Skip to main content

Mamak Stall House Rule

“Sistem politik yang ada di Negara ini merupakan sistem Demokrasi Berparlimen. Masyarakat Malaysia pula merupakan masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan berbilang agama. Setiap parti politik mesti memperjuangkan hak kaum dan agama masing-masing. Kalau PAS tidak memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu-Islam, takkan nak harapkan DAP? PAS memperjuangkan hak Melayu-Islam, DAP memperjuangkan hak Cina.”

Begitulah kata-kata salah seorang bijak pandai dengan penuh semangat kepada saya tempohari. Terpinga-pinga rakan yang duduk disebelah. Terkebil-kebil matanya apabila melihat saya berdiam diri dan bijak pandai tersebut meneruskan hujjahnya lagi.

“DAP memperjuangkan kepentingan Cina”, katanya lagi. “Lihat pada kes rampasan botol arak yang berlaku hari itu di Selangor, bagaimana Exco DAP bertindak segera membatalkan tindakan tersebut. Bila ditanya, Exco itu menyatakan “Saya kena bertindak segera. Kalau tidak orang Cina marah”. Inilah yang kita kena faham, DAP mewakili Cina, PAS mewakili Melayu-Islam!” berkata beliau sambil tersenyum lebar, berpuas hati hujjahnya mematikan segala yang telah saya nyatakan sebelum dari itu.

Saya terus berdiam diri. ‘Perbualan’ ini ada peraturannya. Telah ditetapkan setiap orang berpeluang bercakap hanya sekali. Jenis peraturan apa pun saya tidak pasti. Tiada peluang menjawab dan tiada peluang berbahas. Nak katakan ‘Chatham House Rule’ pun bukan. ‘Mamak stall house rule’ kot? Saya terus memandang ke arah mamak di penjuru kedai sambil berkata, “Mamak, Nescafe tarik satu lagi! Kasi kaw punya!”

Maka terus berkatalah yang belum lagi berkata, berhubung Islam, Melayu, wala’ dan sebagainya. Saya sudah tidak mendengarnya lagi. Terpelanting keluar apabila terkena cuping telinga ini. Tidak sempat masuk kiri keluar kanan. Saya terus hilang dalam pemikiran sendiri seperti biasa apabila bijak pandai berhujjah dan saya tidak berpeluang menjawab.

Terfikir saya dalam diam akan kata-kata pemimpin selama ini “PAS For All”. Adakah ini kata-kata kosong sahaja buat mereka ini? Hanya untuk memperolehi undi? Bukankah Islam itu membela hak semua, Melayu, Cina, India, Muslim dan juga non-Muslim? Ke manakah perginya mereka ini semasa kita berbincang mengenai Islam dan keadilan Islam. “Islam selamat, semua selamat”, kata saya pada diri sendiri. Nampak gaya mereka ini memang tidak pernah berusrah. Lebih-lebih lagi yang duduk bertentangan dengan saya, berucap dengan penuh semangat, “Melayu adalah Islam, Islam adalah Melayu”.

Saya memandang pada wajah rakan-rakan semeja. Ada yang berdiam diri. Ramai juga yang terkejut agaknya dengan kata-kata yang sedemikian rupa. Namun tiada yang membantah. Selama ini pun tidak diajar membantah orang yang dilihat lebih tua, lebih senior dan bertaraf pemimpin pula.

Berfikir saya lagi. Ya, memang kita ingin mendapatkan sokongan Melayu tetapi atas dasar apa? Bukankah sepatutnya atas dasar Islam yang selama ini orang Melayu Islam dihalang dari memahaminya oleh UMNO? Kalau PAS memperjuangkan kepentingan ‘Melayu-Islam’ dan dengan itu memperkukuhkan semangat ‘kebangsaan Melayu’ tidakkah itu akan mengukuhkan kedudukan UMNO? Tidak mungkin kita menjadi ‘lebih Melayu’ dari UMNO kerana kita ini parti Islam! Atau adakah ini dilupai oleh rakan-rakan semua?

Sekiranya semakin menebal semangat kebangsaan Melayu dan semakin yakinnya orang Melayu bahawa kedudukan Melayu terancam, hasil dakwaan orang-orang seperti mereka yang duduk semeja dengan saya ini, tidakkah Melayu akan kembali menyokong UMNO?

Begitu juga, kalau PAS menggambarkan DAP sebagai ‘chauvanis Cina’, satu dakwaan yang saya tolak sama sekali, tidakkah itu akan bererti undi orang Melayu akan berpindah ke parti-parti rakan BN seperti MCA dan Gerakan serta MIC? Parti bukan Melayu yang kononnya lebih ‘lunak’?

Adakah ini yang sedang diusahakan? Secara tidak sedar atau sedar?

Kita akan hanya akan terus memerintah sekiranya Melayu menyokong DAP kerana PR dan bukan Melayu menyokong PAS kerana PR. Seperti PAS, DAP juga mengikut perlembagaannya sebagai bukan parti perkauman. Begitu juga dengan PKR. Sekiranya ada ahli atau pemimpinnya tergelincir, tidak bererti kita kena ikut. Kita ingatkan mereka dan menjadi contoh kepada mereka, bukan kita pula yang react kepada jolokan UMNO.

Saya telah menjadi ahli PAS selama 26 tahun. Setahu saya istilah Melayu-Islam tiada terdapat dalam perlembagaan PAS. Puak-puak ini salah parti kot? Hmm, biarkan. Saya sudah bercakap. Tiada lagi peluang bercakap lagi. Biar mereka terus bercakap. Esok saya akan ke Bagan Pinang untuk penamaan calon setelah bertugas bersama PAS Shah Alam pada 24 September. Seterusnya bertugas bersama kumpulan Ahli Parlimen pada 5, 6, 7 dan 8 Oktober dan bersama PAS Selangor pada 9 Oktober pula. Harap-harap suasana kerjasama PAS, DAP dan PKR di sana akan menghasilkan jalinan kerjasama yang lebih kukuh bagi rakanku ini.

Tetapi malangnya, saya rasa tidak. Pengalaman Permatang Pasir baru sahaja selesai. Bila inginkan bantuan mereka, semua hijau pekat. Bila selesai, timbul pula biru tua. Keikhlasan kita diuji. Malangnya ramai yang gagal. Selepas Bagan Pinang kita bincang lagi. Harap-harap kali ini tidak lagi digunakan ‘mamak stall house rule’.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Sebahagian dari gambar bersama sahabat-sahabat di Bagan Pinang



Comments

leaflizard said…
yes.. thats cool. btol tuh uncle.. saya sangat setuju. jangan risau. saya pasti undi PR..(sy pengundi muda)
Hasbullah Pit said…
YB.

1. PAS perlu dilihat bela semua kaum, termasuk melayu.

PAS juga perlu dilihat supaya tidak "Anti Melayu"

Apabila program melibatkan kaum bukan melayu, maka ia akan disebut sebagai "Bersama masyarakat India di blabla"
"Bersama masyarakat Cina di bla bla"

Namun apabila program melibatkan melayu, tidak pula kedengaran "Bersama Masyarakat Melayu".

Adakah PAS ingin dilihat sebagai anti Melayu, sehingga perkataan "Melayu" jarang-jarang didengari dikaitkan dengan Program PAS?

2. Sampaikan salam saya kepada semua Unit Amal Kawasan Shah Alam yang mengenali saya.
Anonymous said…
yb

1) i read your whole article and again i say this. if i become a muslim it's all your fault :-)

respect, sir! respect!!

2) wah...why u look so handsome in the pics???


4RAKYAT
Unknown said…
Satu penulisan yg sangat menarik yg mengingatkan saya siapa itu PAS, DAP, PKR dan PR. Bukan saja UMNO/BN tak paham, kadang2 orang2 PAS, DAP d& PKR sendiri pun bila ditanya susah nak dijawabnya. Diharap dapat lagi diterangkan di masa hadapan seterang terangnya agar kanak2 tadika pun paham. Almaklum kami ini kurang dedahan kerana selalu dibom oleh media2 yang berat sebelah.
amatt said…
Salam YB, saya sokong Hasbullah Pit walaupun saya bersetuju sepenuhnya dgn tulisan YB ini. Kerana PAS tak bleh kelihatan seperti "anti Malayu", walaupun bukan itu yg PAS mahukan. Pendidikan adalah penting dan kita tidak boleh memaksa pemahaman ini keatas mereka yg masih belum boleh menerima perkara ini. Go slow and steady YB Khalid!
umair said…
saya stuju dgn hasan ali. memang DAP bejuang utk org Cina. tengok pusat kebudayaan cina. siapa yg pejuangkan kalau bukan DAP. bantuan sekolah cina. juga DAP yg pejuangkan. isu babi dikedah. DAp juga yang pejuangkan hingga ugut nak keluar Pakatan di Kedah. yg bodohnya org melayu mcm kalid samad yg taknak bejuang utk melayu. pastu tersengih mcm beruk kena belacan bila org cina dan India besorak bagi sokongan kat dia...menang sorak kampung tergadai.
Anonymous said…
salam...YB...PAS perlu allignment balik semula...mengisi kemenangan itu sememangnya sukar..teruskan semangat perjuangan..ALLAHU AKBAR.
Anonymous said…
YB,
A good write ! When it comes to race and religion, people get emotional and no amount of rationality can overcome this feeling.
As for me, i say ,TO YOU YOURS ,TO ME MINE.
Religion should be food for the soul not politicised.
Im a hindu and my vote went to PAS . Why ? I dont fear the true teachings of islam, but i fear the the "islam" of BN.Why ? They use religion/race to sway the masses against one another to remain in power.
You Gained the respect of the muslims and non muslims by your understanding of their problems and your visit to the church and standing up for the hindus in shah alam.Your doing so, gained the trust and goodwill of all malaysians not only in shah alam but all over the world and not only that, you proved ISLAM is a moderate religion which has the interests of all at heart.
Thank you YB, Keep up the excellent work in selangor and may god bless you.
Anonymous said…
ada pemimpin PAS bila sebut cina & india berkali-kali & seronok lebih2 lagi dpt pujian tapi bila sebut MELAYU asobiyah... tak abis2 asobiyah... masuk umno la klu nak citer melayu...
zamankhan , Melaka said…
Assalam..

YB Khalid...

Kekadang pemikiran kita ini terlalu jauh sehingga tidak mampu difahami audiens. Kita sentiasa bermerah muka menerangkan sesuatu dengan harapan orang akan faham dulu sambil mendoakan orang bersetuju dengan kita. saya pensyarah , tiap-tiap hari menghadapi masalah ini dengan student sy. Kefahaman yang salah ini bukan hanya salah tetapi kekadang membawa kepada sangka buruk terhadap kita, bahkan ada yang sampai menyesatkan. Cuma Allah sahaja yang mengetahui keikhlasan kita , manusia tidak berhak menghukumkan batilnya keikhlasan kita. Kita deal dengan tuhan , bukan dengan mereka..pedulikan. cuma soalan saya, masih adakah ruang utk YB jd pesuruhjaya PAS selangor..dan bagaimana..?
Al-Yasar said…
PAS sukar mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu,selagi parti perkauman Melayu, iaitu UMNO masih "kuat". Jadi PAS mesti berjuang melemahkan dan mengalahkan UMNO.

Sementara itu, PAS mesti berjuang pula mendapatkan sokongan orang bukan Melayu. Ini boleh dilakukan jika PAS terus bersama DAP dan PKR seperti sekarang, dan bukan berbalik "berkawan semula" dengan UMNO seperti yang dikehendaki oleh orang-orang PAS yang berjiwa UMNO.
Anonymous said…
Salam....
really into your article..Tp saya kurang setuju pandangan Hasbullah dan Amatt. Pada pandangan saya, perjuangan Pas adalah mengikut landasan islam, dan apabila landasan ini dipilih, maka tiada timbul soal melebihkan bangsa tertentu di sini.Saya di sini agak bosan dgn ungkapan "Melayu perlu dijaga, perlu dilindungi kepentingan melayu"...walaupun saya sedar ada beberapa perkara yang perlu dilindungi, tapi jgn jadikan ungkapan itu sebagai pelindung kita yg akibatkan kita berasa selesa. akhirnya melayu kurang berdaya saing. sebab itu saya suka konsep islam. kerana sebagai seorang islam, kita perlu ada sifat adaptasi di mana kita mampu barjaya dalam apa jua keadaan khususnya dalam kerja2 dakwah. Ini menjadikan kita kental dalam menghadapi kehidupan ini. Cuba kita renungkan kisah2 para sahabat yang merantau jauh sehinggan ke negeri China dalam mengembangkan syiar Islam ini...Wallahualam
Unknown said…
what can i say bro.,its too bad leaders macam yb khalid tak ramai dalam PAS tapi saya tahu ramai di bawah(ahli PAS)termasuk saya dan rakan2 mempunyai permikran yg sama dengan tuan.

pls carry on YB, terus terang saya katakan kami masih setia dengan PAS kerana mempunyai leaders macam tuan,tgna,ust ahmad awang,dr zul dll.

yg pelik nya bila time usrah haraki di markas, kami juga yg meramaikan sambil bertukar pandanagan, yg lain di rumah tengok tv3
Unknown said…
salam YB.
ini bisa yang ditanam selama >50 tahun. ia akan mengambil masa yang panjang utk diubati.

tak payah ambil hati terlalu.

most importantly, take a good care of yourself. because PAS needs u. Malaysians need u.

semoga gembira selalu.
Unknown said…
fuh...panas ni telinga org PAS yg pemikirannya sama mcm org UMNO...fuh...
sbb ape jd begini... dr kecik dah diracun pemikiran itu dgn perkauman/ perbezaan warna kulit...
sedangkan disisi Islam tidak ada berbezaan warna kulit, saya percaya agama lain juga sama...
ada beza ke Islam "melayu" dgn Islam "arab", itu persoalan secara umum...yg bezanya mazhab
Yg sebenarnya Islam yg di war-war kan dr dulu smpi skarang ialah Islam dalam buku teks UMNO...
Kalo perlu dibahaskan, saya rasa perlu...nampak lebih ketara pabila Islam Hadhari muncul dan lenyap begitu saja...
-ahli PAS kuala langat.-
Anonymous said…
Pelik bin ajaib.

Adakah apa2 tindakan PAS sebelum ini yang menunjukkan PAS ini anti-melayu?

"Program PAS bersama Kaum Cina" , "Program Pimpinan PAS Bersama Kaum Cina" ini semua untuk "mengorat". Takkan tak faham2 lagi?

Bahasa baiknya "mengorat" = meraikan. Salahkah meraikan orang-orang yang bukan islam untuk berjinak-jinak dengan Islam?

Kalau tak faham harap dapat sama2 baca pengajaran dalam perang HUNAIN. Tindakan sesetengah sahabat mempertikaikan tindakan Rasulullah "melebihkan" peruntukan harta rampasan perang kepada orang2Mekah yang baru masuk Islam.

Lihatlah hikmah Rasulullah dalam "mengorat" orang kafir dan mu'allaf?

Korang nak ke PAS kalah ditangan nasionalis, ultra-melayu UMNO?

PAS tidak pernah Anti-Melayu..tetapi PAS Anti-UMNO assabiyyah. Kalau nak perjuangkan melayu semata-mata...masuk UMNO lah..senang cerita.
Saya salah sorang ahli Karisma JIM UiTM menyokong penuh YB dalam Perbincangan serta keputusan yg berpaksikan islam yg telah dan akan YB laksanakan..
Majulah malaysia demi Islam Tercinta.
orang kertas said…
1 - saya yakin 'perbualan' yang yb sertai itu sebenarnya mesyuarat cawangan umno yang kebetulan (ya, ulang: ke-be-tu-lan) dipengerusikan ahli pas. sebab tu dia beriktiqad melayu = islam = melayu

2 - Saya telah menjadi ahli PAS selama 26 tahun.... baru 26 tahun, yb. ada yang lebih lama (walaupun umur lebih muda). sebab tu dalam blog tertentu, dengan bangga dia boleh mempertikaikan 'ahli2 pas yang baru merangkak...' dengan hujah itu ini yang dirasakan sesuai pada perasaannya. ini masalah sesetengah orang pas. bahawa menganggap pas adalah hak sendiri yang mesti dipastikan kelangsungannya memang terpuji, pada masa sama kebebalan menguruskan perasaan 'hak sendiri' itu kadang2 memakan diri.

mempamerkan ego (walaupun kununnya berniat mulia) adalah satu daripada faktor menjadikan orang meluat kpd pas.
Serious Shepherd said…
PAS for All.
DAP baru merangkak buka cawangan Melayu.

PAS ada ADUN berbangsa Cina.
DAP tak ada ADUN berbangsa Melayu.

PAS bukan sahaja melindungi masjid dari diroboh tetapi turut berusaha melindungi kuil dari menerima nasib yang sama.
DAP lebih berminat (dan berjuang bermati-matian) untuk melindungi penjualan arak dan tempat penyembelihan babi dan tidak berbuat apa-apa bila masjid dirobohkan.

PAS tidak mempersoalkan Malaysian Malaysia (sebab pernah menyaksikan sendiri orang Melayu dan negeri Melayu didiskriminasikan hanya kerana berbeza fahaman politik).
Pendirian DAP mengenai Negara Islam adalah jelas, terang lagi nyata.

PAS tidak pernah putus asa membina jambatan dengan masyarakat bukan Islam (seperti menubuhkan Majlis Perundangan Komuniti) walaupun kalah pilihanraya ke tahap hanya tinggal 2 kerusi parlimen.
DAP pernah terus putus asa membina jambatan dengan masyarakat Islam (sampai ke tahap keluar Barisan Alternatif) bila pimpinan tertinggi mereka tidak menjadi ahli parlimen walaupun mendapat 10 kerusi parlimen.

PAS dengan mudahnya memperjelaskan konsep Malaysian Malaysia kepada para penyokong mereka.
Bagaimanakah (ataupun adakah) DAP memperjelaskan konsep Negara Islam kepada penyokong mereka?

Banyak lagi kita boleh komen pasal DAP seperti 'kenapa tak perjuangkan makanan vegetarian di kantin-kantin sekolah' atau 'kalau ikut agama korang semua benda boleh buat ke?' etc yang patut mereka jawab. Pada masa yang sama, kita boleh minta DAP supaya berkongsi propaganda yang disebarkan MCA dalam usaha menyebarkan Islamophobia di kalangan masyarakat Cina di Malaysia, dan PAS akan menjawab fitnah tersebut dan jawapan itu turut digunapakai oleh DAP.


- Serious Shepherd the Ahli Futur :)
hakimi said…
Buat le apa yang patut YB...jangan hotel2yang di kontrol kaum cina di Selangor hidang daging babi (Ham) sudah lah....depa dah naik tocang gara2 Pakatan Rakyat bagi muka sangat...."kebebasan".
Terpanggil untuk saya bercerita kejadian di Sunway Hotel & Resort di Sunway Lagoon telah menyajikan "Ham" tanpa memberitahu samada ayam or beef...apa yang saya tahu ham tu is pork slice.....dan ramai le melayu2 yang dungu yang ada janggut n bertudung pun sapu makan benda tu....bila saya tegur...melayu2 buta nama makanan ni kata...takkan kot???? depa nak jamu makanan macam tu..... Pak YB dan rakan2 yang terlalu liberal denagan kaum bukan islam yang sememangnya mereka lah yang control ekonomi malaysia jawab le kelak di akhirat yer.
Kaum melayu and salah seorang Pak YB ni yang terbelakang ekonomi mereka....adalah lebih bahlul kalau di bandingkan dengan orang arab. Orang arab lebih cerdik dari melayu kerana mereka control ekonomi mereka dan bangsa2 lain cuma pekerja mereka. Mat salleh, cina , india dan lain2 pekerja di kontrol oleh bangsa arab kalau mereka di UAE, Qatar d.ll.
SELAMAT menghancurkan bangsa melayu YB.
Anonymous said…
Sejak bila PAS mesti memperjuangkan kepentingan dan hak Melayu-Islam?

My understanding of PAS vision and values had always been based on Islamic principles.

Now the Malay race seems to confuse race and religion.
Bangsa Melayu nampaknya sudah masuk perangkap UMNO dengan mengelirukan rakyat bahawa Melay sepatutnya menjaga kepentingan Islam.

Saya rasa sebab Saudara Khalid terdiam adalah kerana Pas sepatutnya mengutamakan prinsip Islam dan bukannya semata mata untuk memperjuangkan hak kaum Melayu.
Anonymous said…
PAS hanyalah berselidung dgn slogan ISLAM, tp hakikatnye PAS mempergunakan ISLAM utk kepentingan POLITIK....matlamat PAS dah LARI jauh dr yg sebenarnya....walaupon UMNO dilihat lbh nasionalisme, tp UMNO ttp memperjuangkan ISLAM, cuma dgn bersederhana....tp PAS lbh kpd MENJAHANAMKAN ISLAM dgn berkawan dgn parti DAP, parti serpihan PAP yg sgt mementingkan kaum diorg
aku dr amin said…
gud job YB
terkadang masalh timbul bila islam itu untuk orang melayu. bila lagi kita nak ubah minda kita yang kaku dan lesuh ini. islam come to the earth for al alamin. untuk semua manusia. tidak kira melayu, cina , india. bukankah satu kenikmatan bagi kita bila kita dapat melihat orang cina dan india di malaysia mula memakai kopiah dan bergerak ke masjid, samada masjid itu berkhutbahkan bahasa melayu atau bahasa cina dan tamil. inilah nikmatnya. namun bagi yang ber"melayu" pekat ni hanya nak ingat dunia sahaja. berjuang atas nama islam tapi hati masih ada sarang perkauman. percayalah seorang cina islam itu lebih baik dari seorang melayu munafik. bila lagi kita nak menggelarkan diri kita dengan bangganya yang " aku adalah seorang islam" dan bukannya aku adalah seorang melayu. tatkala itu hijau akan pasti menggantikan biru pekat
Anonymous said…
Dear YB Khalid,
Though BN has won the recent by-election we should not cry over spilt milk but move on. Many of us think that this 'loss' is truly a blessing in disguise.

The recent internal fighting between PAS and the other 2 members has shown the rakyat who voted for the 3 (PK/PAS/DAP) that there is much to be done. We all respect the muslim religion but we observed that some of your PAS colleagues are becoming 'loose cannons' either for the sake of scoring brownie points or that they are actually UMNO implants with the intention of breaking up the PR coalition by their actions that showed their true colors.

Taking an excerpt from a recent post in RPK's blog titled "over to you Zaid", Pakatan Rakyat should heed the advice from RPK. (see below paragraph)

" Most importantly, can you(Zaid) please convince PKR, DAP and PAS that the opposition coalition does not really exist other than in name only. And it will never exist until PKR, DAP and PAS are prepared to set aside their party interests in the interest of the coalition. Thus far, Pakatan Rakyat has failed to convince the voters that it is able to work as a coalition. Remember, the voters did not vote FOR Pakatan Rakyat in the last general election. It voted AGAINST Barisan Nasional. And there is a big difference here. "

Many non-muslims voted for PAS in Shah Alam for the same reason and I think the wins by PAS in the by-elections (before this loss in Bagan Pinang) has gone to the heads of some PAS leaders . These PAS leaders might think that the non-muslims are now voting PAS because they accept PAS idealogy and this has enboldened some of your PAS colleagues to bring out issues eg banning the selling of beer, speaking against the SELCAT procedure of interviewing etc...

If PAS is unable to work with the others in the PR coalition, I am afraid that come the next election your party will loose the confidence of those who voted for PAS in the 12th GE. As for us who lived in Shah Alam, you will always have our support because you showed that you care for all the races in your speech and actions. We just hope that you could convince your colleagues who are behaving otherwise that they will face the same predicament like in Bagan Pinang if they continue in their set ways.

May the lord grant you the strength to do your good work and guide you in your decisions.

Wassalam.

orang kampung

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.