Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...
Comments
Kenapa saya nampak YB dan 2-3 kerat je MP PAS kerap bangun mencelah dan bertanya? Asyik tgk muka itu juga la yang bangun. Yang mana MP-MPlain? Jangan salah faham, bukannya saya tak suka YB bangun. Sebenarnya saya nak tanya mana TP kita YB Ustaz Nasa? Dia buat apa kat parlimen tu YB? Boleh cerita skit?
Tolong teruskan perjuangan YB dengan cara Professional yang membawa ciri-ciri Islam yang sebenarnya.
Tolong tunjukkan bahawa YB membuat homework dan aktif sebagai MP yang bermanafaat untuk rakyat.
Satu lagi - Tolong jangan ulas isu Timbalan Presiden dialukan keluar PAS jika minat sangat kat UG. Saya confident mesti boleh dapat Menteri ke, Timbalan Menteri ke atau Pengarah kat mana-mana kalau join sana. Tapi kena cepat sikit le.
Dont care what they say about your defeat in recent parti elections,take their comments as your challenge in the future.You are doing a fantastic job and the rakyat are watching but most importantly as a muslim you must know that losing and winning here is irreleveant and it is in GOD'S court that will matter.