Skip to main content

Majlis ‘Candle Light Vigil’ & Amalan Memegang Lilin

Saya membaca dengan penuh minatnya pandangan yang mengatakan bahawa amalan DS Nizar Jamaluddin hadir di Candle Light Vigil di Perak adalah satu amalan bertentangan dengan aqeedah Islam. Hujjah ini adalah berdasarkan dakwaan bahawa memegang lilin yang dinyalakan adalah amalan keagamaan Kristian kerana mengikut fahaman pihak yang mendakwa, lilin dinyalakan semasa upacara peribadatan orang Kristian. Oleh itu memegang lilin yang dinyalakan dalam satu majlis adalah amalan peribadatan Kristian.

Saya ingin bertanya kepada mereka yang terlalu ghairah mengharamkan dan mengistiharkan semua amalan yang tidak difahami mereka sebagai luar dari Islam, apakah mereka faham implikasi kenyataan dan dakwaan mereka ini? Sekiranya menyalakan lilin adalah upacara ibadat Kristian dan orang Islam haram melakukannya, berapa ramai telah sesat apabila menyalakan lilin semasa ‘black out’ atau terputusnya bekalan elektrik di rumah pada waktu malam? Silap-silap yang menuduh sendiri pun pernah melakukannya. Berapa ramai pula peniaga Islam yang telah bersubahat dengan menjual lilin di kedai mereka? Kecuali dijual dengan notis bukan untuk dinyalakan!

Dewasa ini ada juga ‘Aroma candle’ yang dijual dipasaran. Lilin beraroma ini dinyalakan untuk menghasilkan bau-bauan wangi dan menggantikan amalan orang Melayu dahulu yang membakar setanggi dan kemenyan. Adakah, mengikut pandangan bijak pandai ini, yang kelihatan amat kurang bijak pada masa ini, bahawa aroma candle ini juga haram?

Maka adakah kerana gereja membunyikan loceng maka ummat Islam diharamkan menggunakan loceng? Adakah perlu kita mengharamkan bunyi loceng di sekolah-sekolah, kereta bomba dan basikal penjual aiskrim? Mungkin juga perlu sekiranya otak kita sebeku aiskrim yang dijual!

Oleh kerana tanda salib itu adalah tanda agama Kristian, maka adakah semua yang menyerupai salib, seperti tanda campur ‘+’ dan huruf ‘t’ perlu juga kita haramkan dari penggunaan ummat Islam? Dan seterusnya jalan yang berbentuk simpang empat perlu diharamkan kerana apabila dilihat dari udara kelihatan sebagai salib?

Pemikiran yang sebegini tidak selari dengan kaedah mengharamkan sesuatu atas sebab ‘lizattihi au lighairihi’. Sabaliknya ianya hasil dari pemikiran yang terlalu phobia dan defeatist. Inilah punca mengapa ummat Islam satu ketika dahulu digalakkan menjauhkan diri dari semua perkara, “kerana takut tergelincir” sedangkan menjauhkan diri dari semua adalah dengan sendirinya suatu kegelinciran. Pemikiran sebegini ingin ummat Islam mengasingkan diri dan terasing dengan sendirinya dari keterlibatan masyarakat umum. Ummat Islam akan hanya mampu bercampur dan bersatu sesama sendiri serta memimpin hanya untuk masyarakat muslim. Mungkin inilah maksud yang tersirat.

Mungkin sekiranya DS Nizar pegang lampu pelita minyak gas ianya akan dilihat ‘ok’ oleh mereka ini.

Sebenarnya majlis ‘candle light vigil’ merupakan upacara simbolik dewasa ini yang dilakukan di seluruh dunia untuk menzahirkan penungguan dan harapan dalam keadaan yang diselubungi kegelapan. Sepertimana amalan melepaskan merpati sebagai simbol inginkan kebebasan dan kedamaian, memotong riben amalan simbolik upacara perasmian, memotong kek amalan simbolik upacara ulang tahun dan sebagainya, amalan ‘candle light vigil’ telah menjadi amalan simbolik antarabangsa untuk menunjukkan penungguan, harapan dan kemenangan. Ianya bukan majlis peribadatan dan tiada kena mengena dengan peribadatan Kristian atau Buddha atau Hindu. Lainlah kalau lilin dinyalakan dan diletakkan di ’altar yang berbentuk ketuhanan sambil disertakan dengan upacara sembahyang. Sila baca juga kenyataan media Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong berkenaan isu ini.

WaLlahu ’Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Salam, YB Khalid

Adakah DSNizar turut serta memegang lilin ketika itu hanya untuk simbolik "nyalakan keadilan' yg semakin terhakis? Jika demikian adakah salah disisi syarak?

Apa yg saya ketahui, mereka2 yg berhimpun kini menyalakan lilin untuk tanda simbolik "nyalakan/hidupkankeadilan' yg semakin terkikis dan jauh sekali untuk upacara agama.

Saya ber istighfar jika saya salah dlm hal ini.
antara pasang lilin semasa gelap yg bersebab dgn pasang lilin tanpa sebab sebagai protes ker apa, yg manakah lebih baik? adakah akan jadi masalah kalau pasang lilin utk memprotes? perlukah memasang lilin? kalau letrik tak ada, memang kita perlukan lilin, kalau bukan lilin cari lampu picit dsb, tetapi nak protes, pasang lilin
adakah ISLAM yg anjurkan?

sama juga, tak salah gunakan lampu suluh, tetapi kalau lampu suluh tu digunakan untuk perkara yg tidak membawa sebarang faedah, bukankah dlm kategori membazir? membazir adalah amalan syaitan

jadi, sebelum nak keluarkan apa2 jua pendapat tentang soal agama, sila fikir secara rasional, tak payah PATWA, sendiri pon tahu, membuat sesuatu benda tanpa sebab adalah perbuatan org JAHIL
nat said…
ulasan yang amat bernas, yb :)
milestone said…
Salam YB, lawak cara penulisanya tp 'tetap' pada fakta dan hujahnya.. :-)

Begitulah akibat 'org2' ini, mendalami ilmu agama tp gagal 'memahami' wajah zaman, lantas dan dgn pantas mengeluarkan 'fatwa' mahupun ijtihad yg tidak tepat dan menyerong lalu meresahkan umat dibawah. Tambahan pula dgn 'status' politik yg 'disorok' lalu kononnya hujahnya itu atas dasar 'kebenaran'. Dan mereka pun tak kaji aper 'candle light vigil' dlm event masyarakat hari ni?? dan saya yakin, mereka ini tak pernah pun menyertai utk memahami event ini sblm keluarkan 'fatwa' segera ini.
Kalau mereka2 ini yg mendepani 'ISLAM' maka selamanya islam ini dilihat agama 'fundamental' dan 'exclusive' walaupun saya mmg tak bersetuju dgn simbol makna ini. Dgn itu selama 'ISLAM' terkebelakang dlm arus dunia seperti mana mereka telah lakukan pada 'melayu'!!

wallahu'alam
wak karno said…
Salaam,

bagi dtecconan yang begitu prihatin terhadap pembaziran; nyalakan lilin kamu sibuk istihar sebagai pembaziran, amalan syaitan, jahil.....yang PKFZ amacam? Yang membazir berjuta-juta bawa polis dan tentera ke Manek Urai yang tetap dimenangi PAS amacam? Yang upah samseng-samseng SPRM soal siasat PR amacam? uit rakyat dibazirkan BN macam duit bapak dia!

Inilah yang digelar hipokrisi.
Anonymous said…
We honour God when we honour one another.

If we know the truth , we can discern what's false.

Love comes from the heart .
It's better to have a heart without
being pious than being pious without a heart

Peace loving.
Anonymous said…
YB, I commend you on your article and reasoning. We need more level headed leaders such as your goodself. Pls continue the good work you are doing for the people (of all race, gender and religion) in your constituency. I humbly convey our thanks.

BTW, i noticed many times the Muslims in Palestine lighting candles for peace... one such digital billboard depicting that picture is at the corner of the Shah Alam Concorde Hotel also. :)
pakteh adam said…
Khalid

"YB, I commend you on your article and reasoning. We need more level headed leaders such as your goodself. Pls continue the good work you are doing for the people (of all race, gender and religion) in your constituency. I humbly convey our thanks."

Jika Tuan sedar, inilah ayat biasa daripada kaum yang tidak menEsakan Allah, setelah mengetahui akidah Tuan semakin tergelincir.

I repeat " We need more people likeyou", yes without people like you, thay cant do nothing. Be informed, people like you have done so much damages.

IMHO. Tak terperanjat berita yang kononnya Tuan menyokong panggilan yang agong, dipergunakan didalam Institusi yang percaya Tuahan itu berkonsep Trinity.
Anonymous said…
Tuan YB, ubat nyamuk pun tak boleh la ye kalau ikut logik puak ni :)
Anonymous said…
aikkk...hujah logik akal plak...mana dia hujah mcm ulama ko???

jgnla ko nak mendahului Dewan Ulama PAS dalam isu ni...tok guru nik aziz pun taknak komen...ko plak yg memandai nak keluar fatwa...

ooooo...baru aku tau...ko la mufti baru DAP yg baru dilantik tu kan...
Ibnu Shariff said…
Kalau pegang satu lilin haram, lain kali pegang dua lilin, camne pula hukumnya.Kalau pegang segengam lagi power ! Aku tak dapat nak rationalise pemikiran sebegini.Kalau lilin merah yang guna kat Tok pekong camne.Org Islam tak de kerja lain ke.Pegang lilin & nyala pun nak fatwa ? Habis tu kalau tiup lilin camne pulak ? Yang pasti kalau lilin curi memang haram.
Sagaladoola said…
Pegang lilin yang langsung tidak berunsur keagamaan pun ada orang nak kaitkan dengan Islam pulak.

Suruh lerr dia orang pertikaikan pasal rasuah. Terutamanya kalau ada mana-mana rumah 24 juta yang patut disiasat ...

Royal Commissions of Inquiry should inquire the Right Thing : Death of Beng Hock !

http://sagaladoola.blogspot.com/2009/07/royal-commissions-of-inquiry-should.html
Anonymous said…
pakteh adam,

Beginilah kecilnya minda seperti hang yang buatnya negara ni semakin teruk. Orang nak berterima kasih kepada YB kerana buat kerja MP yang elok pun nak jadikan isu negatif.

Syabas YB!
pandaktukan said…
Terima kasih YB atas pandangan yang waras dan amat masuk akal sekali.

Sebenarnya, jika yang berdiri memegang lilin itu adalah pemimpin umno dalam satu majlis yg membodek mengampu mengagungkan umno/bn, tidaklah bakar lilin ini menjadi isu. Puak-puak umno ini hakikatnya tiada modal, ketandusan idea dan bankrap akal. Kalau betul-betul nak mempertahankan nilai-nilai Islam, jauh lebih banyak tindaktanduk pemimpin umno yg melanggar nilai dan ajaran Islam. Kenapa tak persoalkan semua itu sekiranya ikhlas nak mempertahankan nilai Islam? Hipokrit bangang!
Serious Shepherd said…
Saudara YB,

Nampak sangat UMNO semakin kurang kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin. Amalan menyalakan lilin sebagai tanda protes yang turut diamalkan oleh rakyat Palestin pun tidak diketahui oleh UMNO. Contoh-contoh gambar rakyat Palestin menyalakan lilin sebagai tanda protes ada di sini dan di sini.
Anonymous said…
Jangan dipakai dengan 'Ulamak Merapu'yang serba-serbi haram.Lebih baik tinggal dalam hutan atau gua berkawan dengan monyet.
mh-j said…
Salam Y.B Khalid!
Bravo, well written and spot on....I've always admired your open mindedness. To associate every action with a religion is plain shallow thinking. The issue I believe was raised by non other than Zambry, is he himself sitting on such high moral grounds??!!!
To politicise a religion is just going so LOW!!!
Anonymous said…
Alahaiii,, kenapa bodoh sangat penulisan anda? Perbandingan (QIAS) situasi yang tak rasional langsung. Yang hendak disamakan dengan blackout, loceng dan tanda salib tu buat apa??
Kepada pembaca2,fikir2 lah sendiri.

Beliau kata pemikiran orang yang menimbulkan isu ni adalah pemikiran phobia. Hakikatnya beliau sendiri mempunyai pemikiran yang sudah menyongsang.

Dah jelas itu adalah upacara kematian bukan islam, dan terdapat upacara memegang lilin. Sudah mestilah perlu diambil perhatian! sebab itu mengaitkan agama selain ISLAM dan pokoknya di sini, perbuatan memegang lilin itu adalah MERAGUKAN, dan perlu perdebatan ulama' dan cendekiawan ISLAM untuk menetapkan hukumnya mengikut USUL FIQH. itu saja yng perlu dilakukan.

"kerana takut tergelincir"??!! statement yng langsung tak bernas. Fikirla sendiri wahai pembaca2 muslim. Artikel ni kalau dibentang depan ijtimaq ULAMAK2, dah kena tendang dah ni. lagi sekali diulangi, bodoh betul penulisan anda. X layak digelar opinion dri pemimpin.
zz said…
Salam YB..

Dlm byk2 pemimpin dan MP Pas, blog YB yg kerap saya kunjungi coz ada bahan ilmiah yg boleh saya cari dan kekadang ada pandangan YB yg saya tak setuju.
Tetapi dlm kes pegang lilin ini, pada pandangan saya baik YB Nizar tak pergi ke majlis tersebut coz ini boleh menimbulkan fitnah. Biar dari segi hukum, org yg mahir memberi pandangan tp bg kita rakyat biasa dah menjadi fitnah.
Apatah lagi skrg ini keadaan makin serabut, BN akan guna gambar ini utk pancing pilihanraya akan dtg. Bg masyarakat melayu bandar akan paham coz terdedah dgn info sebegini tetapi mcm ne masyarakat melayu luar bandar? mereka tak paham perkara ini. Semoga pemimpin pas lebih sensitif dalam hal ini slps ini.
pria malaya said…
Vigil lilin: Apabila diri tersepit antara dua situasi...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/vigil-lilin-apabila-diri-tersepit.html
Anonymous said…
Saya bersimpati dengan IR Nizar fasal pegang lilin nie. Saya sendiri masih belum tahu/pasti samada acara pegang lilin itu sebagai salah satu acara agama atau bukan.

Dalam keadaan ini, kalau pun saya yang hadir ke majlis tersebut, saya akan memegang lilin tersebut bagi menghormati majlis.

Walaubagaimanapun, saya tidaklah perlu dengan alasan-alasan bodoh YB Shah Alam nie utk mewajarkan saya pegang lilin tersebut.

Kepada yang bukan Muslim, sila faham bahawa Islam sangat menghormati dan menjamin hak agama lain.

Sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan suatu kisah dimana semasa baginda sedang duduk menggunting rambut, baginda telah bangun berdiri (sebagai tanda hormat) apabila mayat seorang Yahudi diusung dihadapan beliau.

Dalam masa yang sama juga, seorang Muslim pula ditegah melaksanakan acara keagamaan agama lain tersebut.

Mungkin YB Shah Alam ni terkecuali kut...,
Anonymous said…
mmg tidak diterima sembahyg zhuhur 3 rokaat walaupun nawaitu kerana Allah.. sebab caranya tak berjalan spt nabi dan para sahabat..

nyalakan lilin ni nawaitu sudah betul(membela keadilan) tp caranya islam tak pernah ajar pun suruh nyalakan lilin..
Anak Murid PAS Shah Alam said…
wahai anon July 23, 2009 5:26 PM,

kaedah fiqh islam ialah setiap pekara hukumnya harus kecuali bila ada dalil yg mengharamkannya.

soalnya, apakah dalil yg mengharamkan pegang lilin?

Ianya bukan amalan ibadah seperti mana yg disebut oleh YB. Maka tidak perlu dalil utk menunjukkan ianya pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Lain kalau ibadah khususiyah dimana setiap amalan mesti ada dalilnya.

Sebagai contoh, pilihanraya. Mana ada dalil yg menunjukkan Rasulullah SAW pernah masuk pilihanraya? tetapi tak ada dalil yg mengharamkannya. Maka demi menegakkan Islam, oleh kerana ia bukan ibadah khususiah, maka hukumnya harus. Masuk tak masuk, bergantung kpd maslahah.

kepada anon July 23, 2009 5:03 PM.

Harap boleh faham juga. tak terlalu sukar kot....

Anak murid PAS Shah Alam.
wak karno, saya ni seorg ISLAM dah sudah diasuh dari kecik, supaya meninggalkan dosa2 kecil ataupon, perkara2 yg meragukan dr hukum, dan takutlah kepada Allah S.W.T.

org yg hanya nampak dosa2 besar seperti wak karno nyatakan tu, tetapi buat tak endah dgn perkara2 yg boleh membawa dosa kecil, org yg tak takut dosa kecil seperti wak karno ni seolah2 ta takut kepada Allah S.W.T, tak takut melakukan dosa, tak takut dgn azab Allah S.W.T

dlm soal ni, bukan setakat dosa kecil, melibatkan akidah, kalau terpseong akidah boleh membawa kpd syirik, jadi jangan pandang perkara ini hanya sekadar dosa kecil sahaja

sebab itula saya menyokong sepnuhnya nasihat Ustaz Harun Taib, lebih baik tak ikut, tak buat.

adakah masing2 sudah bersedia menanggung dosa, kalau ditakdirkan apa yg dilakukan tu menyalahi ISLAM? adakah masing2 akan bertanggungjawab, apabila sampai masa dihisab, perbuatan itu membawa kita ke pintu neraka? siapa yg berani bertanggungjawab? kalau tak buat, kita tak tanggung apa2 akibat, tetapi kalau ada yg kata sekarang okeyla, tak jadi hal ler, setakat pegang lilin jer....
rupa2nya adalah dosa, yg kata okey ni sudah bersedia ker untuk menanggung natijahnya pada hari pembalasan? adakah pada masa tu baru nak menyesal?
Anonymous said…
saya stuju dan bersimpati dgn ir Nizar. sebab saya mungkin juga berarak memegang lilin bila ke majlis protest mcm tu.. tp saya sekeras2 menentang ulasan YB yg mmg ntahpape sehingga membandingkan dgn lilin ketika blackout. mmg totally logik akal n xpernah sy terpikir ulasan ini yg akan diberikan YB.yg menjadi khilaf dlm PAS ttg masalah ini adelah simbolik dr nyalakan lilin itu sendiri.BUKAN LILIN..kalo kita sujud,ruku' tanpa ape2 erti sgt berbeza dgn solat..sebab solat dgn penuh simbolik n pengertian..apekebenda bezakan ngan lilin time blackout..mereka megutarakn KHILAF di mana mendekati yg shubhah dlm agama..sbb memasang lilin itu juga simbolik menyerupai org2 dr agama lain..bukan llilin yg menjadi point dia..aih..dont tell me that ir Nizar pasang lilin time tu sebab gelap!

n as per expected ramai la yg suka ngan ulasan logik akal YB nih.sebab logik akal leh membenarkan byk yg xberapa benar..

btw, in this case, i think ir Nizar is OK to do that.tp amikla pandangan ulama' juga dlm percanggahan isu ini.
milestone said…
Salam, saya berpendapat hujah anak murid PAS shah alam amat bertepatan dalam menyelesaikan masalah ini.. Sbg mana yg saya faham, ISLAM bukan agama 'semua' HARAM!! Dan apa pulak hukum utk org yg dgr sikit ah.. tu HARAM tuh, tengok sikit ah.. tu HARAM tuh.. dgn sendirinya dia telah meletakkan ISLAM agama terkebelakang.. Saya memegang prinsip yg ISLAM itulah adalah 'agama' yg bergerak.. menjelajahi zaman, meneroka sempadan benua..
Saya berpesan dgn senang begini, kita perlu 'mengISLAMkan' melayu DAN BUKAN 'meMELAYUkan' ISLAM..
wallahu'alam
Serious Shepherd said…
Saya menanti fatwa dari ulama UMNO mengenai perkara-perkara berikut yang jelas mempunyai kaitan dengan amalan agama lain:

-Penggunaan tasbih yang turut digunakan oleh penganut agama Buddha
-Sambutan Hari Ibu yang berkait rapat dengan amalan penganut Katolik untuk mengagungkan Virgin Mary
-Sambutan Hari Valentine yang memang tidak ada dalam Islam

Soal dosa pahala itu sangat penting, tetapi bukanlah dengan ugutan sedia menanggung dosa. Dalam perkara yang syubhah lagi was-was, ia boleh diselesaikan melalui ilmu agama serta pemahaman adat sesuatu bangsa dan dalam hal ini, jika benar memegang lilin itu memang adat sesuatu bangsa, maka ia adalah adat satu bangsa yang menganut agama Islam sejak zaman Sahabat lagi. Kita boleh bertanya saudara seagama kita di China adakah mereka memegang lilin sebagai tanda bantahan atau tidak.
sek 3 shah alam said…
Your excuse is quite lame. As a Shah Alam reprsentative and your professional background, your reasoning/writing in this ambiguous article disappoints me ( my family and I voted for you in GE12 ).
Anonymous said…
masalahnnyer skarang lilin yang dipegang nizar tu memang sah-sah digunakan dalam upacara agama....so, yang pegi skali join tu watpe...itu yang jadi salah...adapun memasang lilin atas sebab kegelapan kerna blackout itu tak kenamengena deangan soal ni...bahkan tidak jadi masalah sebab yang tak ada kaitan pun dgn agama... senang camni ler, perumpamaan kat atas tuu memang tak boleh pakai utk nak bandingkan situasi nizar pegang lilin tu....
Zackry said…
Asalamualaikum YB,

Didalam Blog Tukar Tiub, Bro Hisham ada memaparkan gambar PM memasang api bagi pelita yang kebiasaanya digunakan oleh orang India bagi upacara keagamaan. Walaupun kita faham acara itu cuma simbolik sahaja, tetapi kenapa pihak yang beriya-iya mengeluaran fatwa ketika DS Nizar memegang lilin diam seribu bahasa?

Nampak sangat disini Ulama tersebut berlaku double standard dan memberi pandangan yang kononya berlandaskan agama tapi memandang sebelah pihak sahaja. Mungkin ini lah ULAMA diakhir zaman kot.
Salam Khalid Samad......Saudara ni memang HATI KERING......TIADA LANGSUNG NAK MENERIMA PENDAPAT ULAMA....SEBAB KEBENCIAN SAUDARA TERHADAP DEWAN ULAMA.....JELAS SEMUA YG DEWAN ULAMA NYATAKAN SAUDARA KHALID AKAN BANGKANG Dan Saudara Menjawab-Menjawab kenyataan DEwan Ulama dgn hujah bodoh pada logik aqal Saudara Sahaja spt (( ‘lizattihi au lighairihi’))....Saudara faham ke Qawaid Fiqhiyyah?????Saudara Faham ke Usul Fiqh.....????? Saudara Bukan Bidang Agama Tapi menjawab hujah DEWAN ULAMA DGN Semata-mata logik AQAL shj tak bleh saudara......SAYA TENGOK SAUDARA MEMANG HATI KERING,EGO dan MEMBENCI ULAMA yng tak sebulu dgn saudara.....INGAT ! JGN KERANA NAK JAGA HATI CINA INDIA DLM PAKATAN RAKYAT sehingga AHLI-AHLI PARLIMEN PAS LANGSUNG TAK BLEH DINASIHATI OLEH DEWAN ULAMA...KALAU SAUDARA MASIH DEGIL MENYANGKA BURUK TERHADAP DEWAN ULAMA DLM HAL-HAL PAKATAN RAKYAT TENTULAH ALLAH AKAN BONGKARKAN RAHSIA BESAR SAUDARA KHALID YG TERSEMBUNYI SELAMA NI....SIAPAKAH KHALID YG BERHUJAH LOGIK AQAL TANPA ILMU AGAMA...DAN HANYA GUNA ILMU ENGINEER UNTUK JAWAB HAL_HAL AGAMA.....NAMPAK SGT KITA JAHIL BAB AGAMA tau tak KHALID SAMAD....TAATILAH TGHH,US Nasarudin Mt Isa.....Minta maaf kt dia KHALID SAMAD STLH MINTA MAAF DGN ALLAH,....TAUBATLAH KHALID SAMAD...RiSAU SAYA TENGOK LAKU ADAB SAUDARA KHALID ni.......Ana Sayang ISLAM.........Jgn hanya krn nak sayang Pakatan Rakyat PAS dipinggirkan dlm jiwa kita...NASIHAT ULAMA-ULAMA PAS kita pinggirkan.....PIKIR-PIKIRLAH
Anonymous said…
saya lihat semua orang ingin memberikan pendapat masing-masing. mungkin isu pasang lilin terlalu besar kut? Mcm isu negara je. cubalah kita fikir-fikirkan. banyak lagi isu lain yang perlu mendapat perhatian semua. mungkin anda terlalu fanatik terhadap politik. cuba kita lihat di kelab-kelab malam di sekitar malaysia, berapa ramai anak melayu islam didalamnya. kenapa orang yang pro PKR mahu pun UMNO tak ambil tahu? mungkin kerana anda sibuk pasal politik sehinggakan lupa melihat perkara tersebut. bagaimana pula dengan isu rasuah? salag guna kuasa? Politik wang? dalam islam itu HARAM. tapi dalam malaysia itu HALAL. inilah yang dikatakan 1 Malaysia kerana konsep 1 Malaysia tiada halah atau haram yang ada cuma kuasa??????? Fikir-fikirkanlah anak malaysia.......
haiza najwa said…
Kalau oang-orang Umno yg bikin upacara vigil light tu, berkoyan-koyan hujah dan fakta agama yang keluar dari bibir pembangkang menyelar tindakan tersebut.
All politics. Bak kata seorang pelakon, "kalau saya gagal jadi pelakon, saya jadi politician. Kerana kedua-dua bidang memerlukan skil lakonan."

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.