Skip to main content

Undang-Undang DS atau BN

Undang-undang Double Standard atau Barisan Nasional - Candle Light Vigil di Kuala Lumpur vs 'Silat' Pewaris di Shah Alam. Kita sebenarnya sudah naik jemu dengan telatah/perangai BN yang mengamalkan dasar double standard. Rakyat pun begitu. Ini adalah di antara sebab BN mengalami prestasi yang teruk pada PRU ke 12 Mac lalu. Namun, BN masih tidak (mahu) faham.

Semalam, sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan ‘candle-light vigil’ di dataran Merdeka Kuala Lumpur telah disuraikan oleh pihak polis. Dari jumlah lebih kurang 200 orang 21 dari mereka telah ditahan, walaupun hanya untuk beberapa jam, oleh pihak polis. Yang ditahan termasuklah beberapa YB, iaitu Charles Santiago (Klang), Abdullah Sani (Kuala langat), Dr. Nasir (Kota Damansara) dan beberapa aktivis dari GMI, SUARAM dan sebagainya. Candle-light vigil ini tiada benda sebenarnya, bukan mereka nak bakar bandar KL dengan lilin-lilin mereka! Mereka hanya memegang lilin yang bernyala secara beramai-ramai dengan tujuan membantah keganasan yang berlaku di Gaza, Palestine. Mereka juga membantah peperangan dan keganasan di Sri Lanka.

Tindakan bantahan secara aman damai ini bagaimanapun telah disuraikan polis. Ianya menimbulkan persoalan apa tujuan kerajaan BN sebenarnya? Kerajaan BN menyatakan mereka membantah tindakan Israel, tetapi pogram rakyat yang membantah keganasan Israel disuraikan polis! Mereka akan menggunakan alasan isu Sri Lanka yang dibangkitkan tetapi itu hanya alasan. Tidakkah secara prinsip kita mesti membantah keganasan terhadap rakyat jelata walau di mana sekalipun ianya berlaku? Rakyat yang tidak bersenjata dan tiada kemampuan untuk melindungi diri tidak harus dibenarkan menjadi mangsa peperangan.

Mungkin pihak BN menganggap isu Gaza dan Palestine adalah isu orang Islam/Melayu sahaja. Mereka tidak senang melihat bantahan oleh rakyat yang bukan Islam. Sekiranya itulah alasan mereka maka mereka memang jahil tentang Palestine. Penduduk Palestine bukan orang Islam sahaja. Ramai penduduk Gaza terdiri dari orang Kristian. Malahan ada ahli dan penyokong HAMAS yang merupakan penganut agama Kristian.

Mungkin UMNO dalam isu ini ingin menggunakan dasar ‘divide and rule’. Mereka tak senang melihat orang berbilang agama dan berbilang kaum bersatu atas isu yang seperti ini. Mereka hanya inginkan orang Melayu Islam sahaja bersatu supaya mereka boleh berkata kepada PAS, “lihat, kita ada banyak persamaan, marilah kita bersatu”.

Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.

Tetapi yang anehnya tindakan provokasi mereka langsung tidak dihalang. Polis ada tetapi hanya melihat. Terkenang pula kita peristiwa Ahmad Ismail Penang dulu. Dia yang mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan hasutan, Teresa Kok dan RPK yang ditahan ISA! Inilah double standard kerajaan BN yang akan hanya menambahkan meluatnya rakyat terhadap mereka. Ini menimbulkan banyak persoalan. Adakah pihak polis bersetuju dengan tindakan Pewaris? Adakah Pewaris mempunyai pelindung sehingga polis tidak bertindak walaupun kegiatan Pewaris jelas provokasi? Adakah provokasi dan ketegangan kaum yang mereka inginkan? Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawab oleh saudara semua, mengikut penilaian dan kebijaksanaan masing-masing. Yang jelas ada double standard! Yang lagi jelas, double standard ini tidak akan berakhir selagi BN memerintah.

Bagi penghuni Seksyen 19, khususnya yang rumah mereka seberang jalan kuil berkenaan, bersabarlah. Pihak kuil sudah bersetuju untuk berpindah hanya ‘kita’ sahaja yang belum memberikan mereka tempat alternatif yang boleh diterima oleh mereka. Sambil menunggu mereka tidak dibenarkan membuat apa-apa pembinaan di kuil tersebut, sehingga bumbung mereka terus merupakan trampolin (kanvas) yang ditembusi hujan bila ianya hujan. Tandas mereka bagaikan pondok usang yang akan roboh pada bila-bila masa. Isu penempatan baru kuil ini akan diselesaikan tak lama lagi, insyaAllah. Pada bulan 10 selepas Raya kita telah berbincang dengan semua pihak. Sepatutnya dah ada keputusan sbelum ini. Malangnya Dato’ Bandar ke luar negara dan seterusnya mengikuti kursus. Hanya baru-baru ini dapat bertemu kembali.

Sebelum datangnya gerombolan Pewaris kami telah bermesyuarat. Ada beberapa tapak yang dicadangkan. Pihak kuil akan menziarahi tapak-tapak ini sebelum memberi kata putus. Harap-harap boleh selesai dengan baik. Sekiranya dapat selesai, maka ianya akan merupakan kejayaan besar kerajaan PR. Sedangkan UMNO/BN hanya pandai menimbulkan masalah. Seperti Pewaris. Mereka ingin mengusir kuil tersebut. Soalnya, ke mana? Mereka tak tahu dan mereka tak kisah. Tetapi, itu bukan cara kita menyelesaikan masalah, itu hanya menambahkan masalah.

WalLahu 'Alam

Comments

lan said…
puak puak macam pewaris ni macam la bagu sangat... tengok berapa kerat je pun yang mai makan lembu tu pun!
Anonymous said…
Undang2 BN tulah yg sebenarnya yg DS mmg tidak syak lagi. So DS dan BN itu sebenarnya sinonim dgn ketidakadilan dinegara kita. Kerana dgn ada nya BN lah wujudnya DS. Sekian.
Anonymous said…
Assalamualaikum buat YB. Saya tak bermaksud untuk memberikan komen tentang artikel di atas. Cuma ingin bertanya. Saya bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21 tak lama lagi. Tak sabar rasanya kerana melepasi batas usia itu membolehkan saya mendaftar sebagai pemilih. Macam mana nak daftar sebagai pemilih YB? Boleh berikan tunjuk ajar. Demi kebaikan dan kemenangan Pas akan datang, Insya-Allah.
Anonymous said…
salam YB,

Banyak kuil-kuil kat shah alam ni, penduduk hindu nya sedikit, tp kuil nya besar dan banyak. contohnya sek. 19 yg disebut, sek 18 ade dua sebelah rail keretapi dekat masjid hidayah, sek 11 dll. Bila nak dipindahkan. Harap YB segerakan perpindahan guna pengaruh. Saya bukan anti hindu YB, tapi kepentingan kita perlu beri keutamaan.

salam


anakselangor

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.