Skip to main content

Pengumuman: Interfaith Dialogue on Poverty

Klang MP Charles Santiago will organize an "Interfaith Dialogue on Poverty" later this week and would like to welcome everyone to this event. The objective of this dialogue is to exchange thoughts on poverty and friendship. Insya Allah, I will be one of the speaker representing Islam for the first panel. The details are as below:

Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago akan menganjurkan "Dialog Antara Agama Tentang Kemiskinan" pada hujung minggu ini dan mengalu-alukan kedatangan saudara semua ke majlis tersebut. Objektif dialog ini ialah untuk bertukar pendapat tentang kemiskinan dan persahabatan. Insya Allah, saya akan menjadi salah seorang speaker mewakili Islam untuk panel yang pertama. Butirannya adalah seperti berikut:

Date : 20 Dec 2008 (Sat)
Time: 3 - 6pm
Venue: MP Klang Community Centre
2A, Jalan Bayu Tinggi 8/KS6, Batu Unjur, 41200 Klang
Language: English or Bahasa Melayu

Keynote Speech: Dr. Hermen Shastri
Time; 3:00 - 3:15pm

Firt Panel: A theological view on poverty
Time: 3:15 - 4:30pm

Tea Break: 4:30 - 4:45pm

Second Panel: Sharing experience of tackling poverty
Time: 4:45 - 6:00pm

Bagi pihak penganjur, YB Charles Santiago
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
salam semua..yg ni aku copy dari blog SUKJ..ada sapa nak komen ka?

“PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat

Pasti PAS akan keluar meninggalkan Pakatan Rakyat(PA) sebelum PRU-13. PAS perlu memohon maaf kepada seluruh umat Melayu dan Islam di negara ini.

PAS tidak ada pilihan lain kecuali perlu keluar meninggalkan Pakatan Rakyat(PA) demi perpaduan umat Melayu Islam di negara ini.

Kepada para penyokong PKR di Terengganu khasnya, anda semua tidak perlu lagi bekerja keras untuk menyokong calon PAS dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu kerana PAS akan bergabung semula dengan UMNO sebelum PRU-13.

Parti PPP akan menggantikan parti PAS dalam Pakatan Rakyat.

Saya akan ulaskan isu ini lebih lengkap selepas tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen K.Terengganu(P36) pada 6.1.2009.”
Anonymous said…
Ini pulak, saya copy paste dari Pak Bakaq ~Penarik Beca berkenaan PRK KT ini. Fikir2 sendiri...

Walaupun ia antara propaganda atau psywar yang paling tak berasas yang pernah saya jumpa, tetapi jangan kata ia tak laku langsung. Dari puluhan ribu pengundi Kuala Terengganu, kalau ada tujuh lapan ratus orang yang bangang dan percaya propaganda itu dan dibiulkan otak mereka dengan psywar itu, tertungging hangit PAS.

Kuala Terengganu kawasan marginal. Dapat kelebihan tujuh lapan ratus undi dah menang dah.

Bayangkan ketika tertungging hangit itu, orang luar jadi calon PAS. Tentulah segala analisis dan kemarahan akan mendebik-debik si orang luar itu. Semuanya salah dia. Dialah yang menimpakan segala bencana. Dialah pembawa segala yang tak elok.

Oleh kerana PAS sendiri yang memulakan isu orang luar, adakah Umno bodoh sangat dan tak tahu atau tak mahu menggunakan isu orang luar untuk berkempen membodohkan siapa saja yang merek nak bodohkan?

Lainlah kalau Umno sendiri pun mencalonkan Datuk Nazir Razak, adik Timbalan Perdana Menteri, untuk bertanding di Kuala Terengganu...
Anonymous said…
Tahniah YB kerana berani membawa mesej Islam kedapa rakyat jelata. Saya lihat ramai juga yg melabelkan forum ini sebagai forum IFC, terutama dari fraksi2 UMNO rasa diri mereka lebih Islamik dengan membenci semua org bukan melayu islam...
Free Our Mind said…
Alhamdulillah. Nampaknya sudah ada unsur2 penyatuan melayu di sini. Sama-sam kita tegakkan Islam, jangan keran berbeza fahaman politik kita sanggup gadaikan agama kita. Cuba tonton video ini, http://www.youtube.com/watch?v=hONCBDtqzn0

Sedikit sebanyak akan menyemarakkan semangat jihad kita semua. Insya Allah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.