Skip to main content

Laporan Polis Menafikan Tuduhan dan Penipuan Yang Tidak Berasas [Loke Siew Fook]

YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) telah mengemukakan satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi menafikan segala tuduhan dan penipuan yang tidak berasas yang telah tersebar di beberapa laman blog dan SMS yang menyatakan bahawa beliau telah menghina Islam dan DYMM Sultan Perak.

Beliau ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa DAPSY mahupun beliau sendiri pernah membuat kenyataan yang menghina Islam ataupun institusi DiRaja. Perkara tersebut merupakan satu penipuan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjejaskan imej DAP dengan menggambarkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. YB Loke yang ditemani oleh ADUN Teratai Jenice Lee, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa orang penyokong telah hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sekitar jam 2 petang tadi bagi membuat laporan.

Berikut merupakan laporan polis beliau:
-Pejabat YB Khalid Samad-

LAMPIRAN LAPORAN POLIS

Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat satu repot polis untuk MENAFIKAN dengan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menulis beberapa artikel yang dikatakan menghina agama Islam dan DYMM Sultan Perak serta Raja Nazrin Shah. Dalam 2 hari ini, beberapa blog dalam internet dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis tulisan yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak.

Mereka mendakwa saya telah menulis artikel-artikel tersebut dalam sebuah laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut. Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk “Ridhuan Tee must apologize to Teoh Bneg Hock’s family” ke dalam blog tersebut. Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya. Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut.

Dalam blog yang sama, terdapat satu lagi artikel yang dikatakan saya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin yang didakwa oleh dua blog iaitu marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com. Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya TIDAK pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ini adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya.

Saya membuat laporan ini untuk menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mengharapkan tuduhan yang palsu itu dapat diberhentikan.

Sekian laporan saya.

Comments

dheep said…
Terima kasih kerana menyokong kebenaran Encik Khalid.
Anonymous said…
YB ni lebih DAP dari DAP. Hassan Ali tidak dibela, DAP pula yang dijunjung. Apakah ini si Kitul moden? Melayu dan Islam di injak terus di biar,arak bertebaran di kawasan sendiri juga dibiarkan. Kerana politik, semuanya halal. Lidah tak bertulang, boleh diputarbelitkan yang di kata. Kenyataannya, orang Cina anggap Melayu ni bodoh, pemalas. Semua yang ada kat Malaysia ni hasil usaha mereka. Ada pulak politikus seperti YB ni yang sokong, naik tocang la mereka. Sesal telah muncul akibat undi orang macam YB ni.
saji said…
Para pemimpin UMNO sebanarnya tahu, orang Melayu sedang marahkan UMNO kerana 1Malaysia lebih banyak menguntungkan bukan Melayu. Maka atas dasar untuk menjaga hati orang Melayu yang sedang marah itu, mereka terpaksa mainkan sentimen agama dan kaum!
kontena: said…
Bendul la kau ni anon, dlm Islam ajar kita utk nilai isu yg dibicarakan. Bukan siapa yg berbicara. Kawan tak kawan, Melayu tak Melayu, Islam tak Islam, tapi silap tetap silap. Cina ke India ke, kalau dia betul, betulah... Kau jgn jadi macam UMNOngok tu, kalau kawan dia semua betul. Ke kau mmg suka derang ni berkuasa sbb boleh jadi MB?
Anonymous said…
Siapa yang lulus lesen untuk kedai runcit menjual arak? BN lah.
Siapa yang lulus lesen untuk kilang membuat bir di Selangor? BN lah. Siapa yang lulus lesen untuk berjudi kepada Magnum, Sports Toto, Genting, Big Sweep? BN lah.
Siapa yang membiarkan arak dijual di kem tentera? BN lah.
UMNO kacau di Selangor, tetapi di negeri2 yang diperintah oleh BN, beer masih boleh dijual do kedai runcit juga, tetapi UMNO diam sahaja tentang hal itu.
PAS dan kaum melayu di permainkan oleh UMNO sahaja.
Bukan semua di kaum cina dan india mahu minum arak dan berjudi. Dan bukan semua di kaum melayu yang menyokong membantah jualan bir dikedai runcit. Ada juga orang melayu yang suka minum bir dan wine. Isu arak dan berjudi bukan isu tentang kaum melayu/cina atau Islam/bukan Islam, tetapi UMNO sudah permainkan isu itu jadi isu kaumkaum. PAS, DAP dan PKR, jangan lah bodoh, mesti bersatupadu, jangan selalu bergaduh. Rakyat mahu menyokong Pakatan Rakyat, kerana BN sangat corrupt dan selalu mahu kaumkaum bergaduh.
saji said…
Sdr Anon 10:40pm

Pakoknya, bila Dr M sendiri perlekeh Hudud kenapa orang UMNO diam?
Anonymous said…
kau cakap pasal islam tp cukup ke ilmu di dada... sembahyang jaga ke? habih ko ingat cina-cina, india-india tu pernah pikir ke pasal betul tak betul tu... janji org melayu gaduh sama sendiri...isu tak isu last-last anak ko jugak yg tak dapat apa-apa... sbb mak bapak dia dah jadi balaci DAP LAKNATULLAH.
Anonymous said…
Kepada Anon 10:40 dan Anon 12:45, konfirm nko nie TOTOK um-NO. Cetek ilmu dan cetek akal.

-Zackry-
Anonymous said…
BUAT BAIK SANGATLAH DENGAN KAFIR TU, JADI MACAM SINGAPURA BARU TAU. NAK AZAN PUN TAK BOLEH. BODEK DAN BAGI MUKA SANGATLAH PADA ORANG KAFIR. MELAYU/ISLAM DENGAN MELAYU/ISLAM BERGADUH YANG MENANG KAFIR. INGAT-INGATLAH SIKIT, SELAMA NI MALAYSIA AMAN TENTERAM. DAH PUAS RASA KEAMANAN KER? BANGSA DIA ORANG TU TUNGGU MASA JER ORANG SESAMA MELAYU/ISLAM BERGADUH. KALAU KATA PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAM, MENGAPA YB NIZAR SENDIRI KATA TAK TERCATIT PUN DI MANA-MANA DOKUMEN PERTUBUHAN YNG PAS BETUL-BETUL NAK MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM. POLITIK-POLITIK.
Abu said…
Kalau sedara/jiran kita Islam tapi keturunan dia Cina atau India atau lain2...adakah dia tetap akan dipinggirkan??

Bersatulah atas Islam..bukan bangsa..

Saya tetap dahulukan Islam, lepas tu baru Melayu...
Anonymous said…
Tolonglah...., dengan segera YB masuk PKR atau DAP.

Jika tidak pengundi Melayu/Islam akan lari dari PAS dan mengundi UMNO semula pada PRU akan datang.

Saya tak tahu orang lain...., saya sekeluarga confirm TIDAK akan undi PR jika PRU diadakan esok.

Nanti akan ada mengatakan saya ini "pencacai umno' kat sini.

Saya memberi amaran, jika isu ini tidak diselesaikan, saya akan senaraikan nama, no ahli parti dan kawasan mengundi saya, keluarga dan rakan-rakan(yang sependapat) untuk tidak mengundi PR pada PRU akan datang.
joe said…
senaraikan je bro, tak payah tunggu nanti... nak kasi warning konon... piiirah! mmg la lu bukan pencacai umno bro, tapi lu org yg kasihkan umnokan? org pas pun ada yg macamtu, sbb itu la susah PR nak maju. sayang sgtkan bangsa umno tu
Anonymous said…
Orang kaya, berugama Islam atau bukan Islam, bangsa Melayu atau bukan Melayu, boleh minum arak di kelab dan pub.
Orang miskin, berugama Islam atau bukan Islam, bangsa Melayu atau bukan Melayu, mahu beli arak dari kedai runcit untuk minum dirumah pun tak boleh, oleh sebab PAS cakap tidak boleh.
Dibawah perintah UMNO, kita boleh beli arak dari kedai runcit. Sekarang tak boleh lagi. Tidak boleh minum bir, boleh buat apa?
Macam itu kami lebih baik sokong BN, supaya bolih beli dan minum bir di rumah dan menonton EPL. Kami orang miskin tak ada wang minum bir menonton EPL di pub.
Anonymous said…
Kalau awak mahu minum bir, pindahlah dan duduk di kawasan BN.
Anonymous said…
Dikawasan raja kera KJ, boleh dapat bir dan main judi lagi.
saji said…
Sdr Anon 2:47pm

Kan UMNO pengkhianat bangsa Melayu sendiri yang serahkan Singapura kepada Cina PAP?
Anonymous said…
Hassan Ali seems to be interested in causing trouble for PAS and Pakatan, in the interest of UMNO. If he is so genuinely concerned about vice in areas with plenty of Muslims, then he should start by raiding Holiday Villa in Subang Jaya. You have got everything there. There are pubs and bars in Holiday Villa selling hard liquor, not just beer. And served by Muslims. There is a massage joint there, but not really doing traditional massage, but of the sexy girls type. Please check if they drop their panties for a price or not. So Hassan, what is the problem. You dare not do it? Is it because Holiday Villa is owned by an UMNO top gun, your master. Why worry about a small kedai runcit when there is a bigger fish called Holiday Villa for you to catch. Hassan, you are definitely an UMNO man.
Anonymous said…
saji,

JANGANLAH NAMPAKKAN SANGAT YG U TU BUTA SEJARAH. BERI KOMEN YANG MEMBINA.
saji said…
Nak tau komen saya membina atau tidak, sdr baca satu demi satu komen saya (saji) sebelum ini di blog ini, Dato' Kadir Jasin dan lain2 blog.
S.L. Chan said…
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Khalid kerana menyokong kebenaran. Kalau YB Loke benar-benar menghina Islam atau mana-mana agama pun, saya rasa beliau atau sesiapa pun patut di kenakan tindakan yang sewajarnya. Tapi kalau kita mrnganalisa tindakan pihak tertentu, terdapat "trend" untuk memfitnah ahli politik pembangkang terutama dari DAP sebagai anti Islam. Inilah yang diharapkan oleh pihak lawan, supaya ahli Pakatan sentiasa menilai sebarangan orang dan tindakan dalam Pakatan dari segi agama dan kaum, sama seperti UMNO dan BN. Hanya dengan cara begini rakyat Malaysia sentiasa akan berpecah-belah dan kedudukan UMNO dan BN dapat dikekalkan atau diperkukuhkan.
Kalau kita fikir untuk sesaat, Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kedudukan Islam dijamin dari segi perlembagaan. Tetapi kedudukan agama lain juga diberi perlindungan dalam perlembagaan.
Mereka yang sering memainkan isu Islam dan ingin memperlagakan orang Islam dan bukan Islam tahu hanya dengan perbuatan yang terhina sedemikian, kerpentingan diri mereka dapat diperlihara, baik dalam UMNO, BN atau PAS.
Saya rasa amat kecewa sekali, kerana sekian lama merdeka, ada yang masih menilai seseorang dari segi bangsa dan agama, ini jelas sekali kalau kita membaca sesetengah komen seperti yang tertera di blog ini dan tindakan dari ahli seperti YB Dr. Hassan dan YB Zulkifli Nordin. Saya berpendapat, YB dan penyokong sedemikian kalau mereka menyokong BN tidak rugi buat Pakatan dan PAS kerana Pakatan harus menpunyai perbezaan yang positif kalau dibandingkan dengan UMNO dan BN. Walaupun ada yang berpendapat berbeza, raktat (termasuk saya sendiri) sudah bosan dengan politik kaum dan agama, dan mereka yang masih berpegang kepada permikiran yang sedemikian harus nenilai semula diri mereka, sama ada wajar ke dalam masyarakat majmuk kita.
Anonymous said…
Saji,

Errmm... MACAM ADA SIFAT-SIFAT UJUB, SUM'AH DAN TAKABUR....

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.