Skip to main content

Kritikan Professor Dr. Abdul Aziz Bari

Saya telah berkesempatan membaca kritikan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang bertajuk Pengajaran Dari Bagan Pinang dan seterusnya membaca pula respon dari Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Ketua Penerangan PAS Selangor. Bagi saya semua teguran dan komen tidak kira dari siapa perlu dinilai dan pertimbangkan secara objektif. Respon yang mengatakan bukan bidang kepakaran orang yang memberi komen adalah merupakan satu respon yang kurang bijak. Silap-silap apabila ditanya balik kepakaran kita, kita pula yang tidak boleh jawab! Takkanlah apabila berkecimpung dalam politik, maka kita secara automatik menjadi pakar politik?

Lagipun saya sejak dari dulu berpegang kepada dasar “undzur ila maa Kaala walaa tandzur ila man Kaala” atau lihat pada apa yang dikatakan dan jangan lihat pada siapa yang mengatakannya. Ini merupakan sebagai pegangan para Sahabat sehingga teguran orang tua yang daif sekalipun tidak diketepikan dan diperlekehkan begitu sahaja. Sebaliknya didengari dan diberikan penghargaan sewajarnya. Tidak mengapa kalau kita tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan, tetapi janganlah sehingga memperlekehkan. Kita hujjah balik, point demi point. Dengan itu kita dilihat sebagai berhemah dan berilmu serta terbuka dan juga tawaddu'.

Bagi menyanggah tulisan Prof. Aziz, PAS perlu memahami apa sebenarnya yang disampaikan oleh beliau. Bagi saya, beliau ingin PAS menginsafi bahawa kekalahan di Bagan Pinang mungkin disebabkan kelemahan-kelemahan tertentu, khususnya diperingkat kepimpinan PAS itu sendiri. Kerana apa? Ini kerana kekalahan itu lebih teruk dari kekalahan yang dijangka dan lebih teruk dari kekalahan pada 2008. Ini memberi isyarat bahawa sokongan terhadap PAS dan PR semakin merosot. Persoalannya, adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah faktor-faktornya? Sekiranya tidak, maka apakah pula jawapannya?

Respon bahawa PAS hanya mempunyai 3 cawangan hanya mampu menjelaskan mengapa ianya sukar untuk PAS menang di Bagan Pinang. Tetapi PAS juga hanya mempunyai 3 cawangan pada 2008. Oleh itu, respon ini tidak menjawab mengapa prestasi kali ini merosot. Menang mungkin sukar, tetapi mengapa merosot?

Oleh yang demikian PAS perlulah 'disect' pendapat Prof. Aziz, sekiranya kritikan tersebut ingin disanggah. Dengan itu perlulah dikenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ini, khususnya di kalangan bukan Islam, mengikut pandangan Prof. Aziz itu. Seterusnya diulas semula dengan mengemukakan point yang dapat menyokong pendirian PAS dalam perkara ini, sekiranya tidak bersependapat. Secara ringkasnya, menurut Prof. Aziz, faktor-faktor ini adalah:
  1. Tindakan PJ Selangor berhubung SelCAT dan isu-isu lain yang ditonjolkan oleh beliau sepanjang pentadbiran PR Selangor. Tindakan-tindakan ini dianggap menyebabkan orang bukan Islam mempertikaikan keikhlasan PAS bersama PR di Selangor kerana sering menimbulkan konflik dan bersikap unilateral. Ia tidak menzahirkan semangat 'kesepakatan' dan 'kesetia-kawanan'.
  2. Seterusnya, mengikut pandangan beliau lagi, kelemahan pimpinan PAS Pusat, khususnya Timbalan Presiden dan Presiden, dalam mendisiplin PJ Selangor apabila masalah sebegini berlaku juga dilihat dengan penuh sangsi oleh pengundi bukan Islam.
  3. Seterusnya, Prof. Aziz beranggapan PJ Selangor perlu didisiplinkan atau terus disingkirkan untuk mengembalikan keyakinan pengundi.
  4. Keengganan untuk mengambil tindakan sebegini, mengikut Prof. Aziz, adalah kerana sikap 'pro-UMNO' pimpinan-pimpinan PAS.

Sekiranya ada pihak ingin mengulas pendapat Prof. Aziz tersebut, maka inilah sebenarnya isu-isu dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh beliau. Isu dan cadangan inilah yang perlu diberi tumpuan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Selangor. Bukan soal kepakaran Prof. Aziz! Mana-mana pendekatan yang mempersoalkan kepakaran Prof. Aziz tidak akan menjawab isu-isu yang ditimbulkan beliau serta bacaan beliau berhubung kemerosotan sokongan bukan Islam terhadap PAS dan cara menanganinya. Dengan itu ia akan memberi persepsi bahawa tiada pihak di dalam PAS yang mempunyai jawapan yang boleh meyakinkan dan ini akan memburukkan lagi imej PAS.

Secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan semua yang dinyatakan oleh Prof. Aziz. Namun saya tidak sekali memandang remeh pendapat beliau ini dan merasakan satu jawapan yang lebih 'bernas' perlulah dikemukakan oleh PAS. Saya sendiri tidak akan memberi respon kepada analisa yang dikemukakannya hari ini. Saya ingin menunggu respon yang dari pimpinan PAS yang lain terlebih dahulu dan hanya akan saya ulas sekiranya perlu.

Tuan-tuan sebagai pengunjung juga dijemput untuk memberi respon dan pandangan terhadap isu-isu yang telah dikemukakan oleh Prof. Aziz ini. Sementara itu, tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) dan Mohamed Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) boleh juga dijadikan rujukan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Bersama Ustaz Misbah

Minum teh bersama Dr. Dzul

*Gambar ihsan Carlos Sham @ Facebook

Comments

Wong Kok Foo said…
As a non-Malay I would say Professor Bari is 100% correct! His points from 1 to 4 is exactly the sentiments of me and my colleagues (we are from Seremban, Negeri Sembilan). I think YB Khalid and other more rational-minded leaders in PAS must pressure the Presiden and Naib Presiden of PAS to deal sternly with Hassan Ali. But here is my two sen. The Presiden and Naib Presiden are of the same mindset as Hassan Ali or are maybe on the same faction, so how could they ever sack Hassan Ali??

I think these three PAS leaders are the biggest problem for PAS as far as I am concerned and this is the sincere view of myself and surely other non-Malays. In PKR, we have similar people like Zulkifli Noordin. Mark my words, if these people are not dealt with quickly and properly we will see the sad end of Pakatan Rakyat and this will be the greatest regret in the history of Malaysia we will all one day cry over. YB Khalid, I beg you please do all you can within your power so that this does not happen.
Unknown said…
Sebenar kebanyakan pemimpin PAS hanya suka dipuji tak boleh dikritik..mana2 blogger or Prof yg mengkritik pemimpin mereka akan dibelasah seperti yg terjadi pada prof abd aziz. Saya sebagai org muda dari parti PAS sependapat dgn Prof. tapi percayalah PAS tak akan berbuat apa2 tentang pandangan beliau.(akan dibakulsampahkan)..
So janganlah PAS over confident boleh menang sekiranya next PRK or fresh election di PERAK mereka boleh menang. Selagi tak berubah PAS akan dilihat parti yg jumud (close minded).
kenyataan oleh Ketua Penerangan PAS dan beberapa bloggers yg berjawatan didlm parti bersifat emosi dan membodek BOSS..apa boss buat semuanye betuuul...org luar or ahli cikai jgn sibuk..

ingatlaa wahai PAS anda masih lagi dilihat sepeti mentimun jika dibandingkan dengan UMNO
...
slogan ubah sebelum parah boleh juga dipakai untuk PAS..

regards
Anonymous said…
bilala pas nak tukar hj hadi n nasa ni, cuba2la tukar, kasi orang lain pegang plak, tak cuba yang baru, macammana kita nak tahu hasilnya???

apa yg saya ckp ni tak refer mana2 prk, menang atau kalah, tapi hj hadi n nasa mmg ulama yang bagus tapi bukan ahli politik yang berkarisma. kata orang tiada aura.

kepada pimpinan, dengarlah luahan dari akar umbi, berubahlah.

tapi ini bukan bermakna saya tidak menghormati hj hadi, tidak sekali2, malah saya amat kagumi dengan istiqamahnya dalam perjuangan pas samada semasa kalah atau menang.
Anonymous said…
Kita belum sedia terima kritikan...tidak meruntuhkan sikit pun nama PAS jika menerima teguran dengan hati terbuka...

sebab Aziz Bari dah banyak membantu PR....sekali je die kritik, kita lupe semua jasa die...dan perkara ini yang sebahagian anak muda melihat jelik...

die bela Kerajaan PR Perak, tak ingat ke..??
Anonymous said…
USTAZ IDRIS HANYA MEMBALAS PENENDANG DENGAN PENAMPAQ


OLEH Aris Awang

Aku baru membaca dan meneliti tulisan Ustaz Idris Ahmad mengenai sanggahan terhadap Prof. Dr. Abd Aziz Bari yang menuduh Tuan Guru Hj Abd hadi Awang pro-UMNO. Setelah membaca dan meneliti tulisan itu, bagi pandangan aku tulisan Ustaz Idris Ahmad adalah ibarat penampar sahaja, dibandingkan dengan penendang yang dilepas kepada muka Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang oleh Dr. Abd Aziz Bari

Aku adalah seorang manusia kerdil yang didik oleh Tuan Guru sejak dari bangku sekolah hinggalah sekarang. Beliau telah mendidik aku mengenali perjuangan Islam yang benar bukan sahaja melalui teori (buku, kuliah, ceramah, tamrin, kolokium, kertas kerja, usrah, muqayyam) tetapi secara lisanul hal (tingkah laku dan perbuatan beliau ketika didepan ramai dan ketika bersendirian) dalam segala aspek kehidupan untuk menjadi seorang mukmin yang akan berjaya di dunia dan diakhirat.

Adalah pelik, jika seorang yang merasakan bahawa dia telah dididik dan diasuh dengan penuh keikhlasan (terasa dan tersentuh keikhlasannya dalam hidupku), tiba-tiba beliau dituduh dengan satu tuduhan yang cukup hina oleh Dr. Abd Aziz Bari yang boleh diibaratkan melepas penendang kemuka Tuan Guru Hj Abd hadi Awang, tiba-tiba tidak ada seorangpun anak buah beliau yang berani untuk tampil dan melepaskan penendang kembali kepada Dr. Abd Aziz Bari atau sekurang-kurangnnya melepas penampar.

Menuduh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang pro UMNO yang korup dan dajal adalah satu perkara yang cukup besar impacknya!. Suatu impack yang besar biasanya tindakan pantulan akan berlaku dengan lebih cepat dan kuat.

Oleh itu aku mengucapkan tahniah kepada Ustaz Hj Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, kerana telah menjelaskan kedudukan yang sebenarnya dan menyanggah kembali tuduhan Dr. Abd Aziz Bari, walaupun bagi aku sanggahan Ustaz Idris hanyalah ibarat membalas penendang dengan penampaq.

Sepatutnya yang kena berlaku ialah - media dibalas dengan media, penendang dibalas dengan penendang, penampaq dibalas dengan penampaq. Awas jangan lebih kalau lebih itu sudah salah dari segi adab dan prosedur mahkamah syarie. Tidak timbul panas baran atau tidak bila kita melakukan perkara tersebut, kerana jika tidak dilakukan tindakbalas dan penjelasan mungkin masyarakat akan menganggap betul, lebih malang jika ahli pula yang menganganggap betul tuduhan tersebut, lalu ahli berpusing 180 darjah memilih mereka yang tidak dikenali hatinya budinya secara mendalam keadaan sebenarnya, yang mungkin dilihat cukup tenang dipermukaannya dan cantik dikulitnya.

Tahniah, sekali lagi kepada Ustaz Idris Ahmad dan diharap kepada Dr. Abd Aziz Bari janganlah terasa sangat kerana beliau dahulu yang melepaskan penendang, maka sudah tentu bersedia untuk kena luku, kute, penyepak atau penendang juga.

Semoga kes ini ditutup, cukuplah penendang di balas dengan penampar oleh Ustaz Idris Ahmad dan Dr. Abd Aziz Bari, bolehlah terus mengkritik dan mengulas apa sahaja yang beliau ingin ulas mengenai mana-mana pihak dengan adil dan saksama dan mungkin akan dikritik dan diulas pula dengan saksama oleh mereka yang dikritik itu.

p/s-teruslah mengkritik dan memaki hamun ulama' kerna itulah teras kejayaan kamu di dunia dan akhirat...ulama' dlm pas ni lembab,jumud dan tak tau apa...
Anonymous said…
salam sejahtera semua, setelah saya membaca artikel drp ketua penerangan PAS dan saudara YB Khalid saya dapati ada perkara yg perlu kita ke meja rundingan utk memantapkan parti..semua pihak kena terlibat termasuk prof. aziz klu boleh..jgn kita menyalahkan org lain..biarkan Bagan Pinang berlalu yg penting PRK ke-13 yg akan menjelma..harap cadangan sy yg xseberapa ini diambil kira..jadi kesimpulannya buang yg keruh ambil yg jernih..dari INSAN YG SAYANGKAN KEADILAN.
Anonymous said…
YB,
Kenapa perlu highlight PERSURUHJAYA PAS SELANGOR (PJPS)? Masihkah YB ada grunge pada YB Hassan Ali?

Kebanyakkan pegawai kerajaan tidak bersetuju dgn SELCAT diperkudakan & dikambinghitamkan kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Apakah jika pegawai-pegawai kerajaan tersebut enggan bekerjasama jika terdapat program-program kepartian yg kerap di adakan dicop sebagai enggan bekerjasama? Dan jika enggan bekerjasama maka mereka-mereka ini akan di SELCAT kan?

Itu adalah secubit keluhan drp pegawai-pegawai kerajaan YB.
Anonymous said…
saya tertarik dengan ulasan Prof.Aziz dimana "kenapa pengundi bukan melayu merosot?" sudah pasti masalah yang timbul oleh UG and the Geng, saya melihat TG HA kebelakangan ini kurang agresif berbanding DSAI dan LimKitSiang semacam manjauhkan diri cuma keadaan tarpaksa baru bersama. Jikalau parti yg bertanding itu PKR atau DAP mungkin keputusan jugak sedikit sebanyak mengurangkan undi be-end.

Saya melihat ada sesetengan pimpinan merasakan mereka kuat atas kekuatan parti sendiri bukan dari kesepakatan PR. Sekiranya ada pimpinan beranggapan sedemikian jadilah parti pembangkang selamalamnya. Semua Parti dalam PR saling memerlukan dan bantu membantu bersatulah jangan putus ditengah jalan Pulihkan semangat dan teruskan kemaraan "PAS For All" itu kata kunci utama. Berubah sebelum parah sinar harapan masih terbuka
Anonymous said…
Sudah tibanya masa PAS mendengar cakap ahli..zaman ahli membuta tuli mendengar kata2 dan arahan pemimpin semata2 dah berakhir..ini zaman dimana parti poltik adalah kuli rakyat..dan rakyat mahukan PAS dibersihkan untuk PAKATAN berjaya!!Sudah tibanya isu UG dikambus dilenyapkan selama-lamnaya!Dan sudah tiba masa nya Pesuruhjaya dilantik terus dari ahli..bukan kuasa Presiden semata2
Anonymous said…
Zulkifli Noordin,is a lone nut.PAS's problem is even more serius,because,the President,Timbalan President,and certain key figures are the ones responsible for UG with UMNO.Now,in my view,this is very dangerous.The fraksis wouldn't mind PAS losing in elections(they are afterall UMNO agents pretending to be lebai!!),and they will make sure PAS continue to slide,just like what has happend to PAS in Terengganu.We do not know,if there are other players(such as the sultans)involved in this UG talks with UMNO,but whatever it is,something needs to be done to arrest this loss of confidence on PAS,especially by the non muslims.
Anonymous said…
USTAZ IDRIS HANYA MEMBALAS PENENDANG DENGAN PENAMPAQ

Soalan saya pada anda adakah Professor Aziz Bari memaki dan mencaci Tuan Haji Hadi? Kalau tidak statement anda tidak masuk akal kepada para pemikir!
Anonymous said…
saya cadangkan ada undian di internet ttg egm cadangan TGNA n kritikan Prof aziz...

mungkin bleh dpertikaikan, tp undian online dh jdi trend kini utk gmbarkan view awal...

just cadangan
Anonymous said…
Aris Awang, Kalau begitulah hujah dan bahasa(penampaq dan penendang) yang di gunakan olih mereka yang mengaku anak didik Hadi Awang ia nya akan merosakkan lagi imej PAS yang melaungkan PAS for ALL. Belajar lah terima pandangan/kritikan orang sikit. Hadi Awang bukan malaikat atau nabi, tidak boleh di tegur. Apa yang di katakan tentang isu pro UMNO, pak lah telah mengaku kebenarannya. Kalau Pak lah tak buka cerita semua rakyat PAS tak tahu putar belit pemimpin.
asas said…
abe Mie Terjah cakap.."Dr. Porntip dari Thailand di bayar USD120,00 sejam untuk mengelirukan perjalanan kes kematian Teoh beng Hock."

tapi pada aku tak kiralah,bayar 120K ke, 1 juta ke, dari harapkan "pakar" forensik bodoh dari mesia yang buat autopsi mayat teoh sampai boleh 'terkena' lak darah orang mati eksiden...

hek eleh...ooiii...ingat rakyat mesia ni semua dungu ke..?? come on lah, kalu nak tipu pun professional lah sikit...apa punya 1mesia la...
Zul said…
ada beberapa perkara yang saya tak faham bila membaca komen-komen kekalahan PAS/PR di Bagan Pinang baru-baru ni, termasuk komen oleh Prof. Aziz Bari ini:
1. Dalam PRK-PRK sebelum ni apabila PAS/PR menang di K.Trg dan P.Pinang khususnya dan kemenangan di PRK lain oleh parti lain dalam Pakatan Rakyat, semua org kata kita sedan menuju kemenangan besar PRU 13, rakyat seluruhnya bersama PR, dan tidak timbul secubit pun akan kelemahan pimpinan mana-mana parti, bahkan semuanya seperti comel belaka. Tiba-tiba kalah dalam satu PRK, semuanya jadi buruk belaka. Ana tak boleh nak faham lojik ini.

2. Agak-agaknya kalau PKR atau DAP yg bertanding di Bagan Pinan hari tu, boleh menang tak? Kalau kalah, agk-agaknya ada tak org cadang supaya rombak kepimpinan PKR dan DAP ?

3. Tak kan lah kalah satu PRK, tiba-tiba kepimpinan PAS nak kena rombak? Selama-lama ni, PAS tak pernah kalah PRK ke? Lagipun Bagan Pinang ni Neg.9, bukannya di Kelantan ! Tempat tu pulak penuh dgn undi Pos tentera, cawangan PAS pulak hanya ada dua, dgn keahlian lebih sikit dari 100 org. So, ana tak nampak rasionalnya tulisan Prof. Aziz tu di sini.

4. Dalam suvey Merdeka Center tu, 43% dari pengundi berdaftar tak yakin dgn PR. Kenapa tidak diberi angka berapa peratus yang yakin dgn PR? Adakah ini bermakna selebihnya tu yakin dgn PR? Kalau betul, makna hebatlah PR ! Maka, konsistenlah dgn keputusan PRK-PRK sebelum ini. So, kenapa di highlightkan yg 43% tu dan dikaitkan seolah-olahnya PAS yang bertanggungjawab sepenuh nya, sedangkan survey tu utk Pakatan Rakyat, bukannya kpd PAS sahaja. Takkan Prof. Aziz tak perasan yang majoritynya mungkin yakin dgn PR? Ini yang saya tak boleh faham ni..

5. Dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai keahlian yg jauh lebih besar dari PKR dan DAP. PAS juga mempunyai cawangan yang jauh lebih banyak. Umum semua tahu, kalau kerja-kerja operasi di bawah, ahli PAS lah yang terpaksa membantu kekawan lain. Alih-alih bila ada 43% tak yakin dgn PAkatan Rakyat, PAS pula yang dipersalahkan.

6. Kalau ikut undi popular PRU12 di peringkat DUN, PAS jauh lebih popular dari PKR dan DAP. PAS dpt 21% dari seluruh undi DUN negara, PKR 12%, DAP 14%. Habis, bila kalah di Bagan Pinang, tempat di mana kalau Anwar Ibrahim bertanding pun belum tentu menang, PAS dikatakan sangat lemah lalu kena tukar kepimpinan.

7. Porf. Aziz kaitkan punca kekalahan dengan isu-isu di negeri PR. Tapi isu-isu yang memberi imej yg tidak elok kpd PR tu berlaku di Pulau Pinang (kampung Buah Pala) dan Selangor (Selcat dan kepala lembu). Tapi bukan ke P.Pinang di bawah teraju DAP, Selangor pulak di bawah teraju PKR, apa pasal PAS pulak yang menjadi kambing hitam? Satu lagi logic yang ana tak boleh faham.

8. Prof. Aziz single out Dr. Hassan Ali. Mungkin kerana bagi Prof Aziz, isu Selcat memberi kesan sehingga kalah teruk di Bagan Pinang. Ana tak tahu lah dengan org lain, tapi ana sendiri tak berapa nak faham apa kebenda Selcat tu?? Ana rasa, kalau india-india estate di Bagan Pinang tu faham tentang Selcat, memang kesedaran politik rakyat Malaysia amat hebat lah!

9. Yang paling saya tak boleh nak faham, kenapa ditimbul-timbulkan lagi tentang UG tu? Takkan lah kalah sekali dari 8 PRK, di tempat yang memang kubu kuat UMNO, di tambah dengan undi tentera mencecah 5000, tiba-tiba dikaitkan balik dgn UG yangd ah lama berkubur, dan Presiden PAs pulak yang kena hentam.

Kalau ada sesiapa yang nampak the whole logics behind this article, please elighten me. I am in the dark here.

Wsm
Anonymous said…
Salam semua,

Kalau macam nie tahap mentality pemimpin pas, jangan haraplah nak menang PRU akan datang.

Ingatlah, nak jadi pemimpin untuk rakyat atau nak rakyat untuk pemimpin (membodek).

Terserlah rasa riak dan ego di sebalik kupiah. Rasa diri spt jack of all trade. Menampakkan kekurangan ilmu di kalangan pemimpin pas.

Contoh, saya pernah menghadiri ceramah pemimpin tertinggi Pas dimana beliau membelasah peribadi pemimpin umno atas peribadinya disebalik capacitynya di dalam Kerajaan dan umno. Sekali dengar sedap bunyinya..tapi nilainya zero..

Secara peribadi, saya tidak mahu orang yang sebegini memimpin Pas.

Belajarlah dari sejarah, selain dari nabi, pemimpin islam yg berjaya adalah Salehuddin Al Ayubi dam Mohammad Al Fateh. Apa ciri2 mereka untuk menakluk Constantinople dan Jerusalem.

Berapa ramaikah pemimpin pas yg punya ciri2 tersebut?

Tepuk dada tanya selera. Kalau nak jadi mat jenin boleh, nak jadi pak kaduk pun boleh.

Rakyat memerhatikan anda dari strategi, planning, execution dan marketing.
Anonymous said…
salam YB...

hahahha... kelakar aku baca artikel ni... bila menang, PR teguh, rakyat semakin percaya dan macam2 statement confident...

bila kalah... tup2 salah ulama'...
khalid...khalid...
insaflah.... kenapa nak salahkan orang lain jer... salahuddin yang ketuai PRK kali ni... tapi mana khalid samad????

dia duk komen jer.... menang komen dia betul... kalah jer ada orang yang perlu disalahkan????

bila dia salah??? tu dia jawab la sendiri... kut2 kalau lingkup kat Shah Alam next election pun salah hasan ali, tg hj. hadi, ust. nasa... insaflah!

jangan bila orang kita tak suka, cuba nak bela pimpinan... kita tuduh orang tu tak betul, tak pandai... sedangkan bila org kutuk pimpinan kita, kita sama-sama tumpang kutuk!
Anonymous said…
Tak perlu berwala' kepada pimpinan UMNO yang penuh kepura2an ingin Islam & perpaduan, pada waktu yang sama ...
rampaskuasa kerajaan PAS Perak,
rampashak royalti rakyat Terengganu & Kelantan...
diskriminasikan kekayaan negara untuk kroni mereka saja ..
manipusi SPR, SPRM, Kehakiman, Polis, dll...

Ingatlah "Gelombang Perubahan Rakyat" semakin membesar. PAS perlu menjiwai aspirasi rakyat. PAS tak boleh bersikap melawan arus perdana rakyat yang ingin perubahan....
politic yang lemah-lembut(bukan lemah)hanya untuk pemimpin yang mengasihkan kehendak rakyat tapi bukan penentang kehendak rakyat yang tidak habis-habisan.
Unknown said…
YB Khalid,
Apa la,komen blog lucah abeMIe pun YB masukkan dalam komen.
Kalau blog sendiri tak ada maruah,macam mana nak komen orang.mungkin budaya umno ini dibolihkan.
Anonymous said…
Wong Kok Foo,

Aku rase u ni memang tak senang dengan Islam, klu u tak suka pasal Presiden dan hassan ali aku boleh faham lagi... tapi klu ko dah kaitkan dengan Zulkifli Nordin... dah sah laa ko ni....

U jgn buat komen begini lor...
Anonymous said…
"bilala pas nak tukar hj hadi n nasa ni, cuba2la tukar, kasi orang lain pegang plak, tak cuba yang baru, macammana kita nak tahu hasilnya???

apa yg saya ckp ni tak refer mana2 prk, menang atau kalah, tapi hj hadi n nasa mmg ulama yang bagus tapi bukan ahli politik yang berkarisma. kata orang tiada aura.

kepada pimpinan, dengarlah luahan dari akar umbi, berubahlah.

tapi ini bukan bermakna saya tidak menghormati hj hadi, tidak sekali2, malah saya amat kagumi dengan istiqamahnya dalam perjuangan pas samada semasa kalah atau menang"
---------------------------------
Sekali aku baca tulisan ko ni macam orang lama dalam pas.. dua kali aku baca macam orang tak ade parti politik..

Ko ingat pAS tu hok TGHH, Ust Nasha.. atau HOk TGNA .... baru saja lepas MUKTAMAR dan dia menang tanpa bertanding!!!

Apa tujuan nok tukar??Aku setuju ade AGM tapi utk apa??... klu kerana tulisan Aziz Bari ... pimpinan pas nak tukar Presiden.. hentam presiden dll.. Jakun Sangat pimpinan pAS termasuk YB blog sendiri.... bincanglaa dalam mesyuarat... majlis syura ade, Pas pusat ade.. hentam laaa presiden dalam tu .. kalau dia tak betul... ini cakap kat media...
Li Huat Chai said…
YB Khalid

I fully agree with Wong Kok Foo.

Though Chinese but i had all this while supported PAS even b4 the last GE because i cant tolerate corruption any longer...

(a bit, i can still accept, in view of human weakness, hardly can resist the temptation of money but not to the extent of so many millions and the Port Klang scandal, even billions, pengsan saya.)

Tok Guru is a principled man, he wanted to do the right thing even if the party split, so be it, Tok Guru said.

Tok Guru, you have my absolute respect!!!

Yes, if those 3 men didnt remove from PAS, what is the point of us voting for PAS then.

We might as well vote for UMNO/BN straight away.

YB Samad, you all have to do something, 40% of Non Malays' votes have gone back to UMNO/BN.

It is a warning what will happen to the next GE. Tok Guru is so alert, he smells that already.

Yes, let us stand behind Nik Aziz and give Tok Guru all our undivided support !!!
Anonymous said…
KALAU BAGUS SANGAT HADI AWANG/NASHA/HASAN ALI/MUSTAFA ALI...APA TAKUT SANGAT DGN EGM...

BERANI KERANA BENARLAH KAWAN....

TEST POWER LAH ADAKAH MASIH ADA SOKONGAN.....

APA KES UTUSAN MSIA MELOBI HADI/NASHA/HASAN ALI/MUSTAFA ALI/HARUN TAIB...

JENTIK SIKIT PUN...UTUSAN DAH MELENTING.....

SKRNG NI JARANG2 KITA DENGAR HADI AWANG/NASHARUDIN/HASAN ALI/MUSTAFA ALI/HARUN TAIB/NASRUDIN TANTAWI MENGHENTAM UMNO MCM PEMIMPIN PAS HENTAM UMNO.....

KALAU ADA PUN KRITIKAN ALA2 TAMPAR MANJA ANAK KECIL- DALAM CERAMAH....

DLM ISU SPRM TEKAN ADUN2 PR DI SGOR...BANYAK LAGI INSIDEN/ISU KEZALIMAN UMNO PERKUDAKAN PIHAK BERKUASA TEKAN KJAAN PR....TP HASAN ALI SENYAP JE...

MENGAKU JE LAH GILA TALAK NAK JADI MB.....

DAH KITA PEGANG KEDAH...PERAK TEMPOHARI (10BLN)...TAK KAN SGOR PUN KITA NAK PULUN....??? BG LAH PD PKR...

YG PEMIMPIN PERINGKAT PARLIMEN YG DISEBUT DIATAS TADI...BUKAN APA ....ADA DIJANJIKAN JAWATAN MENTERI KABINET ....4 SLOT UTK PAS JIKA UG TERMAKBUL...ITU YG SAYA DGR2....

KATA ULAMA...BILA TANYA..."TAK ADA TAK ADA"....AKHIRNYA MENGAKU..MEMANG ADA....ULAMA APA NI MENIPU?

NASHA ULAMA KE? ATAS NAMA ..SIKAP....CUBALAH MINTA DERMA...PAKAI MERCEDEZ ADA DUIT...KALAU MINTA DERMA TAK DE DUIT.....

INSAFLAH WAHAI PEMIMPIN2 KU...

KALAU SUSAH2 SANGAT...DECLARE JE TAK NAK DUDUK DLM PR...SENANG CERITA

BIAR AHLI BIASA DAN PENYOKONG PAS BIASA AMBIL PENDIRIAN

BIAR JUGA NON-MUSLIM YG SOKONG KITA TEMPOHARI AMBIL PENDIRIAN BARU.....

TAPI TAK MAHU JUGA.....

KAT SINI PUN GILA KUASA...KAR SANA PUN NAK DAPATKAN IMBUHAN(PROJEK KOT)....

DASAR TALAM DUA MUKA..PEMBELOT

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.