Skip to main content

Mentaliti Suka Haramkan

Petikan artikel dan gambar dari Malaysiakini oleh Jimadie Shah Othman: "...Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki. Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual..."

ikuti ulasan selanjutnya dlm versi percuma Bahasa Malaysia di Malaysiakini

Comments

izali said…
salam YB pak khalid,

saya tidak bersetuju dgn kenyataan tuan. bila membuat analis kekalahan pilihanraya banyak faktor perlu diambil kira. luaran dan dalaman.

saya hormati pandangan YB. tp PAS masih kekurangan undi melayu di selangor. adakah pas selangor selesa dgn undi bukan melayu di selangor?? adakah pas selesa dgn tsunami politik org india dan cina di selangor??

jika tidak, pas selangor perlu lakukan sesuatu. ini yang perlu pas selangor perlu beri tumpuan.

yang benar

petugas pas selangor yg mengundi di terengganu.
penulis said…
Salam,
Don't you think that your judgment to be a little bit too premature?

Alhamdulillah, you won in the election and Terengganu lost. It's too bad for them but to jump into such a conclusion out of nowhere does not seem like a good course of action.
Anonymous said…
Aku ingat PAS ni maknanya Parti IslAm Semalaysia. Kenapa Pas tak boleh selesa dgn undi bukan melayu. Bukan orang melayu jer yg boleh masuk islam.

Mmg tak dinafikan kemenangan Pas di Selangor kerans undi bukan melayu tapi saya lebih suka kata kemenangan Pas kerana undi bukan islam.

Saya harap kamu semua berhenti la dengar cakap Tun M tu, mmglah Pas penuh dgn orang melayu sbb asalnya orang melayu yang buat. Kalau perjuangan parti Pas boleh berkembang dengan melibatkan lain kaum/parti seperti Pakatan Rakyat, apa salahnya.

P/s: Cuma UMNO shj tak boleh masuk kaum lain sebab M juga...

Fendy
Anonymous said…
Oleh mumayu

"Penganalisa Media Politik

Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad. Malaysiakini

Saya tetap menyanggah kenyataan ini. Kerajaan PAS Terengganu pada masa itu telah memerintah dengan jayanya.




Quote:
PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa'ruf”.


Saya rasa khalid kena banyak mendalami ilmu agama, kenapa Allah turunkan Ayat mengenai amar makruf wa nahi mungkar seiring, tanpa memisahkan kedua-duanya. kerana kita tidak boleh menganjurkan ma'ruf semata-mata dan meninggalkan nahi mungkar. Oleh kerana sebab itulah, saya telah menegur kerajaan PAKATAN Selangor baru-baru ini kerana membenarkan kuliah agama dan dalam masa yang sama turut ingin menganjur konsert haram, adakah pendekatan seperti ini diredhai oleh Allah, adakah kita ingin memenangi hati manusia sampai kita membelakangi larangan Allah..? persoalan ini mampu menjawab kenyataan di atas.

Sila rujuk: "Atas dirinya tugas amar makruf nahi mungkar adalah fardhu ain yang tidak boleh diabaikan. Kenyataan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa betapa pentingnya tugas amar makruf dan nahi munkar dalam sebuah negara dan masyarakat Islam pada pandangan ulamak. (al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 363)"(Nasrudin Hj. Hassan).

Quote:
"Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya? Kata Khalid lagi.


Pada hemat saya, Kepimpinan Terengganu sudah memerintah dengan baik, memulangkan hak rakyat, rakyat terbela di bawah kerajaan PAS Terengganu pada masa itu dan pelbagai daya penarik telah diadakan. Menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang haram. Tidak, hanya menghalalkan yang halal tetapi dalam masa yang sama menutup mata pada yang haram.

Namun begitu sebagai manusia yang bukan al-amin, tidak dapat tidak ada juga kekurangan dan kelemahan dalam memerintah. Dan Allah SWT terus menguji kepimpinan Terengganu dan alhamdulillah kita dapat terima dengan redha. Oleh itu kita kena kembali kepada wamakaru wamakarallah wallahu khairan makirin, sepertimana maksudnya, mereka merancang, Allah juga merancang, demi Allah sebaik-baik perancangan.

Quote:
Antara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.


Apakah mengharamkan perkara yang jelas qat'e haram adalah keras..? apakah untuk memenangi hati mereka yang inginkan perkara haram perlu kita membelakangi hukum dan larangan Allah..?, sekiranya, nahi mungkar dikatakan pendekatan keras dan menyebabkan kekalahan bermakna khalid sedang mempertikai tegahan Allah. Dan sekiranya benar apa yang dilaporkan Malaysiakini, saya harap khalid muhasabahlah apa yang kamu perkatakan ini.

Kemungkinan ada yang mengatakan atau mendalilkan cara Nabi SAW di awal dakwah Islam meringankan tegahan terhadap peminum arak membuktikan kita boleh menutup mata terhadap perkara haram, dalil dan sandaran terhadap situasi ketika itu tidak sama dengan ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu. Kerana zaman ini dan lebih-lebih lagi rakyat Terengganu sudah jelas tentang Islam, yang mana halal dan yang mana haram. jadi stratigik meringankan tegahan terhadap perkara yang haram telah termansuh dengan banyak dalil dari Al-quran.

Dan sekiranya khalid berpegang kepada mengharamkan arak mengikut peringkat pun tidak boleh dijadikan dalil kerana zaman kita sudah berada pada peringkat yang ketiga yang mana telah turun ayat Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar(ARAK), judi, berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu tidakkah kamu mahu berhenti?” (surah al-Maidah: 90-91), dengan turunnya ayat ini, arak dan judi telah diharamkan secara mutlak.

Quote:
Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan masih tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan," kata Khalid.

Uslub dakwah yang bagaimana lagi harus difahami dan difikirkan agar lebih berkesan. Meringankan tegahan terhadap perkara yang mutlak haram tidak termasuk dalam uslub dakwah. kerana jelas Alhalal bayyin wa haram bayyin. sepertimana maksud yang halal itu nyata dan yang haram itu juga nyata.

Menurut penjelasan Dr. Abdul-Karim Zaidan: Menjadi kewajipan pemerintah (atau pegawai agama yang bertanggungjawab hari ini) untuk melakukan tindakan mencegahnya sama ada dengan amaran atau disusuli dengan denda/hukuman jika perlu. Malah beliau menyebutkan:
"Jika seorang lelaki terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, jika ia seorang muslim, maka hendaklah dicurahkan araknya dan dikenakan hukuman ke atasnya.

"Jika ia seorang kafir zimmi, hendaklah didenda atas kesalahan meminum arak secara terang-terangan (bukan atas kesalahan meminumnya)." (al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 377).

Tuntasnya, sebelum kita membuat sesuatu kenyataan perlulah kita kembali dan merujuk empat sumber utama umat Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qias. Jangan kerana hawa nafsu kita melenting dengan membelakangi sumber kita. Apa yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang lemah itu datang dari diri kita yang doif.

Sekian wassalam.
Dari Kampus ke Lapangan Umat

www.kampusnegara.net
Anonymous said…
Kepada YB Khalid samad

Dengan kemenangan PRU12 yang lalu jangan cakap besar sangat. Kemenangan yang tidak didyga ini, sebenarnya mudah musnah berbanding dengan kemenangan yang diduga.

Kejatuhan Kerajaan PAS di terengganu juga akibat dari kemenangan yang tidak diduga.

Kemenangan di Selangor juga tidak diduga. Apa yang perlu Yang Berhormat Khalid lakukan ialah mengisi kemenangan agar dapat diteruskan sehingga ke PRU13.

Ialah 16/9 sudah berlalu. 24/10 DSAI dibicarankan kes liwat. Jangkaan 9/10 bentuk Kerajaan baru. tetapi yang perlu diingatilah peserta lompat masih tidak cukup untuk Pakatan Rakyat membentuk kerjaan.

Anak Kelantan

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.