Skip to main content

UMNO Perlu Basuh Dinding Yang Diconteng

SHAH ALAM – “Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.

Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam.

Kata Khalid, beliau percaya UMNO adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang Pas yang terbabit kerana diapi-apikan UMNO.

“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Saya juga meminta MBSA dan PKNS biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka,” katanya.

Difahamkan contengan itu berikutan penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu pembinaan kuil di Seksyen 23.

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 untuk membincangkan isu ini yang dijangka diadakan pada 7 September di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kalau tidak silap saya surat jemputan akan diedarkan oleh pihak MBSA di mana kita akan bertemu dan berbincang bersama. Penduduk tidak akan diketepikan dalam hal ini.

“Kedudukan kuil itu yang dicadangkan bagi pandangan saya cukup munasabah. Kita ingin bertemu dengan penduduk untuk menjelaskan bahawa kita akan berusaha menentukan sekiranya dibina di situ ia tidak akan mengganggu mereka dan tidak akan menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau juga memohon dan merayu supaya penduduk bersikap terbuka dan mendengar segala penjelasan sebelum membuat keputusan.

Kata Khalid, kuil yang hendak dibina ini akan memenuhi keperluan penduduk kaum Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 yang dianggarkan melebihi 1,000 orang.

Katanya, isu tersebut telah dipolitikkan UMNO yang bersikap baling batu sembunyi tangan pada hal semua orang sudah tahu siapa yang bertanggungjawab.





Sumber: Sinar Harian
Berkaitan: Arak Kepala Lembu Bantah Kuil Hindu (Malaysiakini)
1Malaysia Video: Residents March With Cow's Head (Updated 7:35pm)

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

web admin said…
kerja dok mengapi2 kaum ni kerja umno ngok la yb..

mereka semakin tertekan.. konon orang akan kembali sokong..

ayuh yb kita hayun kekuatan untuk menhancurkan umno.
zakwan said…
What to do,YB Khalid?
This is what UMNO does best
We,Pakatan know how 2 demo
So UMNO can only resort 2 vandalisme

I thought that during Ramadhan,all the syaitan r chained by Allah SWT
Seeing the vandalisme committed at Batu Tiga by some Malay zealots,I somewhat doubt that
Anonymous said…
I think for those muslims who parade a severed cow's head in public during the month of Ramadhan is disgusting.

They could not show love and respect for their neighbours of different race and religion.

And yet, they demand that others respect their right to practise their faith in full blast five times a day.

They openly condemn other people's religions as a nuisance .. and get away with it.

Are muslims all over Malaysia proud of such actions?
Anonymous said…
SATU LAGI PROJEK BINASA NEGARA.
Anonymous said…
LAME to the MAX!
Anonymous said…
bodoh punya khalid...

cakap dlm parlimen berapi rapi..

tp bila kena desak dengan hindu terus layu..

aku dulu pangkah pas and pkr...

tapi tgk keadaan ini, memang org melayu pun marah
Anonymous said…
khalid tukar jelah masuk hindu...

buatlah kuil dkt tempat lain.. tak boleh ke?

bile india dan cina mintak macam2 bagi

tapi at the expense of malay punya rights
Anonymous said…
hm...well PAS seems to be in defensive now...

as a Muslim i think selangor government have not taken care of malay sensitivity anymore..

poor section 23 residents
raj raman said…
Sad day.
When the little "MULLAH" hijack the holly month in the name of religion and muslim unity.

rajraman666.The devil also scared of this bunch of people.(*not god/devil worshipper*)
Only1Choice said…
Khalid

Please do not build the temple in Section 23... please take care of malay sensitivity.... I heard that many residents in section 23 are angry with the decision to build temple there....
MuhammadFirdausAR said…
tak payah la ngaku dulu undi PR...tu ayat2 provoke je...tindakan ni lebih membuat umno makin dibenci seluruh rakyat..walau ape pun isu yg keluar samaada salah PR atau BN, undi melayu pecah 50-50..undi bukan melayu 80-20...inilah tindakan meludah ke langit!!
Anonymous said…
dear yb khalid

whatever your decision, i as a malaysian chinese, will stand by your decision 100%.

you can be my malay(sian) leader.

yes or no; i trust you.

go ask evil-umno fly kite!

*** folks, dont let yb khalid be stuck in a catch22 situation. this is what evil-umno wants.

*** now you have najis and son-in-law bersandiwara kononnya dgn suara yang 'middleground' and 'reasonable'... well, their acting sucks!!!

4RAKYAT.
Anonymous said…
Those parade on the street with cow's head is "lembu-lembu bodoh".

During Ramadhan & Friday, this people use the name of Allah to do stupid demostrations are really stupid cows.

I suggest them to cut a pig head & a dog head to parade again on next Friday.
Anonymous said…
What Malay rights are we talking about here? Hindus in Shah Alam need a temple for them to worship.

The Regents Mosque in London was built in a majority Christian area. The largest Buddhist Temple was built in Kelantan with the consent of Tok Guru Nik Aziz, the MB of Kelantan, a majority Muslim state.

Are Muslims that intolerant? Are Muslims that sensitive?

I love Islam but I hate Muslims with that sort of egocentric mentality. No wonder Muslims are being looked down with ridicule.
Tarmizi said…
Assalamualaikum YB,
Minta kerajaan PR berhati-hati dengan provokasi perkauman ini. Nanti silap haribulan darurat yang terjadi akibat mainan politik perkauman di Selangor.
Saya sentiasa bersetuju dengan pemimpin PAS, teruskan usaha YB. Insya ALLAH, kebenaran akan terserlah, kebatilan akan dimusnah.
Anonymous said…
wahai Muhd FIrdaus...
memang ramai kat shah alam ni semasa PRU12 undi pakatan rakyat..tapi sekarang dah meluat...
ko ingat penduduk kat shah alam ni boleh diperbodoh2kan ke???
kalau berani..atau YB KHALID tu rasa dirinya diterima kat Shah alam ni....CABARRRRR adakan pilihan raya Kecil..kita tengok apa nasib si khalid dan Pakatan kat sini...
ko jangan terlalu angkuh...
cabar sekali lagi...kalau rasa hebat sangat...
ada berani.....

otai shah alam..
sarfah said…
Ya Allah...kenapa ada orang yang sanggup buat macam ni? Kalau tak setuju pun, janganlah busukkan nama Islam! Disgusting, brainless people...parading cow's head for what? Pada hari JUMAAT DI BULAN RAMADAN? Saya tak setuju dengan tindakan sebegini!!
Anonymous said…
Muhd Firdaus u are living in the real world. Keep it up.... struggle in the right path to stay in Putra Jaya. Confirm if there is an election YB Khalid will be leading 101%. Takbir..Reformasi..
shah said…
Saya Shah

En Khalid

EN Khalid sepatutnya mewakili penduduk disitu sebab penduduk dah mewakilkan En Kalid... Ini tidak berlawanan dengan penduduk.. lepas tu buat kuil pulak tu... saya pun tak faham... sepatut En Khalid kena ada maruah kerana En Khalid dipilih oleh mereka dan memperjuangkan hak mereka, bukan perkara yang tak baik, itu hak mereka tidak mahu ada kuil di situ... En Khalid ke malu skit...
kenyataan saya tiada kena mengena dengan politik... saya atas pagar
Hashim said…
otai shah alam.

Pakai nama Anonymous skarang
Aku cabar ko scan ic ko siarkan nama dan alamat kat sini .... tengok ko orang Shah Alam ke bukan,.....
Jangan Lontar Batu sembunyi tangan

suruh orang masuk hindu .... Habis tu najib jadi PM terus pergi brickfield dengan Kuil Hindu kat Batu Cave tu nape ko tak suruh Najib jadik hindu ??

Ko cabar khir toyo letak jawatan dulu sebelum suruh YB khalid letak jawatan ... Tengok orang selangor meluat tak ke DR gigi ni sorang

Errrr ada berani ??
Anonymous said…
Sebenarnya sebelum kita hentam sesiapa, kita lihat apa dasar islam.
Islam menjaga semua hak manusia. Islam agama yang adil pada pandangan syarak bukan pada pandangan individu yang yang extrimis..
Seperti yang ditegaskan oleh YB khalid, kerajaan selangor tidak akan membina kuil baru, hanya akan memindahkan kuil lama ke seksyen 23, itu pun terletak 200 meter dari penempatan majoriti melayu (kalo tak silap dalam artikel YB sebelum ini).
kuil tersebut akan digunakan oleh 1000 orang hindu dari seksyen 19,20 dan 23..
Kalo PAS tak menjaga Hak Orang Hindu, suatu hari nanti mereka akan bangkit menetang dan memburukkan Islam, secara tidak langsung kita telah membawa imej buruk tentang Islam, sedangkan Islam bukan begitu..
Islam datang untuk meraikan hak umum dengan berlandaskan syarak..
Kita ngaji Islam mendalam sikit, baru kita akan faham apa PAS cuba bawa untuk survival Islam di Malaysia dan Selangor umumnya..
Kita sebagai orang Muslim, ngaji Islam jangan secara umum sahaja. Itu hanya untuk orang yang baru nak kenal Islam. Tapi kita kena ngaji lebih sikit sebab kita punyai IMAN dan kita perlu berAMAL dengan Islam dan AKHLAK2 ISLAM..Wa Allhu A`alam.
RajaPasemboqPenang said…
Sedap2 ja hang kata UMNO punya kejo... Nama ja YB, tapi takdak akai... Hang pemimpin PAS.. memperjuangkan Islam.. Tp, bukankah memfitnah tu dosa lebih teruk daripada org yang membunuh?... Ada bukti, baru ckp.... Mak bapak hang dulu pun hantaq hang masuk sek kerajaan... agak2 la YB
Anonymous said…
If the 1Malaysia guy is serious about his slogan, then he should put these ultras and trouble makers in prison to let us know that the 1Malaysia is for real. And YES, give them 12 lashes of the cane. I think this is a more serious crime than drinking beer. Charge them under ISA, lock them in a hole-in-the-ground prison cell and throw the keys away.
Anonymous said…
I think we all can guess who did it. Probably the same people who want to replace Khalid as the MB of Selangor with you-know-who. Watch out for internal sabotage and moles, Khalid. These people want to create trouble in Selangor so that they can say that Khalid is not doing his job well.
Anonymous said…
These militants and ultras should visit Hong Kong. Right in the middle of a crowded Buddhist city, there stands a mosque, blasting the Azan 5 times a day. Do you see the Hong Kong Buddhists demand that the mosque be moved away? Do you see the Hong Kong people asking the mosque to stop blaring the Azan? Or go visit Beijing. In the middle of the communists atheists city are several mosques. Again, these mosques were not asked to be moved away. People should learn to live with one another. It is the differences that give color and spice to the society. But these ultras have chosen to politicize and use the differences to incite hatred for their own vested political interests.
Unknown said…
YB dan kawan,demo ini conspiraci
umno selangor yg berterusan utk
menubangkan kerajaan pr,
1-membebankan kerajaan dgn masalah2
2-meniup huruhara dan rusuhan kaum
utk membuka jalan kpd pengistiharan
darurat.
3-polis mendiamkan diri tampa cegah
sebagaimana biasa walaupontindakan mereka mengancam keselamatan negara
4-tidak ada kutukan dari pembesar2
umno selain dari kj(kj hanya keris
minan dlm umno).
fikir2kanlah,,,,
alifreyes or said…
xheran sume nie !!! PR tetap di hati
Anonymous said…
We hold Hassan responsible for this.
Hassan is hell bent of promoting intolerance and extremism. So his supporters are taking the cue from him to show the same behaviour.
Najib, can you please put Hassan in jail under ISA and SA? The we will consider moving our votes from Pakatan back to BN!!! Otherwise we will suspect that Hassan is part of UMNO and will continue to vote for Pakatan.
Anonymous said…
ah,

BN , UMNO mmg pelik,

isu kuil dah berpuluh tahun punya hal pun dorg x setel.

sampai zaman org, dia dok sebok je keje, go to hell la.
Anonymous said…
aku Wan Zawawi,,,,
Islam tidak menyuruh umatnya memprovok agama orang lain,,,bkn macam tu nabi ajar uamtnya..zaman nabi dulu,baginda hidup bersama kaum Yahudi jgk,,,nabi tak larang org selain islam amalkn ajaran agama mereka...tapi hari ini apa dah jadi???aku ni dah lama jd ahli pas...sejak zaman Pas kalah,,hingga zaman Pas dpt menang ...aku faham setiap tindak tanduk pemimipin...kita berjuang atas dasar islam yang syumul perlulah kita buka fikiran dengan waras,,jgn jd seperti manusia tak ada ilmu..berdasrkan peristiwa hari ada yang ngaku ahli Pas,,,ok!!baiklah,,, cuba tanya diri mereka yang ikut demo tu,,,berapa lama korang kenal PAS?Dah berapa tahun jd ahli?pernahkah kamu merasa keperitan bila surau kena roboh????anak sekolah tak dpt biasiswa krn bapaknya ahli PAS,,mcm2 hal lagi......alhdulillah aku dah laluinya...tapi kerja siapakah itu???UMNOOOOOOOOOOO yang kamu termakan hasutan sampaikan ada yang tak tahu mana datangnya kepala lembu tu???kerja siapa tu....sebagai umat Islam,,aku amat kecewa dengan tindak tanduk golongan yang yang melalukan sesuatu perkara yang sia-sia serta meenyusahkan orng lain...kalau tak tahan sgt,,,pergi pd UMNO...jgn jd duri dalam daging...wallahhu a'lam
Anonymous said…
Kenapa dulu Rasulluh S.A.W robohkan semua berhala di Mekah dan tinggalkan satu berhala? Boleh tolong spin?

- parti jahat, kato eh -
Othman Selayang said…
Insya Allah, ada PRK lagi atau PRU akan datang UMNO/BeeEnd akan kantoi. So janganlah nak berlakon tunjuk jaguh orang melayu/Islam lah UMNO. 50thn jadi kerajaan hanya tahu songlap semua kekayaan negara dan perosak negara..dari isu babi, arak dan kuil semuanya adalah peninggalan UMNO/BN
Aluminum Siren said…
alah, yg dok jilat bontot umno mcm org sasau kat atas ni of coz la si faisal tu.. kalau tak pun konco2 dia.. huh, tak tau malu..

org umno ni diorg lemah satu perkara je. kalau kita tanya diorg balik, masa umno peganga selangor dulu kenapa benda2 ni semua tak dibangkitkan.. nanti diorg senyap la. pastu diorg bukak hal kat tmpt lain plak.. mana diorg berani nak jawab?
Anonymous said…
YB Khalid,isu kuil nie kecik aja, masa BN dulu tak pernah timbul maslah.Bukan nak kata depa tu bagus sangat.Bila PR perintah, isu sekecil ini pun boleh meletup. kumpulan hindu belum tunjuk lagi kemerahan mereka. kalau jadi begitu lebih kusut la YB.

YB kena punya berunding dgn kumpulan2 nie.kalau tak punya kemahiran, cari mereka yang pakar.Saya pikir perundingan dan musyarah adalah kunci kepada masalah ini.
Anonymous said…
baru ada demo sikit2. kerajaan PR dah nak kecoh satu alam.
kata nak mentadbir malaysia, igt senang ke.
Ini dah tak habis2 kata ini kerja UMNO nak jatuhkan PR selangor.
Habistu yang Perhimpunan ISA tu idea siapa? Bukan ke itu idea PR nak jatuhkan BN?
PR mestilh pandai nak tangani hal ni, tunjukkan kebolehan mentadbir. Jangan asyik hentam UMNO sentiasa. Kalau setakat nak mengutuk-ngutuk, budak sekolah pun boleh.
sorensen said…
kalau dh terang-terang itu memang kerja orang umno, nak senyap je ke? itu demo ye, kau kata kerajaan PR kecoh satu alam.

pasal statement nik aziz yang umno putar belit satu alam tu, tak nak amik kira ke? bukan main lagi tv3 dgn utusan canang, kata nik aziz mengkafirkan orang-orang umno. tapi, mana bukti audio visual dia sampai sekarang ni tak release lagi? apa cerita tv3, utusan?

skrg ni SKMM gesa malaysiakini supaya jangan siar video kepala lembu ni. kenapa? takut muka2 orang atasan umno kat dalam video tu terkantoi siar ke?

dasar tak tau malu org umno. dah berak merata, kata bukan kerja dia.
Anonymous said…
Ke hadapan Raja Pasembooq
Hang ni laloq betoi tak da akai.Bila hang laloq hang tak tau apa butir hang dok kalut. UMNO penang jadi apa? Hang ingat penang boleh amik balik ka? Hang jangan mimpi la brader...la ni depa dok berarak ngan pala lembu dah nak kena cas. Hang nak jadi laloq macam depa ka? Hang dengan aku sama ja.....
radzi said…
en.khalid,

bersikap adil untuk kaum lain adalah amat baik, tetapi bukankah elok mendapat persetujuan majoriti penduduk disitu?

saya tidak pasti tempat yg disyorkan tu atas perbincangan pihak negeri ataupun permintaan penganut hindu disitu, tetapi saya rasa en.khalid perlu memenangi hati majoriti rakyat yg memilih en.khalid terlebih dhulu.
ibnuhussain said…
asal tulis nama ko je khalid terus ko tuduh UMNO..asal kutuk ko je..UMNO yg buat..tu pun watpe ko jadi MP PAS?? Berckp berapi bagaikan sorg ustaz..tp habuk pun xdak..baca alfatihah pun xbetul, baca khutbah jumaat xpyh ckp la..berterabur..dengan dok serang individu..bleh kira khutbah jumaat ke kalo serang individu?? merosakkan kesucian hari jumaat tu sendiri ada la hang ni. aku merasa sendiri kat masjid jame' seksyen18 S.alam..
Anonymous said…
nape asal bnda x baik jek sume tuduh UMNO?...klu ko khalid nak cuci tgn pon,buatla cara bermaruah sket....ko ni x lyk lgsg jd MP
Anonymous said…
kalu mcm tu sape yang mahu bersihkan apa yang diconteng kat muka sultan perak? siapa yang malukan sultan? kalu anda betul pun btlah cara yang betol...bila rakyat marahkan anda..letakkan kesalahan pada BN...(mcm2 citer)..
tahulah semua tu mainan politik... tp pada-padalah...
Anonymous said…
hi my name is daniel chan
i m totally racist on malay retard
yeah. i wish lim kit siang will be 1st chinese prime minister
hoppefully.
hidup DAP AND PAKATAN RAKYAT
Anonymous said…
Sememamngnya amat mudah untuk menuduh orang lain yang melakukan kerja tersebut.Sudah lama saya perhatikan cara PR sekiranya ada isu saja, mesti salahkan orang lain.Tak pernah mengaku atau diam saja.Isu kuil pun, tuduh orang lain.Apa la..malu la sikit...awak tu YB.Isu kuil tu pun sebenarnya, sepatutnya kerajaan negeri ambil keputusan dengan cepat untuk selesaikan masalah tersebut.Isu tersebut dah lama berlaku...sepatutnya dari hari pertama mendengar rintihan penduduk Sek 23 Shah Alam, sepatutnya terus membuat perbincangan dengan berjumpa dengan penduduk.Tapi, dok bagi komen dekat surat kabar dengan tv. Macam malas nak turun padang jumpa penduduk.Masa pilihanraya tau pulak turun padang.Dah berbulan, penduduk makin bosan dan marah baru nak turun. Lepas tu pulak silap banyak la bincang masa orang tengah marah.Silap banyak gak buat secara terbuka dengan menjemput penganut Hindu sekali.Orang tengah marah...mana boleh berbincang secara terbuka...pikirlah sikit YB.Saya sememngnya tak setuju dengan indsiden kepala lembu tersebut.Yang bersalah perlu dihukum.Tapi cara PR handle masalah amatlah lembab. Saya anak jati Selangor..dilahirkan dan dibesarkan di PJ malu dengan Selangor sekarang.Saya melihat Selangor dari kawasan ladang getah telah menjadi satu bandaraya.Tapi sekarang..makin mundur dan banyak masalah.Saya berdoa agar PR akan jatuh pada pilihanraya akan datang dan agar Selangor dapat kembali ke BN.
Anonymous said…
alah.. kalau mmg dah orang2 umno jenis yg tak reti bahasa, ada ke masa yg diorang nak bagi utk PR selesaikan sendiri masalah tanpa ada campur tangan tali barut UMNO?

umno busuk perut. terang2 niat diorang skrg ni pun mmg nak malukan PR, ambik ayat awak sikit ye.. "Sudah lama saya perhatikan cara UMNO sekiranya TAK ADA isu saja, mesti mereka akan ADA-ADAKAN ISU tanpa mengira ianya boleh mencucuh api perkauman atau tidak." akhirnya? ya.. jelas la sbnrnya umno mmg tak suka rakyat berbilang kaum kat malaysia ni hidup aman damai kan? temanya apa? "HIDUP MELAYU!". kenapa bercanggah dgn kempuen 1malaysia dibuat oleh najib, orang UMNO?

aku dah jadi confuse.. apa pendirian org2 umno sebenarnya. dulu hubungan antara kaum ok je, tgk skrg.. oleh sbb kerja umno.. melalui media talibarut diorg (RTM,TV3,utusan & berita harian) semuanya jd hancur lebur. hidup ke melayu? atau lebih cepat mampos disebabkan umno?
Anonymous said…
“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO.

andai benar umno punya kerja sertakan saja bukti..kalau sekadar cakap dan menuduh saya pun boleh menuduh anda semua penduduk seks 23 punya angkara..adakah semua penduduk seks 23 pengikut umno? begitu juga dalam hal lain yang sering kali pemimpian PAs menuding jari..kita boleh menuding jari kepada pihak tertentu tanpa bukti yang kukuh? jika tiada bukti kukuh..amik pendekatan bahawa sesiapa saja mungkin melakukannya..adakah semua pengikut PAS bersetuju dengan setiap keputusan yang dibuat oleh sedara? adakah semua penyokong kamu akan menyokong kamu dalam tindakan2 kamu ini? wake up man.dalam kempimpinan PAs sendiri mempunyai kumpulan masing masing...tak jauh beza permainan politik antara PAS dan UMNO..so jgn main tuduh tanpa bukti.. permainan menuduh org tanpa bukti juga adalah salah satu permainan politik...bukan saja di pihak kamu..malah di setiap mana pihak politik sekalipun.. tidak kah kamu terfikir mungkin jua antara pengikut PAS sendiri bertindak membuat sebegitu untuk memperlihatkan itu UMNO yg buat?? saya ingin bertanya? adakah segala keburukkan yang diserlahkan itu hanya datang dari UMNO? ingat manudia tetap berperangai manusia..boleh berubah mengikut hawa nafsu..dan pengikut PAS sendiri tak terkecuali...renung renungkan bahawa org di bawah kamu tidak lah semuanya menyokong kamu..

pemuda pas kecewa-kg pandan

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.