Skip to main content

Rahsia azan

Petikan artikel oleh Kerabubersuara
"BOHONG..!!!Itu kerja pihak tak bertanggung jawab..!Itu reaksi pertama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan ketika dihubungi untuk pengesahan dakwaan beberapa pihak bahawa beliau terlibat dalam mengetuai petisyen penduduk di Puchong meminta supaya azan subuh dikawasan tersebut diperlahankan.

Menurut Teresa, sekiranya beliau menerima dakwaan tersebut, perkara tersebut akan dirujuk kepada EXCO yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama Islam negeri ini.

Jika betul saya ada menerima aduan tersebut, saya akan rujuk isu tersebut kepada EXCO berkenaan iaitu Datuk Dr.Hassan Ali yang menguruskan portfolio berkaitan hal ehwal islam di Selangor..." Ikuti ulasan selanjutnya di blog
Kerabubersuara

Saya sertakan di sini artikel yang saya baca dalam
blog kerabubersuara (rujuk juga blog PROF. DR. HJ. HAMIRDIN BIN ITHNIN: Tuhan Ada Mata) berhubung isu YB Teresa dan Azan. Saya bukan nak bela beliau tetapi tuan2 nilai sendiri. Selalunya berita2 yang diterima berhubung isu yang seperti ini datangnya dari sumber2 yang kurang meyakinkan. Oleh itu memang perlu selidik sebelum bertindak atau ‘melompat’. Kalau tak terperangkap kita.

Saya sebenarnya telah bertanya direct pada Teresa mengenai isu ini. Beliau menceritakan dulu memang pernah ada kes di mana penduduk bukan Islam di rumah Apartment di Cheras buat aduan mengenai bunyi Azan Subuh Suaru di tingkat bawah Apartment. Kesnya lebih kurang dua tahun yang lepas. YB Teresa telah meminta JAWI untuk membantu menyelesaikan kes itu di mana pegawai JAWI bertemu wakil Persatuan Penduduk dan AJK Surau untuk membincang bersama dan mencari penyelesaian jalan tengah. Sebenarnya saya yakin, sekiranya semua isu ditangani secara berbincang tanpa menjadikannya isu perkauman atau chauvanisma, semua boleh selesai dengan baik.

Wallahu ‘Alam.

Update: Saya baru terima email drp YB Teresa yg juga telah menjelaskan isu ini di dlm blog beliau. Berikut adalah petikan drp ulasan tersebut.
"...Pada Ahad yang lepas, saya terima panggilan daripada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan dua orang pemberita daripada Berita Harian dan Sinar Harian mengenai isu ini. Pada hari ini, saya juga terima panggilan daripada pemberita daripada Utusan Malaysia yang menyoal saya tentang perkara ini, beliau berkata Khir Toyo juga mendakwa saya berbuat demikian..."

"... Peribahasa yang selalu digunakan oleh Orang Cina ialah “Tuhan ada mata”. Saya percaya Tuhan yang maha kuasa ini tengah melihat dan memantau apa yang berlaku pada kita semua. Saya juga percaya balasan dan hukuman Tuhan tentu akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab dan orang yang bohong.
Adalah lebih baik bagi Satim dan Khir Toyo untuk insaf dan bertaubat dalam bulan yang suci ini!!..." Selanjutnya

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...