Skip to main content

PAS dan DEB

MCA telah menyarankan supaya syarat 30% equiti Bumiputera digugurkan memandangkan suasana ekonomi yang mencabar. Ketua Dewan Pemuda PAS, YB Sallehuddin Ayub telah membantah.

PAS konsisten dalam pendiriannya inginkan keadilan sosial dan ekonomi untuk semua. DEB telah selama ini diperalatkan untuk mengkayakan pemimpin2 UMNO. Semangat DEB pada dasarnya adalah diterima pakai kerana ingin menyaksikan agihan kekayaan negara secara adil di kalangan semua kaum dan bangsa. Namun ianya diperalatkan atas dasar chauvanisma kaum dan akhirnya yang untung adalah hanya segelintir orang Melayu yang pada masa yang sama orang Melayu di kampung tidak mendapat manfaat sepertimana yang sepatutnya. Sambil itu, tuntutan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum yang merupakan aspek kedua DEB diabaikan. Hasil dari itu, pembelaan terhadap orang bukan Melayu yang miskin tidak dilakukan secara efektif.

PAS mahu lihat persoalan agihan adil secara inter dan intra kaum dan ini memerlukan 'affirmative action' dari pihak yang berkuasa. Namun, affirmative action ini perlu dilihat secara lebih terperinci untuk menentukan bahawa matlamat sebenar tercapai dan pemimpin UMNO tidak mengumpul kekayaan ‘atas nama orang Melayu’. Respons Ketua Pemuda PAS terhadap kata-kata pemimpin MCA mesti dilihat dari sudut ini. Iaitu, demi menjamin agihan adil di antara kaum dan semua sektor masyarakat, ianya akan hanya berlaku sekiranya ada dasar yang khusus yang secara sedar berusaha ke arah agihan adil seperti ini. Penguguran syarat 30% equiti dengan sendirinya tidak memenuhi apa-apa keperluan selain dari menjadikan suasana ekonomi ‘laisse faire’ di mana jurang pendapatan akan semakin melebar. Penyelesaian secara tergesa-gesa ini tidak akan berkesan.

Sebaliknya, satu dasar ekonomi yang baru, untuk menggantikan DEB perlu dikemukakan di mana persoalan agihan secara inter dan intra kaum juga turut ditangani.

WalLahu 'Alam

Comments

Hasbullah Pit said…
YB

Walaupun kita tidak menyokong DEB, tetapi politik DEB tidak menguntungkan PAS.

orang Melayu masih takut kehilangan DEB walauun DEB sudah tiada.

Kerusi majoriti Melayu pula diberikan kepada PAS.


Pada pendapat saya, PAS perlu dilihat sebagai "pembela Melayu"

Popular posts from this blog

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-

Video Parlimen: Bahas Titah Diraja 2018

Video ihsan Cap Kapak
-Pejabat YB Khalid Samad-