Skip to main content

Amar Makruf Nahi Mungkar

Dalam kes Amar Makruf nahi mungkar, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi meletakkan beberapa syarat bagi nahi mungkar. Syarat pertama, hendaklah mungkar itu adalah perkara yang haram secara ijmak. Adapun syarat kedua, sila rujuk teks dan terjemahan dari artikel beliau di bawah ini.

Syarat Kedua: Mungkar yang Nyata.
الشرط الثاني : ظهور المنكر

أي أن يكون المنكر ظاهرًا مرئيًا، فأما ما استخفى به صاحبه عن أعين الناس وأغلق عليه بابه، فلا يجوز لأحد التجسس عليه، بوضع أجهزة التصنت عليه، أو كاميرات التصوير الخفية، أو اقتحام داره عليه لضبطه متلبسًا بالمنكر.
Maksudnya;
“Iaitu, mungkar tersebut nyata dan dapat dilihat dengan mata. Adapun mungkar yang tersembunyi dari penglihatan manusia dan terselindung di balik pintu, maka tidak harus bagi seseorang pun untuk menyelidikinya, sama ada dengan meletakkan alat pemantauan atau kamera bagi memastikan mungkar yang tertutup itu.”

وهذا ما يدل عليه لفظ الحديث: "من "رأى" منكم منكرًا فليغيره..." فقد ناط التغيير برؤية المنكر ومشاهدته، ولم ينطه بالسماع عن المنكر من غيره
Maksudnya;
“Inilah yang didalilkan daripada lafaz hadis “man ra a minkum mungkaran fal yughayyirhu” (barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya) ….. sesungguhnya dimaksudkan dengan mengubah mungkar itu dengan melihat mungkar itu dengan mata kepala sendiri. Ianya tidak dimaksudkan dengan mendengar mungkar itu dari orang lain.”

وهذا لأن الإسلام يدع عقوبة من استتر بفعل المنكر ولم يتبجح به، إلى اللّه تعالى يحاسبه في الآخرة، ولم يجعل لأحد عليه سبيلا في الدنيا، حتى يبدي صفحته ويكشف ستره.
Maksudnya;
“Ini kerana, islam tidak akan melaksanakan hukuman terhadap orang yang melakukan mungkar dalam keadaan tersembunyi, juga tidak membisingkan kemungkaran yang dilakukannya. Terserah kepada Allah yang akan menghisabnya di akhirat nanti. Bahkan, Allah tidak memberi peluang kepada seorang pun di dunia ini melainkan mungkar itu berlaku secara nyata.”

حتى إن العقاب الإلهي ليخفف كثيرًا على من استتر بستر اللّه، ولم يظهر المعصية كما في الحديث الصحيح: (كل أمتي معافى إلا المجاهرين.
Maksudnya;
“Hinggakan, pembalasan ilahi akan dikurangkan terhadap mereka yang menyembunyikan, serta tidak menzahirkan maksiat tersebut, seperti yang tersebut dalam hadis soheh “setiap umatku akan dimaafkan melainkan mereka yang “mujahirin”

Ulasan : Mujahirin ada dua maksud : (1) orang yang membuka maksiat yang dia sendiri lakukan (2) orang yang membuka maksiat yang orang lain lakukan

لهذا لم يكن لأحد سلطان على المنكرات الخفية، وفي مقدمتها معاصي القلوب من الرياء والنفاق والكبر والحسد والشح والغرور ونحوها..وإن اعتبرها الدين من أكبر الكبائر، ما لم تتجسد في عمل ظاهر، وذلك لأننا أمرنا أن نحكم بالظواهر، ونكل إلى اللّه تعالى السرائر
Maksudnya;
“dengan sebab itulah, seorang pun tidak ada kuasa terhadap mungkar yang tersembunyi. Bermula dari maksiat hati, daripada riya’, nifaq, takabbur, dengki, kedekut dan seumpamanya.. walaupun semua ini dikira dalam agama sebagai dosa-dosa besar, selama ianya tidak terzahir dari amalan nyata. Ini kerana, kita disuruh berhukum dengan perkara zahir sahaja, dan kita serahkan kepada Allah segala perkara rahsia-rahsia.”

ومن الوقائع الطريفة التي لها دلالتها في هذا المقام ما وقع لأمير المؤمنين عمر بن الخطاب رضي اللّه عنه، وهو ما حكاه الغزالي في كتاب "الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر" من "الإحياء": أن عمر تسلق دار رجل، فرآه على حالة مكروهة فأنكر عليه، فقال: يا أمير المؤمنين، إن كنت أنا قد عصيت اللّه من وجه واحد، فأنت قد عصيته من ثلاثة أوجه، فقال: وما هي؟ قال: قد قال اللّه تعالى: (ولا تجسسوا) (الحجرات: 12)، وقد تجسست، وقال تعالى : (وأتوا البيوت من أبوابها) (البقرة: 189)، وقد تسـورت من السطح، وقال تعالى : (لا تدخلوا بيوتًا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها) (النور: 27) وما سلمت،.فتركه عمر، وشرط عليه التوبة
.الإحياء 7 / 1218 ط.الشعب، القاهرة.
Maksudnya,
“Realiti sebenar dari kejadian ini adalah dengan apa yang berlaku kepada Amir Mukminin, Omar bin Al-Khattab yang kisahnya disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam perbincangan “Al-Amr bi Al-Ma’ruf wa An-Nahy ‘An Al-Mungkar” dalam kitab “ihya’ ulum Ad-Din”: Sesungguhnya Omar telah memanjat rumah seorang lelaki, lalu dilihatnya dalam keadaan yang tidak disenangi, lalu diingkarinya. Lalu berkata (lelaki): wahai Amir Al-mukminin, sekiranya aku melakukan maksiat kepada Allah, aku hanya melakukan satu dosa sahaja. Adapun kamu, telah melakukan maksiat dari TIGA dosa. berkata (Omar); apa dia? Berkata (lelaki): (1) Firman Allah : “jangan kamu selidik menyelidik” (al-hujurat:12) sedangkan kamu selidik menyelidiki. (2) Firman Allah: “masuklah rumah dari pintunya” (al-baqarah:189) sedangkan kamu masuk melalui bumbung (3) Firman Allah : “jangan kamu masuk rumah bukan rumah kamu hinggalah kamu minta izin dan memberi salam kepada ahlinya” (an-nur:27) sedangkan kamu tidak memberi salam. Mendengar itu, Omar pun melepaskan lelaki itu dan mensyaratkan kepadanya agar bertaubat”

WaLlahu 'Alam
Sumber: Qaradawi.net

Comments

datuk said…
Terima kasih kerana menunjukkan perkara ini. Sememangnya kita tidak sepatutnya cuba mencari-cari serta menghebahkan keburukan orang lain sekiranya ianya tidak nyata. Nanti seperti "Mengata dulang paku yang serpih, mengata orang aku yang lebih".
Anonymous said…
I think what you are doing is right.But there is one situation which must be cleared.You can fight for the justice of all malaysian . But you cannot use Islam as your reason to justify your political justice.You can be a Islam practioner and that very good.Let your character , actions and deliverance to rakyat to convince of your party struggle. Please do not use Islam as your political mileage. Believe me, you can defeat UMNO easily.Use the Islam to mould members to be a better warrior that means "good politician" . Human understanding capacity are varied so the only language of easy understanding is good action , safe environment and high morality.PAS is a party of high moral and educated candidates whom have understanding of all races and issues.PAS candidate must present themselves in suits to project the imej of a politician and thats noting wrong with that. If not people will be thinking that PAS is only expert in Islam only. Organise and sponsor open forum from expertise(all races) of many fields to help PAS to formulate the new millinium politican .I Believe you will do better.Ideas to generate more business . Be bold and realistic.
Teachings are like medicine helping us from diverting to commit non virtuous actions.We cannot change people and lets change oneself first and then let our action change others. Hung.
Anonymous said…
Pak Khalid,

Saya agak terkilan kerana ada sesetengah pimpinan PAS sendiri yang nampaknya gagal melihat isu YB Eli yang disensasikan oleh BN menerusi perspective Islam. Sepatutnya kita menggunakan kesempatan ini untuk menzahirkan betapa cantiknya Islam di dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu2 sebegini..

Dengan kenyataan2 pimpinan pas selangor yang agak sinis dan seolah-olah sependapat dengan pendapat umno agak mengecewakan. Sedangkan pandangan tersebut bukannlah pandangan dari kaca mata Islam...

Budie
faizalzainol said…
salam,

pak khalid,

mungkinkah ini juga boleh dikaitkan dengan operasi pencegah maksiat sepertimana yang diwar-warkan oleh Dr. Maza? (ex-muftiperlis)

petikan dan kupasan yang cukup bersahaja, mudah difahami... moga kita sama2 dpt manfaat..
Anonymous said…
Bersetuju tidak boleh dedah mungkar tersembunyi yang orang itu malu kalau didedah.

Kalau nak dedah, banyak cerita pemimpin pelbagai parti yang boleh kita dedah. Antaranya yang diceritakan sendiri Ahli Lembaga Displin sebuah parti.

Hanya nak tanya, apa pendapat yang diberikan oleh mana-mana ulama tentang mungkar yang sudah terdedah atau dihebohkan? Maksud saya mungkar yang dilakukan oleh orang yang mengaku beragama Islam - walaupun bersama pasangan yang bukan Islam.
Anonymous said…
Man is a creature of habit.If you think you can change human habit, you are wrong.We use religion to ensure wrong habits are removed.So what happened is that when we learn religion we are only adding more habits to ourselves and not eradicting the wrong habits.Vice versa some learn of bad habits from religionist teaching by talking about this habit which reinforce our thoughts.Because when the situation is tempting we all fall towards the devil for most of us.We are busy intrepting and highlighting the issues only.
Currently most Malaysian are well educated but we are worst compared to 20 years ago in terms of ethics and morality.So what happens?Many understood religionist responsibilty but none are religionist practioner.We produced more religionist scolars but many are not true practioner.How many put theory to practice? 0.000001% maybe.What is the difference between a rich and poor man? Both is obsessed with money.Now,What is the difference between a religionist and non religionist person? Both are obsessed, busy defending the knowledge and failed to practice.Read the papers we already see these issues happening in Malaysia.What we need to do is to be aware of teachings and find ways how can we apply the teaching to benefit all people without changing any culture but transforming all into good citizens.
To me the teachings must be simple.
1. the driving engine of our action is our habit.Habits are directed by our senses(sight, sound, touch, smell and taste).
2.Habit and action is our consciousness because we end up completing our task.This is very deep if you look at it you will see the profound understanding of humans.

Someone in the Islamic academy must introduce method and application of simple practices that we can use to control our senses which must taught at a very young age.

People must learn not to look at the problems but look at the source of cause of the problem.
Not to overload our children with so much knowledge.

I hope you start a project looking things at a different perspective.To save malaysia start with our children.
Anonymous said…
Why are we still blaming one another or finding fault with others? Let practice our religion every second.Forgive those who have sin. Anyhow this world is a illusion within our consciousness.Many have accepted it as reality and fallen prey to the devil inside them. I pray for all those are trapped in this illusion in this universe together will discover the truth as soon as possible ,may the almighty of the universe bless us all to show us the true path.The only way out of this illusion is the "open way" that that we must stop trying to be someone.All the things around us is the reflection of our thoughts because you are making all the decisions about this things.If this things are the reflection of your thoughts then you and your surrounding is one or our true self or our consciousness.We must merge back to our true nature that why we need to practice our religion diligently.See all as your father, mother , sister and brother.We are all one.Be kind to all.forgive all.
emannuMYra said…
salam...
ingin bertanye...
untuk ayat 'Ianya tidak dimaksudkan dengan mendengar mungkar itu dari orang lain.” dalam artikel ini,
bgaimana untuk satu organisasi yg berusaha untuk menjalankan nahi mungkar di sesuatu tempat..?
Bukankah organisasi ini memerlukan laporan2 daripd ahlinya yg melihat sendri kemungkaran tersebut tetapi tidak mampu untuk mengubahnya...?
maksudnya tidak diharuskan...?
atau sebaliknya..?
wallahua'lam..
emannuMYra said…
salam....
sy ingin bertanye....
Bg ayat "Ianya tidak dimaksudkan dengan mendengar mungkar itu dari orang lain.” yg tertera dlm artikel ini,bagaimana halnya dlm suatu organisasi yg berusaha untuk menjalanlan nahi mungkar di suatu tempat...Mereka ini memerlukan kerjasama ahlinya yg melihat sendri kemungkaran tetapi tidak mampu mengubahnya dalam usaha membasmi kemungkaran di tempat tersebut....jadi,bgaimana keadaanye jika nak dikaitkan dgn ayat tersebut..
Wallahua'lam...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-