Skip to main content

Pengalaman di Bagan Pinang

Sudah agak lama saya tidak update blog ini disebabkan kesibukan selepas selesai bertugas di Bagan Pinang. Setelah berada di Bagan Pinang selama 5 hari, saya kembali ke Shah Alam pada 10 Oktober dan seterusnya menghadiri beberapa majlis Hari Raya, Walimah dan juga Deepavali. Pada keesokkan harinya saya bersama YB Yaakaob menganjurkan Majlis Hari Raya di Seksyen 9 dan kemudiannya bersama YB Rodziah menganjurkan majlis Hari Raya di Seksyen 16 pada hari yang sama. Pada malam itu jug telah diadakan ceramah di Seksyen 20.

Di antara 12 dan 13 Oktober pula, saya menghadiri perbahasan Sesi Bajet Kerajaan Negeri Selangor yang dianjurkan di Shah Alam Convention Centre. Pada 15 Oktober pula saya telah menghadiri Seminar SelCARE iaitu Konvensyen berhubung ‘Alternative and Renewable Energy’ dan seterusnya menghadiri pula bermacam-macam majlis Hari Raya dan Deepavali yang dianjurkan pada masa yang sama. Sempat juga memberi tazkirah dan khutbah di Masjid Seksyen 26, berceramah di Batu Kurau, Larut dan menghadiri sesi dialog di Kajang.

Oleh yang demikiaan, baru hari ini, hari kedua sidang Parlimen, saya berpeluang menulis sedikit. Semestinya isu terhangat yang masih belum saya sentuh adalah persoalan kekalahan PAS dan PR di Bagan Pinang. Secara ringkasnya pandangan saya begini.

Suasana Pilihan Raya di Bagan Pinang
Sampai ke Bagan Pinang saya dapat melihat kesemua dewan-dewan dihiasi bendera BN dan UMNO. Tiada peluang PAS menggunakan mana-mana dewan. Kebanyakan rumah-rumah persendirian yang berlaman besar saya difahamkan telah disewa terlebih dahulu oleh BN. Rumah-rumah ini dihiasi sepanduk dan bendera UMNO dan tiada peluang kami menyewa tempat untuk berceramah selain dari rumah-rumah ahli kami.

UMNO menggunakan segala kekuatan mereka untuk menyekat dan menyempitkan ruang bergerak PAS serta PR. Teringat saya akan suasana pilihan raya di bawah BN dahulu di Selangor. Dewan-dewan dimonopoli BN. Ceramah-ceramah parti lawan juga disekat. Begitulah suasananya di Bagan Pinang.

Dibandingkan pula dengan suasana pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Pulau Pinang di mana PR memerintah. BN dibenarkan menganjur majlis berbuka puasa di Masjid-masjid dan sebagainya. Maka jauh sangat bezanya.

Beginilah cara rakyat dikongkong oleh UMNO/BN selama ini. Melalui kekuatan kewangan mereka dan salah guna kedudukan mereka sebagai kerajaan Negeri dan Pusat, rakyat dikuasai dan dihalang dari mendapat maklumat. Seperti biasa segala media arus perdana memberi laporan-laporan yang menyokong BN.

Budaya demokrasi, menghormati hak rakyat mendengar dan memilih, jelas tidak wujud dalam UMNO/BN. Dalam masa yang sama, budaya samseng pula disuburkan. Saya sendiri telah melihat tindak tanduk pemuda UMNO yang begitu agressif kerana mereka tahu mereka kebal undang-undang. Agaknya begini jugalah suasana Pilihan Raya di negeri Selangor sekiranya BN kembali memerintah Selangor.

BN memang terdesak untuk memenangi pilihan raya kecil ini dan mereka telah membelanjakan wang yang banyak, lebih banyak dari biasa, untuk menjamin kemenangan. Mereka menyedari Pilihan Raya kecil ini mereka mesti menang. Maka tidak hairanlah apa yang telah mereka lakukan untuk menjamin kemenangan.

Setelah mencapai kemenangan mereka juga sedar, ianya bukan satu kemenangan yang boleh mereka banggakan. Ianya tidak merupakan satu kemenangan yang menunjukkan rakyat telah kembali menyokong BN. Ianya hanya kemenangan tempatan hasil dari suasana tempatan yang dapat mereka kuasai melalui penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat. Dengan suasana yang dikuasai mereka sepenuhnya, termasuk pengaruh tempatan calon mereka, mereka menang. Tetapi, ianya tidak mencerminkan suasana politik negara.

Kerjasama PR di Bagan Pinang
Saya melihat walaupun PR dikatakan menghadapi beberapa 'krisis dalaman', namun kerjasama di kalangan parti-parti PR semasa di Bagan Pinang tetap kukuh. DAP telah menyediakan pentas untuk pimpinan PAS berucap kepada pengundi Cina. PKR pula telah mengerahkan kekuatan yang ada, termasuk DSAI sendiri, untuk menyertai kempen dengan penuh semangat kerjasama dan kegigihan. Calon yang bertanding adalah dari PAS, namun DAP dan PKR berkempen dengan bersungguh-sungguh, demi mengharapkan satu lagi kemenangan.

Walaupun ceramah berjalan dan lawatan rumah ke rumah diadakan, hakikatnya 'medan pertempuran' dikuasai BN. Namun, kesungguhan rakan PR bekerja untuk calon PAS harus menjadi faktor memperkukuhkan lagi kerjasama PR.

Bagi yang masih mengidamkan 'penyatuan Melayu-Islam' harap diingatkan; yang menyerang markas Dewan Pemuda Pas dan membelasah pemuda-pemuda PAS bukan pemuda DAP dan bukan Angkatan Muda PKR. Mereka Pemuda UMNO. Hakikatnya, sudah hampir 20 tahun di Kelantan, UMNO tetap menentang kita. Persoalan bangsa yang sama tidak menjadi penghalang bagi mereka walaupun mereka mendabik dada sebagai 'pejuang bangsa'. Persoalan 'agama sama' juga tidak menjadi penghalang, kerana selama ini mereka tidak juga mengikut ajarannya.

Sokongan Bukan Islam
Sokongan bukan Islam yang sangat diharapkan terbukti tidak diperolehi oleh calon PAS. Apa sebabnya terpulanglah pada masing-masing menafsirkannya. Apa yang jelas kemampuan PAS untuk mendapat undi bukan Islam dalam pilihan raya kecil kali ini untuk calonnya telah terbukti meleset. Adalah diharapkan ianya disebabkan faktor tempatan dan bukan kerana imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum semakin terhakis. Sekiranya terhakis, maka amat penting kita mengenal pasti apa sebabnya dan menentukan cara-cara mengatasinya. Amat jelas, di Bagan Pinang, seperti di kebanyakan kawasan lain di negara kita ini, undi bukan Islam perlu untuk memenangkan calon PAS.

Melayu UMNO tidak akan berubah ke tahap mengundi selain dari UMNO kecuali setelah mereka memahami apa itu perjuangan Islam. Dan inilah cabaran kita, mengubah dunia politik Melayu Islam dari pemikiran kebangsaan Melayu kepada pemikiran Islam.

Kekalahan pada bulan Syawal
Ada yang mengatakan, pada bulan Ramadhan berlaku Perang Badr. Berlaku juga Permatang Pasir yang kita menang. Pada bulan Syawal berlaku pula Perang Uhud. Berlaku juga Bagan Pinang yang kita kalah. Namun kekalahan dan kemenangan tidak disebabkan 'bulan'. Rasulullah (SAW) kalah di Uhud kerana tentera pemanah meninggalkan kedudukan mereka. Tidak patuh pada arahan dan menganggap mereka boleh memutuskan sendiri tindakan yang perlu mereka laksanakan.

Bagi PAS, pendekatan yang telah diputuskan melalui Muktamar adalah “kukuhkan PR”. Adakah kekalahan dibantu oleh tindakan-tindakan yang menggambarkan PR tidak kukuh dan selalu bertelagah?

Begitu juga dengan dasar 'PAS untuk Semua'. Adakah kekalahan dibantu oleh tindakan-tindakan yang kelihatan bercanggah dengan dasar ini dan PAS kembali dilihat sebagai parti Melayu-Islam?

Kalau dipersetujui bahawa untuk menangani suasana politik dewasa ini, PR dan dasar 'PAS untuk semua' perlu dipertegaskan, maka apa sahaja tindakan yang bercanggah dengan kedua-dua ini perlulah dihalang.

Perhimpunan Agung UMNO
Tidak berapa lama selepas PRK Bagan Pinang, saya melihat sambil tersenyum ucapan-ucapan yang menegaskan perlunya perubahan yang disampaikan oleh para pimpinan UMNO dalam perhimpunan agung mereka. Mereka seolah-olah lupa apa yang mereka lakukan di Bagan Pinang yang baru sahaja selesai seminggu yang lepas!

Kata mereka, pemimpin hendakkan yang bebas rasuah. Namun Isa Samad yang dijadikan calon. Kata mereka ingin membasmi rasuah. Namun, undi dibeli dengan begitu 'ganas'. Kata mereka lagi bahawa mereka hendak berubah, tetapi cara lama dalam semua aspek yang diamalkan dan dikekalkan hanya seminggu sebelumnya.

Bagi saya, segala ucapan yang menegaskan perlunya berubah, mengukuhkan lagi kedudukan PR. Ianya merupakan pengesahan bahawa parti UMNO/BN tidak baik dan banyak kelemahan. Mereka perlu berubah sehingga menjadi lebih seperti PR kerana PR jauh lebih baik dari mereka. Keinginan supaya kerajaan mempunyai ciri-ciri yang sediada pada PR oleh ahli UMNO/BN dan masyarakat awam akan hanya membantu PR pada jangka masa panjang.

UMNO/BN hanya mampu menyatakan keinginan untuk memilikki ciri-ciri tersebut tetapi semua tahu bahawa 'keinginan' ini adalah hasil dari perasaan takut kalah. Bukan atas kesedaran dan keinsafan yang sebenarnya. Akhirnya masyarakat akan melihat bahawa budaya politik UMNO bercanggah dengan segala ciri-ciri positif yang diidamkan oleh masyarakat. Mereka akan sedar bahawa ciri-ciri sebegini bukan datangnya secara automatik atau dengan hanya menyatakan keinginan untuk memilikkinya. Ia datang hasil dari budaya ilmu dan amal yang diasuh berdasarkan wawasan politik yang menyeluruh. Yang jelas, UMNO/BN tidak memilikki kemampuan untuk bergerak ke arah itu. Hanyalah sekadar lip service. Dalam masa yang sama, rakyat akan dapat menilai bahawa PR melalui PAS, DAP dan PKR sahaja yang mempunyai kapasiti untuk bergerak ke arah tersebut.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD





*Gambar ihsan Chan Chee Kong dan Topeng Perak @ Facebook

Comments

Anonymous said…
http://baganutama.blogspot.com/2009/10/post-mortem-prk-bagan-pinang-teguran.html

wajib baca yb khalid samad.
Raj Kumar Mukundan said…
En. Khalid Samad

Saya pengundi di Bagan Pinang, duduk di Taman TKK.

Jangan cakap kenapa UNDI bukan Melayu hilang itu boleh menjadi tafsiran.

Saya dan family saya undi dulu untuk Pakatan Rakyat. Tapi sekarang kita undi untuk UMNO.

Ini kerana PAS sudah tunjuk extreme. Hassan Ali. PAS Youth. Nasharuddin dan Ustaz Hadi yang pakat dengan UMNO.

Ini semua kita takut. Kita mahu buang. Tak mau.

UMNO lagi selamat. Lagi sederhana tak extreme atau menipu macam PAS.

Kami sokong UMNO, DAP dan PKR. Bukan PAS.

Tapi kami sokong YB Khalid Samad kerana YB tak extreme dan boleh percaya punya.

YB Khalid = Pakatan Rakyat. Kita hormat.

Ustas Hadi + Nasaruddin + Pemuda PAS + Hassan Ali = Barisan National (BN). Tak hormat.... tak undi PAS kalau mereka ada.
A. Alshukor said…
YB,

Sebenarnya bagus juga PAS/PR kalah. Jadi taklah terlalu riak dan sombong sampai lupa nak 'evaluate performance'.

Kalau dibandingkan Perang Badar dan Perang Uhud, ada sedikit ciri-ciri tersebut.

Pada saya, setiap kerajaan yang memerintah perlu memastikan yang terbaik untuk negeri dan negara yang diperintah. Rakyat akan menilai, dan yang dapat memberi mereka kepuasan akan di sokong.

Lagipun, Bagan Pinang sememangnya kerusi UMNO/BN. jadi status quo ajelah.

Saya mempunyai pendirian " 2 PARTY SYSTEM". An effective Government and A Solid and strong Opposition. Jadi check and balance nya, jelas.
kerabubersuara said…
terus berjuang yb khalid..
Anonymous said…
salam, gua caya lu YB Khalid Samad, Gua caya pemimpin ikhlas dalam PAS, Gua caya pemimpin patuh keputusan muktamar, Gua caya pemimpin hendak mantapkan Pakatan Rakyat. Gua caya kalau tolak pemimpin yang fikrahnya macam UMNO. Wassalam, yang benar:Ibnusudi
Kereta Kebal said…
Kekalahan pada bulan Syawal
Ada yang mengatakan, pada bulan Ramadhan berlaku Perang Badr. Berlaku juga Permatang Pasir yang kita menang. Pada bulan Syawal berlaku pula Perang Uhud. Berlaku juga Bagan Pinang yang kita kalah. Namun kekalahan dan kemenangan tidak disebabkan 'bulan'. Rasulullah (SAW) kalah di Uhud kerana tentera pemanah meninggalkan kedudukan mereka. Tidak patuh pada arahan dan menganggap mereka boleh memutuskan sendiri tindakan yang perlu mereka laksanakan.???????

Ape nieh yb nak samakan dengan perang zaman Rasullah?...mcm nieh la PAS suka kelentong ....malas nak layan ko yb
Anonymous said…
YB,boleh beritahu ada nampak tak tuan besar hassan dibagan pinang sedangkan ramai pkr dan dap bertembus lumus disana untuk pas.
kuzy said…
salam YB...
saya setuju dengan apa yang YB perkatakan... PAS untuk SEMUA... bukan untuk perjuangan melayu sahaja. kita berjuang untuk menegakkan keadilan.. saya berharap YB teruskan semangat.. kami golongan muda idamkan pemimpin seperti YB.
mika said…
mudahnya anda menyataka: Persoalan 'agama sama' juga tidak menjadi penghalang, kerana selama ini mereka tidak juga mengikut ajarannya.
mengatakan
Anonymous said…
salam yb

i,m with you
Lee Wee Tak said…
saya amat menghormati pendapat Encik Raj Kumar dan harap YB boleh bawa berbincang dengan pucuk kepimpinan PAS.

mengapakah PAS hendak mensia-siakan sokongan golongan bukan Melayu bukan Islam yang sungguh susah diperolehi?

on the lighter note, mungkin boleh dikatakan, pengundi Bagan Pinang telah "menISAkan" YAB Mohd Hassan
tempe goreng said…
salam yb,

teruskan perjuangan...
nagaperang said…
salam YB

hanya ingin bertanya bagaimana isu kuil di sek 23
harap2 dpt diselesaikan dgn baik kerna ada usaha yg ingin menjadikan isu ini sehingga PRU 13
Dr. Rahul Dhillon said…
Golongan bukan Muslim/bukan Melayu bukannya 'keliru' atau 'tak faham' terhadap niat dan matlamat PAS. Kami cukup faham dengan jelas matlamat PAS.

Orang bukan Melayu tidak perlu pegi jauh sangat nak paham. Baca sahaja Perlembagaan PAS dan kita tahu niat PAS untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Islam itu agama yang murni, seperti agama-agama yang lain. Tapi usahlah menolak cara Islam terhadap orang lain. Yang penting tu 'substance' bukan 'form' -- nilai-nilai baik dalam Islam yang ada dalam semua agama yang lain.

Jadi penubuhan Negeri atau Negara Islam ini kami warga bukan Melayu tentang sekuat-kuatnya. Malah, seorang pemimpin Melayu ulung Tengku Razaleigh pun telah baru-baru ini menggesa rakyat mempertahankan perlembagaan sekular negara kita. Jadi mana asas bagi penyokong PAS untuk berkata kita ini anti-Islam? Kita hormat dan menerima nilai-nilai yang didokong Islam. Tapi kita mahu ditadbir ikut sekular.

Ingat pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS:

Malaysia ini negara yang cuma 52% penduduknya ialah Muslim. Yang lainnya, iaitu 48% ialah bukan Muslim.

Negara Islam yang apa kalau begini? Indonesia yang 95% penduduknya Muslim pun negara sekular.

Adakah orang Indonesia kurang Islamnya? Tak masuk syurga atau lagi berdosa dari Muslim yang lain?

Baik buruk seseorang manusia itu ada di hati masing masing semana Islam sesebuah negara itu pun.

Fahamlah.


Sekular itu bukan anti-Islam. Jangan terpedaya dengan interpretasi golongan ulama yang dididik untuk menentang golongan Kristian/Barat secara sempit. Luaskan fahaman sikit. Sekular itu menghormati hak beragama dan menerima semua agama, tidak ada mana-mana agama yang lebih 'tuan' dari agama yang lain. Dalam pentadbiran negara, nilai-nilai yang menggariskan semua agama tak kira Islam atau Hindu atau Kristian atau Buddha harus dijadikan pedoman dan panduan. Negara tetap baik dan maju dan orang Islam akan masuk syurga.

Ini yang kita mahukan.

PAS, ini amaran warga bukan Melayu. Ikut cara PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. Jangan mengada-ngada. Kalau tidak, dalam pilihanraya akan datang, panggilan "PAS FOR ALL" tidak akan membawa apa apa manfaat atau makna lagi.

Khalid Samad, sampaikan pesanan ini kepada semua pemimpin PAS.
Elen said…
YB Khalid,nice posting.
Dr. Rahul, well said.
Penarik Beca said…
Sokong YB Khalid
Sokong Dr. Rahul.... mantap hujah dier
dheepan said…
BN pandai bersandiwara dan Najib juga licik. Sebelum undian, dia melancarkan parti Makkal Sakthi dan kemudiannya mengadakan mesyuarat komiti khas berkenaan kaum india.

Sandiwara begini saya sudah lihat beberapa kali namun sayang ramai masyarakat India begitu mudah tertipu. Tidak boleh berbuat apa-apa.
orang kertas said…
saya dah pernah tulis/cakap entah di mana. tapi nak ulang sekali lagi di sini - slogan pas dalam prk bagan pinang adalah 'bersama kehendak rakyat'.

biar saya tanya - adakah keputusan berbaik2 dan bermanja2 dengan umno/bn oleh sesetengah pemuka pas itu kehendak rakyat?

dengan ayat kurang moleknya, saya katakan begini: oh, masa prk pas tawarkan gerak kerja mengikut kehendak rakyat. masa nak berpadu2 dengan umno, ikut kehendak sendiri?

pas perlu sedar, ahlinya juga ada hati, akal, fikiran - dan tak kurang penting: ingatan. jangan bertindak seolah2 pemimpin tahu semua dan ahli tak tahu sebutir habuk.
aidil said…
YB Khalid,
Berhati-hati lah... tanpa sedar, prinsip perjuangan anda mungkin tergadai dek kerana terlalu menjaga sokongan non-muslim...

Dr Rahul,
Saya amat bersetuju dengan anda bahawa semua agama patut dihormati dan nilai-nilainya dijadikan panduan dan pedoman..tapi apabila agama tidak dijadikan dasar pemerintahan, ia akan tenggelam dan dilupakan oleh penganutnya sendiri...itulah yang berlaku sekarang...sebab itu kami dalam PAS memperjuangkan prinsip negara perlu diperintah berlandaskan agama,and why it must be ISLAM? kerana hanya apabila ISLAM memerintah, semua agama akan diangkat ke tempat sewajarnya.undang-undang ISLAM akan memastikan penganut setiap agama kembali mengamalkan ajaran agama masing-masing...dan itulah kedudukan sebenar agama, ianya untuk dijunjung dan diamalkan, bukan hanya menjadi tempelan atau sekadar melambangkan identiti seseorang...

Pokok pangkalnya,saya hormat pandangan anda..cuma kekesalan saya hanyalah kerana setelah lebih 52 tahun UMNO memerintah Malaysia ini, masih ramai non-muslim yang tidak memahami intipati ISLAM yang sebenar,bahkan semakin prejudis dan fobia dengan ISLAM.

Jauh sekali dengan apa yang ditunjukkan oleh sejarah, ketika ISLAM memerintah Madinah satu ketika dahulu, semua agama terbela, keharmonian antara kaum mencapai standard tertinggi hatta kaum Yahudi yang sering ditindas, mendapat pembelaan yang tidak pernah diperolehi dari mana-mana kuasa pemerintahan sebelum itu...

ISLAM for all and definitely for you too, Dr. Rahul...
musdeng said…
Aidil,

Tahniah! tuan telah menyatakan pendirian PAS dengan sebaik2nya.

Walau bagaimanapun, pandangan saudara Raj Kumar dan Dr Rahul perlu diperpanjangkan ke pucuk pimpinan sebagai pandangan dari kaum India.

PAS kena buat keputusan, PAS perlu undi mereka atau tidak perlukan undi mereka. PAS ingin memerintah dengan bertoleransi dengan kaum lain, atau PAS ingin menubuhkan sebuah negara Islam?

atau...

PAS akan menubuhkan sebuah negara Islam tanpa mengenepikan hak2 penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa mengorbankan nilai2 kemanusiaan dan maruah masyarakat. PAS akan mengawal segala aktiviti yang difikirkan akan merosakkan nilai2 murni masyarakat seperti hiburan keterlaluan yg dianggap sensasi ...

Mr Raj Kumar, please pay a visit to Kelantan. You will find that they live in a very peace community
Anonymous said…
Kalau PAS menang dikatakan UMNO/BN dah reput & tungu untuk di talkinkan.

Bila UMNO/BN menang, di belitnya pulak kata UMNO/BN guna segala kekuatan mereka untuk menyekat dan menyempitkan ruang bergerak PAS serta PR..rakyat kena kongkonglah..tak demokrasi lah..BN terdesaklah..main kotorlah..Najib jahatlah..

Sedar sikit YB, saya pun akan tolak PAS kalau ada pilihanraya parlimen di Shah Alam..

jangan nak salahkan orang lain..cermin diri sendiri & tanya diri sendiri kenapa KALAH!!
Dr. Rahul Dhillon said…
Terima kasih kerana semua di sini masuk bersama berbincang dgn cukup baik dan sopan sekali.

Pengulas bernama En. aidil di atas cakap "hanya bila Islam memerintah, semua agama akan diangkat ke tempat sewajarnya."

Tapi ini salah, tak betul.

Contohnya, dalam agama Hindu pun semua agama dilayan dengan saksama dan adil dan agama Hindu ni jauh lagi tua konsepnya. Agama Hindu bercakap semua agama bagaikan sungai-sungai yang berbeza yang akhirnya sampai ke lautan yang sama, iaitu Tuhan/Allah. Inilah nilai dan prinsip Hindu sebagai contoh.

Jadi kalau negara Malaysia dijadikan negara Hindu, adakah En. aidil setuju? Mesti tidak setuju, bukan?

Ya, saya pun tidak setuju. Walaupun saya Hindu, saya faham ada warga Malaysia yang lain-lain agama dan mesti akan rasa tidak senang kalau ditadbir ikut agama lain WALAUPUN agama itu akan adil kepada mereka.

Jadi apa penyelesaian yang terbaik yang telah dipersetujui sejak Merdeka lagi? ----> sistem sekular.

Semua agama dilayan adil, apa yang menjadi inti pati pentadbiran adalah nilai-nilai yang memang ada dan tidak bercanggah dengan Islam atau Kristian atau Hindu.

Seorang Muslim yang baik tetap orang baik dan masuk syurga di mana di berada pun, di dalam negara sekular, di negara Islam, di pulau terpencil atau di dalam gua. Keimanan di hati, bukan dalam sistem politik atau ideologi.

Bila kita meninggal dunia, Tuhan/Allah tak tanya kita duduk negara Islam atau negara sekular. Apabila kita diadili di akhirat nanti, soalanya satu saja, iaitu adakah kita berbuat baik di dunia dan sayang pada Allah.

Jadi tak perlulah kita buat negara Islam, negara Hindu, negara Zoroastrian, negara Buddha. Saya faham PAS dan pemimpinnya dari pertubuhannya hingga sekarang, yang ulama dan sebagainya, ada ideologi indah nak jadikan sebagai negara Islam yang indah dan aman. Ini kita semua faham dan hargai, tapi ini tak praktikal memandangkan dunia ini berbagai-bagai dan ada lain agama juga di dunia ini.

Terbaik adalah jalan yang saksama kepada semua, sistem tadbir yang tidak memihak kepada mana-mana agama tapi menerima kebaikan dan kebijaksanaan SEMUA agama. SEMUA agama berkongsi nilai-nilai yang sama.

Di India, walaupun penduduk lebih 90% adalah Hindu, tetapi negaranya SEKULAR. Di negara seperti itu, orang Islam dan Hindu hidup damai. Orang Hindu mana hilang keimanan? Orang Islam sana mana hilang keimanan? Itu negara sekular, apa! Diorang di sana memang baik belajar dan ikut agama, mereka orang-orang baik juga. Mana perlu ada negara Hindu atau negara Islam di sana?

Tiga orang Muslim telah menjadi Presiden India, paling akhir sekali ini En. Abdul Kalam yang amat dihormati.

Perdana Menteri India pun tak perlu Hindu.... macam Perdana Menteri sekarang orang Sikh. Kalau seorang Muslim akhirnya dilantik satu hari menjadi Perdana Menteri, ini bagus, asalkan dia melakukan tugas dengan sempurna dan ada kebolehan mentadbir.

Kenapa kita perlu menIslamkan atau mengHindukan segala-galanya?

Kenapa kita tak boleh terima kepelbagaian dan saksama di antara semua agama.... tidakkah Tuhan/Allah yang mencipta segala-galanya?

Beza sangat ke rasa tenang dan keimanan di hati seorang Hindu yg tengah duduk bersembahyang dengan rasa tenang dan keimanan di hati seorang Muslim yang juga turut duduk bersembahyang bersebelahan? Doa kedua-duanya didengari Allah/Tuhan (atau apa nama saja diorang gunakan untuk Yang Maha Besar yang Satu walaupun caranya lain lain).

Saya haraplah golongan pemimpin PAS meluaskan mentaliti dan visi pemikiran mereka agar dapat memimpin semua penyokong mereka ke arah yang menerima hakikat kepelbagaian dunia dan janganlah ikut ideologi agama saja.

Saya faham Islam indah dan amat baik, tapi tolonglah jangan ideologikan agama indah dan segala-galanya.
Anonymous said…
So, mana yang YB dok ckp..isu kepala Lembu kan menghantui BN di Bagan Pinang.
Anonymous said…
Dear aidil,
In my view,PAS has deviated,has gone off tangent,and PAS FOR ALL is a just small "goodwill" gesture,and it's no longer working.No doubt,Malaysians are beginning to realise something about spiritual contents of islam,but the problem is,due to ignorance and arogance,certain ulamaks have distorted islam into ketuanan melayu islam.All this UG talks with UMNo,ketuanan melayu islam,has made people,especially the non muslim,reluctant to vote for PAs,and it's now time for the progressive members of PAS to do 'something" to counter the menace of the fraksis,because,it's PAS that's getting "hurt",not UMNO or anybody else.
Anonymous said…
What's the truth about islam?Islam,is all about the Divine's workings,power..tremedous power to be exact,and it's not all a religion.Religion is a human being creation,but in reality,Islam,just like Sanatan Dharma(Truths/laws of the Eteranal),is about revelations about the nature of the infinte,the absolute,the truth about our existence,the heavens and the earth,oneness of everthing,etc etc.Anything that betrays the the dynamics,rules,principals of the Absolute/Supreme can be regarded as "melanggar hukum hukam Allah".Hence we often see,that when there is injustice,,penderaan,penindasan,oppression,injustice "something" happens in order to "get rid" of all those falsehoods,because,ALLAH sees everthing in ONENESS,PERFECT EQUALITY.
ikhqoi said…
apa ada pada nama?

Bukan menidakkan perlembagaan pas yang mendambakan negara Malaysia sebagai negara Islam.

Tapi dalam waqi sekarang Islam dianggap suatu bender yang ekstrem, maka cuba-cuba berlapang dada.

Buat apa yang wajib serta priority dulu.. rakyat ramai tak makan, rasuah bermaharajalela, keadilan tidak ditegakkan dll. Hapuskan semua ini dulu

Bila seluruh rakyat Malaysia nampak kesungguhan PR mentadbir, maka mereka yang akan mendekati pemerintah sebab mereka lihat Islam itu tertegak dan berdiri dengan indah, bukan hanya retorik dan kosmetik semata-mata
Syafeeq said…
PAS diterajui ideologi golongan ulama yg ego dgn ilmu dan kehebatan Islam nak ubah satu dunia jadi Islam...... tak logik btul......

Iran dgn Arab Saudi negara Islam penuh pun tunggang langgang pentadbiran dia... ada orang hilanglah... kena ragut lah, kena bunuh secara politik la.... dizalimi lah..... pompuan tak boleh pandu kereta la...... kalau satu dunia diIslamkan maka bermaharajalela lah para ulama.....

ulama pun manusia jer, ulama mana jamin baik cam Nabi..... Nabi kiter satu jer untuk selama-lamanya...... ulama mana faham nak tadbir dgn waras cam Nabi........ tu pun kita kena tengok zaman la..... kalau Nabi duk zaman sekarang gerenti Nabi tadbir dgn pengetahuan Islam dgn sungguh2 tapi takyah nak mengislamkan satu dunia........ tindak tanduk dijadikan bagai tauladan kepada umat manusia lain.......... bukan main tambat satu planet ikat kat ideologi kiter......

agama itu biar ler peribadi...... biar kita jadik Muslim yg baik, toksah tayang kat satu kampung, toksah ler tanda hitam zebiba kat dahi la ni la tu la, ni semua pasal tersalah tafsir surah Al-Fath ayat 29..... ketaqwaan kita Allah yg maha tau....... siapa kita manusia untuk memutuskan bagi pihak Allah SWT...
Ada isi jugak dalam kata-kata Dr. Rahul Dillon di atas.

Kalau Islam adil kepada semua agama, Hindu pun adil kepada semua agama, nak pilih mana? Hah, tercabut rambut kepala memikir...

Saya sebagai seorang Muslim rasa agak tak enak kot menetap di sebuah negara Hindu.... walaupun Hindu tu adil kat saya.... jadi saya pahamlah kalau orang bukan Muslim pun gitu pasal negara Islam walaupun saya tahu Islam tu tunjangnya adil.

Ikut sekular kan senang cam dah dipersetujui dalam perlembagaan Malaysia?

Lagi baik kalau seorang pemimpin tu seorang yg berprinsip, selaras dgn Islam (cam YB Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin), begitu jugak dgn yg lain-lain, pemimpin yg berprinsip dan berjiwa rakyat walaupun dari agama yg lain.
Anonymous said…
//Saya sebagai seorang Muslim rasa agak tak enak kot menetap di sebuah negara Hindu.... walaupun Hindu tu adil kat saya.... jadi saya pahamlah kalau orang bukan Muslim pun gitu pasal negara Islam walaupun saya tahu Islam tu tunjangnya adil.//
Good lord!What ignorance!!No wonder,PAS is rapidly falling off the clif,because ignorant fellas have equated islam equals to PAS!From now on,hehe,we must demand the ulamaks,the ustaz to perform,miracles..like spliiting the moon,walking on water,money pouring from tress etc etc.
Anonymous said…
Eh kawan-kawan..mana perginya gambar Abu Iman sdg hisap rokok Dunhill di warung tu.Masa awal post artikel ni terdapat gambar Dr Zul tgh hisap rokok.skrg ni dh buang kot gambar tu.
Dagang said…
Ternyata Pak Khalid telah membuang gambar Dr Zul sedang hisap rokok di warung Bagab Pinang tempoh hari.mungkin utk cover kwn dia.itulah golongan erdogen yg boleh dipertikaikan peribadi..
Gambar tu masih ada lagi tuan, cuba lihat di SINI, munkin tersalah tengok kot. Cuma persoalannya, benarkah rokok itu Dr Dzul yang punya? Jangan cepat membuat pertuduhan tuan, kalau tak pasti kita tanya dulu.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Dagang said…
Maaf di atas keterlanjuran saya..
No problem tuan. Cuma setakat yang saya tahu, Dr Dzul tidak merokok. Pak Khalid pula satu ketika dulu merokok, tetapi Alhamdulillah sudah lama berhenti.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…