Skip to main content

Respon kepada komen Pengunjung atas isu '3M'

Saya ingin mulakan dengan mengucap terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memberi komen kepada posting terbaru saya berkenaan isu 3M. Ada yang setuju dan ada yang tidak, itu perkara biasa dan yg penting bagi saya ialah kesungguhan serta keikhlasan kita utk mecari jln terbaik dlm usaha perjuangan yg sedang kita hadapi. Melalui respon yg diterima, saya fikir perlunya beberapa penjelasan lanjut utk menerangkan beberapa perkara agar dpt kita fahami bersama. Untuk tujuan itu saya akan bahagikan kepada 3 post yg berasingan: (I) Persamaan Dengan Perjanjian Hudaibiyyah, (II) Syarat 3M - Wajar Atau Tidak Dijadikan Syarat Mutlak dan (III) Hilangnya Penguasaan Melayu Di Tanah Air Sendiri

(I) Persamaan Dengan Perjanjian Hudaibiyyah

1. Perkara yang saya sebut sebagai persamaan di antara Perjanjian Hudaibiyyah dan persoalan ‘3M’ adalah hanya - “Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan ummat Islam sahaja yang boleh diterima sudah pasti ianya (iaitu Perjanjian Hudaibiyyah) tidak akan ditanda-tangani”.

2. Hakikat bahawa syarat-syarat Hudaibiyyah tidak adil dan berat sebelah diketahui umum dan semua (kecuali Rasulullah SAW) pada awalnya menganggap ianya merugikan ummat Islam. Lebih2 lagi apabila Abu Jandal diheret balik ke Mekah untuk diseksa oleh kaumnya oleh kerana memeluk Islam.

3. Perasaan tidak senang dengan perjanjian yang berat sebelah dan dianggap menghina dan merugikan ummat Islam begitu menguasai perasaan para Sahabat sehingga tiada seorang pun bergerak untuk melakukan penyembelihan korban dan cukur rambut apabila disuruh Rasulullah. Rasulullah sendiri melakukan korban atas ternakan Baginda dulu dan setelah melihat Rasulullah melakukannya, barulah para Sahabat sedar bahawa mereka mengikari perintah Rasulullah dan segera bergerak menyembelih ternakan2 korban mereka.

4. Point awal yang ingin saya tegaskan ialah keadaan-keadaan yang dilihat sebagai merugikan sebenarnya sekiranya dikaji dengan teliti mungkin mempunyai potensi untuk mendatangkan keuntungan yang besar. Ini bagi saya di antara pengajaran dari Perjanjian Hudaibiyyah dan ianya perlu diamalkan dalam persoalan ‘3M’.

5. Dalam soal Perjanjian Hudaibiyyah dan teguran pengunjung bahawa tidak boleh disamakan, saya tidak begitu setuju. Namun, kita kena faham, ianya perjanjian di antara dua kerajaan. Persetujuan di antara parti2 PR bukan perjanjian antara kerajaan tetapi parti. Sekiranya kita ingin membandingkan persamaan kedua-duanya, maka kita kena ambil kira perbezaan ini. Oleh itu, sepertimana kepimpinan kerajaan Islam Madinah tidak diserahkan oleh Rasulullah (SAW) kepada pihak lain melalui perjanjian ini, kepimpinan PAS dan kebebasan PAS bertindak juga sama sekali tidak diserahkan kepada pihak lain apabila menyertai PR. Kita tidak menyerah kepimpinan Negara kerana memang kita tidak memilikinya dari awal lagi! Kita hanya memiliki kepimpinan parti. Kepimpinan Negara hanya mampu kita dikongsi bersama. Maka, daripada langsung tiada - menjadi ada secara berkongsi. Tuan2 fikirkan ada untung atau tiada bagi rakyat dan ummat Islam secara keseluruhannya?

6. Melalui Perjanjian Hudaibiyyah diinginkan kedamaian supaya kerja2 pemantapan kepimpinan Islam di Madinah dan kawasan persekitaran dapat diusahakan. Pembentukkan kerajaan PR akan menentukan BN jatuh dan dengan itu kerja2 pemantapan kepimpinan PAS di kalangan masyarakat Islam khusunya dan rakyat jelata secara amnya dapat dilakukan tanpa diganggu gugat oleh sebuah kerajaan Pusat yang hostile. Kerajaan Pusat PR tidak hostile kerana kita adalah sebahagian dari kerajaan itu!

7. Melalui Perjanjian Hudaibiyyah kerajaan Mekah iktiraf kerajaan Madinah dan kerajaan Madinah juga mengiktiraf kerajaan Mekah (pengiktirafan kerajaan Mekah oleh Madinah orang tak suka sebut). Melalui pembentukkan kerajaan PR Pusat, PKR, DAP dan PAS serta parti komponen lain (mungkin dari Sabah dan Sarawak) akan saling iktiraf mengiktiraf satu sama lain. Melalui pengiktirafan ini, pimpinan PAS apabila ke Sabah dan Sarawak mesti diberi layanan oleh mereka dan dengan itu akan terbuka luas akses kita kepada ummat Islam dan masyarakat setempat.

8. Perjanjian Hudaibiyyah adalah untuk tempoh tertentu, 10 tahun. Tak sempat 10 tahun, oleh kerana pelanggaran syarat oleh kaum Quraisy, akhirnya berlaku Fathul Mekah. Perjanjian kerjasama PR adalah juga untuk tempoh tertentu. Sekiranya PAS bekerja keras dan dapat menghayati perjuangan Islam dan ‘bikin seperti cakap’ dengan izin Allah kesudahan kita mungkin begitu juga - iaitu PAS menawan hati ahli dan pimpinan PKR, DAP dan parti komponen yang lain. Ini adalah kerana PAS berdiri atas prinsip Islam yang pasti akan terserlah keadilan dan kehebatannya. Tetapi kita sendiri kena yakin dengan kemampuan Islam yang sebegini.

Saya pada asalnya hanya ingin menyatakan persamaan seperti yang saya sebut di perenggan 1 sahaja, tetapi oleh kerana nak lebih jelas lagi saya sertakan hujjah2 lain seperti perenggan 5 hingga 8 untuk difikirkan bersama.

Ada juga yang menyatakan bahawa semasa Perjanjian Hudaibiyyah ummat Islam tiada kuasa sedangkan sekarang ini kita ada ‘sedikit’ kuasa. Sebenarnya Hudaibiyyah berlaku setelah tertegaknya Negara Islam di Madinah. Ummat Islam telah berjaya mengharungi peperangan Badr, Uhud dan juga Khandak (Ahzab). Maka saya rasa mereka (para sahabat) lebih berkuasa dari kita sekarang kerana adanya Negara Islam. Dengan ada Negara Islam sekalipun, perjanjian itu tetap ditandatangani kerana sememangnya merupakan kemenangan besar walaupun kelihatan sebagai kekalahan ataupun kompromi dari kaca-mata golongan yang tidak menyedari pecaturan politik Rasulullah pada masa itu.

Sila rujuk posting berkaitan: Syarat 3M - Wajar Atau Tidak Dijadikan Syarat Mutlak & Hilangnya Penguasaan Melayu Di Tanah Air Sendiri

Comments

Salam dan JazakALLAHU khairan YB Khalid,
Pandangan dan pendapat YB adalah benar dan betul. Saya kira, para pengkaji siyasah Rasulullah juga bersetuju dengan konteks serta roh hudaibiyyah di Malaysia.
YB ada kedudukan dalam PAS. Berhujjahlah dengan pimpinan yang ada sekarang. Yakinkan mereka supaya ketepikan ta'sub MELAYU sepertimana Rasulullah ketepikan ta'sub QURAISY.
Salam.
Anonymous said…
Salam Eidul Fitri buat YB sekeluaga..

Sy mula berminat mengunjungi blog YB setelah byk mendengar kontroversi2 yg timbul berikutan kenyataan dr YB tentang isu2 semasa.

Sy spt sebelum ini sangat positi dgn hujah2 yg telah YB utarakan.
Sy sgt bersetuju dgn dr.abdul wahab arbain bahawa YB sepatutnya meyakinkan pimpinan2 PAS di setiap negeri ttg keta'suban terhadap melayu ini...

Bg sy.PAS harus melihat dari sudut positif tentang hasrat murni dan usaha2 yg sungguh komited oleh DSAI dan kepimpinan dalam merealisasikan penubuhan kerajaan baru ini.

Peluang utk menumbangkan BN UMNO amat terbuka luas ketika ini. Sekiranya PAS membuat sedikit kesilapan maka usaha PAS selama ini mungkin sedikit sia2..dan BN akan saja terus berkuasa meneruskan agenda perkauman dan assobiyah mereka di malaysia ini.

Mudah2an YB berjaya dlm usaha memberi kefamahan kepada kepimpinan PAS mahupun ahli2 di bawah mengenai isu ini.

Salam.
Amin Ahmad said…
YB Khalid,

1) Selamat hari raya maaf zahir batin.

2) Tahniah atas keberanian berbeza pendapat. Dengan adanya YB dari 'gerakan dakwah Islam' yang berani berhadapan dengan doktrin 'kesepakatan jemaah', 'keputusan syura' dan seumpamanya, kita boleh mengharapkan demokrasi di Malaysia akan bertambah matang.

3) Jujurnya, saya tidak kisah berada di bawah kepimpinan bukan Islam selagi ia menjamin keadilan dan kebebasan kepada saya sebagaimana digariskan dalam Perlembagaan. Ia lebih baik daripada saya berada di bawah kepimpinan Muslim yang korup dan zalim.

4) Saya percaya, dalam real-politik Malaysia, kita mampu melahirkan ahli politik Melayu dan Muslim yang mempunyai nilai yang setara dengan kepimpinan unggul sebuah negara.

5) Kita sebenarnya telah cuba berlembut dengan UMNO-BN sekian lama, dan kita terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlukan pengajaran yang lebih dari 8 Mac 2008 dan selepasnya.
Firdaus Omar said…
Teman teruk dibantai oleh rakan2 teman sendiri kerana teguran teman terhadap pucuk pimpinan.

Jika di kalangan pucuk pimpinan sensitif...di bawah ni apatah lagi?

Membaca tulisan YB mengembalikan semangat teman. Alhamdulillah.. teman tidak keseorangan.
Anonymous said…
Berdasarkan senario politik semasa, pemeliharaan jati diri “melayu” lebih diarahkan kepada parti PAS dan UMNO. PKR sebenarnya bermain selamat dengan kurang menjawab persoalan yang dibangkitkan apabila ianya secara jelas lebih terarah kepada sentimen bangsa. Sesuai dengan namanya “KEADILAN”, parti ini lebih menjaja nilai kesaksamaan rakyat walaupun kejayaan perjuangan atas idea ini belum lagi dibuktikan.

Parti PAS sebenarnya tidak ketinggalan dalam menjual idea kesaksamaan ini. Dengan tema kempen PAS FOR ALL, PAS dilihat gagah dengan keberhasilan mengurangkan jurang perbezaan ideologi diantara PAS dan PKR. Dalam banyak sudut, pengundi-pengundi atas pagar jelas sukar membezakan ideologi yang dibawa oleh pemimpin PAS dan PKR. Adakah kemenangan PAS dalam pilihanraya ke12 baru-baru ini didasarkan oleh tema kesaksamaan yang dibawa oleh PKR dan diperkukuhkan oleh PAS atau penerimaan mutlak ke atas ideologi yang dibawa oleh PAS?

Sekiranya diambil beberapa ucapan pemimpin PAS untuk dijadikan hujah, jelas ada nada kekeliruan dari segi halataju tema kempen PAS FOR ALL yang didendangkan. Bermula dengan kenyataan pemimpin PAS atas isu DEB, pihak UMNO telah mulai menanam jarum halus untuk memecahkan gandingan PAS dan PKR + DAP. Isu muzakarah PAS-UMNO di dalam “gelap” sememangnya menjadi racun yang mampu menghancurkan kekuatan yang ada pada PAS. Kenyataan Mursyidul Am TGNA yang memperbetulkan halataju PAS telah dijaja sebagai satu campur tangan dalam isu pentadbiran parti.

Jika kita teliti isu-isu yang dibangkitkan selepas pilihanraya sememangnya jelas, parti PAS telah diasak dengan jati diri “Melayu” atau dalam erti kata lainnya PAS telah “diarahkan” untuk menjawab diantara “Melayu” atau “kesaksamaan”. Sebagai parti politik yang matang dan berkedudukan teguh seperti PAS, memilih untuk menjawab isu ini dilihat sebagai satu tindakan yang boleh dipertikaikan. Kenapa PAS yang perlu menjawab? Dalam keadaan PAS yang tidak memiliki kuasa memimpin negara, memilih untuk tidak menjawab sememangnya dapat diterima. “Mat Jenin” boleh dijadikan jawapan mutlak untuk setiap isu yang dibangkitkan apabila ianya lebih terarah kepada sentimen bangsa.

Sebagai parti politik yang matang, PAS seharusnya mengarahkan kembali persoalan tersebut kepada juak-juak UMNO. Juak-juak UMNO yang sepatutnya memilih diantara perjuangan ke arah memartabatkan jati diri Melayu atau perjuangan untuk menambahkan kerak di dalam periuk nasi yang sedang dinyalakan. Dalam banyak keadaan, Mursyidul Am PAS telah bertindak bijak untuk membangkitkan janji kesepakatan yang telah dibuat sebelum pilihanraya untuk merasionalkan tindakan PAS bersama dengan PKR + DAP, lebih-lebih lagi janji tersebut dibuat secara bersama dengan orang-orang bukan islam di dalam PKR. Orang yang berpegang teguh kepada ajaran islam wajib amanah kepada janji selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran islam itu sendiri. PAS perlu menyedarkan ahli-ahlinya berkenaan pilihan yang perlu dibuat, samaada amanah kepada janji atau khianat pada janji.

Sebarang kesan yang berlaku akibat gandingan PAS dan PKR + DAP, pemimpin PAS perlu bijak untuk “mengarahkan” juak-juak UMNO untuk menjawab rasional tindakan mereka untuk tidak menyertai PAS. PAS seharusnya bijak menghancurkan UMNO dengan persoalan-persoalan sentimen bangsa sebegini. PAS juga perlu bermain agresif untuk menggalakkan proses “hijrah” MP UMNO yang mempunyai “wadah” ke dalam PAS bagi mewujudkan kekuatan parti dalam Pakatan Rakyat. Isu moral “lompat parti” perlu dijawab dengan penekanan konsep “hijrah”. Dalam hal ini, ulamak-ulamak PAS perlu bercakap setiap masa bagi memastikan penerapan konsep ini. Harakah perlu digunakan sepenuhnya untuk mengetengahkan idea “Hijrah” ini disamping menyertakan bukti-bukti kemasukan ahli-ahli baru UMNO ke dalam PAS. Penekanan konsep ini akan mewujudkan kekuatan dalaman PAS disamping melemahkan UMNO yang semakin berpecah akhir-akhir ini.

Blog perlu digunakan sepenuhnya untuk mewujudkan kekuatan PAS bukannya menampakkan adanya ketidaksepakatan dalam isu pakatan yang telah dibuat diantara PAS dan PKR + DAP. Dalam asyik menonjolkan keretakan dan kelemahan UMNO, blog yang wujud telah “terlupa” untuk menampilkan kekuatan PAS. Jarang sekali kita dengar penyertaan ahli-ahli parti lain kedalam PAS. Kelab penyokong PAS yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan telah terkurang liputan, siapakah pemimpin mereka? apakah suara mereka? Bukankah mereka ini kekuatan baru PAS atau PAS masih lagi sangsi dengan mereka? Sekurang-kurangnya seorang pemimpin mereka perlu ditonjolkan dan diangkat untuk duduk bersama dengan pemimpin PAS atau hadir untuk memberikan kata-kata semangat dalam setiap ceramah perdana PAS.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.