Skip to main content

Majlis Lebaran Bersama Wanita Kelantan 2008

Satu Majlis Lebaran Bersama Wanita Kelantan 2008 telah dianjurkan di Dataran MBSA Shah Alam pada 12 Oktober 2008. YB Khalid Samad ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak pengajur: Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor, Anak-anak Kelantan di perantauan (PERAKAN) dan BBC Kelantan diatas kejayaan menganjurkan majlis yang telah mendapat sambutan di luar jangkaan ini.

Menurut Harakahdaily "Majlis yang bermula seawal jam 9 pagi itu turut disertai pimpinan kerajaan negeri Kelantan, beberapa wakil kerajaan negeri Selangor serta barisan kepimpinan PAS Kelantan. Hampir 5,000 anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang hadir memeriahkan program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor, Kelab BBC Kelantan serta Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan atau Perakan".



Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan dikir barat Halim Yazid dan Suara Proton serta diceriakan lagi dengan cabutan bertuah.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
http://mengkebang.pas.org.my/

laman web naib ketua pemuda pas kelantan

largest malaysian muslim democracy party

Popular posts from this blog

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-

Video Parlimen: Bahas Titah Diraja 2018

Video ihsan Cap Kapak
-Pejabat YB Khalid Samad-