Skip to main content

Respon Pengunjung: Al Brangi dan Sinar Harian

Disini saya mengambil kesempatan utk memberi respon kepada Al Brangi diatas keikhlasan penulisan beliau meminta pendapat saya, walaupun saya rasa isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Sehubungan dengan itu, saya juga akan menyentuh soal berita di akhabar Sinar Harian yg disiarkan tempohari.

Respon kepada Al Brangi: Perbandingan Epal dan Rambai
PAS pernah memerintah Terengganu dua kali iaitu pada tahun 1959~1962 dan pada tahun 1999~2004. Boleh dikatakan lama jugak PAS bertapak diTerengganu. Lebih kurang lapan tahun selepas PAS tertubuh PAS Terengganu dah dapat memerintah negeri hanya ditumbangkan selepas beberapa ADUN dibeli oleh PERIKATAN. Semasa tahun 50an dan 60an, institusi pondok subur di Terengganu. Di kampong saya ada dua pondok yang masyhur iaitu Pondok Haji We (Haji Ismail) dan Pondok Tok Fakir. Pondok Tok Fakir melahirkan seorang ADUN PAS yang pernah menang dalam PRU10 di DUN Kajang, kalah dalam PRU11 di DUN Bangi dan menang semula dalam PRU12 di DUN Bangi. Sekarang kedua-dua pondok tersebut telah berkubur dan rakyat disitu dilekakan dengan hiburan. Sekarang dah menjadi kubu kuat UMNO/BN.
Terima kasih atas penerangan sejarah di atas. ADUN yang dimaksudkan adalah YB Dr. Shafei kan?
Orang melayu Islam di Terengganu boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori 1 ialah yang totok UMNO. Kategori 2 ialah yang totok PAS dan kategori 3 ialah 'atas pagar'. Yang duduk atas pagar dan yang totok UMNO, mereka ni tidak terpengaruh sangat dengan isu di peringkat nasional seperti isu politik semasa, isu ISA, isu kepimpinan UMNO peringkat tertinggi, isu DSAI difitnah hatta isu minyak naik sekalipun, yang penting mereka disumbat dengan fulus. walaupun fulus tu diberi hanya bermusim, contoh musim pilihanraya, hariraya dan beberapa raya lagi. Mentaliti mereka tak sama dengan mentaliti orang Kelantan walaupun berjiran sementelah lagi yang jauh seperti Selangor atau Perlis. Kalau boleh cerdik pandai di Selangor boleh datang ke Terengganu dan buat kajian.
Saya setuju bahawa ada 3 golongan iaitu totok PAS, totok UMNO dan atas pagar tetapi saya tak setuju bahawa yang atas pagar dan totok UMNO tidak ambil tahu isu-isu nasional. PRU 1999 membuktikan bahawa yang atas pagar dan mungkin sebahagian dari yang totok UMNO sanggup mengundi PAS dan PKR disebabkan isu kezaliman terhadap Anwar. Malangnya, setelah menang, PAS Terengganu tidak mahu iktiraf peranan isu Anwar dalam kemenangan mereka dan tidak berusaha ‘membina jambatan’ dengan golongan atas pagar dan totok UMNO yang mengundi PAS. Sebaliknya ada tindakan2 yang diambil yang bagaikan melepaskan geram terhadap yang bukan totok PAS. Sebahagian dari tindakan lepaskan geram ini telah disebut dalam Parlimen sesi lepas dan kami diketawakan oleh BN!

Kedua, saya rasa kita jangan cepat sangat menyatakan orang atas pagar dan yang totok UMNO ini hanya pentingkan wang. Kalau kita bersikap demikian, kita dah kalah sebelum mencuba. Perlu kita perhatikan di mana silap kita selama ini. Islam itu baik, cantik dan indah. Kenapa kita tidak boleh menarik perhatian pembeli yang ramai Muslim? Mungkin juru-jual kita terlalu agressif, mungkin kurang agressif, mungkin ini atau itu. Pokoknya letakkan kesalahan itu pada diri kita dulu. Sikap begini akan memaksa kita memperbaiki diri. Sikap menyalahkan pengundi akan hanya menyebabkan kita berang dengan pengundi dan akhirnya putus asa.
Saya kata cerdik pandai Selangor, kenapa tak dari Perliske atau Pulau Pinangke kerana seorang engineer dari Selangor semacam sombong sikit cakapnya mengatakan “Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” Sila rujuk MalaysiaKini.
Saya rasa tuan kena rujuk keseluruhan interview saya di ummahonline (yg tebahagi kepada 3 bahagian yg berasingan) dulu sekiranya ingin memahami konteks ucapan saya semasa interview berkenaan. Malaysiakini hanya membuat petikan di tempat2 mereka anggap sensasi sahaja.

Kedua, saya tak faham mengapa dikatakan ucapan saya ‘semacam sombong’. Saya mengakui Selangor lemah dan Terengganu kuat. Adakah ini sombong? Saya menambah pula bahawa sekiranya yang lemah menang, sepatutnya yang kuat lagilah. Kalau saya kata Selangor kuat dan Terengganu lemah dan tuan kata ‘semacam sombong’, saya boleh faham. Di sini saya secara ikhlas agak keliru dan mungkin tuan boleh jelaskan pada saya.

Adakah bila saya mencadangkan supaya kaedah dan pendekatan Terengganu dikaji balik kerana berdasarkan kekuatan mereka sepatutnya mereka menang ini dikatakan sombong? Adakah tuan akan lebih selesa jika dikatakan takde apa2 yang kurang, memang orang Terengganu macam kaum Nabi Noh dan oleh itu memang patut kita kalah di Terengganu?
Walaupun di Terengganu orang melayu islam yang dominan tetapi masih kalah dalam PRU12. Engineer tersebut tak boleh nak dabik dada walaupun menang, PAS hanya menang 8 kerusi sahaja di Selangor daripada begitu banyak kerusi yang dipertandingkan. Itu pun kerana dibantu oleh swing undi kaum Cina dan India. Saya dah kata mentaliti orang totok UMNO dan atas pagar di Terengganu berbeza dengan orang cerdik pandai di Selangor.
Saya bukan nak mendabik dada, saya hanya ingin menjelaskan bahawa sekiranya strategi itu tepat, sesuai dengan keadaan dan persekitaran, maka yang lemah macam kami pun boleh menang. Memanglah kita tahu bahawa kemenangan kita adalah dibantu oleh orang bukan Islam. Adakah ini satu perkara yang hina atau yang membanggakan? Di sini pun saya keliru, harap tuan dapat jelaskan. Orang Terengganu (sahabat2 kita juga) sentiasa perlekehkan kemenangan di Selangor kerana ianya dibantu sokongan orang bukan Islam. Tidakkah ini sesuatu yang patut dibanggakan kerana usaha kita selama ini untuk merobohkan tembok yang dibina oleh UMNO/BN yang menyebabkan orang bukan Islam takut pada PAS akhirnya telah berjaya?

Di Selangor, strategi kita memang mengambil kira sokongan orang bukan Islam. Saya sendiri di Shah Alam telah mengadakan program demi program semenjak 2003 lagi di kawasan majoriti Cina. Kawasan majoriti India hanya bermula pada 2007. Saya lihat sikap orang Kelate terhadap sokongan orang bukan Islam jauh berbeza dari sikap orang Terengganu. Orang Kelate bangga dengan kejayaan kami menembusi kubu2 BN ini. Orang Terengganu macam sudah buat sikap bahawa sokongan orang bukan Islam ini takde benda, sementara sahaja dan bukan sokongan yang patut diberi apa2 nilai. Tuan punya pandangan macam mana?

Untuk makluman tuan, sahabat kita YB Dr. Shafei amat menghargai sokongan bukan Islam. Lagipun, sekiranya PAS bercita-cita untuk menerajui pemerintahan Malaysia satu hari kelak, kita perlu dapat sokongan bukan Melayu. Oleh itu, orang yang berwawasan akan melihat pencapaian PAS pada 2008 ini sebagai satu langkah ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Engineer tersebut menyerang Pesuruhjaya PAS Terengganu dengan mengatakan “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa'ruf”. Adakah saudara dah pergi ke Terengganu dan melihat apa yang PAS Terengganu buat semasa menang tahun 1999. Antara lain yang sepatutnya orang-orang kampong yang daif patut sokong PAS ialah penghapusan cukai rumah, permohonan tanah yang disegerakan, pengurusan balak yang menguntungkan dan berbagai-bagai lagi.
Ya, Saya telah pergi dan saya akui adanya tindakan2 sebegitu. Namun tindakan2 ini menjadi isu sampingan apabila dilihat tindakan2 lain yang semacam ingin memaksa satu cara berkelakuan ke atas masyarakat yang masih belum bersedia untuk menerimanya. Ini berlaku kerana kemenangan dianggap sebagai kemenangan Islam yang mutlak hasil 20 tahun tarbiyyah (menggunakan ungkapan yang popular pada masa itu).

Sambil itu tindakan pimpinan yang kurang mesra rakyat serta keghairahan terhadap ghanimah juga diperhatikan rakyat. Saya tidak menyerang PJ Terengganu. Saya hanya mengemukakan pandangan dan cadangan. Kalau boleh pakai, sila. Kalau tak boleh, sila jangan.
Sesorang engineer tidak boleh membuat perbandingan epal dengan rambai atau oren dengan pisang. Bangunan 15 tingkat di Saudi dengan bangunan 15 tingkat di Batu Pahat. Mana boleh sama tanah yang berbatu dengan tanah gambut. Mana boleh buat perbandingan mentaliti orang Shah Alam dengan mentaliti orang Kuala Brang.
Betul. Saya setuju dengan kenyataan tuan di atas. Itulah sebabnya saya menyatakan strategi Terengganu mesti berbeza dengan strategi Kelate yang berbeza pula dengan strategi Selangor. Selangor yang mempunyai 40% orang bukan Islam mesti ambil kira undi orang bukan Islam. Sekiranya berjaya mendapat undi mereka, janganlah pula Terengganu perlekehkan. Terengganu pula mesti memikirkan bagaimana, dengan suasana mereka, untuk memecahkan tembok pertahanan UMNO totok dan golongan atas pagar.

Mentaliti orang Shah Alam ditangani secara Shah Alam. Mentaliti Kuala Brang kena ditangani cara Kuala Brang. Tiada standard approach. Kalau orang Kuala Brang ditangani cara orang Shah Alam, rosak. Apa nak buat, itulah mad’u masing2.
Di dalam kita ghairah hendakkan perubahan dimana ramai yang menunggu tarikh keramat tersebut, tak de ke cara lain peringkat pimpinan tertinggi PAS duduk semeja dan berbincang baik buruk sesuatu tindakan atau statement yang akan dikeluarkan. Bermuhassabahlah diri kita selalu, supaya tidak menjadi kecelaruan diperingkat pendokong yang serba daif seperti saya ni.
InsyaAllah ada tetapi tuan janganlah terlalu mudah naik celaru. Selamat Hari Raya, maaf Zahir dan Batin.

Kenyataan Di Sinar Harian 28hb dan 29hb
Saya tak beli Sinar Harian pada kebiasaannya maka saya tak tahu apa yang dilaporkan kecuali ada yang beritahu dan minta saya beri pendapat. Pagi tadi ada orang beritahu saya Cikgu Pa kata saya masih mentah politik. Hmmmm… Saya tak tanya dia pun! Yang saya sebut soal salah guna kuasa bukan siapa mentah dan siapa masak! Ini macam nak larikan tajuk je…

Memang saya kecewa dengan sikap Cikgu Pa. Setelah TGNA dah tegur, betul, dia tidak lagi keluarkan kenyataan, tetapi Siasah menyiarkan beberapa rencana membela dirinya berhubung sikapnya terhadap isu 16 September. Siasah pun bawah Harakah, bawah Cikgu Pa juga! Semacam tidak mahu mengaku bersalah dan ada satu usaha bersungguh-sungguh nak burukkan Anwar. Oklah Cikgu Pa. Tow the party line not the Terengganu line.

Hari ini pula saya difahamkan Ketua Pemuda Terengganu sebut saya sepatutnya bersikap ‘gentleman’ dan jumpa Cikgu Pa untuk memberitahu beliau kelemahan2 PAS Terengganu. Bincang bersama, tak perlu buat kenyataan. Saya setuju dengan pandangan Ust. Azman Shapawi tetapi harap dia maklumkan Cikgu Pa yang tidak bertindak ‘gentleman’ juga dalam isu 16 September ini. Mengapa buat kenyataan lagu tu? Kenapa tak bincang di Lujnah Politik Pusat dulu segala kecurigaan dan tidak bersetujunya beliau dengan apa yang diusahakan? Sebaliknya buat statement. Sekurang2nya saya tak buat statement dan tidak juga mengarahkan pendirian peribadi saya disiarkan di muka depan Harakah. Saya ditemuramah tanpa saya memintanya oleh ummahonline.

Dan sebenarnya inilah di antara yang saya nak sebut. Pandangan saya terhadap kegagalan PAS Terengganu adalah pandangan peribadi saya. Macam pandangan Cikgu Pa terhadap 16 September - Peribadi. Memandangkan ini adalah musim untuk pandangan peribadi disiar merata, maka saya hanya mengikut jejak langkah mereka2 yang bertindak lebih dahulu dari saya. Tetapi sekurang-kurangnya saya mengeluarkan pandangan peribadai saya di weblog peribadi saya.

WaLlahu ‘Alam

Comments

There is no point having open warfare among us in the media. It would be to every body's benefit that all parties cease pulling the trigger. I have refrained from making any comment on this matter, but you know.... it has hurt us.... those marhean in PAS.
Khalid Samad said…
Salaam. I know that this is very unusual for PAS, this open dialogue and debate. Many are against it, I assume, but I believe that open dialogue educates. There is no need to limit the discourse and discussion to only a select few as the issues are of interest and relevance to everyone. Accountability is an important aspect of Islamic governance. A common citizen can question the Caliph, as was in the case of Saidinna Umar, about the source of certain goods, in Umar's case, his robe. Umar was questioned publicly whereas if according to 'Malay' culture, it would have been better to whisper it in Umar's ear. The right to dissent and question is a right we 'Islamists' speak of but very rarely embody when it comes to our own selves. I believe this is wrong as in the case of Umar, he was being questioned by a member of the same jammah, i.e. the Muslim ummah. This actually forms part of the dakwah and tarbiyyah, provided ofcourse if people respond intelligently and abstain from calling one another names. Anyway, there is reason for this 'madness'. Wallahu'alam.
salam.
saya terkejut apabila sahabat saya memberitahu yang YB telah jawab komen saya.

1. terkejut kerana saya tak menjangkakan saorang marhaen seperti saya (pinjam kata2 dr.hamirdin) telah dijawab dengan panjang lebar oleh seorang YB

2. saya tak berniat nak menegak benang basah, kerana tak de penyudahnya. cara YB menjawab semacam YB dah faham apa masalah di terengganu, tapi hati kecil saya membisik yang YB ada sedikit personal grudge dgn cik gu pa

3. saya tak beri early response kerana balik beraya dikuala brang. baru sampai ke bangi kira2 petang tadi. dikampong pendalaman mana ada wifi macam kat shah alam

4. sy ucap terima kasih kerana sudi menjawab, sekurangnya saya tau lebih kurang hati budi, liang-liuk YB.

5. sy hanya ahli PAS biasa dan bergerak hanya secara belakang tabir dari 1990 sehingga sekarang di bandar baru bangi.

6. kalau ada masa YB boleh datang ke kuala brang dan tinggal disana sebulan dah cukup dan saksikan mentaliti rakyat di sana, terutama di musim orang nak tanding peringkat Bahagian dan macammana orang2/pembesar2 dari peringkat tertinggi bertandang untuk mintak support nak tanding naib presiden dan ketua pemuda umno sebagai contoh baru2 ni, mcm mana di musim raya diagih dana raya RM300 untuk satu orang dan berbagai2 lagi.

Sekian, selamat maju jaya
Anonymous said…
Open discussion is good..even for internal issues..

Dear YB, can u advise our student chapters leaders to understand this.. dat open discussion is good and membina..

Cuz the students leaders these days, seems to follow UMNO and pun an ISA, OSA for internal critiques and discussion.

Thanks.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.