Tuesday, March 10, 2009

Ismu Allah

Ini adalah merupakan rentetan dari isu yoga yang saya ketengahkan di dalam posting saya semalam. Isu kedua membawa kepada persoalan penggunaan nama Allah oleh yang bukan Islam. Isu ini sebenarnya telah banyak dikupas oleh beberapa pihak. Namun begitu, saya ingin menyentuhnya secara ringkas supaya umum memahami pendirian saya berhubung isu ini.

1. Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. Maka, sekiranya kita ingin menentukan hukum berhubung persoalan ini, Al-Quran adalah rujukan pertama. Sekiranya Al-Quran sendiri mengiyakannya, bagaimana kita hendak menafikannya? Di mana hendak kita simpan ayat-ayat yang mengatakan orang bukan Islam juga menggunakan perkataan Allah untuk memaksudkan Tuhan semesta alam seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”?

2. Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam. Ini adalah kerana Allah adalah Tuhan semesta alam, termasuk Tuhan orang-orang yang kufur terhadapNya. Sekiranya Rasulullah (SAW) tidak melakukan itu, apa sebab kita ingin melakukannya? Kaedah membezakan ‘Allah’ dengan apa yang disembah orang Kuffar dengan menggunakan nama yang khas dan berbeza tidak digunakan Rasulullah (SAW). Tidakkah ada hikmatnya?

3. Perbezaan di antara orang Islam dan orang bukan Islam bukan penggunaan perkataan ‘Allah’ tetapi atas kefahaman sifat-sifat Allah. Islam mengajar ummatnya bahawa Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak juga diberanakkan, tiada sekutu dan Allah adalah pemilik nama-nama yang terpuji yang terkandung dalam 99 nama Asma ul Husna. Perbezaan kefahaman inilah yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan, bukan nama yang berbeza.

4. Kesedaran bahawa Allah bukan tuhan orang Islam semata-mata tetapi Tuhan seluruh alam semesta, termasuk orang-orang bukan Islam adalah kefahaman yang tepat. Ini akan memantapkan aqeedah orang Islam sendiri dan menghalang mereka dari mengeluarkan kata-kata, sebagai contoh, “Allah adalah Tuhan orang Islam” dan “Krishna adalah Tuhan orang-orang Hindu” dan sebagainya. Kata-kata sebegini adalah kata-kata yang boleh membawa kepada kekufuran kerana (1) Menghadkan ketuhanan Allah kepada orang Islam sahaja dan (2) Mengiktiraf adanya Tuhan yang lain bagi agama lain.

5. Secara umum, kefahaman ummat Islam adalah bahawa semua manusia percaya Allah adalah Tuhan semesta alam. Ini kita rumuskan dari ayat Al-Ankabut 61,63. Ini diperkukuhkan lagi melalui Ayat Al-A’raf 172: “Alastu biRabbikum? Kaaluu Bala Shahidna” yang bererti “Bukankah Aku (Allah) Tuhan kamu? Mereka semua menjawab Benar dan kami menjadi saksi (akan kebenaran itu)”. Namun ramai menjadi kufur apabila mereka menyengutukanNya dengan yang lain atau meletakkan kepadaNya sifat yang mustahil seperti memerlukan, pelupa, lemah, mempunyai anak dan sebagainya. Sebagai contoh ayat Al-Maaidah 73: La Kad kafaralladzina Kaluu innaLlaha thalithu thalaathah” yang bermaksud: telah menjadi kafir mereka yang mengatakan Allah adalah satu daripada tiga.

6. Perkataan ‘Allah’ seperti yang saya sebut dalam Parlimen tidak merupakan nama peribadi tetapi merupakan perkataan ringkasan dari cantuman ‘Al’ dan ‘ilah’. Ilah atau ‘benda yang disembah dan dipertuhankan’ memang banyak, termasuklah nafsu sendiri yang dipertuhankan sebahagian manusia. ‘Al-Ilah’ yang diringkaskan kepada ‘Allah’ membawa erti ‘Tuhan semesta Alam’. Apabila ini difahami orang Islam, maka mereka akan memahami juga maksud sebenar kalimah syahadah “La ilaha illa Llah” iaitu “Tiada yang dipertuhankan melainkan Tuhan” atau dalam terjemahan bahasa Inggerisnya “There is no god but God” (lower-g and capital-G). Terjemahan Inggeris ini adalah terjemahan rasmi kerajaan Saudi Arabia. Kerajaan Saudi ada juga yang tersimpang dari ajaran Islam dalam beberapa perkara, namun dalam soal ini, ianya merupakan terjemahan yang amat tepat. Namun begitu Zahid Hamidi pasti akan menjawab “Oh, Saudi? Mereka Wahabi!”.

Berdasarkan apa yang disebut di atas, insyaAllah dapat difahami bahawa ada juga manfaatnya kepada ummat Islam sekiranya orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Ummat Islam akan menjadi lebih jelas berhubung agama mereka sendiri dan persoalan perbezaan Islam dan agama lain dalam konsep keTuhanan. Manfaat inilah yang ingin kita perolehi.

Kedua, yang tidak kurang pentingnya dan perlu kita sedari apa sebenarnya yang diinginkan oleh pihak BN. Mereka ingin menggunakan isu agama untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia. Mereka ingin mengambarkan seolah-olah orang bukan Islam menghina Islam dan ummatnya dengan menuntut hak menggunakan perkataan ‘Allah’. Oleh yang demikian, keadaan sebenar perlu diperjelaskan supaya keadaan ini tidak diambil kesempatan oleh mereka.

Ketiga, perbezaan pendapat di antara MP PAS berhubung isu ini hanya dari sudut kebijaksanaan dan siyasah syariiyah. Memandangkan keadaan ‘kejahilan’ ummat Islam sendiri dewasa ini, ada yang khuatir penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh yang bukan Islam akan menyebabkan kekeliruan. Pandangan saya pula, ummat Islam sedang dalam kekeliruan. Penjelasan perlu dilakukan supaya dapat dilenyapkan kekeliruan ini. Isu ini membantu kita untuk membuat penjelasan tersebut. Keadaan kejahilan ummat Islam tidak akan lenyap dengan sendirinya. Kita tidak boleh membenarkan kejahilan berterusan juga. Oleh itu, melalui isu ini, penjelasan dapat dilakukan.

Ini sahajalah yang ingin saya nyatakan berhubung persoalan ini. Majlis Syura Ulama’ PAS akan bersidang untuk membincang isu ini. Apa yang diputuskan akan saya terima sebagai pendirian rasmi PAS.

WaLlahu ‘Alam
Khalid Samad

*imej dari livingislam.org

34 comments:

Anonymous said...

Salam. Semoga Allah swt sentiasa memberikan kamu kefahaman dan kekuatan agar terus berdiri serta berhujjah di atas landasan yang BENAR. Tahniah!

zmas said...

Assalamualaikum YB.
Agree 100% with u.........
Lately....the papers and blogs seakan akan mencerminkan yg ISLAM itu terlampau..."tak boleh itu dan tak boleh ini"
Non muslim will shy away from Islam....Muslims fail to reflex that ISLAM is for all, fair and great.........

singamaraja said...

Salam,

Sebenarnya semua manusia yang berbagai fahaman percaya Allah sebagai Rububiyah, yang mereka pertikaikan ialah uluhiyah ,jika kita orang islam mengkhususkan perkataan Allah kepada umat islam dan perkataan lain kepada yang bukan islam maka ia adalah mendorong kepada umat islam senditi percaya pula adanya tuhan lain selain daripada Allah maka ia akan tambah menyesatkan walaupun atas nama apa sekalipun

Apa yang menjadi persoalan pokok ialah pehak kerajaan sebenarnya gagal pemperkenalkan ilmu akidah kepada umat islam di negara ini, sekali gus mereka mahu menutup lubang kelemahan mereka kerana telah menghapuskan subjek akidah pada peringkat rendah dan menengah untuk anak bangsa yang beragama islam, memang kita tidak menafikan bahawa orang tidak faham akidah mereka dengan mudah terpesung dari jalan Allah, tambahan lagi jika meterial di sogok bagi menyesatkan mereka, akan tetapi di sinilah yang saya nampak ketakutan pehak kerajaan

Nabi Musa sampai mengadu kepada Allah kerana Firaun menggunakan meterial untuk membeli manusia supaya kembali kufur kepada Allah, saya nampak jika kerajaan menghalang penggunaan perkataan Allah kepada yang bukan beragama islam maka ia adalah tambah menyesatkan lagi

Ghifari X said...

Now this fake PHD want to chop down the trees. Isn't this the irony of tyranny. After which why not tie a rope in the heavens/sky and hang yourself. You arrogant BOY. It is the usual way out for tyrants, customarily rebelling against nature and Allah/GOD. Mushrik!

Muslim said...

Salam,

Saya faham penerangan tentang isu ini. Tapi saya lebih bersetuju jika penggunaan 'ALLAH' ini khusus untuk Islam. Saya tak gamak nak dengar "ALLAH ada anak,", "Kuil juga disebut rumah ALLAH" dan lain-lain kefahaman tentang Tuhan. Biarlah mereka menggunakan perkataan lain untuk Tuhan krn kalimah ALLAH Maha Mulia dan Maha Tinggi. Saya rasa konsep Tuhan semua agama bersetuju, tetapi konsep ALLAH hanya Islam sahaja yang benar.

shahirMarang said...

betul betul...sebagaimana kata DR MAZA..


http://drmaza.com/home/?p=568

zaydelkhair said...

bersetuju dengan pandangan tuan guru nik aziz, tuan dan dr asri... adalah tidak wajar kekeliruan ditutup dengan kekeliruan yang lain... Al-Quran dan Hadith telah begitu jelas.

Tentang gamak tak gamak nak dengar tu... agama ini tidak dibina atas sentimen dan perasaan sesiapa...

beberapa perkara dalam agama ini yg barangkali tak ramai gamak melihat apatah lagi membuat (merejam, menjalankan hukuman memancung kepala dan seumpamanya)
namun, ia tetap hakikat yg tidak terpadam daripada addeen ini.

Shahril said...

Salam, Semua. Apabila dtg dalil utk menunjukkan sesuatu jalan keluar kpd aper jua masalah, MAKA ambillah dalil tolaklah yg lain; tidak selesa, tidak sanggup nak dgr, tidak hormat yg semua itu berbentuk alasan atas sifat individu atau keperibadian. Dalam hal ini, setelah di ketengahkan dalil dan beberapa contoh semasa dlm byk pembacaan, saya setuju dgn pendapat YB.

Jadi jauhilah parasit UMNO dan BN itu!!!!!!

Anonymous said...

Salam... terima kasih zaydelkhair dan shahril, spot on! Terima kasih juga kepada Tuan YB, teruskan perjuangan!

Abu Razeen 2 said...

buddha, kristian, yahudi, hindu hatta atheist semuanya makhluk. dan Allaah adalah Tuhan semesta alam termasuk mereka semua.

siapa kata Tuhan mereka bukan Allaah? masalah mereka syirik atau kufr atau sesat, itu hal yg perlu ditangani.

antara TGNA dan MAZA dgn golongan yg tak se'alim dan mungkin arab pun tak tahu utk menafsir al Qur'an dan memahami hadith...... sudah tentu sy pilih TGNA dan MAZA.

Abu Razeen 2 said...

ps: bro Khalid.

forum maya ini memang bagus bentuk kekuatan berfikir sekiranya kita tak emotional, egoistic, suka label org tu erdogan lah dsb.

namun isu hukum syariat dan masalah fiqh bukan macam strategi kempen samada tampal poster atau naik banner , mana yg lebih baik.

bukan juga boleh dianggap benar pandangan itu berdasarkan logik dan suara majoriti.

soal hukum bukan boleh dibincang oleh org awam hatta prof dan pHd pun kalau arab pun tak mahir dan faqih pun tidak.

sbb itulah sy sengaja kiaskan bandingan antara TGNA dan MAZA dibandingkan dgn 'mrk'....siapalah 'mrk' itu.

( lihat komen sy dlm posting bro. tentang pandangan MAZA).

special task force said...

yb, saya ingin nak ingatkan yb. isu sebenar bukan kementerian nak sangat kawal nama allah untuk org islam. tapi isu sebenarnya ialah sidang injil borneo di sabah dan sarawak telah banyak gunakan nama allah untuk pesongkan aqidah islam. malah di indonesia di sebelah kalimantan telah berleluasa injil dalam bahasa melayu telah digunakan untuk menyesatkan umat islam. banyak dah terpedaya dan memeluk kristian. alasan mudah saja tuhan kita sama islam dan kristian bertuhankan allah. islam mundur tapi kristian maju. kita org kristian bantu umat hidup mewah tapi islam mundur. kita boleh minum arak tak salah. kalau yb tak tahu, jangan banyak cakap. kami kat pendalaman susah nak pertahankan islam. pikir dulu sebelum tulis. di bukit jalil telah dibina gereja besar guna perkataan melayu. orang kristian tak bodoh yb. kalau nak champion pasal islam saya tak tak salahkan yb. tapi tolong kaji la. jksm dan peguam negara bertungkus lumus nak halang org islam murtad. dengan mengezetkan allah untuk orang islam banyak penulisan buku awam dapat disekat. tolongggggg faham masalah kami, jangan dok sibuk nak tunjuk bagus. saya orang PAS dan banyak buat kerja dakwah di bario dan bakalalan pendalaman miri. nak tau masalah kristian di pendalaman sila datang ke tempat kami.

Anonymous said...

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.
http://drmaza.com/home/?p=568

Ayah Ngah said...

Salam YB,

Terima kasuh dan saya bersetuju dengan pandangan ini. Saya juga meyakini, bagi mereka yang telah terjun ke medan dakwah, pernah terlibat secara langsung dengan dakwah kepada bukan Islam, penggunaan nama Allah sebagai Pemilik Alam ini insyaAllah akan lebih menyenangkan dan memudahkan kefahaman yang sebenar tentang Tuhan.

Tanpa menafikan sebahagian yang khuatir akan perkembangan perkara-perkara yang negatif di pihak lain jika perkara ini diizinkan, ayuh mari kita sama-sama bermuhasabah, jika selama ini pihak lain bertungkus-lumus berdakwah meyakinkan manusia dengan kepercayaan mereka, di manakah kita yang beriman dan meyakini akan ajaran yang benar iaitu Islam, mengapa tidak kita lebih hebat atau paling tidak sama hebat seperti mereka? Ayuh orang-orang yang beriman, ambillah peluang ini untuk kembali mengambil tempat kita masing-masing sebagai penyelamat manusia, menyeru dan membimbing manusia ke pangkal jalan, mengEsakan Tuhan yang satu, menurut ajaran Muhammad SAW!

Anonymous said...

salam YB

setuju dengan pandangan YB..

tapi masalah di malaysia bila banyak orang melayu yang memilikan islam macam hak mereka seorang..hasilnya, banyak orang melayu yang tambah tak faham dengan agama mereka sendiri...

tak timbul hindu, buddha nak gunakan nama Allah...dalam hal ni kena lihat sejarah...hanya kristian yang tuntut nak guna nama Allah..dan sejarah membuktikan bahawa kristian dan islam mempunyai pertalian sejarah yang rapat dari segi perkongsian tradisi dan budaya...yang hanya membezakan ialah beberapa bab penyelewengan yang dilakukan oleh pendita2 mereka..

hindu, buddha dan agama lain saya tak fikir akan tuntut nak guna nama Allah juga, disebabkan perbezaan ketara sejarah, kefahaman dan sebagainya dengan islam...

hari ini, islam merupakan "the fastest growing religion in us and europe". telah banyak mat2 salleh bermata biru dan hijau menganut islam. antara faktor penyumbang kepada kebangkitan islam di barat ialah antaranya munculnya nama Allah di dalam beberapa kitab, verses di dalam bible itu sendiri...yang memungkinkan orang2 barat mula mengkaji dan akhirnya menemui sinar islam sebagai agama suci benar yang diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh sekalian rasul2 Allah..jadi sebenarnya, ada hikmah tersembunyi disebalik nama Allah itu sendiri kerana keagungan nama Allah dan hanya Allah yang memelihara kesuciannya..kita hamba yang kerdil merupakan pendakwah2 yang sewajibnya berusaha menyampaikan mesej yang ditutunkan Allah melalui Rasul S.A.W kepada orang bukan islam agar mereka lebih faham, suka dan akhirnya beriman kepada Allah.

sekian.wallahualam

Zainol said...

Cuma ada dua perkara sahaja yang akan saya ketengahkan di sini.

1) Adakah perkataan ALLAH ini terdapat di dalam kitab suci agama lain di mana kitab suci mereka ini menggunakan bahasa asal kitab itu diturunkan, contohnya adakah perkataan ALLAH ini ada terdapat di dalam kitab suci agama Yahudi atau Kristian yang menggunakan bahasa ‘Hebrew’, iaitu bahasa asal kitab ini. Kalau tiada mengapa perlu menggunakan ALLLAH.
2) Mengapa perkataan ALLAH ini yang merujuk kepada tuhan digunakan di Indonesia atau Malaysia tetapi tidak digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia seperti di Eropah, USA, Russia? Perkataan ALLAH adalah bahasa Arab, dan ia digunakan oleh orang Melayu Islam, ia tidak digunaka oleh orang Melayu bukan Islam. Orang Melayu bukan Islam sebelum kedatangan Islam, hanya mengenal Tuhan sahaja.

Bukankah ini maksudnya ada udang disebalik batu?

Sila rujuk laporan berikut:

One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”

Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.

The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.

The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.

“Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.

“If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”

Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.

“Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.

The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.

In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.

Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”

“When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.

“So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.

“If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.

Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Nama Allah adalah begitu istimewa. Kalaulah ada kalimah yang lebih unggul, nyatakanlah wahai orang Islam.

1. Kalau di negara ini, ia tidak dibenarkan sebelumnya, mengapa kita harus benarkan sekarang? kalimah yang kita sanjung, besarkan dan tempikkan, tiba-tiba kita biarkan untuk diseleweng sewenang-wenangnya?

2. Kalau gereja dan tok kong tidak dibina dengan banyak, mengapa kuil hindu lebih sudu daripada kuah? Jika selepas ini orang Hindu dan Buddha gunakan perkataan Allah, maka kita pun benarkan? (Mengapa kuil-kuil hindu yang dibina di atas tanah kerajaan dibiarkan dan terus berleluasa? Apakah orang Islam hanya berani ke atas Ayah Pin dan kumpulan ajaran sesat mirip Islam tapi tidak kepada kumpulan bukan islam yang menggunakan agama mereka untuk mencuri tanah kerajaan?) Mengapa bila Ayah Pin gunakan perkataan Allah, kita melenting tapi bila gereja menggunakannya kita tidak menghalang? Kalau begitu, apakah alasan kita lagi untuk menapis komik-komik Kristian yang mencuit hati kanak-kanak selepas ini? Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. diberi pandangan oleh para sahabat dan Aishah r.a., mengapa tidak sebahagian ulama Melayu?

3. Betul dalam AlQuran disebut bahawa orang Nasrani dan Yahudi menyebut nama Allah. Tapi itukah yang dikehendaki Allah? Apakah kamu tidak memikirkan, wahai para ulama? Apakah itu yang Allah kehendaki Yahudi dan Nasrani lakukan? Apakah apabila dinyatakan bahawa Iblis tidak sujud kepada Nabi Adam a.s. dalam AlQuran, maka itu yang dikehendaki Allah? Istighfarlah wahai ulama. Kalaulah kita tidak dapat menghalang orang syirik, janganlah pulak kita benarkan.

4. Jika Nabi Muhammad s.a.w. tidak melakukannya, apakah kita juga buat bodoh bila orang mensyirikkan Allah? Sebagai seorang hamba Allah, inikah yang kita buat? Tatkala berhala-berhala dimusnahkan di hadapan Kaabah, apakah bukan kerana mengaitkan Allah dengan berhala-berhala? Lihat mengapa Ayah Pin, Hasan anak Rimau dan lain-lain dianggap sesat? Ini kerana penyatuan kalimah Allah dan Islam dengan ajarannya. Jika tidak, sudah tentu dia boleh isytihar dirinya kafir dan tidak perlu menjadi buronan di Malaysia.

6. Wahai orang Islam, janganlah lepaskan hak-hak yang sedia ada. Sekali kita lepaskan, anak cucu kita yang merana. Buanglah ego politikmu.

Sekian, wAllahu a'lam.

Zainor Zainy, Malaysia

Zainol said...

Cuma ada dua perkara sahaja yang akan saya ketengahkan di sini.

1) Adakah perkataan ALLAH ini terdapat di dalam kitab suci agama lain di mana kitab suci mereka ini menggunakan bahasa asal kitab itu diturunkan, contohnya adakah perkataan ALLAH ini ada terdapat di dalam kitab suci agama Yahudi atau Kristian yang menggunakan bahasa ‘Hebrew’, iaitu bahasa asal kitab ini. Kalau tiada mengapa perlu menggunakan ALLLAH.
2) Mengapa perkataan ALLAH ini yang merujuk kepada tuhan digunakan di Indonesia atau Malaysia dan mungkin sebahagian tempat di Belanda tetapi tidak digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia seperti di Eropah, USA, Russia? Perkataan ALLAH adalah bahasa Arab, dan ia digunakan oleh orang Melayu Islam, ia tidak digunaka oleh orang Melayu bukan Islam. Orang Melayu bukan Islam sebelum kedatangan Islam, hanya mengenal Tuhan sahaja.

Bukankah ini maksudnya ada udang disebalik batu?

paksheikh said...

Satu kes landmark smlm telah memenangkan org Kristian utk terus menggunakan Allah.

Moving forward YB, sekarang usaha dakwah perlu dilipatgandakan agar kekeliruan khsusnya di pedalaman Sabah Sarawak tidak menjadi lebih parah.

Kerajaan pula, diharap terus memantau penggunaan Allah yang mungkin sengaja dibuat untuk mengelirukan umat Islam selepas ini.

Innaddina 'indAllah il-Islam.

Anonymous said...

salam smua,
Saudara Zainol..ape yang ade ucapkan dan hujahkan sama stuju benar..ya..mungkin ade issue udang di sebalik batu..jgnla di "risikokan" Agama kita di malaysia ini hanya semata2 ingin mengaut keuntungan dalam berpolitik..marilah same2 kita mencarik jalan keluar dari ketidakfahaman serta kekeliruan yang kini kian meruncing especially di negeri selangor.YB,selaku YDP Shah Alam,saya berharap YB dapat membuat sesuatu agar issue mempergunakan nama Allah ni dapat di cari jalan keluarnya..bermulala di negeri selangor..kerana saya tengok,Selangor ni la yang paling pincang serta kelam kabut sekali..Ape pun usaha YB,sebagai seorang pemimpin saya hormati..Namun jgn dibiarkan isu agama seperti ini merentap sensitiviti kita di Malaysia ini.Apa2 pun,silala dapatkan wajah yang sebenar berkaitan isu in.Ade lebih baik jika YB dapat turun padang ke Sabah,lihatla ngn mata kepala sendiri..Wallahualam

Anonymous said...

beginila...susah senang, apakata kalau org bukan islam sebut perkataan allah atau tulis, org islam tutup telinga supaya diorg tak dgr, buku org bukan islam(yoga ke, bible ke, kitab buddha ke) jangan sesekali dibaca agar tidak menyimpangkan akidah..islam dgn agama mereka sendiri dan yg bukan islam dgn agama mereka sendiri..bukan lebih baik begitu????

sebenarnya, kekeliruan akidah atau isu ini terkeluar kerana ada sesetengah pihak terlalu curious sampai tertimbulnya perasaan tidak senang yg boleh mewujudkan ketidakpersefahaman antara org malaysia...tak malu ke kita semua sebagai leaders of malaysia tulis hal2 dan isu2 yang kurang bertamadun dan dibaca oleh orang di seluruh dunia???sementara org2 malaysia jauh duk sini bertengkar hal agama la, buku lah, perkataan la, org di luar ketawakan kita mcm kita ni boneka free sambil diug mengejar untuk menjadi sebuah negara yang moden...marila kita jgn memperlihatkan perkara yg boleh buat negara tak maju, tp kita move ke depan sama2 dan maju....1 Malaysia!!!

ingatla, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..saya yakin bangsa pelbagai kaum di Malaysia ini boleh hidup bersama2..isu2 ini hanyalah politik semata2.....kita sama2 je la pekakkan telinga dgn keburukan orng lain dan tutupkan mata agar tak terpesong iman.......selama ini dari dulu org kristian guna perkataan allah, gov dulu2 tak cakap apa2 pun...yoga pula adalah satu kaedah meditasi yang sihat untuk badan, dulu tak kena tegah tp sekarang nak kena tegah....
wahai rakyat malaysia yang ku cintai dari hatiku, bukalah mata, ada orang nak menghasut bangsa2 di malaysia bermusuhan.......

Anonymous said...

assalamualaikum , saya setuju sangat dgn tuan haji.kita melatah kerana tidak memahami agama islam itu sendiri,lihat dan tanyalah berapa ramai orang islam pandai membaca fatihah dengan menghafal dari kecil dan berapa ramai orang islam yang mengenal tulisan jawi dan tau membaca quran,jahilnya kita atas alasan KELIRU...kembalilah kepada agama islam...

Anonymous said...

Sememangnya semua yang ada didalam dunia ini adalah milik Allah semata-mata, lantaran itu Bukan perkataan "ALLAH" semata-mata yang kita perjuangkan, tapi SEMUA ARAHAN, TEGAHAN DAN SURUHAN JUGA WAJIB KITA PERJUANGKAN... Adakah logik.. Perkataan "ALLAH" kita matia-matian perjuangkan, tapi KEMUNGKARAN yang di lakukan diSEKELILING KITA kita PEJAMKAN MATA saja...

Tak perlu tunjuk jaguh berdemostrasi sana sini kerana pertahankan Perkataan "ALLAH"...TAPI jom kita berdemostrasi atas KEGAGALAN PIHAK BERWAJIB MENJALANKAN HUKUM ALLAH kepada masyarakat... BERIKAN PENDIDIKAN ISLAM PADA MASYARAKAT DAN PRAKTIKKAN APA YANG TERDAYA...CEGAH KEMUNGKARAN DI HADAPAN MATA...

Apa yang penting, kita faham, Tuhan kita TETAP TUHAN KITA...TUHAN MEREKA TETAP TUHAN MEREKA,,,..

Maaf..itu cuma pandangan peribadi saya yang cetek agama ....

pelita_alam...kedah

dr.

DeePo said...

kpd special task force,

bukan hanya sidang injil borneo yg menggunakan Allah di SABAH dan SARAWAK, SIB itu hanya salah satu mahzab kristian. Jangan terkeliru.

PERSOALAN TERBESAR DI SINI, KENAPA TAKDA SATU MANUSIA PUN YANG MENANYA PANDANGAN ORANG2 SABAH N SARAWAK SENDIRI?

adakah umat islam di BORNEO ramai yg terpesong? ingin saya nyatakan di sini dgn bukti kukuh bahawa, umat islam di borneo LEBIH ALIM dari umat islam di mana2 pun. PERGILAH SENDIRI DAN TENGOK. SEKURANG2NYA MEREKA TAK HIPOKRIT.

arah said...

Syabas YB

Inilah yg belaku apabila telalu taksuk dengan agenda " Melayu dan Kebangsaan" Allah pun dah jadi hak orang Melayu.

Kena pastikan semua Sekolah dan Universiti ajar Tauhid dan Tafsir bukan sekadar Tajwid. Kalau orang Melayu x faham surah Al Ikhlas leh kah mereka mengaku Islam? Pastikan TV, masjid dan surau ajar tafsir surah AlIkhlas dan Ayatul Kursi.

The name of God is Allah even in the Bible - Ahmad Deedat


http://www.youtube.com/watch?v=8vGQa-35Xok

Anonymous said...

Nonsense!

Accommodating just for the sake of ones own political ambition. The very obvious fact is that the true intention here to use the word Allah is more than just to exercise right - it's tactical...

Unfortunately, not all Malay Muslims have the intellectual thinking and openness such as yourself. But one thing all can understand is that a threat is a threat, no matter how classy you put into words...

So stop being a coward!

Allahuakbar doesn't mean the same anymore...

p/s: The opposition can't even get their act together, let alone trying to educate the collective thinking of the majority.

Anonymous said...

dear, special task force...

i am a pure sabahan...a christian and as far as i am concern we never have those stupid intention to pesongkan aqidah islam. and we never say that we are that rich and you guys are so poor..its ridiculous...hello! what you sow is what you reap..we never even tried to convert all of ours muslim friends...here in sabah we live in such a peace that we respect each other....i owned like hundreds of muslim friends out there and for your information i love them as what they are and they love me as what i am...a christian! and please do not spread the hatred here....and yes for your information we've been using the word 'allah' since ages and even before i was born and bold it that we never have bad intention when using it...we just praying and worshipping(and this is the freedom of Malaysia,in case you forgotten). but if thats is why you guys feel so threaten, have it..have those word...with pleasure cause what i need here in Malaysia is peace. thank you very much.

ujang said...

salam..banyak pandangan yg kita baca dan kita dengar..pada pandangan saya biarlah ahli agama (ulama)saja yg membicarakan isu ini...bukan apa takut tersalah cakap buruk akibatnya..kita bukan ahlinya..seringkas ayat BISMILLAH pun kita tak mampu nk huraikannya inikan pula isu yang ini.biarkan mereka yg layak saja membicarakan isu ini..."terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya" Wallualam.

mj said...

cuba tgk pandangan Haron Din dan Ustaz Kassim Elias isu kalimah Allah kat youtube. Byk yg komen kat sini kalau tak bermotifkan politik @ nampak jer bijak tp bodo nanang...YB pun ckp berdasakan logik akal jer.

Kedua2 ustaz ni tdk bersetuju berdasarkan hujah2 al-quran dan hadith, kalau berani cabar la pandangan 2 ustaz ni.

man said...

special task force. Jika hujah awak Injil dlm bahasa melayu telah banyak menyesatkan org Melayu bagaimana Injil dlm Bahsa Inggeris dan Bahasa Arab dan Bahasa lain kenapa orang barat masih ada yg memeluk Islam sedangkan terdapat banyak Injil dlm Bahasa Inggeris.Jika hujah kita sedemikian bagaimana dengan Injil dlm bahasa lain, jika diambil hujah awak sudah tentu tidak boleh bukan. Islam dipertahankan selain dari undang2 ianya dengan keimanan dan ketakwaan kpd ALLAH. Jika kuat ketakwaan dan keimanan kita maka kuatlah Islam kita jika lemah ketakwaan dan keimanan kita maka lemahlah Islam kita.Kenapa org bukan Islam yg berada di Negara bukan Islam yg kuat kepercayaannya kpd Kristian masih boleh menerima Islam.Jika hujah awak sebegitu maka bumi ALLAH ini pun org bukan Islam tidak boleh tinggal kerana bumi ALLAH ini milik ALLAH dan sesiapa yg memusuhi ALLAH maka tidak layak tinggal di bumi ALLAH ini. Apa perasaan anda jika tafsir Al-Quran di dlm Bahasa Inggeris, Tamil dibantah oleh org yg bukan Islam dari kaum tsbt dengan hujah seperti yg awak hujahkan...Fikir Fikir lah.....

man said...

Saudara mj, itu perkara khilaf maka 4 mazhab pun tidak cabar mencabar walaupun mempunyai berbeza pandangan malah mereka menghormati pendapat masing2......Tapi HUDUD bukan perkara khilaf namun UMporNO masih berdolak dalih pelaksanaannya....Arak dan JUdi pun bukan perkara khilaf tapi UMporNO membina kilang arak dan membina pusat judi..(p/s bagi lesen la utk bina kilang dan pusat judi tu tapi sama la perbuatannya)...

arah said...

MJ.

Sebelum nak kata org lain bodoh, katakan utk diri sendiri dulu BODOH.

Bukankah ini di ajar oleh Allah dan Rasullullah.

3-64: Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, bahawa kita tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah, dan kita tidak menyengutukan-Nya (menyengutukan Allah) dengan sesuatu; dan (juga) sebahagian daripada kita tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai ‘arbab’ (tuhan-tuhan) selain Allah.” Jika mereka berpaling katakanlah: “Saksikanlah bahawa kami adalah Muslimin (orang yang menyerah diri kepada Allah).”


Mari kita guna sisa hidup yang ada untuk memahami dan mengamalkan Al Quran dan Sunnah semuga kita hidup dan mati dalam Iman.

arah said...

Pemahaman masyarakat Melayu tentang akidah amat rendah sekali,apakah kerana Kementerian Pelajaran dan Kerajaan sengala tamankan semangat Kebangsaan disekolah?

Nationalism is a concept alien to Islam because it calls for unity based on
family and tribalistic ties, whereas Islam binds people together on the
`Aqeedah, that is belief in Allah (swt) and His Messenger (saaw). Islam
calls for the ideological bond.
Grouping the Muslims on tribalistic lines is clearly forbidden. It is
narrated by Abu Da'wud that the Messenger of Allah (saaw) said,
"He is not one us who calls for `Asabiyyah, (nationalism/tribalism) or who
fights for `Asabiyyah or who dies for `Asabiyyah."
And in another Hadith, the Messenger of Allah (saaw) referring to
nationalism, racism, and patriotism said:
"Leave it, it is rotten." [Muslim and Bukhari] and in the Hadith recorded in
Mishkat al-Masabith, the Messenger of Allah (saaw) said.
Tribal ties have no place in Islam. Muslims
And those who still uphold nationalism, remember what Allah (swt) says,

"And let those who oppose the Messenger's commandment beware, lest some
Fitnah (disbelief, trials,afflictions,...) befall them or a painful torment
be inflicted on them." [Surah An-Nur (24): ayah 63]

cHiP.. said...

hanya 1 perkara sbgai contoh untuk YB fikirkn.. sekiranye seorg kristian memakai salib dn tertulis name allah dibwhnye.. mengikut iman YB sendiri, apa yg YB akan rase?..adakan YB akan setuju dgn melihat nama Allah bersama salib?.. fikir lah..tlg fikirkn.. sedihnya la mcm nie..