Skip to main content

Kes YB Elizabeth Wong

Ada yang bertanya kepada saya, melalui SMS, panggilan telefon dan juga melalui blog ini berhubung kes YB Elizabeth Wong yang menjadi gempar pada hari ini, Isnin 16 Februari 2009. Ada juga yang panggil dan bertanya semasa saya berada di Parlimen, sibuk dengan aturcara perasmian oleh DYMM Sri Paduka Yang Dipertuan Agung. Saya jawab, “tunggu, saya perlu teliti dahulu”.

Kisahnya saya baca di dalam Malay Mail. Mengikut apa yang dilaporkan, YB Eli sedang tidur dan tidak sedar gambar-gambar berkenaan diambil. Berdasarkan apa yang dilapor ini, tanpa apa-apa andaian tambahan, jelas, YB Eli adalah mangsa usaha pencabulan yang dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Ada bermacam-macam andaian yang telah dibuat. Ada yang mengandaikan ini tindakan orang yang cemburu terhadapnya. Ada yang kata ini permainan politik BN yang begitu terdesak, tiada modal, terpaksa mengutus orang mengambil gambar beliau secara curi dalam keadaan dia sedang tidur.

Ada juga yang membuat andaian ianya hasil dari hubungan intim di antara YB Eli dan seorang kekasih yang akhirnya, demi wang, menjual gambar-gambar ini. Ya, wang menjadi manusia pengkhianat dan tiada yang lebih arif tentang ini dari BN. Ini terbukti di Perak. Nak hasilkan pengkhianat, BN-lah pakarnya. Namun, dalam kes ini, ia tetap merupakan satu andaian. Mungkin andaian-andaian ini benar, mungkin tidak.

Maka buat masa ini, tidak perlu kita membuat andaian-andaian yang tidak mampu kita buktikan. Apa yang penting ialah kita akui YB Eli merupakan mangsa dan tindakan pihak yang mengambil gambar-gambar tersebut perlu dikutuk. Ianya merupakan tindakan yang mencabuli hak ‘privacy’ YB Eli di rumah beliau sendiri dan tindakan mengendap dan mengintip seseorang demi mencari dan seterusnya mendedah kelemahan seseorang adalah jelas dikutuk oleh Islam.

Ada pula yang mencadangkan, tidakkah sepatutnya YB Eli meletak jawatan? Saya ingin bertanya kembali, mengapa? Apakah kesalahannya? Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan? Sejak bila? Ianya mungkin amalan yang pelik bagi sesetengah golongan, tetapi ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Lainlah kalau berbogel dikhalayak ramai.

Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya. Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalu tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh kazaf.

Malahan, sekiranya ada pengakuan dari satu pihak bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seseorang sekalipun, pengakuannya hanya tersabit kesalahan atas dirinya sahaja sebagai pihak yang mengaku bersalah, bukan keatas pihak yang satu lagi. Begitulah adilnya hukum Islam. Tidak tergopoh-gopoh dan tidak ghairah untuk menyabit kesalahan seseorang. Kalau kita lihat pada kes-kes pada zaman Rasulullah (SAW), orang lelaki yang mengaku berzina tidak pula ditahan dan diseksa sehingga dipaksa memberitahu siapa wanita yang berzina dengannya. Yang mengaku sahaja yang dihukum. Malahan, yang tarik balik pengakuan, ditarik balik hukuman. Itu kaedahnya terhadap orang Islam. Tetapi, YB Eli bukan seorang Islam.

Kalau beliau dipaksa atau didesak meletak jawatan, maka mereka-mereka yang menganiayanya akan mencapai kehendak mereka. Dan kerajaan Selangor kehilangan seorang yang (setakat mana saya tahu) menjalankan tugasnya dengan dedikasi. Namun, akhirnya persoalan ini perlu dikembalikan kepada YB Eli sendiri. Mungkin selama ini beliau tidak sangka betapa kotornya politik Malaysia. Mungkin dia sendiri sudah menjadi muak dan naik meluat dengan kekotoran ini. (Saya difahamkan beliau menangis semasa bercerita tentang hal ini kepada Dr. Lo’ Lo’). Mungkin beliau sendiri yang ingin meletak jawatan.

Atau, beliau ingin lawan dan tidak tunduk kepada musuh yang menggunakan segala taktik yang kotor terhadap beliau. Kekotoran yang seperti inilah yang ingin beliau nyahkan dari politik Malaysia dan oleh itu beliau akan terus berkhidmat.

Dalam masa yang sama, persoalan ini boleh juga diserahkan sahaja kepada PKR. Biar mereka berbincang dengan YB Eli dan biar mereka sahaja yang memutuskannya. Mereka yang menganggap PAS adalah pihak yang akan menentukan tindakan terhadap YB Eli amat tersilap. Bukan itu caranya kita berkongsi dan berpakat dalam Pakatan.

WaLlahu 'Alam

Comments

Anonymous said…
Salam sejahtera YB Khalid,

Sebagai penduduk, saya faham apa yang cuba dikatakan oleh YB sendiri.

Tetapi ini melibatkan soal maruah dan imej kerajaan PR.

Macam mana sejak akhir-akhir ini begitu banyak kes salah laku melibatkan pemimpin-pemimpin PR?Lompat parti, rasuah dan sekarang pula bogel? Tidak adil untuk PR kata BN sahaja yang buruk imejnya, nampaknya sekarang amalan ini telah menular ke sana. Apakah PR pun cakap tak serupa bikin punya parti?

Saya pun geleng kepala dan tertanya-tanya apa nak jadi dengan kita punya pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya.

Sebagai seorang pengundi, saya amat dukacita kerana kepercayaan kita dikhianati. Walaupun kita tidak tahu macam mana ia boleh berlaku, namun YB Elizabeth perlu bertanggungjawab di atas insiden itu. Itulah sebagai seorang public figure, seseorang pemimpin perlu berwaspada kerana pergerakan anda diperhatikan.

Sekian untuk renungan.

Salam sejahtera.
Anonymous said…
Its heartening to know there are progressive intelligent Malaysians like you who discuss issues objectively without resorting to mob mentality. Malaysia needs more people like you! Unity regardless of race.
Anonymous said…
nk kata gambar bogel x juga sbb gambr menunjukkan dia sedang tido pakai kain kain tu terselak n org yg mengambil gambar itula org yg paling hina jijik sanggup khianat kawan sendiri
Anonymous said…
Bermula dari khir toyo, reezal merican, para pemimpin umno, TV3 semuanya celaka, jahat, perosak....!!
tv3 merupakan stesen tv paling jahat di dunia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Unknown said…
ada dua kebijakan yang diperlukan dalam isu ini, rasanya.

pertama - PKR yang mesti menangani isu dengan baik dan membuktikan kemampuannya keluar dari perangkap/kemelut di selangor.

kedua - bagaimana pas memaikan peranan menjelaskan keadilan dibawa islam. menguruskan krisis sekali lagi peluang untuk membuktikan bahawa pas adalah parti yang matang dan cerdik.
Anonymous said…
Khalid Samad,

Isu yang dimainkan sekarang adalah maruah diri. Sama seperti kes Anuar Ibrahim yang dimalukan dengan kes liwat.

Media massa arus perdana begitu rancak memutar belitkan fakta tentang gambar bogel seorang ADUN dari DAP tanpa sebarang aksi yang dirujuk sebagai bukti terhadap berita yang disebarkan.

Mereka menyebarkan berita berunsur fitnah cuba memberi malu ketahap maksima, agar rakyat membenci Pakatan Rakyat.

Persoalannya, mengapa Pakatan Rakyat mesti mengikut rentak tari mereka yang mahu Eliza dipecat dari jawatannya...?

Seperti yang anda katakan, undang-undang mana yang harus diguna pakai untuk menuduh Eliza tidak mempunyai moral yang elok...?

Sebenarnya, isu moral melalui gambar yang entah bagaimana rupanya itu adalah terlalu lemah untuk mengajak rakyat mempercayai bahawa Eliza tidak bermoral.

Atau ada sesiapa yang boleh tunjukkan bagaimana rupa gambar yang dikatakan tidak bermoral itu...?

Kalau dikatakan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri dilihat dalam sekeping gambar sedang kencing berdiri tanpa menutup kemaluannya.. apakah dia dituduh sebagai TPM yang tidak bermoral dan mesti meletakkan jawatan kerana rakyat tidak mahu mempunyai seorang TPM yang tidak bermoral...?

Semuga pemimpin Pakatan Rakyat tidak ikut cadangan bodoh dari Khit Toyo yang bercita-cita menjadi ketua pemuda UMNO.
Anonymous said…
Pernah dulu bila saya buat U-Turn kat depan Komplek Sukan Sony di Seberang Jaya saya telah ditahan polis. Tempat tu memang dah ada tanda dilarang buat pusingan U. Dalam banyak-banyak kereta yang buat pusingan U kat situ, saya je yg kena tahan. Selepas polis menyaman saya, saya bertanya kenapa tak saman semua kereta yang buat U-turn kat situ? Jawab pak polis, 'sekarang awak yang ditahan..so awak lah yg disaman'. Dalam ertikata lain disini, sesuatu kesalahan itu tidak akan dianggap salah selagi tak terkantoi. Kalo dah kantoi tu baru salah.

Kes ni samalah macam kes Eli Wong yang terkantoi gambar bogel. Yang disebarkan diinternet sekarang adalah gambar bogel dia, bukan gambar jiran dia ataupun gambar pak tiri laki mak dia. So, Eli Wong...u dah kantoi!

Eli Wong dah mengaku bahawa gambar itu adalah gambar dia dan diambil oleh 'bekas boyfren'nya. Malah kalau baca berita ini di Malaysiakini.com pun dah banyak kali diulang disitu ayat bahawa yang gambar itu diambil oleh 'bekas boyfren'nya. Persoalannya disini, apa yang boyfren dia buat dirumah dia sampai dia tertidur bogel? Apakah ada berlaku aktiviti 'keluar-masuk'? Jika ada, apa persoalannya? Dia Cina what...suka hati Cina la nak 'main' sebelum kawin. Mungkin ini yang akan diperkata serta dipertahankan oleh kebanyakan penyokong PR.

Kenyataannya, Eli Wong sekarang ini adalah seorang wakil rakyat. Apabila disebut wakil rakyat atau pemimpin maka tugasnya adalah berjumpa serta berhubung dengan orang ramai. Lain la kalau yang terkantoi tu gambar sesapa yang de dalam blog ni. Boleh amik cuti 3-4 bulan, lepas balik cuti senyap la isu. Tetapi ini Eli Wong, andainya gambar itu tersebar luas sampai ke pelusuk kampung, apakah perasaan Eli Wong bila berjumpa dengan orang ramai yang dah tengok mahupun yang tertengok gambar bogelnya? Mungkin sebab Eli bukan beragama Islam, atau mungkin sebab Eli tidak ada rasa malu maka dia tidak akan kisah sedikitpun. Tetapi bagaimana pandangan adik-adik, abang-abang atau pakcik-pakcik yang bersalam dengannya? serta berhadapan dengannya yang juga pernah melihat gambar bogelnya? Kalau yang jenis 'high taste' macam saya mungkin tak rasa apa-apa, tapi kalo yg jenis nafsu serakah macam Bro Anuar macam mana pulak?

Penyebaran itu adalah taktik politik. Banyak pemimpin dunia pun boleh jatuh sebab sejarah lampau mereka. Bagaimana sejarah boleh terungkai itu adalah 'politik'. Yang penting, sekarang dah terkeluar, dah terkantoi...so kena jawab sekarang. Bagaimana nak jawab? Letak jawatan dan boleh berbogel semula seperti dulu-dulu...


Fairu
Anonymous said…
Salam saudara Fairu,

Semasa saya di UK dulu, polis2 yg buat speed trap perlu memberi tahu terlebih dahulu pengguna jalan raya dimana mereka akan mengadakan operasi dgn memasang papan tanda yg jelas. Ini kerana tujuan mereka adalah utk mencegah pemandu dari membawa kereta melepasi had laju dan bukan utk menghukum mereka yg telah membawa laju.

Dari sudut ini dan berdasarkan kisah2 amirul mukminin yg kita semua tahu, dpt dilihat bahawa mereka ini lebih "islamik" dari polis2 Malaysia yg menahan saudara tu. Wallahu 'Alam.
Anonymous said…
kalau pak khalid nak tahu...pasal gambar itu,,ini semua kerja orang ezam...
Anonymous said…
[Yusufali 4:40] Allah is never unjust in the least degree: If there is any good (done), He doubleth it, and giveth from His own presence a great reward.

[Yusufali 4:129] Ye are never able to be fair and just as between women, even if it is your ardent desire: But turn not away (from a woman) altogether, so as to leave her (as it were) hanging (in the air). If ye come to a friendly understanding, and practise self-restraint, Allah is Oft-forgiving, Most Merciful.
Anonymous said…
fairu
Saya amat tertarik hujah anda tentang E.Wong sudah terkantoi...

Seterusnya anda menyentuh perasaan kurang senang rakyat bersalam dengan wakil rakyat E.Wong yang tidak meletakkan jawatan kerana gambar bogel yang terkantoi.

Pada saya hujah itu tidak cukup kuat untuk menyuruh E.Wong meletakkan jawatan kerana sekeping gambar porno.

Kalau anda kata "ketika buat U-Turn kat depan Komplek Sukan Sony di Seberang Jaya saya telah ditahan polis". Seterusnya anda disaman kerana anda "kantoi"...

Bagaimana kalau anda memberi sedikit wang pada polis itu sebagai rasuah agar tidak disaman. Apakah anda akan kantoi...?

Begitu juga dengan pemimpin UMNO-BN yang diketahui melakukan rasuah, apakah perasaan rakyat yang bersalam dengannya...?

Kalau masaalah rasuah sudah menjadi pekara biasa, apakah soal sekeping gambar lucah menjadi lebih buruk dari rasuah...?

Soal kantoi sebenarnya tidak timbul. Tapi kita mahu memberi keadilan pada setiap orang yang telah dituduh bersalah.

Persoalannya adakah Elizabert Wong bersalah dan bolehkah dia diampunkan atau tidak...?

Oleh kerana itu pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh membuat keputusan yang drastik mengosongkan kerusi ADUN Bukit Lanjan hanya dengan alasan "kantoi"

Sebelum membuat keputusan mestilah kita merujuk kepada pengundi Bukit Lanjan dahulu untuk mengetahui perasaan mereka dengan masaalah yang ditimbulkan oleh UMNO-BN.
Anonymous said…
Kepada sesiapa yang begitu ambil berat tentang isu ini dan mempersoalkan moral YB Eli, saya ingin bertanya, sudahkah anda melihat gambar-gambar yang dimaksudkan? Atau anda hanya sekadar membuat andaian sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang tak jelas yang disebut oleh media? Mungkin anda semua hanya terikut-ikut dengan imaginasi liar yang tidak tentu pangkal. Saya sokong penuh pendirian YB Khalid dalam hal ini. Kalau kita tidak tahu fakta sebenar, adalah lebih baik kita diam. Itulah yang sebaik-baiknya.
Anonymous said…
One Chinese man showed me the photoes.Eli is very innocent.She was just sleeping,and that guy snapped and distributed.The timing of the "distribution" gives an indication that the snapper did it deliberaetly.I suspect he was following orders in order to shame Pakatan's wakils,which will eventually lead to Pakatan's collapse.This is the harapan of Najib,Khir and a certain mole(who aspires to be the next MB of Selangor).What "they" did not expect(as usual) is the overwhelming support from the public for Elizabeth.Once again,their agendaa has backfired.
Anonymous said…
hmmm

semoga Allah memberi hidayah kepada elizabeth wong untuk menerima Islam...

untuk kita melihat bagaimana reaksi pas selepas itu...

wallahu'alam
Anonymous said…
exboyfren eli ialah orang melayu. inilah melayu yg buat nama melayu jadi busuk.
Anonymous said…
exboyfren eli ialah orang melayu...kata norman


melayu boleh buat apa saja,, kalu orang islam tak buat kerja macam tu
Anonymous said…
salam yb,
saya terpanggil nak bagi komen tentang isu ini..saya bersetuju dengan yb..seharusnya,setiap apa jua tindakan kita,gerak kerja atau perancangan kita,harus dinilai secara berobjektif..dan ini termasuklah dalam kes yb Eli.kita patut melihat apa yang sepatutnya diutarakan dalam kes ini.adakah kita melihat kes dia ditangkap gambar separuh berbogel ke atau kita melihat gambar tak senonoh yg ditangkap ini siapa punya angkara..kita ambil contoh mudah.bayangkan diri anda adalah orang yang paling dipercayai di dalam kawasn perumahan anda.anda dianggap orang yang beramanah,dedikasi dan berdisiplin.tiba-tiba satu hari ada orang sebarkan gambar anda berbogel tengah mandi di sekitar kawasan perumahan anda.anda terkejut tapi apakah yang anda akan lakukan?adakah anda nak lari dari tempat tinggal anda atau anda perlu cari pesalah yang menangkap gambar anda?inilah dilema yang dihadapi oleh yb Eli sebenarnya..sama juga bila berlaku kes rogol..adakah kita nak terus menyalahkan org yang telah jadi mangsa rogol atau menyalahkan perogol?kalau mangsa rogol itu budak kecil,adakah kita nak menyalahkan budak kecil itu?come on lah,ini semua dakyah-dakyah permainan psikologi yang bertujuan untuk memutar belitkan isu bagi mengalihkan rakyat dari tumpu kepada isu sebenar..isu sebenar ialah siapa yang tangkap gambar yb Eli itu,dalam keadaan dia tidur?bukannya isu minta dia letak jawatan..please,we have to view this issue objectively,not emotionally..
Anonymous said…
Police now says the Eli's pix have been doctored

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.