Skip to main content

Tahniah Saudara Arumugam!

Diburu dan diasak. Diugut dan dipujuk. Diikuti kemana sahaja beliau pergi, bukan sahaja beliau, tetapi isteri beliau pun begitu. Setiap hari menerima panggilan dari juak-juak BN. Ditawarkan berjuta ringgit supaya melompat! Cermin kereta dipecahkan tanpa sebab sebagai amaran. Akhirnya beliau bertemu pimpinan dan mengeluh, “saya tak boleh tahan lagi…”

Atas keluhan beliau, beliau dinasihati untuk meletak jawatan. Jawatan Exco. Jawatan ADUN. Dengan begitu sahaja, tiada gaji, tiada pencen, tiada apa2, hilang segala-galanya. Namun yang tak hilang adalah kredibiliti, maruah dan harga dirinya. Tak tahan, tetapi tidak tunduk dan tidak membenarkan dirinya dibeli! Walaupun dengan sogokan. Walaupun dengan ugutan. Dia meletak jawatan dan berkorban demi tidak mengkhianati amanah. Malu Jelapang! Malu Cangkat Jering! Malu Behrang! Sepuluh kali malu Bota!

Yang hairannya, segala usaha ugutan dan sogokan ini dibenarkan oleh pihak berkuasa. Dibuat aduan, tiada apa-apa tindakan atau reaksi. Negara Malaysia bagaikan dikuasai MAFIA!

Akhirnya atas ketentuan Allah SWT, BN terpaksa juga berhadapan dengan apa yang mereka paling takuti buat masa ini. Pilihanraya kecil sekali lagi! Biar politik negeri bergolak, biar rakyat gelisah, biar institusi Raja terpalit, biar samseng bermaharaja-lela tetapi jangan sekali-kali Pilihanraya kecil lagi! Igaun yang paling dahsyat bagi BN khususnya Najib. Samada di Perak atau di Kedah, di mana sahaja, kesannya tetap sama. Rakyat diberi kuasa untuk menzahirkan sokongan mereka dan mengukum pimpinan. Dan kuasa rakyat inilah yang menghantui BN.

Ke mana BN nak lari? Akhirnya segala penipuan dan penyelewengan mereka akan terdedah dan diketahui. Akhirnya mereka tetap akan dihukum rakyat. Kita doakan semoga BN hilang deposit di Selambau dan Bukit gantang!

WaLlahu 'Alam

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD