Skip to main content

Mi Celup

Saya diminta memberikan pendapat oleh beberapa orang berhubung tuduhan serius yang dilemparkan oleh anakanda Nik Abduh dalam blognya. Saya jarang mengunjung blog beliau dan oleh itu tertanya-tanya apakah tuduhan serius ini? Hari ini, diberikan kesempatan dan ruang masa oleh Allah, maka saya membaca postingnya yang bertajuk ‘kerja-kerja bodoh dalam pas’. Setelah selesai membacanya, saya memahami mengapa ada yang meminta saya mengulas.

Walaupun saya bukan ulama’ dan tidak pernah mengaku diri saya seorang ulama’ namun oleh kerana tulisannya menyentuh parti yang telah saya habiskan lebih separuh dari hidup saya di dalamnya, saya rasa saya berhak untuk memberi komen. Walaupun saya ini mungkinlah dianggap olehnya sebagai di antara ‘mi celup’ tersebut.

Untuk memudahkan semua, khususnya untuk mereka yang mi celup seperti saya, pendapat saya akan dikemukakan dalam bentuk point seperti di bawah.

1. Tuduhan Yang Dibuat
Saya sebenarnya terkejut dengan tuduhan yang dibuat. Pembantu-pembantu TGNA melagakan TGNA dengan TGHH? Kalau betul, kenapa tidak Nik Abduh beritahu perkara ini kepada ayahandanya sahaja? Apa? TGNA tak akan percaya? Hmmm... Kalau TGNA tak percaya, kenapa pula kita nak percaya? Semestinya TGNA lebih tahu samada tuduhan itu tepat atau sebaliknya. Apakah TGNA tak mampu memahami hujjah-hujjah yang dikemukakan yang begitu lantang mendoakan pembantu-pembantunya dibalas Allah atas kejahatan mereka? Samada TGNA tak mampu memahami atau ada hujjah disebaliknya yang tidak mampu Nik Abduh sendiri memahami? Saya rasa yang kedua adalah lebih tepat.

Kalau nak menuduh pun, bukan ini caranya. Takkan tuduh secara borong! Adakah semua pembantu-pembantu TGNAA yang jahat? Saya rasa kalau ditanya, ramai, mungkin separuh dari rakyat Kelantan, akan mengakui mereka pembantunya! Yang dimaksudkan sebagai pembantu ini pula pembantu yang macam mana? Yang pegawai kerajaan ke, yang pegawai parti ke, yang pemimpin parti ke? Yang kawan rapat ke? Dato’ Husam ke? Anual Bakri ke? Nik Amar ke? Yang mana satu? Atau kesemua mereka?

Tuduhan semberono macam ini bagi saya tidak bertanggung jawab dan mengundang fitnah. Hasil dari tuduhan ini akan wujud suasana syak wasangka dan saling tuduh menuduh di antara pembantu-pembantu yang entah mana satu. Itu kalau orang tak matang. Tetapi saya harap ahli PAS yang telah matang akan mampu melihat tuduhan ini sebagai tuduhan kosong yang tidak layak diberikan layanan. Tiada bukti yang dikemukakan kecuali andaian.

Sepatutnya, kalau nak tuduh, sebut siapa dan kemukakan bukti. Kalau belum ada bukti, usahakan cari. Sabar, bila ada bukti barulah kemukakan. Jangan buat kenyataan yang kurang matang yang mengundang fitnah.

Sebenarnya saya sendiri khuatir Nik Abduh yang diperalatkan untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam PAS, khususnya yang di negeri Kelantan. Cuba lihat kenyataannya, “Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH”.

Nik Abduh diberitahu. Bukan dia dengar sendiri. ‘Sumber’ yang dia rasa boleh dipercayai tidak semestinya orang yang boleh dipercayai. Kalau nak bandingkan TGNA dan Nik Abduh, sudah jelas siapa yang lebih berpengalaman dengan tipu-helah manusia. TGNA lebih mampu memilih orang kepercayaan yang boleh dipercayai berbanding Nik Abduh. Adakah kita diminta menolak orang kepercayaan TGNA supaya berpegang kepada orang kepercayaan Nik Abduh? Saya rasa bukan orang kepercayaan TGNA yang memperalatkan TGNA tetapi orang kepercayaan Nik Abduh yang memperalatkan Nik Abduh. Itu saya rasa jauh lebih mudah untuk dilakukan.

Lagipun, tengok sahaja kepada maklumat yang diberikan kepada Nik Abduh. “Menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH”. Ini memang maklumat batu api. Saya rasa anakanda Nik Abduh kena matang sikit bila menerima maklumat supaya tidak mudah di permainkan orang.

2. Perbezaan Pendapat Satu Rahmat
Bagi saya memang ada perbezaan pendapat dalam soal hubungan kita dan BN di antara TGNA dan TGHH. Perbezaan pendapat ini perkara biasa dan tidak merupakan satu masalah. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan ulama’ seperti TGNA dan TGHH kerana mereka memahami dan menghayati ‘adabul ikhtilaf’. Itulah sebabnya walaupun berbeza pendapat, TGNA memuji kemampuan dan kebolehan TGHH berhujjah dalam Parlimen. TGNA bukan macam kita. Bila tak setuju atas satu perkara, maka semuanya tak betul.

Begitu juga, oleh kerana adabul ikhtilaf ini, TGNA tidak membuat tuduhan liar bahawa TGHH diperalatkan pembantunya atau memperlekehkan peribadi pembantu-pembantu ini. Seperti TGNA, saya rasa TGHH juga ada para pegikutnya ke serata tempat. TGNA memahami perbezaan pendapat ini atas persoalan yang dibenarkan adanya perbezaan pendapat.

Kenyataan Nik Abduh bahawa “ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya” adalah tidak tepat. TGNA tak pernah menerima ‘muzakarah’ dan itulah sebabnya mengapa akhirnya istilah yang diguna ditukar kepada ‘muqabalah’. Ulama’ mi celup pun faham beza muzakarah dan muqabalah, tak kan yang ‘ulama’ mi goreng’ tak faham? (Yang mi goreng ini lama sikit berada dalam kuali).

Begitu juga penggunaan istilah-istilah menghina sahabat-sahabat seperjuangan. Jangan oleh kerana perbezaan pendapat kita mula menghina dan mencaci sahabat-sahabat kita sendiri. Saya harap budaya ini ditamatkan dan sebagai pemimpin pemuda peringkat nasional, Nik Abduh patut menunjukkan contoh yang baik. Biar kita berhujjah tetapi hayati adabul ikhtilaf seperti sepatutnya, seperti yang dilakukan ayahanda. Istilah-istilah seperti ‘pejuang nafsu’, ‘ulama’ mi celup’ dan sebagainya amat tidak sesuai digunakan. Ia menghina orang lain dan menzahirkan satu sikap yang terlalu angkuh.

3. Musyarrakah Fil Hukumah
Saya rasa soal keperluan seseorang Muslim dan lebih-lebih lagi sebuah gerakan Islam untuk melibatkan diri dalam sebuah kerajaan bukan Islam atas syarat-syarat seperti yang disebut oleh Nik Abduh tidak menjadi pertikaian. Itulah mengapa soal Tahalluf Siyaasi diamalkan sehingga membawa kepada musyarrakah fil hukumah atau pengongsian dalam pemerintahan.

Bila saya membaca hujjah yang disebut, khususnya kes Nabi Yusuf AlaihisSalaam, teringat saya akan episod tahun 80an apabila hujjah ini digunakan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau, bersama beberapa ahli ABIM, masuk UMNO. Pada masa itu orang PAS marah kerana terasa dikhianati kerana selama ini, sebelum itu, Anwar dilihat bersama PAS walaupun menyokong melalui ABIM. Sepatutnya, PAS yang pernah terasa dikhianati memahami betapa marahnya perasaan orang yang dikhianati.

Atas kefahaman yang sama, bahawa pengongsian kuasa ini boleh dilakukan, atas syarat-syarat tertentu, PAS menyertai BN pada tahun awal 70an. Dalam kedua-dua peristiwa ada untung dan ada ruginya. Ramai berpendapat, tetapi mungkin belum mencapai tahap ijma’, lebih rugi dari untung.

Dalam perkara ini, jelas bahawa hukumnya bergantung kepada samada ianya menguntungkan atau merugikan perjuangan Islam. Oleh itu syarat-syarat perlu ditentukan dan perkiraan untung rugi diambil berat. Dalam soal untung rugi ini, semestinya akan ada perbezaan pendapat kerana ianya berhubung bacaan seseorang terhadap suasana politik dan tindakan yang paling berkesan untuk memanfaatkan suasana tersebut demi perjuangan Islam. Bagi sesetengah pihak jawatan menentukan secara muktamad untung-rugi sesuatu tindakan. Bagi sesetengah yang lain, bukan jawatan tetapi kesedaran dan sokongan rakyat.

Saya akan kupas persoalan ini secara lebih terperinci kemudian di bawah ini.

4. Soal Kerajaan BN Dan Kerajaan PR
Nik Abduh menyebut “Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam.” Betul dan saya cukup bersetuju dengan kenyataan ini. Ini kembali kepada kefahaman kita berhubung persoalan ‘Musyarrakah fil hukumah’, kita berkongsi kuasa dan oleh itu tidak boleh menganggap kita berkuasa seorang diri maka semuanya mesti ikut kehendak kita. Namun beradanya kita sebagai rakan kongsi mesti menguntungkan perjuangan yang dibawa kita.

Yang saya tidak setuju ialah bagaimana beliau meletakkan BN dan PR itu sebagai sama sahaja. Mungkin dia lupa bahawa kita bersama PR dan atas kebersamaan kita, telah kita mendapat sokongan dan undi dari masyarakat yang sebahagiannya belum lagi menyokong perjuangan PAS. Untuk meletakkan BN dan PR pada taraf yang sama dalam perkiraan kita merupakan satu penafian hakikat suasana politik yang kita wujudkan bersama. Atau beliau baru bangun tidur dan tidak sedar semua yang berlaku sebelum dan selepas PRU ke-12?

Bagaimana kita boleh menilai secara tepat soal untung rugi sesuatu tindakan kalau kita tidak mampu meletakkan konteks penilaian kita dengan betul dan tepat? Kita bersama PR dan atas nama PR, kita memerintah beberapa negeri. Ya, saya tahu. PR hanya wujud selepas PRU ke-12 tetapi itu tidak menafikan kerjasama BA (iaitu PAS dan PKR) bersama DAP dalam menghadapi PRU ke-12. Undi masyarakat Cina dan penyokong DAP untuk kita dan undi kita untuk mereka dalam menentang BN? Begitu juga masyarakat India dan lain-lain. Kebencian rakyat terhadap BN yang memungkinan pengundian sebegini berlaku! Dan apakah setelah kita mencapai kemenangan, melalui sokongan ini, kita berpaling dan mengatakan BN dan PR sama sahaja?

BN dan PR tak sama. Kita ada pakatan dan perjanjian bersama PR dan kita tidak akan khianati mereka selagi mereka tidak khianati kita. Sila rujuk ayat 91 hingga 95 Surah An-Nahl dan jelaskan kepada semua Maqasidnya serta Asbabun Nuzulnya. Saya bukanlah ulama’ maka harap yang merasa dirinya ulama’ (yang bukan jenis mi celup) sila jelaskan.

5. Untung Rugi Perjuangan
Soal apa yang menguntungkan dan apa yang merugikan perjuangan memang penting. Tetapi yang mesti untung adalah perjuangan, bukan diri kita sendiri atau indvidu-individu tertentu.

Persoalannya apakah yang menguntungkan dan apa pula yang merugikan? Ada yang menganggap jawatan adalah ukuran muktamad. Kita mesti memegang jawatan Menteri ini dan Menteri itu. Siapa yang menawarkan jawatan-jawatan ini maka kita akan bersamanya! Kita mesti terima dan dengan itu perjuangan kita akan untung. Adakah ini benar?

Yang pasti individu yang menjawat jawatan itu yang untung. Itupun di dunia, diakhirat tak tentu lagi. Dari sudut perjuangan, tidak semestinya. Perjuangan PAS bukan perjuangan untuk jawatan. Perjuangan PAS adalah perjuangan untuk mendidik rakyat berhubung ugama Allah dan bagaimana melalui Islam ini, manusia akan selamat dunia dan akhirat.

Itulah sebabnya bila nak menentukan tindakan mana menguntungkan dan tindakan mana merugikan, kita mesti memahami waqi’ persekitaran kita. Hakikat bahawa kita naik bersama PR mesti diambil kira. Ia sebahagian dari waqi’ ini. Tindakan kita mengkhianati amanat rakyat yang mengundi kita akan merugikan perjuangan kita. Walaupun kita diberi jawatan-jawatan yang dipohon. Kerana kita akan dilihat sebagai wanita jalang yang menerima tawaran tertinggi untuk khidmatnya. Rakyat akan memarahi kita. Sepertimana kita marah Anwar dulu yang hingga kini ada yang masih belum mahu memaafkan beliau. Dan mereka tidak akan percaya lagi pada kita dan menjelang PRU ke 13, kita akan kecundang walaupun kita memegang jawatan-jawatan Menteri sebelum dari itu. Yang paling tidak boleh diterima, Islam akan dilihat sebagai perjuangan yang tidak berprinsip. Adakah kita sanggup melakukan sebegitu? Jatuh taraf perjuangan PAS sehingga menjadi setaraf perjuangan Othman Jailu mengikut pandangan rakyat?

6. Soal Kerajaan Perpaduan Atau Unity Government
Nik Abduh menulis, “Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Ya, secara selamba jawapan TGNA. Mungkin kerana dia tahu bahawa jawatan yang disebut tidak akan ditawarkan oleh BN. Sepertimana juga penjelasan TGHH, syarat yang pertama untuk konsep ini berjaya adalah keikhlasan - sepertimana yang telah saya huraikan di dalam Persoalan Kerajaan Perpaduan. Kita semua menyedari bahawa syarat ini tidak dipenuhi BN. Cuba lihat, tawaran yang dibuat tidak langsung dihiraukan. Akhirnya kita tarik balik. Kita iklas dan kuathir masalah meruncingnya keadaan politik tanah air. Tetapi BN tidak. Yang meruncingkan keadaan adalah mereka dan memang mereka inginkan ianya meruncing supaya kita akan ketakutan dan hentikan usaha kita untuk menjatuhkan mereka. Supaya kita menjemput BN berdamai dan bersatu, sehingga berlaku perbalahan sesama kita. Akhirnya berkatalah orang, ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’!

Apa yang kita nak gaduh? Tawaran itu tiada yang menerimanya. Kita buat tawaran, orang buat tak tahu lepas itu kita gaduh sesama kita. Kelakar dan pelik bukan? Gaduh sehingga berlaku tuduh menuduh, cakap macam kita tahu apa yang ada di dalam hati manusia.

Lupakan sahajalah persoalan Unity Government ini. TGHH sudah pun tarik balik. Hayatilah keputusan Muktamar tahun lepas di Ipoh dan perkukuhkan PR.

Khalid Samad
WaLlahu ’Alam

Nota: Selesai sahaja menulis, saya dimaklumkan bahawa terdapat susulan dari artikel tersebut yang belum lagi sempat lagi saya baca. Tengoklah dulu, jika ada keperluan dan kesempatan akan diusahakan.

Comments

Wawa said…
YB,

1. Terima Kasih kerana sudi Datang ke Merlimau tempoh hari.

2. Ulasan saya berkenaan artikel itu di sini.

http://hasbullah.pit.my/2009/04/ulasan-kerja-kerja-bodoh-dalam-pas.htmlTetapi tiada cerita tentang "Mi Celup", "kerja bodoh" dan sebagainya.
Anonymous said…
Salam YB,

Hebatnya tulisan Nik Abduh hingga masuk utusan melayau...

KOTA BHARU 28 April – Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan, tulisan beliau dalam blognya mengenai kerajaan perpaduan hanya untuk menyerang para pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana kata beliau, pembantu-pembantu itu memberikan gambaran salah kepada bapanya yang juga Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan untuk melagakan-lagakan kepimpinan ulama dalam parti itu.

Menurut Nik Abduh, bapanya mempunyai ramai pembantu tetapi apa yang dimaksudkannya ialah di kalangan mereka yang memberi nasihat dalam isu politik.

Nik Abduh menyifatkan pembantu-pembantu politik itu sebagai ‘pejuang nafsu’ yang cuba melaga-lagakan ulama dalam Pas terutama antara bapanya dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka (pembantu politik) mungkin berpuluh-puluh, mereka adalah benar dan betul kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

“Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
magn said…
thanks a loy yb khalid,

saya dan ramai kawan2 lain golongan bukan "ulama" dalam PAS sungguh kecewa dan rasa begitu terguris dgn kenyataan anak tok guru yg kita sayangi itu.

i felt so relieved after reading your response, really hope nik abduh, nazaruddin tantawi dll will read yr response.

kami cukup khuathir org org spt ini pegang jawatan tertinggi dlm pemuda pusat nanti.penat kami cuba tarik org melayu islam dan bukan islam sokong PAS tapi jenis ini yg bagi org lari, malah berani saya katakan luntur semangat saya sekejap, ingat lepas ni concentrate kat masjid/surau dan kawan dgn jemaah atau ngo islam yg lain saja, pening dgn some ustaz dlm jemaah islam PAS ni.

praise to allah.
Anonymous said…
Salam, YB, wah setelah browse beberapa hari baru dpt comment dari YB. Itulah utz mee gorang baru mau belajar politik..tak apa supaya..akan datang lebih matang..
el said…
pertama buat nik abduh... dia patut bertanya kepada diri sendiri... kalau tidak kerana ayahandanya itu mb kelantan, nik aziz nik mat... layakkah dia berada di kerusi ketua pemuda pengkalan chepa?? menjawat jawatan dalam kerajaan??

ada kah orang akan memilih beliau untuk semua itu kalau dia bukan anak nik aziz???

alangkan dia anak nik aziz pun orang tidak berapa kenal dia... apa lagi kalau bukan...

tindakan nik abduh menulis dengan cercaan adalah sangat tidak cerdik, menari mengikut rentak orang yang sudah sah sumbang... atau mungkin memang sumbang itu rentak nik abduh???

apakah perlu dihapuskan husam dari kelantan baru nik abduh puas hati? sayuti, abe jak, taki puas hati?? atau nik amar pun...

jangan nak hidup berperangai amnu lah... mengejar pangkat dan kuasa... bukan tanggungjawab... apa kejayaan nik abduh di mpkb??? apa kebaikan dibawak nik abduh dalam mpkb???

jangan terlalu sibuk berpolitik untuk diri sendiri... cuba-cuba luangkan sedikit ruang dalam otak untuk melakukan sesuatu untuk rakyat, meningkatkan ekonomi rakyat, membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat dalam menghadapi kemelesetan ekonomi yang mungkin bakal menjengah.

itu tanggungjawab nak jadik ketua... bukannya sibuk nak berpolitik sepanjangan masa.. asek nak bergaduh berlaga... macam lembu dalam gelanggang!!!
Anonymous said…
salam Pak khalid

Pak Khalid meneropong dari jauh. Nampak ke?. kalau Pak Khalid di Kelantan, lagi kuat hujah Pak Khalid

atau pun Pak khalid menulis sebagai wakil kem mee celup..

kirim salam pada ustaz wan ji

apapun jasa Pak khalid tidak kami lupa.

alangkah gembiranya kami jika Pak Khalid cium dahi TGHH seperti TGHH cium dahi TGNA.

mustahilkah?.
say said…
saya quote tulisan YB
..Walaupun saya ini mungkinlah dianggap olehnya sebagai di antara ‘mi celup’ tersebut..

jd benarlah dakwaan nik abduh, mmg ada pembantu2 ayahanda yg melakukan pekerjaan2 yg sesat..

terima kasih YB kerana mengakui, harap2 boleh terus insaf dan tolong jgn jadi pemecahbelah dalam parti saya lagi.
said said…
Apa la kau ni say, kan ke YB cakap "mungkinlah" berkenaan ulama mi celup. Mungkinlah orang2 macam kau ni yang tuduh. Apa ke bengal sangat...

Yg aku duk hangin satu badan tgk puak2 mcm kau ni memang tak boleh bawak hujah la, asyik nak tibai je. Dah la tu, tak paham pulak tu hujah orang. Pegi belajar balik lah!
Anonymous said…
wahai say,

nasib baik aku ni org islam dan ahli pas...ishh apa punya fikiran kau ada, simple punya karangan oleh yb kkhalid kau tak, yg aku dok haru bila baca nik abduh punya karangan, berjela jela, jenuh aku nak baca dan faham,entah entah kau pun tak baca habis, main bedal mambabi buta
Anonymous said…
ala, Yb, Ini macam kesah budak-budak baru belajar politik, bila mkn d dapur..masa tuhlah mau manja dgn ayahanda yang jadi pengerusi surau..jadi ..ayahanda yang pengasih layanlah sikit..jadi perangai budak-budak ni bila dpt macam point sikit utk entam ajk atau kwn rapat pengerusi surau atau org yang tak sebulu dgn dia teruslah citer dekat kawan-kawan d laman rumah dgn bangganye..ayah aku dah citer dah dgn aku begini begitu...yang kawan-kawan pun satu terus respone and bagi tau dekat semua kwan sekampong...terus jadi cerita hangat..d kampong...tanpa dia fikir ..citer nye dah d gunakan olih ketua kampong utk lagakan bapak dia dgn tok iman kanpong...maka sekarang tugas ahli kampong and ajk suraulah pulak utk betulkan keadaan....tambah kerja org lain pulak..dia lepas ni relax ajelah dpt pujian olih kwan adn dpt kejian atau kutokan dari kwn-kwn..anak bapak oooiiii..telan ajelah...anak bapak mau bertanding ketua pemuda kampong and ketua pemuda daerah kot...tak baik tau kata org..aku kata tak apa...sebab aku anak bapak...aku peduli apa bila kau terasa...klo terasa..kita berlawanlah d laman rumah aku weehhh...nanti aku pangill kwn -kwn aku jadi saksi...yang kau,,,pekena bapak aku...hingga bapak aku marah dgn tok imam...eeee kesian bapak kau yeee..sebab bolih d pekena olih aku..
Anonymous said…
Ustaz Nik Abduh kata tiada persengketaan antara 2 tok guru. Ustaz Nasrudin pun kata macam tu. YB Khalid pun kata benda yang sama. Setel! Semua sepakat lagi semuafakat. Apa lagi kecoh2 sampai tercurah dan terlimpah segala emosi? Kalau nak dramatik pun, patutnya semua berpeluk2kan sambil menangis kegembiraan kerana sia sekata dan sehati sejiwa.
Anonymous said…
Cuba lihat kenyataannya, “Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH”.
ini dah solid solid nik abduh dibohong, mana ada orang pas main sumpah seranah !!!
hello beb come on , jgn buat karuh dlm pas, dalam politik perlu ada 3m, media ,money and momentum, media pas takada, money pun kurang yang ada hanya momentum kalau dah karuh-karuh macam ni momentum pun dah lari,..
- abe mie-
Anonymous said…
makan cili tentulah terasa pedasnya..

sendiri mau igt YB..tulis berjela2 pn org bule faham.
Anonymous said…
salam semua,
mungkinkah sdr. nik abduh telah di 'turn-over' semasa dalam tahanan? adakah kesan semasa penahanan tidak luput lagi? sila fikir dan beri bantuan!

pastotok.
Anonymous said…
"ORG DLM NIE SEMUA MI CELUP" duk bantai-bantai..mi celup betul SA
Anonymous said…
pastotok, yang kena tahan tu nik adli lah...

ni kena turnover ngan geng balak...
HaHs said…
Assalamu alaikum semua.

Tak mustahil ke ada Pas celup yg menyamar mengaku org Pas tapi sebenarnya blogger Umno dlm blog ni? Sbb aku ada jumpa dan terkantoi sesetengah puak tu menyamar jadi group ni dan tu. Whatever! Tuan Khalid punya hujah bernas dan kemas Ana suka tapi nampak memendam rasa dan kecil hati, sindiran keras gak walaupun boleh guna dgn lebih lembut lagi. Biar yg kasar dgn cara kasar, yg tua lembut skt takpe, biar termalu alah yg muda mendengarnya. Jgn terlalu ikut sgt cara mereka. Allah je yg tahu hati kita dan mereka. Harap takde jolokan-jolokan lagi lepas ni.
Anonymous said…
terror kan ulama mee goreng tuduh dalam tulisan? pastu suruh orang fikir plak.. tak tahu plak mee goreng nyer ulama pun pandai menghina rakan sepejuangan.. tak ke mengong namanya.. macam la warak sangat...
Anonymous said…
terasa ke yb maklumlah yb ni kan geng mee celup tu....menghormati anwar lebih dr TGHH..
mimie muslimat said…
macam ni rupanya YB khalid,
sayang sekian lama berada dalam pas....ini kesudahan maqam yang anda dapat....

anda bukan sekadar mee celup....anda meggie mee yang tak de khasiat, memudarat kepada siapa yang menikmatinya...

Anda boleh rehat....atau boleh setia bersama pakatan rakyat dan syeikh makkal sakti. kami tak mahu pemimpin yang banyak kurap.....anda sungguh menyakitkan hati....nak kerja pakai logik akal semata...ayat-ayat Allah langsung tak nak guna...

kenapa terasa pedas sangat dgn tulisan Nik Abduh sedangkan kami boleh memahami maksud sebenar yg ingin disampaikan olehnya....isu utama memberitahu bahawa kedua tuan guru tiada sengketa....tapi anda menyelongkar perkara-perkara remeh untuk ditafsir makna....soal mee celup terlalu kecil dlm tulisannya tapi anda besarkan kerana anda rasa 'anda juga adalah mee celupnya'....tidakkah itu yang cuba anda beritahu kami semua...

Yb , masa berehat anda dah tiba....anda pelahap dan tamak untuk menang pilihanraya sehingga anda lupa 'kemenangan islam lampau kerana sikit bilangannya tetapi hebat jiwanya'....
Anonymous said…
saya rasa, salah sorang mee celup yang dimaksudkan oleh nik abduh tu ialah YB. betul x YB? kalau xbetul jangan marah yer..biasanya sape makan cili dia yang merasa pedasnya. YB lain xde plak yang komen2 tp YB nampak lain macam je..ada apa2 ke ni YB.

Cerdik jugak anak TGNA ni.dia buat semburan cili ke seluruh pemimpin dan pengikut PAS. sape2 yang melenting,melalak,kecewa,terkial2 tu alamatnya pedih mata la tu..

apa2pun saya still sokong YB lagi sebab YB sokong islam.

-Canon-
Anonymous said…
Looks like Abduh is being used by some hidden hands to influence TGNA, When dad shows great wisdom little Abduh becomes emotional. A very dangerous immature leader. A misguided Mee Goreng. Kalau tak jaga nanti hangus seperiuk nasi PAS ti.

He tries to cover his short comings by giving examples that he is Pak Nik's favorite son.

Remember Perak Nizar as a fine case example of Malaysians support.

Jom balik sekolah si abduh
Anonymous said…
wala khalid samad kepada anwar
Anonymous said…
Yb jaga shah alam pun kantoi... inikan nak komen nik abduh... Yb hafal quran ke? Yb makan dan minum di rumah tok guru ke? nik abduh dia tahu lah sebab dia hidup dan di besarkan oleh tok guru...kami cukup menyampah dgn YB ...cium lah anuar ibrahim tuu...
zaydelkhair said…
Banyak juga komen2 busuk di sini, baunya sahaja kita tahu ia adalah langau2. Apapun YB, saya teringat kata2 Umar ra yg begitu mendalam, "mahasuci Tuhan yg menciptakan lelaki ini dan Amru bin Al-'Aas". Kefahaman beragama adalah anugerah Allah yg diberikan kepada orang2 yg diinginkan kebaikan untuknya.
Anonymous said…
sedih juga saya membaca macam-macam komen kat sini, rupanya orang pas memang teruk. cakap pasai islam bukan main tapi hampeh ... nampaknya zaman kehancuraan pas dah tiba... puncanya sebab terlalu nak jaga si anwar...
Anonymous said…
salam Pak khalid

Pak Khalid meneropong dari jauh. Nampak ke?. kalau Pak Khalid di Kelantan, lagi kuat hujah Pak Khalid

atau pun Pak khalid menulis sebagai wakil kem mee celup..

kirim salam pada ustaz wan ji

apapun jasa Pak khalid tidak kami lupa.

alangkah gembiranya kami jika Pak Khalid cium dahi TGHH seperti TGHH cium dahi TGNA.

mustahilkah?.

komen ini saya yang tulis, lupa letak nama.
wan ziarahsufi81
abu said…
salam...aper sangat penting YB nak ulas pasal....mee celup......yang penting nya keseluruhan maksud tulisan n abduh tu.......nie x semena jer....ulas pasal mee celup.....nak timbulkan kekeliruan la...tu....x habis2....isk2...bawak2 la...megucap....
D'ayo said…
Salam... pada awalnya, komen-komen yang dipostkan bolehlah dikatakan bagus tapi yang hak last-last tu... dari Cik-Cik Anon... rasanya macam dia orang nie salah tempat je...
Anonymous said…
apa punya bengap org org yg selalu duk tuduh yb khalid bertuankan anwar ibrahim.kamu reti baca atau kena sut=ruh org bacakan kepada kamu.dah di terangkan secara jelas oleh yb khlid tapi org org pekak ni mana nak faham.

yg pelik nya aku tengok ramai ahli pas bermula aktif sampai jadi pemimpin kaw,negeri dan pusat selepas tahun 1998, apasal agak nya ek? tapi lagi pelik org org ni skr punyala macam bagus kutuk anwar sana sini, tak malu ke?

aku pilih pas dan menjadi ahli seumur hidup sejak 98 juga dan aktif sejak skg.no way aku nak masuk pkr atau dap sebab apa...satu saja islam..dan nak berdakwah melalui politik.

sorry aku terpaksa kasar sikit, apa punya jumud permikiran depa ni..
mi celup said…
Pesan Untuk Ustaz Abduh
Ustaz, salam!

Ustaz adalah Ketua Whip dalam mesyuarat penuh MPKB. Terlantiknya Ustaz di situ tak ada kena mengena dengan Ayahanda Ustaz selaku MB. Tetapi, kebijaksanaan Ustaz mengatur perjalanan di bawah seliaan dan jagaan MPKB akan sedikit sebanyak menjadi ukuran ketrampilan Ustaz dan menaikkan lagi nama baik Ayahanda yang sudah sedia harum.


Ada beberapa pesanan dari orang kampung untuk Ustaz, minta saya sampaikan.

Kata mereka, dulu setiap Juma'at, pintu pagar kompleks MPKB dibuka untuk orang ramai meletak kenderaan mereka untuk mendengar kuliah Tok Guru di Jalan Dato' Pati. Lebih kurang seribu buah kereta muat diparking di situ.

Dah dua Juma'at pintu pagar itu berkunci. Susah orang ramai nak letak kereta nak dengar kuliah.

Ikhtiarlah supaya boleh dibuka semula untuk kemudahan orang ramai penyokong kita nak dengar ilmu agama.

Kedua, borang permohonan sewa gerai, kini MPKB caj RM 5 dan untuk perjanjian sewa gerai pulak MPKB kenakan RM 50. Dulu, percuma.

Mereka kata, ini kurang sesuai dengan motto negara berkebajikan dan pulak, sebaik lepas pilihanraya, caj yang dulu tak dikenakan, tiba-tiba dikenakan.

Kalau perlu, elok dikaji semula untuk kebajikan warga MPKB jua. Pohon maaf.

(4/4/2008)
Anonymous said…
insyaAllah, kiambang di kolam Islam akan kembali bertaut.
chekamala said…
baca habis dulu, barulah mengulas...kang dah kene backhand....buat malu kita je...

tak perlu makan mee celup utk menjiwai watak mee celup...

hanya ikan kecik je mudah kepanasan dgn lontaran pancing umpan cacing...

berhemah sebelum membuat keputusan atau ulasan.
Anonymous said…
Saya tidak nampak permintaan ini sebagai amat tidak munasabah atau sebagai tidak wala’ kepada kepimpinan sedangkan pimpinan kita selalu bercakap kita perlu menegur pemimpin jika kita dapati atau mengesyaki mereka melakukan kesalahan. Tradisi menegur pemimpin ini bukanlah perkara baru dan ia sarat di dalam seerah Nabi saw dan seerah Khulafa’ Ar-Rashidin rh. Ucapan Saidina Abu Bakr ra ketika dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama telah menyatakan bahawa beliau bukanlah yang terbaik dari kalangan ramai. Jika beliau melakukan yang betul maka taatinya dan jika ia melakukan yang salah maka betulkannya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Saidina Umar ra sendiri pernah diunjukkan dengan pedang oleh seorang sahabat apabila beliau meminta menegurnya jika beliau berbuat salah.

Fenomena ini jelas menunjukkan betapa penting kita kembali bersama-sama menghayati tradisi pembudayaan ilmu dan konsep syura sebenar sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabah rh agar kita dapat membuahkan pandangan dan keputusan terbaik dan diikuti tindakan yang bersepadu daripada semua lapisan ahli kita. Elakkan merendah-rendahkan pandangan orang lain dengan cara yang menghina dan bersifat peribadi. Bukankah Rasulullah saw ada bersabda bahawa sampaikan daripadanya walaupun satu ayat? Adakah golongan tertentu (yakni yang ada sijil belajar agama) saja yang berhak bercakap tentang Islam? Siapalah kita untuk berkata si pulan dan si pulan ini saja yang berhak bercakap tentang Islam dan yang selainnya tak layak sedangkan mempelajari Islam itu tanggungjawab semua yang mengaku mukmin muslim? Jika ada individu tu bercakap benda yang salah maka tegurlah di bahagian mana yang salah bukan dengan cara ‘shoot the messenger’ (yakni hukum si yang becakap). Kita mesti ada keberanian untuk memenangkan pandangan kita melalui penghujahan yang kukuh dan meyakinkan, dan bukan dengan serangan peribadi dan penggunaan kata-kata yang tidak wajar. Kecenderungan untuk ‘mensekularisasikan’ agama yakni bab agama adalah hak ‘ustaz-ustaz’ saja dan orang lain tidak boleh langsung membicarakannya amatlah merbahaya dan tidak selaras dengan tuntutan agama kita. Saya yakin ramai dari kalangan kita yang tidak belajar Islam secara ‘formal’ (yakni tanpa sijil) tetapi telah mempelajari dan mendalami agama secara tidak formal di merata tempat tanpa jemu dan secara berterusan dalam hidup mereka. Mungkin ini tidak melayakkan mereka bergelar ulama’ tetapi dalam masa yang sama tidaklah boleh dijadikan alasan untuk menghalang mereka daripada membicarakan bab-bab yang berkaitan agama setakat kemampuan ilmu yang ada pada mereka. Inilah tradisi keilmuan sebenar yang dituntut oleh Islam. Oleh itu muhasabah dan munaqashah kita adalah proses berterusan sesama kita dari semua lapisan di dalam membentuk keputusan dan tindakan.

Muktamar Agung PAS tahun lepas, yang merupakan badan tertinggi PAS, telah membuat keputusan supaya kita memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Jadi selagi tidak ada mesyuarat agung khas atau pertemuan lain yang sama taraf dengannya diadakan untuk membuat keputusan yang lain, maka adalah ‘haram’ kita membuat kerja yang bercanggah dengan keputusan ini. Malangnya ada di kalangan kita yang tak faham etika bersyura dan telah bertindak di sebalik keputusan ini. Harap jangan salahfaham apa yang saya cuba bangkitkan ini. Saya tidak kata keputusan ini baik atau tidak baik. Apa yang saya ingin tekankan ialah aspek displin syura. Jika kita rasakan bahawa keputusan muktamar berhubung isu Pakatan Rakyat didapati tidak begitu sesuai maka bawa semula ke muktamar agung khas dan kita bincang semula dan buat keputusan lain. Lepas tu apa keputusan pun yang diputuskan bersama semua kena terima dan laksanakan. Inilah apa yang saya maksudkan dengan akhlak bersyura yang nampak masih longgar di dalam jamaah kita.

Keduanya, keyakinan banyak pihak bahawa kita (yakni Melayu Islam) akan lebih selamat jika kita bergabung dengan UMNO adalah satu pandangan yang amat merbahaya kepada keutuhan jamaah. Ini berdasarkan kepada kajian semasa dan pengalaman lepas berinteraksi dengan UMNO. Bayangkan di kala kita dengan slogan ‘PAS For All’ atau ‘PAS Untuk Semua’ telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan antara PAS dengan golongan bukan Melayu (hakikat yang diakui semua), wajarkah dalam nafas yang sama ‘berkhalwat’ dengan UMNO bagi tujuan membentuk kerajaan haram yang dibenci oleh majoriti ahli dan penyokong kita sendiri. Bayangkan jika usaha ini berjaya dilakukan, apakah yang akan berlaku? Awal-awal lagi masyarakat bukan Melayu akan meninggalkan kita atas pengkhianatan ini dan kita tidak akan mendapat kepercayaan mereka lagi untuk satu jangka masa yang amat lama. Ahli-ahli PAS malah PAS sendiri berkemungkinan akan berpecah teruk menyebabkan kita lemah dan lesu. Jika kita berjaya memerintah dengan UMNO pun, dan dikurniakan dengan pelbagai jawatan penting, kita tetap akan menjadi kuda tunggangan mereka kerana dari segala segi kita memerlukan mereka untuk terus berkuasa. Bayangkan selepas setahun dua apabila mereka dah ada kekuatan, kita akan lihat tembelang sebenar UMNO dan di kala itu apa yang PAS boleh buat? Berdasarkan pengalaman lepas, apabila UMNO rasa mereka dah kuat dan PAS tak diperlukan lagi, mereka akan cari jalan bagaimana untuk menendang kita keluar. Di kala itu kita akan tersungkus ke tanah tanpa ada sesiapa yang sanggup menyambut kita. Ini tidaklah menghairankan kerana siapa yang nak sambut orang yang pernah bergelar pengkhianat?

Saya tidak menyatakan bahawa tidak boleh ada muqabalah atau muzakarah atau perpaduan atau sebagainya dengan UMNO atau BN. Apa yang saya katakan ialah kita perlu berdiri atas platform PR di dalam mendepani pendekatan politik sebegini kerana kita sudah ada persefahaman dengan parti komponen PR. Maknanya jika BN ingin berbincang tentang usaha bersama menanggani kemelut ekonomi atau yang sewaktu dengannya maka kita akan pergi atas PR. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan salahfaham sesama kita dan dalam masa yang sama menjaga kewibawaan parti kita. Perbedaan pendapat dan pandangan antara parti di dalam PR adalah biasa dan macamana biasa juga boleh diselesaikan melalui perbincangan dan permuafakatan. Malah di dalam BN pun mereka sering berbeda pandangan atau bergaduh sesama sendiri. Adakah kita sudah tak pandai nak berbincang dan berpakat dengan orang lain dan apabila ada masalah sikit kita terus nak ‘abandon the ship’? UMNO ini bukan saja terkenal di dalam menekan dan menipu parti lain tetapi sesama mereka pun mereka bergigitan dan bercakaran. Tengok hukuman terpilih yang mereka buat ke atas Isa Samad dahulu dan baru-baru ini Ali Rustam. Lihat bagaimana mereka ‘mengenakan’ Khairy Jamaluddin apabila barisan Kabinet dibentuk. Ketika kita sibuk tengah bincang isu muqabalah dan kerajaan perpaduan pun UMNO siap rampas kerajaan Perak yang bermenteribesarkan PAS! Pendek kata banyak lagi boleh kita ceritakan di sini tentang kisah pengkhianatan UMNO. Mungkin kita boleh sambung di lain masa dan ketika.

Pengajarannya ialah kita perlu berhati-hati dengan UMNO kerana UMNO telah seringkali mengkhianati kita dan umat Islam. Apa saja pendekatan yang bertujuan mendekati UMNO atau apa saja perlu dibincang dengan teliti dan dimaklumi oleh akar umbi bagi mengelak persengketaan sesama kita. Kenyataan pimpinan yang dikeluarkan perlulah berhemat dan dibuat dengan penuh hikmah. Janganlah kebencian kita kepada seseorang menyebabkan kita berlaku zalim terhadapnya. Kesimpulannya kita semua akan berdepan dengan Allah rabbul jalil untuk dipertanggungjawabkan atas segala percakapan, tulisan dan tindak-tanduk kita. Moga Allah mengampunkan kita semua

petikan blog seorang manusia penggiat perkukuh parti..
Diambil tanpa izin.. maaf ye anakbapa.blogspot.com
Anonymous said…
salam.

mudah2an pak khalid tak mudah melatah lagi. malulah. cukuplah masa muktamar kat ipoh tahun lps, terjerit2 mcm budak2 (kepedasan).

ops, pedas ker? hehe.. sorry...

ps; apapun, saya puji krn stkt ni saya nampak pak khalid je yg berani jd jurucakap :D
Anonymous said…
ji .. saya bukan ulamak mee goreng ke mee celup ke.. tapi saya sokong pas.. pangkah pas... berkorban untuk pas.. kadang2 saya pelik dengan tulisan nik abduh... mengucap panjang saya... kadang2 terpikir betul ke pilihan saya sebelum ni... saya merasakan orang mcm saya ni macam tk layak dan di pandang hina dan merosakkan PAS je,.. tah la ji...
kalau parti kita pun jadi camni..tak tau la nk cakap apa... rasa dh malas nk pikir pasal politik pun ada... amir, jln kuching,kl
Anonymous said…
Tertanya-tanya, kenapa mesti Khalid Samad yang jawab Nik Abduh, yg aku terpikir sekarang ni Khalid Samad tengah kepedasan... toksah lah nak ayat konon-konon ada orang mintak respon, sama-sama kita tunggu respon kepala besar puak ni! Kalau dia berani lah...
wan_jtk said…
Ini yang YB kata:
"Walaupun saya bukan ulama’ dan tidak pernah mengaku diri saya seorang ulama’ namun oleh kerana tulisannya menyentuh parti yang telah saya habiskan lebih separuh dari hidup saya di dalamnya, saya rasa saya berhak untuk memberi komen."

Saya telah menilai bahawa apa yang Nik Abduh refer tentang fahaman Mee Celup tu bukan secara borong sebagaimana yang YB fitnah. Malah YB mengheret sentimen Parti.....JANGAN BERBOHONG.

Nik Abduh telah mengkecilkan skop orang yang mengkhianati amanah dalam memberitahu secara jujur tentang "Unity Goverment" dan isu "Muzakarah". Bacalah di artikelnya yang kedua yang berkata hanya berpuluh orang.

Bahkan Nik Abduh telah dipuji oleh seorang Guru kepada ratusan ribu ahli Pas yang mengatakan bahawa perbuatannya membawa rahmat dan menyelamatkan pimpinan yang dikhianat.

Mungkin pihak-pihak yang mempergunakan nama TGNA sebagai backup sudah kepanasan, maka YB juga diperguna atas sebab perbalahan peribadi yang lama.

Nampaknya dendam orang Pas cukup bahaya. Nampaknya YBpun mungkin ada pembantu-pembantu yang bodoh sampaikan apa yang Nik Abduh tulis itu tak ternampak oleh YB yang cukup professional latar belakangnya.
wan said…
Setahu saya, usahlah YB merasa layak mengkritik istilah itu kerana YB telahpun mengeluarkan istilah yang lagi Menghinakan seperti dibawah:

"Dari sudut fahaman Islam yang teramat sempit, kita belum lagi mengharamkan arak, judi dan belum lagi melaksanakan hukum hudud."

Tapi YB tidak bersyukur, tidak ada pihak yang meperburukkan lagi keadaan sebagaimana YB buat pada istilah Mee Celup tu.
paskutidakberkupiahlagi said…
Askum.

Nasihat ana kepada PAS,

1. PAS tidak perlu kepada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional
2. PAS perlu kukuh sebagai parti Islam yang bebas daripada pengaruh PR atau BN.
3. PAS perlu fokus kepada Islam dengan membuat amal ma'aruf dan nahi mungkar.
4. PAS perlu kembali kepada asal perjuangannya untuk membina daulah Islamiyyah.
5. PAS perlu menasihati ahli-ahli yang semakin liberal supaya kembali kepada asas perjuangan berdasarkan kepimpinan ulama.
Anonymous said…
paskutidakberkupiahlagi says;

5. PAS perlu menasihati ahli-ahli yang semakin liberal supaya kembali kepada asas perjuangan berdasarkan kepimpinan ulama.

>>mohon ditakrifkan apakah maksud saudara ahli pas yang semakin liberal di sini? liberal dari segi apa?
Anonymous said…
Salam semua,

Penerangan YB diatas telah membenarkan apa yang UMNO buat selama ini...Bersikap toleran terhadap kaum bukan Islam yang berjanji supaya tidak mengkhianati org Melayu dan Islam..sentiasa berpegang teguh kepada perlembagaan dan menghormati Islam itu sendiri. Namun hakikatnya DAP bagi saya amatlah merbahaya dibandingkan org Cina MCA yang begitu jelas menghormati pandangan UMNo dalam isu2 Islam dan juga umat melayu..

Cuba bandingkan selama 50 tahun adakah tuntutan melampau yang diminta MCA dibanding sekarang yang diminta oleh kaum Cina akibat sikap keterbukaan org Islam PAS dalam PR...Yah..Yb mungkin kata tiada...bagi saya sila tengok dan memerhati baik baik apa yang berlaku di PErak,Kedah dan Selangor..

Fikirkan sejenak....

Bukankah PAS yang mula2 membawa budaya mengadu domba ini dgn mengeluar cerita2 dan fitnah2 yang tidak terbukti kesahihannya terhadap BN...terutamanya UMNO...

Siapa kah yang menuduh Ulama2 dan Mufti yang mempunyai pandangan berbeza dengan PAS sebagai tali barut UMNO kerajaan syaitan,pendukung sekularisme dan sebagainya...

Siapa yang menghukum org UMNO tidak mahu kepada ISlam dan MEMBENCI ISLAM...dan mengangkat ahli PAS itu maha suci sehingga berlakunya perpecahan dikalangan org Islam itu sendiri.

Sekarang YB mudah melatah terhadap teguran saudara Nik..Bagi Saudara Nik menyatakan kebenaran..Walhal ramai ahli UMNO akar UMBI yang amat benci dgn sikap terlampau terbuka PAS gembira dgn keberanian beliau seperti keberanian ustaz azimuddin dan sesetengah pemimpin PAS selangor dalam memperjuangkan hak org melayu dan Islam..Ini bukan agenda politik tapi kenyataan patut diterima..

Bagi saya PAS perlu kembali kepada perjuangan asal...mudah berkompromi dgn org seagama dari mudah berkompromi dgn org bukan Islam yang belum tentu lagi akan menerima Islam dgn mudah..
Anonymous said…
aik??terasa ke??saya rasa yb khalid perlu muhasabah diri..apa yg ustaz nik abduh tulis tu ada benarnya...kalau terasa tu elok la ubah...

harap ustaz nik abduh ters berjuang menegakkan keadilan...takbir!!

sepak kluaq semua golongan2 munafiqin dalam pas..
Anonymous said…
maaf xde id, belum jadi blogger lagi.

nak komen sikit tentang menguatkan pakatan rakyat. saya x faham betul kenapa masih lagi ada idea termasuk yb sendiri yg mengatakan kerajaan perpaduan itu akan melemahkan pakatan rakyat atau mengkhiatanti pengundi bukan islam yang berbondong mengundi PAS. Pakatan Rakyat dalam kerajaan perpaduan mewakili pengundi yg memilihnya. BN dalam kerajaan perpaduan mewakili rakyat yg memilih. Datang PRU13, kita berlawan lagi PR vs BN. Kalau stalemate lagi, buat lagi kerajaan perpaduan. Kalau PR memang clear majoriti, BN jadi pembangkang lah.

So cuba cerita kat saya mcm mana kerajaan perpaduan itu mengkhianati rakyat yang mengundi PAS. melainkan YB dan pembantu-pembantu TGNA yang memberitahu bahawa kerajaan perpaduan itu ialah kerajaan UMNO-PAS. Itu utusan pun ada lapor, apa maklumat yb sebenarnya dari utusan malaysia, x pernah nak tanya TGHH sendiri kalau x faham dia kata apa?
Anonymous said…
terima qaseh dengan ulasan yb... sy kembali bersemangat...
paskudahtiadakupiah said…
Ana ditanya siapakah apakah golongan liberal di dalam PAS,

1. Ingatkah anta slogan "ke arah kepimpinan ulama"? Sudah tentu golongan yang bukan ulama tetapi merasakan diri cukup bagus (ulama mee celup) untuk memegang jawatan itu. Tidak kiralah untuk jadi naib atau timbalan pimpinan PAS sekalipun.
2. Ulama adalah pewaris para nabi dan memelihara sunnah-sunnahnya. Mereka sentiasa berserban, berkupiah atau bersongkok semata-mata untuk memelihara sunnah Rasulullah saw. Golongan manakah di dalam PAS yang penampilannya bertentangan dengan identiti ini dan ada hati untuk menerajui pimpinan PAS, sekaligus menafikan peranan ulama di dalam PAS? Sanggupkah anta melihat PAS dipimpin oleh golongan yang sebaliknya? Atau sanggupkah anta melihat PAS dipimpin oleh golongan wahhabi (tidak berkupiah dan anti-serban) atau syiah (pembenci sahabat)?
3. Presiden PAS adalah kata putus di dalam membuat sesuatu keputusan, tetapi siapakah golongan di dalam PAS yang cukup liberal sehingga berpendapat Mursyidul Am sepatutnya menjadi Presiden PAS? Sangat liberal hingga suka melihat Presiden PAS sekarang dilucutkan jawatannya

Ana tahu anta pun tahu jawapan yang ana beri ini...

Takpe, sekarang anta jawablah sendiri soalan itu...

Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya...
Kepimpinan Ulama dalam Pas: Satu kajian semula

PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.

Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan UlamaHanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.

Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri. Akhukum fil Islam
Anonymous said…
Salam.

Kenapa YB 'anggap' diri sebagai 'mee celup'? Terasa sangatkah? Terikut rentak pendapat2 orang2 yang 'sensitif' dan yang senang bincang perkara2 kecil dan remeh temeh?

Sepatutnya yang diberi tumpuan adalah sifat suka melaga2 dan memberi komen pasal pemimpin atau ulama tanpa pengetahuan yg tepat dan mendalam. Bukan nak cari atau nak tahu nama siapa golongan 'mee celup' itu! Qur'an dan Nabi (SAW) banyak cerita tentang orang2 Munafik, ciri2 mereka dan apa mereka buat - tapi, setahu saya, tak pernah namakan mereka - walaupun dizaman Nabi (SAW) jelas ada orang2nya spt Abdullah ibn Ubayy. Jadi dlm tulisan Nik Abduh ini, pada pendapat saya, adalah kita berwaspada pada aktiviti2 yg melaga2kan pimpinan tanpa hemah, dan jangan tergolong dlm golongan pemfitnah!
Allahu Alam.

Sallehan.
paskutidakberkupiahlagi said…
1. Liberal di dalam PAS... hmmm. Ana beri contoh yang mudah.

2. Apakah fatwa ulama berkenaan dengan muzik, terutamanya muzik rock? Bukankah di Kelantan diharamkan sebarang konsert rock?

3. Tetapi siapa pula yang memberi imej baik kepada pemuzik rock yang beraksi lucah dan mengaibkan? Sedangkan orang bukan Islam pun pernah mengatakan 'beyond sad and humiliating'.

4. Selepas baca artikel di bawah ini, bermuhasabahlah...

Naib Presiden PAS, Dato’ ***** : Jangan Salahkan Carburetor Dung
Wednesday, 09 July 2008 12:43

KOTA BHARU : Naib Presiden PAS, Dato’ ***** meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan.

“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan, cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu,” jelasnya.

Katanya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang berlaku kekecohan dan terus menuduh PR sengaja menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.

Beliau berpendapat bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan tidak semestinya dengan berkasar sedangkan pendekatan secara ‘gentle’ boleh dilakukan.

“Pada pandangan saya perbuatan (melondehkan seluar) boleh diperbetulkan, janganlah kita hukum dia sampai tinggal mesej lantang kepada mereka,”

Katanya, kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.

“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya.

Beliau menambah perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Baginya mesej yang cuba disampaikan pada perhimpunan tersebut sudah sampai matlamatnya tidak sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ahad lalu, vokalis kumpulan Carburetor Dung telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan melondehkan seluar ketika mengadakan konsert pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Lagu yang dinyanyikan ketika itu Mari Nyanyi Menjilat
CINTAJIHAD said…
Assalamualaikum...

salam perjuangan kepada semua..Dah lama tak menulis namun sekarang aku terpaksa memaksa diri aku menulis . Bukan hendak menambahkan yang semakin kusut tapi menzahirkan yang semakin terang.. Aku dari shah alam... Walau tidak ada jawatan dalam parti tapi perkembangan parti tetap aku ambil tahu. Khalid ni memang pandai berpura - pura..Husam pun sama - sama.Wala mereka berdua dan konco mereka bukan lagi pada PAS dan pemimpin PAS tapi pada ANWAR. Bagaimana diharapkan khalid dan Husam menjadi penguat kepada TGH Hadi sedangkan mereka berdua sangat biadap kepada TGHH.. Yang ni aku cerita lain kali.. Mungkin orang akan lihat tindakan aku tak betul , tak jamaah. Khalid tak teruk ke ? Gunakan blog cabar orang. Gunakan mesyurat promosi Husam dan hentam timbalan....Tapi shah alam aku tak hairan.. sekitar 1980an dah penah berlaku, mungkin virus mustafa kadir masih ada lagi..Aku tak salahkan orang pas shah alam kerana khalid tak cerita perkara yang betul tentang muzakarah.. Aku nasihatkan orang PAS Shah alam... dengar dari pihak..ini lah keadilan...Aku akan cerita lagi... walau bukan di blog ini, aku pasti akan dedahkan tentang khalid , husam dan gerombolan mereka....Lama dalam PAS yb itu tidak bererti tidak akan PENAPISAN DARI Allah..
“Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?”

Demikian antara ungkapan Nik Abduh dalam blog selepas isu “pembantu-pembantu Nik Aziz” dibicarakan umum, malah mempertikaikan tindakannya yang seolah menjentik sarang tebuan.

Tulisannya menjawab persoalan yang timbul menyerlahkan ketegasannya tidak berganjak dari apa yang diperkatakan sebelum ini, malah beliau anggap “geng-geng jahanam” di sebalik selimut itu memang wujud dan tidak boleh dinafikan bala yang bakal ditabur oleh geng berkenaan.

Di satu pihak lain, tembakan membabi buta seperti itu jelas sekali mencederakan juga para pembantu ayahandanya yang alim, setia dan “jurus”. Memang betul, tidak bersalah apa hendak takut, namun hati tetap pedih diperlakukan sedemikian secara terbuka dan meluas.

Sudah pasti tercalar rasa hormat mereka selama ini terhadap anak bos mereka, tapi yang agak penting pula ialah mereka dapat merasakan rasa hormat Nik Abduh terhadap mereka sebenarnya tidak seberapa.

Tidak mustahil, gelagat beliau telah turut membangkitkan rasa jauh hati segelintir orang Pas yang hampir diserang sakit jantung. Bayangkan kalau Tok Guru Nik Aziz tiba-tiba berkata ramai pihak di MPKB membodek Nik Abduh hanya kerana dia anak Nik Aziz.

Terkejut bukan? Demikianlah serangan jantung yang dicipta Nik Abduh menerusi cerita para pembantu ayahandanya.

Saya percaya puak BN tersenyum sehingga tidak mampu mengawal air liur meleleh, mereka mula jadikan bicara Nik Abduh sebagai senjata baru untuk mencipta lebih ramai musuh dalam selimut Pas.

Apa rahmat di sebalik kekecohan Nik Abduh ini? Ia membuktikan, malah menyedarkan para ulama di kalangan Pas bahawa semua manusia ada ketika melakukan sesuatu hal di luar kawalan minda kebijaksanaan, di luar kawalan keimanan sesetengah insan yang membesarkan diri atas nama seorang ulama.

Nik Abduh menampakkan lagi nilai murninya dengan memberitahu seluruh khalayak politik seraya menggambarkan diri sebagai pejuang tulen yang tidak gilakan kuasa. Katanya- “Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya”.

Sayangnya, ketulusan beliau akhirnya ditafsirkan sebagai bermegah-megah dengan peluang untuk duduk sama rendah bersama pemimpin di sekeliling Nik Aziz. Sayangnya, pendedahan tersebut telah mewujudkan kehakisan kepercayaan orang Pas terhadap Tok Guru, apa tidaknya, rupa-rupanya Nik Aziz juga ada norma kekronian. Nik Abduh, anda menjejaskan imej baik ayahanda.

Nik Abduh kena belajar mengawal diri walau memperkatakan perkara yang sahih (tapi beliau tidak berani kemukakan senarai nama dan bukti), beliau tidak boleh anggap dirinya seperti Nik Aziz yang bercakap bermacam perkara sensitif tanpa gusarkan hentaman balas.

Nik Abduh masih jauh tarafnya, jangan lupa ramai tunduk hormat kepada anda hanya atas satu sebab, bukan kerana kealimanmu atau kebijaksanaan politik mu, tetapi tidak lain tidak bukan, kerana anda anak Nik Aziz.

Percayalah, orang yang melalut membuat tuduhan menikam belakang pembantu-pembantu Nik Aziz sudah pasti dibedil dengan meriam oleh kalangan pemimpin Pas, sudah lama dipancung pemikirannya. Tapi anda selamat, hanya kerana anda anak kepada Nik Aziz yang dihormati di luar dan dalam Pas.

Keberanian anda bukan sahaja mengajak para “pembantu” yang tidak bersalah menjadi lawan, anda juga telah membentuk satu kebencian baru di kalangan orang Pas yang memandang “rendah” terhadap keberkesanan Nik Aziz mendidik anaknya menjadi pintar agama dan pintar psikologi.
CINTAJIHAD said…
Che Ismail che yaakob...

Nik abduh tidak penah melalut.. kalau anda merasakan bahawa akan kluar pembantu dan penolong - penolongnya , apa yang hendak dihairankan. keluarlah, zahirkan diri anda. bagus juga..dari menjadi anai- anai dan during dalam daging dalam PAS...
Payah sangatkah nak faham...mungkin inilah agenda harakah islamiyah syumuliah...Dr zul, ustaz alias boleh terangkan pasal ini...
Kebodohan penarik beca yang mendedahkan cerita dalaman parti tak salah ker ? Cuba teliti blog hanifa maidin dan khalid sebelum ini...
Ingat..wahai husam, khalid dan pembantu - pembantunya... Sesiapa yang menyatakan nik abduh macam - macam, lebih baik nasihatkan khalid dan husam... Kebiadapan anda berdua akan kami dedahkan... cerminkan diri dulu wahai khalid... sebelum anda menyamakan barisan profesional yang ada dalam PAS sama macam dalam ikhwan al muslimin..
jumpa lagi
Bomoh Siam said…
CINTAJIHAD

"Bagaimana diharapkan khalid dan Husam menjadi penguat kepada TGH Hadi sedangkan mereka berdua sangat biadap kepada TGHH.. Yang ni aku cerita lain kali.."

"Kebiadapan anda berdua akan kami dedahkan..."

Piiirah! Kau ni sama je dgn peranan bomoh2 dan pawang2 yang membuatkan masyarakat berpecah. Tidak ada bukti, tidak ada sebab tapi cuba utk memecah belahkan umat Islam. Samalah macam bomoh yang menilik pencuri berkata "orang yang mencuri itu tidak gemuk, tidak kurus, tapi kerap bertandang kerumah"....

Kalau kau dan bomoh macam ini benar2 tahu apa dan siapa yang terlibat.. telah lama dicanangkan. Kaupun sama jadi bomoh lagi baik!
Anonymous said…
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..!

Saya amat tertarik dengan fenomena yang berlaku mutakhir ini. Seorang pembantu dirumah (Anakanda Nik Abduh) kepada Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz menentang pembantu-pembantu Ayahanda TGNAA di luar rumah.

Ingin saya kongsikan bahawa berlaku juga dalam sejarah Islam dimana pembantu di rumah Rasulullah s.a.w. seperti Syaidatina Aisyah dan Isteri2 baginda bertembung pandangan dengan pembantu Rasulullah s.a.w. di luar rumah antaranya Abu Hurairah, Ibnu Umar dan ramai lagi.

Para Ulama' menegaskan bahawa pandangan pembantu dirumah dikira lebih muktamad berbanding dengan yang lain apabila ianya berkaitan dengan perihal di dalam rumah Baginda s.a.w.

Akan tetapi, sekiranya urusan itu berkaitan dengan perihal diluar rumah maka pandangan pembantu di luar rumah lebih muktamad dan diterima pakai. Ini kerana pembantu di luar rumah lebih mengetahui beberapa perkara yang pembantu dirumah tidak ketahui.

Mohon Derhaka kepada anakanda Nik Abduh. Sebagaimana yang anakanda nyatakan sekadar pembantu di rumah sahaja. Maka saya harapkan anakanda teruskan demikian dan tidak mencampuri urusan di luar rumah yang banyak lagi anakanda tidak ketahuinya. Di luar sana teramatlah kejam wahai anakku. Serahkanlah kepada mereka yang berhati waja dan berpandangan jauh serta jelas membuat keputusan. Harap anakanda faham apa yang dimaksudkan. Syabas anakanda... Good Job..!

Sekian, Mohon Derhaka. Wassalam.
Anonymous said…
salam, wah wah bukan main lagi kau yeee cinta jihad,,,tapi kau salah jihad,,,jihad kau tuduh org aje,,,mana kau belajar ni..mesti pas tulin yang tarak ada usrah..maka tu tuduh org aje..ni satu lagi contoh ahli pas yang tak tau cara berpesatuaan..
klo dlm mesyurat biasalah kita berbeza pendapat...tapi lepas mesyuarat terima ajelah apa yang d putuskan olih dlm mesyuarat...kau kena p you tube lihat ulasan dato uts tuan ibrahim pasal issue NA ni..masa dlm jemaah yang besar ni..semua org kena sama pendapat..yang perlu sama prinsip and target jemaah tu...mcmana kaedah nye..tentu berbeza...hendak tumbangkan BN cara sendiriian dah lama dah asik kalah..jd guna kaedah lain ..bersama pr..tapi CJ nii aku respectlah kau punya pendapat tuu...yang kau tetiba marah dgn penarik beca pasal apa...dia ttu kan penulis blog aje..bukan ada jawatan dlm pas..suka hati dia lah hendak tulis apa..ISA(IKUT SUKA AKU)...no comitment..macam aku ISA juga...klo tak setuju,,,balas lah balik ujah dia seperti kata NA..aku setuju apa dia citer dlm blog dia...sebab..dgn itu aku tau citer-citer terbaru dlm PAS...nak harapkan harakah asik citer pasal umno aje..citer pasal pas sikit..dahlah aku ni tak p usrah and jadi ahli atas pagar,,jd info dari blog lah aku bolih tau pasal pas,,yang kau ni marah sangat dgn Yb and husam ni...apa pasal..klo kau ahli yang bagus..actiflah bagi idea and tenaga..jangan jd macam aku yang atas pagar aje..kau ni ada pobia fofessonal kot..
Anonymous said…
YB Khalid,

Kalini saya setuju dgn tulisan Yb. Alhamdulillah. Dulu mengenai Pas Terengganu saya kurang setuju.

Apapun perbedaan pendapat sesama kita adalah rahmat dari Allah swt juga.

Mudah-mudahan Yb sentiasa sehat walafiat dan bersemangat waja sentiasa. InsyaAllah
salam pada khalid dan bomoh siam,

Ishh.. kenapa bomoh siam ? Dah takut ke? Takkanlah dah takut.Ini baru permulaaan. Ni lah masalahnya dan contoh perangainya erdogan. Bila ahli mesyuarat hentam Husam dalam mesyuarat ,khalid dan yang sama sepertinya terus cantas dengan pelbagai anika alasan.. Bila hentam tentang timb dan presiden terus je terima...Ya.Memang aku akan dedahkan.. Allah memang akan dedahkan anai - anai yang merosakkan perjuangan.Ni bukan khalid lah..lemparkan cerita yang banyak tokok tambah..kononnya dia dan husam hero yang akan menyelamatkan parti dan presiden..orang asli leh lah tipu..Kau nak bukti...sabarlah yer...ajar khalid supaya sabar..jangan tergopoh - gopoh..Pejuang islam ini ada akhlak....
Ya..saya terima cadangan bomoh siam.Saya akan jadi bomoh Islam..

hingga jumpa lagi
Anonymous said…
Anwar, Anwar... perak pun terlepas sebab pkr. eli wong yang bogel tu pun pkr. sumpah laknat pun ko tak peduli. idea lompat parti ko tu pun tak bermoral. skrg pas pun ko nak purak peranda sebab ko. Bak kata Karpal Singh, "Anwar Ibrahim has caused enough trouble to the country." Bertaubatlah Anwar!
zaman, pas selangor said…
Tengok kan gayanya, ramai yang bagi komen2 balas di sini, orang UMNO. Dia berbalah sesama sendiri nak kasi hangat.

Woi orang2 UMNO, kau ambik la Nik Abduh tu jadi AJK Bahagian.

Tak matang. Tak berhikma. Kurang cerdik. Kalau cerdik pun, tak boleh diikut.
ceparpuk said…
salam semua.......

elok dihentikan saja, dr trus mbincangkannya...

tkasih....
anwarisme said…
Pas sudah dijangkiti virus Anwar.Gejala inilah yg dipanggil Anwarisme dalam PAS.Hanya penyokong dan pengikut kuat anwar yg dipanggil kumpulan erdogan yg mati2 menafikan virus yg sudah membarah di dalam pas ini.

Virus anwarisme ini akan merosakkan Pas dr dalam.Pas sedang dibentuk oleh Anwar Ibrahim mengikut acuannya dgn meletakkan org2nya di dalam parti pas secara terancang.

Pemilihan pucuk pimpinan dalam Muktamar Pas tak berapa lama lagi akan menyaksikan percubaan kumpulan pro anwar menguasai parti dr kepimpinan ulama.

Jangan berpura2 cuba menafikan gejala anwarisme ini dalam parti,org kampung semua dah tahu.Org pas dan bukan pas pun sudah lama bercakap.

Apa yg cuba diberitahu oleh Nik Abduh cukup mudah i.e org2 Anwar sedang cuba 'menguasai' Nik Aziz kerana hanya dgn pengaruh Nik Aziz sahaja seluruh jemaah parti dapat dikuasai.Apb Nik Aziz sudah diletakkan dibawah telunjuk Anwar (secara disedari atau tidak)dgn tak secara langsung seluruh parti berjaya dikuasai oleh Anwar Ibrahim.

Takkan tak nampak lagi?Betapa kebelakangan ini 'suara' Nik Aziz adalah selari dgn kehendak Anwar yg sampai ke tahap janggal dan tidak sesuai dikeluarkan dr mulut seorang Mursyidul Am yg partinya memperjuangkan Islam.Malah kenyataan2 TGNA dilihat selalu bertentangan dgn kenyataan TGHH yg diketahui secara umum tidak begitu 'menyenangi' pengaruh Anwarisme dlm Pas.

Janganlah cuba mengalihkan tumpuan dgn istilah remeh temeh mee celup mee goreng bagai sedangkan isu sebenar cuba ditutup.

Ini taktik biasa yg digunakan olrh Anwar ibrahim bila menhadapi satu2 isu yg tak boleh ditanganinya.Org2 yg teliti sedikit mmg tidak terpedaya dgn teknik mengalihkan tumpuan ini.

Harap dapat disiarkan komen saya ini kalau anda seorang yg telus.

Terima kasih.
Anonymous said…
Tulisan dan analisa yang baik. Cuma tulisan Nik Abduh lebih kepada membincangkan berkenaan penasihat2 TGNA yang memberi nasihat yang kurang baik (menurut pendapatnyalah) kepd TGNA lalu terjadilah perbezaan pendapat dgn TGHH.

Satu perkara lagi ialah isu kredibiliti. Nik Abduh wajar bezakan TGNA sebagai ayahandanya dengan TGNA sebagai mursidul am PAS. Sebagai mursidul am, Nik Abduh bukanlah penasihat kerana dia tiada dalam lingkungan majlis syura PAS. Sebagai ayahanda, Nik Abduh wajar bagi nasihat dan pandangan. Tp sebagai mursidul am, amat tidak patut sekali dia menghebahkannya seluruh dunia. Biarlah Majlis Syura PAS yang berbincang dan buat keputusan. Seerah Nabi Muhammad SAW mencatatkan Nabi sentiasa syura dalam perkara2 besar dan sentiasa terbuka menerima cadangan/pandangan para sahabat termasuklah dalam ghazwah badar, uhud, ahzab dll. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh yang amat patut dilaksanakan oleh semua pimpinan PAS. Jangan jadikan Majlis Syura PAS sebagai rubber-stamp sahaja.
serialam said…
anwarisme said,,, hi apa yang kau melalut ni...kau ingat semua ahli pas and pimpinan pas ni buta hati ke? tak ada fikiran...anwar tu baru iktif dlm pkr sejak keluar aje...pimpanan pas yang kau kata org anwar ni dah aktif dlm pas sebelum anwar d penjara lagi..HUSAM, khalid , dr zul..dulu tentu kau yang pobia and kata dia org ni group IRC dan sekarang kata geng anwar...hi taubatlah dari dok kata org and level org atau ahli atau pimpinan pas dgn berbagai gelaran...sebab ,,pada akulah,,,semua mereka ni utk menangkan pas dan merakyatkan pas...kau tau tak maksud merakyaat kan pas,,,maksudnye..kita kena dakwah lah,,,,elok kau baca,,dasar pas and selogan pas...pas for all to merakyat and dakwah pas lah tu..utk utz mee goreng patu terima kasih dgn pas yang bersama dgn PR..sebab dgn ni..depa bolih lah dpt mengajar d merata tempat dlm negeri PR..jadi ilmu d sebar(dakwah merata) utz pun poket penuh,,,mercy pun menjalar...isteripun ada yang tambah..klo, sendirian aje..ngajar d kelantan ajelah..and ceramah sikit-sikit..cuba cek dgn utz-utz mee goreng tentang jadual ngajar and ceramah tentu full..jadi terima kasih lah dgn geng fofesonal ni...
anwarisme said…
Alahai serialam,berfikirlah di luar kotak sikit,jangan asyik dok bawah tempurung aje(dlm lingkungan parti dan kem).

Tak semestinya 'org2 anwar' kena masuk pas selepas pkr ditubuhkan macam Kamarudin Jaafar dll,pengaruh boleh saja datang kemudian terhadap pengagum2 anwar yg telah lama di dlm pas termasuklah Husam dan Khalid Samad sendiri(sbg contoh).

Ini bukan pasal 'aku sokong siapa,kau sokong siapa',Itu cara pemikiran tak berapa nak cerdik.Apabila mengkaji ttg sesuatu isu sebaik2nya kenalah neutral barulah nampak duduk perkara sebenar.

Nak tanya satu pada kumpulan pro anwar dlm pas.Kemana arah tuju PAS sekiranya berkuasa di pusat.Adakah mengikut slogan ketuanan rakyat kehulu rakyat kehilir sebagaimana PKR dan DAP atau ketuanan Islam?Mana pula mahu diletakkan Hukum Hudud atau agenda hudud sudah letak tepi?Ops dah lebih satu soalan.Oklah cuba jawab 2 soalan ini dulu.
sinner said…
lek aaa YB.. tetiba emo pasal mee celup.. aku pon professional dlm pas n aku sedar tahap mane ilmu agama aku..nk panggil aku mee celup pon xper.. tp yg dia duk bincangkan dlm article tu adelah wujud mereka yg cuba memecehbelakan 2 tok guru nih.. bukti? sblm jumpe 4 mata tgna duk tentang abis2, bile pas jumpe br la ok..mane penasihat2 sekeliling dia? patut mereka memberi gambaran sbenar ttg isu2 tertentu..ty la penganalisi2 politik kelantan..ramai ckp pasal pembantu2 tok guru..mso dah lama cite psal benda nih..

satu lg aku nampak berlambak nama2 pemimpin kua lpas pas mula bertapak..mane deme nih time pas tgh struggle dulu2?

k, then
wassalam
Parjoe Bradley said…
sinner,
kamu ni mengaku professional, tapi coretan kamu banyak menunjukkan penggunaan andaian tanpa bukti.

bukti yg kamu kasi, sebelum/selepas juma. itu hanya andaian kamu. Cuba bezakan anatara facts vs assumption.

kamu juga menunjukkan sifat berburuk-sangka, husnuzzahn. berlambak2 nama pemimpin keluar ?
berapa ramai ?
kalau diteliti senarai nama pemegang jawatan, memang la ramai, sebab ramai menang dalam pilihanraya umum mengalahkan UMNO. Kalau tak menang, tak timbul la.

kenapa tak question bahawa sebelum ni tak pernah dengar nama ADUN pAS di Johor, sekarang ada.

kemudian di beberapa negeri, ada yang kena dilantik jadi councillor, head itu & ini. Kalau tak dilantik dee ni, nak lantik siapa ? nak lantik orang UMNO macam kamu ?

satu lagi contoh macam DUN Galas, sebelum ni PAS tak pernah menang kat situ.Alih2 tahun 2008, menang, maka naik la nama dia jadi ADUN, sebelum ni lepas kalah takkan nak mengaku jadi ADUN.

Mereka semua ada nama seperti dalam IC. Kalau tak dipanggil menggunakan nama, nak panggil sebagai apa ?

Cuba senaraikan 'nama2 timbul' yang kamu tak puas hati..?
Anonymous said…
Salam Pak Khalid,

Allah kata " Celaka bagi orang yang Solat...."

Saya yakin Pak Khalid tak termasuk dalam golongan orang yang celaka walaupun Pak Kalid Solat..
Anonymous said…
niat pas dah tak betul skrg nie...

tak payah la tipu diri sendiri..
Anonymous said…
Weblog PANAS sudah diakses. Pendedahan berani berikutan cabaran di dalam blog Nik Abduh berkenaan siapakah dia pembuat 'kerja2 bodoh dalam PAS'. Kalau Nik Abduh masih sangsi dan seolah tidak berani mendedahkannya, biar kami yg mulakannya. Kami menggelarkan mereka PARASIT. Mereka PENGKHIANAT. Kami mengajak kalian semua merenung dan berfikir dari bukti dan hujjah yg diberikan. Layari: www.micelup.blogspot.com
Anonymous said…
yb khalid memang mee celup...dia JIM dulu...

kat tempat saya jim join pas bila anwar kena tangkap, masa anwar dlm umno dulu jim memang sokong umno....
sebab nakkan anwar jadi pm...

betol tak....

KHALID SAMAD....jangan bawa perangai lama JIM pada pas....anda bukan ingin bersama pas, tapi 'menyaingi ' pas....

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…