Skip to main content

Majlis Sumbangan Lujnah Kebajikan Shah Alam


Satu majlis sumbangan anjuran Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Shah Alam telah diadakan di dewan Orang Ramai Padang Jawa, Klang pada hari Sabtu 20hb Sept 08, Jam 2.30 petang. Alhamdulillah seramai 120 orang telah menerima sumbangan dari pihak kawasan Shah Alam sempena menyambut Aidilfitri yg bakal menjelang.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Khalid Abd Samad dan penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh YB sendiri, isteri beliau - Dr. Zaitun Abu Bakar,
Tim. Muslimat PAS Kawasan Shah Alam - Pn Zarina Zulkifli dan Naib YDP PAS Kawasan Shah Alam - En Azli Yusof.

Pejabat YB Khalid Abd Samad

Comments

izali said…
salam yb pak khalid,

tahniah yb, ramai pengundi di luar sana lebih suka utk melihat apa aktiviti wakil rakyat mereka.

hargailah pengundi 'silent majority'. bukan semua pengundi suka membaca analisis politik atau isu semasa. tidak semua memahami fiqh aulawiyat.

pd pendapat saya, keseimbangan adalah yg terbaik.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

yg benar,

petugas pas selangor yg mengundi di terengganu
atokuitmck said…
Salam YB,

boleh tak Yb tlg dptkan serta umukan formula yg digunapakai dalam menentukan harga minyak.

terima kasih

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD