Skip to main content

Sinar Harapan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam keghairahan menantikan detik perubahan hasil arus politik baru, sambil berusaha sedaya yang mampu, di waktu negara kita menghadapi saat yang penting dan bersejarah, saya menyeru kepada segenap lapisan masyarakat mahupun mereka yang masih setia di bawah payung UMNO Barisan Nasional – agar sama-sama berdoa semoga negara kita akan kekal aman dalam apa jua keadaan.

Dalam kesempatan ini saya juga ingin mengingatkan diri saya dan para sahabat sekalian akan tujuan asal atau niat sebenar di sebalik perjuangan ini, iaitu keredhaan Illahi melalui menegakkan yang baik (makruf) dan mencegah yang jahat (mungkar). Termasuk di dalam istilah ‘baik’ ialah sebuah kerajaan yang adil dan ‘jahat’ ialah kerajaan yang zalim dan menyeleweng.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.
Khalid Abd Samad

Comments

Unknown said…
Salam YB,

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan.

Telah banyak kapal karam didalamnya..
Andai muatan kita adalah iman,
dan layarnya takwa,

nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

carcoon
Anonymous said…
amin..

wani03

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.