Skip to main content

Temuramah Ust. Nasharuddin bersama the Sunday Star

Akhbar the Sunday Star telah menyiarkan satu temuramah dengan Ust. Nasharuddin pada 31 Mei yang bertajuk: Cool in the face of challenge. Saya terjemahkan dua petikan dari soalan nombor 10 dan 11 yang saya fikirkan releven di sini dan memberi pendapat saya selepas setiap jawapan untuk tatapan tuan-tuan sekalian.

*************************************************************
Paul Gabriel: “Perasaan tidak puas hati yang utama terhadap diri anda nampaknya kerana sokongan kukuh anda terhadap keghairahan Presiden untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO. Adakah anda masih berpegang teguh kepada usaha yang sensitif ini?”

Ust. Nasharuddin: “Saya tetap berpegang dengannya. Kerana (berbincang dengan UMNO) selepas selesai sahaja Pilihanraya umum tahun lepas adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura. Selepas Pilihan Raya, isu ini memang isu hangat dalam parti, namun ianya disahkan sekali lagi di Muktamar Ogos lalu. Apa yang ramai tak faham ialah bahawa keputusan yang diterima oleh Muktamar adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan ya, itulah apa sedang saya lakukan. Lihat apa yang berlaku di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang (Pilihan raya kecil yang dimenangi oleh PAS) kami (PR) telah bersama. Tapi, pada masa yang sama, kita tidak menghentikan dialog dengan yang lain, NGO atau pertubuhan politik.

Maka, apa yang saya lakukan adalah perkara yang diluluskan oleh parti. Ianya bukan keputusan Presiden seorang. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya penuh yakin bahawa semua pihak harus duduk bersama dan selesaikan semua isu demi kepentingan negara. Kita tidak sepatutnya menutup pintu perundingan walaupun dengan musuh kita. Perbincangan adalah caranya untuk menyelesaikan krisis yang sedang kita hadapi. Sekiranya ini merupakan isu utama (terhadap diri saya), saya rasa saya tidak akan mendapat jumlah pencalonan yang telah saya perolehi. Saya telah mendapat pencalonan yang lebih jika dibandingkan dengan pencalonan semasa pemilihan terdahulu (2007).”

*************************************************************
Pertamanya, soalan yang diajukan pun saya tidak setuju kerana telah meletakkan ‘keghairahan’ ataupun zest bekerjasama kepada TGAHA. Sebenarnya pada pandangan saya keghairahan ini lebih di pihak ‘pembantu-pembantu’nya (meminjam istilah Nik Abduh) dan bukan TGAHA sendiri. Namun, jawapan yang diberikan oleh Ust Nasha pada saya lagi tidak menyenangkan hati.

Bila pula Majlis Syura memutuskan berbincang ke arah kerjasama dengan UMNO boleh diusahakan? Ust Nasha tidak menafikan usaha ini dilakukan, hanya menyatakan ianya diluluskan oleh Majlis Syura dan Muktamar! Perbincangan yang entah ke berapa di adakan hanya 2 hari selepas PRU ke 12. Bila pula Majlis Syura bersidang untuk meluluskannya? Dan tidak (sebelum ada yang mula mencari alasan), TGNA tidak pergi umrah pada masa itu ya, kerana baru sahaja selesai PRU ke 12.

Kedua, pada Ogos yang lepas, Hakikat sebenarnya Muktamar tidak meluluskan apa-apa usul mengusahakan kerjasama dengan UMNO/BN. Saya hadir dan saya rasa ramai yang lain hadir bersama. Mana ada? Yang diluluskan ialah usul memperkukuhkan PR! Soalannya, adakah kita memperkukuhkan PR dengan berunding/berbincang dengan UMNO/BN? Tidakkah ini satu usaha yang akan menimbulkan fitnah dan kegelisahan di kalangan rakan-rakan kita di dalam PR? Lebih-lebih lagi ianya dilakukan secara diam-diam sehingga bukan sekadar rakan PR tidak tahu, bahkan ramai pimpinan PAS sendiri pun tidak tahu! Adakah fitnah dan kegelisahan ini membawa kepada kekukuhan? Bukankah ini yang TGNA komen semasa di Ipoh sebagai dua kaki dalam dua perahu yang berbeza?

Bukti usaha mengukuhkan PR yang dikemukakan oleh Ust Nasha adalah PR kecil KT dan B.Gantang. Tempat yang PAS bertanding! Itu bukti PKR dan DAP membantu kita, bukan bukti kita sendiri yang berusaha mengukuhkan PR!

Yang ketiga, yang amat merunsingkan saya ialah keyakinan Ust Nasha terhadap kaedah perundingan yang diusahakan. Bahawa ianya adalah caranya atau ‘the way’, untuk menyelesaikan masalah kita. Saya tidak nampak proses peralihan kuasa dari BN ke PR yang ingin diusahakan beliau. Kalau begini caranya memang UMNO/BN akan terus memerintah kerana apabila mereka sudah seakan kalah KITA membelakangkan rakan PR dan mengajak BN berunding! Dengan itu KITA memberi BN senjata untuk melaga-lagakan sesama kita, melemahkan kekuatan yang kita bina selama ini dan menghulurkan leher kita untuk dipancung oleh mereka! Bila mereka kembali kuat mereka pancung kita dengan penuh kerelaan seperti dulu.

Kita perlu sedar, kita menentang UMNO/BN untuk menggantikan mereka, bukan nak berkongsi kuasa dengan mereka! Adakah kita berpegang kepada kepercayaan khurafat bahawa tiada yang boleh memerintah melainkan bersama UMNO?

Dakwah soal lain. Rundingan soal lain. Itulah yang TGNA tegaskan, Muqabalah bukan Muzakarah! Yang diluluskan oleh muktamar adalah Muqabalah! Dakwah bertujuan membawa mereka ikut kita, rundingan pula usaha membincangkan satu persepakatan baru PAS dan UMNO/BN!
*************************************************************
Paul Gabriel:“Mengapa begitu ramai pimpinan utama mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang perbincangan dengan UMNO?”

Ust. Nasharuddin: “Itu tidak betul kerana beberapa kertas-kerja telah dibentangkan dan ianya disebut semasa retreat parti. Saya dengar orang berkata tujuan utama Presiden (Hadi) mengadakan perbincangan dengan UMNO bukan sekadar untuk berkerjasama tetapi juga untuk membawa PAS masuk BN. Ini tidak betul sama sekali dan tidak pernah merupakan agenda Presiden.”
*************************************************************
Memang ramai yang tak tahu sehingga Mahfuz Omar bermati-matian menafikan adanya pertemuan dan perbincangan dengan UMNO/BN. Kita ingat, setelah usaha 10 Mac digagalkan, ianya tamat! Malangnya ianya berterusan sehingga Pak Lah yang dedahkan bahawa sebenarnya ia berlaku. Ust Nasha kemudian mengesahkan dan Mahfuz terpaksa meminta maaf kepada semua ahli atas pembohongan yang tidak disengajakan! Takkan tuan-tuan semua lupa?

Kertas kerja apa yang dimaksudkan? Mana ada kertas kerja membincangkan kerjasama PAS-UMNO/BN! Yang ada disebut-sebut hanya soal pintu pertemuan tidak ditutup, dakwah dan sebagainya tetapi soal kerjasama PAS-UMNO? TIADA! Jangan nak palitkan PAS dengan usaha khianat kawan yang dilakukan oleh orang-orang tertentu. Ianya dilakukan tanpa pengetahuan pimpinan PAS Pusat dan mereka tidak berbohong apabila mereka menyatakan mereka tidak tahu!

Soal masuk BN dan UMNO tak pernah dilihat sebagai matlamat disebalik usaha rundingan ini. Jangan kita nak selewengkan isu dan jangan kita anggap itu sahaja yang tidak dipersetujui. Soal berpakat dengan UMNO dan BN tanpa masuk UMNO dan BN juga ditolak dengan sendirinya apabila diputuskan untuk dikukuhkan PR oleh muktamar Ogos lalu. Jangan kita bermain dengan kata-kata. Jangan kita memasang jala pada hari Jumaat kerana diharamkan bekerja pada hari Sabtu!!

Akhirnya, saya faham ada yang akan mengatakan, “ini Star dan mereka memutar belitkan kata-kata Ust Nasha.” Sejak kebelakangan ini, apabila tersiar kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu yang menyulitkan, itulah hujjahnya. Tetapi yang peliknya, tiada pula usaha menafikan, memperbetulkan ataupun menyaman akhbar-akhbar ini, seolah-olah kita mempersetujui kenyataan kita diputar belitkan. Tiada juga pembetulan esoknya. Tulat keluar balik kenyataan baru.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Comments

salim said…
Salam YB dan sahabat2 sekalian,

Saya tak rasa ustaz nasha tu jahat ataupun berniat jahat utk menjatuhkan PAS. Tetapi saya setuju dgn pendapat YB yang ianya adalah perbezaan pendapat tentang strategi politik yang ingin dibawa PAS. Pada pendapat saya, jauh disudut hati pemimpin2 sekarang, ada yang tidak yakin bahawa PR adalah jalan penyelesaian. Tetapi saya agak sedih kerana mereka tidak mahu/berani menyatakan pendapat mereka ini. Maka dengan sebab itu berlakulah adegan sembunyi2 seperti yang telah maklum.

Bukankah lebih baik, jika mereka yang tidak yakin akan potensi PR memberikan laluan kepada mereka yang boleh memberi peluang terbaik utk PR berjaya. Ataupun, kemukakan usul utk tidak bersama PR lagi dan join BN shj. Jika majoriti ahli setuju dengan usul ini maka semua pimpinan termasuk Pak Khalid kena akur dgn keputusan ini. Ada chance ke?

Itulah sebabnya TP kena diganti, bukan sbb beliau jahat, tetapi utk membolehkan kedua belah kaki berada dalam perahu yang sama. Janganlah jadi hipokrit demi kepentingan politik dan duduk bersama PR sedangkan diri sendiri terasa menyampahkan DAP dan PKR, sepertimana ramai rakyat Malaysia yang menyampahkan UMNO/BN.

just my 2 cent...
Anonymous said…
kalau inilah perangai calon AJK PAS yang suka menyerang pimpinan sindiri secara terbuka, alamat hancurlah PAS.

dimana adab anda wahai kalid?
Anonymous said…
khalid samad dah hidup dgn budaya UMNO.
Anonymous said…
YB Khalid seorang pimpinan. Berlagaklah selaku seorang pimpinan. Gusar saya membaca tulisan YB akhir-akhir ini.

Semoga Allah menangkan pejuang PAS sebenar.
Termizi said…
Aku dah agak dah, mesti ada yg akan serang YB punya macam puak2 anon kat atas tuh tetapi masih tidak dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan. Betapa lemah dan kosongnya hujah puak2 ini... Soalannya, adakah Ustaz Nasha Pro PR or Pro BN? Itu kena tanya tuan punya badan, tapi berdasarkan jawapan dlm interview tu aku dah tau dah... So perwakilan sendiri yang kena pilih org yang macam mana mereka mahu memimpin PAS.
abi mahmud said…
HARAM undi ana untuk khalid.
bapoo said…
utk Temizi, aku tau ko org PKR, tak payah nak ajar org PAS memilih calon kami.

yg pentingnya khalid samad ni lebih sesuai memimpin PKR atau DAP.

tidak pun menjadi pengerusi kuil-kuil India.

vanikam...
chemen said…
yg menjadi budaya Umno ialah tidak boleh menerima kritikan secara terbuka.. bukankah menjadi budaya para pemimpin dan penceramah PAS selama ini mengkritik UMNO/BN secara terbuka sehingga ke tahap mengkritik personaliti secara khusus..
Kah said…
"Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas"... meminjam kata hikmat saudara aku pulak... kah.. kah.. kah...
Anonymous said…
Apa masalahnya, kalau mahu undi ustaz nasha undilah dia... tapi jagan pula cuba menafikan kecenderungan dia bersekongkol dgn UMNO dan tak berahi ke PR. Tak perlu putar2 cerita. Tapi... kalau lepas ni ada lagi cerita2 kerjasama PAS UMNO aku hambat korang2 ni balik!! Sebab dah tahu, tapi buat2 tak tahu dan pilih jugak. Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri kerana pilih orang macam tu jadi TP.
Anonymous said…
salam saudara semua
saya semakin keliru saya ni betul ke dalam perjuangan pas.masing-masing hentam sesama sendiri...
saudara yb khalid klau x puas hati tidak perlulah nak heboh satu dunia..
saudara telah meletakkan blog saudara tempat orang membenci saudara dan ustaz nasa...saudara telah berjaya menghidupkan permusuhan antara jamaah..
Yb khalid dan ustaz nasa adalah pemimpin kami..kerana kami yg memilih...

allahuakhbar
selamat bermuktamar ke 55
Yong said…
Tak kira sapa jadi TP PAS, BN wajib dikalahkan. PR ganti BN. Bukan PR diserap oleh BN jadi satu parti. Ha..ha..ha..terbentuklah sistem satu parti di Malaysia. Macam sistem di Romania dulu....sebelum apanama Presiden dan isterinya mati ditembak. Takkan ahli PAS nak sistem satu parti kot.

Yong sokong Husam Musa dan Ir Khalid, selagi deme memperjuangkan Islam.
Anonymous said…
Semua org boleh kemukakan pendapat tapi jgn sampai bermusuhan akibat perbezaan pendapat.

Perjuangan PAS berlandaskan Islam.

Apapun tindakan ikut cara Islam.

Rakyat Malaysia termasuk bukan Islam sedang memerhatikan PAS. Awas! Jgn salah langkah.
chematt said…
Salam YB Khalid,

Ustaz Nasha bukan jahat tapi yang jadi mangsa YB Mahfuz. Tetapi kita jangan membenci seseorang bencilah peragainya. Setiap orang yang memperjuangkan Islam samada Ulama, Professional atau rakyat marhaein semestinya "Berani Kerana Benar" dan "Bercakap Benar". Allah telah menunjuk kepada kita sebelum ini dengan pengakuan Pak Lah. Teruskan perjuangan untuk Islam.
HaHs said…
Tuan YB,

Maaf atas teguran yg lepas2 pd YB sbb masa tu saya x tau duduk perkara sebenar. Mmg saya penyokong biasa tak peduli sgt masalah pimpinan dan harap semua pihak boleh bersatu, tapi ada kalanya tak dapat nak dielakkan.

Hujah terdapat pemimpin yg berminat kat Umno drpd PR itu benar. Terdapat perbezaan pendapat ttg halatuju PAS itu benar, terdapat sebahagian drpd mereka yg tidak sukakan kerjasama dgn PR itu benar, tuduhan ada segelintir musang berbulu ayam disekeliling org PAS itu benar, tuduhan pakatan terancang dr luar dan dalam utk memecah belahkan pimpinan PAS itu benar, tuduhan penulis upahan yg membuat onar dan aniaya didlm PAS secara diam2 itu benar.

Tuduhan terdapat gunting dlm lipatan itu benar, tuduhan terdapat puak2 didlm PAS akhir2 ni itu benar, Perancangan sulit dan terancang Umno menjatuhkan PAS itu pun benar. Samada ia akan menjadi muafakat kembali atau menjadi permulaan kehancuran Pas nanti. Allah yg tentukan. Kita tunggu selepas Muktamar.

Bagi perwakilan, ini bkn kerja main2, ini tugas serius! Anda penentu segalanya!. Pas skrg mungkin dlm keadaan genting sbb ia melibatkan segelintir pemimpin tertentu yg cuba mempengaruhi pemimpin dan perwakilan lain dan menentang kehendak ahli secara halus. Ini juga mengenai hala tuju parti. Anda mungkin blm tahu apa yg YB tahu. Mungkin gelojak dihatinya dah tak tertahan dan dia seorg yg berterus terang. Walaupun hujahnya kasar tapi sebenarnya dah dilembutkan ketahap yg paling rendah. Mungkin YB kurang sesuai utk bicara isu ini.

Biarlah khabar buruk disampaikan org lain tapi bukan tuan Yb. Masih ramai lagi yg boleh ketengahkan isu itu. Tkt terlalu aggresive dan offensive, nanti jadi overkill dan makan tuan. Bagi pembaca, tlg dapatkan maklumat dr pelbagai pihak berkenaan isu ini sblm menghakimi YB walau utk kebaikan. Jgn anda husnuzzan kpd kebathilan sebaliknya siasat dahulu kebenarannya. Biarkan ahli2 ni tahu kebenarannya kelak. Biar kalah menegakkan kebenaran dr menang membawa kebathilan! Bangkai gajah tak boleh disorok lama.

Diplomasi tuan YB dlm menyatakan sesuatu isu kurang bagus dan menyebabkan org tidak dapat menerimanya. Mungkin bkn kerana hujahnya tp cara penyampaiannya teruk. Itu saya akui. Maaflah! Kalo terasa n terguris ke minta maaflah. Diatas sekadar pandangan saya. Wassalam!!!
Cenangau said…
Perlu ka pendekatan keras dan terpeinci macam ni dalam blog ni, blog seorang Pimpinan PAS yang bertitle YB yang tentunya punya berbagai saluran lain kalau betul-betul nak mengubah, lain la kalau sekadar nak berkempen kepada perwakilan.
chemen said…
keras hapenyee.. Abu Bakr dulu org hunus pendang nak ingatkan dia.. Umar pulak kena tegur dgn seorg wanita dikhalayak ramai.. kalau muka nipis jangan masuk politik laa...
Anonymous said…
Ramai juga gurkha Gerombolan yang mencelah dan berlakon jadi orang PAS.
Yang benar tetap benar dan kalau mahu perubahan maka tentukan pemimpin yang berani berubah dan bukan opportunis yang masih menganggap UMNO itu Melayu dan Melayu UMNO itu Islam.
YB teruskan perjuangan untuk melakukan perubahan.
Anonymous said…
Ustaz Nasha ni pembohong besar macamana nak kekal jadi Timbalan Presiden parti Islam!
keraspedal said…
untuk mengelakkan rakyat rasa dikhianati,husam musa harus diangkat memimpin pas.
wan seksyen 7 said…
Salam YB.

YB ni baik orangnya. Saya dah baca temu ramah tersebut melalui link di Blog YB. Kalau saya, saya terjemah yang bahagian depan tu. Yang cerita pasal rumah Nasha....Bungalow luas (spacious), kawasan exclusive 30 buah Bungalow dalam kawasan yang berpondok keselamatan, tentang perhiasan yang 'immaculate'. Tapi itu saya yang jahat ini. YB tak sebut pun! YB tumpu pada hujjah dan fikrah Nasha. Hebat YB.

Wajib saya undi YB kali ini kerana hujjah YB kukuh dan tidak bersifat peribadi. Lagipun kita kena sekat usaha nak bawa kita rapat pada UMNO yang Nasha tak nafi dia ingin lakukan.
mut said…
Saya rasa pendekatan yang ditunjukkan oleh YB adalah cara yang terbaik dan terbuka. Tidak ada nak sembunyi-sembunyi dan akar umbi diberi seluas-luas peluang untuk menilai fikrah dan juga pendirian beliau.

Saya cakap terus terang saya memang tak suka cara sorok-sorok nih, dan dilapik pula kununnya dah ada persetujuan Majlis Syura dan pemimpin-pemimpin lain. Kesian kat Mahfuz kena tipu hidup-hidup dengan geng pro UMNO dalam PAS! Ini realiti, dan tidak ada geng pro UMNO boleh kelentong. Ini jugak selari dengan apa yang kami dengar di Gombak mengenai Hasan Ali yang berjumpa dengan UMNO secara senyap-senyap dan dinafikan oleh sesetengah pimpinan pro UMNO. Konsep membelakangkan pakatan yang baru selesai pilihanraya dan bertemu dengan pihak lawan secara curi-curi sungguh menjelekkan walaupun cuba dihalalkan oleh puak pro UMNO ni dengan berbagai dalih.

Apa pun ini sekarang dalam tangan perwakilan. Saya amat berharap puak pro UMNO ini disingkirkan. Nama PAS dah cukup buruk akibat tindakan geng pro UMNO ni ! Tak percaya cubalah bercakap dengan rakyat biasa. Tengoklah samada mereka sokong atau tidak !
Sebal said…
Salam and selamat bermuktamar and selamat menjadi tuan rumah utk Pas SHAH ALAM N Selangor..Syabas YB..nama khalid ni emang ganas..PAS perlu org macamni..macam khalid al walid..klo kito dok kata ke pemimpin umno..bolih keraskeras..apasalah nye sesekali kito cakap keras dekat pemimpin kito..depa bukan maksom..kena sebut depan ramai...sebab ,,,temu rmh utz nasa tu ..pun utk public,,jadi kena citer balik apa yang tak betul depan public..gue heran juga...masa bila mjlis syura bersidang,,putuskan bolih main mata dgn umno lepas pr 12..kesian mahfuz..dah tua-tua kena suruh berbohong..patutnye dia kata begini..utz nasa kata jangan beritau yang sekarang masih tak ada perjumpaan and main mata dgn umno.,,apapun tunggu ajelah esok lusa..sapa yang perwakilan pilih..klo kalah yb and husam..tenang ajelah...jangan fruss pulak..dah itu pilihan perwakilan terima ajelah..lepas ni..kita lihat pulak apa yang pimpinan pas yang baru mau bawa parti PAS ni..
Unknown said…
Salam,

Sakit ati aku dgn Nasha ni..pemecah belah PAS!

Jgn undi dia..gelap masa depan PAS jika masuk UMNO!

HANCUR!

Hidup Khalid Samad!
TEruskan berjuang!
Tegakkan Kebenaran!
Sedarkan mereka yang JUMUD tu!
Anonymous said…
harus di ingat pemimpin di lantik bukan di atas keputusan peribadi, bukan atas keputusan individu lain tetapi di atas keputusan jamaah, harus di ingat pemimpin sudah berbaiah. Rasanya datuk tidak boleh cakap ust nasaruddin sedemikian rupa.. Harap datuk siasat dulu jangan hanya nak menghukum seseorang tanpa usul periksa...
aZRoy said…
Salam,

Ustaz Nasha, harap kenyataan tersebut ikhlas dan bermatlamat jangka panjang. Jika bergabung bersama BN, PAS anda hanya akan dapat bertanding di kerusi milik PKR dan DAP yg kebanyakkan mereka adalah dari golongan middle income yg sudah benci di atas korupsi UMNO/BN. Objektif ke arah negara Islam akan dihakis UMNO perlahan2.

Saya mengambil rujuk sedikit petikan temubual antara Haji Husam bersama Ahmad Naim Tahir dari Berita Harian :
“Apabila saya menyertai Pas pada 1982, satu daripada sebabnya saya percaya Pas perlu jadi parti peneraju utama dalam negara jika dasar Islam yang komprehensif mahu dilaksanakan. Saya berpendapat jika ada kerjasama politik dengan Umno dalam bentuk berkerajaan, ia akan menyekat kemaraan Pas. Tak mungkin Pas dapat bertanding pilihan raya di kawasan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan ini akan hadkan kerusi Pas lalu Umno tetap jadi parti utama dan perjuangan Islam akan terbiar. Buat masa ini saya berasa Pas mesti berusaha untuk keluar dan memenangi kerusi yang dikuasai Umno dan BN bagi mencapai cita-cita politik parti. Di kawasan ramai pengundi bukan Melayu, rakan Pas seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menguasai kerusi itu, jadi tugas Pas yang utama sekali ialah menarik sokongan Melayu di kawasan kubu kuat Umno seperti di Johor dan Pahang. “

Saya pengundi Parlimen K.Sel di bawah Dr Dzulkifli, tetapi saya bukan ahli PAS. Namun hati kecil saya meminta ahli PAS mengundi Haji Husam, dan berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan kemenangan kepada beliau. Amin.

Terima kasih.
Salam Saudara Khalid Samad.....Ini Ikhlas ke dari hati saudara menulis artikel ulasan kpd sidang media?....Hati-hati saudara khalid Allah tahu apa di hati saudara khalid.....Jangan sebab saudara menanam kebencian kpd us nasharuddin sehingga dipukul rata saudara melancarkan kecaman melulu dan perang untuk menjatuhkan ulama'....Ingat saudara khalid..!Kalau saudara lancarkan perang terhadap ulama' dan menghina ulama'-ulama' maka ALLAH akan LANCARKAN PERANG terhadap Saudara Khalid pula....nauzubillah min zalik....Saudara khalid pada anggapan saya TAHU TAPI BUAT-BUAT tak TAHU akan keputusan Majlis Syura berkaitan Muzarakah atau Muqabalah dengan UMNO atau sape-sape shj....Berbincang Saudara bukanNYA masuk UMNO....Ingat Berbincang bukan MASUK UMNO kan ini JUGA USUL DLM MUKTAMAR yg lepas di IPOH tentang kerjasama dgn mana pihak!!!!!Bukan shj usul yg lepas ttg Perkasakan PAKATAN RAKYAT shj mmg Perkasakan PR juga usul TAPI kerjasama,diskusi atau muqabalah juga usul yg lepas umumnya....Saudara Khalid rasanya dah tahu benda ini dan hakikat benda ni tapi kenapa cuba diselindungkan dr Blog saudara ini.....Jagalah ADAB saudara khalid dgn Ulama'.....Kalau ulama' salah pun tegurlah dgn berdepan dan BERADAB bukan di dalam blog ni...Ini namanya PENAKUT....Tegurlah bersendirian dgn Ustaz Nasharuddin kalau Saudara Khalid tak setuju dgn dia.....Maaf Saudara Khalid...Saya Ingin Saudara Ikut Betul2 Tarbiyyah Dalam PAS...Jangan Lah EGOIS saudara menyelabuti keikhlasan dalam menerima Tarbiyyah PAS bukan dr PIHAK LUAR yg Mana Tahu Mungkin Pihak Luar itulah Ketaatan Sebenar Saudara Khalid....Jauhi memusuhi ulama' buang kan sifat egois dan menggilai Jawatan Hanya Ketika Waktu PAS dalam keadaan Senang Sahaja......Maaf Saudara Khalid MAY ALLAH BLESS US......Do not Forget ALLAH....Do Not War againt's Ulama'.....You Are Muslim Brother Khalid....Taubat to Allah....Be Patient.....I'm Sorry
ramli said…
salam,
saya bukan perwakilan ke muktamar PAS tetapi saya adalah penyokong tegar ,,, saya petugas parti yg banyak menghabiskan masa, tenaga dan rm untuk memenangkan calon PR dalam PRU maupun PRK... Bermula dgn Sanggang-2000, Tlk. Kemang-2000, Lunas-2000, likas 2001, Indera kayangan 2001, PRNeg. Sarawak 2001,pendang, anak bukit, pengkalan pasir, ijok, pru 2008, permatang pauh,Kuala Terengganu, bkt selambau pru 2004 dan seterusnya sehingga ke Penanti 2009 saya turun bertugas mengikut arahan Pimpinan PR dari merayu undi , mendirikan pondok panas tampal poster, menyediakan pentas ceramah dan menjadi penceramah bidan terjun bila ada yb yg culas tak dpt dtg ceramah sedangkan pengudi dah ramai menunggu ... SAYA AMAT RASA KECEWA BILA DAPAT TAHU NASA BERMAIN MATA DENGAN UMNO DALAM ISU MUKA2 DAN BERBALAH INI... MATLAMAT KITA HANYA SATU MENJATUHKAN BN DAN MENOBATKAN PAKATAN RAKYAT SEBAGAI PEMERINTAH DI BUMI MALAYSIA INI. Pada Nasa saya harap tidak mengkhianati kepercayaan dan harapan Rakyat ini ... so para perwakilan DONT VOTE FOR NASA PILIH husam oR mad sabu....
Anonymous said…
asw,

kesilapan terbesar PAS adalah krn tidak mahu menjadi 'big brother' dlm PR sebagaimana umno dlm BN. orang melayu rata2 sudah meluat dgn UMNo tetapi mereka masih takut memangkah PAS untuk memperjuangkan untung nasib mereka. Mereka melihat PAS di perak dan selangor begitu 'lembik', mudah dicucuk2hidung! dan ditarik telinga. Pemimpin PAS perlu mencontohi sikap zulkifli nordin dari PKR yang begitu lantang memperjuangkan islam tak kira samada isu2 itu boleh mengungtung kan PAS atau pihak lawan.Paling teruk, apabila sesetengah pimpinan PAS memuja DSAI dari parti bermasalah sebagai mentor atau bakal PM seolah2 pimpinan PAS yang ada hanya layak duduk dikelas kedua.
Anonymous said…
Salam YB,

kenapalah YB tak tanding president PAS... kan senang. YB ni memang pandai berhujah... YB cuba kempen supaya orang jangan undi Ust. Nasha, dan maksudnya undilah Husam.

YB cube reverse psikologi pembaca2 blog YB.

sebagai ahli biasa, saya xkisah siapa pimpin pas. samada ulama' atau profesional... lagi bagus kalau ulama' profesional. saya sangat berharap pas dapat memerintah malaysia nanti, dan mengamalkan islam yang syumul, tapi tidak bermaksud pas memerintah seperti di perak. iaitu memerintah dalam keadaan minoriti. saya bukan perkauman, cuma nampak banyak lompang2 dalam pemerintahan sebegitu.

apa yang YB cuba terangkan walaupun pahit, ada juga kebenarannya... namun pahitnya kebenaran perlu juga ditelan...

tapi dengan sikap YB yang berkempen melalui blog, saya sebagai ahli pas sangat sedih dan kecewa.

saya dengan ini mengusulkan supaya Jawatankuasa Pas Pusat mengambil tindakan tatatertib ke atas YB atas kesalahan melanggar arahan larangan berkempen.

sekian.

p/s : kepahitan yang tidak dapat ditelan akan membawa reverse action, mungkin husam akan kalah kerana kempen melampau dari YB.

ahli pas kuantan.
chemen said…
kpd pembukakeberanan, harap encik jelaskan adakah usul yg encik maksudkan itu usul yg dibahaskan atau usul yg diluluskan.. sbb setahu saya, melalui berita Malaysiakini, ada 3 usul sahaja yg diluluskan sebulat suara; 1) Mengukuhkan PR 2) Keselamatan negara 3) kedaulatan negara..
encik pon janganlah pukul rata jugak, yg dikritik mungkin 3-4 org ulama', tak bererti kita melancarkan perang terhadap ulama'..
cree said…
Gua tak kisah sape pun nak jadi timbalan presiden.Tapi gua akan maki hamun sape-sape dalam PAS yang
cuba berkhalwat dengan amno.Kami aktivis @ penyokong marhain ni berlawan dengan amno setengah mampos,berkorban wang ringgit dan tenaga berjuang,alih-alih yang kat
atas buat hubungan sulit pulak dengan amno.Dalam soal ni gua letak tepi taat kat pemimpin.Doa dan harapan gua di jauhkan.....
Fia_rindui said…
Selamat bermuktamar...perwakilan kalau undi ust Nasa juga memang tak cerdik la...

Terang2 ust Nasa telah dibela oleh UMNO BN melalui media mereka
Utusan dan sebagainya..
Mereka tentu mempunyai AGENDA dalam hubungan 'muqabalah' dan sebagainya yang dilakukan secara sulit dan terang..

PAS tidak harus terbiar digunakan oleh UMNO dalam keadaan mereka yang sedang nazak kini.

Ust Nasa telah memilih jalan politik yang tidak cerdik dengan berbaik2 dengan UMNO..Beliau harus ditolak dalam pemilihan kalai ini.
mut said…
Hebat betul ! Dulu masa mula-mula ura-ura ada pemimpin PAS berjumpa dengan UMNO secara sembunyi, maka lagu yang didendangkan ialah ia tidak berlaku atau didiamkan oleh pihak yang terlibat. Malang, Pak Lah sendiri kemudiannya pecah lubang!

Bila dah terang lagi bersuluh, perkara ini memang berlaku dan disorok dari pengetahuan ahli dan jugak rakan pakatan pilihanraya, maka berpindahlah pula onar tersebut kepada Majlis Syura dan ahli-ahlinya. Benarkah perkara ini pernah dibincangkan dan siapakah pemimpin PAS yang menghadirinya? Kumpulan tertentu sahaja?

Pelik bin ajaib, kerana ramai pemimpin dan ahli tidak pernah mendengar perkara atau usul ini dibawak ke Majlis Syura.

Sekarang, YB Khalid pulak dituduh pura-pura tak tahu apa yang berlaku dalam Majlis Syura. Defensive maneuver yang cukup hebat; malangnya kredibiliti disebaliknya dah bolos. Langsung tak sesuai dengan gelaran ulama!

Jadi cerita yang mana satu yang benar, yang mana fitnah dalam PAS ni?

Jikalau "hanya berbincang", apakah yang perlu sehingga menyembunyikan perjumpaan dengan musuh politik nombor wahid ini dari pengetahuan ahli dan rakan?

Kenapa kerangka kerjasama yang wujud (dari segi sokongan dan undian Parlimen) yang sedia ada tidak mencukupi untuk menjalankan langkah memulihkan kegawatan dan ekonomi negara? Jika undian yang diperlukan, mengapa pulak DAP dan PKR (yang memiliki lebih banyak kerusi Parlimen) dibelakangkan?

Hai, takkan ahli dan pemerhati tak boleh berfikir sendiri?
Anonymous said…
sedih adab pimpinan PAS hari ni.. level pusat dah ni.. kome smua dah lama tak gi tamrin kot.. huhu..

dah tinggi sgt gamaknya masing2.. tak yah ditarbiah dan ditamrin..

ingatan buat pak khalid;
"likulli marhalatin masyakiluha"

ps; masih segar diingatan saya usul yg diluluskan masa di Ipoh: "memperkasa PR dan menjalin hubungan dgn mana2 NGO n parti politik"
Anonymous said…
Ini lah padahnya bila melihat berkawan dengan umno itu satu dosa besar hanya kerana kesilapan lampau sedangkan kedua-duanya mengaku beragama islam.

Tetapi tidak mengapa dengan DAP walaupun mempunyai sejarah lampau menghina PAS dan ISLAM. Sedangkan DAP terang-terang bukan saudara seagama.

Itu sebab Fatah dan Hamas tak pernah bersatu.
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Saya percaya tulisan YB Khalid ini tidak kena masa dan tempatnya. Saya melihat tulisan ini sebagai satu kempen untuk menjatuhkan dan juga untuk menaikkan calon2 T.Presiden.
Dahulu, cukup payah untuk kita mendengar pertikaian ataupun perselisihan pendapat pemimpin2 PAS di khalayak. Saya percaya ini bukan bermakna tiada perselisihan tetapi mereka ini menyampaikannya mengikut saluran parti. Tetapi keghairahan setengah2 pemimpin sekarang agak 'pelik', seolah2 terikut2kan gaya Anwar/PKR.
Secara jujur, jika saya salah seorang pemilih calon TP, saya tidak akan mengundi Ust. Nasha, bukan kerana dia dikatakan 'Pro-UMNO', tetapi saya melihatnya sebagai pemimpin yang lemah dan saya juga tidak akan memilih Husam kerana sebab2 tertentu, jadi yang tinggal hanya Mat Sabu!
Sebagai pemimpin 'senior' dalam PAS, saya percaya YB Khalid sedar akan peranan dan kuasa yang dipunyai oleh Presiden, Majlis Syura, Dewan Ulama dll. Check-point2 didalam PAS sudah cukup untuk menidakkan tindakan individu2 yang berkepentingan di dalam PAS. Masa akan menentukannya. Nabi telah tunjukkan cara untuk menegakkan Islam... pelajari, fahami dan praktikkan cara tersebut.Insyaallah kejayaan akan datang jua.

Malam nanti sebelum tidur tu, cuba renungkan semula dan musabahkan diri.

Sekian.
Greenbottle said…
my conclusion:

Nasharuddin doesn't have the brain to lead PAS to greater heights.
under nasharuddin PAS will forever act as a supporting actor on the malaysian political stage.

under nasharuddin PAS will forever be lead by the nose and kicked around by UMNO until doom's day.

kalau nak PAS berada di tahap 'kelas dua' pilih lah nasharuddin...

kalau mau anjakan paradigma kearah suasana baru pilih lah calun yang bervisi...bagi saya husam ada lah calun tersebut diantara tiga yg ada.

mat samu is too much of a joker/light weight to be considered seriously.
raduan said…
aku ingat org umno je Bodoh....
tapi masih ada lagi org Pas yg bodoh..
Anoinimuz said…
siapa makan cili...dia yg rs pedas....jgn laa melenting kt yb khalid....jawab jek laa apa yg dia kemukakan...yg duk kutuk die ape ko dpat....jawab dgn hujah laaa....dia pimpinan skang....jg laa adab sket....ko bg ape kt PAS??? dia buat keje....
Anonymous said…
Janganlah berselindung disebalik perkataan ULAMAK. Ini membawa fitnah kepada ulamak. Ulamak pewaris AMBIAK, ilmunya tidak menyeleweng dan tidak boleh diselewangkan.

Kita gah bercakap fasal islam, al'quran, hadis,halal haram, fasik, munafik, khianat, penyakit hati dsbnya. Tapi lupa atau buat2 lupa dalam perbuatan tersangkut juga dengan kerja2 keji.

Dlm muafakat ada juga yang bermain kayu tiga. Sebelum PRU 12 berbai'ah berjuang menjatuhkan lawan, bila dah menang merasa hebat dan berkenyit mata pula dengan lawan, lupa segala onak yang telah ditimpa oleh parti lawan sejak zaman Dr.Burhanuddin, Dato' Asri, kes Memali dsbnya.

Alasan apa sekali pun yg diberikan, perkataan KHIANAT yg dibenci oleh Islam dan Ulamak telah bermain difikiran masyarakat. Amanah apa yg dimufakatkan kalau khianat. Inilah mencemar nama Ulamak.

Muktamar yg bersidang harus perbetulkan persepsi ini.

Masyarakat berterima kasih kerena terdedahnya perlakuan ini.
chemen said…
inilah masanya kita nak pahamkan DAP dan non-muslims dgn perjuangan Islam.. jgn terlalu ghairah dgn kuasa politik tetapi dakwah ditinggalkan.. mungkin generasi Karpal, Kit Siang tak sempat paham, mungkin lagi 40-50 thn baru mereka paham, tp kalau tak sekarang bila lagi? sampai bila kita nak bermusuh dan bersangka buruk dgn mereka? mereka pon ada hak sbg rakyat Malaysia..
katakan PRU-13 PAS menang kerajaan Pusat, mampukah PAS melaksanakan Islam dalam keadaan DAP, non-muslims, PKR malah org Islam sendiri tak paham dgn Islam..
smartgreen said…
asm. penghujahan kedua belah pihak boleh diterima atas sebab2 tertentu tp saya sebg mewakili org muda penyokong pas/pr, saya tidak nampak atas sebab2 apa yg munasabah ingin berunding dgn umno.Apakah pimpinan PAS Terengganu lupa bagaimana UMNO kerjakan mereka masa perintah dulu?Dlm keghairahan segelintir pemimpin pas ingin berunding kuasa dgn umno, sekali lagi MB pas dikerjakan umno di Perak. Dari insiden ini, perlu sangatlah ulama diprofessionalkan... kenapa takut dgn PR walhal UMNO dah confirm hantu raya?Utk pemimpin PAS pro0umno, ingat ini usaha musuh pecah belahkan pas yg umno nampak alternatif terkuat parti melayu.saya ingin remind sbg ahli pas baru,kemenangan pas dlm pru lalu bukanlah memutlakkan performance pas.No way..ramai sokongan golongan atas pagar,non malays adalah disebabkan tiada pilihan lain lagi dan mereka benci kebejatan umno-bn...jika puak pro-umno ini menang, ingatlah pas akan kalah byk kerusi dlm pru akan datang dan bertepuk umno atas kebodohan pimpinan pas. pd pimpinan pas yg pro-umno,mari jadi pemimpin anak jantan.kalu demo penakut, letak jawatan.jgn baling batu cakap munafik.ulamak kini tak maksum.jika ingin berunding dgn umno, apa alasannya??cuba kemuka satu persatu?mari berhujah bila2 masa.apa yg saya nampak, ada pemimpin yg bersifat materialistik,tak sabar nak jadi pak menteri...kalu terror sangat, cuba buat memorandum tanya 1 juta ahli pas terus terang berapa ekoq nak dok bawah ketiak umno???
saya berdoa pada Allah memberi kebijaksanaan pd perwakilan pas dan moga membersihkan pas ddrp opportunis...
Unknown said…
Wa tak heran olang tak suka kritikan YB kpd Us. Nasha. Pasal dia jenis terus terang, payah nak sembunyi lama-lama. Tapi dah berlapik dah..kira ok apa? Wa paham tu. Mungkin depa yg tak mau ditegur cara camtu kita nak kena guna cara muqabalah kot,bisik-bisik ker, rundingan senyap-2 ker, hah? Oh camtu ker? YB Khalid bagitau terang-2 ada gak yg tak suka. Kalo dah buat cara tertutup hangpa kata gak YB mcm-2, nak fitnah ler,runtuhkan PAS ler, memecah-belah perpaduan sesama ahli ler...Common! Gimme a break!

Wa pasti YB Khalid dah bagitau kpd pemimpin-2 PAS akan bahaya & risiko rundingan sulit UMNO-BN tanpa pengetahuan rakan Pakatan Rakyat. Tu dah kira lembut YB tulih tu tapi efektif gak ler untuk semua pembaca yg ada akal nak pikir..rasa tak betul hangpa bagi hujah hangpa lak, jangan tegakkan benang yg basah cam setengah pemimpin PAS..jangan pula menyembunyi & membodohkan ahli & penyokong PAS selama hari ni membantu MENJATUHKAN & MELEMAHKAN UMNO & BN.

Wa ingat kalo UMNO junjung Quran ker cucuk Quran ujung pedang (atau keris depa tu), wa wajib pancung gak. No chance! It is time for more drastic measures!
Unknown said…
Saya antara orang pertama yang gembira apabila mengetahui Ustaz Nasharuddin menang Timbalan Presiden.

Juga gembira kerana YB Khalid Samad tidak terpilih sebagai AJK PAS Pusat.

Saya cuba meneka apakah kandungan entri YB selepas

1. Utusan Malaysia berjaya?
2. Profesioanl ditolak?
3. Kempen Ulama berjaya?
4. Pro-Umno berjaya?

Perwakilan telah membuat keputusan, ayuh bekerja!
Unknown said…
Peristiwa Nizar dilantik MB adalah pertolongan Allah kepada PAS hasil doa ulama dan usaha profesional di dalam PAS.

Selepas kemenangan BA di Perak, Sultan meminta setiap parti BA menghantar nama calon MB.

Dan PKR turut mencalonkan nama, dan nama bekas posmen itulah yang menjadi calon pilihan Anwar.

Ia telah berlaku dan menjadi sejarah.

Selepas Nizar terpilih, Adun PKR itu amat-amat cemburu.

Kemuncak itu, dia melompat parti dengan bangganya.

Adakah ini calon MB daripada Anwar?

Saya kira, jika Adun PAS yang berlaku sedemikian, nescaya hentaman hebat terhadap Hj Hadi.

====
Di sinilah letaknya akhlak para pemimpin PAS, lansung tidak menghentam atas isu Perak, walhal sudah terang-terangan ia timbul daripada PKR yang tidak pandai membuat saringan memilih calon.

PKR hanya pandai hendak bertanding tetapi tidak pandai memilih calon yang bertanding.

Calon yang ada adalah tangkap muat; bekas posmen, perakam video, blogger dan sebagainya.
PAS Kg Jawa said…
Salam pada semua,

Kenapa kita perlu menyerang YB Khalid; kenapa tidak kita lihat dan fikirkan hujah beliau. Benarkah Naza tidak bercakap benar dan kurang cermat dalam hujah-hujah beliau mengenai kerjasama dengan UMNO terkutuk itu (saya kenali seorang UMNO yang pernah menjadi pembahagi wang mengundi ketika suatu masa dulu).

Sekarang Naza sudah menang. Yang diharapkan benar-benar dia dan konco-konco tidak membuat sesuatu yang kurang bijak dan merugikan maslahat jangka panjang Islam di Malaysia ini. Saya yakin (insyAllah dengan sebenar-benarnya) kalau cara yang nak di bawa Naza dan konco-konconya berlaku dan dilakukan, untuk kita membawa orang yang bukan Islam kepada keindahan Islam akan terbantut (rata-rata yang non-Muslim umumnya lebih percaya pada PAS dari UMNO kini).

Saya juga nak berehat sebentar (bukan dari perjuangan Islam, tapi nak tunggu dan lihat apa-apa yang nak dilakukan oeh Naza dan konco-konconya). Dalam pengalaman saya, ramai yang dipanggil ulama (sekurang-kurangnya dalam konteks Malaysia) kurang bijak dalam hal-hal kepimpinan, malas berstrategi jangka panjang dan biasaya lebih banyak bercakap dari bekerja. Sebagai contoh, untuk menjawab tohmahan orang tentang Islam, lebih-lebih lagi bila Bahasa Inggeris digunakan sebagai senjata, ulama-ulama ini akan terkial-kial, terkelu tidak berkata (saya pernah menghadiri ceramah oleh seorang ulama Mesir yang pernah disiksa oleh pemerintah; dikatakan dia sedang belajar bahasa Inggeris walaupun umurnya ketika itu sudah akhir 70an!).
Ahli PAS juga said…
Afyan tak faham perjuangan PAS.

YB ni memang pejuang PAS tulin.
Dia berjuang sejak umurnya mid-20s. Sekarang sudah awal 50an.

semasa PAS susah dia telah bersama.
Semasa PAS 'berjaya' sikit, dia berusaha mengekalkan kejayaan PAs.

Dia kalah ke dia menang ke dia tetap berjuang.

Dia dah masuk universiti ISA. Afyan dah ada masyuukk?

Dia kena pecat oleh bang Hassan, dia tetap berjuang. Takde merajuk, kecik hati ke, kecewa ke..
dia terusssss jer.

Dia takde jawatan ke, ada jawatan ke, dia tetap berjuang. Dia tak de hal punyer... Lepas ni ko tengoklah. Dia tetap lantang. Kalau ada yg tak betul dia mesti cakap. Tak de nak sorok2. Tikam2 belakang.

Jadi... tak payah lah Afyan dan orang2 yg sewaktu dengan nya nak kata " padan muka ko!"

Tak ada faedahnya, dapat dosa free jer nak menyakitkan hati orang.

Sedor2 lah diri tu sikit.

Salam,

Ahli PAS juga.
Unknown said…
Saya melihat beberapa komentar di sini adalah daripada IP-Adress yang sama.

Justeru, berbahas di sini dalam keadaan menzahirkan diri adalah lebih berani berbanding menyembunyikan identiti di belakang nick-name.

Contohnya YB Khalid sendiri menggunakan blog dan namanya sendiri, adalah tindakan yang berani.

Justeru, saya akan mempertahankan Timbalan Presiden selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak.
Currently, there is no way one can get the IP address of commentators for those using the Blogger commenting system.

Selanjutnya boleh lah dibaca kat SINI

Tak payah la saudara Afyan nak tunjuk2 terer disini dengan BERBOHONG. Jika sokong sangat pun dgn Ustaz Nasha tu, perkara2 yang tak elok tidak perlulah di IKUT.
Unknown said…
Siapa yang makan cili dialah yang akan terasa pedasnya :)
chemen said…
walaupon menang, lebih 50% menolak ust nasha.. mungkin kalau seluruh ahli PAS mengundi peratusannya lebih besar.. jd beliau sepatutnya faham kehendak majoriti.. aku doakan beliau berjaya...
muhammad said…
Afyan,


Pemuda Gombak apa cerita? Pro-Umno ke?

Saya tengok hari ni byk komen2 awak di blog tertentu. Sebelum ni jarang nampak pun. apa agendanya?

Tak kisahlah anonymous ke tak, makan cili ke tak, yang penting adalah KUALITI HUJAH yang dibawa tu.Jawablah hujah2 YB Khalid tu kalau anda ada integriti. Jangan bawak komen yg samaaa je.

Mcmamana boleh dapat IP address commentators tu? Terangkan sikit
Unknown said…
Kalau kita tidak pandai, usahlah menganggap orang lain turut tidak pandai.

====
Hakikatnya YB Khalid Samad ditolak oleh perwakilan adalah fakta.

Hakikat YB Husam ditolak juga adalah fakta.

====
Falau fakta dibalas dengan fakta. Hujah dibalas hujah.

Menyrang peribadi penghujah lawan menonjolkan kelemahan diri sendiri.

Tambahan pula dengan menggunakan nick-name pelbagai dan bersemubunyi di sebalik nick name tersebut.
Unknown said…
Dalam dunia ini banyak perkara ynag kita tahu dan banyak perkara juga yang kita tidak tahu.

Janagn kerana kita tidak tahu, lantas mengatakan bahawa orang lain turut tidak tahu.

+++++

Sekiranya benar hujah yang saya kemukakan adalah lemah, silakan untuk mengeluarkan hujah Sdra.

Tidak perlu mengaitkan dengan keahlian PAS, mengeluarkan tuduhan Pro-Umno dsb.

Jika begitulah caranya, sesiapa sahaja boleh membuat perkara sama.

Apabila sudah ketandusan hujah, dituduhnya pembawa hujah adalah pro-umno.

Apabila kehabisan fakta, diungkit apa cerita pemuda gombak.

Oh.....
muhammad said…
Afyan,

Alahai...

Ini komen kedua saya untuk post ni. Tak payahlah buat andaian. Siapa yang menganggap siapa tidak pandai?

Sekali lagi saya tegaskan, NAMA TIDAK PENTING. YANG PENTING ADALAH HUJAH YANG DIBAWA.

YB Khalid sudah mengemukakan hujahnya di atas. Hujah itu adalah untuk dibahaskan.Ini tujuan beliau postkan artikel ini. Jika tak setuju, kemukakan sesuatu yang sekurang2nya menunjukkan anda berfikir. Jangan mengubah topik dengan mengalihkan tumpuan pada peribadi.

"Menyrang peribadi penghujah lawan menonjolkan kelemahan diri sendiri."

anda juga yg kata begitu kan?

Dan anda belum jawab soalan2 saya sebelum ini. Saya bukan menuduh anda pro-Umno, saya bertanya berdasarkan reply anda sebelum ini. Susah sangat ke nak nampak bezanya tu?

Saya kaitkan dengan pemuda gombak kerana nampaknya anda (kalau memang awak ni afyan lah) memang pemuda sana. Nak tahu juga pendirian Pemuda Gombak- saya harap ia tak sama dgn pendirian anda.

Dan nama saya memang Muhammad- so give the subject a rest.

From now on, please address the ACTUAL TOPIC.
Unknown said…
Baiklah kita ke tajuk asal.

Ahli-ahli PAS tidak akan berdiam diri jika ada usaha memasukkan PAS dengan UMNO dan BN.

Yang ada hanyalah andaian-andaian.

Bagus sekiranya kita beringat sebelum kena. Namun jika sampai menyerang peribadi pimpinan lain di rung terbuka bukanlah caranya.

Alhamdulillah pimpinan sebegini tidak dipilih oleh perwakilan.

Dr Hatta pun ada blog, tetapi tidak diguna menyerang peribadi pimpinan lain.

Alhamdulillah dia diterima.

begitu juga Dr Dzul, Dr Lo' Lo'.

Tapi berbeza situasi di sini.

++++
Usaha Anwar dalam projek 916 telah diterima beberapa pimpinan PAS sekalipun tidak dibincangkan di peringkat awal ketika Anwar menguar-uarkannya.

Sehingga ia membelakngkan ketidaklogikan tarikh 916 utk berlakuknya pelompatan MP BN ke PR.

Akhirnya yang berlaku orang ANWAR - ADUN PKR yang melompat.

Sungguh memalukan.

Orang Anwar Orang PKR sendiri yang termakan pujukan UMNO, bukan PAS.

PAS tidak sekali-kali mnegkhianati perjanjian PR.

Orang-orang Anwar juga ynag meletak jawatan lantaran ketidaksanggupan menerima pelbagai ujian.

Tetapi tidak bagi PAS.

APS tahan dijui, sudah terbukti.

dan PAS tidak akan masuk Umno.

Sekian penghujahan saya.

Silakan utnuk seterusnya...
Karut! said…
He may not be aware of the irony but when Nasharudin Mat Isa, deputy president of PAS, said Nik Aziz Nik’s views do not represent the party, it is akin to the Islamist party rejecting its soul as the Tok Guru is PAS spiritual leader.

Nasharudin was, of course, referring to Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat’s speech at the muktamar last night, when he rubbished talk of a unity government.

“That is the opinion of Tok Guru, but in the organisation we take the party’s stance. Now there isn’t actually any concrete decision made by the party with regards Umno. The issue will be decided by the party,” he said

Petikan dari berita Malaysian Insider 7/6/09 bertajuk "No.2 says Tok Guru is not PAS" http://www.malaysiainsider.com/index.php/malaysia/28831-no2-says-tok-guru-is-not-pas

"Kalau yang pro-kerjasama ini menang maka percayalah, isu muzakarrah dan muqabalah akan terus kedengaran. PAS tidak akan mampu memecut terus ke depan dengan lajunya di dalam PR kerana dua kaki dalam perahu yang berbeza."

http://www.khalidsamad.com/2009/05/asas-pemilihan.html

Belum pun habis muktamar berkumandang isu yang sama... Haa amik la korang nak sangat!
Unknown said…
Biasalah, media pro-Anwar tidak akan berhenti memcahbelahkan PAS dengan pelbagai spekulasi.

Mereka amat kecewa dengan kekalahan Husam.

ini bermakna propaganda mereka untuk menyabitkan pimpinan PAS berusaha masuk ke dalam Umno ternyata tidak berhasil.

Sekarang tiba ke step propaganda seterusnya.

Allah tidak akan biarkan ia berlaku dan sentiasa menunjuk jalannya kepada PAS di bawah kepimpinan umlama dan dinbantu profesional yang ikhlas...
Anonymous said…
asm.dont worry husam if u dont get a post in ajk pusat. byk keja kena dibereskan di kelantan agar 2004 event tak berulang di mana pas menang 1 saja.

Thanks for double crossing of our president and deputy, the supports are less now, see...
http://mt.m2day.org/2008/content/view/22907/84/

now if dr M became so arrogant after leading too long, i'm puzzled as much as air france is why pas just won little but so big headed and thinking as if they are like tok kenali who cud work on water.

why dialog/cooperation w/ umno not even discussed in muktamar if it's so important?when umno was in power, and when Hj Hadi and Nasa both in parlimen back then, why didnt u dialog/dakwah the umno heads?probably during that time umno is still good, doing things that benefit rakyat and negara!
the only thing u guys can tell umNO is bubar umNO and masuk pas/pkr.
wan sek 7 said…
Salaam,

Berkat Afyan,

"Ahli-ahli PAS tidak akan berdiam diri jika ada usaha memasukkan PAS dengan UMNO dan BN.
Yang ada hanyalah andaian-andaian."

1. Isunya bukan masukkan PAS dengan UMNO dan BN. Tiada siapa cakap begitu. Isunya berkerjasama dengan UMNO/BN.
2.Ust Ahmad Awang dalam ucapan penangguhannya hari ini mengesahkan ada usaha tersebut. Dia menerima panggilan talipon dari 'pimpinan' yang bertanya "tidak bolehkah kamu berunding dengan UMNO/BN (daripada membentuk kerajaan bersama DAP)?
Ia bukan andaian. Ianya kenyataan.
3.YB Khalid sendiri terlibat dalam pertemuan pertama dengan Pak Lah dan Toyo. Ianya bukan andaian. Ianya kenyataan.

Afyan berkata lagi :-

"Bagus sekiranya kita beringat sebelum kena. Namun jika sampai menyerang peribadi pimpinan lain di rung terbuka bukanlah caranya".

1. Memang ini nak beringat sebelum kena maka Afyan setuju tiada salahnya.
2. Apa isu peribadi yang diserang? Mendedahkan sikap dan pendirian seseorang memang perlu, lebih lebih lagi bila orang berkenaan nak dijadikan pemimpin.
3. Orang berkenaan bercakap dalam ruang terbuka maka jawapan terhadap isunya mesti juga diruang terbuka.

Walau bagaimana pun Saya rasa bagus juga Nasa menang. Nasa mengaku tidak mempunyai hajat untuk membawa PAS berkerjasama dengan UMNO. Kita tunggu dan lihat. Saya rasa tak lama akan terbukti sejauh mana Nasa bercakap benar atau seorang pembohong. Semoga melalui kemenangan ini, dia tunjuk belangnya yang sebenar.

Pada masa itu ahli PAS akan bertindak!

WasSalaam.
Unknown said…
Alhamdulillah, nampaknya pendapat kita banyak yang selari.

Cuma berbeza dgn soal persepsi tentang perkara pertemuan.

Jika pertemuan dikatakan untuk tujuan berkerjasama dengan UMNO, makan YB Khalid pun blh dikatakan mahu bekerjasama sbb dia pernah bertemu.

Anwar pun boleh dikatakan sama, kerana bertemu dgn Pak Lah.

Husam pun sama sebab bertemu dengan pemimpin BN. Malah siap kata DUN Perak akan bubar, tapi tak jadi pun?

Saya yakin dan percaya sekiranya benar USta Nasa ingin membawa PAS masuk BN / bekerjasama dengan UMNO dan menghkhianati PR, dia akan ditendang daripada PAS.

jika benar kata-kata Usta Ahmad tentang ""tidak bolehkah kamu berunding dengan UMNO/BN (daripada membentuk kerajaan bersama DAP)?" saya pasti ahli PAS akan bangkit menentang usaha ini.


====
Ahli PAS tidak akan berdiam diri sekiranya jalan ini dipilih sebagaimana projek 916.
muhammad said…
Semalam dah post reply tp entah kenapa tak keluar.

Cukuplah artikel di MT ni sebagai jawapan:
An open letter to PAS Deputy President Nasharuddin Mat Isa

http://mt.m2day.org/2008/content/view/22948/84/

Ada siapa2 nak jawab soalan2 tu?
muhammad said…
"jika benar kata-kata Usta Ahmad tentang ""tidak bolehkah kamu berunding dengan UMNO/BN (daripada membentuk kerajaan bersama DAP)?" saya pasti ahli PAS akan bangkit menentang usaha ini."

Ini memang betul. Telah disahkan oleh beliau sendiri. Persoalannya siapa pemimpin tu? agak2 yg nak kerjasama dengan Umno ke atau yg nak perkasakan kerjasama dlm PR? Berapa ramai yg dah bangkit menentang usaha itu? Atau isu wala' akan dibangkitkan lagi?
Unknown said…
Ahli PAS akan menyokomng sebarang usaha untuk mendaulatkan Islam, walau atas nama kerajaan 16 September atau pun Kerajaan Perpaduan.

Pemimpiin PAS bukan maksum tidak ada cacat cela.

Ahli PAS akan taat dan patuh arahan pimpinan selagi mana tidak bertentangan dengan Quran dan Hadith.

Seluruh ahli PAS sedang menanti nama yang disebut oleh Ust Ahmad Awang.

Saya pasti Ustaz Ahmad Awang tidak menipu tentang nama tersebut sebagaimana Anwar pernah lakukan dalam menyatakan nama-nama MP yang akan melompat dahulu.
Anonymous said…
Sebab utama ahli-ahliPAS menentang kerjasama politik dengan UMNO adalah jelas melalui sedutan ucapan ini:


Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

(Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981)


Namun kerjasama antara PAS dgn UMNO mungkin boleh berlaku, namun paksinya adalah ISLAM.

" Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

“Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

“Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

“Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam,” katanya.

25 julai 2008

RADZI AHMAd
muhammad said…
Afyan,

"Pemimpiin PAS bukan maksum tidak ada cacat cela. "

Yg ini saya setuju. Mursyidul Am tidak maksum, Presiden tidak maksum, Timbalan Presiden tidak maksum...

Jadi apabila TGHH mengeluarkan kenyataan bahawa idea UG disokong parti lain dlm PR tetapi dinafikan oleh DAP dan PKR, siapa yg betul? Siapa yg berbohong?

"Saya pasti Ustaz Ahmad Awang tidak menipu tentang nama tersebut sebagaimana Anwar pernah lakukan dalam menyatakan nama-nama MP yang akan melompat dahulu."

Saya harap kenyataan ini ikhlas, bukan sinis.

Bila Anwar nyatakan nama2 MP yg akan melompat tu? Mana buktinya?
Unknown said…
http://siasahdaily.blogspot.com/2008/09/pkr-yakin-malaysia-bertukar-kerajaan-16.html

Penuh yakin PKR mengatakan "penuh yakin" terjadinya perubahan pada 169.

http://siasahdaily.blogspot.com/2008/09/saya-ada-lebih-31-anggota-parlimen.html

Anwar sendiri mengatakan ada nama-nama tersebut.

Tapi samapai sekarang, bukan setakat nama, habuk pun tarak.

Ini yang kita harapkan agar Ustaz Ahmad Awang tidak lakukan.
muhammad said…
Afyan,

Tolong fokus ya. Apabila 2 point dibawa, cubalah jawab kedua2 point tu.


Saya ulangi:

"Jadi apabila TGHH mengeluarkan kenyataan bahawa idea UG disokong parti lain dlm PR tetapi dinafikan oleh DAP dan PKR, siapa yg betul? Siapa yg berbohong?"

Kedua:

1.Meyakini bahawa sesuatu akan berlaku tetapi akhirnya ia tidak berlaku

2.menyatakan sesuatu tidak berlaku sedangkan sebenarnya ia benar2 berlaku.

Kedua2 perkara ini adalah sangat-sangat berbeza.

Faham kan?
Unknown said…
Itu di luar pengetahuan saya.

Namun telah ada kenytaan rasmi berkenaan perkara itu di dalam harakahdaily terbaru.

Saya juga ingin membawa fokus kepada perkara yg tentang persetujuan di dalam PR.

Sebagaiman idea UG yang tidak dipersetujui di peringkat PR, begitu juga idea kerajan nombor 916.

Projek kerajaan nombor 916 turut tidak pernah dipersetujui di peringkat PR pada kali pertama ia dicanang-canang.

Sementelah ia adalah idea daripada parti sekular.

Idea tersebut utk menjatuhkan sekular dan membina sekular yg lebiih baik?
muhammad said…
Afyan,

Fokuslah pada 916 tu. Lepas ni bangkitkanlah lg kes Perak ye?

Ya, mungkin tidak ada kata sepakat dlm hal itu, tetapi sekurang2nya ia dibincangkan secara TERBUKA dan diketahui semua. Bukannya bincang dengan pihak lain tanpa pengetahuan ahli2 sendiri.

Berbalik pada apa yg sebut sebelum ini:

"1.Meyakini bahawa sesuatu akan berlaku tetapi akhirnya ia tidak berlaku

2.menyatakan sesuatu tidak berlaku sedangkan sebenarnya ia benar2 berlaku.

Kedua2 perkara ini adalah sangat-sangat berbeza."

Yg pertama tu bukan bohong. Mungkin overconfidence. Mungkin ada halangan2 tertentu. Mungkin ada tangan2 ghaib yg sengaja sabotaj. TETAPI BUKAN BOHONG.

Yg kedua tu sah2 la bohong.

Dengan melakukan sedemikian, kepercayaan-trust-kepada kita, sama ada dr atas pagar atau non muslim akan terhakis. Dan sudah pun terhakis. Jenguk2 la dlm blog lain.

Trust is difficult to build, but is so easy to shatter.

Kalau org dah tak percaya pada kita, apakah itu petanda baik pada gerakan Islam?
muhammad said…
"Itu di luar pengetahuan saya."

Eh...takkan tak tahu?

PAS perlu perjelas rundingan k'jaan perpaduan
Athi Veeranggan | Jun 8, 09 10:28pm
Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.

Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

"Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.


Maaf, tapi respons Mustafa Ali dlm hal ini adalah respons org yg berlepas tangan.
Unknown said…
Ya, saya mengaku yang saya tidak tahu sangat sejauh manakah UG yang diimpikan oleh TG Presiden


Tentang 916, ini pertama kali saya dengar ia adalah over-confident, dan ia gagal.

Namun saya menunggu kenyataan rasmi tentang perkara ini.

Rakyat menunggu dengan penuh penngharapan.

Saya cuba bagi contoh, katakan kita berjanji untuk appoinmnet pkl 10 pagi.

Thenn kata 11 pagi.

Then kata 12 tgh.

Then tak kata tak jadi, dan tak kata pun jadi.

Orang yang menunggu akan menganggap ia adalah satu sifat munafik.

Sekalipung orang yg memberi harapan untuk appoinment tersebut tidak berniat menipu, hanya di over-confident.

Sekurang-kurangnya minta maaf dan tarik balik.

Lihat pimpinan PAS, sudi meminta maaf dan menarik balik sekiranya berlaku kesilapn, barulah dilihat berjiwa besar!
Taufik hamzah said…
salam,seharusnya isu rundingan dgn umno itu xharus wujud sama sekali..
kita sume pykg pas tahu siapa umno sebnrnya..saya sbg seorg pemuda yg mnykg PAS merasa kecewa mngapa isu ini timbul kita sepatutnya merapatkan lagi hbgn sesama PR...
kita sedia maklum peragai umno,pas spttnya mmperkukuhkn untuk menjadi tunjang PR bukan mengadakan hbgn dgn umno yg kita sdh pasti mereka akn mngusai segalanya..tidak kira calon itu ulama atau profesional msg2 boleh memimpin,jgn disebabkan title ulama kita anggap mereka betul semua nya,jgn disebabkn mereka profesinal mereka dikatakn tidak tahu soal agama..
PAS memerlukan kedua2 pihak ulama dan profesional..siapa pas tanpa ulama dan pas juga tidak akn smpai kethap ini tanpa bantuan profesional kita slg memerlukan..
mugkin cara YB ini agak keras,tapi jika tanpa pemberitahuanya adakh kita sedar semua ini..yg bagus kita kekalkan yg tidak kita sedarkan..

afyan,

mengapa perlu kita memilih umno yg kita sememangnya tahu merosakkan dan pasti merosakkan,mengapa tidak
merapatkan saf2 dlm PR dan memperbetulkn jiak ada pemimpin PR yg sedikit terpesong,kemenangan ust nasa adalah dari perwkilan tetapi tidak bermakna ia sokongan akar umbi dr pykg2 pas yg tidak semuanya ulama atau cerdik pandai islam tetapi menyokong panji2 islam..saya berazam selepas menamatkan pengajian saya akan aktif dlm PAS khusunya pemuda GOMBAK..akan saya tentang habis habisan puak2 yg ingin berkejasama dgn UMNO.

buat YB teruskan perjuangan anda,anda tdk keseorangan,sy gembira melihat hujah Yb dlm TV9..

wassalam

Pemuda Gombak
DepoT said…
salam,seharusnya isu rundingan dgn umno itu xharus wujud sama sekali..
kita sume pykg pas tahu siapa umno sebnrnya..saya sbg seorg pemuda yg mnykg PAS merasa kecewa mngapa isu ini timbul kita sepatutnya merapatkan lagi hbgn sesama PR...
kita sedia maklum peragai umno,pas spttnya mmperkukuhkn untuk menjadi tunjang PR bukan mengadakan hbgn dgn umno yg kita sdh pasti mereka akn mngusai segalanya..tidak kira calon itu ulama atau profesional msg2 boleh memimpin,jgn disebabkan title ulama kita anggap mereka betul semua nya,jgn disebabkn mereka profesinal mereka dikatakn tidak tahu soal agama..
PAS memerlukan kedua2 pihak ulama dan profesional..siapa pas tanpa ulama dan pas juga tidak akn smpai kethap ini tanpa bantuan profesional kita slg memerlukan..
mugkin cara YB ini agak keras,tapi jika tanpa pemberitahuanya adakh kita sedar semua ini..yg bagus kita kekalkan yg tidak kita sedarkan..

afyan,

mengapa perlu kita memilih umno yg kita sememangnya tahu merosakkan dan pasti merosakkan,mengapa tidak
merapatkan saf2 dlm PR dan memperbetulkn jiak ada pemimpin PR yg sedikit terpesong,kemenangan ust nasa adalah dari perwkilan tetapi tidak bermakna ia sokongan akar umbi dr pykg2 pas yg tidak semuanya ulama atau cerdik pandai islam tetapi menyokong panji2 islam..saya berazam selepas menamatkan pengajian saya akan aktif dlm PAS khusunya pemuda GOMBAK..akan saya tentang habis habisan puak2 yg ingin berkejasama dgn UMNO.

buat YB teruskan perjuangan anda,anda tdk keseorangan,sy gembira melihat hujah Yb dlm TV9..

wassalam

Pemuda Gombak
Unknown said…
DepoT,

Saya tidak pernah bersetuju akan usaha memasukkanPAS ke dalam UMNO.

Saya akan menentang habis-habisan.
muhammad said…
Afyan,

Tentang appointment tu, biasalah. Saya ada kwn mcm ni- berjanji itu dan ini akan jadi, walaupun kdg2 tak jadi. Ini mungkin kelemahan di pihak dia.
Tapi saya dan rakan2 lain tidak menuduh dia berbohong, kerana kami tahu biasanya ada halangan. Dan kami tetap berkawan dgn dia.
Kita hanya merancang, Allah yg menentukan.

Tetapi kes kedua ini berbeza. Tak nampak lagi ke? Kata pertemuan tu x ada, sebenarnya ada. Org lain yg tak tahu menahu pula yg minta maaf.

Seperti yg saya sebut blog TB, Mahfuz memang berjiwa besar.
Masalahnya yg lain tu. Yg memang terlibat dlm pertemuan dgn Umno tp sampai skrg tidak meminta maaf pd ahli PAS dan rakyat Malaysia, sebaliknya cuba menghalalkan pertemuan itu dgn bermacam2 alasan.

Anda pun tahu siapa pemimpin yg saya maksudkan.

Bila mereka nak minta maaf?

Tidak memberitahu perkara yg benar-bukankah ini juga tanda munafik?

Seperti yg disebut oleh sdr Taufik, sepatutnya kita memperkasakan PR seperti yg diputuskan dlm muktamar di Ipoh. Bukannya menyerang pimpinan lain dengan spekulasi.

Saya tegaskan di sini, saya penyokong PAS. Ingin melihat Islam ditegakkan di Malaysia.

Saya juga sebelum ini jarang memberi komen di blog.Biasanya baca sahaja. Komen2 dr juak2 Umno tu biasanya saya biarkan.

Tetapi apabila saya melihat komen yg tidak membina tetapi meruntuhkan dari ahli PAS, Pemuda pula, saya terpanggil untuk menjawab kerana perbuatan seperti inilah yg akan mengekalkan PAS sebagai pembangkang dalam politik Malaysia.

Afyan, anda kata anda sayangkan kebenaran, fakta dan hujah. So please, be true to your words. Komenlah jika mahu, tapi tolong berhenti memberi spekulasi dan hentikan syak wasangka antara kalangan kita sendiri.
Unknown said…
Sdra Muhammad,

Saya kira ada beberapa isu;
1. Ustaz Nasa bebohong
2. Muzakarah
3. PAS masuk UMNO
4. Kerajaan Perpaduan
5. Kerajaan 916

1. Ustaz Nasa berbohong.
Saya tidak pernah bersetuju dia berbohong. Jika dia berbohong, kita tuntut di memohon maaf.

Saya juga masih menanti-nanti dia meminta maaf.

2. Muzakarah.
Setakat ini, nampaknya ramai yang menggunakan alasan bohong tadi menyebabkan muzakarah menjadi tidak boleh.

Saya kira, jika muzakarah tidak boleh, maka Anwar dan Husam turut perlu dipersalahkan atas dasar yang sama.

Kenapa tidak dipersalahkan Anwar ketika dia bertemu Pak Lah.

Kenapa tidak dipersalahkan Husam ketika dia bertemu pemimpin BN.

Mohon Sdra Respon soalan ini.

3. PAS masuk UMNO
Ini juga lagi satu bersambung dengan hal muzakarah tadi.

Saya lihat banayk media dan blog yang mainkan isu ini adalah yang pro kepada Anwar.

Dan dalam masa sama tiada pun bukti konkrit bahawa PAS ingin dibawa masuuk Umno / BN.

Jika Sdra Muhammad ada bukti, tolong nyatakan.

4. Kerajaan perpaduan.
Untuk perkara ini, saya sendiri masih belum menguasainya.

Cuma saya perlu tegaskan bahawa,boleh apa sahaja yang memartabatkan ISlam, saya akan sokong tidak kira atas nama kerajaan perpaduan atau kerajaan 916.

5. Kerajaan 916
Saya nampak ia masih satu pembohongan, jika benar buktikan nama-nama yang dijanjikan itu.

Saman MP yyang menuduh Anwar.

Biarkan sahaja MP-MP yang dikatakan nak lompat itu lompat.

Saya akan menyokongnya sekiranya ia memartabatkan Islam.

Namun saya kira ia bertentangan dengan sunnah perjuanagn islam. Islam dibina atas runtuhan jahiliyah.

Kerajaan 916 akan jadi kerajaan sekular yang dibina menggantikan sekular sedia ada.

======
JAdi di sni ada bebrepa solan saya untuk sdra Muhammad respom
1. kenapa Sdra tidak salahkan Anwar dan Husam yang turut bermuzakarah?

2. Mana bukti konkrit tanpa keraguan munasabah, PAS nak masuk UMNO?

3. Adakah kerajaan Perpaduan satu dosa / haram?

4. Kerajaan 916 akan jadi kerajaan sekular. Buktikan jika tidak.
dagang said…
Sudahlah YB Khalid.dulu yb kata Nik Abduh tak profesional tulis mcm2 dlm blog, skrg ni yb sendiri terlebih tak profesional tulis mcm2 dlm blog.satu Malaysia dpt bc ttg masalah PAS, senangla musuh2 nk putar belit,patutla utusan tak henti2 mainkan isu ni mungkn puncanya daripada blog YB ni. Jd YB la yg kianat pd PAS sebenarnya.JGN la kita mengecam kwn seangkatan kita mcm2 dan memburukkannya dlm blog ni.aku hanya dpt berdoa moga ALLAh menapis sesiapa yg IKHLAS/TAK IKHLAS dalam perjuangan ini.( tak kira siapapun)
muhammad said…
Afyan,

Terima kasih kerana akhirnya mengutarakan isu yg relevan dengan post ini.

1. Ustaz Nasa berbohong.

Jika pun Ust Nasha tidak berbohong, beliau dan yg sekapal dengannya telah memberi persepsi yg salah kepada ahli PAS dan rakyat dengan berdiam diri. Saya kasihan kepada YB Mahfuz kerana bersungguh2 mengatakan pertemuan tidak ada, kemudian terpaksa meminta maaf. Walhal yg patut meminta maaf adalah org lain.

Saya juga menunggu mereka ini meminta maaf. Tapi setelah mereka yang terlibat bukan sahaja tidak meminta maaf, malah memberi justifikasi pula atas apa yg mereka lakukan (dan ini sebenarnya yg YB Khalid ulas dlm post ini), saya rasa susahlah nak dengar kenyataan maaf ni.

2. Muzakarah

Pertemuan Anwar dan Husam adalah diketahui umum. Kawan dan lawan, samada mereka setuju atau tidak. Bukan seperti pertemuan yg kita bincangkan sekarang.

Saya tak tahulah dgn sdr Afyan, tp saya pernah jumpa Husam secara peribadi masa zaman student di UK dulu-program dengan dia. Jadi percayalah bila saya katakan Husam BUKAN SEKULAR.

3. PAS masuk UMNO

Teruk sangatkah jika media "pro" kepada Anwar? Sejak bila Anwar itu menjadi bogeyman dalam PAS dan PR? Boleh anda terangkan?

Dan mengapa pula media pro Umno, yg tak pernah ada satu benda yg baik pun untuk diberitakan ttg PAS, mengangkat Ust Nasha dan menghentam Husam, dan blog pro Umno pula bersorak gembira bila Ust Nasha diumumkan menang? Sejak bila pula mereka peduli ttg kepimpinan ulama?

Apabila musuh kita bergembira dengan apa yg berlaku di pihak kita, saya rasa kita perlu berhati2.

Tentang kerjasama dgn Umno, minta rujuk semula kenyataan Mahfuz dan Ust Ahmad Awang. Kecuali Afyan rasa kedua2 pimpinan PAS ini bohong, saya rasa tiada sebab untuk kita meraguinya. Dan setakat ini tiada apa2 respon dari pihak yg dimaksudkan itu.

4. Kerajaan perpaduan

Idea UG ini sekali pandang nampak bagus, tp bg saya ia belum sesuai dilaksanakan dalam iklim politik Malaysia sekarang. Lainlah kalau PAS/PR yg menang majoriti dlm Parlimen.

Dengan kedudukan kerusi parlimen yg sedikit, terlalu banyak persoalan yg timbul. Contohnya adakah Umno akan memberi PAS menjadi decision maker? Atau memberi PAS kedudukan penting dlm kerajaan, PM misalannya? Di mana kedudukan PKR dan DAP, yg juga memenangi kerusi? Mengapa konsep UG ini tidak diperjelaskan kepada mereka? (Ini yg menimbulkan syak!)Mengapa tidak dipastikan pimpinan dan ahli memahaminya terlebih dahulu? Sedangkan Mursyidul Am pun dikatakan tidak faham, ahli apa lagilah.

Cuba Afyan tanya TGNA. Juga ahli2 dan penyokong2 PAS. Berapa ramai agaknya yg rasa kerjasama dgn Umno, tak kiralah dlm bemtuk kerajaan perpaduan ke, muzakarah ke, apa ke, akan menguntungkan PAS dan Islam?

5. 916

Saya tak nampak ia satu pembohongan. Saya dah jelaskan mengapa sebelum ni. Tp kalau nak rasa mcm tu juga, let's agree to disagree.

Mungkin anda biasa dgn konsep "tahalluf siyasi"- saya bukanlah org yg layak untuk membahaskannya dgn panjang lebar-Afyan boleh rujuk sendiri.

Walaupun saya bukan ahli PKR, bg saya lebih baiklah bersangka baik dgn PKR dan Anwar dari bersangka baik dgn Umno.

Sekurang2 nya kita berpegang pada janji kita.Janji pada PKR, DAP dan rakyat yg telah mengundi kita. Bukankah memungkiri janji juga tanda munafik?
Unknown said…
Terima kasih atas respon Sdra Muhammad.

Saya bersetuju dengan apa yg Sdra katakan spt;
- Husam bukan sekular, saya pun pernah bertemunya
- Lebih baik percaya PKR dariapda UMNO.
- Ust Nasa patut meminta maaf.


Cuma soalan saya untuk Sdra jawab.

1. Bukankah tiada bukti konkrit tanpa keraguan munasabah, PAS nak masuk UMNO?

2. Adakah kerajaan Perpaduan satu dosa / haram?

3. Kerajaan 916 akan jadi kerajaan sekular. Buktikan jika tidak.

4. Adakah PKR parti sekular yang lebih baik sedikit drp UMNO?

5. Anwar sebenarnya tidak ada nama MP yang melompat?
muhammad said…
Afyan,

"Saya bersetuju dengan apa yg Sdra katakan spt;
- Husam bukan sekular, saya pun pernah bertemunya
- Lebih baik percaya PKR dariapda UMNO.
- Ust Nasa patut meminta maaf."

Terima kasih. Sekurang2nya kalau ada jenis org yg tak setuju dgn YB Husam, YB Khalid dan apatah lg saya, dengan pengakuan Afyan ni boleh kita bersihkan Husam dari tuduhan sekular, liberal, talibarut Anwar dsb.

Tapi bg saya Ust Nasha perlu melakukan lebih dari meminta maaf.

Sekarang, soalan2 anda pula. Saya rasa saya dah jawab dlm post sebelum ni, tp mungkin tak jelas pada anda.

"1. Bukankah tiada bukti konkrit tanpa keraguan munasabah, PAS nak masuk UMNO?"

Kalau sdr Afyan lihat post sdr Wan sek 7, isunya bukan PAS masuk Umno. Tiada siapa cakap begitu. Yang ada ialah isu kerjasama dengan Umno. Yang ada ialah isu kerjasama dan pertemuan dengan Umno dlm keadaan ahli sendiri tidak mengetahui. Yang ada ialah isu kerjasama dengan Umno dalam keadaan parti lain dalam PR tidak mengetahui.

Ini sebenarnya yang menyebabkan ramai marah apabila UG dibangkitkan. Kerana mereka yg mengadakan pertemuan sulit dgn Umno dgn yg mencadangkan UG adalah kelompok yg sama.

Kalau Afyan ingat, TGNA pernah mencadangkan supaya PAS dan UMNO bubar dan bersatu. Tetapi hampir tiada yg membangkang cadangan itu. Kenapa? Sebab TGNA menyatakan dengan jelas, paksi perjuangan parti baru itu mestilah ISLAM.

UG tampaknya masih mengiktiraf kewujudan Umno sebagai entiti politik yg asing dari perjuangan PAS. Sebab itu ramai yg membantahnya.

"2. Adakah kerajaan Perpaduan satu dosa / haram?"

Asalnya tentulah tidak. Tetapi kita balik pada perenggan sebelum ini. Ada yg berhujah, jika kita bekerjasama dgn Umno dlm membentuk kerajaan, maka kita bersekongkol dgn kerajaan yg jelas zalim. Hukumnya sudah tentulah haram.

Tambahan pula, dengan circumstances yg ada (Pertemuan sulit, PR tidak dimaklumkan secara jelas dsb)kita akan dilihat mengkhianati perjanjian dan amanah yg diberikan rakyat. Hakikat yg harus kita terima adalah rakyat (terutama atas pagar dan non-muslim) memberi sokongan besar kepada kita bukan kerana mereka menyokong perjuangan PAS, tetapi kerana mereka menolak Umno. Reaksi rakyat terhadap idea UG adalah buktinya.

Jika kita kehilangan kepercayaan rakyat, apakah rakyat akan mengundi kita?

Jika rakyat tidak mengundi kita, apakah cita2 untuk menegakkan Islam akan tercapai?

Jadi, sekurang2nya buat masa ini, idea UG ni lebih baik tidak ada daripada ada.

"3. Kerajaan 916 akan jadi kerajaan sekular. Buktikan jika tidak."

:)

Bagaimana saya boleh buktikan sesuatu yg belum terjadi?

"4. Adakah PKR parti sekular yang lebih baik sedikit drp UMNO?"

Asas PKR nampaknya bukan Islam.
Tapi kita kembali ke persoalan tahalluf siyasi yg saya sebutkan sebelum ini. Kita dah setuju yg kerjasama dgn PKR lebih baik dari Umno, jd kita ambil yg lebih baik antara yg kurang baik.
Lagi pun usaha untuk tarbiyyah ahli2 dlm PKR ni saya lihat ada. Cuma kurang publisiti.

"5. Anwar sebenarnya tidak ada nama MP yang melompat?"

Ini sdr kena tanya Anwar sendirilah. Cuma ada disebut nama MP ini tidak didedahkan untuk keselamatan mereka.

Kalau kita ulas panjang2 jadi spekulasi pula.

WaLLahu 'alam.
Unknown said…
Alhamdulillah, saya kira banyak perkara yang kita sekata, dan sedikit yang tidak sekata.

Saya kira sdra setuju jika saya katakan PKR adalah parti sekular, cuma lebih baik sedikit drp UMNO utk kita buat kawan.

Jika kerajaan perpaduan Sdra Muhammad mengatakan ia tidak jelas, maka kerajaan 916 juga jelas, kerana ia tidak berlaku lagi sbgman yg sdra katakan.

Sekali lagi, saya tegaskan, jika dlm perkara Ust Nasa menipu, saya juga katakan yg Anwar labih byk kali menipu dlm hal 916 dan MP melompat.
Unknown said…
Sdra Muhammad

Saya cuma berkongsi pendapat daripada seorang kawan di blognya tentang Kerajaan Perpaduan;

Tidak dinafikan, konsepnya kabur.

Tetapi adalah satu prinsip Islam untuk kita, sebagai pendakwah, untuk buat engagement dengan mana-mana pihak tanpa ada halangan. Nabi saw pun berutus surat, bersua muka, memeterai perjanjian dengan pelbagai pihak.

Maka, sekadar nak jumpa, bincang, muzakarah, muqabalah antara pemimpin PAS dengan UMNO seharusnya bukan lah satu isu besar. Ia adalah kewajipan.

Cumanya, ia haruslah diasingkan dengan isu penggabungan UMNO-PAS. Dan saya tidak fikir pimpinan PAS akan bergabung dengan UMNO secara mutlak selagi mana dasar utamanya tidak berubah.

Tetapi adalah tidak mustahil untuk PAS dan UMNO berpadu suara dalam isu-isu tertentu.

Kenapa bila DAP, Gerakan dan MCA berpadu suara dalam isu tertentu tiada siapa mahu komplen ?

DAP, Gerakan, MCA boleh mintak hapuskan kuota. Ok. Takpa. Itu demokrasi.

Tapi PAS bila nak bincang pasal isu kuota, oh itu tidak boleh. Itu mengkhianati amanah rakyat namanya. Begitukah caranya?

Walhal, kerajaan 916 juga konsepnya kabur dan tidak jelas. Tapi ramai pula yang menyokongnya.

Solan untuk Sdra Muhammad;
Kerajaan 916 dan kerajaan perpaduan kedua-duanya tidak berapa jelas, bukan?
muhammad said…
Afyan,

"Jika kerajaan perpaduan Sdra Muhammad mengatakan ia tidak jelas, maka kerajaan 916 juga jelas, kerana ia tidak berlaku lagi sbgman yg sdra katakan."

Saya rasa anda maksudkan "916 juga tidak jelas".

Tidak berlaku bukan bererti ia tidak jelas. Saya rasa itu cukup mudah difahami.

Soalan anda sebelum ini kurang adil kerana jika pendekatan itulah yg digunakan, saya juga boleh bertanya begini:

Kerajaan Perpaduan akan jadi kerajaan sekular. Buktikan jika tidak.

Boleh Afyan buktikan?

UG bg saya, adalah political move yg tidak bijak kerana konsep yg tidak jelas dan pendekatan yg meragukan.

Jadi saya tidak bersetuju apabila dikatakan Kerajaan 916 kabur kerana at the most fundamental level, kerajaan ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat, bukan BN. Saya rasa itu dah cukup jelas.

"jika dlm perkara Ust Nasa menipu, saya juga katakan yg Anwar labih byk kali menipu dlm hal 916 dan MP melompat."

Saya bawa analogi begini:

1. Pasangan suami isteri 1

Isteri diberitakan ttg pertemuan suami dengan bekas tunangnya sedangkan pertemuan itu tidak pernah diberitahu kepada isterinya. Tiba2 bekas tunang itu mengaku sendiri pernah bertemu dgn si suami, barulah suami mengaku. Urusan perniagaan, kata si suami.

2. Pasangan suami isteri 2

Baru berkahwin, dan si suami berjanji untuk membawa isteri berbulan madu pada bulan September. Apabila tiba tarikh yg disebut, si suami tidak membawa isteri berbulan madu.

Cuba Afyan letakkan diri di tempat si isteri. Dalam kedua2 kes, mungkin ada rasa kecewa dan sedikit marah, tetapi secara jujurnya, dalam kes manakah si isteri akan rasa lebih syak pada suami? 1 atau 2?

Dalam kes 2, apakah rasional untuk si isteri terus-menerus menuduh suami berbohong sedangkan mungkin ada halangan bg si suami untuk melaksanakan apa yg diinginkan kedua2nya?

Dalam kes 1, suami beriya2 pula nak jumpa bekas tunangnya lebih kerap "atas urusan perniagaan". Jika anda isteri dalam kes 1, apa yg anda rasa?

Menjawab post blog tu, isunya bukan tak boleh ada engagement langsung. PAS pernah bertemu Umno dalam isu Palestin. Ini terbuka dan dipersetujui semua.

Begitu juga dalam kes DAP. Gerakan dan MCA. Mereka berpadu suara dlm sesuatu isu secara TERBUKA.

Isu di sini adalah PERTEMUAN SECARA SULIT YANG TIDAK DIMAKLUMKAN KEPADA AHLI DAN PENYOKONG.

Faham kan? Lihat semula analogi di atas.

Isu UG telah dibahaskan YB Khalid dgn panjang lebar dlm post beliau yg terbaru. Jadi mungkin baik kita sambung dialog di sana.
Unknown said…
Terima kasih atas respon Sdra.

Saya kira kita boleh bersetuju dalam banyak perkara.

agree to disagree.

Jumpa di post yang lain :)
muhammad said…
Saya berkongsi peringatan ini untuk tatapan semua:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah)

apabila dipercayai ia khianat,

apabila bercakap ia berdusta,

apabila berjanji ia mungkir, dan

apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad



WaLLahu 'alam.
ANNAS said…
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.