..

tapi terdetik hati saya juga bila ramai yg memperkatakannya sejak pertengahan tahun lepas..jika perkara ini berlaku adalah amat malang sekali..

kenapa perlu sumpah taklik utk ceraikan isteri? adakah cerai boleh di politikkan?

harap YB boleh tolong jelaskan..
Anonymous said…
JAIS behaviour is diametrically opposed to all that is honourable, moral and Islamic.

It's like Lucifer defending Truth.
Anonymous said…
Syafeeq,
Apa beza PAS For All selaras dgn dasar negara yg majmuk dgn dasar UMNO?

kalau begini gaya pemikiran kamu, maka satu hari nanti PAS akan di telan oleh PKR & DAP.
Mohamed Ali said…
salam,yb khalid samad,
saya sokong anda saman ketua pengarah jais,nak cakap pasal pendidikan agama dia tu lagi tak layak,dia tu bernasib baik dilantik di zaman khir toyo,dato dr hassan ali satu hal pula pegang exco agama pun tak tau tegur pengarah jais,dulu zaman umno marah bila jais tangkap ust ceramah ugama jika tiada tauliah,
Anonymous said…
to "Syafeeq 7.21am", thank u sir for this comment. i still hv hope for pas - and for a better malaysia.

let pas rule. install hukum hudud. i dont care. tapi mesti kuburkan umno-syaitan.

mesti kuburkan umno-syaitan.
mesti kuburkan umno-syaitan.
mesti kuburkan umno-syaitan.


to "anon 6.10pm",
bezanya, pas adalah parti tanpa rasuah. gerombolan united malays national organization is a CORRUPT party. yes, it is a CORRUPT party. CORRUPT, CORRUPT, CORRUPT. all umno members fight even among themselves to be ketua cawangan or ketua bahagian bcos there is so much DUIT HARAM to me made.

and u know DUIT HARAM tu dari mana? DUIT HARAM tu dia orang ambil dari poket makcik2/pakcik2 kat kampong, yang selama 50 tahun ni, sengaja diperbodohkan oleh ketua2 bahagian umno semua tu.

si-jahanam umno ni sengaja nak mempertahankan status quo agar anak2 melayu sendiri di kampong sentiasa tidak sedar akan isu2 yang sebenar.

si-jahanam umno ni bila tiba hari raya akan masuk kampung dgn kereta buruk yang dipinjam dari tukan kebun atau mekanik, sementara mercedez benz dan bmw yang dibeli dari DUIT HARAM tu dia orang park kat jauh-jauh.

si-jahanam umno ni akan ambil sekadar seringgit dua dari jumlah BERBILIO-BILION DUIT HARAM yang disimpan, dan dia orang akan pakai topeng "pemimpin bangsa" (kononnya) dan beli se kg atau dua beras dan ditaburkan kpd warga kampong yang tidak kenal isu sebenar.

isu2 sebenar seperti :-
pkfz - berbilion2
monsoon cup - beratus2 juta
khir toyol - istana berjuta2
khir toyol - 1.6 juta untuk syok sendiri & kerabatnya di disneyland sementara pakcik2 pencen kerajaan kena beratur tiap2 bulan ambil sekadar seratus dua. ( i am really pissed off as i am writing this ).

JADI, anon 6.10, kepala otak kau yang xxxx tu paham tak?

ini bukan isu bangsa
ini bukan isu agama
ini isu kemanusiaan.

lu tak mau pas "ditelan" pkr atau dap? baik, u tunjuk sama saya lu boleh memimpin negara secara jujur, ikhlas dan berwibawa; dan i akan sokong u sampai i mati.

tak kira u muslim ke, melayu ke atau apa2 pun.

(NOTE1: of course, if anon 6.10pm, u r an umno-cybertrooper paid to do this kacau2 comment, then x ape lah. i faham. tapi, bukan kah camni lagi hina daripada jadi pengemis? if u r an umno-cybertrooper, i pray to my god that u die a sloooooooow miserable death, and rot in hell for eternity. i am saying this for your own bangsa's sake).

(NOTE2: if anon 6.10pm is not an umno-cybertrooper, then ignore NOTE 1).

4RAKYAT
Anonymous said…
one more thing to "anon 6.10pm"

isu pkfz is not mca problem. it is an UMNO job. sarakwak-tiong tu hanya ajen. si-bodoh tu lu tengok muka dia, dia capable to do this con-job kah? he's just a samseng bodoh.

the real mastermind behind is umno-syaitan.

tangkap chan kong choy.
tangkap ling liong sik.
tangkap tiong sarawak.
tangkap o.c. phang.
tangkap semua, jumban dalan penjara.
biar mereka menderita sampai mati dalam penjara. jangan kasi keluar lagi.

tapi...tangkap juga yang belum ditangkap.

ini duit rakyat. i dont need that money. it's money of pakcik2/makcik2 kat kampong. that's why i am even more angry.

u orang umno dah berleluasa selama 50 tahun lebih curi dari sini dan sana; ada hati sikitlah.

cukup dah...

ambil apa yang u dah ambil dan stop lah.

malaysian dah nak pokai dah.

bila nak stop?


4RAKYAT
kl said…
macam ade bende je kes dr asri ni.nak jatuhkan hasan ali ke?kalau ye pun ,berani la sikit..
naim said…
saya dengar khutbah YB dah dua kali.
saya rasa YB kena betulkan bacaan Al-Quran YB dgn segera.
mungkin ada benarnya kalau JAIS batalkan tauliah YB atas sebab "tidak mantap".

terimalah teguran dan kritikan mereka dgn tenang dan berlapang dada.

saya cadangkan YB mencari seorang guru agama/Al-Quran untuk membetulkan bacaan Al-Quran YB.

saya juga mendengar khutbah hasan ali beberapa kali. Harus di akui bacaan Al-Quran Hasan Ali jauh lebih mantap dari YB.
sek 17 s.alam said…
YB Khalid Samad mana ada dapat tauliah D1 dan D2 drp JAIS. anda semua boleh bukak laman web jais dan boleh semak nama yg dapat tauliah drp JAIS. YB Khalid kata dia dpt tauliah tahun lepas 2008. aku dah semak dgn pegawai JAIS dan dlm laman web JAIS. Nama Khalid takde dlm senarai...so apa komen u Khalid?? kalau betul dapat so tunjukan la bukti or saman la JAIS tu woii. kau nak tengok. kami ahli sek 17 dah mula menyampah dgn lakonan YDP kami niiiii
quewin said…
Sek 17 kau jgn la buat2 tak tau plak, kalau JAIS tak bagi tauliah lagi, dah lama dah YB Khalid kena tangkap mcm Dr MAZA. Yang kt website JAIS tu yg tauliah tetap, jangan la kau nak bodoh2kan orang macam kau tu ahli PAS Shah Alam pulak. Setiap benda yg orang UMNO buat tu mmg jelas nampak, tak perlu disorok. Menyampah aku!
Tinta Hitam said…
Maknanya kalu nak ajar ilmu Islam ni kena ada lesen dulu.Nak mangajar ilmu lain tak perlu lesen.Tu sebab Islam dibawah pemerintahan UMNO tak berkembang..

Tujuan lesen tu sebenarnya nak menghalang pendakwah pendakwah yan gbaus bagus dari mengajar.JAIS boleh menarik tauliah dan memberi tauliahnya sesuka hati shj.

Pada saya JAIS ni sama shj dengan golongan Pharishees dan Sadukees Bani Israil semasa zaman Nabi Isa dulu.Bukan nak mejadi katales perkembangan Islam sebaliknya adalah batu penghalang pada perkembangan Islam
Anonymous said…
salam...

pasal bai'ah tu, memang ada dalam islam... so, isu ni dimainkan oleh umno... jangan tertipu..

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.